FITNAH
Bertaqwalah
kepada Allah SWT dan ingatlah sekelian bahawa keselamatan dan kebahagiaan kita
hanya bergantung kepada keimanan dan ketaqwaaan kita kepada Allah SWT
semata-mata.
Dalam
arus pembangunan dan kemajuan, yang pesat di jalankan dewasa ini, umat Islam
perlu berhati-hati agar mereka tidak terjatuh ke dalam fitnah yang berlaku
secara terang-terangan di hadapan mata mereka serta yang berlaku tanpa di
sedari dan tanpa dilihat dengan mata kasar mereka. Islam tidak memusuhi
kemajuan dan pembangunan yang dilakukan oleh manusia tetapi Islam menetapkan
agar pembangunan dan kemajuan di asas dan dikawal oleh keimanan dan ketaqwaan
kepada Allah SWT.
Allah
SWT telah menegaskan dalam surah al Anfal ayat 28, yang bermaksud:
"Dan ketahuilah kamu bahawa sesungguhnya harta-harta kamu dan
anak-anak kamu adalah fitnah (ujian). Dan sesungguhnya Allah di sisiNya balasan
yang sangat besar."
Harta
benda dan anak-anak adalah nikmat daripada Allah SWT sekiranya di urus dan
dijaga dengan baik dan mengikut dasar-dasar yang ditetapkan oleh Islam.
Seandainya harta benda dan anak-anak tidak diurus dan dijaga dengan baik
seperti yang dikehendaki Islam, ia boleh memudaratkan kehidupan seseorang
muslim dari segi keimanan dan ubudiyah-nya kepada Allah SWT dan boleh berlaku
kelalaian dalam melaksanakan tanggung-jawabnya sebagai Muslim.
Awaslah
sentiasa dengan fitnah-fitnah yang berlaku melalui percakapan, fitnah
pekerjaan, fitnah aqidah dan ideologi yang menyesatkan, fitnah menyaksikan
kemungkaran dan maksiat yang berlaku di hadapan mata kerana semua bentuk fitnah
tersebut boleh menghalang dan menyekat pembangunan dan perlaksanaan Islam
sebagai ad-din (sistem hidup). Umat Islam sendiri boleh menghakis keimanan dan
ketaqwaan kita dan sekaligus melemahkan ubudiyah kita kepada Allah SWT. Dalam
usaha menyekat fitnah-fitnah ini kita perlu memahami dua perkara asas :
1.
Memahami Islam sebagai ad-din melalui sumber-sumber yang muktabar atau dalam
pengertian lain yang lebih khusus, memahami Islam malalui al-Quran dan Sunnah
ar-Rasul SAW. Mempelajari Islam daripada ulamak-ulamak yang jelas
kefahaman mereka mengenai Islam serta keiltizaman mereka dengan ajaran
Islam
dalam sebarang suasana. Dalam memahami Islam kita perlu belajar dan berakhlak Islam serta iltizam dengan ajarannya.
dalam sebarang suasana. Dalam memahami Islam kita perlu belajar dan berakhlak Islam serta iltizam dengan ajarannya.
2.
Memahami keadaan yang ada sama ada Islamik atau tidak. Dalam perkataan lain
memahami realiti dari segi aqidahnya, ibadahnya, syariatnya, akhlaknya dan
nilai-nilai lain. Adakah ia berasaskan Islam atau pun tidak?
Rasulullah
SAW mengingatkan kita agar mengelakkan diri daripada terjatuh dalam fitnah yang
menimpa umatnya laksana malam yang gelap gelita dengan sabda baginda yang
bermaksud:
"Bersegeralah kamu mengerjakan amalan-amalan bagi menolak
fitnah yang datang seperti kegelapan malam yang gelap gelita. Pada sebelah pagi
seseorang itu beriman dan pada sebelah petangnya ia menjadi kafir dan pada
sebelah petangnya ia beriman dan pada sebelah paginya ia menjadi kafir. Dia
menjual agamanya dengan harta benda dunia."
Sabda
Rasul SAW lagi berhubung dengan fitnah yang bermaksud:
"Masa akan menjadi dekat (pendek), ilmu akan diangkat, fitnah
akan lahir, dicampakkan akan sifat bakhil dan berlaku dengan banyaknya ‘harju’.
