Serangan Strok.
Emosi. Imbangan. Koordinasi. Penglihatan. Pendengaran. Deria
rasa. Pergerakan Terkawal.
Strok adalah punca kematian ketiga terbesr di Malaysia.
Hanya penyakit jantung dan kanser mengatasinya. Ia dianggap sebab utama
kehilangan upaya yang teruk, dan setiap tahun, dianggarkan 40,000 rakyat
Malaysia mengalami strok. Sesiapa sahaja boleh mengalami strok, termasuk
kanak-kanak. Namun, kebanyakan kes menimpa orang dewasa.
Apakah strok?
Fungsi-fungsi
otak.
Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah
ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita
lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti
pernafasan.
Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan
yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di
dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan
sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.
Bahagian otak itu mula mati. Anda mengalami strok. Dengan
pantas, Dengan senyap. Kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan
dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan
ingatan terubah.
Serangan Iskemia Sementara (TIA)
Strok Iskemia: Apabila timbunan plak terbentuk di dalam
arteri, ia menghalang pengaliran darah, menyebabkan ketulan-ketulan darah beku
terbentuk, lalu mengganggu bekalan darah ke otak.
Satu tanda penting ancaman strok adalah Serangan Iskemia
Sementara (TIA), juga dikenali sebagai strok mini. Ia berlaku kerana gangguan
bekalan darah yang sementara kepada bahagian-bahagian otak. Gejala-gejalanya
amat serupa dengan strok sebenar, tetapi, tidak seperti strok yang serius,
gejalanya muncul kurang dari 24 jam dan kemudian pulih sepenuhnya.
TIA adalah petunjuk yang sebahagian otak tidak mendapat
darah yang mencukupi dan terdapat risiko berlakunya strok. TIA tidak boleh
sekali-kali dibiarkan dan perlu dilaporkan kepada seorang profesional perubatan
secepat mungkin.
**Penghargaan: Rajah-rajah digunakan dengan kebenaran Stroke Foundation of New Zealand.
Sumber: NASAM
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.