Pengakuan Isteri Mengenai Suami Yang Curang …
Setiap lelaki yang berkahwin sememangnya ingikan kehidupan
bahagia bersama isterinya. Ingin sehidup semati sehingga ke ahkhir hayat,
sungguhpun bergitu tidak semua lelaki yang berjaya menjadi suami yang sempurna
untuk mendidik isteri dan keluarga ke jalan yang diredai Allah, “
Bahagia di
dunia dan juga bahagia di akhirat”. Kerana perkahwinan bukanlah semudah yang
diimpikan, seindah kata-kata. Banyak aspek yang perlu dititikberatkan.
Persedian dari segi mental, fizikal mahupun sebaliknya amatlah diperlukan. Ini
kerana perkahwinan adalah perkongsian hidup bersama sebagai suami isteri dalam
menempuh pelbagai ranjau kehidupan.
Setiap manusia yang dicipta-Nya, Allah sudah menetapkan
segalanya. Sejak kita lahir hinggalah kematian. Setiap manusia pastinya
inginkan kebahagiaan, namun siapa sangka langit tidak selalunya cerah.
Sebaik-baik perancangan adalah dariNya. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.
Begitu juga dengan kisah wanita ini yang mendedahkan kisah
rumahtangganya yang dibina berakhir dengan kisah yang sungguh menyayat hati.
Wanita yang tidak mahu identitinya didedahkan mahu
masyarakat mengambil iktibar dan pengajaran untuk semua lelaki yang bergelar
suami di luar sana.
Ikuti kisah Wanita ini…..
Lelaki di uji saat dia punya segalanya..yup
memang benar..
saat suamiku ada segalanya..wang ringgit..kerjaya..dia
lupa siapa yang berada disisinya sejak 20 tahun lalu..
sepanjang 20 tahun berkahwin dengannya aku bahagia..sebab
apa..?sebab aku sangat menyayangi dia..sangat okeyy..walaupun..banyak kali aku
kantoikan dia scandal dengan perempuan lain..itu yang aku tau..yang aku tak
tau..wallahualam..dan setiap kali kantoi..bermati matian dia tak mengaku..aku
buntu..bila aku tanya “abang nak kahwin ke dengan perempuan ni..?” jawapan dia
“taknak..abang bukan ada apa2 pun”.. walhal..dalam mesej and whatsapp penuh dengan
ayat-ayat mabuk cinta…masih lagi aku bersabar..? ye..aku bersabar sebab aku
sayang dia dan anak2..dia merayu ampunkan dia..aku ampunkan sebab aku bukan
pendendam..dan hanya satu saja pinta aku..aku panjatkan doa kepada yang maha Esa..
“YA ALLAH..TUNJUKKAN KEPADA KU KEBENARAN” ..
Sehinggalah yang terakhir..penamat kisah hidup aku dan
dia..penamat jodoh aku dan dia..suami aku meninggal dunia akibat di pukul..
Tuduhan lelaki tersebut “suami awak sudah berzina dengn
isteri saya”..
“ALLAH..aku terduduk..pada mulanya aku tak percaya..aku
tak percaya lelaki semulia suamiku..bapa yang penyayang kepada anaka-anaknya..
Dia anak yang terbaik untuk ibunya..cucu yang terbaik untuk neneknya..abang
yang terbaik untuk adik-adiknya..”sanggupkah dia melakukan sebegitu”..tidak
fikirkah dia tentang kami…?
Tapi akhirnya aku pasrah setelah beberapa bukti ku
temui..bukti kukuh dan bukan lagi telahan..cukup sekadar aku katakan..”Yaaa..semua
ini benar”.
Di whatsapp mereka menceritakan tentang kesedapan yang
mereka lakukan itu..walaupun dia delete..tapi dia lupa kuasa Allah maha hebat
kan..aku recover semula apa yang dia delete..”CUKUP BUKTI”..full stop..
Pergilah abang menemui penciptamu..kerana jika abang
hidup pun..sayang takkan terima abang lagi dalam hidup sayang..cukup sampai
disini.. sayang tau ini yg terbaik buat kita..sayang tau ini yg terbaik buat abang..sayang
tau Allah dah ampunkan dosa-dosa abang dan terima taubat abang..damailah abang
di sana dalam pelukan yang maha Esa..sayang doakan abang bahagia di sana
bersama bidadari syurga impian abang..sayang tau Allah lebih mengetahui dari
segalanya..
