RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142
Showing posts with label Penulisan. Show all posts
Showing posts with label Penulisan. Show all posts

Sunday, 19 July 2015

DISKUSI BUKU "BERCINTA SAMPAI SYURGA" DI MADINAH RAMADAN , STADIUM SULTAN MUHAMMAD IV, 12 JULAI 2015.



 Displaying 20150711_180801.jpg

Displaying 20150711_175601.jpg

Pada 12 Julai 2015 lepas telah di adakan program Diskusi Buku yang di anjurkan Bahagian Dakwah, Majlis Perbandaran Kota Bharu, Bandarya Islam.

Saya telah diminta memberi kupusan berhubung dengan buku  pertama saya "BERCINTA SAMPAI SYURGA"

Peserta terdiri daripada NGO dan para pengunjung Bazar Ramadan dan muslim / muslimat yang menghadiri Majlis Iftar di Madinah Ramadan.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar......




Friday, 1 May 2015

KASIH SUCI

KASIH SUCI


Perjalanan masih jauh harus kau tempuh
Ku di sini memerhati tanpa rasa sangsi
Jangan gentar ada sabar semai di jiwa
Ku di sini mendampingi agar kau mengerti

Berlarilah kau berlari
Terbanglah dikau terbang tinggi
Bumi yang engkau jejaki
Janganlah dikau lupai

Andai kucapai si pelangi
Akan kuserah kepadamu
Agar dapat kau mewarnai
Seluruh hidup nanti

Yang hitam harus dijauhi
Jangan disimpan dalam hati
Putihkan jiwamu dengan
Kasih suci

Kuterima dirimu dengan seadanya
Dalam suka dalam duka
Kau tetap cahaya
Ku bersyukur pada Yang Esa

Punya segala-galanya
Sederhana tapi oh sempurna
Oh oh oh…

Yang hitam harus dijauhi
Jangan disimpan dalam hati
Agar dapat kau mewarnai
Seluruh hidup nanti

Putihkan jiwamu dengan
Kasih suci.

Sumber: Lirik Lagu Kasih Suci – Amy Mastura 

Sunday, 26 April 2015

BERCINTA SAMPAI SYURGA : Sering Bergurau Senda

 Sering bergurau senda.

Bagi pasangan yang baru sahaja di ijabkabulkan adalah perkara biasa untuk bergurau senda diantara sumi dan isteri, maklumlah mereka baru sahaja dapat mengenali secara hakiki di antara satu sama lain, dapat mengenali hati budi secara zahir dan batin. Lebih-lebih lagi masih dalam suasana kemeriahan dan kegairahan berbulan madu, semuanya manis-manis belaka, hatta bau kentutpun dikatakan wangi.
Suasan gurau senda di antara suami dan isteri sepatutnya di kekalkan pada bila-bila masa, kerana ianya bukan sahaja merupakan sunnah Rasulullah SAW, di samping dapat mengekalkan semarak cinta dan kasih sayang suami isteri. Untuk itu kita perlu contohi baginda Rasulullah SAW untuk terus mengekalkan susanan ceria dan bergurau senda.
Kita perlu meneladani perilaku kehidupan keluarga Rasulullah, baik perilaku terhadap isteri mahupun anak dalam mendapat pedoman yang paling  tepat untuk mengauli dan bermesra bersam isteri dan keluarga kita. 
Dalam menggauli dan memperlakukan isteri-isteri Baginda, Rasulullah SAW senantiasa menghormati dan menjaga perasaan isteri-isterinya melebihi suami-suami yang lain. Satu saatketika Rasulullah hendak melaksanakan solat malam, beliau dekati isterinya Aisyah sampai Aisyah berkata:" Di tengah malam beliau mendekatiku dan ketika kulitnya bersentuhan dengan kulitku beliau berbisik, “Wahai Aisyah, izinkan aku untuk beribadah kepada Tuhanku.”

Kita bayangkan betapa besar penghormatan Rasulullah SAW kepada isterinya sampai ketika beliau hendak melakukan solat malam, beliau terlebih dahulu meminta izin daripada isterinya pada tengah malam, di saat isterinya memerlukannya. Situasi sebegini tergambar kecintaan dan penghormatan Rasulullah SAW terhadap isterinya.
Raulullah SAWi adalah insan  yang sangat sabar dalam memperlakukan isterinya. Hal ini terlihat ketika suatu hari ada salah seorang isterinya datang dengan membawa makanan untuk dikirim kepada Rasulullah yang sedang tinggal di rumah Aisyah. Aisyah dengan sengaja menjatuhkan kiriman makanan itu hingga piringnya pecah dan makanannya jatuh berderai. Rasulullah SAW hanya mengatakan, “Wahai Aisyah, kifaratnya adalah mengganti makanan itu dengan makanan yang sama.”
Rasulullah SAW mengecam suami-suami yang suka memukuli isteri-isterinya, sampai Rasulullah berkata, “Aku hairan melihat suami-suami yang menyeksa isterinya padahal dia lebih patut disiksa oleh Allah SWT.”
Rasululah SAW pun mengecam suami-suami yang menghinakan isteri-isterinya, tidak menghargainya, tidak mengajaknya berbicara, dan tidak mempertimbangkan isterinya dalam mengambil keputusan. Nabi bersabda:

 “Tidak akan pernah memuliakan isteri kecuali lelaki yang mulia dan tidak akan pernah menghinakan isteri kecuali lelaki yang hina."

Kerana itu marilah kita berusaha menjadi suami yang mulia yang menempatkan isteri pada tempat yang sewajarnya.
Kemesraan pasangan adalah penting untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga dan Rasulullah SAW   telah mencontohkan kemesraan tersebut dengan isteri-isteri baginda.
Baginda paling banyak bergurau senda bersama isterinya. Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) ke rumah Aisyah. Lalu Nabi SAW duduk di antara Aisyah dan Saodah dan meletakkan kaki beliau diatas pangkuan mereka. Ketika Aisyah menjemput Saodah makan, ia menolaknya kerana tidak berselera. Lalu Aisyah berkata :
“(Demi Allah), makanlah atau aku akan mengotori wajahmu.”                                     
Saodah menolak dengan berkata : “Aku tidak akan memakannya.”
Lalu Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah. Rasulullah SAW tertawa. Kemudian Rasulullah SAW menyuruh Saodah membalas semula dengan mengotori wajah Aisyah. Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah, Rasulullah  SAW terus tertawa. (an-Nasai’e, Ibn Abi Dunya).
Kisah ini merupakan senda gurau Nabi SAW bersama isteri-isterinya. Pernah juga Rasulullah SAW memujuk Aisyah untuk menghilangkan marahnya dengan sengaja memegang hidung Aisyah seperti dalam riwayat Ibnu Sunni.
Begitu romantisnya rumah tangga Rasulullah SAW. Mungkin inilah rahsia cinta sejati yang kekal ke akhir hayat Nabi SAW. Beramah mesra, bergurau senda, belaian dan sentuhan.
Perilaku sentiasa bermesra, bergurau senda dan sentuhan kasih sayang dengan isteri ini merupakan amalan yang telah diamalkan  semenjak mula kami berkahwin sehingga kini. Tindakan ini diibaratkan sebagai usaha untuk recaj hubungan mesra dan kasih sayang kami.

Biasanya saya akan lakukan perkara ini setiap malam sebelum kami tidur, kebiasaanya saya akan bercerita untuk memberi suasana ceria kepada isteri, kadang kala saya memuji kecantikan isteri,
“ Ayang kelihatan cantik malam ni. Lebih muda dari semalam” saya mengusik isteri.
“ Ada apa-apa ke tu bang, puji melabung je” isteri membuka mulut sambil mecubit sayang di paha saya.
“ tak kan tak faham lagi, biasa-biasa lah” saya jawab selamba .
“Heeeh, abng ni, tak puas, puas”. Isteri menjawab sambil memegang erat tangan saya

Dan selepas itu akan diikuti dengan pelukan mesra. Tindakan ini akan menyebabkan isteri menjadi bertambah manja dan selalui mengasihi  suami.

Sekali sekala pernah saya membuat lawak sperti cerita-cerita jenaka semasa kecil dahulu, untuk  melahirkan perasan ceria kepada isteri.
Saya mengatakan bahawa perbuatan  memeluk isterinya sering dilakukan kerana saya pernah terbaca satu artikel perubatan mengatakan jika kita memeluk isteri dengan penuh semangat kasih sayang akan menyebabkan keluarnya hormone yang boleh menguatkan imun tubuh seseorang untuk mengindar dari dijangkiti oleh penyakit. Mengikut kajian, satu pelukan akan menyebabkan tambah panjang umur 5 minit, dengan izin Allah.

Bagi saya masa yang paling berkualiti untuk begura senda dengan isteri ialah semasa kita bersama isteri untuk bersiap sedia tidur malam. Semasa ini kita telah meletakkan matlamat untuk tidur dengan lena dan disebelah kita di temani oleh isteri tercinta. Oleh itu tindakan bergurau senda dan bermesra dengan isteri sebelum kita tidur akan menjadikan minda kita tenang dan dapat tidur dengan lena.
Jika kita tidur dengan suasana keringan dan penuh emosi cinta suami isteri, akan menjadikan tidur kita itu tidur yang berkualiti. Sausana ceria semasa mula hendak tidur diikuti dengan bacaan Basmallah, ayat-ayat Al Quran dan disertai dengan doa tidur. InsyaAllah tidur kita akan menjadi satu tidur yang selesa tanpa di ganggui oleh mimpi ngeri, bila kita bangun esok pagi akan merasai satu kesegaran badan yang tidak terhingga.

Pengajaran dan iktibar:

1.    Mengadakan gurau senda diantara suami dan isteri dapat mengurangkan stress yang dialami oleh suami dan isteri. Gurau senda akan melahirkan suasana persekitaran keluarga yang riang dan ceria. Suasana keriangan ini akan mebuahkan satu keadaan perhubungan yang bahagia diantara suami dan isteri dan seterusnya akan terbawa-bawa kepada anak-anak.

2.    Gurau senda suami dan isteri adalah satu sunnah yang dituntut oleh Islam. Perbuatan gurau senda itu akan dapat melahirkan suasana ceria dan kasih sayang diantara suami dan isteri. Ikatan hubungan batin akan bertamah kuat bila diikuti dengan gurau senda saban masa.

3.   Gurau senda suami isteri jika dilakukan semasa waktu hendak tidur akan membolehkan tidur kita menjadi satu tidur yang berkualiti kerana dimulai dengan perasaan gembira dan ceria masa hendak tidur. Tidur yang berkualiti akan membolehkan proses recaj tenaga yang diperlukan oleh anggota tubuh badan semasa kita tidur akan menjadi lebih baik. Bila kita bangun keesokannya akan dapat merasakan satu kesegaran yang amat sangat.

4.    Suami yang sering begurau senda dengan isteri dan anak-analk adalah suami yang penyayang dan mencintai keluarga. Suami yang sering bergurau senda dengan isteri adalah suami yang romantis. Tindakan melahirkan suasana romantis dalam menjalin hubungan denggan isteri adalah satu tindakan yang mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW. Jika kita amalakan sifat romatis ini di dasarkan kerana ianya sunnah Nabi SAW maka setiap perbuatan kita itu adalah dikira pahala.. Bukankan ini adalah satu tindakan yang bijak bagi memperolehi kejayaan di dunia dan kenikmataan dari ganjaran pahala di akhir

Cinta Sampai Syurga : BERSIKAP ROMANTIS DAN BERGURAU SENDA DENGAN ISTERI

1.   Bersikap romantis dan bergurau senda dengan isteri.

                                                        
Bersikap romantis dan bergurau senda dengan isteri adalah satu amalan yang pernah dilakukan oleh suami yang paling unggul di dunia ini, ia itu Rasulullah SAW.

