Bab.
2 TOK GURU SEBAGAI PEJUANG BANGSA MELAYU:
Bila topik ini saya ketengahkan, mungkin ramai yang
akan berkata ia adalah satu andaian yang tidak tepat.
“ Mana boleh Tok Guru (TG) digolongkan sebagai
pejuang bangsa Melayu” kerana dia seorang yang amat lantang menentang sikap membanggakan sesuatu bangsa yang
dikatakan ‘assobiah” . Tok Guru lebih berpegang kepada konsep “ Umat Islam Sejagat”
tanpa mengira bangsa dan suku kaum asalkan dia seorang yang beriman dan
bertaqwa. Itulah yang dijanjikan Allah sebagai insan yang terpilih oleh-Nya.”
2.1.PAKAIAN
KE MAJLIS RASMI – BAJU MELAYU LENGKAP.
Pakaian TG semenjak beliau balik
dari menuntut ilmu dari Mesir pada tahun 60 an adalah baju Melayu, besempang
dan berserban secra ulamak atau Tok Guru. Bila
TG ke Majlis Rasmi beliau akan
memakai pakaian lengkap Kebangsaan Melayu. Amalan in dikekalkan secara
istiqamah selepas beliau memegang jawatan Menteri Besar Kelantan. Ini adalah
asas bagi saya membuktikan TG adalah
seorang begitu kuat berpegang kepada adat dan budaya Bangsa Melayu.
Lebih-lebih lagi belaiu adalah
Penaung bagi Persatuan Kerabat D’ Raja Jembal Kelantan. Jadi tidak herainlah
beliau begitu kental dengan amalan pakaian kebangsaan Melayu.
Contoh pakaian TG:
‘Sut Baju Melayu’
2.2.
TULISAN JAWI DI MERTABATKAN
Satu lagi contoh amalan TG yang beliau adalah penjuang dan pengamal budaya
Melayu ialah melalui tulisan seharian dan cara berkomunikasi di Pejabat Menteri
besar.
TG adalah pengamal
setia tulisan jawi sebagai media penulisan untuk beliau mencatat nota, menulis
buku, menulis ucapan rasmi dan berkomunikasi dengan pegawai-pegawai di Pejabat Menteri Besar.
Saya pernah diberitahu
oleh TG.
“Pok Nik, ambo suka amal tulisan jawi kerana ia
adalah tulisan turun temurun nenek moyang kita yang berusia lebih ratusan tahun
dahulu.”
“ Ambo amal tulisan
jawi untuk nak kekal tradisi tulisan Melayu yang makin pupus dah hampir dilupai
oleh bangsa Melayu generasi sekarang”
Saya mengganguk angguk
tanda setuju dan fokus kepada percakapannya.
Saya secara perbadi
terasa amat malu dihadapan TG pada masa itu, kerana pada hakikatnya saya hanya
boleh membaca tulis jawi dengan lancar, tetapi amat kurang mahir menulis
tulisan jawi.
Itupun mujurlah pada
masa belajar di sekolah rendah dahulu (tahun
1960 an) buku Hikayat Hang Tuah dalam tulisan jawi adalah diantara buku
teks bagi Bahasa Melayu.
TG juga pernah
menegaskan bahawa kita sebagai orang Melayu perlu mempertahan tulisan jawi
kerana dia adalah lambang kemegahan bangsa Melayu yang bertamadun. Hilang
tulisan jawi bermakna kita telah melenyepkan salah satu juzuz pengenalan sesuatu bangsa. Kerana tulis jawi adalah
tulisan bahasa Melayu yang telah turun temurun dibangunakan oleh datuk nenek
kita semenjak ratusan tahun dahulu, tulisan jawi juga telah diiktiraf oleh
masyarakat dunia sebagai tulisan bagi bangsa melayu.
“ Bagi ambo, tindakan
sesetengah pihak untuk mengugurkan subjek tulis jawi dalam pembelajaran di
sekolah merupakan satu tindakan yang amat jahat, kerana ianya dalam tempoh
jangka panjang akan melenyepkan identiti bahasa Melayu. Lagipun kata TG tulisan
rumi adalah tulisan bahasa Inggeri yang dipopular oleh pihak Barat.”
“ Banyak perkataan dan
sebutan dalam bahasa Melayu tidak dapat disebut dengan sempurna apabila kita
menggunakan tulisan rumi. Sebgai contoh, huruf “nya” dan “: Cha”.tidak ada dalam tulisan rumi.
Jadi ejaan rumi menjadikan sesetenaggah sebutan tidak tepat dengan pecakapan
bahasa Melayu.”
“ Yang lebih penting, tulisan jawi ini adalah
menggunakan abjab huruf yang sama dengan tulisan bahasa Arab yang merupaan tulisan
untuk kitab suci Al Quran” TG mengulas lanjut.
