RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Monday, 18 August 2025

Projek Tanam Halia

Menanam halia berpotensi memberikan keuntungan yang lumayan. Dengan permintaan yang konsisten dan potensi hasil yang tinggi, halia boleh menjadi sumber pendapatan yang baik untuk pekebun kecil dan pengusaha komersial. Berikut adalah beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan: Kelebihan Menanam Halia: Permintaan Pasaran: Halia adalah bahan masakan yang popular dan permintaan terhadapnya sentiasa ada, baik di pasaran segar mahupun yang diproses. Potensi Hasil: Dengan penjagaan yang betul, satu ekar tanaman halia boleh menghasilkan antara 15 hingga 20 tan metrik halia segar, menurut perkongsian di Facebook. Penjagaan Mudah: Tanaman halia tidak memerlukan banyak racun perosak, dan penggunaan air juga tidak terlalu tinggi. Dua Peringkat Tuai: Halia boleh dituai pada peringkat muda dan tua, dengan berat rizom yang berbeza-beza. Pelbagai Kaedah Penanaman: Halia boleh ditanam secara konvensional di tanah, di atas batas, atau dalam beg politan, memberikan fleksibiliti kepada pekebun, menurut perkongsian di Facebook. Faktor Kos dan Keuntungan: Kos Pengeluaran: Kos untuk menanam halia termasuk benih, baja, racun, upah kerja, dan sistem pengairan. Secara purata, kos ini boleh mencecah antara RM20,000 hingga RM26,000 untuk satu ekar. Pendapatan Kasar: Jika harga pasaran purata RM5 sekilogram, satu ekar halia boleh menjana pendapatan kasar sekitar RM75,000 hingga RM100,000 setahun. Keuntungan Bersih: Selepas ditolak kos pengeluaran, keuntungan bersih yang berpotensi diperoleh adalah sekitar RM50,000 hingga RM75,000 setahun. Tips Tambahan: Penyelidikan Pasaran: Adalah penting untuk menjalankan penyelidikan pasaran untuk memahami permintaan dan harga halia di kawasan anda. Strategi Pemasaran: Rancang strategi pemasaran yang berkesan untuk menjual hasil tanaman anda. Kawal Kualiti: Jaga kualiti halia yang ditanam untuk memastikan ia diterima baik di pasaran. Dengan perancangan yang teliti dan usaha yang gigih, menanam halia boleh menjadi sumber pendapatan yang lumayan. Kredit: FB: Potensi Tanaman Halia untuk 1 Ekar ... 30 Apr 2025 — Dengan penjagaan yang betul, halia boleh menjadi sumber pendapatan lumayan bagi pekebun kecil mahupun pengusaha komersial. Bagi keluasan satu ekar, s..

Sunday, 17 August 2025

BUAH BUAHAN UNTUK KEMPISKAN PERUT BUNCIT

7 Buah Bantu Kempiskan Perut Buncit ✨ 1. Betik - tinggi enzim papain yang bantu pecahkan makanan & elak sembelit. 2. Nanas- mengandungi bromelain yang bantu kurangkan kembung dan buang angin. 3. Epal hijau - kaya serat pektin untuk cuci usus dan buang toksin. 4. Pisang - bantu seimbangkan bakteria baik dalam usus dan elak perut berasid. 5. Kiwi - tinggi vitamin C & serat larut, bantu pergerakan makanan dalam usus lebih lancar. 6. Jambu batu - serat tinggi untuk lawas dan kurangkan simpanan toksin dalam perut. 7. Limau bali (pomelo) -rendah kalori, tinggi antioksidan, bantu bakar lemak visceral. Buah memang bagus untuk kesihatan usus, tapi untuk cuci sisa lama & angin degil, nenek moyang kita dulu guna herba Lendir Raja. Sekarang dah ada dalam bentuk kapsul, lagi mudah diamalkan. Buah-buahan seeloknya makan semasa perut kosong sebelum sarapan. Cnp : Kredit FB. #petua #petuanenek #petuaoranglama #petuacantik #tipscantik #tipssehat #resepi

