RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142
Showing posts with label seni. Show all posts
Showing posts with label seni. Show all posts

Friday, 1 May 2015

KASIH SUCI

KASIH SUCI


Perjalanan masih jauh harus kau tempuh
Ku di sini memerhati tanpa rasa sangsi
Jangan gentar ada sabar semai di jiwa
Ku di sini mendampingi agar kau mengerti

Berlarilah kau berlari
Terbanglah dikau terbang tinggi
Bumi yang engkau jejaki
Janganlah dikau lupai

Andai kucapai si pelangi
Akan kuserah kepadamu
Agar dapat kau mewarnai
Seluruh hidup nanti

Yang hitam harus dijauhi
Jangan disimpan dalam hati
Putihkan jiwamu dengan
Kasih suci

Kuterima dirimu dengan seadanya
Dalam suka dalam duka
Kau tetap cahaya
Ku bersyukur pada Yang Esa

Punya segala-galanya
Sederhana tapi oh sempurna
Oh oh oh…

Yang hitam harus dijauhi
Jangan disimpan dalam hati
Agar dapat kau mewarnai
Seluruh hidup nanti

Putihkan jiwamu dengan
Kasih suci.

Sumber: Lirik Lagu Kasih Suci – Amy Mastura 

Thursday, 2 April 2015

DIKIR BARAT WARISAN SENI NEGERI KELANTAN

DIKIR BARAT - PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN TRADISIONAL KELANTAN



Dikir barat
Dikir Barat merupakan satu persembahan   kebudayaan negeri Kelantan yang disampaikan secara berkumpulan. Setiap kumpulan biasanya diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara.

Tukang karut dan Tok Juara akan mendahului nyanyian sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang.

Bagi mengiringi persembahan dikir barat, ianya akan dimainkan muzik latar dengan menggunakan peralatan muzik tradisional seperti, gendang, gong, kercing. Rentak muzik akan dimainkan berdasarkan  lagu pantun tok juara dan juga tukang karut. Disamping itu di kebelakangan ini telah diasamilasikan dengan lagu-lagu kegemaran ramai sepreti lagu rentak rock, joget, zapin, hindustan, dan sebagainya.

Untuk mememberi impak muzik yang lebih baik dan merdu biasanya ia akan dikuti dengan tepukan tangan oleh awak-awak yang mengiringi tok juara dan tukang karut. Bagi memberi perembahan yang lebih menarik kepada penonton cara tepukan tangan dilakukan dengan lemah gemalai dan mempunyai lentukan tubuh  para awak-awak yang lemah gemalai seperti satu bentuk tarian tradisional.

Maklumat lanjut mengenai dikir barat
Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung kampung dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas - balas pantun dan diikuti oleh awak awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang. 

Lagu yang dipersembahan oleh tok juara adalah menggunakan rentak lagu terkini yang disukai ramai. Seni kata lagu digubah sebegitu rupa untuk memberi kemerduan apabila orang mendengarnya dan juga penuh dengan nasihat dan kiasan kepada apa jua isu yang ada dalam masyarakat. Disini melihatkan bahawa masayarak Melayu Kelantan semenjak zaman tok nenek kita dahulu lagi adalah orang-orang yang berilmu serta mempunyai daya pemikiran yang kreatif. Kerana mereka mengguna media dikir barat yang dianggap sebagai salah satu persembahan hiburan tetapi diselitkan dengan pelbagai nasihat yang amat berguna kepada para pendengar.Terutamanya AKANberkenaan isu-isu semasa yang sedang diperkatakan dalam masyarakat.

Dikir barat ini boleh dipersembahkan sebagai hiburan atau pun dipertandingkan. Permainan ini biasanya dimainkan oleh masyarakat di musim menuai padi dan juga di majlis perkahwinan. Pertandingan selalunya diadakan oleh persatuan-persatuan belia tempatan, badan-badan kerajaan ataupun orang-orang tertentuu

untuk mengutip wang. Dikir Barat adalah permainan yang baru jika dibandingkan dengan teater tradisional yang lain. Perkembangannya sukar diatasi kerana ianya sering menerima perubahan dari bentuk persembahannya dari masa ke semasa mengikut perkembangan zaman. Perkataan Dikir ialah hasil dari dua kombinasi seni iaitu Dikir dan pantun atau dikir dan karut. Pengertian "Karut" itu sendiri ialah dari istilah mengarut dalam bentuk pantun atau syair. Jadi Dikir Barat, Dikir Karut, Dikir pantun dan Dikir Syair adalah sama ertinya. Sungguhpun begit  satu keunikan dikir barat adalah pantun dan karut yang di persembahan  oleh tok jora dan tukang karung adalah ungapan kata-kata yanga disulami dengan bunga bahasa yang dinyanyikan secara merdu dan memposonakan. Lirik lagu lebih kepada pantun yang ungkapan di hujung ayat mempunyai bunyi vokal yang sama ; contoh

" Dan jadi gini ambo tak caro maro,
Habis harta bini ambi ambo mintok dengan tok tuo. "



Ia juga penuh dengan ungakapan kata nasihat dan kritikan kepada segala isu yang berada dalam masyarakat. Ini amat memberi kesan sekali sebagai satu media untuk mengkritik segala kepincangan yang berlaku dalam masyarakat atau juga memberi nasihat kepada beberapa isu yang sedang berlegar dalam kelompok masyarakat. Inilah keunikan dikir barat dan juga melambangkan kebijakasanaan tok nenek moyang kita masyarakat melayu Kelantan.

Satu kelebihan dikir barat dimana ianya merupakan satu hiburan bagi masyarakat pada masa dahulu ( yang tidak ada TV, radio dan lain-lain) ianya didapati tidak bertentangkan dengan kehendak syariat.
sesuai dengan negeri kelantan yang di beri nama julukan  "Serambi Mekah". Dengan itu kumpulan dikir barat  terdiri dari perserta lelaki sahaja, alat muzik sperti rebana, gendang, gong dan kercil adalah alat-alat muzik yang dibernarkan oleh syariat ( pendapat Jummu ulamak).

Walaubagaimanapun di Kelantan ianya lebih terkenal dengan Dikir Barat dan di Selatan Thai dengan Dikir Karut.


sumber : Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas