RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Monday, 10 October 2016

MURABBI - TUAN GURU DATO' NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT



Bab 1:  TOK GURU YANG SAYA  KENALI.



Saya masih ingat hari pertama semasa mengadap Tok Guru setelah diri diposting sebagai Setiausaha Majlis Mesyuarat Kerajaan  
(SUMMK) pada tahun 1992. 

“ Pok Nik asal mana”.
“ Ambo asal Pasir Puteh,  Tok Guru”
“ Anok sapo”
“Anak Nik Abd Rahman Kampung Kelubi Jalan Machang”
“ Ooooo  ambo raso kenal ayah Nik tu” Tok Guru menyambung bicara.
“ Dio dulu ngaji sama dengan ambo di Pondok Tok Guru Haji Abbas, Jerteh, Besut, Terengganu".
“Moleklah maghi di MMK ni, bolehlah pakat tolong ambo nak Membangun Bersama Islam” Tok Guru meneruskan bicaranya. Saya mendengar dengan penuh tumpuan.
Itu diantara ucapan Tok Guru yang saya masih ingat samapai ke hari ini. 
Disepanjang tempoh saya bertugas di MMK, banyak perkara yang saya belajar daripada amalan Tok Guru sebagai seorang Murrabbi dan Menteri Besar Kelantan.

Tok Guru sememangnya seorang insan yang begitu tinggi komitmen untuk mepratikkan Islam dalam kehidupan seharian didunia ini demi mendapat keredaan Allah di akhirat kelak.
Sepanjang saya berada lebih kurang  empat tahun enam bulan di pejabat MMK di Kota Darulnaim. Saya amat kagum sifat kosistennya tok guru mengamalkan islam dalam kehidupannya.
Rutin tok guru seharian apabila sampai di pejabatnya, dimulakan dengan solat duha, diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran beberapa helai dan seterusnya dia akan menulis ucapan yang akan dilakukan di beberapa Majlis Rasmi yang akan dihadirinya pada hari tersebut.

Tok guru membuat ucapan dengan menggunakan tulisan jawi. Dia begitu fasih dengan bahasa jawi yang dianggap sebagai tulisan Melayu yang mempunyai banyak persamaan dengan tulisan arab. 
“ Kita kena amal tulisan jawi kerana tulisan ini adalah tulisan asal bahasa Melayu, sebagai seorang yang berbangsa Melayu, kita perlu jadikan tulisan ini sebagai media ilmu dan komunikasi untuk menghalang dia pupus”
“ Ambo rasa amat sedih pada suatu masa ada pihak yang cuba menghapuskan tulisan jawi dan digantikan dengan tulisan rumi untuk media penulis bagi bahasa Melayu. Baagi ambo perbuatan ini satu pengkhianatan terhadap bahasa Melayu, kerana dengan perubahan ini akn hilang identiti bahasa Melayu yang dibentuk oleh nenek moyang kita sejak beratus tahun dahulu, tulisan jawi ini ada keunikan tersendiri berbanding dengan tulis rumi yang merupakan saduran dari tulisan Rome”.
Tok Guru memberitahu saya  satu ketika dahulu.

Tok guru sememangnya seorang anak Melayu yang begitu kuat berpegang kepada adat dan tatasusila Melayu, selagi ianya tidak bercanggah dengan syariat.


Di buktikan dengan amalan pakainya untuk ke pejabat sebagai seorang MB, beliau sentiasa memakai baju melayu lengkap berselpang dan berseban alim ulamak. Pakaian ini merupakan pakaian tradisi alim ulamak di Kelantan  dan nusantara sejak zaman berzaman lagi.
Sekali sekala sahaja TG pakai pakian rasmi MB yang  mengenakan jubah labuh hitam. Ini adalah bukti dia seorang yang begitu kuat dengan amalan adat resam Melayu.
Untuk meketengahkan tulisan jawi yang hampir pupus di akhir zaman ini. TG telah mengemukakan cadangan untuk menjadi satu kewajiban dalam semua iklan yang ingin di letakkan di dalam kawasan Penguasa Tempatan di seluruh Negeri Kelantan mesti mempunyai tulisan jawi. Tindaan ini telah meningkatkan penggunaan tulisan jawi di kalangan masyarakat.

