SOLAT DAN MEMBACA AL- QURAN -DAPAT MENYEBUHKAN DEPRESI
DAN MENGEMBALIKAN INGATAN PESAKIT LUMPUH.
Saya juga ingi berkongsi satu keanjaiban yang berlaku ke
atas isteri apabila ia mengamalkan bacaan Al-Quran dan juga melakukan solat
sunat seperti sunat isyrak, sunat duha, sunat tahajud dan sunat witir.
Pada mulanya isteri sememang mengalami lemah ingatan
setelah diserang oleh strok. Situasi dia amat lama untuk mengembalikan ingatan
pada setiap kali dia bangun dari tidur, matanya akan berkelip-kelip untuk
beberapa minit dan dia pada awalnya tidak mengenal diri saya yang berada
disampingnya. Kadang kala ia kelihatan seperti orang yang hilang ingatan. Tidak
mengetahui dan mengecam objek ada dihadapannya.
Melihat situasi ini, saya cuba cara beberapa keadah untuk
memulihkan keadaan ingatannya. Doktor memberi makan ubat “brain tonic” untuk
mempercepatkan proses mengembalikan pemulihan ingatan isteri, tetapi pada
hakikatnya ia tidak memberi kesan yang agak cepat. Untuk itu saya cuba
mendapatkan beberapa maklumat dari beberapa sumber, dengan hidayah Allah saya
terbaca satu artikal tentang kebaikan solat dan membaca Al Quran untuk
kesihatan mengikut kajian saintifik.
Berumal dari tarikh itu saya membantu isteri untuk
membiasakan dirinya membaca Al Quran, dia pada awalnya sememang agak tidak
lancar membaca Al Quran. Untuk atasai masalah ini saya membeli “Pen Baca Quran”
yang berada di pasaran. Setelah dia menggunakan alat ini pembacaan dia semakin
lancar, dan apabila dia merasakan dirinya telah agak baik baca Al Quran telah
timbul minat untuk membaca Al Quran pada setiip hari. Setelah ini menjadi
amalan sehariannya, saya dapat ingatan beliau bertambah baik dan setelah
diamalkan lebih tiga tahun, Alhamdulillah ingatan isteri telah kembali normal.
Satu keanjaiban yang dibuktikan oleh Allah.
Begitu juga dengan amalah solat malam apabila dilakukan
secara istikomah, penyakit kemurungan (depression) Yang dialami oleh isteri
teri telah dapat dihilangkan, dan kini setelah lebih 15 tahun isteri sakit
lumpuh, dia telah dapat menerima hakikat yang dirinya mendapat ujian dari
Allah. Keadaanya telah menjadi normal dan mempunyai sikap yang amat positif
tentang kehidupan dan masa hadapan walaupun dirinya kini sebagai seorang OKU.
Dengan ini saya mengesyorkan kepada rakan diluar sana
jika terdapat keluarga yang mengalami stroke, cuba amalkan apa yang telah
dilalui oleh isteri saya, semoga ia daapat mempercepatkan proses pemulihan
ingatan dan juga dapat menhilangkan depressi yang biasa dialami oleh pesakit
strok.
Di bawah ini saya sertakan kajian saintifik yang
dijalankan oleh pengkaji di Univerisiti Malaya sebagai satu bahan yang dapat
dirujuk dan bukti bahawa solat dan membaca Al Quran itu dapat menyembuhkan
beberapa penyakit yang dialami oleh seseorang.
Bukti Hikmah Solat secara saintifik oleh
Universiti Malaya October 21, 2008
KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya
membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya
amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal
dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.
SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat
Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.
Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian
setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta
tahiyat awal dan tahiyat akhir.
Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak
mempunyai makna?
Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan
lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan
hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh
manusia.
Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap
umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.
Ng
Siew Chok memakaikan topi elektrod untuk mengkaji gelombang otak.
|
Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak
tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan
Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang
diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan
Abas dan Ng Siew Cheok.
Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian
itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan
solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak
dan aktiviti otot.
Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata,
mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi
kejuruteraan.
Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku
kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.
SOLAT terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap
fizikal dan mental manusia.
|
“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya
mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku
kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,”
katanya.
Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak
perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku
`Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan
Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.
Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara
saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama,
tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM.
Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh,
melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.
Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan
imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi
dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat
tahajud boleh merawat barah.
Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari
Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan
Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat
warga tua yang sakit tulang.
Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun
ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian
itu.
Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang
mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai
perbezaan solat antara orang biasa dan ulama.
“Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa
ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding
orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,”
katanya.
Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara
sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka
yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari
kumpulan tertentu.
Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak
kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses
solat merawat pelbagai penyakit.
Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai
contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi
kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat
merawat penyakit itu.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.