23 Mei 2015
adalah hari perlawanan akhir Piala FA diantara pasukan The Red Worrior (Kelantan)
dan Lions XII (Singapura). Bagi memberi sokongan kepada pasukan, peminat dari
Kelantan telah membeli tiket 30,000 dalam tempoh 2 jam sahaja semasa jualan di
Stadium Sultan Muhammad VI Kota Bharu.
Inilah
kelebihan orang Kelatan yang akan bersatu untuk memberi sokongan kepada Pasukan
Bola Kelantan. Mereka akan bekerjasama dan saling bantu-membatu tampa mengira
parti politik, puak, daerah mana sekalipun. Ini adalah satu permainan sukan
yang diminati oleh pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira darjat, umur,
kedudukan semuanya minat bola sepak.
Dianggarkan 50,000 orang rakyat Kelantan akan memenuhi Stadium Bukit Jalil pada
malam Sabtu ini.
Dalam pada
itu terdapat suara-suara sumbang dari kalangan yang berfikiran sempit,
mengatakan pemainan bolak sepak adalah perkara lagha, sia-sia dan tidak
berfaedah. Mereka menganggap ianya adalah satu permainan yang merugikan masa
dan tidak diharuskan oleh Islam.
Untuk itu
saya cuba mendapat fatwa berhubung dengan permainan bola sepak dan hasil kajian
mendapati ianya satu permaian yang di haruskan oleh Islam berdasarkan
hujah-hujah berikut:
Dibolehkannya
Berlatih Bola Sepak dan Manfaat-Manfaatnya dan tidak ada satu nas yang sahih
tentang larangan bermain bola sepa.
“Sukan bola
sepak termasuk hal-hal yang dibolehkan kerana kami tidak mengetahui satu
dalilpun yang mengharamkannya. Hukum asal kepada segala sesuatunya adalah mubah
atau boleh, bahkan tidak menutup kemungkinan bahwa latihan sepak bola termasuk
mustahab (disukai) jika yang berlatih adalah orang Islam agar kuat jasmaninya
dan memperoleh semangat dan keyakinan dalam hidup. Syari’at Islam sangat
menyukai mengambil faktor-faktor yang boleh menguatkan badan agar dapat
berjihad. Telah nyata sabda Rasulllah SAW::
“Orang yang
beriman yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang yang
beriman tapi lemah dan pada keduanya terdapat kebaikan.”( Hadits Riwayat Muslim)
Syaikhul
Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata : “…dan dalam permainan bola, apabila
pemainnya bertujuan mengambil manfaat, iaitu agar kuat fizikal kuda dan
penunggangnya dalam erti lain lebih lincah dan kuat dalam menyerang, lari,
masuk, keluar dan sebagainya dalam medan jihad yang telah diperintahkan oleh
Allah dan Rasul-Nya, maka yang demikian adalah baik. Akan tetapi jika dalam
permainan tersebut mengandungi bahaya bagi kuda dan penunggangnya maka semua
itu dilarang.” (Mukhtasharul Fatawa Al Mishiah hal 251 dan telah dinukil oleh
Syaikh Hamud At Tuwaijiri rahimahullah dan dalam kitab Al Idlah wat Tabyin hal
197 :
Dan dari hal
yang patut untuk disebutkan disini adalah bahawa (bola sepak) telah dikenali di
dalam kitab-kitab para ulama kita terdahulu, dengan nama-nama yang
berbagai-bagai di dalam kitab-kitab bahasa mereka seperti Al Kujjah, Al Buksah,
Al Khazafah, At Tun, Al Ajurrah, Ash Shaulajan dan Al Kurrah (lihat Al Qamusul
Muhith dan Lisanul Arab)).
Syaikh
Muhammad Sholeh Utsaimin rahimullah lebih memperincikan lagi hukum yang berkaitan
dengan sukan bola sepak, beliau berkata : “Sukan olahraga itu boleh, selama
tidak melalaikan kewajipan. Jika sehingga melalaikan kewajipan, maka olahraga
tersebut adalah haram. Apabila seseorang mempunyai kebiasaan menghabiskan
sebagian besar waktunya di dalam olahraga, maka sesungguhnya dia telah
mensia-siakan waktu, minima keadaannya di dalam hal ini adalah makruh.
1) Adapun
pemain olahraga yang hanya mengenakan seluar pendek sehingga terlihat paha atau
sebahagian besar auratnya, maka hal itu tidak boleh. Dan yang benar adalah
wajib bagi para pemuda (pemain, pengadil,penjaga garisan) adalah menutup aurat
mereka dan juga tidak dibolehkan menyaksikan para pemain yang terbuka pahanya
(auratnya). (As-ilah Muhmalah hal 27, terbitan Dar Ibnul Qayyim, Damman. Telah
keluar fatwa yang serupa dari Lajnah Ad Daimah Lil Buhuts Alilmiah wa Ifta’ di
Arab Saudi fatwa no. 2857 pada tanggal 8/3/1400H, fatwa no. 3323 tanggal
19/12/1400H, fatwa no. 4967 tanggal 20/9/1402H, ditanda tangani oleh Syaikh Bin
Baz, syaikh Abdurrazaq ‘Afifi, Syaikh Abdullah Ghudaiyan dan Syaikh Abdullah
bin Qu’ud)
1) Makruh:
sangat dibenci, hukum makruh boleh diidentitikan dengan haram, lihat firman
Allah dalam surat Al Isra’ ayat 22-38, hendaknya fatwa Asy Syaikh Utsaimin ini
dapat direnungkan dengan baik dan diambil pelajaran daripadanya,
Kesimpulannya
hokum bermain bola sepak adalah harus, tetapi waktum permainan perlu di jaga
supaya tidak menyebakan pemain dan penonton lalain dalam menunaikan solat 5
waktu. Cuma satu perkara yang perlu diberi penekan tetang pakaian yang menutup
aurat di kalangan pemain dan pengadil dan penjaga garisan perlu ambil tindakan
sewajarnya supaya dapat menutup aurat.,
Wallahu’alam.
Sumber :
Posted by mohd masri
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.