Keberkesanan Program Keislaman
yang dijalankan oleh Majlis
Perbandaran Kota Bharu (MPKB)
dari Tahun 1990 Hingga
Tahun 2000:
(Kajian di Kalangan Kakitangan MPKB )
Pendahuluan
Kerajaan Kelantan telah mengemukakan satu gagasan politik
baru yang bertunjangkan Islam selepas pilihanraya umum kelapan. Di bawah
kepimpinan Angkatan Perpaduan Ummah, kerajaan Kelantan telah memperkenalkan
falsafah pentadbiran Islam dengan slogan “Membangun Bersama Islam”. Bertolak
dari falsafah itu, kerajaan pimpinan Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat melaksanakan
beberapa pembaharuan Islam dalam pelbagai sektor pentadbiran seperti
urustadbir, kebudayaan, dakwah dan pembangunan insan, ekonomi dan kewangan,
pendidikan, perundangan dan sebagainya. Majlis Perbandaran Kota Bharu merupakan
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang diberi tanggungjawab besar untuk menjayakan
pelbagai bentuk program keislaman tersebut kerana ia merupakan nadi kepada
perkembangan politik dan pentadbiran di Kelantan.
Prof. Dr. Muhammad
Shukri Salleh dari Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengkaji persepsi
rakyat Kelantan terhadap Kerajaan “Membangun Bersama Islam” dan program
keislamannya iaitu lebih kurang tiga bulan sebelum pilihanraya umum ke-10. Aspek yang dikaji termasuklah
kepimpinan kerajaan, program kerajaan dan prestasi kerajaan. Kajian beliau yang
berbentuk soal selidik itu telah memberikan beberapa petunjuk bahawa secara
keseluruhannya masyarakat menerima dan mengalu- ngalukan pembaharuan yang dijalankan.
Merujuk kepada rekod pembaharuan yang telah dijalankan,
jelas menunjukkan MPKB mengambil peranan yang besar dalam merealisasikan konsep
pembaharuan Islam di negeri Kelantan melalui beberapa pendekatan semasa seperti
penerapan nilai- nilai Islam dalam pentadbiran, bimbingan remaja, penghayatan
ibadat, peningkatan kefahaman Islam, pencegahan maksiat, menjaga kebajikan
wanita dan warga kota dan sebagainya.
Setelah berlalu dua puluh tahun pelaksanaan program
tersebut, maka amat wajar satu kajian khusus yang melibatkan MPKB yang
merupakan nadi utama kepada perlaksanaan pembaharuan Islam, lebih-lebih lagi
bandar Kota Bharu pula merupakan Ibu Negeri Kelantan. Untuk tujuan tersebut,
kajian menggunakan soalan soal selidik di kalangan kakitangan MPKB sendiri
dijalankan bagi mengukur sejauhmana kejayaan dan keberkesanan program keislaman tersebut dalam urusan politik dan
pentadbiran.
Sejarah Ringkas
Bandar Kota Bharu
Bandar Kota Bharu bermula perkembangannya pada tahun 1844
sebagai sebuah penempatan Diraja apabila ia telah dirasmikan sebagai pusat
pemerintahan Negeri Kelantan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia al-Marhum
Sultan Muhammad ke-2. Kota Bharu dibina bagi menggantikan kota atau bandar di
Pulai Saba’ dan Kebun Menggesta yang terancam akibat keruntuhan tebing sungai.4
Kota tersebut dikenali sebagai Istana Balai Besar. Sejarah Kota Bharu sangat
menonjol dengan ciri-ciri budaya keilmuan yang begitu hebat samada di
istana atau pondok-pondok dan madrasah-madrasah.
Budaya keilmuan merupakan tunggak budaya yang telah diwarisi oleh bandar Kota Bharu zaman berzaman. Dari segi pentadbiran dan pengurusan, Kota Bharu telah melalui beberapa peringkat perkembangan sebagai memenuhi tuntutan semasa. Pada tahun 1896, pentadbiran bandar Kota Bharu diletakkan di bawah Kelolaan Pejabat Tanah Jajahan Kota Bharu iaitu pejabat tanah yang pertama ditubuhkan di Kelantan. Pada tahun 1903 pula, pejabat tanah dipindahkan ke bawah pentadbiran Ketua Pejabat Kerjaraya. Namun begitu pentadbiran bandar telah dikembalikan semula kepada Pentadbiran Ketua Pejabat Tanah yang mempunyai kakitangannya sendiri di bawah kelolaan Merinyu pertamanya En. Muhammad dari Singapura pada tahun 1913.
Budaya keilmuan merupakan tunggak budaya yang telah diwarisi oleh bandar Kota Bharu zaman berzaman. Dari segi pentadbiran dan pengurusan, Kota Bharu telah melalui beberapa peringkat perkembangan sebagai memenuhi tuntutan semasa. Pada tahun 1896, pentadbiran bandar Kota Bharu diletakkan di bawah Kelolaan Pejabat Tanah Jajahan Kota Bharu iaitu pejabat tanah yang pertama ditubuhkan di Kelantan. Pada tahun 1903 pula, pejabat tanah dipindahkan ke bawah pentadbiran Ketua Pejabat Kerjaraya. Namun begitu pentadbiran bandar telah dikembalikan semula kepada Pentadbiran Ketua Pejabat Tanah yang mempunyai kakitangannya sendiri di bawah kelolaan Merinyu pertamanya En. Muhammad dari Singapura pada tahun 1913.
Pada tahun 1927 pula
Majlis Mesyuarat Bandaran telah ditubuhkan di bawah pentadbiran Pejabat Tanah. Semenjak tahun 1928 bermulalah bandar Kota
Bharu sebagai sebuah Kerajaan Tempatan di bawah Undang-undang The Municipal and
Health Enactment 1928. Seterusnya Kota Bharu telah dinaikkan taraf sebagai
Majlis Bandaran Kota Bharu di bawah Seksyen 51 (1) “The Local Authorities
Election Ordinance 1950”.
Serentak dengan itu,
Majlis Bandaran Kota Bharu telah diberikan taraf autonomi kewangan di bawah
Seksyen 64 “Kelantan Municipal Enactment 1938”. Pentadbiran bandar Kota Bharu
terus berjalan berpandukan perlembagaan yang diwujudkan di bawah Local
Autorities Election Ordinance 1950 sehingga tahun 1961 apabila satu
perlembagaan diberikan di bawah The Local Government Election Act 1960 yang
mengekalkan taraf Majlis Bandaran Kota Bharu.6 Pada tahun 1971 perubahan
pentadbiran dibuat dengan memansuhkan Majlis Bandaran Kota Bharu dan ditukar
kepada Lembaga Bandaran di mana ahli-ahli mesyuarat dilantik oleh Kerajaan
Negeri. Pada masa itu, keluasan kawasan bandaran ialah 4.4 batu persegi dengan
penduduk seramai 55,124 orang.
Lembaga Bandaran Kota Bharu telah disusun semula pada tahun
1978 dan dinaikkan taraf kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) melalui
warta kerajaan negeri Kelantan P.U.I.S. Pada tahun tersebut, pemakaian akta 171
akta Kerajaan Tempatan 1976 mula dikuatkuasakan. Keluasan kawasan pentadbiran
diperluaskan kepada 44.65 batu persegi (134 KM persegi) dengan jumlah penduduk
seramai 186,000 orang.
Sehingga tahun 2000, keluasan kawasan pentadbiran meliputi
136.74 KM persegi dengan jumlah penduduk mencecah angka hampir 400,000.7 Lokasi
MPKB terletak di Timur Laut Negeri
Kelantan di kelilingi oleh kawasan perairan iaitu Laut Cina Selatan di utara,
Sungai Pengkalan Datu dan Sungai Pengkalan Chicha di Timur, Daerah Pendek di
Selatan dan Sungai Kelantan di sebelah Barat.8 Dari segi sempadan, Kota Bharu
disempadani oleh Jajahan Pasir Mas di sebelah Barat, Jajahan Bachok di sebelah
Timur, Jajahan Tumpat di sebelah utara dan Machang di Selatan.
Sebagai sebuah pihak Berkuasa Tempatan yang ditubuhkan
mengikut Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976, fungsi utama MPKB ialah:
a) Menyediakan
perkhidmatan perbandaran yang sempurna kepada warga kota supaya dapat
mewujudkan persekitaran yang bersih dan selesa didiami.
b) Merancang dan menyusun pembangunan bandar supaya ianya
tumbuh dengan kemas dan teratur serta tidak menimbulkan masalah kepada warga
kota.
c) Mengurus dan
mengadakan projek-projek infrastruktur dan sosio ekonomi serta kemudahan-kemudahan
riadah dalam kawasan Majlis.
d) Menguatkuasakan undang-undang bagi menjamin keselesaan
penghuni dan pengunjung bandar Kota Bharu.
Dalam usaha untuk mempertingkatkan kualiti hidup warga kota
Kota Bharu, mulai tahun 1990 MPKB telah merangka strategi bertindak berdasarkan
visi yang dibentuk iaitu “Ke arah Mengujudkan Sebuah Bandaraya Islam yang
berdikari dan sempurna”.
Dalam usaha merealisasikan visi ini, tiga matlamat utama
telah digariskan iaitu:
a) Menjadikan MPKB
sebuah organisasi yang melaksanakan pentadbiran secara Islam.
b) Menjadikan MPKB sebagai Penguasa Tempatan yang bersih,
indah dan selesa di diami.
c) Menjadikan MPKB organisasi yang teguh dari segi kewangan
dan mampu melaksanakan dasar-dasar kerajaan.
