RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Wednesday, 24 December 2025

HUKUM MENGUCAPKAN MERRY CHRISTMAS

HUKUM MENGUCAPKAN “MERRY CHRISTMAS” KEPADA MEREKA YANG BERAGAMA KRISTIA Mukadimah Alhamdulillah, pujian yang mutlak kepada-Nya. Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarganya, sahabatnya dan yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kesudahan. Sehari dua ini, banyak persoalan yang sampai ke meja kami berkaitan isu mengucapkan Merry Christmas kepada penganut Kristian. Sebenarnya, isu ini telah kami ulas dengan panjang lebar pada 19 Disember 2016. Isu ini sering menimbulkan polemik dan salahfaham baik dalam kalangan bukan Muslim, malah umat Islam sendiri. Kami menerima beberapa persoalan berkaitan ini daripada mereka yang mempunyai hubungan secara langsung dengan bukan Muslim baik secara kekeluargaan, kerjaya, mahupun kerana tinggal dalam kawasan kejiranan yang sama seperti sebahagian masyarakat Malaysia di Sabah dan Sarawak, mahupun Semenanjung. Apabila isu ini masih berulang lagi saban tahun, kami terpanggil untuk menekuni semula isu ini dan membuat sedikit kajian ilmiah dalam kerangka fiqh kontemporari yang diistinbatkan daripada teks-teks agama, maslahah, sirah umat Islam, dan fiqh realiti. Justeru, Tahqiq Masail pada kali ini kami namakan dengan Hukum Seseorang Muslim Mengucapkan “Merry Christmas” Kepada Mereka Yang Beragama Kristian. Semoga dengan penjelasan ini dapat menutup pintu-pintu perselisihan kerana pada hakikatnya, isu ini adalah isu ijtihadi dan tidak mutlak keharaman dan keharusannya. Ianya bergantung kepada keadaan dan situasi semasa seseorang. Islam Agama Rahmat Sesungguhnya Rasulullah SAW itu sendiri datang untuk membawa rahmat kepada sekalian alam. Firman Allah SWT: وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ Maksudnya: “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” (Surah al-Anbiya’: 107) Dr. ‘Aidh al-Qarni dalam bukunya, Rahmatan li al-‘Alamin menyebut beberapa tafsiran, antaranya: Baginda SAW merupakan seorang manusia utusan Allah SWT. Baginda SAW datang untuk membela nasib umat yang lemah, tertindas, terkebelakang dan terpenjara dengan pelbagai kezaliman. Baginda SAW datang untuk mengangkat maruah mereka sehingga setaraf dengan bangsa lain. Baginda SAW membina satu tamadun baru di antara sekalian tamadun yang sedia ada dan ia menjadi tamadun yang paling tinggi nilainya. Rasulullah SAW telah mengeluarkan kita dari Semenanjung Arab yang tandus tanpa wujudnya sungai, kebun, mahupun tumbuh-tumbuhan, menjelajahi seluruh pelusuk bumi. Islam adalah agama yang membawa rahmat, keamanan dan segala kebaikan. Allah SWT telah memerintahkan kepada kita untuk berlaku baik kepada semua manusia, tanpa sebarang perbezaan dengan dalil yang umum dan jelas: وَقُولُوا لِلنَّاسِ حُسْنًا Maksudnya: “…dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik.” (Surah al-Baqarah: 83) Syeikh Al-Maraghi berkata: “Oleh sebab itu, dalam memenuhi hak setiap anggota umat atau seluruh manusia memadailah dengan pergaulan dan perkataan yang baik, menyuruh berbuat baik, mencegah perbuatan mungkar dan perbuatan lain bermanfaat di dunia dan akhirat.” (Rujuk Tafsir al-Maraghi, 1/174) Firman Allah SWT: إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan…” (Surah al-Nahl: 90) Sayyid Qutub