KHASIAT AIR KELAPA UNTUK STROK/ SARAF

PETUA SEMBUH DARI LUMPUH/ STROKE & MASALAH SARAF ✨ Ada 1 petua yang ingin dikongsikan berkenaan seorang ibu yang sembuh dari lumpuh/stroke & masalah saraf yang agak serius. Dan beliau telah berkongsikan 1 petua yang beliau sentiasa amalkan. Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T beliau kembali sembuh. Disini dikongsikan manfaat ini bersama agar petua ini tidak hilang & bersama-sama kita amalkan ... 🌿Bahan: 👉Sebiji kelapa 👉7 biji halba 👉7 batang serai. 🌿Caranya : 1. Kelapa ditebuk bahagian atas, masukkan 7 biji halba dan 7 batang serai yang dititik. 2. Masak sehingga mendidih. 3. Biarkan suam dan minum airnya. 4. Lakukan rutin ini sekurangnya 7 hari 5. Waktu yang terbaik untuk minum ialah pada waktu pagi. Kita ikhtiar, Syifa' dan penawar terbaik semuanya dari Allah SWT ... In Shaa Allah Cnp: Kredit : FB.

KASIAT DAUN PANDAN

UNTUK BUAH PINGGANG (PART 1) Daun Pandan untuk Buah Pinggang 🌿1. Membersihkan Darah Bagi anda yang mempunyai tabiat mengambil minuman beralkohol, boleh jadi darah anda mempunyai kandungan alkohol atau karbon dioksida yang tinggi. Untuk itu anda perlu membersihkan darah anda, untuk membersihkan darah. Cuci 3 helai daun pandan dan rebus dengan 2 cawan air. Minum air masak pandan dengan kerap selama sehari boleh minum 2 gelas sahaja. 🌿2. Membersihkan Buah Pinggang Selain dapat membersihkan darah, kandungan zat dalam daun pandan dapat membantu kinerja buah pinggang anda. Ini kerana daun pandan membersihkan buah pinggang anda dengan baik. Boleh buat air masak daun pandan dan minum setiap pagi, untuk menambah rasa boleh tambahkan sedikit madu dan jus lemon. Minum semasa suam ia akan sangat baik untuk buah pinggang anda. 🌿3. Mengatasi Kegagalan Buah Pinggang Bagi anda yang mempunyai sejarah kegagalan buah pinggang dan terpaksa melakukan dialisis, anda boleh mengatasinya dengan mengambil air pandan Ini kerana air masak pandan dapat membantu proses pembersihan darah secara semulajadi dan berkesan. 🌿4. Menjaga Kesihatan Buah Pinggan Buah pinggang adalah salah satu organ terpenting dalam tubuh, ini sudah tentu berkaitan dengan fungsinya. Dengan buah pinggang yang sihat anda akan jarang mendapat gangguan darah. Untuk memastikan buah pinggang anda sihat, terdapat pelbagai cara yang boleh anda lakukan, daripada bersenam hinggalah mengikuti diet yang sihat. 🌿5. Mencegah Keradangan Buah Pinggang Salah satu gangguan ataU penyakit buah pinggang yang sering dialami ialah radang buah pinggang. Jika keradangan berterusan, sudah tentu ini sangat berbahaya, selain anda boleh makan ubat ada cara lain yang lebih sihat dan semulajadi. laitu dengan meminum air masak pandan suam setiap pagi, untuk rawatan itu sendiri boleh minum 3 kali sehari. Semoga ianya mendatangkan manfaat untuk kita semua & menjadi asbab kebaikan dengan keizinan dari Allah S.W.T .. . In Shaa Allah... Cnp: kredit FB. #daunpandan #kebaikandaunpandan

