RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Wednesday, 26 July 2017

PUNCA TANGAN RASA KEBAS



Apakah puncanya rasa kebas tangan

Allah mencipta manusia dengan sistem urat saraf dan perjalanan darah yang amat sempruna sejak mula dilahirkan. Dengan peredaran masa dan bertambahnya umur seseorang insan, imuniti dan sistem perjalan darah akan berubah mengikut gaya hidup dan pemakanan  yang diamalkan. Jika mengamalkan kehidupan sihat dengan memakan makanan yang seimbang dan melakukan gerak badan atau bersenam secara konsisten, In sya Allah kita dapat mengekalkan keadaan metaboisma tubuh badan yang sihat dari usia muda hingga ke usia dewasan dan juga sampai ke tua. Sungguhpun begitu kebanyakan insan akan mengalami perubahan fizikal tubuh badan dengan peredan masa dan jankaun usia semangkin meningkat. 

Diantara fenomena yang sering berlaku ialah rasa kebas di anggota tangan dan kaki.  Apa punca kebas tangan? Tangan anda pernah rasa kebas? Ada yang terasa tangannya kebas bila bangun dari tidur. Perlu risau ke kalau tangan rasa kebas? Jari-jemari antara ibu jari hinggalah kelingking ibarat mesin kecil yang bekerja untuk kita. Mungkin ramai yang tidak ambil kisah tentang kesihatan jari-jari tangan. Terutamanya mereka yang selalu gunakan jari dalam urusan harian termasuklah blogger! Kebas jari tangan ni lebih dikenali sebagai Sindrom Carpal Tunnel atau typist hand atau writers hand.
Untuk itu, saya kongsikan serba sedikit fakta berkenaan punca kebas tangan, gejala dan rawatan untuk kebas jari-jari tangan.

 Gejala/Tanda/Simptom Punca Kebas Tangan (Sindrom Carpal Tunnel):
Kita akan rasa kebas pada bahagian tangan dan jari-jari tangan terutamanya ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan jari manis tapi tidak pada jari kelingking. Biasanya, rasa kebas tangan ni akan lebih kuat bila kita memandu, pegang objek seperti suratkhabar, telefon, terutama masa bangun dari tidur.
Kebiasaannya  bila terasa  kebas tangan, kita akan goyangkan tangan atau urutkan jari-jari tangan untuk kurangkan rasa kebas, tapi esoknya rasa kebas akan berulang lagi.  Pesakit ni biasanya akan rasa kesakitan bermula pada sendi pergelangan tangan hingga ke lengan atas, bahu atau ke tapak tangan dan jari, terutamanya lepas kita guna tangan tanpa henti atau menggunakannya dengan kuat.
Rasa kebas tangan ni boleh sebabkan kita rasa lemah pada bahagian tangan dan boleh menyebabkan objek yang kita pegang terjatuh

Punca Kebas Tangan:
1.       Penggunaan tangan yang berlebihan contohnya kerja menaip.
Awas anda semua.  Jangan terlebih dos!  Guna tangan berulang-ulang dengan kuat contohnya kerja di kilang jentera berat atau mesin yang bergetar berterusan.
2.       Penyakit lain disebabkan gangguan hormon contohnya diabetes, tiroid, menopaus dan mungkin juga takungan cecair badan wanita hamil.
3.       Pergelangan tangan kita pernah cedera.
4.       Faktor jantina. Wanita berisiko 10 kali ganda lebih tinggi berbanding lelaki. Agaknya sebab mereka yang banyak buat kerja rumah?
5.       Faktor umur. Biasanya mudah berlaku kepada mereka yang berusia 40 tahun ke atas. Bila terlebih guna, saraf median pergelangan tangan akan tertekan dan inilah puncanya rasa kebas di tangan.
6.       Kekurangan vitamin B12 dalam badan kita.
        Ini antara punca-punca berlakunya rasa kebas di hujung jari tangan, tapak kaki, lengan atas dan bahagian kaki.

Rawatan Kebas Tangan (Sindrom Carpal Tunnel)
Kalau tak teruk, paling mudah ialah dengan cara lebihkan masa rehat untuk tangan. Maksudnya kurangkan aktiviti melibatkan tangan.\
Pakai anduh. Kalau sudah tangan beranduh, pergerakan pasti terhad dan bolehlah rehatkan tangan dengan lebih baik.
 Suntikan anti-radang. Kalau parah, suntikan akan diberi untuk kurangkan bengkak dan rasa sakit. Pembedahan kecil. Hirisan kecil sepanjang 3 cm di ligamen carpal (di pergelangan tangan) untuk mengurangkan tekanan. Pembedahan lebih kurang sejam dan pesakit boleh terus balik dan mungkin diberi cuti selama seminggu atau dua minggu.
Endoskopi. Doktor akan buat 2 bukaan kecil di pergelangan tangan dan kamera akan dimasukkan dan bahagian bawah carpal akan dipotong. Pembedahan jenis ni memang kena masuk wad. 90% pesakit yang diendoskopi berjaya hilang sepenuhnya sindrom ini.
Rawatan/Langkah Pencegahan/Ubat Kebas Tangan & Kaki:

 Pertamanya, anda kenalah yakin bahawa setiap penyakit (ujian Allah ini) ada ubatnya kecuali mati. Paling penting, kita jangan putus asa untuk mencari penawar. Mungkin dah macam-macam ubat yang anda cuba tetapi masih belum berjaya mengurangkan rasa kebas dihujung jari mahupun kaki.
Setiap kita mempunyai daya tindakbalas berbeza terhadap supplemen. Tak berjaya dengan supplemen ini, kita usaha dengan supplemen lain. Jangan putus asa, jangan hilang rasa yakin kepada semuanya ada penawar kecuali mati. Betul tak?
Jika anda masih mencari supplemen untuk mencegah dan insyaAllah merawat sakit kebas tangan dan kaki, bolehlah mencuba supplemen berikut: B-Complex: Mengandungi kandungan vitamin B 12 yang penting untuk badan. b complex ubat kebas hujung jari tangan kaki ubat kebas hujung jari tangan kaki Macam mana? Ada rasa kebas tangan tak?
Doktor pesan, jangan pandang remeh kalau kita ada rasa dan simptom kebas tangan ni. Kalau dibiar, saraf boleh rosak dan otot boleh kecut. Apa yang penting, jangan bebankan tangan kita dengan bebanan yang tak sepatutnya. Jauhi segala punca kebas tangan. Moga-moga tangan kita mampu berfungsi sebaik mungkin. Anda mahu berusaha cegah & rawat kebas-kebas?
Salah satu  amalan penting yang perlu anda lakukan ialah bermunajat, dan berdoa kepada
Allah minta diberi kesihantan bepanjangan dalam kehidupan kita, semoga kita dapat teruskan amal ibadat dan pernghambaan diri kepada Allah s.w.t. Doa alah satu-satunya ikhtiar yang paling mustajab dalam apa jua permasalahan kerana Allah Maha Pemurah dan Maha Pengasih akan memakbulkan doa hambanya. Yakinlah berunajat kepada  Allah dengan solat sunat di tengah malam akan mendekatkan diri kita kepada Allah, bila kita jadikanya sebagai satu amalan secara istiqamah, mudah-mudahan Allah akan memakbulkan doa kita. In sya Allah.

Sumber:
Hafizmd.com

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.