Ikhwan
Muslimin,
Terdpat segelintir umat Islam dalam memahami makna dan
tuntutan jihad. Ada yang memahami jihad dengan maksud peperangan mengakat
senjata dan ada pula yang memahami maksud jihad dengan meletakkan golongan
tertentu sebagai sasaran yang harus diperangi. Memahami makna jihad dengan maksud bertempur melawan
musuh di medan pepeangan sahaja adalah tidak menepati dengan kehendak jhad yang
sebenar, kerana pengertian jihad itu begitu luas. Jika kita melihat kepada
pengertian dari sudut bahasa ia menunjukkan bahawa jihad bererti berusaha
dengan sepenuh daya dan upaya untuk mendapatkan sesuatu.
Allah berfirman yang bermaksud : “ dan mereka pula bersumpah
dengan nama Allah, dengan sumpah yang bersungguh-sungguh” ( Surah : Al Anan :
109).
Berdasarkan pengertian yang diberi oleh para ulamak, dapatlah
disimpulkan bahawa jihad didalam agama Islam meliputi seluruh aspek perbuatan
manusia dalam usaha mendukung dan memertabatkan agama Allah SWT, menuntut ilmu,
memperkasa ekonomi, menghapuskan kemiskinan, memperkukuh kesatun umat,
memerangi nafsu dan syaitan, serta memastikan umat mendapat kebahagian dunia
dan akhirat.
Ikhwan Muslimin,
Dalam melaksanakan tuntutan jihad semasa ini, khutbah ingin
mengaskan beberapa perkara yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam berdasarkan
kepada keperluan semasa:
Pertama: Jihad menguasai ilmu, segala usaha
untuk mewujudkan umat Islam yang menguasai ilmu dalan satu jidah kerana ilmu
akan memelahirkan umat Islam yang maju. Berdaya saiang dan mampu dalam segala
bidang. Rasulullah SAW menyatakan mereka
yang menuntut ilmu adalah peuang fisabil lillah (berjuang dijalan Allah)
sabdanya yang bermaksud: “ Sesiapa yang keluar menuntut ilmu ilmu maka ia
berjuang fi sabil lillah hingga ia kembali” ( HR:: Tarmizi).
Kedua: Jihad menguasai ekonomi dan
kewangan. Kemajuan ekonomi dan kewangan amat penting untuk menentukan kekuatan
sebuah Negara dan bangsa. Negara yang menguasai ekonomi akan bebas dari
cengkeman kuasa asing. Percayalah bahawa tindakan menguasai ekonomi dengan
tujuan memlihara keamanan, kemajuan dan
kesejahteraan Negara tergolong dalam erti kata jihad sebenar.
Ketiga: Jihad memperkukuh kesatuan dan
perpaduan ummah. Walaupun kita umat Isam dihimpit dengan perbagai isu. Ideology
dan pemikiran, namun kita yakin umat Islam dapat membina kesatuan dan perpaduan
demi agama, bangsa dan Negara. Kita berbeza dari segi adat, budaya, dan cara
hidup serta pemahaman politik. Namun
kita dituntut untuk membina kesatuan dan perpaduuan. Allah berfirman
yang bermaksud : “ dan berpegang teguhla kamu sekalian kepada tali Allah (
agama Islam) dan jangalah kamu bercerai berai. Dan kenanglah nikmat Allah
kepada kamu ketika kamu bermusuh
musuhan. ( semasa jahilian dahulu) lalu Allah menyatukan diantara hati hati
kamu ( sehinga kamu bersatu padu dengan
nikmat Islam). Maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam
yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada ditepi hujung neraka ( disebabkan
kekufuran kamu semasa jahiliah) lalu selamatkan kamu dari neraka itu.
(disebabkan nikmat Islam juga) demikianlah Alah menjelasakan kepada kamu
ayat-ayat keteranganya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah”( Al Imran: 103).
Sebagai kesimpulan khutbah pada minggu ini saya menyeru
kepada umat Islam sekalian, marilah sama-sama kita mengambil langkah berikut:
Pertama: Memahami tuntutan jihad semasa dengan
menetapkan fikah keutamaan ( Fikah Aulawiyah) dalam membuat pertimbangan hidup
yang mana perlu diutamakan dan yang mana perlu dikemudiankan
Kedua:
Sebagai umat Islam yang beriman kita dituntut untuk memperkasakan ilmu
pengetahuan dan ekonomi bagi melahirkan umat yang maju dalam segala bidang.
Ketiga: Memperkasa perpaduan dikalangan kita
bagi melahirkan umat yang disegani dan dihormati.
Keempat: Sentiasa berpegang kepada perinsip
kesederhanaan dalam semua perkara dengan menolak segala gerakan pelampau yang
boleh mengugat kesejahteraan adan keamanan.
Wallahu’alam.
Sumber : MAIK
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.