Monday, 28 July 2025

HUBUNGAN SUAMI ISTERI MENGIKUT SUNNAH

Hubungan Suami Isteri Yang Digariskan oleh Islam. Menurut Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya, Al-Adab fid Din ada menerangkan adab seorang suami kepada isterinya; berinteraksi dengan lemah lembut, bertutur dengan kata-kata yang baik, menunjukkan cinta dan kasih sayang, tidak mencari dan mempersoalkan kesalahan pasangan, memaafkan isteri jika ada membuat salah, menjaga harta isteri, tidak berdebat, memberi nafkah dan membiayainya dengan tidak kedekut, memuliakan keluarga isteri, sentiasa memberi janji yang baik dan selalu bersemangat dengan pasangannya. Malahan, di dalam sebuah hadis:- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُول اللَّه صَلَّى الله عَلَيهِ وَسَلَّمَ : أَكْمَل الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهمْ خُلُقًا، وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنِسَائِهِمْ Maksudnya: Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang mukmin yang paling baik akhlaknya dan sebaik-sebaik kamu adalah orang yang paling baik kepada isterinya” (Hadis Riwayat. At-Tirmidzi, 3/466; Ahmad, 2/250 dan Ibnu Hibban, 9/483. Hadis dinyatakan sahih oleh Imam at-Tirmidzi, Ibnu Hibban dan Syaikh al-Albani.) Dalam melayari alam rumahtangga, wajib untuk suami meniru cara Rasulullah SAW melayani isteri. Ia bagi menjaga kemesraan antara suami dan isteri. Berikut disenaraikan 20 teladan baik dari Rasulullah untuk suami isteri. 1. Suami suap istri Dari Saad bin Abi Waqosh r.a berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Dan sesungguhnya jika engkau memberikan nafkah, maka hal itu adalah sedekah, hingga suapan nasi yang engkau suapkan ke dalam mulut isterimu.” (HR Bukhari (VI/293) dan Muslim (V/71) 2. Mencium isteri ketika keluar dari balik dari kerja “Dari Aisyah ra, bahawa Nabi Salallahu Alaihi Wassalam biasa mencium isterinya setelah wudhu, kemudian Baginda solat t dan tidak mengulangi wudhunya.” (HR Abdurrazaq) 3. Makan/minum sepiring/segelas berdua Dari Aisyah r.a, ia berkata: “Saya dahulu biasa makan his (sejenis bubur) bersama Nabi Shallallahu Alaihi Wassalam.” (HR. Bukhari dalam Adabul Mufrod) Dari Aisyah r.a, ia berkata: “Aku biasa minum dari gelas yang sama ketika haid, lalu Nabi Shallallahu Alaihi Wassalam mengambil gelas tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat aku meletakkan mulut, lalu Baginda minum.” (HR Abdurrozaq dan Said bin Manshur, dan riwayat lain yang senada dari Muslim.) 4. Suami membukakan pintu untuk isterinya Dari Anas, dia berkata: “Kemudian kami pergi menuju Madinah (dari Khaibar). Aku lihat Nabi ﷺ menyediakan tempat duduk yang empuk dari kain di belakang Baginda untuk Shafiyyah. Kemudian Baginda duduk di samping untanya sambil menegakkan lututnya dan Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Baginda sehingga dia boleh menaiki unta tersebut.” (HR Bukhari) 5. Menyayangi isteri dan melayaninya dengan baik Dari Abu Hurairah, dia berkata: “Rasulullah bersabda: Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik di antara kalian ialah yang paling baik terhadap isterinya .”(HR.Tirmidzi, Ibnu Hibban, hadits Hasan shahih). 6. Bersenda gurau dan membangkitkan kemesraan “Aisyah dan Saudah pernah saling melumuri muka dengan makanan. Nabi ﷺ tertawa melihat mereka.” (HR Nasai dengan isnad hasan) “Dari Zaid bin Tsabit berkata tentang Rasulullah: suka bergurau dengan isterinya.” (HR Bukhari) 7. Berlemah lembut, melayani/menemani isterri yang sedang sakit (memanjakan isteri saat sakit) Diriwayatkan oleh Aisyah r.a, “Nabi ﷺ adalah orang yang penyayang lagi lemah lembut. Baginda orang yang paling lembut dan banyak menemani isteri yang sedang penat atau sakit.” (HR Bukhari No 4750, HR Muslim No 2770) 8. Tetap romantis walau isteri sedang haid Haid, adalah sesuatu yang normalbagi wanita. Berbeda dengan pandangan kaum Yahudi, yang menganggap wanita haid adalah najis besar dan tidak boleh didekati. “Ketika Aisyah sedang haid, Nabi ﷺ pernah membangunkannya, Baginda lalu tidur di pangkuannya dan membaca Al Quran.” (HR Bukhari no 7945) 9. Memberi hadiah Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, ia berkata, “Ketika Nabi ﷺ menikah dengan Ummu Salamah, Bagindau bersabda kepadanya, Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengira hadiah itu akan dikembalikan. Jika hadiah itu memang dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu.” Ia (Ummu Kultsum) berkata, “Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah ﷺ, dan hadiah tersebut dikembalikan kepada Baginda, lalu Nabi memberikan kepada isterinya masing-masing satu botol minyak kasturi, sedang baki minyak kasturi dan pakaian tersebut beliau berikan kepada Ummu Salamah.” (HR Ahmad) 10. Isteri menaburkan wangian ke badan suami Aisyah r.a berkata : “Aku memakaikan Rasulullah ﷺ wangian, kemudian Baginda berkeliling kepada isteri-istrinya. Lalu Baginda berihram dan tersebarlah bau minyak wangi itu.” (H.R. Bukhari) Dan Aisyah berkata : “Aku telah meminyaki Rasulullah ﷺ dengan sebaik-baik minyak wangi.” (H.R. Bukhari) 20 Cara Romantik Nabi Layan Isteri Dalam Rumahtangga, Suami Wajib Tiru Untuk Menjaga Kemesraan 11. Mencium isteri selalu Mencium isteri dengan penuh kasih sayang, sangatlah mulia dan romantis. “Nabi ﷺ sering mencium Aisyah dan itu tidak membatalkan puasa.” (HR Nasai dalam Sunan Kubra II/204) 12. Suami menghantar isteri Shafiyyah, isteri Nabi ﷺ, menceritakan bahawa dia datang mengunjungi Rasulullah ﷺ. ketika Baginda sedang melakukan itikaf pada hari sepuluh yang terakhir dari bulan Ramadan. Dirinya berbicara dekat Baginda Nabi beberapa saat, kemudian berdiri untuk kembali. Nabi SAW juga ikut berdiri untuk menghantarkannya. (Dalam satu riwayat 492 dikatakan: Nabi ﷺ berada di masjid. Di samping Baginda ada para isteri lain. Kemudian mereka pergi (pulang). Lantas Nabi SAW. berkata kepada Shafiyyah binti Huyay: “Jangan terburu-buru, agar aku dapat pulang bersamamu’).” (HR Bukhari dan Muslim) 13. Berpelukan saat tidur Perilaku Rasulullah yang menggambarkan tentang hal ini, Rasulullah berkata: “Mendekatlah kepadaku, hangatkanlah diriku, hangatkanlah diriku!” Lalu kukatakan pada Baginda Nabi, “Saya sedang haid.” Nabi berkata, “Walaupun engkau sedang haid, singkaplah kedua pahamu.” Lalu kubukakan kedua pahaku dan Baginda meletakkan pipi dan kepalanya (juga dadanya) di atas kedua pahaku (aku mendakap Baginda) hingga dirinya merasa hangat dan tertidur.” (H.R. Bukhari) 14. Segera bertemu isteri di saat syahwat berkeinginan Dari Jabir, sesungguhnya Nabi ﷺ pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ke rumah isterinya Zainab, lalu Nabi tumpahkan keinginan kepadanya, lalu keluar dan bersabda, “Wanita, kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan. Bila seseorang di antara kamu melihat seorang wanita yang menarik, hendaklah ia datangi isterinya, kerana pada diri isterinya ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita itu.” (HR Tirmidzi) 15. Memahami perasaan istri “Sesungguhnya ketika seorang suami memperhatikan istrinya dan begitu pula dengan isterinya, maka Allah memperhatikan mereka dengan penuh rahmat, manakala suaminya memegang telapak tangan istrinya dengan mesra, berguguranlah dosa-dosa suami isteri itu dari celah jari jemarinya.” (Diriwayatkan Maisarah bin Ali dari Ar- Rafi dari Abu Said Alkhudzri r.a) 16. Mandi romantis bersama pasangan Aisyah pernah mandi satu bersama Nabi. Berkata Aisyah: “Aku mandi bersama Rasulullah ﷺ dalam satu ruang, aku mendahuluinya dan ia mendahuluiku sampai-sampai ia berkata: “Tinggalkan untukku, dan aku berkata, tinggalkan untukku.” (H.R. An Nasai I/202) 17. Tidur di pangkuan isteri Dari Aisyah ra, ia berkata, “Nabi ﷺ biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian Baginda membaca al-Quran.” (HR Abdurrazaq) 18. Membantu urus bersama-sama rumah tangga Aisyah pernah ditanya: “Apa yang dilakukan Nabi ﷺ. di rumahnya?” Aisyah menjawab: “Baginda ikut membantu melakukan kerja rumah.” (HR Bukhari) 19. Membelai isteri “Adalah Rasulullah ﷺ tidaklah setiap hari melainkan Baginda mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri dan membelai kami dengan tidak mencampuri hingga Baginda singgah ke tempat isteri yang Baginda giliri waktunya, lalu Baginda Nabi bermalam di tempatnya.” (HR Ahmad) 20. Isteri sikatkan rambut suami. Sumber :# cnp #fb.