Ke arah mencapai visi dan matlamat yang digariskan, enam
objektif dikenalpasti untuk dilaksanakan:
a) Memperkemaskan
jentera pentadbiran Majlis supaya menjadi pihak Berkuasa Tempatan yang
melaksanakan segala tindakan berasaskan perancangan yang teratur dan tersusun.
b) Memperkukuhkan kewangan Majlis dengan mempertingkatkan
keupayaan jentera pungutan hasil dan
mengenal pasti punca hasil baru.
c) Mempertingkatkan
perkhidmatan perbandaran dengan memberi penekanan kepada aspek kebersihan dan
keindahan bandar. d) Mempertingkatkan program pembangunan insan untuk
melahirkan warga kota yang berwibawa seterusnya menyumbang ke arah pembanguan
fizikal dan rohani.
e) Mengutama dan menggalakkan penglibatan masyarakat di
dalam aktiviti dan program pembangunan
Majlis.
f) Mempertingkatkan langkah-langkah pencegahan aktiviti
maksiat dan kemungkaran dalam kawasan Majlis.
Rekod Pembaharuan
Islam oleh MPKB
MPKB merangka pelbagai program pembaharuan Islam setelah
bermulanya era kepimpinan Ulama yang dibawa oleh Kerajaan Angkatan pada
penghujung tahun 1990. Rangka kerja perubahan tersebut telah dimulakan di MPKB
di bawah kepimpinan YB Dato Hj. Halim Bin Mohamad iaitu Pengerusi Jawatankuasa
Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam
Sekitar, merangkap Yang DiPertua Majlis pada masa itu. Untuk merealisasikan
dasar Islam yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri melalui slogan "Membangun
Bersam Islam", banyak perubahan dasar telah dilakukan oleh pihak MPKB,
khususnya dalam aspek pelesenan, hiburan dan lain-lain yang menekankan
pengawalan kegiatan judi dan sebarang bentuk maksiat atau yang bertetangan
dengan ajaran Islam.
Setelah empat tahun pembaharuan Islam diperkenalkan oleh
Kerajaan Angkatan, Akhbar Harakah bertarikh 28 November 1994 telah membuat satu
liputan penuh yang menyentuh pelbagai perubahan yang berjaya dilaksanakan oleh
MPKB. Di antara rekod pembaharuan Islam
yang telah dilaksanakan oleh MPKB ialah seperti berikut:
A. Penubuhan
Unit/Bahagian Pembangunan Islam
Bahagian Pembangunan Islam merupakan bahagian yang
bertanggungjawab sepenuhnya dalam aspek dakwah dan kerohanian di bawah MPKB.
Bahagian ini telah ditubuhkan pada awal tahun 1994 sebagai menyahut seruan
kerajaan untuk membentuk masyarakat bandar yang berilmu dan bertakwa. Pada masa
yang sama, bahagian-bahagian lain juga terlibat secara langsung dalam
merealisasikan dasar-dasar Islam yang diperkenalkan oleh kerajaan melalui
slogan "Membangun Bersama Islam".
Banyak program pembaharuan dalam aspek dakwah dan kerohanian telah dijalankan oleh Bahagian Pembangunan Islam (BPI) MPKB khusus untuk warga kota selaras dengan dasar Islam yang digariskan oleh kerajaan negeri semenjak tahun 1990. BPI bertanggugjawab penuh dalam aspek keislaman seperti berikut:
Banyak program pembaharuan dalam aspek dakwah dan kerohanian telah dijalankan oleh Bahagian Pembangunan Islam (BPI) MPKB khusus untuk warga kota selaras dengan dasar Islam yang digariskan oleh kerajaan negeri semenjak tahun 1990. BPI bertanggugjawab penuh dalam aspek keislaman seperti berikut:
a) Menerapkan penghayatan nilai-nilai Islam ke dalam
pentadbiran MPKB.
b) Mempastikan semua
program dan pelaksanaan Pembangunan Majlis berlandaskan kehendak Islam.
c) Menambahkan kefahaman Islam kepada masyarakat dan
meningkatkan kesedaran mereka terhadap keunggulan serta kewibawaan sistem
pentadbiran Islam.
d) Meningkatkan
pembangunan rohani dan jasmani masyarakat secara Islam.
e) Membina sebuah
masyarakat yang penyayang dan cintakan Islam.
f) Menyuruh yang makruf dan mencegah kemungkaran.
BPI mengandungi tiga unit kecil iaitu unit operasi, unit
pentadbiran dan unit kursus. Setiap unit kecil tersebut memegang tanggungjawab
masing-masing bagi melicinkan kegiatan bahagian ini sebagaimana berikut:
a) Unit operasi bertanggungjawab menyusun jadual operasi,
menyediakan laporan kes-kes, menerima laporan dari orang ramai dan membuat
tindakan segera, urusan penghantaran pulang kumpulan /individu terlibat.
b) Unit pentadbiran
pula menjalankan tugas yang berkaitan dengan urusan pentadbiran pejabat-pejabat
dan rekod.
c) Unit kursus
menyelia kursus motivasi Islam, menyelia kursus bina insan dan tazkirah
jabatan, menyelia kelas tajwid, menyelia program sudut syar’ie, mengatur kuliah
pengajian di masjid al-Bara’ah, pasar pusat Kota Bharu.
Di antara program keislaman yang telah dijalankan oleh BPI
adalah seperti berikut:
1) Program Penghayatan Islam/Kursus Bina Insan kepada
Kakitangan MPKB
Kursus ini diadakan pada hari Rabu dan berakhir pada pagi
Khamis pada setiap minggu. Ia bermula jam 5.00 petang dan tamat jam 1.00
tengahari hari Khamis dengan latihan dan aktiviti qiamullail, bacaan ma'thurat
dan riadah pada waktu pagi. Semua kakitangan lelaki MPKB diwajibkan
mengikutinya. Tiga kertas kerja akan dibentang oleh penceramah jemputan dari
Unit Dakwah Halaqat dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK)
berhubung dengan fardhu ain dan tauhid. Peserta juga dibawa keluar meninjau
realiti dalam bandar pada waktu malam dan bertindak sebagai penasihat, memberi
teguran atau membuat laporan kepada pihak atasan.
2) Kursus Kefahaman/Motivasi Islam Sektor Perkilangan dan
Pasaraya.
Kursus ini dijalankan pada hari Jumaat sebanyak dua minggu
sekali dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Tumpuannya ialah kepada
pekerja-pekerja wanita dari kilang, restoran makanan segera, pasaraya dan
lain-lain. Biasanya dua kertas kerja berkaitan dengan ilmu feqah dan tauhid
akan dibentangkan oleh penceramah jemputan dari Yayasan Islam Kelantan (YIK)
atau Unit Dakwah Halaqat. Dari segi sambutan, kursus ini sangat menggalakkan
dengan jumlah kehadiran melebihi 100 orang. Peserta disediakan sedikit minuman
ringan. Sepanjang tahun 1993, MPKB
berjaya membimbing 600 orang pekerja wanita membabitkan 15 kilang.
3) Kursus Khas Muslimat MPKB
Kursus bulanan ini adalah khusus untuk anggota wanita MPKB
yang berkaitan dengan pengajian feqah dan tauhid. Ia disampaikan oleh
penceramah dari JAHEAIK.
4) Ceramah Agama di Bengkel MPKB Jalan Kuala Krai
Program ini dijalankan pada hari Khamis sebelum masuk waktu
Zohor di bengkel MPKB jalan Kuala Krai, khusus untuk kakitangan rendah. Ia
berkaitan aspek hukum fardhu ain dan penceramah adalah dari Unit Dakwah
Halaqat.
5) Majlis Usrah
Ahli-ahli majlis MPKB, ketua-ketua jabatan/bahagian serta
anggota perkhidmatan kumpulan "B" akan menjalankan usrah bulanan di
kaunter bayaran MPKB. Ia bermula selepas solat Maghrib berjemaah sehingga jam
11.00 malam dengan dipimpin oleh naqib dari JAHEAIK atau ketua UPI/BPI. Liputan
awal tentang perancangan program usrah ini telah dibuat oleh Harian Metro pada
11.10.1994. Menurut pegawai perhubungan awam MPKB, Azman Mohd Dahan, 60 pegawai
atasan akan menerima pendedahan mengenai pentadbiran Islam mulai awal tahun
1995 melalui kursus berbentuk usrah.
6) Sudut Syar`ie atau Speaker's Corner
Para pelajar sekolah sekitar MPKB dihidangkan dengan program
perbincangan secara bebas, tetapi tidak menyentuh politik, seperti syarahan,
nasyid, bacaan sajak dan sebagainya. Program ini pada awalnya diadakan pada
petang Sabtu dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang, bertempat di Taman Hijau.
Ia kemudiannya diubah ke sebelah pagi bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.17 Ia telah dimulakan
pada bulan April 1994. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Dato’ Nik
Aziz Nik Mat pada awal tahun 1995.18 Harian Metro telah membuat liputan penuh
berkenaan program ini setelah ia berjalan selama lima bulan.19 Namun begitu,
kelemahan program ini ialah ia hanya mampu menarik pelajar sekolah dari Yayasan
Islam Kelantan (YIK). Menurut pegawai perhubungan awam MPKB, Azman Mohd Dahan,
penyertaan pelajar sekolah lain terutama sekolah bantuan penuh kerajaan kurang
menggalakkan.
7) Majlis Tazkirah MPKB
Majlis ini dijalankan pada pagi Ahad jam 8.00 pagi dan akan
disampaikan oleh ketua- ketua jabatan/bahagian atau pegawai kanan majlis yang
lain.
8) Program Solat Maghrib
Berjemaah di Pasar-pasar Malam
Beberapa lokasi pasar malam yang mempunyai kemudahan tempat
solat telah diarahkan menghentikan jualan dalam tempoh 15 minit untuk
menunaikan solat Maghrib secara berjemaah. Penguatkuasaan akan dijalankan oleh
beberapa pegawai khas yang diilantik untuk mengambil tindakan ke atas orang
yang tidak mematuhi peraturan tersebut. Pada peringkat permulaan, Unit
Pembangunan Islam MPKB telah menggunakan empat langkah untuk memberikan
pendedahan secukupnya kepada para peniaga seterusnya mereka bersedia
melaksanakan peraturan solat jemaah dengan menghentikan sementara kegiatan
perniagaan. Langkah pertama; memberikan penerangan secara langsung tentang
kebaikan peraturan ini melalui pertemuan dengan para peniaga. Kedua; mendengar
dan meneliti masalah yang dibangkitkan berkaitan dengan pelaksanaan peraturan
baru itu. Ketiga; menggunakan sistem pembesar suara untuk menghebahkan
peraturan baru itu secara terperinci dan keempat; mengedarkan risalah yang
mengandungi panduan khas kepada peniaga dan pembeli berhubung dengan
peraturan baru itu.21 Pada 1 Ogos 1995,
tercetuslah suasana baru apabila para penjaja dan peniaga gerai pasar malam
Parit Dalam dalam bandar Kota Bharu bersepakat meninggalkan gerai dan jualan
mereka menjelang azan Maghrib. Solat Maghrib berjemaah ditunaikan di masjid
al-Bara'ah. Pada masa yang sama, sepasukan kira-kira 10 orang kakitangan
Penguatkuasa MPKB mengambil tempat di kawasan pasar malam. Orang ramai tidak
dibenarkan masuk dan pengunjung Islam dimaklumkan bahawa pasar malam ditutup
sementara kerana menunaikan solat
Maghrib. Kelihatan pelancong orang kulit putih yang agak ramai terpinga-pinga,
tetapi mereka telah diberitahu peraturan itu dengan hormat. Ada di kalangan
mereka yang terus berada di situ berbual-bual sesama mereka.
9) Aktiviti Keagamaan pada Bulan Ramadhan
Pada bulan Ramadhan, pihak MPKB menyediakan air-air soya dan
kurma untuk berbuka puasa. Pihak swasta seperti Mydin, pasaraya, restoran
A&W dan McDonald juga menghulurkan juadah berbuka puasa termasuk peniaga
pasar malam Parit Dalam dan orang ramai dari kawasan berhampiran. Manakala
aktiviti ibadat malam, MPKB menganjurkan solat Maghrib dan Isyak berjemaah di
dataran MPKB, seterusnya diikuti dengan solat Tarawih, tazkirah dan qiamullail
pada 10 malam terakhir Ramadhan. Solat Aidilfitri juga diadakan di dataran
MPKB. Penghayatan Ramadhan telah dijadikan sebagai agenda penting dalam bandar
Kota Bharu terutamanya bagi menarik pelancong menjadikan Kelantan sebagai
distinasi bercuti sambil beribadat. Antara keistemewaan yang disediakan ialah
tempat berbuka puasa serta solat sunat Terawih di kawasan lapang dalam bandar
Kota Bharu, perkhidmatan beca roda tiga untuk aktiviti lawatan, tawaran
istimewa jualan batik di Pasar Besar Buluh Kubu, peluang menunaikan solat
Terawih di Masjid Pulau Melaka dan sebagainya. Menurut Yang Dipertua MPKB, Haji
Hassan Abdullah, para pelancong tidak menghadapi masalah, malah dapat menghayati
roh Ramadhan melalui program yang disusun. Katanya, MPKB melalui Unit
Pembangunan Islamnya mendapat kerjasama pemilik hotel dan pusat penerangan
pelancong (TIC) menyediakan peluang bercuti yang menarik di Kelantan pada bulan
Ramadhan.
10) Operasi Fakir Miskin
Fakir miskin tidak dibenarkan berada atau tidur di
kawasan-kawasan masjid, stesen bas, kawasan taman hijau, kawasan padang bank
dan lain-lain tempat. Mereka ditempatkan di Taman Orkid dan disediakan juadah
untuk berbuka puasa. Pengumuman akan dibuat kepada orang ramai yang ingin
mengeluarkan zakat mereka menerusi suara MPKB ketika mengadakan solat Tarawih.
Pihak Public Bank dan Hong Kong Bank pernah menjemput fakir miskin untuk
diberikan zakat.
11) Tabung Ihya’ Ramadhan
Tabung ini bertujuan menguruskan majlis berbuka puasa dan
pemberian duit kepada kanak-kanak pada pagi 1 Syawal di Dataran. Untuk itu,
beberapa buah tabung diletakkan di dataran, di bank-bank perniagaan,
restoran-restoran makanan segera dan pasaraya-pasaraya.
12) Aktiviti Pengajian di Masjid al-Bara’ah, Pasar Pusat Kota
Bharu
Masjid ini terletak di hadapan Bazar Buluh Kubu, telah
didirikan oleh MPKB dalam rangka menjana dan menonjolkan penghayatan Islam
dalam bandar Kota Bharu. Ia menjalankan aktiviti solat jemaah secara berterusan
dan memberi kemudahan beribadat kepada para peniaga berdekatan dan para
pengunjung. Aktiviti pengajian yang dijalankan di masjid ini termasuklah
pengajian tauhid, feqah, al-Quran, sambutan Maulid al-Rasul, Israk Mikraj dan
lain-lain. Kuliah dan ceramah disampaikan oleh tenaga yang dipilih oleh MPKB
seperti Unit Dakwah Halaqat dengan pemberian saguhati hasil daripada kutipan
tabung masjid al-Bara'ah dan kutipan bayaran bilik air al-Bara'ah (tandas awam
MPKB). Bilik air tersebut telah diberi pajak oleh MPKB kepada jawatankuasa
Masjid al-Bara'ah dengan harga RM1300.00 sebulan dengan purata pendapatan
sebanyak RM3,000.00.
13) Kun mustami‘an (Dakwah Bergerak)
Kegiatan dakwah MPKB diperluaskan kepada sistem dakwah
bergerak menggunakan alat pembesar suara pada setiap pagi hari bekerja, dari
jam 8.30 pagi hingga 10 pagi, di beberapa
kawasan yang menjadi tumpuan awam. Lokasi tumpuan antaranya ialah Pasar
Borong Jalan Hamzah, Pasar MPKB, Stesen Bas Kota Bharu, Pasar Berek 12, Pasar
Kubang Pasu, Dataran MPKB, Pasar Siti Khadijah, Pasar Tani Wakaf Che Yeh dan
lain-lain. Ia telah bermula pada awal Oktober 1994. Program ini bertujuan
memperluaskan lagi sasaran dakwah kepada orang ramai terutamanya golongan
remaja, di kawasan stesen bas, pasar, stesen teksi, kedai kopi, pusat membeli
belah dan sekitar kaki lima. Menurut pegawai perhubungan awam MPKB, Azman Mohd Dahan, dakwah bergerak ini
dilaksanakan oleh Unit Hal Ehwal Agama Islam MPKB dengan kerjasama JAHEAIK.24 Para penceramah yang terlibat dalam dakwah
bergerak ini dikehendaki mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh
MPKB, seperti ceramah tidak boleh menyentuh politik, perkauman atau isu semasa.
Mereka dibenarkan bercakap mengenai persoalan semasa Islam seperti
soal pergaulan dalam Islam, ekonomi, akhlak, ibadah atau isu
semasa.
14) Siar raya/Suara MPKB
Program ini menyiarkan syarahan-syarahan YAB Datuk Menteri
Besar, azan solat dan sebagainya dalam kawasan bandar Kota Bharu.
15) Operasi Nasihat Harian
Operasi ini bertujuan memberi nasihat dan teguran kepada dua
aspek iaitu aurat di premis-premis MPKB dan masalah sosial di taman-taman,
wakaf-wakaf, pusat membeli belah dan kawasan tumpuan para remaja. Ia
dikendalikan oleh dua orang petugas dari UPI, seorang dari Bahagian
Penguatkuasa dan seorang dari Jabatan Perlesenan. Masa operasi bermula pada
pukul 10.30 pagi hingga pukul 12.00 tengahari dan jam 2.30 petang sehingga jam
4.00 petang setiap hari.
16) Operasi Nasihat Hari Sabtu
Operasi ini dijalankan setiap hari Sabtu bermula jam 2.00
petang hingga 6 petang, bagi menangani masalah sosial seperti lepak dan
pergaulan bebas di kalangan para remaja. Petugas akan memberi nasihat dan
menghantar mereka pulang.
17) Operasi Dataran
Operasi ini bermula dari jam 9.00 malam hingga jam 12 malam,
bertujuan mencegah kemungkaran terutama di Dataran MPKB serta kawasan lain.
Biasanya mereka akan diberi nasihat supaya tidak mengulangi perbuatan yang
tidak sopan dan dimurkai Allah.
18) Operasi Bersepadu antara Jabatan Kerajaan dalam kawasan
MPKB (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam,
Polis, Imegresen dan Kastam)
Operasi ini diadakan mengikut keperluan, terutamanya pada
hari menyambut kedatangan Krismas, malam menyambut Tahun Baru Cina dan malam
menyambut Tahun Baru Masihi. Ia melibatkan banyak pihak seperti polis, kastam,
imegresen, bahagian penguatkuasa bahagian agama dan sebagainya. Manakala
jabatan MPKB yang terlibat ialah Jabatan Perlesenan, Bahagian Penguatkuasa dan
BPI/UPI. Operasinya ini bertujuan membenteras kegiatan tak bermoral.
19) Operasi Siok
Dengan kerjasama JAHEAIK, MPKB melancarkan operasi benteras
kegiatan maksiat seperti khalwat, pelacuran, pondan di sekitar bandar Kota
Bharu, terutama Jalan Hamzah dan
bahagian belakang bangunan MARA Kota Bharu di Jalan Dato’ Pati.
Pasangan muda yang ditangkap
dalam operasi itu akan disoal siasat dan jika mereka sedia berkahwin, MPKB akan menyediakan
bayaran maskahwin sebanyak RM32.00. Manakala perbelanjaan lain perlu ditanggung
oleh keluarga masing-masing.
B. Pengharaman Judi Kedai TOTO dan 4 Nombor Ekor
Selaras dengan dasar “Membangun Bersama Islam” yang
diperkenalkan dalam pentadbiran, Kerajaan Negeri Kelantan telah mengeluarkan
beberapa perintah mengharamkan kegiatan judi yang telah beroperasi semasa
kerajaan yang terdahulu. Serentak dengan itu, keputusan diambil untuk
membatalkan lesen dan permit yang berkaitan dengan kegiatan perjudian di Negeri
Kelantan serta menghentikan pengeluarannya atau pembaharuan lesen
tersebut. Dengan itu, MPKB telah
membatalkan semua lesen premis kedai TOTO dan Kedai 4 Nombor Ekor yang
beroperasi di bandar Kota Bharu. Pembatalan ini melibatkan 17 buah kedai TOTO
dan 2 buah kedai 4 Nombor Ekor.26 Menurut
pihak MPKB, tindakan membatalkan lesen premis ini adalah untuk memberi
kesedaran dan menghindarkan orang ramai daripada sebarang bentuk kegiatan judi
kerana ianya bertentangan dengan ajaran Islam. Kegiatan ini adalah merugikan
golongan yang terlibat dan akan melemahkan masyarakat. Langkah tersebut selaras
dengan dasar kerajaan menghapuskan semua bentuk judi di Negeri Kelantan.
Menurut Menteri Besar Kelantan, pengharaman judi sepatutnya tidak hanya dilihat
dalam konteks ajaran Islam sahaja, tetapi harus dipandang sebagai satu
pemikiran global, meliputi pelbagai kepentingan yang menganggap judi sebagai
satu gejala sosial yang buruk dan membawa banyak kerosakan kepada masyarakat.
Perkara ini dihuraikan oleh Menteri Besar ketika mengemukakan peraturan mengharamkan
segala bentuk judi dalam belanjawan Negeri Kelantan 1991 pada 11 Disember
1990.27 Beliau menjelaskan: “Pengharaman
judi ini hendaknya tidak dilihat dari sudut agama semata- mata. Ianya hendaklah
dipandang dari sudut ekonomi dan sosial. Kegiatan judi adalah satu pembocoran
kepada aliran modal, satu penyelewengan penggunaan sumber-sumber, dan kegiatan
kaunter-produktif yang sia-sia. Sebelum nasib pembeli tiket judi ini berubah,
nasib para pengusaha judi ini lebih terdahulu dijamin. Ketagihan judi akan
menyebabkan seseorang mungkin akan menghabiskan pendapatan harian yang
diperolehinya dengan mengharapkan keuntungan berganda, dengan melupakan anak
dan isteri yang mungkin sedang kelaparan di rumah. Bayangkan jutaan ringgit
setahun mungkin mengalir dari wang rakyat negeri ini, tanpa membuahkan apa-apa
nilai hasil”.
Langkah ini memperlihatkan bahawa kerajaan negeri berazam
melahirkan rakyat yang berusaha mengubah nasib mereka melalui usaha dan kerja
keras, melalui kegiatan produktif dan bukannya pengharapan kepada nasib yang
tidak menentu. Ia juga sebagai langkah awal untuk menunjukkan adanya batasan
halal dan haram dalam semua urusan belanjawan dan kewangan negeri. Dari segi
material/pendapatan, pengharaman judi ini adalah satu kerugian kepada MPKB dan
kerajaan sendiri, kerana kehilangan sumber cukai daripada lesen judi tersebut.
Namun begitu, ia dikira satu cabaran yang perlu dihadapi dalam usaha
membebaskan masyarakat daripada belenggu kemungkaran dan maksiat. Syaitan
selalu menakutkan manusia dengan kemiskinan lantaran melaksanakan sedekah atau kerana
meninggalkan kegiatan mungkar seperti judi. Sebab itu pada peringkat awal
langkah kerajaan ini ditentang oleh beberapa golongan yang mempunyai
kepentingan dalam industri perjudian.
Pengharaman judi ini telah memberikan kesan positif kepada seluruh masyarakat termasuk orang bukan Islam, kerana ia dapat menghindarkan pelbagai gejala buruk yang dikaitkan dengan kegiatan judi seperti pelacuran, kongsi gelap, rompakan, pembunuhan, keruntuhan rumahtangga, pergaduhan, tekanan hutang dan sebagainya. Perkara ini telah dinyatakan oleh al-Quran sejak sekian lama sebagaimana firman Allah Taala:
Pengharaman judi ini telah memberikan kesan positif kepada seluruh masyarakat termasuk orang bukan Islam, kerana ia dapat menghindarkan pelbagai gejala buruk yang dikaitkan dengan kegiatan judi seperti pelacuran, kongsi gelap, rompakan, pembunuhan, keruntuhan rumahtangga, pergaduhan, tekanan hutang dan sebagainya. Perkara ini telah dinyatakan oleh al-Quran sejak sekian lama sebagaimana firman Allah Taala:
ٟMaksudnya:
Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian
di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu
dari mengingat Allah dan sembahyang; Maka berhentilah kamu (dari mengerjakan
pekerjaan itu). (Sural a-MÉ’idah:
91)
Perkara ini diakui sendiri oleh masyarakat bukan Islam
bahawa kehidupan rumahtangga mereka lebih selesa tanpa kegiatan judi.
C. Peraturan Baru Kedai Gunting Rambut
Bandar Kota Bharu telah mengalami perubahan seperti bandar-bandar
lain, termasuklah kewujudan kedai-kedai gunting yang dikenali sebagai unisex
salon. Ia dianggap sebagai satu “gaya hidup moden” yang membawa Ê baru kepada
masyarakat sekarang. Kebanyakan pekerja di unisex salon adalah dari kalangan
wanita. Samada disedari atau tidak keadaan ini melahirkan suatu fenomena sosial
bagi setengah pihak yang suka mengambil kesempatan keseronokan bersama tukang
gunting wanita yang dirasakan sebagai suatu kepuasan diri. Situasi ini ditegah
oleh Islam kerana boleh membuka jalan kepada perkara mungkar dan kesempatan
yang ada boleh disalahgunakan oleh sesiapa sahaja.
Pihak MPKB telah dapat mengenalpasti bahawa kegiatan maksiat
juga berlaku di sebilangan kedai gunting dalam kawasan MPKB. Pada tahun 1990,
terdapat 144 buah kedai gunting yang beroperasi dalam kawasan MPKB iaitu 55
Melayu, 85 Cina, 3 India dan 1 Siam. Daripada jumlah ini, 52 daripadanya adalah
kedai gunting Unisex. Pihak MPKB membuat keputusan membatalkan lesen kedai gunting
Unisex dan pengusaha terlibat diberi pilihan menentukan jenis kedai gunting
yang dikehendaki samada lelaki atau perempuan. Terdapat enam kedai gunting yang
gagal mematuhi arahan tersebut dan masih terus menjalankan aktiviti unisex pada
peringkat awal penguatkuasaan ini dijalankan. Kesemuanya telah dibatalkan lesen
kerana melanggar peraturan dan disahkan menjadi sarang maksiat.28 Utusan
Malaysia hari Rabu, 15.4.1992 melaporkan tindakan MPKB menurunkan papan iklan
di empat buah kedai gunting unisex. Menurut
ketua Jabatan Undang-undang MPKB, Encik Afandi Hamzah, tindakan itu diambil
setelah penguasaha kedai tersebut masih meneruskan kegiatan mereka walaupun
diberi amaran beberapa kali. Jika mereka berdegil tindakan mahkamah akan
diambil ke atas mereka. Menurut sisatan MPKB, kedai-kedai berkenaan juga
menyediakan ruang-ruang yang boleh berlakunya kejadian maksiat. Ada di
antaranya mempunyai bilik-bilik yang tidak mendapat kelulusan MPKB.29 Selaras
dengan tindakan tersebut, MPKB telah mengenakan syarat-syarat untuk
memperbaharui lesen bagi semua kedai gunting sebagaimana berikut:
a) Kawasan perniagaan hendaklah lapang dan tidak berbilik. b) Pekerja hendaklah berpakaian sopan dan berpakaian seragam. c) Memakai kad pengenalan. d) Pekerja tidak boleh melebihi sekali ganda dari jumlah kerusi. e) Minuman adalah tidak dibenarkan. f) Waktu berniaga tidak melebihi jam 10.00 malam. g) Pengambilan pekerja hendaklah tertakluk kepada undang-undang buruh. h) Tidak dibenarkan menjalankan perniagaan pada malam jumaat.
a) Kawasan perniagaan hendaklah lapang dan tidak berbilik. b) Pekerja hendaklah berpakaian sopan dan berpakaian seragam. c) Memakai kad pengenalan. d) Pekerja tidak boleh melebihi sekali ganda dari jumlah kerusi. e) Minuman adalah tidak dibenarkan. f) Waktu berniaga tidak melebihi jam 10.00 malam. g) Pengambilan pekerja hendaklah tertakluk kepada undang-undang buruh. h) Tidak dibenarkan menjalankan perniagaan pada malam jumaat.
Syarat-syarat yang dikenakan ini bertujuan untuk
menghindarkan gejala maksiat di premis-premis kedai gunting khususnya kedai
gunting rambut wanita. Menurut MPKB, masih terdapat kedai-kedai gunting yang
melanggar syarat-syarat. Oleh itu, pada Julai 1995, MPKB telah membekukan
permohonan untuk lesen premis kedai gunting rambut wanita dan mempertingkatkan
operasi ke atas premis-premis sedia ada serta mengambil tindakan tegas termasuk
membatalkan lesen kepada mereka yang didapati melanggar syarat-syarat yang ditetapkan.
