RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Friday, 9 October 2015

INTIPATI KHUTBAH JUMAAT



INTIPATI KHUTBAH JUMAAT – 9/10/2015

IKHWAN AL MUSLIMIN !

Sesungguhnya tahun 1436H  akan melabuhkan tirainya dan akan menjelm tahun baru 1437H.  Berlalunya tahun membawa bersamanya pelbagai kenangan dan peristiwa yang menjadi iktibar dan pengajaran bagi mereka yang peka dengan zamannya.

Masuknya tahun baru bermakna luputnya setahun umur kita dan kita semakin menjaukan diri dari dunia dan menghampirkan diri keliang lahad dan sebagainya menghampirkan kita untuk tiba di  distinasi hisab yang meakutkan. Maka sepatutnya renungan ini mengerunkan jiwa kita dan peluang untuk kita menghitungnya, menghisab amalan kita. Akan tetapi  apabila hati telah diliputi noda dan dosa serta kasihkan dunia menjadikan kita mererasakan akan kekal selamanya di dunia maka  mahasabah diri akan berkubur jua.

Bagi mereka yang memerhatikan ajaran al Quran akan dapati kitab Allah ini mengambarkan reality kehidupan manusia dan kenyataan bahawa dunia adalah tempat untuk ujian dan tipudaya, perupamaan Allah Azawaddala dalam surah Al Kahfi :45;

Ertinya “ dan kemukakan kepada mereka mithal perbandingan: kehidupan dunia ini samalah seprti air yang kami tutunkan dari langit, lalu bercampur baurlah tanaman di bumi antara satu sama dengan lain dan kembang suburlah ia disebabkan air itu, kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angina dan ingatlah Allah maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Harta benda dan anak pinak itu hanyalah perhiasan hidup didunia dan amal-amal sole yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi tuhannya sebagai pahala balasan dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan. 

Oleh itu dunia ini hanyalah bayangan yang akan melabuhkan tirainya tetapi malangnya terlalu ramai manusia yang tertipu dan terpedaya dengannya. Firman Allah lagi dalam surah Yunus : 45 ;

Ertiya “ Dan ingatlah masa Allah himpunkan mereka pada hari kiamat kelak dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal didunia melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari, mereka akan  berkenal-kenal sesame sendiri. Sesungguhnya  rugilah orang-orang yang telah mendustakan hari menemui Allah untuk menerima  balasan dan yang tidak mendapat petunjuk (kejalan mencari  untung semasa hidup didunia).

Maka manusia yang cerdik adalah sentiasa menghisabkan diri dengan melihat kepada perangai dunia yang sibuk bahkan menjadi dunia laluan untuk mencapai keredaan Allah untuk menikmati Jannah yang kekal abadi.

Sesiapay yang menoleh ke belakang melihat sejarah hidup sudah pasti ia dapati fitnah yang hebat telah menimpanya. Demikian juga maksiat yang besar telah menimpa umat Islam. Rasulullah saw telah memperingati kitA DENGAN FITNAH INI SUPAYA KITA BERSEGRA MELAKUKAN AMALAN SOLEH kerana ketaqwaan kita sepanjang tahun lalu 

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud “ Bersegralah melakukan amalan soleh sebelum datangnya fitanah umpama malam yang gelap gulita, sehingga seorang  mukmin itu diwaktu paginya muslim dan petangya kafir dan sebaliknnya. Mereka menjual agama dengan beberapa harga dunia.

Boleh jadi sepanjang tahun lepas kita telah melakukan kesilapan yang menauhkan kita dari jalan Tuhan kita dengan meninggalakan perintah Allah dan  mengerjakan larangan Allah.

Sayugia seseorang itu menghisablah dirinya dengan beberapa perkara berikut:-
1.      Masa dan umur kita lalui, adakah kita gunakan untuk mendapat kebajian ataupun kita lumurkan dengan maksiat keketoran dosa yang tidak berkesudahan.

2.      Kepada penuntut ilmu dan para dai, tanyalah diri dimanakah kamu?  Dan keman hala tuju mu berasam umat Muhammad saw ini.

3.      Kepada remaja yang cintakan agamanya, persiapkanlah diri untuk menghadapi cabaran tipu daya dunia dengan senjata ilmu syaraai dan hampirillah dirimu dengan para ulama’ kerana keberkatan bersama mereka. Tanyalah diri kita  berapa banyak nanynyian hiburan yang melalaikan kita ikuti dan ingatlah kemurkaan Allah sendang menanti diatas maksiat ini.

4.      Kepada rakan wartawan,  muhasabahlah kesan pena yang dinukilkan keran ianya senjata dua mata, jika digunakan untuk kebaikan maka sesungguhnya demi Allah ini kebaikan dan kebajikan dan sebaliknay jika digunakan untuk kejahatan dan kemurkaan maka ianya satu penyesalan dan penghinaan.

Wallahu’alam.

Sumber : MAIK

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.