TG akan ke pejabat setiap hari sebelum pukul 8 pagi. Kebiasaannya beliau akan sampai di Pejabat Menteri Besar pada pukul 7.45 pagi. Kadang kala beliau adalah di antara orang yang terawal sampai di Kota Darulnaim berbanding dengan pegawa-pegawai kanan yang lain.
Disini memperlihatkan komitmen dan kebertanggung jawaban TG untuk mengikuti disiplin kerja yang ditetapkan bermula jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang.  Bagi TG ia adalah satu amanah yang perlu ditunaikan kerana ia akan diadili di hadapan Allah di Padang Mahsyar kelak.
Satu amalan yang  tak pernah TG tinggalkan, sebaik sahaja sampai di pejabat dia akan mulakan dengan solat sunat duha. Kadangkla diikuti denggan solat sunat hajat jika dia ada perkara penting yang akan diselesaikan pada hari itu. Amalan sebegini memperlihatkan bahawa TG adalah seorang Murrabi yang bukan sahaja mempunyai ilmu agama yang tinggi, serta mengajar ilmu agama kepada masyarakat,  sebaliknya beliau sendiri mengamalkan apa yang diajar kepada orang ramai. Dengan kata lain TG bukan nya jenis insan yang cakap tentang sesuatu ilmu tetapi tidak mengamalkannya. Inilah bukti dia seorang yang tinggi tingkat ketaqwaannya.

“ Ambo keno jaga status yang di beri oleh masyarakat sebagai Tok Guru” kata
TG pada saya suatu masa dahulu.

Gelaran itu bukan saya yang minta tetapi masyarakat yang beri”

Disamping itu TG mempunyai amalan yang patut diikuti oleh semua ialah beliau akan solat diawal waktu pada setiap kali waktu solat. Perkara ini pernah disuarakan oleh Setiausaha Sulit beliau kepada saya.

“ Ambo paling bangga sifat TG ialah selalu amalkan solat di awal waktu.” 
“ Pernah di satu masa di lapangan terbang, TG sedang menunggu VVIP ‘. Sebaik sahaja bunyi azan, lantas beliau terus solat  di satu ruang kosong “. Kata SUS MB kepada saya semasa kami sedang berbincang tetang penerbitan buku ini.
Oleh itu pejabat MB di Kota Darulnaim, TG jadikan sebagai sebuah mini surau, kerana apabila masuk waktu solat seperti solat zohor dan asar, TG akan meninta kakitangannya azan dan iqamat dan disusuli dengan solat berjemaah. Kebiasaannya pegawai lelaki di Pejabt MB akan ikut sama solat berjamaah dengan TG.  Bila ada tetamu yang datang berjumpa TG berkebetulan masuk wakatu solat, mereka juga akan bersama-sama berjemaah. Budaya sebegini jarang sekali diamalkan oleh MB di negeri-negeri lain di Malaysia. 
Amalan itu berterusan selama lebih 20 tahun beliau menjawat jawatan MB. Ini juga menunjukkan TG mendahulukan hubungan dengan Allah apabila diseru untuk tunaikan solat 5 waktu.

TG juga seorang yang tidak ego dan sombong dengan ilmu dan kedudukan. Beliau mudah diminta untuk berjumpa oleh rakyat tanpa mengira kedudukan dan status, kebiasanya sesiapa sahaja yang ingin berjumpa dengan TG, hanya berjumpa dengan SUS. Jika masa beliau free boleh terus berjumpa tanpa perlu membuat janjitemu terlebih dahulu.
Kebiasaannya rakyat akan mengunggu untuk berjumpa TG selepas solat asar. Kerana lazimnya pada waktu ini TG tidak ada program rasmi. Kebiasaan TG akan solat asar di Masjid beliau di Pulau Melaka.
Satu lagi masa yang biasa mudah untuk berjumpa TG adalah selepas solat subuh di Masjid Pulau Melaka yang terletak kira-kira 10 meter dengan rumah beliau.

Dari apa yang saya amati sepanjang berkerja di bawah TG saya dapati beliau adalah seorang yang beramal dengan ilmu yang dia ada, dia bukannya jenis manusia yang suka bercakap berdegar-degar mengajar anak muridnya untuk lakukan kebaikan, tapi bila kena batang tubuh sendiri banyak alasan yang diberi untuk elakkan dari diparatikkannya. Inilah yang dikatan manusia hipokrit yang amat dibenci oleh Allah.

Sememangnya sukar di akhir zaman ini ingin mencari pemimpin yang menjadi teladan terhadap apa yang diajar kepada pengikutnya. Inilah satu kelebihan peribadi TG berbanding dengan Menteri Besar di Malaysia.
Satu lagi kelebihan TG ialah dia adalah diantara pemimpin PAS yang tidak  pernah kalah dalam pilihanraya yang ditandinginya semenjak tahun 1960 an hingga ke PRU ke 13. Memperlihatkan beliau mempunya karisma kepimpinan yang begitu tinggi berbanding dengan pemimpin politik yang lain sama ada dari parti PAS atau parti-parti yang lain. TG juga istikomah dalam memperjuangkan  Islam melalui parti PAS, Beliau tidak pernah bertindak meninggalakan PAS walaupun beliau mempunyai percanggahan pendapat dengan pemimpin tertinggi PAS . Contohnya pada masa PAS di pimpin oleh Dato Asri Muda dia menentang kemasukan PAS dalam BN tetapi oleh kerana persetujuan parti untuk mengadakan kerajaan campuran dengan BN beliau akur dan terus kekal dengan parti PAS. Sehinggalah Pas disingkirkan dari BN dan berlaku perpecahan dalam Pas sehingga tertubuh parti baru Berjasa yang diketuai oleh Dato Muhammad Nasir dan Dato Asri meninggalkan Pas kerana menyertai UMNO.

Ketaatan TG dengan Pas sehingggalah Yang Di Pertu Pas Dato Mohd Asri telah keluar Pas dan menyertai UMNO semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri.
Sifat TG yang begitu tinggi dengan perjuangan Pas untuk menegakkan Islam di Malaysia, beliau telah dilantik sebagai Musridul Pas pada tahun  2015. Satu jawatan yang paling tinggi statusnya dalam parti Pas. Ini merupaka pengiktirafan yang terlalu tinggi di beri oleh Parti Pas kepaa seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada parti dan mempunyai sifat yang istikomah dalam memimpin parti walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Apabila TG dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan pada tahun 1990. Panggilan rasmi untuk jawatan Menteri Besar yang telah turun termurun diamalkan beberapa dekat lalu dengan pangilan “ Yang Amat Berhomat Dato’ Menteri Besar ” 
Saya masih teringat kata-kata TG bahawa perubahan terhadap panggilan rasmi dibuat adalah untuk megekalkan status panggilan ”Tok Guru’ yang diberikan oleh masyarakat kepada beliau sejak sekian lama.
“ Ambo nok cadang supaya panggilan rasmi untuk jawatan Menteri Besar perlu di ubah”.
“ Bagi ambo panggilan Yang Amat Berhormat Menteri Besar itu adalah nama yang dipersetujui dalam hal ehwal protocol Negeri Kelantan”.
“ Ambo nok cade di tambah perkataan “Tuan Guru”.  Selepas perkataan Yang Amat Berhormat“
Beliau memberi penjelasan berhubung cadangan panggilan rasmi kepada Menteri Besar dalam satu mesyurat  Exco satu masa dahulu.
“ Ambo minta Tok Guru dikekalkan dalam panggilan nama ambo, sebab ia satu penghormatan yang telah diberikan oleh anak murid ambo  semenjak ambo ngajar agama  pada tahun 60an dan 70 an lagi”.

Disini memperlihatkan TG begitu komited dengan dakwah Islam, dimana menjadi salah satu rutin harian beliau untuk memberi kuliah agama pada setiap hari dimana sahaja beliau dijemput menjadi tatamu VIP jemputan.

Setiap kali TG berucap di apa jua majlis samada majlis rasmi atau tidak rasmi. Ia akan dimulakan dengan bacaan beberapa ayat al Quran. Kemudian TG akan menghuraikan maksud ayat tersbut dan seterusnya akan dikaitan dengan majlis yang beliu hadiri itu.

Itulah di antara bukti yang TG sebebagai seorang ulamak, sentiasa medekati diri dengan Allah dalam apa jua keadaan pun. Bila beliau memulakan dengan kalimah ayat-ayat suci Allah. Sudah pasti nasihat atau ruang lingkup ucapan beliau tidak akan lari dengan syariat Allah. Ini bermakna bahawa TG seorang yang sentiasa bergerak dengan panduan yang ditetapkan oleh Allah. Dia begitu ikhlas dan sentiasa rapat hubungan dengan Pencipta-Nya.

Katanya ini adalah cara yang paling baik untuk menjadikan kerja buat kita sentiasa diselarikan dengan syarikat Islam.

“ Jika kita buat sesuatu kerjo dengan bepandukan perintah Allah ia itu Al Quran, maka hidup kita akan terpandu kepada perlaksanaan perintah Allah”
“ Bahkan kerja kita akan menjadi ibadat, itulah satu cara untuk mendapat pahala Allah sebagai umat Nabi Muhammad saw yang usianya adalah lebih pendek berbanding dengan umat-umat nabi sebelumnya”

ZALIM KEPADA DIRI SENDIRI, MAKNANYA TIDAK MENDENGAR KATA ALLAH. SAMPAI TIME SOLAT, TIDAK SOLAT. TIME ZAKAT, TIDAK BERI ZAKAT. APABILA BERTEMBUNG DENGAN URUSAN DUNIA, MENIGGALKAN URUSAN ALLAH. ORANG INI ZALIM KEPADA DIRI SENDIRI KERANA MENDEDAHKAN DIRINYA KEPADA API NERAKA”.


No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.