Baginda paling banyak bergurau senda bersama isterinya. Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) kerumah Aisyah. Lalu Nabi SAW duduk diantara Aisyah dan Saodah dan meletakkan kaki beliau diatas pangkuan mereka. Ketika Aisyah menjemput Saodah makan, ia menolaknya kerana tidak berselera. Lalu Aisyah berkata : “(Demi Allah), makanlah atau aku akan mengotori wajahmu”. Saodah menolak dengan berkata : Aku tidak akan memakannya”. Lalu Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah. Rasulullah SAW tertawa. Kemudian Rasulullah menyuruh Saodah membalas semula dengan mengotori wajah Aisyah. Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah, Rasulullah terus tertawa. (an-Nasai’e, Ibn Abi Dunya)
 
Kisah ini merupakan senda gurau Nabi SAW bersama isteri-isterinya. Pernah juga Rasulullah memujuk Aisyah untuk menghilangkan marahnya dengan sengaja memegang hidung Aisyah seperti dalam riwayat Ibnu Sunni.

Begitu romantisnya rumahtangga Rasulullah SAW. Mungkin inilah rahsia cinta sejati yang kekal ke akhir hayat Nabi SAW. Beramah mesra, bergurau senda, belaian dan sentuhan. Sehinggalah ayat-ayat cinta terukir dari bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja terhadap isterinya. Suara indah memanggil “Ya Humaira” kepada Aisyah yang bermaksud “Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah”. Membuatkan ikatan itu lebih intim. 

Adakalanya Nabi SAW memanggil Aisyah dengan singkatan manja “Ya Aisy” yang bermaksud kehidupan ketika mana beliau menyampaikan salam daripada Malaikat Jibril untuk Aisyah RA. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan dari Nabi SAW.

Sesungguhnya bersikap romantis sesama isteri itu adalah sunnah Nabi SAW. Kita berharap dengan sunnah ini dapat memupuk ikatan yang lebih erat antara sesama pasangan. Bukanlah sunnah ini suatu yang perlu dimalukan untuk diamalkan. Kepada suami, ayuh mengikut petunjuk Nabi dalam berkasih sayang sesama isteri. Andai isteri berasa pelik dari mana datangnya sikap romantis seorang suami. Adakah suami baru sahaja selesai menamatkan buku novel cinta Romeo dan Juliet. Jawablah dengan manja. Romantis ini bukan dari novel biasa, namun romantis ini datangnya daripada hadis Nabi SAW

Apa yang saya amalkan berkitan ini ialah semasa saya dan isteri berduaan dalam perjalanan jauh secara berkereta, saya akan memuji  isteri\.
“ darling cantik lah, I love you” saya mengusik sambil memandu.

“ abaang neee, nak kena tu” isteri menjawab manja.
“ Best tak semalam”
“Essh abang niiii, nakal” isteri tersenyum seribu makna.

Situasi begini sering sahaja berlaku bila kami berdua menaiki kenderaan. Lebih-lebih lagi kalau perjalan mengmbil masa beberapa jam lamanya.

Kadang kala ada juga saya memegang jari jemari atau tangan isteri sambil mengusap manja, ini mebuatkan isteri terasa dia begitu disayangi oleh suaminya. Keadah ini juga dilakukan untuk  membolehkan perkongsian masalah anak-anak di antara suami isteri  bagi membolehkan satu jalan penyelesaian yang dipersetujui bersama untuk dilaksanakan bagi mengatasi masalah anak-anak kami yang dihadapi dari masa ke semasa.

Alhamdulilah, kaedah ini telah mebuahkan banyak hasil untuk mengeratkan lagi kemesraan suami isteri, dan juga dapat mengatasi segala kebuntuan dalam keluarga secara bersama. Teknik ini merupakan satu keadah bagaimana menggunakan masa yang ada dalam tempuh 24 jam secara lebih berekesan. Kerana pada masa berkereta bersama isteri adalah masa yang paling efektif dimana suami dan isteri tidak akan diganggu oleh orang lain.

Bergurau senda sebelum kami tidur setiap malam juga adalah amalan runtin yang di amalkan oleh saya. Kebiasaanya masa sebelum tidur adalah paling sesuai kerana pada masa ini saya akan memeluk isterinya dan memberi kata-kata pujian tentang kecantikan dan kebaikan isteri. Jika ini dilakukan akan membolehkan isteri terasa dia disayangi dan apabila kami tidur dalam keadaan kegembiraan akan melahirkan aura positi dalam diri dan diikuti dengan mimpi yang indah-indah yang akan memberi kesan positif kepada kesihatan kita apabila bangkit dari tidur ke esokan harinya. Saya dapat merasi betapa tenang dan sihatnya tubuh badan saya, Alhamdulillah aku besyukur di atas segala nikmat-MU yang Allah.

Jika kita sentiasa bergurau senda bersama isteri setiap malam, akan dapat mengurangkan perasaan stress yang kita alami pada sebelah pagi dan petang sebelumnya. Gurau senda yang dilakukan di antara suami dan isteri akan melahirkan hormon positif dalam tubuh dan ianya adalah satu tindakbalas yang baik untuk kesihatan kita suami dan isteri.

Kekadang saya pernah juga menggunakan kesempatan masa yang ada semasa kami berhubungan melalui telefon, biasanya saya akan selit perbualan yang bersifat gurau senda dan joke diantara suami isteri apabila selesai  sahaja perkara utama yang kami ingin bincangkan. Keadah ini saya dapati hubungan cinta dan kasih sayang kami dapat di pupuk saban masa bagi mengekalkan kebahagian yang telah kami kecapi dan nikmati selama ini. Alhamdulillah.

Pengajaran dan iktibar:

1.    Sebagai seorang  suami kita perlu mengguna setiap saat masa yang ada untuk memupuk cinta dan hubungan mesra dengan isteri kita. Ianya perlu dilakukan saban masa bagi membolehkan perasaan kasih sayang dan mesra diantara suami isteri itu diperbaharui selalu, ibarat bateri kereta yang hampir hilang tenaga di caj semua. Jika ini dapat dilakukan sebagai amalan rutin dalam kehidupan berumah tangga akan menjadikan suasana ceria sentiasa ada dalam keluarga.   Ceria ini akan melahirkan persekitaran keakraban dalam keluarga dan menjadikan semua penghuni dalam sebuah rumah yang harmoni ini sebagai satu keluraga yang bahagia dan ceria, maka akan lahirlah apa yang dikatakan “Rumah ku Syaurga Ku”.

2.    Sifat suami yang sentiasa memuji isteri akan melahirkan suasana kebahagian dan kecintaan sentiasa membara diantara mereka. Suasana ini akan memberi kesan yang amat positif apabila mereka mengadakan hubungan kelamin sebagai suami isteri, hubungan intim yang membara ini membolehkan mereka mengekalkan kasih sayang yang lebih intim menjadikan kepuasan jimak sentiasa tercapai secara maksima oleh suami dan isteri. Sitausi ini akan menjadi  penghalang kepada syaitan yang sentiasa memujuk dan menggoda nafsu suami (terutamanya) untuk melakukan maksiat dengan wanita lain di luar sana.

3.    Suami juga mestilah pandai memilih masa yang sesusai untuk bergurau senda dengan isteri. Jika pandai membahagi masa dalam kehidupan seharian akan membolehkan kita menggunakan masa yang terhad dalam tempoh 24 jam itu digunakan secara lebih berkesan dan berkualiti.

