Kota Bharu: Pasukan bola sepak Kelantan selamat tiba di
Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, kira-kira 11 pagi tadi dan disambut
sekumpulan penyokong mereka.
Rombongan The Red Warrior berlepas dari Lapangan Terbang
Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini, menaiki penerbangan Firefly
kira-kira 10 pagi tadi.
Turut serta dalam penerbangan itu Ketua Jurulatih Mohd
Azraai Khor Abdullah dan pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).
Mohd Azraai ketika dihubungi berkata, jadual aktiviti hari
ini agak padat dengan beberapa perbincangan akhir bersama pengurusan dan
pemain.
"Kita juga ada latihan pada 6 petang nanti tapi hanya
sejam sahaja. Pemain perlu berehat dan mempersiapkan diri untuk perlawanan
esok.
"Ketika ini moral pemain sangat tinggi dan kita akan
pastikan esok dapat beraksi dengan terbaik dan membawa pulang Piala FA,"
katanya.
Kelantan akan bertemu Lions XII dalam perlawanan akhir Piala
FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Mei 2015 @
12:42 PM - My Metro
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.