“Jika kita mahir tulis jawi dengan sendirinya kita akan mudah memahami huruf Arab yang
ditulis dalam al Quran, ini akan memudahkan bagi kita belajar dan mahir
membacnya’, Kefasihan membaca al Quran ini amat penting bagi kita umat Islam,
kerana ianya akan menjadi teman kita di dalam kubur selepas kita mati nanti.
Mereka yang membaca al Quran sebagai rutin harian akan mendapati cahaya al
Quran ini memberi safaat kepada ahli kubur dengan menjadikan kubur sesorang
pembaca itu akan terang benderang.”
“ Jadi alangkah ruginya jika kita tidak tahu tulisan
yang digunakan untuk al Quran dan menyebabkab
kita dalam kerugian”.
Mendengar penjelasan TG itu, barulah saya faham
kenapa TG sentiasa menggunakan tulisan jawi dalam kehidupan sehariannya.
Bagi menjadikan tulisan jawi satu tulisan yang digunakan
secara berluluasa dalam masyarakat di Kelantan, TG telah mencadangkan kepada
semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri
Kelantan mengenakan syarat setiap papan iklan dan baner yang hendak diletakkan
dalam kawasan Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah mestilah mempunyai tulisan
jawi, sekurang-kurangnya untuk satu dua ayat.
Tindakan itu TG itu telah dapat memperkasakan lagi
pengguna tulisan jawi di Negeri Kelantan.
2.3 BERUCAP DALAM BAHASA MELAYU DI
MAJLIS RASMI:
Satu lagi sifat peribadi TG dalam memertabatkan
Bahasa Melayu ialah dengan sikap beliau yang sentiasa memberi keutamaan
berucapa di apa jua majlis menggunakan bahasa Melayu. Sekali imbas orang akan
menyangka TG sebagai seorang yang dibesarkan dengan persekitaran pengajian
pondok, pasti menyangka TG hanya mahir
berbahasa Melayu dan Arab sahaja. Kerana itulah medium yang digunakan oleh
Pusat Pengajian Pondok di Malaysia dan Nusantara sejak berabad-abad lalu. Jika
itulah anggapan anda terhadap kemampuan berbahasa TG itu adalah satu andian
atau tanggapan yang kurang tepat.
Sebenarnya Tok Guru mempunyai kemahiran berbasa
Melayu, Aarab, Inggeris dan Urdu / Tamil . Beliau pernah melanjutkan pelajaran di India
dan Mesir. Belaiu mempunyai Ijazah Sarjana
dari Universiti Al Azhar Mesir dalam bidang Usuluddin dan Perundangan
Islam.
“ Ambo lebih suka berbahasa Melayu dari menggunakan
bahasa lain kerana untuk memertabatkan bahasa Melayu”.pernah TG memberi tahu
saya sebelum ini.
Kita sebagai orang Melayu perlu bangga dengan bahasa
ibunda kita, lagipun bahasa Melayu merupakan bahasa pertuturan di Nusantara
sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Tindakan TG membiasakan diri dengan
berucap menggunakan bahasa Melayu adalah satu tindakan yang bijak untuk
memaklumkan kepada dunia bahasa Melayu adalah bahasa komunikasi di rantau Asia
Tenggara khususnya dan di dunia amnya.
Pernah satu ketika pada tahun 1995, satu rombangan
dari England datang berjumpa TG di pejabat MB, dia meminta saya menjadi
penterjemah, dari apa yang saya perhatikan bahawa TG sememang faham bahasa
Inggeris, Cuma dia tidak menunjulkan dirinya sebagai seorang yang fasih
berbahasa Inggeri. Kebolehan TG memahami bahasa Inggeris dapat dilihat bila masa
perbualan sedang rancak berjalan, TG dapat memberi jawapan sepontan dalam
bahasa Melayu beberapa persoalan yang dikemukakan oleh Mat Salleh, walahal pada
masa itu saya belum lagi menterjemah percakapan Mat Saleh berkenaan.
2.3.KEHIDUPAN
SEHARIAN TOK GURU KEKAL DENGAN AMALAN ADAT
MELAYU.
TG sebagai seorang umalak yang mengamalkan hidup
“simple’ seperti masyarakat Melayu lain yang tinggal di kampung-kampung. Belaiu
tidak begitu mementingkan kemewahan dunia yang biasa ditonjulkan oleh
kebanyakan orang. Lebih lagi bila berstatus Menteri Besar. Mereka memberi
alasan untuk menjaga imej yang bergalar Menteri Besar.
