MATLAMAT PERKAHWINAN MENURUT ISLAM
Allah telah menjadikan naluri manusia untuk hidup
berpasangan, mempunyai perasaan cinta dan kasih sayang diantara lelaki dan
perempuan. Namun Islam melarang hubungan lelaki dan perempuan secara songsang,
tidak mengikut syariat iatu hubungan yang bersifat kegairahan hawa nafsu dan
untuk berseronok sahaja. Hubungan yang dihalalkan oleh Islam adalah dengan perkahwinan. Bila sudah menjadi suami isteri maka halallah
apa juga perhubungan lelaki dan
perempuan. Diantara perkahwian yang
diredahi Allah adalah mempunyai factor-faktor berikut:-
• Niat kerana Allah iaitu dengan tujuan untuk membina sebuah
rumahtangga muslim , untuk melahirkan keturunan yang soleh ,keluarga yang
sanggup memikul amanah dan dapat melaksanakan kewujudan hidayah Allah sehingga
hidayah itu akan berterusan seperti mana firman Allah ;
" Satu keturunan
yang sebahagiannya( tuntutan) dari yang lain" (Ali-Imran ; 34)
• Supaya dapat menjaga pandangan dan kehormatan di samping
bertakwa kepada Allah. Ingatlah Kalian dari menundukkan pandangan sebenarnya
meninggikan kekhusyukkan hati kita dalam solat .Jangan di lepaskan peluang
(menundukkan pandangan) ini ,kalian! Rasulullah s.a.w bersabda ; "Allah
berhak menolong tiga golongan ; Orang yang berjihad pada jalan Allah,hamba
mukatib yang ingin membayar harga tebusannya dan orang-orang yang berkahwin
dengan tujuan untuk memelihara kehormatan dirinya"
• Bijak memilih isteri yang bakal menjadi rakan kongsi hidup
dan teman seiring denganmu kerana Rasulullah s.a.w bersabda ; "Pilihlah
untuk keturunan kamu,sesungguhnya keturunan itu menjadi pertikaian ."
Dalam riwayat lain ada disebutkan ; "Kahwinikanlah mereka dengan yang
sekufu"
• Memilih isteri yang mempunyai akhlak dan berpegang teguh
dengan agama,sekalipun tidak mempunyai harta dan kecantikan jika dibandingkan
dengan yang lain, kerana sabda Rasulullah s.a.w. " Jangan kamu mengahwini
perempuan kerana kecantikannya. Boleh jadi kecantikan mereka akan menjadikan
mereka hina .Jangan kamu mengahwini perempuan kerana harta mereka,kerana boleh
jadi harta mereka akan menjadikan mereka bersikap zalim ,tetapi kahwinlah
mereka kerana agamanya .Hamba perempuan yang rabik telinga dan ***** tetapi
beragama adalah lebih baik" (hadis riwayat Ibn Majah )
• Menjauhkan diri dari mencanggahi perintah Allah dalam
perkara-perkara tersebut dan berusaha menjauhi kemurkaan Allah dan azabnya
,kerana Rasulullah s.a.w bersabda ; " Siapa yang mengahwini perempuan
kerana ketinggian kedudukannya, perkahwinan itu tidak menambah sesuatu
kepadanya kecuali kehinaan.Siapa yang mengahwininya keran hartanya,perkahwina n
itu tidak menambahkan sesuatu kepadanya kecuali kemiskinan .Siapa yang
mengahwininya kerana keturunannya ,perkahwinan itu tidak menambah sesuatu
kepadanya kecuali hina dina . Dan siapa yang mengahwini perempuan dengan tujuan
supaya dapat menahan pandangannya, memelihara kehormatannya atau menghubungkan
silaturrahim ,Allah akan memberi berkat pula kepada perempuan itu
dengannya" (hadits riwayat Abu Nuaim)
Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj yang menyatakan ;
" CINTA
sepatutnya menjadikan manusia lebih bertenaga,kuat dan bermotivasi
sepenuhnya" dan "Berkahwin bermakna kesediaan hati menerima seseorang
untuk saling berkasih sayang" ,
Untuk Renungan
Bersama.
v
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa …
v
Lelaki yang soleh tidak akan memilih wanita
melalui keseksiannya…
v
Lelaki wara' menilai wanita melalui akhlaknya
,peribadinya dan addinnya…
v
Lelaki yang baik tidak menginginkan pada sebuah
pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi
kesempatan pada syaitan untuk menggodanya…
v
Lelaki wara' juga tidak mahu bermain cinta
sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita
yakni
PERKAHWINAN…"
Wallahu’alam.
Sumber>
suara hati.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.