Semenjak lima belas abad yang
lalu Nabi Muhammad SAW telah memperingatkan kita bahawa akan datang suatu masa
dimana badai fitnah akan menyelimuti dunia sehingga mengancam iman umat Islam.
Semenjak dahulu Al-Quran telah
memperingatkan kita akan fitnah yang ditimbulkan oleh musuh-Nya dan musuh
orang-orang beriman, iaitu syaitan. Bahkan Allah mengkaitkannya dengan
peristiwa fitnah pertama yang menimpa nenek moyang manusia, yakni Nabiyullah
Adam A.S.
“Hai
anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat di-fitnah (ditipu) oleh syaitan
sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga.”
(Surah Al-A’raf 27)
Syaitan merupakan musuh yang
nyata yang sepatutnya senantiasa diperlakukan sebagai musuh. Dihadapi dengan
penuh waspada, tanpa sebarang kerjasama dan menggunakan “senjata” yang
mencukupi. Bukan sebaliknya, dihadapi dengan keadaan sambil lewa, tanpa
persenjataan yang mencukupi.
“Sesungguhnya
syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuhmu, kerana sesungguhnya
syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni
neraka yang menyala-nyala.” (Surah Fathir 6)
Dan perlu diingat bahawa musuh
kita ini terdiri dari dua golongan makhluk, iaitu manusia dan jin. Inilah yang
membuat pertarungan orang beriman menghadapi mereka menjadi sangat berat. Sebab
kita hanya mampu mengesan salah satu di antara keduanya sedangkan yang satu
lagi sungguh sukar, kecuali jika Allah izinkan.
“Dan
demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan
(dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin.” (Surah Al-An’aam 112)
Peringatan Nabi
Lima belas abad yang lalu Nabi Muhammad SAW telah memperingatkan kita bahawa akan datang suatu masa dimana badai fitnah akan menyelimuti dunia sehingga mengancam iman umat Islam. Dan badai fitnah itu menjadikan dunia sedemikian gelapnya sehingga seorang muslim rela menjual agamanya yang mahal demi memperoleh kesenangan dunia yang murah. Sungguh suatu sikap yang hina dan berbahaya.
Nabi SAW. bersabda: “Bersegeralah beramal sebelum datangnya
fitnah seperti sepenggalan malam yang gelap gulita, seorang laki-laki diwaktu
pagi masih mukmin dan diwaktu petang telah menjadi kafir, dan diwaktu petang
masih beriman dan paginya menjadi kafir, ia menjual agamanya dengan kesenangan
dunia” (Riwayat Ahmad - 8493)
Sedarkah kita bahawa salah satu
perkara penting yang sering diabaikan oleh umat Islam ketika ini ialah betapa
terancamnya keadaan iman kita? Sedarkah kita bahawa aneka serangan alghazwu al-fikri
(perang pemikiran atau the battle of hearts and minds) secara sistematik
berlangsung setiap hari merosakkan kesempurnaan iman pada diri, anak dan isteri
kita? Kian hari kian terasa betapa zaman yang sedang kita jalani dewasa ini
merupakan bahagian zaman yang penuh dengan fitnah. Inilah zaman yang telah
di-nubuwwah-kan oleh Rasulullah Muhammad s.a.w. dalam hadis baginda yang
berbunyi:
Bersabda Rasulullah SAW. “Hampir
tiba masanya kalian diperebutkan seperti sekumpulan pemangsa yang memperebutkan
hidangannya.” Maka seseorang bertanya: ”Apakah kerana sedikitnya jumlah kita?”
”Bahkan kalian banyak, namun kalian seperti buih dipermukaan air. Dan Allah
telah mencabut rasa gentar dari dada musuh kalian terhadap kalian. Dan Allah
telah menanamkan dalam hati kalian penyakit Al-Wahan.” Seseorang bertanya: ”Ya
Rasulullah, apakah Al-Wahan itu?” Nabi shollallahu ’alaih wa sallam bersabda:
”Cinta dunia dan takut akan kematian.” (Riwayat Abu Dawud)
Penyakit Al-Wahan atau ”Cinta
dunia dan takut akan kematian” cukup hebat menguasai umat Islam dewasa ini.