Rumah kediaman beliau adalah sebuah rumah berbentuk
Melayu Kelantan yang sederhana yang diperbuat daripada kayu dan beratap
asbestos. Ukuran sais rumah TG adalah sederhana sahaja yang terdiri daripada
ruang tamu, beberapa buag bilik tidur, ruang dapur dan ruang makan.
Bilik tamu dihiasi dengan dinding kayu yang dicat
biasa yang sama dengan rumah-rumah yang didiamai oleh kebanyakan rakyat
bertaraf sederahan di Kelantan. Walahal beliau adalah seorang TG yang berstatus
YB yang mempunyai pedapatan tetap bulanan. Jika dilihat kepada corak hidup
kebanyakan YB di Kelantan, rumah mereka juah lebih
besar dan gah berbanding dengan rumah TG.
Ini membuktikan bahawa TG adalah seorang yang zuhud terhadap kekayaan dunia. TG lebih mementingkan kepada memperbesarkan Masjid yang terletak hanya 50 meter dari rumah biliau dan juga memperbaiki bangunan Sekolah Arab yang dinaugi oleh TG di kawasan rumahnya di atas tanah yang diwakafkan untuk tujuan Fisabilillah.
Ini membuktikan bahawa TG adalah seorang yang zuhud terhadap kekayaan dunia. TG lebih mementingkan kepada memperbesarkan Masjid yang terletak hanya 50 meter dari rumah biliau dan juga memperbaiki bangunan Sekolah Arab yang dinaugi oleh TG di kawasan rumahnya di atas tanah yang diwakafkan untuk tujuan Fisabilillah.
Setelah TG dilantik menjadi MB , belaiu telah
menolak persediaan Kediaman Rasmi Kerajaan Negeri Kelantan sebagai tempat
kediaman belaiu. Bangunan Kediaman Rasmi MB di JKR 10 yang terletak di Kg
Sireh, berhampiran Pejabat SUK kota Darulnaim, merupaka temapat kedianman MB yang
dilantik sebelum ini.
" Ambo tak sir duduk di JKR 10 kerana takut timbul perasaan takabul dan bangga diri dengan jawatan Menteri Besar, lagipun jawatan ini adalah satu amanah yang amat berat untuk ambo pikul kerana di akhirat nanti ambo kena jawab di hadapan Allah"
" Ambo tak sir duduk di JKR 10 kerana takut timbul perasaan takabul dan bangga diri dengan jawatan Menteri Besar, lagipun jawatan ini adalah satu amanah yang amat berat untuk ambo pikul kerana di akhirat nanti ambo kena jawab di hadapan Allah"
Gambar Kediaman Rasmi MB JKR 10 :
TG pernah memberi tahu bahawa beliau tidak mahu meneiami di kediaman rasmi Kerajaan, adalah kerana tidak mahu menyusahkan rakyat
yang ingin berjumpa dengan beliau spertimana yang biasa dilakukan dirumahnya di
Pulau Melaka.
Gambar rumah TG di Pualau Melaka – perspektif dan
plan susunatur.
Bentuk rumah kediaman TG yang memperlihatkan
rekabentuk Rumah Melayu, dengan suasana persekitaran kejiranan yang begitu
akrab kerana tidak berpagar, dikelilingi dengan pokok-pokok buah-buahan yang
biasa kita boleh lihat di kebanyakan kampung Melayu di Kelantan.
Susunan rumah yang lebih kepada keakraban kejiranan
memperlihatkan betapa TG begitu dekat dengan keluarga dan masyarakat di Kampug
Pulau Melaka.
TG akan ke Masjid Pulau Melaka yang dibina oleh
beliau dengan berjalan kaki sahaja. Jaraknya tak sampai 50 meter. Ini juga
memperlihatkan TG cuba mempraktikan kehidupan Rasullah saw yang kediaman
baginda adalah berhampiran dengan Masjid Nabawai di Madinah.
Kedudukan rumah yang boleh dikatakan sebagai satu
kompleks dengan kawasan Masjid memperlihatkan bahawa TG seorang ulamak yang
bigtu rapat hubungan dengan Allah dalam kehidupan sehariannya. Lokasi rumah TG
yang berhampiran dengan masjid adalah persamaan dengan kediaman Rasulullah SAW
di Madinah. Ini juga memperlihatkan yang TG sememangnya cubah sebaik mungkin
untuk mengamalkan sunnah dalam kehidupan.
Rutin beliau dimulakan dengan berpagi lagi ke masjid
untuk menunaikan solat Malam (kaimulail) dan diikuti dengan solah subuh
berjemaah, dimana beliau sebagai imam. Dan setelah selesai solat subuh belaiu
akan memberi tazkirah subuh dalam tempoh stengah jam lebih. Inilah amalan yang
dikekalkan semenjak muda dan sehingga lah belaiu di lantik sebagai MB pada tahu
1990. Amalan itu berterusan sehingga lah beliau memegang jawatan MB selama 23
tahun.