Walau bagaimanapun, mulai Oktober 1999, pengeluaran lesen ini diberi
kelonggaran dan diluluskan oleh MPKB khususnya bagi kawasan-kawasan di luar
bandar. Dalam usaha melaksanakan dasar Islam yang mulia ini, pihak MPKB
menghadapi banyak cabaran dan tekanan dari pihak yang mempunyai kepentingan.
Melalui laporan akhbar menunjukkan betapa sukarnya pihak MPKB menjalankan kerja
penguatkuasaan peraturan baru tersebut,
kerana banyak pihak yang melakukan perlanggaran terhadap peraturan itu,
sehingga MPKB terpaksa mengambil tindakan tegas.31Namun begitu, pelaksanaan
dasar ini ditangani dengan baik, termasuk memberikan nasihat supaya arahan kerajaan
dipatuhi demi kepentingan ramai. Yang jelas, pihak MPKB telah menutup satu
ruang yang boleh mendorong berlakunya mungkar dan maksiat di kalangan warganya
bagi melahirkan suasana yang terbaik dan selamat kepada semua waga kota dan
pengunjungnya daripada perangkap maksiat.
D. Pembatalan Lesen Pusat Hiburan dan Permainan Seperti Video
Games, Snooker dan Karaoke:
Kagiatan ekonomi dan perniagaan dalam bandar Kota Bharu
tidak terlepas dari arus perubahan, di mana semasa kerajaan terdahulu
memerintah, pusat hiburan dan permainan seperti video games, snooker dan
karaoke menjadi tumpuan masyarakat bandar terutama golongan remaja/belia,
termasuk pelajar-pelajar sekolah. Situasi ini telah memberi cabaran yang besar kepada umat Islam kerana
meningkatnya gejala sosial seperti lepak, pergaulan bebas, ponteng sekolah dan
sebagainya. Malah ada pengusaha pusat permainan tersebut menjalankan aktiviti
judi dan maksiat. Menurut pengerusi Jawatankuasa Perlesenan dan Peniaga Kecil
MPKB, Haji Wan Hassan Wan Othman, MPKB dengan kerjasama polis pernah menahan
beratus-ratus pelajar sekolah di pusat-pusat hiburan termasuk ketika dalam
pakaian sekolah.33 Menjadi tanggungjawab pihak kerajaan untuk melindungi
masyarakat terutama para remaja daripada gejala negatif kerana ia melibatkan
kepentingan negara. Kerajaan amat menyedari bahawa golongan remaja amat mudah
terperangkap dengan kegiatan hiburan dan permainan yang melalaikan, sehingga
pihak pengusaha dapat mengeksploitasi keadaan ini demi keuntungan perniagaan
mereka, tanpa menghiraukan berlakunya keruntuhan moral di kalangan anggota
masyarakat. Pada peringkat permulaannya,
kerajaan mengarahkan pusat video memasang papan peringatan yang melarang
kanak-kanak di bawah 18 tahun daripada memasuki pusat tersebut. Jika berlaku
perlanggaran syarat, tindakan akan diambil.34 Beberapa peraturan/syarat
dikenakan untuk mengelakkan unsur negatif seperti tidak melebihi pukul 12
malam, melarang kanak-kanak bawah umur dan lain-lain. Menurut ketua Bahagian
Penguatkuasa MPKB, Encik Afandi Hamzah, MPKB mempertingkatkan operasi bagi
mempastikan pusat hiburan di bandar Kota Bharu mematuhi syarat yang dikenakan.
Bermula pada 1/1/1993, MPKB telah membatalkan semua lesen
premis pusat video games dan snooker. Pusat permainan ini dibatalkan kerana
terdapat kegiatan perjudian dan maksiat. Tindakan ini adalah selaras dengan
keputusan jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar Bil.4/91
pada 22/6/1992. Di samping itu, pusat ini juga telah dikenalpasti menjadi
tumpuan pelajar-pelajar yang ponteng
sekolah dan meningkatkan lagi gejala sosial.36 Manakala pusat karaoke juga
telah dihentikan operasinya apabila MPKB membatalkan lima lesen karaoke pada tahun 1995 kerana
melanggar syarat-syarat MPKB. Setakat ini, tidak ada lagi lesen karaoke
dikeluarkan oleh MPKB. Pada peringkat awal pelaksanaan peraturan baru ini,
pelbagai halangan dan cabaran dihadapi oleh MPKB dan kerajaan sendiri kerana
menyentuh kepentingan ekonomi para pengusaha dan beberapa pihak lain yang
mempunyai kepentingan sendiri termasuk Dewan Perniagaan Cina.37 Kerajaan
dituduh tidak demokratik dan ketinggalan zaman. Namun begitu, ketepatan
tindakan MPKB dan kerajaan itu terserlah kebelakangan ini apabila Kerajaan
Pusat sendiri telah mengambil tindakan mengharamkan mesin permainan video pada
4hb Oktober 2000 bagi tujuan menghapuskan kegiatan judi melalui mesin-mesin
slot. Media masa tanah air telah membuat liputan besar-besaran dan memberi
sokongan kepada langkah Kerajaan Pusat kerana dianggap dapat mengurangkan
gejala sosial di kalangan para remaja. Para ibu bapa pernah melahirkan rasa
lega dan senang hati dengan peraturan yang dibuat oleh Kerajaan Kelantan kerana
dilihat dapat menghindarkan para remaja dari terjebak dalam gejala keruntuhan
moral dan budaya negatif. Menteri Besar juga pernah menyuarakan matlamat
tersirat dari peraturan itu dalam ucapannya di Tumpat pada 17 April 1995,
katanya:
“Tempat video games kita tutup, walaupun mengurangkan hasil
kita. Tempat billiard kita tutup, tempat snooker kita tutup. Ini semua
menyebabkan budak- budak muda samada dia duduk di rumah, samada dia pergi ke
sekolah, samada dia pergi berniaga, samada dia pergi ke masjid. Itu saja
tempat- tempat dia. Alhamdulillah, dengan cara ini harapan kitanya perangai
lepak akan berkurangan di Kelantan, dan keputusan peperiksaan di sekolah akan
meningkat, kerana peluang bagi anak-anak kita buang masa di tempat-tempat itu
sudah tidak ada”.
E. Pelaksanaan Peraturan
Baru Lesen Hiburan
Kerajaan Kelantan era kepimpinan ulama mempunyai persepsi
sendiri tentang konsep hiburan. Secara dasarnya kerajaan menerima konsep
hiburan dan seni sebagai elemen yang dapat membangunkan manusia dari segi sikap
dan perwatakan. Oleh itu, mana- mana bentuk hiburan yang merosakkan sikap dan
perwatakan Islam tidak diterima seperti hiburan yang melalaikan, atau yang
mempunyai unsur syirik, pendedahan aurat atau unsur khayalan secara berlebihan,
lucah dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, pihak MPKB tidak lagi mengeluarkan lesen hiburan bagi
permainan makyong, menora dan wayang kulit. Walau bagaimanapun, lesen hiburan dikir
barat dibenarkan dengan syarat ianya tidak melibatkan kaum wanita mengambil
bahagian serta tidak menggunakan kata-kata lucah, mencela, memaki hamun, unsur-
unsur syirik dan fitnah. Menteri Besar telah membuat beberapa kenyataan
berhubung peraturan baru tersebut di mana beliau menekankan bahawa nilai
hiburan yang terdapat dalam permainan-permainan yang diharamkan itu terkeluar
dari kehendak Islam kerana wujudnya unsur syirik, pendedahan aurat, khayalan,
percampuran lelaki perempuan tanpa kawalan dan sebagainya. Mengenai wayang
kulit beliau ada menyatakan:
“Walaupun saya tahu ini mainan orang Melayu yang paling
disukai oleh orang Kelantan, tetapi dengan sebab barang ini barang khayal,
barang tidak ada, maka kerana apa kita biar rakyat kita pergi duduk di tanah
tengah malam buta tengok barang tidak ada? Barang ada banyak, mengapa tidak
buat”.
Hiburan pentas yang melibatkan penyanyi seperti konsert rock
juga diharamkan kerana mengandungi unsur yang bercanggah dengan ajaran Islam.
Dari aspek material dan pendapatan, Kerajaan Negeri kehilangan satu sumber
cukai yang besar daripada penganjuran konsert. Mengikut kaca mata ekonomi
kapitalis, langkah ini adalah satu kerugian kepada kerajaan. Namun begitu,
kerajaan mengambil tanggungjawab keislaman yang mengatasi aspek yang lain. Walaupun hasrat kerajaan untuk merealisasi
kemuliaan Islam, tetapi sekali lagi pihak kerajaan menghadapi kecaman kerana
dituduh memusuhi seni dan budaya. Bagi menjawab tuduhan tersebut, Menteri Besar
sendiri telah menunjukkan sikap terbuka dengan menghadiri majlis permainan yang
tidak bercanggah dengan ajaran Islam seperti permainan wau dan kertok. Di
samping itu, beliau membuat beberapa kenyataan bagi menjelaskan sikap kerajaan
terhadap konsep seni dan budaya yang dipegang oleh kerajaan.
Beliau menyebut:
Beliau menyebut:
“…Bola sepak kita beri. Main sepak (sepak raga) tidak apa.
Hendak main kertok tidak apa... Begitu jugalah main wau apa semua sekali.
Setengah kita berasa tidak sedap tengok Menteri Besar Kelantan pergi Tumpat,
rasmi naik wau bulan. Saya pun tebal muka juga naik wau, tapi pergi juga tu
dengan tujuan hendak memperbetulkan pemikiran masyarakat tentang Islam, kerana
orang dok kata kalau Islam naik, semua tak boleh: go tu tak leh, go ni tak leh.