4.    Suasana hubungan yang bahagian diantara suami dan isteri yan ditunjukkan dalam sebuah rumah tangga akan dilihat oleh anak- anak mereka . Kebiasaannya anak-anak akan mengikuti sifat ibu atau bapa,Jida tabiat baik dan hubungan yang sengtiaarapat dan intim diaantara ibu dan banapa akan menjadi ikutan dan teadan kepada anak-anak, kemesraan ibu dan bapa akan mejadi idola kepada anak-anal kita untuk mencontohi apa yang diamalkan oleh ibu dan bapa mereka.. Jika dalam sesebuah keluarga itu mempunyai ramai ahlinya yang mempunyai sikap dan amalan dalam kehidupan menjurus kepada hubungan yang baik dan saling sayang menayangi di antra satu sama lain, akan lahirlah keluarga yang bahagia dan membahagiakan

Friday, 24 April 2015

BUKU - BERCINTA SAMPAI SYURGA

PENERBITAN BUKU - TENTANG SUAMI MENJAGA ISTERI LUMPUH - LEBIH 15 TAHUN



Assalamualaikum wbt, dan Salam Sejahtera,   
Pelawat yang dihormati dan dikasihi sekalian.        

        
Alhamdulillah pada masa ini saya dengan kerja sama editor dari Penerbitan :PTS menerbitkan buku berjudul ' BERCINTA SAMPAI SYURGA"  buku berkenaan bagaimana amalan saya dalam kehidupan  berumah tangga yang telah memakan masa 35 tahun. Dalam tempoh itu isteri pula telah menjalani pembedahan kepada akibat daripada berlaku pendarahan dalam otak pada Mac 2001. Kini isteri telah lumpuh sebelah tubuh (kanan).

Akibat daripada situasi ini, saya menjaga isteri  untuk memenuhi keperluan kehidupan seharaiannya sperti, mandi-manda, makan-minum, solat, dan juga menjaga emosinya. Saya juga memberi semangat untuk memulihkan kembali fizikal dan emosi bagi membolehkan dia terus hidup seperti orang biasa.

Ahamdulillah. dengan hidayah Allah saya telah melalaui suka duka menjaga isteri lumpuh selama 15 tahun. sehinggakan pada masa ini saya boleh dikatakan mahir memasak pelbagai masakan sperti manu gulai dan nasi mengikut masakan tradisional Melayu.

Sikap dan amalan dalam mengendalikan kehidupan suami isteri yang saya tuliskan dalam buku ini yang mempunyai lebih 32 topik adalah faktor yang amat penting bagi membolehkan saya terus bersemangat menjaga isteri dan juga menjadi ketua keluarga bagi anak-anak saya; walaupun masa telah berlalu hampir 15 tahun isteri sakit dan tempoh perkahwinan kami adalah 35 tahun, ini bermakna hampir separuh daripada tempoh perkahinan kami adalah dilalui dalam keadaan isteri lumpuh. Alhamdulillah hidayah Allah terus memberi kebahagian dan kesemarakan cinta kami sehingga kini.

Jika anda mengalami pasangan yang sakit lumpuh atau sakit kronik yang memerlukan rawatan dan pertolongan anda sepanjang masa, buku ini saya jangka amat berguna untuk di jadikan panduan dan teladan..Insya Allah.

Di dalam buku ini juga saya muatkan tips-tips bagaimana menjaga pesakit lumpuh yang perlu diketahui oleh penjaga dan ahli keluarga. Ini adalah penting kerana perilaku pesakit lumpuh akan bertukan secara mendadak dan ianya amat  berbeza dengan perilaku sebelum ianya mengalami kesakitan. 

Jika mana -mana pelawat yang berminat memberi apa-apa pandangan boleh email saya di alamat ; nikraihanrahman@gmail.com

Wasalam.