dalam Fi Zilal al-Quran berkata: “Ihsan mempunyai pengertian yang amat luas. Setiap perbuatan yang baik adalah ihsan belaka. Perintah berbuat ihsan dalam ayat itu merangkumi segala perbuatan dan muamalah. Ia merangkumi segala ruang kehidupan yang berkaitan dengan hubungan-hubungan seorang hamba dengan Allah, hubungan dengan keluarganya, hubungan dengan masyarakatnya dan hubungan dengan seluruh manusia yang lain. (Rujuk Fi Zilal al-Qur’an, 10/102) Definisi Merry Christmas Merry menurut English Oxford Living Dictionaries adalah “cheerful and lively” (ceria dan meriah). Ia berasal daripada Bahasa Inggeris klasik - myrige - iaitu “pleasing, delightful” (menyenangkan, menggembirakan).[1] Christmas pula bermaksud “The annual Christian festival celebrating Christ's birth, held on 25 December in the Western Church” (Festival tahunan penganut Kristian bagi menyambut kelahiran Christ, diadakan pada 25 Disember di Gereja Roman Katolik).[2] Ia berasal daripada Bahasa Inggeris klasik - Crīstes yang merujuk kepada Jesus Chris[3] dan mæsse iaitu sambutan jamuan suci (eucharist) bagi penganut Kristian khususnya gereja Roman Katolik.[4] Mass juga merujuk kepada upacara mingguan pada hari Ahad di gereja-gerja Katolik, begitu juga upacara pada Holy Days of Obligation. Ia berasal daripada Bahasa Latin; missa. Ia digunapakai pada penghujung liturgy apabila paderi berkata: Ite missa est ataupun boleh difahami dengan maksud “Upacara ini telah tamat. Bersurailah dalam keamanan (The Mass is ended. Go in peace).”[5] Oleh itu, Crīstesmæsse dapat difahami sebagai Christ's Mass iaitu sambutan kelahiran Jesus Christ, walaupun terdapat beberapa perbezaan pandangan tentang tarikh kelahiran Jesus Christ. Sambutan ini ditonjolkan dengan menzahirkan kegembiraan dan majlis keraian bagi kelahiran Jesus bagi menggantikan tradisi Roman Saturnalia dan perayaan-perayaan pagan yang lain sebelumnya. Sambutan ini mula berubah bentuk di England pada abad ke-19 melalui kemasukan budaya German (pokok Krismas) oleh Prince Consort dan pengaruh Charles Dickens menerusi novella beliau yang terkenal, A Christmas Carol.[6] Lihat juga kupasan yang lebih terperinci dalam Religious Celebration: An Encyclopedia Of Holidays, Festivals, Solemn Observances, And Spiritual Commemorations, 1/211. Populasi Penganut Kristian di Malaysia Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah penganut Kristian di Malaysia adalah ketiga terbesar di Malaysia iaitu mencapai 9.2% daripada keseluruhan rakyat Malaysia.[7] Ia meliputi beberapa aliran dalam Kristian di Malaysia sama ada yang ramai pengikut atau amat sedikit iaitu Roman Catholic, Protestant, Anglican, Baptist, gereja-gereja tanpa aliran khusus, gereja-gereja Karismatik, Lutheran, Methodist, Presbyterian dan Brethren.[8] Melihat kepada hal ini, keberadaan dan hak mereka untuk hidup bersama-sama sebagai sebahagian daripada rakyat Malaysia perlu diraikan dengan sewajarnya. Fiqh Kewujudan Bersama (al-Ta’ayush/Co-Existence) Kami mulakan dengan firman Allah SWT: يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا Maksudnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).” (Surah al-Hujurat: 13) Al-Zamakhsyari ketika mengulas ayat ini menyatakan bahawa manusia diciptakan daripada Adam dan Hawa. Kita semua diciptakan daripada seorang ibu dan