Usah risaukan sayang disini..pandailah sayang menjaga
diri dan anak-anak amanah Allah ini.. Sayang dah cukup kuat menerima
segalanya..terima kasih abang kerana mengajar sayang erti “kebal”..kebal
menahan setiap dugaan semenjak bermulanya perkahwinan kita.
Terima kasih Allah atas ujian ini..mengajar aku erti
sabar..ikhlas..redha..terima kasih Allah kerana mendengar rintihan hati ini..sesungguh
Allah sebaik-baik pelindung..sesungguh Allah sebaik-baik tempat kita
menyerah..aku tak gentar dengan setiap halangan yang datang..kerana aku tau
Allah bersamaku..
Ingatlah wahai para suami..doa orang yang teraniaya.. doanya
makbul tanpa hijab.. jadikan cerita ku ini sebagai pengajaran untuk kamu
semua wahai “KAUM ADAM”… Yang Bergelar Suami..
Aku amat gentar dengan dunia sekarang..apa yang kaum
lelaki mahukan dalam sebuah perkahwinan..? Redha Allah atau kerana nafsu..?
jika wanita yang kamu kahwini kamu niatkan kerana Allah..mana mungkin kamu
selemah itu wahai kaum lelaki..mana mungkin kamu akan terjerumus ke lembah yg
sama berulang kali..tidak ambil pengajaran atau sengaja lalai..?tanya diri kamu
wahai “KAUM ADAM”..kamu di ciptakan utk melengkapi wanita..membimbing wanita ke
jalan syurga..apa kamu sudah lupa janji kamu pada Allah..?
Untuk “KAUM ADAM” yang baru berjinak-jinak untuk
scandal..jika tiada niat anda untuk bernikah lagi..hentikanlah..aku tahu ramai
lelaki di luar sana hanya berseronok untuk scandal berbanding dengan bernikah
lagi kerana takut dengan komitmen.
Gaji tak sebesar mana..anak ramai..mana mungkin cukup
menampung sara hidup 2 isteri dan family..betul..?
Ttapi dek kerana ego dan keinginan..kamu lupa siapa diri
kamu..lupa siapa isteri kamu yg kamu gila-gila kan dulu masa hangatnya
bercinta..lupa siapa yg bersusah payah melahirkan zuriat untuk kamu..
Fikirkan baik-baik sebelum melakukan sesuatu
perkara..kerana dalam keadaan akhir zaman sekarang ini.. lebih ramai wanita
menjadi penggoda..tak kira isteri orang..apatah lagi yang dara..jika niat untuk
berkahwin..alhamdulillah..tetapi jika terjerumus ke lembah
maksiat..nauzubullahhiminzalik..fikirkan..
bakal jenazah,
aku yang terluka..
Iktibar dari kisah di atas:
Kisa ini memperlihatkan bagaiman suami yang pada mulanya
amat bertanggung jawab dan penyayang kepada isteri, anak-anak dan keluarga. Akhirnya
kecundang dengan mengikut hawa nafsu setlah dia membina rumahtangga bersama
isteri dalam tempoh 20 tahun.
Ketika di kemuncak kejayaan dalam kehidupan…setalah
mempunyai kerjaya, kekayaan dan di puncak kejayaan, seorang itu mudah lupa
daratan, akibatnya dipengaruhi dengan hasutan syaitan. Mula berjinak-jinak
dengan skendal dengan perempuan yang jelita dan sentiasa menggoda lelaki yang
mempunyai wang.
Apa yang berlaku kepada suami wanita ini adalah kerana si
suami tidak mempunyai ilmu agama yang mencukupi dan mungkin amalan ibadatnya
tidak sempurna. Kerana jika seorang suami yang beriman dan bertaqwa apa yang
berlaku kepada suami wanita itu yang suka berskendal dengan ramai wanita,
sehigga akhirnya dia mati dibuah oleh suami kepada wanita yang dilakukan
hubungan seks haram.
Inilah akibatnya jika seorang lelaki yang suka mengikut hawa
nafsu dan mengenepikan hukum hakam agama yang ditetapakan oleh Allah sebagai
panduan kehidupan yang bahagia di dunia dan juga diakhirat nanti..
Wallahu’alam.
Sumber: media penmerah
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.