Kehidupan didunia ini perlu kepada usaha untuk memperolehi
rezeki bagi memberi kita nafkah untuk membolehkan keluaraga kita terus hidup
untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Islam membernarkan umatnya mecari rezeki
dengan pelbagai cara seperti bertani, bekerja makan gaji, berniaga dan pelbagai
bentuk lagi, yang penting kegiatan mencari rezeki itu mestilah yang halal dari
segi hukum syarak dan undang-undang Negara.
Bernaiaga adalah salah satu cara untuk memberolehi rezeki yang amat dituntut olwh Islam. Rasulullah s.a.w. pernah berniaga dengan Jutawan Arab Siti Khadijah r.a.
Bernaiaga adalah salah satu cara untuk memberolehi rezeki yang amat dituntut olwh Islam. Rasulullah s.a.w. pernah berniaga dengan Jutawan Arab Siti Khadijah r.a.
Rasulullah merupakan ahli perniagaan yang hebat. Pada suatu
ketika, di waktu berniaga, Rasulullah telah memperoleh keuntungan lebih dari
usahawan-usahawan lain dalam rombongan yang sama. Oleh kerana kehebatan
Rasulullah saw dalam perniagaan, Baginda berjumpa dengan isterinya, Siti
Khadijah (yang juga seorang usahawan unggul) ketika berumur 25 tahun.
Ingin tahu cara Rasulullah berniaga, teruskan membaca.
#1 – Tidak Pernah Berdebat
Rasulullah dahulu ketika berniaga, tidak pernah menyakiti
hati peniaga lain. Hal ini diakui oleh mereka yang pernah berurusan dengan
Baginda SAW sebelum Baginda diangkat menjadi rasul lagi.
Dalam satu peristiwa, seorang peniaga bernama Saib bin Ali
Saib datang menemui Rasulullah SAW. Melihat Saib datang, Rasulullah berkata,
“Mari, mari. Selamat datang saudara saya, dan rakan niaga saya yang tidak
pernah bertengkar,” kata Rasulullah. Saib membalas dengan berkata, “
Kita tidak pernah bertengkar sebab tuan peniaga yang sentiasa lurus dan tepat dengan kiraan.”
Kita tidak pernah bertengkar sebab tuan peniaga yang sentiasa lurus dan tepat dengan kiraan.”
#2 – Teknik Menjual Yang Unik
Mengikut riwayat, Nabi menjual barang-barang Baginda tidak
seperti diamalkan oleh kebanyakan peniaga atau lain-lain saudagar ketika itu.
Baik peniaga Arab atau pun bukan Arab.
Biasanya para peniaga kebanyakannya mereka menjual
barang-barang dagangan mereka dengan meletakkan harga yang setinggi mungkin.
Tetapi Nabi menjualnya dengan cara memberitahu harga pokok dan meminta para
pelanggan atau pembeli membayar berapa harga yang mereka kehendaki.
Dengan cara ini pembeli merasa puas dan senang hati kerana
mereka merasa tidak tertipu oleh peniaga. Lalu mereka membeli dengan larisnya
sehingga barang-barang Nabi paling laku dan cepat habis berbanding rakan-rakan Baginda
yang lain.
Selain itu Nabi juga mengambil sikap menjual pada harga
modal apabila si pembelinya seorang yang benar-benar miskin tetapi memerlukan
kepada barang itu. Baginda amat bertimbang rasa dan amat pengasihan belas
kepada sesama manusia.
#3 – Sentiasa Senyum
Satu lagi daya penarik yang luar biasa yang telah menarik
para pembeli untuk mendekati barang-barang Nabi ialah sikap dan wajah Baginda
semasa berjualan itu. Selaku seorang insan yang sedia dijadikan Allah berwajah
kacak menawan dan gemar melemparkan senyuman kepada orang, maka Nabi telah
menggunakan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah kepada Baginda itu.
Dengan wajah yang manis dan menawan dihiasi pula dengan
senyuman yang manis, pastilah keindahan dan keelokan yang terpancar di wajah
seseorang itu semakin bertambah. Walaupun tutur kata tidak seberapa, tetapi
para pelanggan tetap menggemari orang yang berwajah manis dan selalu memberi
senyuman kepada orang.
#4 – Jujur
Baginda bersabda, “Peniaga yang dapat dipercayai dan
beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan
orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi). Dalam konteks ini,
kejujuran ditekankan kerana kejujuran merupakan antara elemen terpenting dalam
perniagaan.
Ketika kita berbincang mengenai perniagaan seorang Muslim,
kita sebenarnya sedang membincangkan satu konsep perniagaan yang membangunkan
hubungan kepercayaan di antara peniaga dan pelanggan, dan piawaian ini tidak
boleh dicapai dengan adanya dusta dan penipuan.
Pada suatu hari, Rasulullah berjalan-jalan di kawasan pasar
bandar Madinah. Baginda lalu di hadapan seorang peniaga yang menjual
buah-buahan yang dilonggok-longgokkan. Rasulullah memeriksa buah-buahan itu
dengan memasukkan tangannya ke dalam satu longgokan.
Kemudian Rasulullah menarik tangannya keluar dan menunjukkan
jarinya yang basah kepada peniaga itu. “Apa ini saudara ?” tanya Rasulullah.
“Terkena hujan, tuan,” kata peniaga itu. “Mengapa saudara tidak letakkan
buah-buahan yang basah itu di sebelah atas supaya orang dapat melihatnya ?”
kata Rasulullah. Kemudian Baginda berkata lagi, “Barang siapa menipu, dia bukan
pengikut saya.”