seorang ayah dan tanpa wujud kelebihan antara satu mengatasi yang lain. Maka, tidak ada sebab untuk berbangga akan diri sendiri dan melebihkan diri sendiri dalam hal keturunan. (Rujuk Al-Kasysyaf, 4/374) Kita perlu sedar bahawa hubungan dan kesatuan antara kita sesama manusia adalah bertaut pada semangat kemanusiaan (insaniyyah/humanity) dan bukannya pada faham creedal nation (al-ummah al-‘aqidiyyah). Fitrah kemanusiaan yang menginginkan keamanan, kebersamaan dan keadilan inilah yang boleh memandu kita dalam menghargai fiqh kewujudan bersama dalam kepelbagaian ini. Adalah menjadi satu keperluan bagi seluruh manusia untuk sedar bahawa sejauh mana perbezaan warna kulit, bangsa, politik dan agama, mereka adalah tetap bersaudara. Terlalu banyak contoh-contoh dalam al-Qur’an, bagaimana para Nabi dinamakan kepada kaum masing-masing oleh Allah SWT sebagai “saudara” walaupun bagi kaum yang menentang Nabi mereka: وَإِلَى ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحًا Maksudnya: “Dan kepada kaum Thamud (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Soleh.” Surah al-A’raf (73) قَالُوا أَرْجِهْ وَأَخَاهُ وَابْعَثْ فِي الْمَدَائِنِ حَاشِرِينَ Maksudnya: Mereka berkata: "Tangguhkanlah dahulu (sebarang tindakan) terhadapnya dan terhadap saudaranya, serta hantarkanlah ke bandar-bandar (negeri Mesir) orang-orang yang mengumpulkan (ahli-ahli sihir).” Surah al-Syu’ara (36) وَإِلَى عَادٍ أَخَاهُمْ هُودًا Maksudnya: “Dan kepada kaum ‘Aad, Kami utuskan saudara mereka: Nabi Hud…” Surah Hud (50) وَإِلَى مَدْيَنَ أَخَاهُمْ شُعَيْبًا Maksudnya: “Dan kepada penduduk Madyan, Kami utuskan saudara mereka: Nabi Syuaib. Surah Hud (84) Hatta, dalam sejarah jelas menukilkan kata-kata Ibn ‘Abbas: لَوْ قَالَ لِي فِرْعَوْنُ: بَارَكَ اللَّهُ فِيكَ. قُلْتُ: وَفِيكَ Maksudnya: “Sekiranya Fir’aun berkata kepadaku: ‘Semoga Allah memberkati kamu.’ Nescaya aku akan menjawab: ‘Kepada kamu jua.” Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad (1113) Diriwayatkan bahawa seorang Majusi berkata kepada Ibn Abbas: Assalamualaikum. Maka jawab Ibn Abbas: Wa’alaikummussalam warahmatullah. Lantas sahabatnya bertanya kepadanya: “Adakah kamu kata kepadanya warahmatullah?” Maka jawab Ibn Abbas: “Tidakkah dalam rahmat Allah lah dia dapat hidup?” Dr Yusuf al-Qaradhawi membuat komentar dengan menyatakan: “Ini jelas menunjukkan kepada kita, jika kita mahu menyeru mereka kepada Islam, mendekatkan mereka kepada Islam dan kita mengasihi mereka kepada orang-orang Islam, maka tidak akan tercapai hasrat tersebut dengan menjauhkan jurang antara mereka dengan kita.” (Lihat Fatawa Mu’asirah, 3/672) Ini bermakna, perbezaan fahaman apatah lagi pegangan tidak menjadi masalah bagi Muslim untuk menerima dan menanggapi bukan Muslim sebagai seorang saudara, yang bersusurgalurkan daripada Adam dan Hawa. Hukum Mengucapkan Tahniah Atas Sambutan Krismas Para ulama’ berbeza pandangan dalam menyatakan hukum mengucapkan tahniah bagi perayaan bukan Muslim atau dalam konteks soalan, Hari Krismas. Ini kerana, sebahagian ulama’ yang mengharamkannya melihat ucapan “tahniah” ini membawa konotasi mengiktiraf agama lain, dan menyebarkan syiar mereka. Manakala, bagi ulama’ yang membenarkannya pula melihat ia adalah harapan bagi keselamatan dan keamanan, atau simbol hubungan sosial