Kita hendak royat ke orang, ada benda boleh dan ada benda tak boleh. Wau bulan
boleh, tetapi kena sembahyang asar. Serupa juga bola boleh, kena sembahyang asar,
kena jaga ajaran Islam”.
Kenyataan seperti ini juga telah ditegaskan berulang-ulang
kali oleh Timbalan Menteri Besar dan para Exco yang lain.41 Jelasnya, Kerajaan
Negeri berhasrat untuk memurnikan lagi penghayatan budaya hiburan dan seni
dalam masyarakat Kelantan, supaya tidak ada unsur yang negatif dalam
persembahan-persembahan yang dijalankan.
F. Penghapusan Cukai Jalan Beca Roda Tiga
Pihak MPKB amat bersimpati dengan nasib pengayuh beca roda
tiga di bandar Kota Bharu yang berjumlah seramai 1,100 orang. Bagi meringankan
bebanan kewangan yang ditanggung oleh mereka, maka mulai 1.1.1991 MPKB telah
menghapuskan bayaran cukai jalan yang dikenakan sebelum ini sebanyak
RM24.00/setahun bagi sebuah beca. Walau bagaimanapun, bagi tujuan untuk
memudahkan kawalan dibuat ke atas pengayuh beca berkenaan, bayaran lesen
sebanyak RM2.00 setahun masih dikekalkan bagi
memastikan:42 a) Pemiliknya sendiri yang mengayuh beca tersebut. b)
Peralatan beca mencukupi dan selamat digunakan untuk penumpang. c)
Pemilik/pengayuh mematuhi undang-undang jalanraya. d) Mengawal beca roda tiga
yang beroperasi di Kota Bharu.
G. Perkhidmatan Letak Kereta Percuma43
Mulai awal tahun 1991 MPKB telah mengisytiharkan bayaran
perkhidmatan letak kereta percuma pada hari jumaat bagi seluruh kawasan letak
kereta MPKB. Perkhidmatan percuma ini bertujuan memberi kemudahan dan
keselesaan kepada orang ramai yang datang untuk membeli belah di pasar atau
menghadiri majlis-majlis keagamaan. Bagi maksud yang sama, MPKB telah
menawarkan kemudahan bayaran letak kereta secara bermusim dengan kadar yang
lebih rendah sebagaimana berikut:
Bil Perkara Kadar Asal Kadar Semasa 1 Sticker a) 1 Bulan - RM 70.00 b) 2 bulan – RM130.00
c) 3 bulan - RM180.00 d) 6 bulan - RM330.00 e) 1 tahun – RM600.00 2 Petak
Pusat Bandar RM 260.00 a) 1 bulan – RM230.0 b) 1 hari – RM10.00 Luar Pusat
Bandar RM208.00 a) 1 bulan – RM165.00 b) 1 hari – RM8.00
Mulai tahun 1997, MPKB melaksanakan sistem letak kereta bermeter
di kawasan pusat bandar. Sistem ini berjaya memberi kemudahan kepada orang
ramai khususnya pengguna petak letak kereta di samping menigkatkan hasil letak
kereta MPKB daripada purata RM1.2 juta kepada RM3 juta setahun.
H. Kempen Kesedaran Menutup Aurat, Kuatkuasa Pakaian Menutup
Aurat dan Pakaian Bersopan di Pejabat Kerajaan dan di Premis Perniagaan.
Kerajaan Kelantan telah menganjurkan kempen kesedaran
menutup aurat yang bertujuan menggesa kaum wanita menutup aurat sebagai
mematuhi perintah Allah. Kempen ini meliputi semua bidang kerja samada di
pejabat kerajaan atau premis perniagaan, termasuk juga para jururawat. Selaras
dengan dasar kerajaan negeri, MPKB telah melaksanakan beberapa program bagi
menyedarkan masyarakat Islam mengenai tuntutan menutup aurat. Di antara langkah
yang telah diambil ialah mengadakan beberapa siri penerangan dan kursus kepada
pekerja kilang dan peniaga-peniaga dalam bandar Kota Bharu. Penerangan ini
dibuat secara berperingkat-peringkat dan
berterusan sehingga kini. Menurut Dato’
Haji Abdul Halim Mohamad, kerajaan negeri mengambil masa satu tahun memberi
penerangan dan kesedaran bahawa Islam menuntut wanita supaya menutup aurat dan
menutup kepala.44 Arahan untuk menguatkuasakan pakaian menutup aurat bagi
anggota perkhidmatan awam semasa bertugas telah dikeluarkan oleh Kerajaan
Negeri Kelantan melalui pekeliling Perkhidmatan Bil 1/1993 bertarikh 5 Syakban
1413 bersamaan dengan 28 Januari 1993. Kerajaan negeri juga telah menetapkan
kuatkuasa pakaian menutup aurat kepada pekerja-pekerja di premis perniagaan
pada 1 Januari 1992.
Untuk itu, tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana
premis termasuk menarik balik lesen-lesen premis perniagaan sekiranya didapati
pekerja-pekerja tidak mematuhi peraturan menutup aurat. Kuatkuasa etika pakaian
Islam (menutup aurat) menetapkan bahawa ianya menjadi syarat pengeluaran lesen
premis oleh pihak berkuasa tempatan. Ketua bahagian penguatkuasa MPKB, Nik Aman
Nik Mohamad memberitahu dalam gerakan yang dibuat sejak awal September 1992
hingga laporan ini dibuat, terdapat seramai 31 wanita Islam yang bekerja
dipelbagai jenis kedai dikenakan kompaun kerana tidak memakai pakaian menutup
aurat. Sekiranya kesalahan yang sama berulang, pengusaha kedai pula akan
dikenakan tindakan tertentu.45 Dalam laporan akhbar Berita Harian pada 2 Jun
1994 pula menyebut seramai 100 pekerja wanita Islam di Negeri Kelantan didenda
oleh MPKB kerana enggan mematuhi peraturan memakai pakaian menutup aurat.
Setiap kesalahan dikenakan denda RM10. Namun begitu mereka terlebih dahulu
diberi nasihat, jika masih engkar, barulah tindakan undang-undang diambil.
I. Penggantungan Sementara Urusniaga Waktu Solat.
Mulai tahun 1995, MPKB telah mengarahkan semua pasaraya
menggantung urusniaga masing-masing waktu solat jumaat. Di samping itu, 3
kawasan/tempat pasar malam diarah supaya menghentikan sementara urusan jual
beli untuk menunaikan solat Maghrib secara berjemaah, iaitu pasar malam Parit
Dalam, Kubang Kerian dan Pengkalan Cepa. MPKB bercadang memperluaskan lagi
pelaksanaan solat ini ke pasar-pasar malam yang lain yang mempunyai kemudahan
tempat solat berjemaah. Untuk tujuan pelaksanaan, MPKB melantik pegawai khas
yang akan mengambil tindakan ke atas orang yang melanggar peraturan. Beberapa
penguatkuasa ditugaskan memberi peringatan sebelum masuknya waktu solat
Maghrib, supaya para peniaga dan orang ramai yang berada dalam kawasan pasar
malam tersebut menunaikan solat Maghrib.
J. Penyusunan Semula Penjualan Arak
Kerajaan Kelantan telah mengambil langkah menyusun semula
penjualan arak pada 1hb Julai 1993 dalam rangka mengawal kegiatan minum arak di
kalangan orang Islam. Dengan penyusunan semula tersebut, hanya 19 premis
penjualan arak diberikan kebenaran seluruh Kelantan berbanding 32 buah premis
sebelum itu. Dari jumlah itu, 12 buah di Kota Bharu, 3 di Gua Musang, 2 di
Kuala Krai, 1 di Tanah Merah dan 1 di Pasir Mas. Serentak dengan itu, bahagian
pelesenan MPKB tidak lagi memperbaharui lesen perniagaan arak yang telah tamat
tempohnya. Langkah kerajaan ini bukan bermaksud menafikan hak orang bukan Islam
kerana mereka tidak dihalang untuk minum arak ditempat yang sesuai asalkan
bukan tempat awam. Malah kelonggaran tetap diberikan kepada mereka ketika meraikan
majlis agama, perkahwinan, hari jadi dan kebudayaan, dengan syarat terlebih
dahulu memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan. Ini adalah satu pengecualian
yang istimewa kepada penduduk yang bukan Islam, kerana kerajaan menghormati
hak-hak mereka yang memang diakui oleh Islam sejak sekian lama. Bagi memastikan
penjualan arak lebih tersusun dan terkawal, MPKB menetapkan beberapa peraturan
kecil iaitu setiap kedai yang menjual minuman keras hendaklah menyediakan
tempat minum yang khusus iaitu yang terlindung daripada pandangan orang ramai.
Kedai-kedai tersebut juga tidak dibenarkan menjual barang-barang atau
makanan-makanan lain. Berdasarkan peraturan di atas, MPKB memastikan tiada lagi
penjualan arak secara terbuka termasuk
di hotel-hotel, restoran dan kedai-kedai makan. Seperti yang diketahui umum,
peraturan baru ini telah mendapat tentangan daripada beberapa pihak,
termasuklah MCA bahagian Kota Bharu telah merancang satu pesta minum arak untuk
menunjukkan bantahan terhadap peraturan kerajaan negeri melarang orang ramai
minum arak di tempat awam. Namun begitu, rancangan tersebut tidak diteruskan oleh
pihak MCA.49 Menjawab persoalan yang timbul ini, pihak kerajaan menjelaskan
bahawa peraturan baru itu sangat berfaedah kepada semua lapisan masyarakat,
terutamanya golongan remaja dapat dibendung dari terjebak dengan ketagihan
alkohol dan minuman keras yang telah menjadi budaya baru masyarakat bandar masa
kini, sekaligus dapat menghindarkan pelbagai bahaya yang berpunca daripada
penagihan arak/alkohol.