Maka mereka bertanya: Wahai Rasul, apakah maksud harju. Baginda menjawab: harju
adalah pembunuh."
Sebenarnya
apa yang dinyatakan oleh Rasul SAW di dalam hadis baginda, telahpun berlaku di
dalam realiti kita hari ini. Ilmu telah diangkat atau ditarik balik. Ilmu yang
dimaksudkan ialah ilmu ad-din atau ilmu syarak yang boleh memandu orang Islam
kepada kebenaran, ilmu yang boleh menyelamatkan mereka daripada azab api neraka
di akhirat kelak. Selain itu berlaku pembunuhan di sana sini.
Di
dalam realiti sekarang, sungguh kurang ulamak-ulamak rabbaniyun (ulamak-ulamak
yang takut kepada Allah SWT) yang memuliakan sifat-sifat zuhud, wara' dan
sentiasa mengikut panduan Ilahi, menjadikan baginda SAW dan khulafa ar-Rasyidin
sebagai panduan dan ikutan mereka, beramal dengan panduan al- Quran yang
berbunyi: "Sesungguhnya pada diri Rasul SAW itu ikutan yang baik
bagi kamu" dan beramal dengan hadis yang bermaksud:
"Hendaklah kamu beramal dengan sunnahku dan sunnah khulafa
ar-Rasyidin, Mahdiyin selepas aku dan gigitlah ia dengan geraham kamu (yakni
peganglah kuat-kuat dan janganlah lepaskan dia.
Untuk
menjaga diri daripada terjatuh ke dalam keadaan fitnah atau pengaruh kebatilan,
Huzaifah pernah berkata kepada Rasul SAW dengan katanya: "Adakah selepas
kebaikan ini akan datang pula kejahatan?" Baginda menjawab; ‘Ya’, ada
tetapi bercampur dengan ‘dakhan’". Huzaifah bertanya, "Apakah
‘dakhan’ itu?". Baginda menjawab, "Kaum atau golongan yang
mengambil sunnah yang lain daripada sunnahku dan mengambil petunjuk lain
daripada petunjukku. Kamu kenal mereka dan hendaklah kamu tentang mereka".
Huzaifah bertanya lagi, "Apakah selepas ini ada keburukan lagi?"
Baginda menjawab, ‘Ya’ ada iaitu pendakwah-pendakwah di tepi pintu meraka.
Barangsiapa yang menyahut dakwah mereka, mereka akan menolaknya ke dalam
neraka." Kata Huzaifah, "Bolehkah beri tahu sifat mereka, wahai Rasul
SAW?" Baginda bersabda, "Mereka adalah sama warna kulitnya dengan
kamu dan bercakap dengan bahasa kamu".
Sidang
Jumaat yang dihormati sekelian,
Rasul
SAW memberi tahu umatnya tentang fitnah kehilangan sifat amanah dan paling
susah untuk mendapat seorang yang bermaksud beramanah. Sabda Rasul SAW
bermaksud:
"Seorang manusia masing-masing membuat janji dan hampir tidak
terdapat seorang pun yang menunaikan janjinya."
Seterusnya
Rasul SAW menjelaskan bagaimanakah amanah Allah Subhanahu Wata’ala
disia-siakan. Suatu hari seorang Arabi datang menemui Rasul SAW dan bertanya,
"Bilakah akan berlaku kiamat?" Maka baginda menjawab, "Bila
amanah di sia-siakan maka tunggulah kiamat (kehancuran)." Arabi itu
bertanya lagi, "Bagaimanakah amanah disia-siakan?" Rasul SAW
bersabda, "Sekiranya sesuatu urusan itu diserahkan kepada bukan ahlinya
maka tunggulah kiamat (yakni kehancuran)."
Bagi
menyekat fitnah yang menyerang umat Islam dari segenap penjuru, maka perlulah
umat Islam hari ini memperkuat dan memeperkemaskan benteng pertahanan mereka
supaya tidak mudah terpedaya dengan segala macam fitnah yang disebutkan tadi.
Firman Allah SWT dalam surah al-AnFal ayat 25 bermaksud:
"Jagalah olehmu akan fitnah yang tidak menimpa ke atas mereka
yang zalim semata-mata dan ketahuilah bahawa Allah sangat dahsyat siksaan
Nya."
Wallahu’alam.
Sumber
: Mimbar Jumaat
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.