RAIHAN PAHIMI
Panji, Kota Bharu
Kelantan Darul Naim.
September 2014.
Mobil : 019 9831553

Nota:
Buku BERCINTA SAMPAI SYURGA telah diterbitkan mualai Januari 2015. Sambutan terhadap buku ini amat menggalakkan. Kini telah di ulang cetak bagi kali ke 3. dan akan diterbitkab dalam bentuk E-Book oleh PTS.
Saya juga sedang berusaha untuk menerbitkan buku ini dalam bahasa Inggeris,InsyaAllah awal tahun 2016 buku dalam edisi bahasa Inggeris akan berada di pasaran . InsyaAllah.

Saturday, 18 April 2015

Buku - Bercinta Sampai Suyurga

BERCINTA SAMPAI SYURGA ( LOVE TILL HAVEN)

Based on the author's experience nurture their love and care for his wife who was paralyzed for 15 years. Alhamdulillah wife now can be recovered almost 95%. dI give tips on caring for patients paralyzed by his experience and advice of a physician. Get this book in the market right now. 
If you have related that the problem paralyzed patient care and need the traditional sequence (female) author wants to help. please Emil.
 ·  

Bercinta Sampai Syurga



oleh Nik Raihan
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-411-432-9 
Tarikh Terbit: 14 Jan 2015
Jumlah Muka Surat : 368
Siri:
0
RM 23.00
Harga Sabah/Sarawak: RM 26.00
Tiada stok




"Tuhan menurunkan ujian bagi menjadikan cinta saya kepada isteri mendekati sempurna."
Pengarang menulis sendiri pengalaman beliau menjaga isteri yang lumpuh selama 15 tahun, di samping menjaga ibu dan ibu mertua yang berumur lebih 80 tahun. Pada masa yang sama, pengarang bekerja dan menjaga keperluan harian anak-anak seramai tujuh orang.
Beliau juga berkongsi tip-tip menjaga pesakit lumpuh.

·         Sinopsis
·         Isi Kandungan
·         Komen 0
·         Ulasan
Bab 1 Ku Sangka Panas Sampai ke Pteang
Bab 2 Niat Mahu Menjadi Suami Terbaik
Bab 3 Sentiasa Taat kepada Perintah Allah s.w.t.
Bab 4 Contohi Akhlak Nabi Muhammad s.a.w.
Bab 5 Dia adalah Isteri yang Terbaik
Bab 6 Ringan Tulang di Rumah
Bab 7 Sifat Positif dan Istimewa
Bab 8 Bermesra denga Isteri pada Setiap Hari
Bab 9 Pulang dengan Senyuman
Bab 10 Romantis dan Bergurau Senda dengan Isteri
Bab 11 Telefon dan SMS Pengubat Rindu
Bab 12 Bergurau Senda Tanda Bahagia
Bab 13 Makan Bersama Keluarga pada Setiap Hari
Bab 14 Mandi Berjemaah
Bab 15 Mesyuarat Keluarga
Bab 16 Jaga Penampilan Diri
Bab 17 Memberi Nasihat Secara Hikmah
Bab 18 Memberi Nafkah Mengikut Kemampuan dan Keperluan
Bab 19 Sentiasa Menjadi Penawar Hati kepada Isteri
Bab 20 Sentiasa Menyimpan Rahsia Rumah Tangga
Bab 21 Muliakan Keluarga Isteri seperti Keluarga Sendiri
Bab 22 Sifat Cemburu yang Positif
Bab 23 Jadilah Suami yang Pemaaf
Bab 24 Menegur Kesilapan Isteri dengan Berhikmah
Bab 25 Mendahulukan Keperluan Isteri
Bab 26 Menjaga Solat dan Ibadat Lain
Bab 27 Cintai Isteri Sepenuh Hati
Bab 28 Sentiasa Berubah Secara Positif
Bab 29 Prihatin Terhadap Keluarga
Bab 30 Pamer Kematangan yang Tinggi
Bab 31 Memuliakan Perempuan
Bab 32 Sabar adalah Segala-Galanya