Pepatah Melayu: Gunting Dalam Lipatan, Musuh Dalam Selimut
dan Musang Berbulu Ayam
Kita sering dengar pepatah seperti gunting dalam lipatan,
musuh dalam selimut dan musang berbulu ayam. Kenapa pepatah seperti ini begitu
sinonim dengan kehidupan seharian kita? Masyarakat melayu menggunakan alatan
atau sesuatu yang mudah disebut seperti gunting, lipatan, musuh, selimut,
musang dan ayam menjadikan pepatah ini senang diingati. Semua ini ada dalam
kehidupan kita sehari-hari. Peranan saja berbeza. Kenapa gunting berada dalam
lipatan? Kenapa musuh dalam selimut dan kenapa musang berbulu ayam? Persoalan
ini perlu dikupas dengan telilti bagi mengambarkan hubungkaitnya dengan
kehidupan terutama orang melayu dulu, sekarang dan akan datang.
1. Gunting Dalam Lipatan
Pepatah ini kita pelajari sejak dari sekolah rendah,
menengah dan juga diperingkat yang lebih tinggi. Pepatah ini membawa makna yang
mudah dan ringkas. Maknanya dalam bahasa mudah seperti membinasakan sahabat
atau bangsa sendiri.
Gunting adalah objek tajam yang boleh digunakan untuk memotong
kain, kertas, rambut dan apa saja yang lebut. Gunting tidak dapat memotong
benda-benda keras seperti kayu, besi dan batu. Peliknya kenapa tidak ada
pepatah yang berbunyi gunting dicelak kayu atau batu? Kenapa mesti dalam
lipatan? Lipatan itu pula tidak disebut samada lipatan kain atau kertas. Paling
penting sesuatu benda yang boleh dilipat. Bila berada dalam lipatan pastinya
sukar untuk dilihat. Boleh mendatangkan bahaya kepada sesiapa saja kerana
ketajaman gunting yang berada dalam lipatan itu boleh mencederakan anggota
seperti tangan, kaki atau apa saja sekiranya tersepak, terpijak dan sebagainya.
Gunting boleh menjadi alat membinasakan. Gunting ini ibarat sesuatu unsur yang
boleh membinasakan sahabat atau sesuatu bangsa.
2. Musuh Dalam Selimut
Maksud pepatah ini adalah yang berada dekat, dalam kumpulan
atau yang paling hampir dengan kita. Apakah motif musuh berada dalam selimut
kita? Apakah mereka merancang sesuatu yang kita tidak sedari? Walau apapun
inilah yang dikatakan musuh, mereka akan berbuat apa saja demi mencapai
matlamat iaitu menghancurkan atau memusnahkan kita dengan apa cara sekalipun.
Mungkin kerana hasad, dengki dan juga demdam yang membara. Mereka akan cuba
sedaya upaya untuk berada dekat dengan kita. Musuh seperti ini amat sukar untuk
dihidu atau dikesan kerana mereka bijak menggunakkan segala ruang dan
persekitaran untuk menyelinap dalam kehidupan kita seharian.
Musuh seperti ini adalah musuh yang kita kenali. Sering
bersama kita walau di mana saja. Mereka sebenarnya ada niat untuk melakukan
sesuatu supaya seperti menggagalkan misi atau apa yang kita rancang. Mereka
suka bila kita gagal dan kegagalan itu akan menyebabkan kita rugi atau terpaksa
menanggung malu. Mereka tidak peduli soal hati dan perasaan kita. Mereka
melakukannya tanpa ada rasa simpati atau belas kasihan. Mereka hanya tahu kita
akan gagal, musnah dan hancur. Mungkin kosnya juga terlalu tinggi. Mungkin ada
yang terpaksa mempertaruhkan nyawa. Tetapi musuh seperti ini tidak peduli
walaupun terpaksa merampas segala milik kita demi perjuangan dan matlamat
mereka.
3. Musang Berbulu Ayam
Kenapa musang saja yang berbulu ayam? Adakah ayam perlu
berbulu musang? Kedua-duanya berkaitan penyamaran di mana orang jahat menyamar
sebagai orang baik.
Sumber : Azaman
Yusoff
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.