Penyakit ini muncul dikeranakan hebatnya pengaruh musuh Islam. Mereka memang
sangat canggih dalam menguasai berbagai bidang kehidupan berkaitan urusan
kehidupan dunia. Namun soal kehidupan sejati di akhirat kelak, mereka sangatlah
lalai dan tidak peduli bahkan tidak mempercayainya. Dunia secara global dewasa
ini sedang dikendalikan seumpama bangsa Ruum (Rom) atau Barat. Dan Allah
menggambarkan peradaban Ruum di dalam surah Ar-Ruum sebagai berikut:
“Mereka hanya mengetahui yang
lahir (sahaja) dari kehidupan dunia; sedang mereka tentang (kehidupan) akhirat
adalah lalai.” (Surah Ar-Ruum ayat 7)
Para pemimpin Ruum Moden ini
dengan gencar, sistematik dan penuh kesungguhan berusaha keras menyebarkan
faham materialisme dan sekularisme yang menjadi falsafah hidup mereka kepada
segenap penduduk bumi. Tanpa kecuali umat Islam di dalamnya. Dengan segenap
kemudahan dan prasarana yang dimiliki mereka berusaha menjadikan setiap orang
yakin bahawa hanya dengan menimbun materilah kebahagiaan bakal diperoleh. Hanya
dengan memisahkan urusan dunia dari nilai-nilai agama atau keimananlah manusia
akan mencapai kebebasan sejati.
Ertinya, mereka berusaha
menularkan nilai-nilai kekufuran yang ada dalam diri mereka kepada siapa saja,
termasuk kita yang asalnya beriman. Sehingga tidak sedikit umat Islam di
berbagai belahan dunia mulai mengikut pandangan hidup pemimpin Ruum moden
dewasa ini. Hal ini sebagaimana diramalkan oleh Nabi Muhammad SAW:
Rasulullah SAW bersabda:
“Sungguh, kalian benar-benar akan mengikuti tradisi atau kebiasaan orang-orang
sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehingga
sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawakpun kalian pasti akan mengikuti
mereka.” Kami bertanya; “Wahai Rasulullah, apakah mereka itu kaum Yahudi dan
Nasrani?” Beliau menjawab: “Siapa lagi kalau bukan mereka.” (Riwayat Muslim -
4822).
Fitnah Politik
Di dalam bahasa Arab fitnah juga dikenali dengan perkataan buthan, iaitu menghebahkan berita yang tidak benar mengenai sesuatu. Kesan fitnah sering kali membawa kepada kucar-kacir, pertelingkahan, permusuhan dan malah juga ada ketika membawa pertumpahan darah.
Di dalam bahasa Arab fitnah juga dikenali dengan perkataan buthan, iaitu menghebahkan berita yang tidak benar mengenai sesuatu. Kesan fitnah sering kali membawa kepada kucar-kacir, pertelingkahan, permusuhan dan malah juga ada ketika membawa pertumpahan darah.
Dalam al-Quran Allah SWT
mengingatkan dalam firmanNya yang bermaksud:
“(Ingatlah)
diwaktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan
dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga dan kamu menganggapnya
suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah benar.”
(Surah An-Nur ayat 15).
Rasulullah juga bersabda yang
bermaksud:
“Celakalah bagi orang yang bercerita kepada kaum tentang kisah bohong dengan maksud agar mereka tertawa. Celakalah dia... celakalah dia.” (Riwayat Abu Dawud dan Ahmad).
“Celakalah bagi orang yang bercerita kepada kaum tentang kisah bohong dengan maksud agar mereka tertawa. Celakalah dia... celakalah dia.” (Riwayat Abu Dawud dan Ahmad).
Sekarang ini fitnah sebegini
telah di komesilkan melalui rancangan Raja Lawak. Ianya menjadi satu Rancangan
yang diminati ramai dengan penyertaan dari pelbagai perinkat umur. Bukankah ini
bersamaan dengan ingatan yang pernah diberikan oleh Rasulullah s.a.w. semenjak
1400 tahun lalu telah jadi kenyataan.
