Ciri-Ciri Lelaki Setia, Baik Hati,
dan Bertanggung Jawab pada Pasangannya
Ciri-cir lelaki setia sebenarnya boleh diketahui dengan
meneliti dan memerhatikan sifat peribadi sesorang lelaki tersebut. Sesungguhnya
lelaki yang setia itu menjadi idaman dan impian oleh kebanyakan para wanita,
kerana lelaki yang setia ini akan menjadi suami dan dapat memimpin keluarga
dengan baik.
Untuk itu adalah amat penting bagi setiap wanita mengetahui
apakah ciri-ciri seorang lelaki yang setia kepada pasangannya.
Mengikut satu kajian yang dijalankan terhadap bebrapa orang
lelaki yang terpilih sebagai sampel kajian, dapat dibuat kesimpulan bahawa ciri-ciri
lelaki setia dan bertanggung jawab itu adalah mempunyai sifat-sifat berikut:
1. Mampu Mengawal dan
Mengurus Emosi:
Pada dasarnya, setiap lelaki akan memiliki egonya sendiri
yang akan membuatnya sangat mudah beremosi. Namun lelaki yang setia memiliki
kemampuan lebih untuk mengawall emosinya kerana takut melukai hatii
pasangannya.
Saat dirinya tengah emosi, ia tetap akan mengeluarkannya
namun tidak secara meledak-ledak. Lelaki seperti ini mampu memilih jenis
kata-kata yang akan digunakan saat sedang emosi.
2. Menghormati Wanita
Lelaki setia memiliki penghormatan yang sangat tinggi
terhadap wanita. Dia tidak pernah menempatkan wanita di bawahnya, dia juga
selalu berusaha untuk mendengarkan dan menghargai pendapat dari setiap wanita,
sekalipun hal tersebut sangat berbeda dengan prinsipnya. Hal ini semata-mata
mereka lakukan kerana inginkan pasangannya selalu bahagia.
3. Tidak Mungkir
Janji
Lelaki yang sering menepati janjinya boleh dijadikan salah
satu petanda bahwa ia memilik kesetiaan terhadap pasangannya. Mungkin ada
kalanya ia tidak menepati janjinya,
namun hal ini lebih disebabkan keadaan yang memang sangat tidak memungkinkan
untuknya menepati janji.
Semasa keadaan ini berlaku ia akan berusaha utuk memulihkan
perhubungan degan pasangannya dan secara ikhlas akan memohon maaf atas
kesilapan yang telah dilakukan.
4. Tidak Memerlukan
Perhatian
Pada umumnya, lelaki yang setia tidak memrlukan perhatian
yang berlebih kerana ia sentiasa dekat dengan pasangannya. Lelaki yang setia ini tidak pernah berusaha menarik perhatian
dari orang lain, apalagi untuk sekedar mendapatkan pujian dan pengakuan dari
wanita lain.
Baginya, sentiasa mendapangi pasangan sudah mencukupi untuk
membuatnya merasa percaya diri dan boleh didapangi bila diperlukan.
Ketika pasangannya menghadapi masalah, lelaki yang setia
akan sentiasa membantu. Jika berada berjauhan ia akan sentia menghubungi
melalui telefon untuk bertanya kahbar dan perkembangan terakhir pasanganya .
5. Mudah didapingi
bila diperlukan
Sememangnya lelaki yang setia mudah didapangi bila
diperukan, apatalah lagi bila pasangannya mengalami masalah. Ia akan memberi
pertulungan untuk menyelesaikan masalah pasangannya dengan sebaik mungkin.
Ia memperlihatkan sikap kebertanggungjawaban kepada pasangan
yang disayangi dan dicintainya.
6. Bukan Main-main
Ciri lelaki yang seita selanjutnya, dia bukannya manusia
yang mencoba-coab dalam urusan percintaan. Lelaki setia sangat yang yakin
dengan pilihannya dan tidak pernah ragu sedikit pun dengan seleranya terhadap
wanita. Lelaki seperti ini tidak akan pernah mengorbankan hubungannya untuk
sekedar mencoba-coba hubungan dengan wanita yang baru saja ia kenalinya. Namun
hal ini hanya berlaku dalam urusan percintaan sahaja. Apabila ia berurusan
dengan bisnis ia sangat berani untuk mengambil rasiko.
7. Sentiasa Bersyukur
Jika lelaki Kamu memang adalah tipikal yang setia, maka ia
akan merasa sangat bersyukur telah memiliki Kamu. Hal ini akan membuat ia tidak
mau lagi berpetualang dalam urusan cinta.
Apabila rasa bosan dengan hubungan percintaannya, maka ia
akan tetap berusaha berpikir tenang dan rasa syukurnya yang akan membuat ia tetap
mempertahankan hubungan cintanya. Dia tidak mudah untuk memutuskan cinta yang
telah terjalin. Sebaliknya cuba mengekalkannya sebaik mungkin.
8. Percaya Diri dan
Bertanggung jawab
Lelaki setia sangat percaya diri dan yakin dapat menghadapi setiap masalah yang ia miliki. Lelaki
seperti ini sangat faham mengenai apa yang harus ia lakukan dalam hidupnya,
tidak mudah putus asa, dan menyerah kalah. Dia seorang yand dedikasi dan gigih
berusaha untuk mencapai cita-cita dan puncak kejayaan yang diimpikannya.
Dirinya juga memiliki sifat kepedulian dan sangat
bertanggungjawab terhadap apa yang telah ia lakukan.
9. Bersifat Jujur
Jujur merupakan sifat yang sangat melekat dengan lelaki
setia. Sikapnya begitu jujur dan tidak
pernah mempermainkan perasaan pasangannya.
Kejujurannya ini boleh dilihat dari tindak tanduk kehidupan
seharianya. Dimana ia tidak pernah keberatan jika pasangannya ingin meihat status media sosialnya. Selain itu, ia juga tidak
pernah keberatan untuk membenarkan pasangannya mengikuti atau menemaninya dalam melakukan aktiviti
seharian
.
10. Punyai Tujuan
Hidup
Ciri-ciri lelaki setia yang terkahir adalah dia merupakan
seorang yang mempunyai matlamat hidup yang jelas, ia mempunyai matlamat hidup
jangka pendek dan jangka panjang. Begitu komited untuk mencapai matlamat hidup
yang ditetapkan, oleh itu dia akan gigih berusaha saban masa untuk pastikan apa
yang dirancang dalam kehidupan akan tercapai
Ciri-ciri yang dinyatakan di atas adalah diantara sifat
peribadi yang ada pada lelaki yang setia dengan pasangannya. Terdapat beberapa
sifat positif yang lain lagi akan memperkuatkan lagi kesetiaannya kepada
pasangan yang akan memberi kebahagian kepada pasangan jika mempunyai lelaki
setai sebegini. Perlu diingat lelaki yang setia akan menjadikan perhubungan
cinta mereka bertambah jitu jika dipihak pasangan dapat memberi timbal balik
respon yang positif bagi mengeratiankan lagi tali percintaan yang telah dibina
bersamal.
Wallahualam
Sumber:
Ditulis oleh Melody
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.