#5 – Tidak Bersumpah Palsu
Dengan tegas, Rasulullah SAW mengecam amalan perdagangan
yang dipenuhi tipu daya. Apalagi sampai bersumpah palsu, mengandungi unsur riba
atau berbisnes di pasar gelap. Ini kerana, model menjalankan bisnes seperti itu
bukan sahaja merugikan orang lain, tapi juga membuat perniagaan yang dijalankan
tidak lancar.
Hal itu sebagaimana ditegaskan Rasulullah SAW dalam sebuah
hadis, “Penjual dan pembeli memiliki hak pilih selama belum berpisah. Apabila
mereka jujur dan mahu menerangkan (keadaan barang), mereka akan mendapat berkat
dalam jual-beli mereka. Dan jika mereka bohong dan menutupi (cacat barang) akan
dihapuskan keberkatan jual-beli mereka.” (HR. Muslim) Rasulullah SAW
mengajarkan kepada para sahabat untuk tidak melakukan sumpah, selain
mengakibatkan kehilangan berkatnya.
#6 – Lemah Lembut
Baginda Rasulullah SAW sentiasa mengamalkan sikap baik hati
dan lemah lembut ketika menjalankan perniagaan. Jabir telah meriwayatkan bahawa
Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: “Allah SWT mencucuri rahmat kepada
orang yang berbuat baik ketika ia berjual, ketika ia membeli dan ketika ia
membuat tuntutan.”
#7 – Bukan Mengejar Harta Semata-mata
Rasulullah SAW bekerja keras mencari penghidupan yang halal.
Baginda menjalankan perniagaan bukan sahaja untuk menyara kehidupan Baginda
tetapi juga untuk mengukuhkan potensi Baginda agar orang yang kaya tampil ke
hadapan untuk menghulur modal mereka untuk digunakan oleh Baginda bagi tujuan
perniagaan.
Muamalah seperti ini amat digalakkan oleh Islam kerana
terdapatnya unsur bantu membantu di kalangan mereka yang berada dan tidak
berada. Firman Allah SWT dalam surah Al Ma’idah ayat 2: Bermaksud: “Dan hendaklah
kamu bantu membantu dalam perkara-perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu
sekali-kali bantu membantu dalam perkara-perkara kejahatan dan permusuhan.”
#8 – Fasih Tutur Kata
Rasulullah SAW merupakan seorang yang mempunyai kefasihan
dalam tutur katanya. Tutur katanya lembut, lunak didengar, tidak pernah
berbohong dan sentiasa jujur. Oleh itu, tidak hairanlah apabila Baginda
mengendalikan perniagaan harta Khadijah, Baginda memperoleh keuntungan yang
banyak.
Terdapat sebuah hadis yang menceritakan kefasihan Baginda
yang telah diriwayatkan oleh Al-Tarmizi dari Syaidatina Aishah, bermaksud:
“Adalah Rasulullah berkata-kata dengan perkataan yang terang serta jelas lagi
tegas, dapat difahami oleh setiap orang yang mendengarnya (duduk bersama
Baginda).
#9 – Keuntungan Maksimum Adalah Mungkin
Walaupun ada ustaz (penceramah) yang mengatakan untung hanya
boleh diambil sekitar 30% sahaja, namun kata-kata Rasulullah SAW lebih utama
untuk kita jadikan pegangan. Terdapat satu hadis sahih yang menceritakan, seorang
sahabat Nabi membeli dua ekor kambing dengan 1 dinar. Kemudian, sahabat itu
tadi menjual salah seekor kambing itu dengan harga 1 dinar.
Bermaksud, di tangannya ada seekor lagi kambing dan wang
sejumlah 1 dinar. Sahabat itu datang kepada Rasulullah dan kemudian menyatakan
apa yang telah beliau lakukan (menjual dengan cara begitu). Rasulullah tidak
berkata apa-apa melainkan mendoakan agar sahabatnya itu mendapat keberkatan
dalam perniagaan yang dilakukannya.
Ada lagi hadis sahih lain riwayat Abu Daud di mana
Rasulullah ditanya mengapa tidak ditetapkan keuntungan maksimum (kawal kadar
keuntungan). Lantas Rasulullah menyatakan, itu adalah satu ‘kezaliman’ untuk
para peniaga. Daripada dua contoh di atas berasaskan dalil yang sahih, kita
dapati tidak mengapa kita menaikkan keuntungan sesuatu jualan produk sehingga
100%.
Cuma yang dilarang adalah menyorokkan barangan keperluan
asasi manusia pada ketika permintaan mendadak, dan dijual kembali apabila
harganya dinaikkan. Ataupun apabila pihak pemimpin (kerajaan) menetapkan
sesuatu perkara, maka kita wajib mematuhinya.
Oleh itu, marilah kita contoh cara-cara bisnes Rasulullah
SAW, yakni akan memperoleh pahala kerana mengikut sunnah Baginda. Jika ini
diamalakan kita bukan sahaja memperolehi keuntungan dunia dalam bentuk
beratambah murah rezeki yang melipah ruah, malah kita juga akan memperolehi
kebahagaian diakhirat kerana usaha berniaga mengikut sunnah Rusullah s.a.w. itu
akan memberi ganjaran syurga di akhirat kelak. Insya Allah.
Sumber : MAJALAHNIAGA EDISI 133
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.