Mengulas perlunya umat Islam
berhati-hati dengan fitnah, Dr Maslee Malik, pensyarah di Kuliah Ilmu Wahyu dan
Sains Kemanusiaan, Universiti Antarabangsa (UIAM) mengingatkan walaupun fitnah
sikap semula jadi manusia, namun Islam sebagai agama fitrah yang telah
diutuskan kepada Nabi Muhammad SAW berusaha mengawal dan mengekang perbuatan fitnah
serta mengawal impaknya kepada masyarakat.
“Maka sistem akhlak dan juga
beberapa sistem hukum Islam merupakan bahagian dari usaha Islam mengawal
perbuatan memfitnah,” ujar beliau ketika ditemui di Auditorium Kumpulan Media
Karangkraf, selepas mempengurusikan program wacana Fitnah Ancaman Umat Akhir
Zaman.
Menurut Maszlee, dalam banyak
ayat dalam al-Quran dan Hadis, fitnah dikategorikan sebagai dosa besar, sikap
orang zalim, sikap orang munafik dan musuh Islam. Ini kerana fitnah juga
menjadi senjata golongan musyrik Makkah semasa menantang dakwah Rasulullah.
Malah fitnah juga faktor kepada penghalang hidayah Islam dan kebaikan yang
universal.
Tegas Maszlee lagi, di dalam
agama-agama lain perbuatan fitnah juga diharamkan. Malah di dalam kerangka
moral pemikiran sekular pasca kebangkitan Eropah, isu fitnah dilihat sebagai
perbuatan yang menyalahi moral. Seiring dengan itu pelbagai undang-undang dilahirkan
demi mengawal perbuatan fitnah dan juga mengurangkan implikasinya kepada
masyarakat.
“Malangnya fitnah juga bukanlah
sesuatu yang asing dalam budaya politik islam dan Melayu. Seawal zaman Khalifah
Sayidina Uthman, fitnah menjadi punca keretakan dalam pemerintahan Islam,”
jelas Maszlee.
Maszlee yang juga merupakan
mantan Presiden Durham University Islamic Society 2009-2010, juga mengungkapkan
bahawa dalam sejarah politik Melayu, fitnah menjadi senjata ampuh para pelaku
politik untuk saling menjatuhkan antara satu sama lain. Sistem feudal yang jauh
daripada roh dan keadilan, juga telah menjadi penyebab bagaimana fitnah telah
mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa.
“Kisah Hang Tuah yang difitnah
sehingga membawa kepada arahan bubuh ke atas diri beliau, dan menyebabkan kacau
bilau disebabkan Hang Jebat adalah di antara contoh yang paling jelas,” ujar
Maszlee.
Malah menurut Maszlee terdapat
pelbagai kisah lagi seperti kisah Sultan Mahmud mangkat dijulang, kisah
Mahsuri, Kisah Hang Nadim dan lain-lain kisah yang serupa di dalam sejarah
Melayu telah menjadi bukti bahawa fitnah menjadi sebahagian bentuk rentak
politik Melayu.
“Budaya politik fitnah ini
nampaknya tidak mengenal kaum dan juga kumpulan. Sama ada pihak yang memerintah
atau pembangkang, tidak terlepas dari penyakit yang berbahaya ini. Sampai
masanya budaya fitnah yang boleh menghancurkan tamadun bangsa ini dibersihkan
dengan kembali kepada kefahaman agama dan petunjuk yang telah diajarkan oleh
Rasulullah dalam bermuamalah,” tegas Dr Maszlee Malik.
Kesimpulan: mehisbah diri kita supaya tidak terlibat dengan perbutan fitnah ini yang akan meghapuskan pahala amal ibadat kita..... beringatlah sebelum hendak 'shre' sebarang isu di media sosial, buat analisa secara mendalam sejauhmana isu itu terlibat dengan fakta yang kurang tepat yang boleh diketogarikan sebagai FITNAH
Kesimpulan: mehisbah diri kita supaya tidak terlibat dengan perbutan fitnah ini yang akan meghapuskan pahala amal ibadat kita..... beringatlah sebelum hendak 'shre' sebarang isu di media sosial, buat analisa secara mendalam sejauhmana isu itu terlibat dengan fakta yang kurang tepat yang boleh diketogarikan sebagai FITNAH
oleh.
Dr Maszlee Malik,
Pensyarah Kuliah Ilmu Wahyu
dan Sains Kemanusian UIAM.
Sumber :
Mimbar
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.