dengan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, tanpa berniat untuk mengiktiraf kebenaran agama lain. Kami nyatakan di bawah, pandangan kedua-dua golongan tersebut. Pertama: Diharamkan Mengucap Tahniah Secara umumnya, jumhur ulama’ keempat-empat mazhab mengharamkan ucapan tahniah kepada orang bukan Islam sempena perayaan mereka. Mazhab Syafie: Menurut Imam al-Damiri ketika mensyarahkan perkataan Imam al-Nawawi dalam al-Minhaj, dihukum ta'zir bagi sesiapa yang mengikuti orang-orang kafir dalam perayaan-perayaan mereka, siapa yang memegang ular, sesiapa yang memasuki api, sesiapa yang berkata keada seorang kafir zimmi: “Wahai Haji", sesiapa yang mengucap tahniah kepadanya dalam satu perayaan, dan sesiapa yang menamakan penziarah kubur orang-orang soleh (atas tujuan yang syirik) sebagai " Haji ". " (Lihat al-Najm al-Wahhaj, 9/244) Hujah yang sama juga dibawakan oleh Imam al-Ramli dalam Hasyiah al-Ramli ‘ala Asna al-Matalib, al-Khatib al-Syarbini dalam Mughni al-Muhtaj, 4/255 dan al-Iqna’ fi Halli Alfazh Abi Syuja’, 2/526. Maksud muwafaqah orang-orang kafir adalah “melakukan apa yang mereka lakukan di hari perayaan mereka, dan ini haram.” (Lihat al-Bujairimi ‘ala al-Khatib, 5/21). Begitu juga penegasan Ibn Hajar al-Haitami dalam Tuhfah al-Muhtaj, 9/181; Syeikh Zakaria al-Ansari (Asna al-Mathalib, 4/162), Ibn Hajar al-Haitami (Tuhfah al-Muhtaj, 9/181) dan Hasyiah Qalyubi wa ‘Umairah, 4/206. Mazhab Hanafi: Menurut Abu Hafs al-Kabir dari mazhab Hanafi, jika seorang lelaki beribadah kepada Allah 50 tahun lamanya, kemudian datangnya Hari Nairuz dan dia menghadiahkan telur kepada sebahagian musyrikin dengan tujuan mengagungkan hari tersebut, maka telah jatuh kafir dan terhapus amalannya. (Lihat Al-Bahr al-Ra’iq Syarh Kanz al-Daqa’iq, 8/555). Mazhab Maliki: Ibn al-Haj al-Maliki secara ringkasnya melarang orang Islam melakukan apa yang orang bukan Islam lakukan di hari perayaan mereka. (Lihat al-Madkhal, 2/46-48). Mazhab Hanbali: Imam al-Buhuti menjelaskan bahawa hukum mengucapkan tahniah kepada bukan Islam sewaktu perayaan mereka adalah diharamkan kerana ia merupakan satu bentuk pengagungan kepada mereka. (Lihat Kasyf al-Qina’, 3/131) Ibn Taimiyyah menegaskan bahawa tidak halal bagi umat Islam untuk menyerupai mereka (orang-orang bukan Islam) pada sesuatu pun dari perkara-perkara yang terkait secara khusus dengan perayaan mereka. Tidak menyerupai dari sudut makanan, pakaian, mandian, menyalakan api, serta tidak pula menyerupai mereka pada perkara yang membatalkan adat dari sudut kehidupan atau ibadah, atau selainnya. Demikian juga tidak halal melakukan perkahwinan, pemberian hadiah, dan menjual perkara-perkara yang digunakan untuk membantu hal tersebut. Begitu juga tidak membiasakan kanak-kanak dan seumpamanya untuk bermain permainan yang terdapat di dalam perayaan tersebut, serta tidak menzahirkan perhiasan. Secara keseluruhan, tidak boleh bagi mereka (umat Islam) untuk mengkhususkan perayaan-perayaan orang bukan Islam dengan perbuatan yang merupakan syiar agama mereka. Bahkan hari perayaan mereka di sisi umat Islam adalah sama seperti hari-hari lain yang tidak dikhususkan oleh orang-orang Islam. Adapun sekiranya umat Islam melakukannya kerana ditimpa satu keperluan, maka sebahagian ulama salaf dan khalaf telah memakruhkan hal tersebut. Adapun