Tuesday, 22 July 2025

KHASIAT UBI KAYU

*Makan Ubi Kayu* Berita baik untuk mereka yang menghadapi masalah prostat, sama ada ia membesar atau berkanser. Izinkan saya mulakan dengan berkongsi pengalaman saya sendiri mengenai prostat saya. Bapa saya dan adik lelakinya meninggal dunia akibat kanser prostat, dan saya telah hidup dengan prostat yang membesar sejak tahun 2006. Saya telah mencuba rawatan perubatan biasa, herba, dan makanan tambahan dengan tahap kejayaan yang berbeza, tetapi pundi kencing saya TIDAK pernah kosong, dan saya pernah berasa malu beberapa kali akibat kencing TIDAK terkawal. Namun, titik perubahan berlaku apabila pada tahun 2021 saya menaiki bas dan bertemu dengan beberapa orang tua. Sebelum kami menaiki bas, saya menyatakan bahawa saya akan meminta pemandu berhenti untuk saya kencing di sepanjang jalan kerana masalah prostat saya yang membesar. Ini memberi peluang yang baik untuk salah seorang orang tua tersebut memberikan kami penawar, yang katanya telah digunakan oleh bapanya sendiri. Caranya sangat mudah, masak ubi kayu di atas api arang atau kayu. Anda boleh makan ubi kayu yang dimasak dengan apa-apa kuah pilihan anda. Saya mesti beritahu anda bahawa sejak kepulangan kami, ubi kayu telah dimasak untuk saya seperti yang disarankan. Saya berada di tempat yang TIDAK mempunyai akses kepada dapur arang, jadi saya menggunakan gas untuk memasak ubi kayu. Sejak Jumaat ketika saya tiba di sini, sarapan saya adalah teh serai + halia dan lemon. Makan tengah hari adalah ubi kayu rebus. Sebelum ini, saya bangun setiap dua jam pada waktu malam untuk kencing. Kadang-kadang, saya kencing dua kali dalam satu jam. Dan ini menjejaskan kesihatan saya. Tetapi sejak saya memulakan terapi ubi kayu, saya hanya bangun sekali sahaja pada waktu malam. Saya TIDAK lagi merasai panas atau kesakitan yang berkaitan dengan kencing. Saya TIDAK lagi terasa ingin tergesa-gesa ke tandas untuk mengelakkan tumpahan. Saya tahu ada ramai saudara yang lebih tua yang mempunyai masalah prostat, dan saya mengesyorkan terapi ubi kayu kepada mereka. Cuba, atau cadangkan kepada sesiapa yang mempunyai masalah prostat. Dikongsi seperti yang disalin *UBI KAYU & SEL KANSER!!!* Jangan berhenti, sila baca hingga habis! Selepas makan ubi kayu selama sebulan, doktor saya memeriksa pundi kencing saya untuk kanser. Dia terkejut kerana pundi kencing saya benar-benar bersih dan normal. Selagi saya terus makan ubi kayu, saya rasa sangat sihat dan cergas. Setiap tiga bulan, saya pergi untuk pemeriksaan dan keputusan saya kekal bersih. Sejak itu, saya hanya makan ubi kayu dan TIDAK meneruskan ubat kanser yang lain. Encik Pereira, seorang lelaki berusia 70 tahun, telah disahkan menghidap kanser prostat. Isterinya di hospital secara kebetulan membaca artikel saya. Mereka TIDAK mempunyai wang untuk rawatan kanser, dan suntikan yang diberikan membuatkan Encik Pereira sangat lemah. Isterinya memberikan ubi kayu untuk dimakan. Selepas makan ubi kayu selama seminggu, keadaannya mula bertambah baik. Selepas sebulan makan ubi kayu setiap pagi, keputusan ujian PSA beliau turun daripada 280-290 kepada 5.89! Mereka melawat saya dengan keputusan ujian sebelum dan selepas makan ubi kayu. Pereira TIDAK lagi mengalami sebarang gejala kanser prostat selepas meneruskan pengambilan ubi kayu. Ada seorang lagi yang menghidap kanser hati dan terpaksa menjalani pembedahan. Tetapi daripada keputusan imbasan MRI, sel-sel kanser masih wujud. Jadi, dia mula makan ubi kayu selepas pembedahan. Sebulan selepas makan ubi kayu, doktor memberitahu dia TIDAK perlu menjalani pembedahan lagi kerana imbasan MRI TIDAK menunjukkan kewujudan sel-sel kanser dalam hatinya. Jadi, mengapa TIDAK cuba ubi kayu untuk merawat kanser? Ia murah, mudah didapati, mudah dimasak. Kredit : cnp