K. Pencegahan Maksiat Pelacuran
Kerajaan negeri Kelantan telah mengambil satu tanggungjawab
yang serius dalam mencegah maksiat walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai
masalah. Salah satu bentuk maksiat yang dikenalpasti dalam bandar Kota Bharu
ialah kegiatan pelacuran yang kebiasaannya berjalan pada waktu malam di
beberapa kawasan tertentu seperti di Jalan Hamzah. Pondok-pondok kecil yang
didirikan untuk tujuan tersebut, pada siang harinya dipenuhi dengan kegiatan
perniagaan, tetapi bertukar menjadi pusat pelacuran pada sebelah malam, terutamanya
pada malam minggu.
Menyedari gejala buruk yang dianggap terlalu keji oleh Islam
itu, maka MPKB telah mengambil langkah tegas merobohkan tempat-tempat yang
menjadi sarang maksiat tersebut. Operasi pembersihan kawasan sarang maksiat itu
dijalankan dengan kerjasama Jabatan Imegresen, Jabatan Agama Islam, Unit Dakwah
Halaqat serta di bantu oleh pihak polis.
Namun begitu kerja-kerja merobohkan rumah kotak yang menjadi
sarang pelacur itu menghadapi banyak halangan dan kesukaran sebagaimana yang
dinyatakan oleh Yang Dipertua MPKB, Dato' Halim Mohamad.53 Selain daripada itu,
MPKB dengan kerjasama pihak Jabatan Agama Islam telah mengadakan sebanyak 20
kali operasi untuk membasmi kegiatan pelacuran ini. MPKB telah menahan seramai
39 orang dalam tempoh tersebut, dengan tumpuan operasi di Pantai Cahaya Bulan,
kawasan Jalan Hamzah, kawasan perindustrian Pengkalan Chepa, hotel-hotel dan
rumah-rumah tumpangan pelancung. Bahagian perlesenan dan penguatkuasaan MPKB
juga bersedia untuk bertindak menarik balik lesen premis sebuah hotel di bandar
Kota Bharu kerana dipercayai menjalankan kegiatan pelacuran. Ini adalah
langkah-langkah tegas MPKB dalam membenteras pelacuran.
Menteri Besar
Kelantan memberikan reaksi spontan terhadap hasrat pihak yang ingin mengadakan
pesta minum arak dengan berkata: Biarkan mereka berarak dan mabuk sehingga
pecah perut. (Lihat Buletin Kelantan, Keluaran Khas, April 1995,
Mungkin dengan itu menimbulkan rasa gerun lalu mereka
membatalkan rancangan mengadakan pesta arak tersebut.
Perlaksanaan operasi di atas berjaya membersihkan bandar
Kota Bharu daripada kegiatan pelacuran yang sangat dibenci oleh Islam, malah
agama-agama lain. Dengan itu, pihak kerajaan dan MPKB sebenarnya telah
menyelamatkan anggota masyarakat daripada satu penyakit masyarakat yang sangat
bahaya kerana perbuatan zina membawa kesan buruk kepada seseorang samada di
dunia atau di akhirat. Nabi Muhammad SAW menyatakan dalam hadisnya yang
bermaksud:
Wahai manusia, takutlah pada perbuatan zina kerana perbuatan
ini akan mengakibatkan enam perkara, tiga perkara di dunia dan tiga perkara di
akhirat. Adapun yang akan menimpa mereka di dunia ialah menghilangkan wibawa,
mengakibatkan kefakiran dan mengurangkan usia. Tiga lagi akan dijatuhkan di
akhirat iaitu mendapat kemurkaan Allah, hisab yang menghinakan dan siksa api
neraka.
L. Mengawal Kegiatan Khalwat atau Berdua-duaan Tanpa
Kahwin
Perbuatan khalwat merupakan satu bentuk maksiat yang ditegah
oleh Islam berdasarkan keterangan al-Quran dan al-Sunnah. Ia termasuk dalam
kategori muqaddimah kepada perbuatan zina kerana pergaulan bebas yang dilakukan
oleh pasangan lelaki dan perempuan yang belum berkahwin akan mendorong
kedua-duanya tergoda dengan bisikan hawa nafsu. Gejala ini akan menjadi faktor
utama kepada perlakuan zina yang sangat dimurkai Allah Taala sebagaimana yang
telah diterangkan sebelum ini. Oleh itu, perbuatan berdua-duaan atau khalwat
yang boleh membawa kepada terjadinya zina merupakan sesuatu yang ditegah oleh
Islam. Dalam usaha menangani gejala buruk tersebut supaya dapat dikawal
daripada meruntuhkan masyarakat, pihak MPKB telah memainkan peranan yang
penting membantu JAHEAIK menjalankan operasi-operasi pembersihan maksiat
khalwat tersebut. MPKB telah menyertai operasi-operasi yang dijalankan dalam
kawasan pentadbirannya. Sebagai contoh, sepanjang tahun 1992, MPKB dengan
kerjasama JAHEAIK dan Unit Halaqat telah mengadakan 20 kali operasi bersama dan
menahan seramai 39 pasangan yang terlibat. Tindakan susulan akan diambil ke
atas pesalah yang ditahan dengan pelbagai cara. Antaranya, memberi nasihat dan
bimbingan di samping denda yang tertentu.
M. Peraturan Papan Tanda (iklan) yang Melibatkan Wanita
Satu lagi aspek yang diberi tumpuan oleh kerajaan melalui
MPKB ialah berkaitan dengan iklan atau papan tanda yang menggunakan wanita
mendedahkan aurat. Perhatian diberikan kepada papan tanda berkenaan kerana ia
dapat melindungi kesucian dan maruah wanita di samping dapat mengurangkan
rangsangan ke arah unsur negatif yang berkait dengan gejala seksual.55 Kebanyakan
iklan yang menggunakan wanita ini meletakkan gambar wanita yang tidak menutup
aurat dan mengghairahkan. Golongan peniaga pada zaman ini terlalu banyak
mengeksploitasi wanita bagi mendapatkan keuntungan berlipatganda dalam urusan
perniagaan mereka sehingga wanita menjadi alat golongan tersebut. Perkara ini
telah disedari oleh kepimpinan kerajaan negeri dan mengambil langkah melindungi
kehormatan wanita yang sangat diambil berat oleh ajaran Islam. Untuk tujuan
tersebut, papan iklan (billboard) yang memaparkan wajah wanita sekitar bandar
Kota Bharu ditutup dan dipadamkan sebagai mematuhi arahan Menteri Besar
Kelantan. Ini merupakan tindakan awal kerana selepas itu papan iklan berkenaan
telah ditukar dengan yang baru yang tidak lagi memperagakan wanita mendedahkan
aurat. Sebab itu didapati gambar-gambar wanita yang menutup aurat menghiasi
billboard. Rata-rata masyarakat memberikan sokongan kepada langkah tersebut
kerana benar-benar menepati kehendak Islam dan dapat melindungi kepentingan
wanita.
N. Panduan bagi Majlis-majlis Rasmi Kerajaan, Bacaan
al-Fatihah Memulakan Majlis, Masa Memulakan Majlis, Menutup Majlis, Amalan
Menyemat Bunga atau Rozet.
Kerajaan Negeri Kelantan telah menetapkan satu peraturan
yang dapat menonjolkan syiar Islam dalam pengendalian urusan rasmi seperti
majlis-majlis rasmi kerajaan dengan beberapa amalan yang diajar oleh Rasulullah
SAW. Kerajaan Negeri telah mengeluarkan arahan tersebut melalui pekeliling
pentadbiran Islamiah Bil 1 Tahun 1994 yang bertajuk: Garis Panduan Bagi
Majlis-majlis Rasmi Kerajaan, bertarikh 1 safar 1415 bersamaan 10 Julai 1994.
Arahan tersebut ditujukan kepada jabatan-jabatan kerajaan negeri, termasuk juga
MPKB sebagai sebuah kerajaan tempatan. Garis panduan tersebut menetapkan:
Pertama: Memulakan sesuatu majlis dengan membaca surah al-Fatihah dan
mengakhirinya dengan membaca surah al-Asr dan Tasbih Kaffarah. Bacaan doa tidak
diperlukan selepas itu. Kedua: Susunan tempat duduk lelaki dan wanita
diasingkan jika ruang mencukupi, pengasingan secara sebelah menyebelah. Jika
ruang sempit maka wanita ditempatkan di belakang. Ketiga: Amalan menyemat
bunga/rozet dihentikan. Jika hendak diadakan, hendaklah wanita menyemat wanita
dan lelaki untuk lelaki. Keempat: Menghentikan amalan memberikan cenderamata kecuali
buku-buku, risalah-risalah dan penerbitan-penerbitan serta hasil keluaran
sendiri. Kelima: Memulakan majlis selepas solat Zohor dan ditamatkan sebelum
Asar. Jika majlis sebelah pagi, hendaklah ditamatkan sebelum waktu solat Zohor
serta beberapa perincian lain.
Keberkesanan Program
Keislaman MPKB Menurut Perspektif Kakitangan MPKB
Pelbagai program Islam telah diperkenalkan oleh MPKB bagi
merealisasikan dasar “Membangun Bersama Islam” seperti yang dinyatakan di atas.
Persoalan yang menarik di sini ialah sejauhmana pencapaian dan keberkesanan
program keislaman tersebut. Untuk melihat persoalan ini secara lebih dekat,
satu kajian dibuat di kalangan kakitangan MPKB untuk meninjau penerimaan mereka
terhadap pembaharuan Islam tersebut dengan menggunakan satu set soal selidik
yang dirangka bagi memenuhi tujuan kajian ini. Analisis penerimaan yang
diperolehi ini dianggap sebagai jawapan kepada sejauhmana keberkesanan program
keislaman yang telah dijalankan.
Hasil Analisis Deskriptif
Bilangan soal selidik yang dihantar ke MPKB adalah sebanyak
1000 soal selidik dan diterima sebanyak 349 soal selidik. Walau bagaimanapun,
hanya 319 soal selidik sahaja yang diisi dengan lengkap. Jumlah keseluruhan
maklum balas memberikan peratus yang mencukupi iaitu 31.9 peratus. (Peratusan
maklum balas minimum yang diterima pakai ialah 30 peratus).
1. Latar Belakang Responden
Hasil kajian mendapati responden daripada kalangan lelaki
adalah 52.2 peratus, perempuan adalah 43.8 peratus, berumur dalam lingkungan 25 hingga 35 tahun
sebanyak 45 peratus, 36-45 tahun sebanyak 30.3 peratus, 45-56 tahun sebanyak
7.8 peratus, beragama Islam 76.6 peratus, bukan Islam 13.8 peratus. Responden
yang mempunyai tahap pendidikan peringkat SPM adalah paling ramai iaitu 55.3
peratus, diikuti tahap diploma/STPM sebanyak 18.8 peratus, ijazah sebanyak 10
peratus, SRP ke bawah sebanyak 11.3 peratus dan lain-lain sebanyak 4.8 peratus.
Dari segi aliran pendidikan, yang pernah mengikut aliran umum ialah 59.1
peratus dan yang mempunyai pengajian agama ialah 39.1 peratus. Dari segi skim
perkhidmatan, kakitangan sokongan adalah paling ramai iaitu 50.3 peratus,
pengurusan tertinggi 0.9 peratus, pengurusan dan profesional 10 peratus. Dari
segi tempoh perkhidmatan, yang mempunyai pengalaman bekerja dalam lingkungan
lima hingga sepuluh tahun adalah 43.1
peratus, lima tahun ke bawah 15.9 peratus, sebelas hingga lima belas tahun 13.8
peratus dan pengalaman lebih dari dua puluh tahun 16.9 peratus.
2. Islam sebagai Dasar Pentadbiran MPKB
Kerajaan negeri Kelantan di bawah pimpinan Dato’ Nik Abdul
Aziz Nik Mat menjadikan Islam sebagai dasar pentadbiran. Islam adalah akidah
perjuangan Kerajaan Kelantan. Ianya adalah kesinambungan daripada yang dibawa
oleh Nabi Muhammad SAW yang ditegakkan dalam diri individu, keluarga dan
masyarakat sehinggalah menegakkan negara Islam yang mendaulatkan hukum Allah
secara menyeluruh. Hasil kajian mendapati seramai 98.1 peratus responden
menyatakan persetujuan mereka bahawa MPKB telah melaksanakan pembaharuan Islam
selaras dengan dasar kerajaan negeri semenjak tahun 1990 hingga sekarang.
3. Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran
Hasil kajian menunjukkan peratusan responden berkenaan
penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran MPKB adalah tinggi. Seramai 87.2
peratus dan 77.7 peratus responden mengatakan keberkesanan kursus bina insan
pada hari Rabu dan Khamis kepada semua kakitangan lelaki MPKB dan kursus khas
kepada kakitangan wanita pada akhir setiap bulan. Manakala program ceramah
agama pada setiap Khamis sebelum solat Zohor di bengkel MPKB untuk kakitangan
peringkat rendah, usrah bulanan bagi kakitangan bermula waktu Maghrib, dan
kelas tajwid kepada kakitangan wanita sekali seminggu, kebanyakan responden
mengatakan bahawa langkah-langkah yang dijalankan adalah sangat wajar dan
memberi kesan yang positif kepada kakitangan MPKB. Walau bagaimanapun, ada
sebahagian kecil responden yang tidak mengetahui dengan kewujudan
program-program ini.
4. Membimbing Remaja
Remaja merupakan aset negara. Penglibatan remaja dalam
aktiviti yang tidak bermoral akan memberikan kesan negatif kepada negara. Oleh
itu, MPKB telah melakukan beberapa program bagi mengurangkan penglibatan remaja
dalam aktiviti yang tidak bermoral. Dalam kontek ini, seramai 79.7 peratus
responden mengatakan bahawa kursus motivasi Islam kepada pekerja wanita dari
kilang, pasaraya, restoran dan lain- lain pada setiap pagi Jumaat memberi kesan
yang positif dalam membendung remaja daripada terlibat dengan aktiviti yang
tidak bermoral. Operasi nasihat hari Sabtu untuk mengatasi masalah sosial
seperti lepak dan pergaulan bebas mendapat persetujuan ramai (72.4 peratus)
begitu juga operasi dataran MPKB dari jam 9 malam hingga jam 12 malam untuk
mengatasi budaya buruk muda mudi (79.7 peratus). Bagi mengelakkan aktiviti pergaulan bebas
antara muda mudi, MPKB menguatkuasakan larangan berdua-duaan antara lelaki dan
perempuan yang belum kahwin dan menguatkuasakan peraturan memasang lampu dalam
pawagam semasa tayangan dijalankan. Kebanyakan responden mengatakan bahawa
perkara ini sangat wajar dilakukan bagi membendung remaja daripada terlibat
dengan aktiviti yang tidak bermoral.
5. Penghayatan Ibadat
Usaha MPKB meningkatkan penghayatan ibadat telah mendapat
perhatian yang baik daripada responden. Mereka merasa sangat senang hati dan
menyokong program- program tersebut dapat menghidupkan suasana ibadat sehingga
mampu menjadi syiar yang menonjol dalam kehidupan. Hasil kajian menunjukkan
semua program yang dianjurkan mendapat lebih daripada 70 peratus responden yang
menyatakan bahawa ia dapat menghidupkan penghayatan ibadat. Ia menggambarkan
keberkesanan program penghayatan ibadat yang dijalankan oleh MPKB.
6. Kegiatan Dakwah dan Keilmuan
Bagi meningkatkan kefahaman Islam dan penghayatannya di
kalangan warga kota, MPKB telah melaksanakan beberapa pembaharuan. Kajian
menunjukkan bahawa sebahagian besar responden menyatakan keberkesanan program
yang dianjurkan oleh MPKB. Seramai 76.1 peratus responden menyokong aktiviti
pengajian secara tetap di Masjid al-Bara’ah dan majlis sambutan hari kebesaran
Islam kerana ia memberi kesan yang positif kepada warga kota. Begitu juga
dengan dakwah bergerak (Kun Mustami’an) melalui alat pembesar suara pada setiap
pagi hari bekerja, seramai 78.7 peratus responden menyetujui program
tersebut.
7. Mencegah Kemungkaran
Oleh kerana MPKB mahu membersihkan masyarakat daripada kekotoran maksiat dan kemungkaran, ia telah mengambil langkah tegas mencegah atau menyekat perkara- perkara tersebut. Hasil kajian mendapati responden menyokong baik program-program tersebut kerana dikira berkesan dalam mengatasi gejala mungkar dan maksiat yang dibenci oleh Islam. Ini terbukti apabila tidak ada sokongan yang kurang daripada 70 peratus diberikan oleh responden terhadap program-program tersebut. Malah ada program yang mencapai 80 peratus sokongan seperti program larangan iklan wanita mendedahkan aurat dan Enakmen Kawalan Hiburan.
Oleh kerana MPKB mahu membersihkan masyarakat daripada kekotoran maksiat dan kemungkaran, ia telah mengambil langkah tegas mencegah atau menyekat perkara- perkara tersebut. Hasil kajian mendapati responden menyokong baik program-program tersebut kerana dikira berkesan dalam mengatasi gejala mungkar dan maksiat yang dibenci oleh Islam. Ini terbukti apabila tidak ada sokongan yang kurang daripada 70 peratus diberikan oleh responden terhadap program-program tersebut. Malah ada program yang mencapai 80 peratus sokongan seperti program larangan iklan wanita mendedahkan aurat dan Enakmen Kawalan Hiburan.
8. Pengharaman Judi dan Kelab Malam
Kajian menunjukkan bahawa responden sangat bersetuju
pengharaman judi dapat mengurangkan gejala sosial iaitu sokongan 88.3 peratus.
Begitu juga responden sangat menyokong kuat tindakan pengharaman kelab malam
dapat mengurangkan gejala sosial iaitu sebanyak 86.5 peratus.
9. Kebajikan Warga Kota
MPKB sedar bahawa tanggungjawab menjaga kebajikan warga kota
amat besar. Oleh itu pelbagai langkah diambil untuk memberikan khidmat dan
menjaga kebajikan mereka. Kajian menunjukan rata-rata responden menyatakan
sokongan yang tinggi bahawa program kebajikan masyarakat adalah berkesan dan
memberangsangkan di mana semua program tersebut mendapat lebih daripada 70
peratus sokongan.
Penutup
MPKB telah mengambil satu pendekatan pentadbiran yang telus
dengan menjadikan Islam sebagai landasan pembaharuan melibatkan berbagai-bagai
sektor pentadbiran dan pengurusannya. Langkah ini memberikan impak yang besar
kepada kesejahteraan masyarakat dan telah mendapat perhatian yang mendalam
daripada anggota masyarakat terutama kakitangan MPKB sendiri yang mengakui bahawa program- program tersebut
begitu berkesan dan dapat memenuhi tujuan yang telah digariskan oleh pihak MPKB
sendiri, di mana MPKB merupakan badan pelaksana utama kepada polisi kerajaan
negeri Kelantan yang memperkenalkan dasar “Membangun Bersama Islam” sejak tahun
1990 lagi. Semoga pencapaian keislaman dalam pentadbiran dan pengurusan ini
dapat dipertingkatkan oleh MPKB dan dapat diambil manfaat oleh pihak berkuasa
tempatan yang lain. Amin
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.