Sebuah blog tentang kehidupan, inspirasi dan pengalaman. Menjurus keredaan Allah swt. (Experience of living, inspiration,to get pleasant of Allah )
Saturday, 18 October 2025
13 SIKAP ORANG MELAYU YANG DICATITKAN DALAM BUKU FRANK SWETTERNHAM. Dalam karya beliau yang terkenal, ” Malay Sketches”, Frank Swettenham telah memberi gambaran tentang orang melayu dizamannya mengikut perspektif dan pengalaman peribadi beliau mungkin sejak tahun 1871,iaitu kali pertama beliau berada di Tanah Melayu. Pandangan Swettenham tentang orang melayu ini menjadi bicara utama dalam bab pertama naskah beliau, bab tersebut diberi tajuk ” The Real Malay”. Naskah ” Malay Sketches” in dihasilkan pada tahun 1895, maka boleh disimpulkan bahawa orang melayu yang digambarkan dalam naskah ini adalah hasil pengalaman beliau hidup dalam alam melayu selama 24 tahun. Swettenham memulakan bab ini dengan menganjurkan bahawa untuk memahami orang melayu, seseorang itu perlu tinggal di Tanah Melayu, bertutur bahasa melayu, hormat adat dan budaya orang melayu, meminati apa yang diminati oleh orang melayu, tahu gurau senda orang melayu, sedia membantu mereka tika dalam kesusahan serta berkongsi suka dan duka mereka. Jika semua ini berjaya dilakukan, maka nescaya seseorang itu telah berjaya memenangi hati serta kepercayaan dari orang melayu. Malah Swettenham ini mampu berbahasa melayu dengan baik, hinggakan beliau mampu menghasilkan kamus “Vocabulary of the English and Malay language”, selain daripada itu, Swettenham juga dikenang sebagai diantara 40 orang bekas pegawai tinggi British yang menentang pengenalan “Malayan Union”. Bentuk Fizikal Orang Melayu Orang melayu mengikut Swettenham, mempunyai susuk badan yang rendah tapi sasa, berambut hitam lurus dengan kulit sawo matang serta berhidung kembang dengan bibir yang tebal. Orang melayu juga digambarkan mempunyai mata yang terang. Keperibadian Orang Melayu Orang Melayu pada amnya bersopan santun, beradab serta peramah. Namun begitu, orang melayu tidak sewenangnya mempercayai orang asing, malah bijak menyembunyikan kesangsian mereka dengan perawakan yang ramah. Swettenham juga menggambarkan orang melayu bijak berbicara, susun kata mereka disulami dengan jenaka malah amat gemar berseloroh. Orang melayu sangat cermat dan “terang hati” dalam menerima pelajaran. Malah jika ditambah dengan usaha dan keazaman yang tinggi, orang melayu mampu menghasilkan sesuatu yang lebih daripada apa yang mereka pelajari. Dari sudut kebersihan diri, kebanyakkan orang melayu zaman itu mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan suka berhias serta berpakaian kemas. Orang melayu juga mempunyai sikap dimana mereka tidak boleh bertolak ansur jika difitnah, malah mereka sanggup bertumpahan darah demi menentang fitnah tersebut. Swettenham turut menyebut tentang sikap orang melayu yang memuliakan tetamu, ianya seakan satu kewajipan bagi orang melayu, tidak kira tinggi atau rendah darjat mereka, kaya atau miskin kehidupan mereka. Orang melayu mempunyai bakat bersukan, malah binatang sebesar gajah pun bisa ditangkap dan dijinakkan. Sebagai nelayan, orang melayu sangat berkemahiran hinggakan bermalam diatas bot sudah menjadi kelaziman. Keperibadian Perempuan Melayu Swettenham melihat wanita melayu sebagai bijak bertutur, pandai mengambil hati serta kuat berahsia. Wanita melayu juga peramah, walaupun adakalanya kuat cemburu. Tatkala mencapai usia 40 tahun, mereka mula memperlihatkan kecenderungan meminati barangan kemas dan pakaian yang cantik. Wanita melayu yang dewasa juga menunjukkan citarasa mereka pada barangan mewah seperti kenderaan ( khusunya Kuda ). Malangnya citarasa pada kemewahan dan keindahan barangan ini tidak tergambar pada kediaman mereka yang tidak teratur. Hal ehwal berumahtangga Orang melayu lelaki yang kaya sering menggunakan kemampuan mereka dari segi kekayaan mahupun kekuasaan sebagai alasan untuk berkahwin lebih dari seorang. Walau bagaimanapun, setelah mereka berkahwin empat, lelaki melayu sering gagal menunaikan tanggungjawab mereka keatas para isteri mereka dengan seadilnya. Menurut Swettenham lagi, orang melayu sangat bijak dalam berfalsafah dalam soal hal ehwal rumahtangga. Hidup Beragama Orang melayu adalah muslim yang taat, malah sanggup diseksa demi mempertahankan kesucian agama islam. Walaupun begitu, mereka dilihat tidak terlalu taksub dalam beragama. Menurut Swettenham, orang melayu tidak minum minuman yang memabukkan serta jarang sangat terlibat dengan aktiviti menghisap ganja, walaupun pada zaman itu perbuatan menghisap ganja adalah sesuatu yang biasa dikalangan masyarakat biasa dan para pemimpin. Swettenham juga mengakui, ketaatan orang melayu dalam beragama menyebabkan kebanyakkan mubaligh kristian berputus asa dalam usaha mengkristiankan mereka pada zaman itu. Sikap pada raja, bangsa dan Negara Orang melayu dari kacamata Swettenham sangat bangga dan sayangkan negeri dan bangsa mereka. Orang melayu juga sangat memelihara adat dan budaya mereka, maka tidak hairanlah jika ada pepatah melayu “ Biar mati anak, jangan mati adat”. Orang melayu juga sangat taatkan raja dan pemimpin. Adat memberi hadiah, sama ada dari raja kepada rakyat atau rakyat kepada pemerintah sudah menjadi budaya. Tetapi budaya ini dilihat mulai terhakis, namun dalam beberapa keraian, ianya masih diamalkan, seperti sewaktu istiadat pertabalan raja, upacara pelantikan pegawai tinggi, majlis perkahwinan, majlis berkhatan, upacara tindik telinga dan acara lain yang seumpamanya. Sifat Buruk Orang Melayu Dalam membicarakan perihal orang melayu, Swettenham tidak mengambil sikap populis dengan hanya menceritakan apa yang baik, sebaliknya beliau turut menyingkap sisi gelap masyarakat melayu pada zaman itu. Antara tabiat atau sifat buruk orang melayu pada zaman itu yang beliau temui adalah: 1) Orang Melayu suka meminjam wang, tetapi liat untuk membayar balik 2) Orang melayu suka mengambil tahu hal ehwal jiran tetangga dan mengumpat. 3) Suka mempercayai hal yang karut marut 4) Orang melayu suka berjudi, bersabung ayam dan perkara yang seumpamanya 5) Tidak mudah menerima sebarang perubahan 6) Orang melayu adakalanya malas, malah perkara yang rutin juga dilalaikan. 7) Orang melayu tidak menghargai masa 8) Rumah Orang melayu pada zaman itu dilihat tidak kemas, malah kotor 9) Orang melayu zaman itu suka berdendam, dan jika dendam itu tidak dapat dibalas pada orang yang sepatutnya, sesiapa sahaja yang kebetulan berada berhampiran akan menjadi mangsa, tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda. 10) Orang melayu suka mengamok 11) Walaupun orang melayu suka berbudi, mereka sebenarnya mengharapkan balasan. 12) Orang melayu suka berpuak-puak 13) Orang melayu amat menitik beratkan soal darjat serta keturunan, terutama dalam soal perkahwinan. Sikap buruk ini walaupun tidak enak dibaca, ianya harus menjadi pengajaran kerana inilah apa yang dilihat oleh orang luar. Akan tetapi mungkin telah ada diantara sikap buruk tersebut yang sudah pun terhakis dari masyarakat melayu kini. Senarai “buruk” ini harus menjadi pengajaran bagi orang melayu zaman mutakhir dalam meningkatkan sahsiah mereka agar dipandang tinggi, jangan terlalu dibuai oleh syair dan gurindam akan keindahan bangsa melayu, tetapi harus tegar memperbaiki diri bila ditegur. Khatimah Namun apa yang digambarkan oleh Swettenham ini walau bagaimanapun terhad kepada penilaian peribadi beliau selama 24 tahun mengenali masyarakat melayu dan hanya masyarakat sekitar Singapura, Selangor dan Perak yang mungkin berada dalam pemerhatian beliau. Padangan ini adalah berdasarkan tempoh beliau berada di Tanah Melayu hingga naskah “Malay Sketches” terhasil, iaitu pada tahun 1895. Sewaktu menghasilkan naskah yang mengandungi 22 bab ini, umur Swettenham pada masa itu sekitar 45 tahun dan masih berjawatan sebagai Residen British di Perak. Selain naskah “Malay Sketches”ini, Swettenham turut menghasilkan beberapa penulisan lain yang turut menceritakan perihal orang melayu. Kredit; Laparpoo Penang Official sumber: OMN #KESATUAN ANAK MUDA SG NIBONG KECIL • ® -------------++++++++--++++++++
13 SIKAP ORANG MELAYU YANG DICATITKAN DALAM BUKU FRANK SWETTERNHAM.
Dalam karya beliau yang terkenal, ” Malay Sketches”, Frank Swettenham telah memberi gambaran tentang orang melayu dizamannya mengikut perspektif dan pengalaman peribadi beliau mungkin sejak tahun 1871,iaitu kali pertama beliau berada di Tanah Melayu. Pandangan Swettenham tentang orang melayu ini menjadi bicara utama dalam bab pertama naskah beliau, bab tersebut diberi tajuk ” The Real Malay”. Naskah ” Malay Sketches” in dihasilkan pada tahun 1895, maka boleh disimpulkan bahawa orang melayu yang digambarkan dalam naskah ini adalah hasil pengalaman beliau hidup dalam alam melayu selama 24 tahun.
Swettenham memulakan bab ini dengan menganjurkan bahawa untuk memahami orang melayu, seseorang itu perlu tinggal di Tanah Melayu, bertutur bahasa melayu, hormat adat dan budaya orang melayu, meminati apa yang diminati oleh orang melayu, tahu gurau senda orang melayu, sedia membantu mereka tika dalam kesusahan serta berkongsi suka dan duka mereka. Jika semua ini berjaya dilakukan, maka nescaya seseorang itu telah berjaya memenangi hati serta kepercayaan dari orang melayu. Malah Swettenham ini mampu berbahasa melayu dengan baik, hinggakan beliau mampu menghasilkan kamus “Vocabulary of the English and Malay language”, selain daripada itu, Swettenham juga dikenang sebagai diantara 40 orang bekas pegawai tinggi British yang menentang pengenalan “Malayan Union”.
Bentuk Fizikal Orang Melayu
Orang melayu mengikut Swettenham, mempunyai susuk badan yang rendah tapi sasa, berambut hitam lurus dengan kulit sawo matang serta berhidung kembang dengan bibir yang tebal. Orang melayu juga digambarkan mempunyai mata yang terang.
Keperibadian Orang Melayu
Orang Melayu pada amnya bersopan santun, beradab serta peramah. Namun begitu, orang melayu tidak sewenangnya mempercayai orang asing, malah bijak menyembunyikan kesangsian mereka dengan perawakan yang ramah. Swettenham juga menggambarkan orang melayu bijak berbicara, susun kata mereka disulami dengan jenaka malah amat gemar berseloroh.
Orang melayu sangat cermat dan “terang hati” dalam menerima pelajaran. Malah jika ditambah dengan usaha dan keazaman yang tinggi, orang melayu mampu menghasilkan sesuatu yang lebih daripada apa yang mereka pelajari.
Dari sudut kebersihan diri, kebanyakkan orang melayu zaman itu mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan suka berhias serta berpakaian kemas.
Orang melayu juga mempunyai sikap dimana mereka tidak boleh bertolak ansur jika difitnah, malah mereka sanggup bertumpahan darah demi menentang fitnah tersebut.
Swettenham turut menyebut tentang sikap orang melayu yang memuliakan tetamu, ianya seakan satu kewajipan bagi orang melayu, tidak kira tinggi atau rendah darjat mereka, kaya atau miskin kehidupan mereka.
Orang melayu mempunyai bakat bersukan, malah binatang sebesar gajah pun bisa ditangkap dan dijinakkan.
Sebagai nelayan, orang melayu sangat berkemahiran hinggakan bermalam diatas bot sudah menjadi kelaziman.
Keperibadian Perempuan Melayu
Swettenham melihat wanita melayu sebagai bijak bertutur, pandai mengambil hati serta kuat berahsia. Wanita melayu juga peramah, walaupun adakalanya kuat cemburu.
Tatkala mencapai usia 40 tahun, mereka mula memperlihatkan kecenderungan meminati barangan kemas dan pakaian yang cantik. Wanita melayu yang dewasa juga menunjukkan citarasa mereka pada barangan mewah seperti kenderaan ( khusunya Kuda ). Malangnya citarasa pada kemewahan dan keindahan barangan ini tidak tergambar pada kediaman mereka yang tidak teratur.
Hal ehwal berumahtangga
Orang melayu lelaki yang kaya sering menggunakan kemampuan mereka dari segi kekayaan mahupun kekuasaan sebagai alasan untuk berkahwin lebih dari seorang.
Walau bagaimanapun, setelah mereka berkahwin empat, lelaki melayu sering gagal menunaikan tanggungjawab mereka keatas para isteri mereka dengan seadilnya.
Menurut Swettenham lagi, orang melayu sangat bijak dalam berfalsafah dalam soal hal ehwal rumahtangga.
Hidup Beragama
Orang melayu adalah muslim yang taat, malah sanggup diseksa demi mempertahankan kesucian agama islam. Walaupun begitu, mereka dilihat tidak terlalu taksub dalam beragama. Menurut Swettenham, orang melayu tidak minum minuman yang memabukkan serta jarang sangat terlibat dengan aktiviti menghisap ganja, walaupun pada zaman itu perbuatan menghisap ganja adalah sesuatu yang biasa dikalangan masyarakat biasa dan para pemimpin.
Swettenham juga mengakui, ketaatan orang melayu dalam beragama menyebabkan kebanyakkan mubaligh kristian berputus asa dalam usaha mengkristiankan mereka pada zaman itu.
Sikap pada raja, bangsa dan Negara
Orang melayu dari kacamata Swettenham sangat bangga dan sayangkan negeri dan bangsa mereka. Orang melayu juga sangat memelihara adat dan budaya mereka, maka tidak hairanlah jika ada pepatah melayu “ Biar mati anak, jangan mati adat”.
Orang melayu juga sangat taatkan raja dan pemimpin. Adat memberi hadiah, sama ada dari raja kepada rakyat atau rakyat kepada pemerintah sudah menjadi budaya. Tetapi budaya ini dilihat mulai terhakis, namun dalam beberapa keraian, ianya masih diamalkan, seperti sewaktu istiadat pertabalan raja, upacara pelantikan pegawai tinggi, majlis perkahwinan, majlis berkhatan, upacara tindik telinga dan acara lain yang seumpamanya.
Sifat Buruk Orang Melayu
Dalam membicarakan perihal orang melayu, Swettenham tidak mengambil sikap populis dengan hanya menceritakan apa yang baik, sebaliknya beliau turut menyingkap sisi gelap masyarakat melayu pada zaman itu. Antara tabiat atau sifat buruk orang melayu pada zaman itu yang beliau temui adalah:
1) Orang Melayu suka meminjam wang, tetapi liat untuk membayar balik
2) Orang melayu suka mengambil tahu hal ehwal jiran tetangga dan mengumpat.
3) Suka mempercayai hal yang karut marut
4) Orang melayu suka berjudi, bersabung ayam dan perkara yang seumpamanya
5) Tidak mudah menerima sebarang perubahan
6) Orang melayu adakalanya malas, malah perkara yang rutin juga dilalaikan.
7) Orang melayu tidak menghargai masa
8) Rumah Orang melayu pada zaman itu dilihat tidak kemas, malah kotor
9) Orang melayu zaman itu suka berdendam, dan jika dendam itu tidak dapat dibalas pada orang yang sepatutnya, sesiapa sahaja yang kebetulan berada berhampiran akan menjadi mangsa, tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda.
10) Orang melayu suka mengamok
11) Walaupun orang melayu suka berbudi, mereka sebenarnya mengharapkan balasan.
12) Orang melayu suka berpuak-puak
13) Orang melayu amat menitik beratkan soal darjat serta keturunan, terutama dalam soal
perkahwinan.
Sikap buruk ini walaupun tidak enak dibaca, ianya harus menjadi pengajaran kerana inilah apa yang dilihat oleh orang luar. Akan tetapi mungkin telah ada diantara sikap buruk tersebut yang sudah pun terhakis dari masyarakat melayu kini. Senarai “buruk” ini harus menjadi pengajaran bagi orang melayu zaman mutakhir dalam meningkatkan sahsiah mereka agar dipandang tinggi, jangan terlalu dibuai oleh syair dan gurindam akan keindahan bangsa melayu, tetapi harus tegar memperbaiki diri bila ditegur.
Khatimah
Namun apa yang digambarkan oleh Swettenham ini walau bagaimanapun terhad kepada penilaian peribadi beliau selama 24 tahun mengenali masyarakat melayu dan hanya masyarakat sekitar Singapura, Selangor dan Perak yang mungkin berada dalam pemerhatian beliau.
Padangan ini adalah berdasarkan tempoh beliau berada di Tanah Melayu hingga naskah “Malay Sketches” terhasil, iaitu pada tahun 1895. Sewaktu menghasilkan naskah yang mengandungi 22 bab ini, umur Swettenham pada masa itu sekitar 45 tahun dan masih berjawatan sebagai Residen British di Perak.
Selain naskah “Malay Sketches”ini, Swettenham turut menghasilkan beberapa penulisan lain yang turut menceritakan perihal orang melayu.
Kredit;
Laparpoo Penang Official
sumber: OMN
#KESATUAN ANAK MUDA SG NIBONG KECIL • ®
-------------++++++++--++++++++
Sunday, 12 October 2025
FAEDAH TIDUR Berpelukan
Jika sebelum ini, suami isteri jarang sekali nak tidur berpelukan, mungkin sebab rasa rimas, panas atau apa juga alasan. Baik mulakan tidur berpelukan ini, mulai hari ini.
.
Ini kerana satu kaji selidik terbaru menunjukkan, pasangan suami-isteri yang tidur secara berpelukan setiap hari mendapat banyak kelebihan yang tersendiri.
.
Ia menambah keharmonian dalam rumah tangga serta menjalin hubungan perasaan dan perkongsian emosi antara suami isteri.Bahkan, sangat baik untuk kesihatan!
.
Berikut antara kelebihan tidur berpelukan bersama pasangan;
.
1. Mencegah Stress
.
Ketika tidur dengan seseorang yang anda cintai, ini boleh membantu meringankan fikiran dan mengurangkan tahap stres.
.
Apatah lagi jika akhirnya anda tidur berpelukan dan bercinta, manfaatnya boleh menjadi lebih dari itu.
.
Ini kerana pelukan dapat menghilangkan kesakitan dan membantu meningkatkan peredaran darah pada tisu-tisu lembut dalam tubuh badan.
.
2. Menaikkan Kadar Hormon ‘Oxytocin’
.
Hormon oxytocin dikatakan juga sebagai hormon cinta.
.
Apabila banyak hormon cinta dirangsang, maka bertambahlah kasih sayang dan ia dapat menghilangkan perasaan kesunyian atau kemarahan.
.
3 . Tidur Lebih Nyenyak
.
Jika anda sukar tidur, mintalah pasangan memeluk anda semasa tidur.
.
Kajian membuktikan, tidur berpelukan secara automatik membantu anda menyingkirkan masalah seperti sukar tidur (insomnia), merasa lebih relaks dan tidak memikirkan hal-hal lain dan membuatkan lebih cepat terlelap.
.
4. Baik Untuk Jantung
.
Tidur di samping pasangan juga baik untuk kesihatan jantung anda.
.
Oleh itu, anda rasa aman dan kehangatan menyebabkan jantung pada kelajuan normal, sehingga tidak menyebabkan ketegangan pada jantung anda.
.
5. Bangun Penuh Bertenaga
.
Kebahagiaan tiada habis ketika bangun tidur, anda tetap melihat pasangan di samping anda.
.
Malah, para pengkaji mendakwa, anda bakal merasakan tenaga positif yang melimpah dan bersemangat untuk bekerja.
.
6. Panjang Umur
.
Sebuah kajian menunjukkan, seseorang yang berehat di samping pasangan yang dicintainya dapat membuatkan otak, jantung, dan organ lain bekerja secara santai.
.
Akhirnya, tanpa disedari perkara ini meningkatkan umur anda.
.
7. Tanda Luahan Kasih Sayang
.
Pelukan adalah tanda luahan kasih sayang antara suami dan isteri.
.
Ia memperbaiki hubungan yang retak dan menyuburkan kasih sayang antara suami isteri serta meningkatkan kepercayaan pada pasangan.
Kredit :
#makciksingle
Tuesday, 7 October 2025
SEJARAH NEGARA PALESTIN
Palestin Sepanjang Sejarah
Mukadimah
Palestin merujuk kepada sebuah wilayah di bahagian barat daya Syam. Ia terletak di persisiran Laut Mediterranean di Asia Barat. Wilayah ini merupakan bulatan penyambung di antara Asia dan Afrika dengan keistimewaannya yang terletak dekat dengan Eropah. Sempadan utaranya bertemu Lubnan, timur lautnya Syria, timurnya Jordan dan selatannya Mesir. Keluasan kawasan yang diiktiraf sebagai Palestin mencecah seluas 27,000 kilometer persegi. Palestin menikmati cuaca dan iklim Laut Meditteranean.
Bumi Palestin merupakan sebuah kota tamadun tertua di dunia. Menurut kajian kesan sejarah moden, Palestin adalah tanah pertama yang menyaksikan penempatan manusia dan pertanian iaitu sebelum kira-kira 9,000 tahun Sebelum Masehi. Satu per empat daripadanya telah terdiri Kota Ariha, bandar paling tua dalam sejarah iaitu kira-kira 8,000 tahun Sebelum Masehi, yang sehingga kini masih makmur dan kaya dengan tamadun.
Bumi Palestin memiliki kedudukan yang besar dalam hati setiap Muslim sebagai tanah yang suci dan berkat sebagaimana tersurat di dalam teks al- Quran al-Karim. Padanya terletak Masjid al-Aqsa sebagai kiblat pertama orang Islam dan juga masjid ketiga umat Islam. Ia juga merupakan bumi Israk Rasul SAW. Selain merupakan bumi para nabi, telah juga lahir padanya dan wafat dalamnya serta bersemi bersama tanahnya ramai dari kalangan para nabi yang disebut di dalam al-Quran.
Di dalam Islam ia dikira sebagai tempat mahsyar dan mansyar (pada hari akhirat) serta tanah pusaka Islam. Orang yang bermukim di sana dikira mujahid di jalan Allah, sebagai pusat golongan yang mendapat pembelaan yang teguh di atas kebenaran sehingga ke hari kiamat.
Bumi Palestin juga merupakan tanah suci bagi orang Yahudi dan Nasrani. Yahudi menganggap ianya tanah yang dijanjikan dan paksi sejarah mereka serta persemadian para nabi mereka. Di sisinya tempat suci mereka iaitu al Quds dan al Khalil. Manakala Nasrani menganggapnya sebagai tempat lahir agama mereka yang mana Isa AS telah dilahirkan dan tapak permulaan dakwahnya. Di sini juga terletaknya pusat-pusat keagamaan mereka yang besar seperti di al Quds, Bait Lahm dan an Nasirah.
Orang Muslim beriman bahawa mereka adalah pewaris yang sebenar kepada pusaka-pusaka nabi Dawud, Sulaiman dan nabi-nabi Bani Israel dan orang-orang soleh mereka, dari mereka yang pernah memerintah Palestin sejak zaman-berzaman di bawah panji Tauhid (meninggalkan Allah dalam pengabdian dan keimanan); kerana orang Muslimlah yang mengangkat panji Tauhid selepas mereka, dan melalui resam nabi-nabi. Orang Muslim yakin bahawa orang Yahudi telah terpesong dari kebenaran dan menyelewengkan kitab-kitab mereka, membunuh nabi-nabi mereka serta mendapat laknat dan kemurkaan Allah.
Semasa pemerintahan Yahudi dan Nasrani ke atas Palestin, terutamanya Baitul Maqdis, mereka telah menyekat dan menolak kehidupan masyarakat berbilang agama dengan penganut agama lain dan melebihkan pengikutnya serta berusaha menghapuskan selain mereka. Adapun orang Muslim sikap mereka dibina di atas tolak ansur dan menerima kehidupan majmuk serta memelihara hak-hak orang lain dan membelanya.
Yahudi Tidak Memiliki Hak di Bumi Palestin
Sesungguhnya bangsa yang paling lama menduduki Palestin dan sekitarnya adalah bangsa Kan’an yang telah berhijrah dari Semenanjung Arab sejak sekitar 4,500 tahun. Pada waktu itu Palestin dikenali dengan nama Tanah Kan’an dan bangsa Palestin yang ada hari ini adalah susur galur Kan’an. Kemudian mereka bercampur dengan bangsa-bangsa Timur Laut Mediterranean Balsat atau dikenali sebagai Palestin dan kabilah-kabilah Arab. Walaupun Palestin telah diperintah oleh berbagai kaum dalam satu-satu masa, bangsa Palestin tidak pernah terputus dari terus menghuni tanah mereka. Penduduk Palestin sendiri sebahagian besarnya telah memeluk Islam dan menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa mereka sejak kedatangan Islam. Fakta ini ditegaskan lagi dengan kewujudan syiar-syiar Islam bagi bumi Palestin sejak zaman pembukaan Palestin pada tahun 15 Hijrah/636 Masehi sehingga sekarang, walaupun sebahagian dari penduduknya telah dikeluarkan secara paksa oleh rejim Zionis sejak tahun 1948.
Sesungguhnya dakwaan hak Yahudi ke atas Palestin telah kabur dengan hak Arab dan orang Muslim terhadap tanah mereka. Bangsa Palestin telah memakmurkan bumi Palestin kira-kira 1,500 tahun sebelum terdirinya negara Yahudi, bahkan kewujudan mereka berterusan semasa pemerintahan Yahudi sehinggalah Yahudi telah terpisah dari Palestin sampailah ke hari ini. Yahudi hanya memerintah sebahagian daripada Palestin, bukanlah keseluruhannya dalam tempoh sekitar empat kurun terutama antara 1,000 sehingga 586 Sebelum Masehi. Lalu tamatlah pemerintahan mereka seperti mana telah tamat pemerintahan kaum lain seperti Asyuriyan, Farsi, Firaun, Greek dan Rom.
Sedangkan bangsa Palestin terus memasak di bumi itu. Adapun pemerintahan Islam merupakan tempoh yang paling panjang iaitu 636M sehingga 1917M, kecuali tempoh perebutan dalam Perang Salib yang berlanjutan selama 90 tahun iaitu sekitar tahun 1200. Manakala Yahudi telah terputus hubungan dengan tanah Palestin selama 1,800 tahun sejak 135 Masehi sehinggalah kurun ke-20. Selain kedudukan mereka dalam politik dan ketamadunan dan kebudayaan di dalam Palestin. Bahkan telah diharamkan dalam ajaran agama Yahudi untuk kembali ke Palestin. Menurut kajian beberapa pengkaji Yahudi sendiri seperti penulis terkenal Arthur Costler, 80 peratus daripada Yahudi hari ini tidak memperakui dari segi sejarah kaitan di antara Yahudi dengan Palestin sebagaimana tidak diperakui bahawa mereka (80 peratus itu) adalah sebahagian dari kaum Bani Israel. Majoriti Yahudi hari ini berasal dari Yahudi Khazr Ashkanz. Ia adalah sebuah kabilah dari Tartar-Turki Kuno yang menetap di Utara Kaukas dan telah menjadi Yahudi pada kurun ke-8 Masehi. Maka seandainya ada hak untuk kepulangan Yahudi maka bukanlah Palestin tetapi selatan Rusia.
Manakala dakwaan yang mengaitkan Yahudi dengan Palestin tidak berdiri di atas hakikat kebenaran bahawasanya sebahagian besar Bani Israel menafikan penyatuan mereka dengan Musa AS dalam perjalanannya menuju bumi Baitul Maqdis. Sepertimana mereka menolak untuk menyertai kepulangan ke Bumi Palestin dari Babylon selepas diusir oleh kerajaan Parsi pada masa itu. Sepanjang sejarah sehinggalah hari ini jumlah Yahudi di Palestin tidak pernah melebihi 40 peratus dari jumlah mereka di seluruh dunia.
Penubuhan gerakan Zionis bertujuan untuk mewujudkan jajahan Yahudi di Palestin sehingga tercetus penginayaan ke atas Yahudi yang menyokong pengumpulan Yahudi di Palestin di tengah-tengah masyarakat Nasrani di Eropah. Terutamanya Protestan sejak kurun ke-16, sehinggalah muncul ideologi perkauman dan nasionalisme, sehingga muncul negara-negara sosialis di Eropah terutama pada kurun ke-19, sehingga berlaku masalah Yahudi terutama di Eropah Timur dan apa yang menyebabkan Yahudi diancam oleh bangsa Rusia, sehinggalah Yahudi memegang peranan utama di Eropah dan Amerika. Tambahan pula kegagalan gerakan pencerahan Yahudi Huskler yang meluaskan simpati Yahudi dalam masyarakat yang mereka hidup di dalamnya.
Sesungguhnya ideologi menubuhkan gagasan Yahudi untuk memainkan peranan “Negara Tempahan (Tanah Yang Dijanjikan?)” yang didukung oleh penjajah Barat terutamanya Britain menjadi lambang kemuncak bahaya Barat-Yahudi di tengah-tengah alam Islami. Ini juga bertujuan memisahkan dua sayap Alam Islami di Asia dan Afrika kepada dua bahagian yang terpisah. Usaha ini akan menghalang penyatuannya, lantas melemahkannya dan memastikannya terus menerus berpecah belah, lemah untuk melakukan perubahan, berteleku dalam meniru atau menurut mengeluarkan bahan premier dan pasaran pengguna untuk produk Arab sebagaimana terhalangnya kemunculan Empayar Islam yang terbesar, menggantikan daulah Uthmaniyah yang telah lenyap ditelan zaman.
Kewujudan, kelangsungan dan kesuburan Zionis Israel di tengah-tengah tanah yang dijanjikan beerti jaminan kelemahan negara-negara Islam di sekelilingnya, sekaligus perpecahan dan kemundurannya. Maka begitulah juga sekiranya ummah bangkit dan maju, ia akan menjurus kepada kemusnahan dan kematian Israel yang bertapak di jantung ummah ini. Telah terbentuk Pertubuhan Zionis Antarabangsa di Switzerland pada bulan Ogos 1897 di bawah pimpinan Theodor Herzl. Mereka telah mengabungkan diri dengan projek penjajahan Barat, tetapi gagal untuk memperolehi sebarang hasil yang bernilai sehingga akhir perang dunia pertama. Gerakan Zionis berdiri sebagai gerakan perkauman yang terbina di atas landasan dan latar belakang keagamaan dan peninggalan serta perkauman Yahudi. Syarat-syarat kejayaannya berkaitan dengan menafikan hak-hak penduduk Palestin yang berbangsa Arab dan merampas tanah mereka. Bagi mereka tiada beza di antara fahaman komunis atau sekular atau keagamaan ataupun kebudayaan mahupun politik, semuanya sama sahaja pada akhirnya Zionis sepakat untuk berusaha mencapai cita-cita agung mereka.
Th eodor Herzl, pengasas dan presiden pertama Pertubuhan Zionis Sedunia.
Britain Dan Penempatan Yahudi di Palestin
Telah jelas kepada British tentang projek Zionis dengan tertulisnya deklarasi Balfour pada bulan November 1917 bagi tujuan menubuhkan negara bagi bangsa Yahudi di Palestin, dan disahkan lagi dengan penjajahan ke atas Palestin pada bulan September 1918. British telah memungkiri janjinya dengan bangsa Arab di bawah pimpinan Syarif Hussein bahawa akan memberi kebebasan dan kemerdekaan. Telah diagihkan peranan penaklukan di Syam dan Iraq di antara British dan Perancis. Telah disepakati dalam perjanjian Saix-Beco pada bulan Mei 1916 yang merencanakan untuk meletakkan Palestin sebagai kawasan antarabangsa. Tetapi British berhajat kepada Palestin dalam perjanjian San Reemo pada bulan April 1920. Ini membolehkan penyerapan perjanjian Balfour mengorak langkahnya ke atas Palestin yang telah ditetapkan sebagai milik semua bangsa pada bulan Julai 1922.
Deklarasi Balfour adalah sepucuk surat yang ditulis oleh Setiausaha Luar Britain, Arthur James Balfour (foto), kepada Baron Rothschild, ketua Komuniti Yahudi British.
Sepanjang tahun 1918 hingga 1948 British telah membuka pintu kepada penghijrahan Yahudi. Jumlah Yahudi yang pada tahun 1918 hanya 55,000 orang telah berganda kepada 636,000 pada tahun 1948. Ini telah meningkatkan nisbah Yahudi dari 8 peratus kepada 31 peratus. Seperti yang didakwa Pejabat Tanah, pemilikan tanah oleh Yahudi telah bertambah dari 2 peratus ke 6.7 peratus. Yahudi telah memperolehi tanah kebanyakannya daripada British dan juga mereka yang bukan berbangsa Palestin. Bangsa Palestin bagaimanapun dapat terus bertahan di bumi itu selama 30 tahun walaupun dalam keadaan yang sangat menekan sebagai majoriti iaitu 69 peratus dari jumlah penduduk dengan penguasaan tanah seluas 93.3 peratus. Dengan bantuan British, Yahudi telah mampu membina pusat-pusat perdagangan, politik, pendidikan, ketenteraan dan juga kemasyarakatan. Pada tahun 1948 mereka telah menubuhkan sebanyak 292 jajahan dan membentuk pasukan ketenteraan mereka dari Hagana Argon dan Shatern yang mempunyai lebih dari 70,000 orang. Mereka juga telah bersedia mengisytiharkan negara mereka.
Walaupun pakatan jahat ke atas Palestin melampaui keupayaan bangsa Palestin tetapi mereka tidak tunduk kepada penjajahan British dan projek Zionis. Sayap kebangsaan dan Islam telah ditubuhkan di bawah pimpinan al-Haj Amin al-Husaini dengan kefahaman nasionalis, lalu bermulalah politik dan revolusi yang besar pada ketika itu seperti revolusi al-Quds 1920, Yafa 1921, Buraq 1929, Oktober 1933. Gerakan Jihad di bawah pimpinan al-Qassam dan pertubuhan Jihad al-Muqaddas, Di bawah tekanan revolusi besar-besaran 1936-1939, British terpaksa mengeluarkan Buku Putih pada bulan Mei 1939 yang menjanjikan kemerdekaan Palestin dalam masa 10 tahun, dan akan dihentikan penjualan tanah kepada Yahudi serta dihentikan kemasukan Yahudi dalam masa 5 tahun. Tetapi ia dimungkiri pada akhir 1945 dan projek Zionis kembali hidup semula di bawah dukungan Amerika.
Pendatang Yahudi tiba dari seluruh Eropah, terutamanya dari Eropah Timur, melalui pelabuhan Haifa.
Rakyat Palestin di Yaffa dipaksa lari ke lautan sebelum 15 May 1948, iaitu sebelum kemasukan tentera Arab. Zionis sebaliknya mendakwa pelarian berlaku hanya setelah masuknya tentera Arab.
Pada tahun 1948 kira-kira 750,000 rakyat Palestin terpaksa meninggalkan tanah mereka dan menjadi pelarian terutamanya di Syria, Lubnan dan Jordan
Pelarian Palestin berteduh dalam sebuah gua, 1950
Penubuhan Negara Israel dan Keupayaannya.
Pada 29 November 1947 Pertubuhan Am Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyatakan laporan bernombor 181 dengan memisahkan Palestin kepada dua negara Arab dan Yahudi. 54 peratus untuk Yahudi dan 45 peratus untuk Arab, manakala 1 peratus sebagai negara antarabangsa iaitu kota al Quds. Adapun Laporan Pertubuhan Am bukanlah laporan yang putus sehingga dipersetujui PBB sendiri. Bahkan laporan itu bercanggah dengan asas pendirian PBB. Ia adalah hak setiap bangsa menentukan kebebasan perjalanannya sendiri. Sedangkan bangsa Palestin tidak diberi hak untuk memberi pendapat dan pandangan dalam menyerahkan hak mereka kepada pendatang Yahudi yang lebih besar dan melampaui hak mereka sendiri sebagai tuan tanah.
Yahudi telah mengisytiharkan negara Israel pada petang 14 Mei 1948. Mereka telah mengalahkan tiga penjuru tentera Arab sebagai hasil dari kelemahan kepimpinan, keampuhan perancangan dan kurangnya pengalaman. Sebilangan darinya telah jatuh ke tangan penjajahan dan Zionis telah mengambil alih kira-kira 77 peratus dari bumi Palestin dan mengusir secara paksa 800,000 orang Palestin keluar daripada bumi mereka yang telah didirikan di atasnya kerajaan mereka yang asalnya mempunyai 925,000 penduduk. Jumlah keseluruhan bangsa Palestin pada akhir tahun 1948 adalah sekitar 1.4 juta orang. Zionis telah memusnahkan 478 perkampungan daripada jumlah asalnya 585 kampung yang telah berdiri di bumi yang dijajah. Mereka telah melakukan 34 pembantaian. Adapun bahagian yang masih kekal untuk Palestin iaitu daerah Tebing Barat yang berkeluasan 5,878 kilometer persegi telah dimasukkan ke dalam Jordan. Manakala Mesir telah memasukkan Gaza yang berkeluasan 636 kilometer persegi ke dalam pentadbirannya. PBB telah bersetuju menerima keanggotaan Israel sekiranya mereka membenarkan pelarian Palestin pulang ke negara mereka. Bagaimanapun syarat ini sampai hari ini tidak dipenuhi sepenuhnya
Resolusi PBB 181 (II) merupakan perlaksanaan Partition Plan setelah tamatnya British Mandate.
David Ben-Gurion membaca "Deklarasi Merdeka" dalam sebuah muzium di Tel Aviv dalam upacara sambutan penubuhan negara "Israel" pada 14 Mei 1948.
David Ben-Gurion, Perdana Menteri pertama Israel
Jalan Menuju Kebebasan
Slogan “Peperangan Kebangsaan” dan “Kesatuan Jalan Kebebasan” mengepalai perjuangan sepanjang tempoh dari tahun 1948 hingga 1967.
Jamal Abdul Naser telah dilantik mengetuai kesatuan Arab bagi membebaskan Palestin.
Bagaimanapun kesatuan Arab telah hilang sistem yang benar dan kesungguhan serta keinginan yang sebenar untuk berperang. Telah diasaskan pertentangan Palestin atas sebab-sebab taktikal seperingkat tetapi tidak mengandungi perancangan strategi yang merangkum, bahkan mereka lebih sibuk dengan ideologi dan gembar gembur sentimen republik, melebihi persediaan untuk peperangan. Manakala rejim Zionis bertambah kuat dan kemas.
Gerakan Pembebasan Palestin (PLO) telah ditubuhkan tahun 1964 di bawah pimpinan Ahmad Syuqairi dengan dukungan langsung dari Jamal Abdul Naser yang takut terlepas pandangan isu daripada tangannya setelah medan Palestin mencetus gelombang gerakan rahsia yang tersusun, terutamanya Fatah yang berakar umbi pada tahun 1957. Dengan tujuan untuk membebaskan bumi Palestin yang dijajah, pada tahun 1948 PLO mengakui perjuangan bersenjata satu-satunya jalan pembebasan. Ia telah menyemarakkan bangsa Palestin untuk kembali membangunkan negara mereka dengan dianggap menjasadkan roh kenegaraan dan kerajaan Palestin yang telah lama hilang. Pada tahun 1968 pertubuhan-pertubuhan pembebasan Palestin di ketuai oleh Fatah telah bergabung ke dalam PLO. Ketua Fatah, Yasser Arafat, dilantik menjadi ketua PLO pada bulan Febuari 1969. Pada tahun 1974 Liga Arab mengiktiraf PLO sebagai wakil tunggal yang rasmi untuk bangsa Palestin. Maka telah lengkaplah perwakilannya pada tahun itu juga setelah diterima menjadi anggota pemerhati di PBB.
Yasser Arafat diraikan oleh Raja Faisal (Raja Saudi), Jamal Abdul Naser (Presiden Mesir) dan Raja Hussein (Raja Jordan) sebagai Pengerusi PLO di Kaherah pada tahun 1970.
Yasser Arafat berucap di PBB pada tahun 1974.
Peluasan Kawasan Yahudi di Palestin
Peperangan Jun/Jaziran 1967 merupakan kekalahan yang pahit bagi Liga Arab. Dalam beberapa hari sahaja Yahudi telah menjajah keseluruhan Palestin dengan jatuhnya Tebing Barat dan Gaza serta telah mengusir 330,000 bangsa Palestin. Turut terlepas adalah tanah Jaulan di Syria seluas 1,150 kilometer persegi dan Sinai di Mesir seluas 61,198 kilometer persegi.
Yahudi meneruskan penaklukan ke atas bumi Palestin dengan rakus. Mereka berusaha untuk mengkebumikan kesan-kesan sejarah Islam dan syiar-syiarnya. Mereka telah mendapat 96 peratus daripada tanah yang telah mereka jajah pada tahun 1948 yang asalnya adalah milik bangsa Palestin yang telah berjaya diusir, rata-rata tanah wakaf orang Islam serta banyak daripada tanah tersebut milik Bangsa Arab lain. Zionis telah mendirikan 756 buah bandar dan perkampungan di atas tanah tersebut. Selepas perang tahun 1967, Zionis dapat menguasai 60 peratus daripada Tebing Barat dan telah dibina di atasnya 192 penempatan. Di samping itu, 14 penempatan telah dibina di atas 30 peratus daripada tanah Gaza. Bahkan mereka mengharamkan rakyat Palestin untuk kembali ke tanah mereka. Merekapun membuka pintu kemasukan Yahudi ke Palestin. Seramai 1,800,000 orang Yahudi telah berpindah ke Palestin sejak 1949-2000. Pada tahun 2002 jumlah mereka mencecah kepada 5,200,000 orang.
Sesungguhnya kedudukan Yahudi di muka bumi menjadi hakikat yang tidak perlu digeruni, dengan kejayaan Zionis menentukan keputusan dan mempengaruhi dunia jelas dapat dilihat dalam bidang politik, media mahupun ekonomi. Terutamanya di Amerika. Walaupun Allah menetapkan jalan-jalan kejayaan kepada mereka tidaklah patut dibesar-besarkan cerita seolah-olah Yahudi yang memutuskan setiap peristiwa baik yang kecil mahupun besar, ataupun seakan-akan mereka telah ditakdirkan untuk menang. Mereka adalah makhluk yang Allah ciptakan. Berlaku ke atas mereka sunnatullah dalam aturan makhluk mengikut putaran zaman. Sekiranya mereka telah berjaya dengan kehendak Allah melalui kesungguhan mereka, kesabaran mereka dan perancangan mereka yang rapi, maka telah menimpa mereka pelbagai bencana yang dahsyat dalam sejarah mereka. Sepatutnya kedudukan mereka ini dilihat sebagai pendorong bagi orang Muslim menyahut cabaran ini dan memenuhi syarat-syarat untuk mentadbir muka bumi dan melakukan revolusi ketamadunan.
Zionis telah fokus kepada menukarkan Kota al Quds menjadi sebuah kota Yahudi, maka mereka telah menguasai 86 peratus daripadanya dan memenuhinya dengan pendatang Yahudi. Menurut perangkaan tahun 2000 sebanyak 450,000 orang Yahudi berbanding 200,000 orang Palestin tinggal di situ. Kawasan timur al Quds di mana terletaknya Masjid al Aqsa telah didiami oleh 200,000 orang Yahudi, setelah dikepung dengan pagar perkampungan Yahudi yang memisahkannya dari penghuni Arab dan Islam. Mereka telah mengisytiharkan al Quds sebagai ibu kota abadi bagi rejim Zionis. Yahudi sangat ingin menakluki Masjid al Aqsa, mereka telah memperolehi Dinding Barat Masjid al Aqsa (tembok Buraq) dan memusnahkan perkampungan barat yang berhampiran Masjid al Aqsa serta merampas tanahnya. Mereka telah memulakan sehingga hari ini sepuluh peringkat penggalian di bawah Masjid al Aqsa. Mereka telah menggali empat terowong dalam bentuk yang mengancam keruntuhan Masjid al Aqsa bila-bila masa sahaja. Mereka telah membentuk sekitar 25 pertubuhan pengganas Y
Thursday, 2 October 2025
TAUBAT NASUHA
Sebagai manusia yang diciptakan oleh Allah di dunia ini, mempunyai tanggung jawab in untuk mengabdikan diri dengan beribadat kepadaNya dan juga mengikut segala peraturan yang ditetapkan . kadang kala kita juga ada melakukan dosa dari masa ke semasa. Allah yang Maha Pengampun sentiasa memberi peluang kepada hambaNya untuk bertaubat diatas segala salah-laku hambaNya.
Taubat Nasuha ialah taubat yang sebenar-benarnya dan tulus daripada seseorang hamba kepada Allah SWT, yang merangkumi penyesalan mendalam terhadap dosa yang dilakukan, berhenti daripada melakukan dosa tersebut, dan berazam serta bertekad untuk tidak akan mengulanginya lagi.
Taubat ini perlu dilakukan dengan penuh keikhlasan, tanpa sebarang keraguan dan penangguhan, semata-mata kerana takut kepada Allah dan mengharapkan rahmat-Nya.
Syarat-syarat Taubat Nasuha:
Untuk melaksanakan taubat nasuha, seseorang perlu memenuhi tiga syarat utama:
Menyesali dosa:
Merasai penyesalan yang mendalam dan ikhlas terhadap dosa-dosa yang telah dilakukan, sama ada dosa yang disedari atau tidak disedari.
Berhenti daripada dosa:
Segera meninggalkan dan tidak lagi melakukan perbuatan dosa tersebut.
Berazam tidak mengulangi: Mempunyai niat dan tekad yang kuat untuk tidak mengulangi dosa yang sama lagi pada masa hadapan.
Cara Melaksanakan Taubat Nasuha:
Taubat nasuha boleh dilakukan melalui beberapa langkah, yang paling utama adalah melalui solat sunat taubat:
Solat Sunat Taubat:
Melakukan solat sunat taubat sebanyak dua rakaat.
Membaca Niat:
Berniat di dalam hati untuk bertaubat kepada Allah SWT.
Membaca Doa Taubat: Setelah selesai solat, bacalah doa taubat nasuha dengan penuh penghayatan.
Contoh doa yang biasa dibaca adalah:
Allahumma inni zholamtu nafsi zull man katsiran walaa yagh firu zunuuba illa anta, fagh firli min indika magfirotan innaka antal rgho fuu rur rahim .
Maksud doa ini adalah:
"Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang besar. Dan tiada siapa yang akan mengampuni dosa-dosaku melainkan Engkau. Maka ampunilah aku dengan keampunan yang besar daripada sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pengasih".
Kepentingan dan Kelebihan Taubat Nasuha:
Keampunan Dosa:
Allah SWT akan mengampuni semua dosa yang telah dilakukan oleh hamba-Nya yang benar-benar bertaubat dengan nasuha.
Pintu Taubat Terbuka:
Pintu taubat kepada Allah sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin kembali kepada-Nya dengan hati yang tulus.
Mendapat Kebaikan:
Menurut kitab, apabila seseorang memperelokkan taubatnya, Allah SWT akan menggantikan semua kejelekan yang pernah dilakukannya dengan kebaikan-kebaikan yang banyak.
Kredit:
AI
JomAlQuran
Taubat Nasuha – TheNoor | A Shariah Inspired and Guided Company
23 Aug 2022 — Firman Allah SWT: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّـهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ.
Tuesday, 30 September 2025
POTENSI LADANG KELAPA PANDAN
Potensi Tanaman Kelapa Pandan Wangi: Peluang Emas untuk Usahawan Agro
Kelapa pandan wangi semakin mendapat perhatian dalam industri pertanian kerana keunikannya yang sukar ditandingi. Dengan aroma pandan semula jadi serta rasa air yang manis dan menyegarkan, ia menjadi pilihan premium di pasaran tempatan mahupun antarabangsa. Mari kita lihat dengan lebih dekat potensi tanaman ini.
Permintaan Tinggi di Pasaran
Air kelapa pandan wangi kini menjadi kegemaran ramai, bukan sahaja di restoran dan hotel, malah di gerai minuman tepi jalan. Selain diminum segar, ia juga popular untuk majlis perkahwinan, kenduri dan acara rasmi. Permintaan yang sentiasa tinggi membuka ruang luas kepada petani dan usahawan agro.
Harga Jualan Premium
Berbanding dengan kelapa biasa, harga kelapa pandan wangi jauh lebih tinggi. Di pasaran runcit, sebiji kelapa pandan boleh dijual antara RM4 hingga RM7, bergantung kepada lokasi dan musim. Ini menjadikannya tanaman bernilai tambah yang mampu memberi keuntungan lumayan.
Cepat Berbuah dan Produktif
Pokok kelapa pandan wangi mula berbuah seawal 3 hingga 4 tahun selepas ditanam. Dengan penjagaan rapi, hasil optimum dapat diperoleh pada tahun ke-6 hingga ke-20. Sebatang pokok mampu menghasilkan antara 60 hingga 120 biji kelapa setahun. Jika ditanam secara komersial dengan kepadatan 150 hingga 200 pokok sehektar, hasil boleh mencecah 12,000 hingga 20,000 biji setahun.
Sesuai di Pelbagai Jenis Tanah
Dari segi agronomi, kelapa pandan wangi tahan lasak dan mampu tumbuh di pelbagai jenis tanah, termasuk tanah gambut yang mempunyai sistem saliran baik. Ia juga sesuai ditanam secara integrasi bersama tanaman lain seperti pisang, nanas, atau jagung bagi memaksimumkan hasil.
Peluang Produk Hiliran
Selain diminum terus, kelapa pandan wangi mempunyai potensi besar dalam produk hiliran. Antara produk bernilai tambah termasuk air kelapa dalam botol, jelly kelapa, aiskrim, kek beraroma pandan, serta produk spa dan kecantikan seperti minyak kelapa, sabun dan losyen.
Pasaran Eksport yang Luas
Negara-negara seperti Singapura, China dan Timur Tengah mempunyai permintaan yang tinggi terhadap kelapa pandan wangi. Jika dipasarkan dengan baik, ia mampu menjadi komoditi eksport yang menjanjikan pulangan berlipat ganda.
Potensi Agrotourism
Selain sebagai tanaman komersial, ladang kelapa pandan wangi juga berpotensi menjadi lokasi agropelancongan. Aktiviti seperti menikmati kelapa segar di ladang atau melihat sendiri cara penanaman dapat menarik pelancong tempatan dan luar negara, sekaligus meningkatkan nilai ekonomi ladang.
Pulangan Ekonomi Menarik
Dari sudut kiraan kasar, jika sebiji kelapa dijual pada harga RM5 dan hasil setahun ialah 12,000 biji sehektar, pendapatan boleh mencecah RM60,000 setahun untuk setiap hektar. Kos penyelenggaraan yang lebih rendah berbanding tanaman seperti durian atau mangga menjadikannya lebih menguntungkan untuk jangka panjang.
Peluang untuk Usahawan Muda
Kelapa pandan wangi sesuai dijadikan projek jangka panjang kerana ia mampu bertahan sehingga 20 hingga 30 tahun. Dengan modal permulaan yang sederhana tetapi pulangan yang stabil, ia sangat sesuai diceburi oleh usahawan muda yang ingin membina kerjaya dalam bidang agro.
Kesimpulan
Kelapa pandan wangi bukan sahaja menawarkan hasil pertanian yang unik, tetapi juga membuka peluang luas dalam bidang pemprosesan makanan, eksport, dan agrotourism. Dengan strategi pemasaran dan pengurusan yang baik, tanaman ini berpotensi menjadi sumber pendapatan yang stabil serta menguntungkan untuk jangka panjang.
Kredit :
📷 Enak Dak
Wednesday, 24 September 2025
KEPERLUAN GIGI PALSU DALAM KEHIDUPAN
7
Gigi adalah salah satu anggota badan yang diciptakan oleh Allah untuk membolehkan manusia memakan pelbagai makanan bagi keperluan zat protein untuk hidup sihat. Badan yang sihat membolehkan kita melakukan pelbagai aktiviti kehidupan dengan sempurna. Disamping itu tubuh badan yang sihat amat diperlukan bagi memudahkan kita melakukan ibadat solat yang diwajibkan 5 kali sehari .
Gigi akan mengalami kerosakan dari masa ke semasa, selaras dengan proses penuaan seseorang. Lebih lagi bila gigi tidak dijaga dengan sempurna. Gigi yang rosak terpaksa dicabut dari masa ke semasa. Bila berlaku kehilangan gigi, akan memberi kerumitan dan ketidak selesaan semasa memah makanan. Oleh itu perlu seseorang memakai gigi palsu.
Gigi palsu memberikan kebaikan seperti memulihkan fungsi mengunyah dan bercakap, meningkatkan penampilan dan keyakinan diri, serta membantu mengekalkan bentuk wajah.
Walau bagaimanapun, kekurangan gigi palsu juga akan dialami, seperti rasa tidak selesa pada mulanya, risiko tergelincir atau bergeser, kesulitan penyesuaian, dan kos perawatan berulang juga perlu diambil kira.
Kebaikan Gigi Palsu:
Memulihkan fungsi mengunyah dan bercakap:
Gigi palsu membantu anda makan makanan yang lebih keras dan kenyal dengan mudah, serta memulihkan cara anda bercakap agar lebih jelas, seperti sebelum kehilangan gigi.
Meningkatkan keyakinan diri:
Dengan menggantikan gigi yang hilang, gigi palsu dapat mengembalikan senyuman yang menarik dan penampilan yang lebih muda, yang secara positif dapat meningkatkan keyakinan anda.
Mengekalkan bentuk wajah:
Kehilangan gigi boleh menyebabkan kesan seperti penuaan pada wajah. Gigi palsu membantu mengekalkan profil wajah dan mengurangkan kesan ini.
Pilihan yang lebih murah:
Secara umum, gigi palsu adalah salah satu pilihan yang paling menjimatkan untuk menggantikan gigi yang hilang, terutamanya jika dibandingkan dengan implan gigi.
Mudah dibersihkan:
Gigi palsu jenis lepasan mudah ditanggal, membolehkan anda membersihkannya dengan mudah daripada sisa makanan yang mungkin melekat pada gigi.
Keburukan Gigi Palsu :
Ketidakselesaan dan kesukaran penyesuaian:
Pada mulanya, anda mungkin akan merasa tidak selesa atau terdapat kesukaran menelan atau bercakap ketika memakai gigi palsu buat kali pertama.
Risiko tergelincir atau bergeser:
Terutamanya untuk gigi palsu lepasan, ia berisiko untuk bergeser atau tergelincir semasa makan atau bercakap, menyebabkan ketidakselesaan.
Tidak selesa atau tidak sesuai:
Terlalu banyak kehilangan tulang rahang atau pemilihan bahan yang salah boleh menyebabkan gigi palsu tidak selesa apabila dipakai. Situasi ini menggangu norma kehidupan seharian anda.
Memerlukan penjagaan dan penyelenggaraan:
Anda perlu melepaskan dan membersihkan gigi palsu setiap hari, dan ia juga memerlukan lawatan berkala ke doktor gigi untuk penyesuaian dan pemeriksaan.
Tidak kelihatan semula jadi: Walaupun teknologi gigi palsu semakin canggih, ia masih tidak kelihatan sepenuhnya semula jadi seperti gigi asli.
Rawatan berulang: Gigi palsu perlu ditukar setiap 5 hingga 10 tahun dan memerlukan penyelenggaraan secara berkala.
Kesimpulan nya gigi palsu adalah satu keperluan dalam kehidupan seseorang apabila telah mencapai usia lanjut yang diketogarikan sebagai warga emas.
stellardental.my
Kredit :
AI.
Monday, 8 September 2025
MANAFAAT MAKAN TELUR REBUS
🍳 10 Manfaat Makan Telur Rebus Setiap Hari
1. Membina Otot – Protein tinggi membantu pertumbuhan dan pemulihan otot.
2. Menjaga Kesihatan Mata – Kaya lutein dan zeaxanthin yang melindungi retina.
3. Meningkatkan Daya Ingatan & Fungsi Otak – Kolin penting untuk tumpuan dan memori.
4. Melambatkan Penuaan Awal – Antioksidan dan vitamin E melawan radikal bebas.
5. Membantu Menurunkan Berat Badan – Protein membuat rasa kenyang lebih lama.
6. Baik untuk Kesihatan Darah – Zat besi dan vitamin B12 mencegah anemia.
7. Menguatkan Sistem Imun – Vitamin A, D, E dan selenium meningkatkan daya tahan tubuh.
8. Menguatkan Rambut & Kuku – Biotin dan protein menyokong pertumbuhan yang sihat.
9. Menyihatkan Kulit – Nutrien lengkap membantu pembaharuan sel kulit.
10. Menguatkan Tulang – Vitamin D dan kalsium menjadikan tulang lebih kuat.
---
🥚 Cara Penyediaan Telur Rebus Sihat
1. Pilih telur yang segar.
2. Basuh kulit telur sebelum direbus.
3. Masukkan telur ke dalam periuk berisi air sehingga tenggelam.
4. Rebus sehingga mendidih:
6 minit → kuning separuh masak.
10 minit → kuning masak sepenuhnya.
5. Angkat dan rendam dalam air sejuk supaya mudah dikupas.
6. Makan ketika hangat atau simpan dalam peti sejuk (maksimum 2 hari).
7. Elakkan menggoreng kerana minyak berlebihan mengurangkan manfaatnya.
8. Disarankan 2 biji telur rebus sehari sudah memadai untuk kesihatan optimum.
Cnp:
Kredit #fb.
Subscribe to:
Posts (Atom)