Monday, 14 July 2025

TIDUR YANG BERMANAFAAT

TIDUR Bila Dr Noorhisam dari Tahfiz Medic menukilkan dapatannya bahawa dalam sehari, kita hanya memerlukan tidur selama 3jam, saya cuba...saya tidur sebelum jam 12 dan cuma bangun semula pukul 3pagi tetapi saya bangun dengan rasa mengantuk dan letih. Kekadang saya tertidur semula dan bangun jam 4.30 pagi. Saya syak, mungkin sistem badan saya yang tidak berfungsi dengan baik..menyebabkan saya tidak dapat bangun dengan cergas seperti yang dirancang. Tetapi saya pelik, bilamana ada hari-hari tertentu, tika saya "tanpa rela" sering tertidur pada pukul 9malam.....seterusnya secara otomatik, sekitar jam 2pagi saya pasti akan terjaga. Biji mata saya segar....lalu saya pun bangun untuk melakukan aktiviti2 rutin saya....tanpa mengantuk! Saya pelik! Rupa-rupanya apa yang berlaku pada saya bukan suatu yang abnormal....saya menemui artikel karya Dr Hamza Al-Hamzawi. Menurut kajian beliau, untuk bangun dengan cergas, kita tak perlu tidur selama 8jam seperti kajian barat. Tetapi cukup dengan tidur selama 3jam sahaja. Tetapi waktu tidur itu mestilah dari pukul 9 malam hingga 12 malam (tapi kita di zaman skrg ni kalau kita dapat tidur tepat pukul 10 dàn bangun jam 2pagi...itu dah lebih dari baik). Berdasarkan sunnah, Rasulullah saw sememangnya tidur di awal malam kerana tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang paling bermanfaat. Seseorang itu boleh dapat 80% daripada tidur yang nyenyak pada waktu ini. Waktu ini juga terdapat 'Baraka' di dalamnya iaitu sejam waktu tidur bersamaan dengan tiga (3) jam waktu tidur. Pada masa ini kelenjar pineal mengeluarkan hormon melatonin iaitu membantu kita untuk tidur. Tidur dari pukul 12 pagi hingga 2 pagi Waktu ini terdapat 20% waktu tidur nyenyak dan selebihnya iaitu 80% adalah 'dream sleeping' yang tidak berguna. Pada masa ini tidur sejam bersamaan dengan sejam waktu tidur. Dari dari pukul 2 Pagi hingga 5 Pagi sebelum Subuh (Fajr) Ini sebenarnya bukan lagi waktu tidur tetapi adalah waktu yang paling sesuai untuk menghafal, mengingati Allah, berzikir, Istighfar dan penumpuan mental. Tidur pada waktu siang (selepas Fajr) Tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang tidak bermanfaat kerana tiga (3) jam tidur bersamaan dengan sejam waktu tidur, ditambah dengan kelesuan, kekeliruan, dan hilangnya fokus. Tidur dari Fajr hingga terbitnya matahari Kelenjar pineal mengeluarkan hormon lain iaitu 'serotonin' iaitu dari Fajr sehingga terbitnya matahari dengan syarat seseorang itu mestilah sudah bangun. Bagi mereka yang solat Subuh dengan 'Jamat' dan duduk mengingati Allah. Pada waktu ini adalah sangat sesuai untuk berzikir dan melakukan aktiviti harian. Pembebasan 'melatonin' oleh kelenjar pineal berkurangan selepas 40 tahun dan berhenti selepas 50 tahun. Kemudian seseorang itu harus memanfaatkan apa yang telah tersimpan dalam badan sehingga sepanjang hayatnya. Jadi, jika seseorang mendapat 'Alzheimer' dan permulaan 'Dementia', bermakna dia telah tidur lewat sepanjang hidupnya. Sumber : Cypreme-HQ