mengkhususkannya dengan perkara yang telah disebutkan sebelum ini maka tidak ada sebarang perbezaan pandangan di sisi para ulama. Bahkan ada sekumpulan ulama yang berpendapat kepada kekufuran mereka yang melakukan perbuatan-perbuatan seperti ini. Ini kerana terdapat pada perbuatan tersebut mengagungkan syiar-syiar yang kufur. Berkata sebahagian ulama: Sesiapa yang menyembelih nathihah (haiwan) pada hari perayaan mereka seakan-akan dia menyembelih seekor khinzir. Abdullah bin ‘Amru bin Al-‘Ash telah berkata: Sesiapa yang mencontohi negara-negara ‘ajam dan melakukan Nairuz dan mahrajan (perayaan) mereka serta menyerupai perbuatan mereka sehinggalah dia meninggal dunia dalam keadaan tersebut, maka dia akan dibangkitkan bersama-sama mereka pada Hari Kiamat. Amirul Mu’minin Umar bin al-Khattab, para sahabat, dan keseluruhan para pemimpin umat Islam telah mensyaratkan supaya mereka tidak menzahirkan perayaan-perayaan mereka di negara umat Islam. Bahkan merek (orang bukan Islam) hanyalah melakukannya (perayaan tersebut) di rumah-rumah mereka secara sembunyi. Beberapa orang dari kalangan ulama salaf dalam menafsirkan firman Allah S.W.T : وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ Maksudnya: Dan golongan yang tidak menyaksikan perkara dusta. Mereka berkata: (Iaitu tidak menyaksikan) perayaan-perayaan kufur. Sekiranya ia merupakan suatu penyaksian dari kita tanpa sebarang perbuatan, maka bagaimakah pula dengan perbuatan-perbuatan yang menjadi khususiat (ciri keistimewaan) mereka ? Begitu juga telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W di dalam Al-Musnad dan juga Al-Sunan baginda bersabda: ‏ مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ Maksudnya: Sesiapa yang bertasyabbuh dengan sesuatu kaum maka dia sebahagian dari mereka. Dalam lafaz yang lain Nabi S.A.W bersabda: لَيْسَ مِنَّا مَنْ تَشَبَّهَ بِغَيْرِنَا Maksudnya: Bukan dari kalangan kami mereka yang menyerupai selain kami. Ia merupakan hadis yang Jayyid. Sekiranya ini merupakan kesan perbuatan menyerupai mereka (orang bukan Islam), sekalipun ia merupakan perbuatan adat, bagaimanakah dengan menyerupai mereka pada perkara yang lebih daripada itu. Jumhur para ulama telah memakruhkan - sama ada makruh tahrim atau makruh tanzih - perbuatan memakan sembelihan orang bukan Islam untuk perayaan mereka serta korban mereka. Kerana termasuknya ia ke dalam perkara yang disembelih kerana selain Allah. Demikian juga mereka (para ulama) melarang dari perbuatan membantu mereka (orang bukan Islam) dalam perayaan mereka seperti memberi hadiah atau berjual beli. Kata mereka: Sesungguhnya tidak halal bagi umat Islam untuk menjual sesuatupun perkara untuk keperluan perayaan mereka kepada orang-orang Nasrani. Tidak (dijual) daging, darah, pakaian, serta tidak memberi pinjam haiwan tunggangan, dan tidak membantu sedikitpun untuk perayaan mereka. Ini kerana, yang demikian itu merupakan perbuatan mengagungkan kesyirikan mereka serta membantu kekufuran mereka. Para pemerintah juga hendaklah melarang umat Islam dari melakukan perkara tersebut. Ini kerana Allah S.W.T berfirman: وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ Maksudnya: Dan saling membantulah ke atas perkara kebaikan dan ketakwaan dan jangan saling membantu atas perkara dosa dan permusuhan. Kemudian umat Islam tidak