Tanggungjawab Suami
Islam telah meletakkan
landasan yang jelas terhadap sesebuah ikatan perkahwinan,iaitu
pembinaannya mestilah di atas asas agama,bukannya nafsu semata-mata.Oleh
itu,rumahtangga yang harmoni dan bahagia akan terbentuk melalui rasa
tanggungjawab masing-masing dengan sempurna,kerana perkahwinan yang
diikat melalui akad perkahwinan bertujuan membentuk peribadi dan
mengajak pasangan tersebut supaya berkongsi pendapat,masa,cara hidup untuk
sama-sama menunaikan tanggungjawab masing-masing kearah keluarga yang bahagia
mengikut gasipanduan yang ditetapkan oleh Allah atau Islam.
Keluarga yang baik dan
harmoni akan dapat melahirkan masyarakat yang baik juga,melalui proses
pembentukan peribadi dan jiwa anak-anak,yang mana semua itu bermula daripada
sebuah keluarga.Masyarakat dan negara tidak akan maju dan tidak sempurna jika
ahli keluarga yang mendiami sesebuah negara itu pincang.
Justeru
itulah,rumahtangga yang aman dan harmoni dapat dicapai melalui kerjasama dan
tanggungjawab yang baik sesama mereka,seperti berkasih sayang,sabar,tolak ansur
dan wujudnya persefahaman.Untuk mempastikan kerukunan sesebuah rumahtangga dan
keluarga,Islam menggariskan peraturan tertentu yang merupakan tanggungjawab suami
dan isteri,iaitu:
Tanggungjawab Suami
Suami adalah ketua
keluarga.Antara tanggungjawab suami terhadap isteri dan keluarganya,ialah:
- Wajib memberikan nafkah kepada
isterinya selagi ia memberi kesetiaan dan ketaatan.
- Membayar mas kahwin kepada
isterinya.
- Suami mestilah sentiasa melayan
isteri dengan penuh layanan mesra dan kasih sayang.
Sebagaimana sabda
baginda yang bermaksud:
“Berwasiatlah kamu
supaya berlaku baik terhadap isteri-isteri.Sesungguhnya kamu mengambil mereka
dengan amanah Allah SWT dan kamu menghalalkan persetubuhan dengan mereka dengan
kalimah Allah SWT”-(riwayat At-Tirmidzi)
Sabda Nabi yang lain:
“Orang mukmin yang
paling sempurna imannya ialah yang baik budi pekertinya dan lemah lembut
terhadap isterinya”-(riwayat Abu Daud)
Dalam keadaan
lain,Al-Quran juga sentiasa menyarankan suami supaya berbuat baik dengan isteri
mereka.Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
“…dan bergaullah kamu
dengan mereka(isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.Kemudian jika
kamu(merasa)benci kepada mereka(disebabkan tingkahlakunya,janganlah kamu
terburu-buru menceraikannya);kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu,sedang
Allah SWT hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang
banyak(untuk kamu)-(Surah An-Nisa’ 4:19)
Sebagaiman hadis yang
diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib yang bermaksud:
“Rasulullah SAW
bersabda:Lelaki yang paling baik ialah yang amat baik terhadap isterinya,dan
aku adalah yang paling baik terhadap isteriku.Tidak ada seseorang yang
memuliakan wanita,kecuali dia seorang yang mulia.Tidak ada yang menghina
wanita,kecuali oarang yang rendah pekertinya”-(riwayat Abu Daud)
4. Suami
mestilah memberi bimbingan dan tunjukajar yang baik terhadap isteri mereka
dengan didikan agama dan pengajaran yang baik dan bukan menyeksa
mereka.
Sebagaimana firman
Allah SWT yang bermaksud:
“Wahai orang-orang
yang beriman!Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang
bahan-bahan bakarannya:manusia dan batu (berhala)….-(Surah At-Tahrim 66:6)
5. Memberi
layanan yang baik,samada dari segi tingkah laku,perbuatan,tutur kata dan contoh
teladan yang baik.
6.
Memenuhi nafkah zahir dan keperluan asasi,seperti pendidikan,pakaian,tempat
tinggal dan makanan mengikut kadar kemampuan suami.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Hendaklah orang yang
mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan
rezekinya,maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah SWT
kepadanya (sekadar yang mampu) ;Allah SWT tidak memberati seseorang melainkan
(sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya.(Orang-orang yang
dalamkesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah SWT akan memberikan kesenangan
sesudah berlakunya kesusahan.- (Surah AT-Thalak 65:7)
7.
Memenuhi keperluan nafkah batin
Sebagaimana firman
Allah SWT yang bermaksud:
“Oleh sebab itu
hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri
kamu) dalam masa datang darah haid itu,dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian
apabil mereka telah suci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan
Allah kepadakamu. Sesungguhnya Allah SWT mengasihi orang-orang yang sentiasa
menyucikan diri”- (Surah Al-Baqarah 2:222)
8. Menjaga
dan memberi perlindungan daripada sebarang ancaman dan bahaya.
9. Berlaku
adil terhadap semua isteri jika mereka mempunyai lebih dari seorang isteri.
Suami mestilah
menunaikan tanggungjawabnya dengan memberi nafkah kepada isterinya bergantung
kepada keadaan dan keperluannya.Oleh itu Islam tidak menentukan kadartertentu
dan tidak ada penentuan yang khusus,ia bergantung kepada pendapatan sert
keadaan taraf hidup,kemampuan suami serta menilai keadaan keperluan.
Biarpun nafkah adalah
tanggungjawab suami,namun dalam sebuah rumahtangga yang sederhana dan suami
yang berpendapatan kecil,tidak menjadi kesalahan untuk isteri bekerja dan
membantu suaminya demi memantapkan kehidupan rumahtangga mereka.Selain itu
juga,Islam menegah isteri menuntut nafkah serta keperluan yang tidak termampu
oleh suaminya.
Seterusnya untuk
menjamin keutuhan dan keluarga yang bahagia,masing-masing mestilah merelakan
dan sanggup menerima hakikat keadaan rumahtangga masing-masing,terutamanya bagi
suami yang tidak mempunyai pendapatan yang lebih atau tidak mampu berusaha
lebih dan disebabkan taraf hidup yang tinggi,contohnya di kota dan hidup
di bandar.Walaubagaimanapun,suami mestilah berusaha dan mencari rezeki yang
halal dengan bersungguh-sungguh dan menunaikan tanggungjawabnya terhadap
keluarga.
Renungkanlah para
suami semua, adakah kita telah melaksanakan amanah dan tanggung jawab kita
sebagai suami mengikut ketetapan yang digariskan oleh Allah. Atau adakah kita
hanya jadi suami lebih kepada kepetingan nafsu seks dan keperluan material
dunia sahaja. Muhasabahlah diri kita, masa masih ada sebelum terlambat, jika
didapati setakat ini sebagai suami kita
masih belum laksanakan tanggung jawab yang ditetapkan oleh Islam, maka
cepat-cepatlah bertaubat dan mengambil tidakan positif untuk memperbaiki segala
kelemahan yang ada dan menjadi suami yang akan mendapat keredaan Allah di dunia
dan juga di akhirat.
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.