Rutin harian dalam kehidupan beliau ini juga telah
terbukti bahawa TG adalah seorang yang istikamah dalam dakwah kepada
masyarakat. Walaupun belaiu mempunyai jadual yang pada setiap hari sebagai
soerang ketua pemerintahan Negeri Kelantan, tetapi bilau tetap dengan rutin
mengajar di Masjid Pulau Melaka. Disampig itu juga belaiu terus dengan
ceramah-ceramah agama di seluruh negeri Kelantan dan juga di seluruh Malaysia
sebagai Musridul Am Pas.
Gambar :TG sedang berceramah di depan ribuan
hadirin.
Salah satu hobi TG di masa lapangnya ialah memburu.
TG akan membawa senapang patah ke kebun yang tidak jauh dari kediaman beliau di
Pulau Melaka. Kebiasaanya pada waktu petang selepas solat asar, bila ada
kelapangan TG akan memburu tupai yang berkeliaran di kebun beliau dan juga di
kebuh-kebun jiran yang berhampiran. Kegiatan memburu ini juga merupakan
aktiviti TG untuk bersama masyarakat setempat dan beliau akan berbual mesra
sesiapa sahaja yang terserempak di perjalan di kebun semasa beliau
merayau-rayau mencari target musuh kebun seperti tupai.
Aktivit berkebun dan memburu ini juga salah satu
akativti TG untuk mengerluarkan peluh bagi kepetingan kesihan fizikal belaiu.
Apa yang saya kagum dengan sifat zuhud TG ialah
tentang makanan, beliau makan apa sahaja yang dihidangkan kepada beliau, dan TG
walaupun seorang Menteri Besar, beliau lebih suka makan makanan menu Melayu
seperti Nasi Berlauk bungkus, Nasi Kerabu (Nasi Ulam) dan pelbagai menu masakan
Melayu. Diantara menu masakan Melayu kegemaran TG ialah “ikan keli percik”.
TG boleh dikatan amat jarang makan di restoran 5
bintang yang menyediakan menu masakan barat.
Kesimpulannya TG merupakan seorang ulamak yang hidup
secara simple dan begitu tegar mengamalkan adat budaya Melayu baik dalam
berpakaian, berbicara dan pergaulan sosial. Cara beliau berpakaian Melayu seperti
pakaian rasmi ulamak di Nusantara, membuktikan bahawa TG adalah seorang yang
kuat memegang kepada protikol berpakaian
mengikut adat resam Melayu Nusantara. Sungguhpun beliau telah menjawat
jawatan Menteri Besar di Kelantan lebih 23 tahun, beliau tidak terpengaruh dengan fesyen
pakaian barat ( Long Suit dan kot lengkap) yang biasa dipakai oleh kebanyak MB
di Malaysia. Beliau tidak rasa kekok dan rendah diri untuk memertabakan pakaian
berfesyen Melayu walau dimana sahaja beliau hadir di apa jua majlis rasmi dan tidak rasmi.
“ Pakaian kita perlu kekalkan identity budaya bangsa
kita, dan yang penting ianya menutup aurat dan tidak melanggari tatasusila
perpakaian yang ditetapkan oleh Islam”. Pernah TG memberi pendapatnya pada
satu ketika.
Cara TG berpakaian dan bersosial juga meperlihatkan
ianya adalah seorang ulamak yang berfikiran terbuka dan begitu kuat berpegang dengan
sesuatu budaya atau adat resam. Kelaziamannya kita akan lihat sesetengah ulamak
akan cuba memakian jubbah ala pakaian arab yang biasa dijadikan simbol kepada
pakaian ulamak Islam di seluruh duia. Tetapi TG cubah mengketengahkan bahawa
pakaian bukanlah lambang sesuatu status seseorang , yang penting adalah
keperibadian yang diamalkan dalam kehidupan seharian yang menetukan dia
seseorang yang bernar-benar beriaman dan bertaqwa.
Selama tempoh menyandang jawatan Menteri Besar,
Tok Guru masih kekal dengan identiti seorang ulamak yang warak dan cara beliau
menampilkan diri serta berpakaian di setiap majlis rasmi atau tidak rasmi masih
dengan pakaian tradisional ulamak nusantara. Inilah satu bukti jelas bahawa Tok
Guru seorang yang begitu kuat dengan prinsip “ulamak Melayu nusantara” yang
tidak mudah terpengaruh dengan pangkat dan kedudukan. Beliau memperlihatkan
seorang yang zuhud dan penuh tawadod dalam memperjangakan Islam sebagai cara hidup umat Islam demi mendapat keredaan Allah di dunia dan akhirat.
Wallahu'alam.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.