halal baginya untuk membantu mereka di atas perbuatan minum arak serta memerahnya, atau seumpamanya. Bagaimanakah pula ke atas perbuatan yang merupakan syiar-syiar kufur ? Sekiranya membantu sahajapun tidak dihalalkan buat dirinya, bagaimanakah dengan dia sendiri yang melakukannya ? (Lihat Majmu’ al-Fatawa, 2/487-489) Kesepakatan ini juga dinyatakan oleh Ibn al-Qayyim. Katanya: “…dan adapun memberi tahniah kepada syiar-syiar bukan Islam yang khusus dengannya maka adalah haram dengan disepakati para ulama’ seperti memberi tahniah pada perayaan-perayaan mereka dan puasa mereka seperti dikata: ” ‘Eid Mubarak” (Selamat Hari Raya”) atau “Tahniah dengan perayaan ini” dan seumpamanya. Dan hukum ini (haram) jika selamat pengucapnya daripada kufur maka ia adalah haram seumpama memberi tahniah kepada kafir atas sujudnya pada salib bahkan itu lebih besar dosanya di sisi Allah daripada memberi tahniah kepada peminum arak dan pembunuh dan penzina dan seumpamanya.” (Lihat Ahkam Ahl al-Zimmah, 1/441) Ulama Kontemporari Syeikh Abdul Aziz Bin Abdullah bin Baz Syeikh Muhammad Soleh al-Uthaimin Syeikh Soleh al-Munajjid Syeikh Muhammad al-Hasan al-Dedew Dalil Pengharaman: Secara asasnya, mereka berdalilkan dengan: Firman Allah SWT: وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا Maksudnya: dan (hamba-hamba Ar-Rahman itu) mereka tidak menghadiri Az-Zur dan apabila mereka melintas dengan perkara yang sia-sia mereka lalu dengan penuh kemuliaan. Surah al-Furqan (72) Abu al-‘Aliyah, Tawus, Ibn Sirin, al-Dahhak, al-Rabi’ bin Anas dan lain-lain berkata: “makna al-Zur ialah ‘Perayaan-perayaan Musyrikin”. Ulama’ lain menyatakan ia adalah majlis yang terdapat padanya nyanyian dan muzik. (Rujuk Tafsir Ibn Kathir, 3/309) Rasulullah SAW bersabda: ‏ مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ Maksudnya: Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia adalah daripada kalangan mereka. Riwayat Abu Daud (4031) dan al-Tabarani (8327) Syeikh Nasiruddin menyebutkan: “Agama Islam telah pun menggariskan suatu ketetapan bahawa seseorang penganut Islam daripada kalangan lelaki dan wanitanya tidak harus meniru atau mencontohi orang-orang bukan Muslim seluruhnya sama ada dari segi peribadatan, perayaan dan perhiasan yang khusus yang tertentu hanya kepada kalangan mereka sahaja. Rasulullah SAW bersabda: لَيْسَ مِنَّا مَنْ تَشَبَّهَ بِغَيْرِنَا، لاَ تَشَبَّهُوا بِاليَهُودِ وَلاَ بِالنَّصَارَى، فَإِنَّ تَسْلِيمَ اليَهُودِ الإِشَارَةُ بِالأَصَابِعِ، وَتَسْلِيمَ النَّصَارَى الإِشَارَةُ بِالأَكُفِّ Maksudnya: "Bukanlah daripada kami sesiapa yang meniru dengan selain kami. Janganlah meniru Yahudi dan Nasrani dan sesungguhnya salam Yahudi itu dengan isyarat jari dan salam Nasrani itu dengan tapak tangan.” Riwayat al-Tirmizi (2695) Bagi para ulama’ yang mengharamkannya, perbuatan mengucapkan tahniah itu adalah bercanggah dengan firman Allah SWT: إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلام Maksudnya: “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.” Surah Ali ‘Imran (19) Abu Hayyan berkata: Maksud agama adalah ikutan dan syariat di mana maknanya agama yang diterima yang memberi manfaat dan yang diiqrarkan di sisi Allah adalah Islam. Ini kerana Islam agama dengan penuh keadilan dan agama tau

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.