RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142
Showing posts with label kepimpinan.. Show all posts
Showing posts with label kepimpinan.. Show all posts

Sunday, 16 August 2015

BAGAIMANA KITA MELIHAT SESUATU CIPTAAN ALLAH.

 PAKAR MOTIVASI MEMBUAT SATU PERBANDINGAN DENGAN MENGUNAKAN SIFAT SEMULAJADI ALAT KELAMIN LELAKI:

‘JIKA INGIN JADI PEMIMPIN YANG BAIK DAN BERJAYA BELAJARLAH DARI SIFAT ALAT KELAMIN LELAKI”

1.      TIDAK PERNAH MENONJOL DIRI TAPI TAMPIL KE HADAPAN BILA DI PERLUKAN.
2.      ADA KETIKANYA KERAS …… ADA KETIKANYA LEMBUT……( MENGAMBIL TINDAKAN MENGIKUT SITUASI SEMASA)
3.      MAMPU MEMBANTU MELAHIRKAN MODAL INSAN …. PELAPIS…. LAHIRKAN ZURAIT,
4.      BOLEH “MENYERANG” PIHAK LAWAN, DALAM MASA YANG SAMA MEMBERI KEBAHAGIAN DAN KENIKMATAN.
5.      WALAUPUN TERJADI PERGESERAN ANTARA KEDUA BELAH PIHAK…. NAMUN PADA AKHIRNYA SEMUANYA MERASA BAHAGIA.
6.       SETELAH MENCAPAI KEJAYAAN….. KEMBALI BERSIKAP MENUNDUK ….TIDAK BERBESAR KEPALA SETELAH MENGENCILKAN @ MERENDAH DARI.
7.      TIDAK MEMBANGA DENGAN KEJAYAAN SUDAH PASTI KITA AKAN DIKENANG OLEH LAWAN SEBAGAI PEMIMPIN YANG SUPER POWER.   
      
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi bersama para pembaca seklian. Dalam kehidupan ini kita hendaklah sentiasa memerhati segala kejadian Allah Yang Maha Pencipta, lihatlah dengan mata hati kita akan dapati ciptaanya sungguh memberi pengajaran yang amat berharga kepada setiap insan yang berilmu dan berakal. Litah sesuatu dengan ‘iqra’ iaitu lihat dengan ilmu yang Maha Pencipta.


Disini melihatkan betapa kerdilnya kita jika tidak diberi hidayah oleh Allah kita ini amat jahil. Tidak mengerti apa-apa oleh itu kita  kenalah tambah ilmu dari masa ke semasa, dan jangan lupa bahawa ilmu yang kita ada ini amat sedikit jika di bandingkan dengan ilmu Allah Yang Maha Pencipta dan Maha Berkuasa.  Oleh itu janganlah kita bangga diri jika kita berilmu, kerana lebih banyak lagi yang kita jahil tentang ilmu Allah.

Wallahu'alam.

Saturday, 15 August 2015

Cara Menegur Pemimpin Menurut Islam


 Islam adalah agama yang lengkap (syumul) dalam semua hal. Termasuklah dalam hal-hal kepimpinan dan rakyat. Dalam apa-apa hal, Islam lebih mengutamakan Akhlak. Nabi Muhammad diturunkan juga adalah untuk menyempurnakan Akhlak.      Oleh itu seseorang muslim yang dipilih memimpin oleh umat Islam mestilah menunjukkan akhlak yang mulia dan mematuhi syariat dalam segala hal tindakannya baik kehidupan peribadi dan juga kehidupan sebagai pemimpin rakyat di bawahnya.
Satu satu contoh pemimpin yang terbaik di zaman ini adalah Allahyarham TGNA, beliau memperlihatkan kehidupan peribadinya adalah selaras dengan ajaran yang dibawa oleh baginda Nabi Muhammad SAW. Beliau bukan sahaja seorang ulamak yang zuhud dan menjadi contoh dan teladan kepada pengikutnya , tetapi segala tindakan yang akan dilakukan dalam memerntah Negari adalah dirujuk kepada mematuhi syariat yang ditetapkan oleh Islam.

"Sebaik-baik seseorang di antara kamu adalah yang terbaik akhlaknya"
Selanjutnya, Rasulullah menerangkan bahawa antara punca terjadi kerosakan umat ialah berpunca daripada pemimpin juga ulama :

Sabda Nabi: "Dua golongan dalam uamtku, apabila mereka baik , maka baiklah seluruh manusia dan apabila mereka rosak , maka seluruh umat turut menjadi rosak. Mereka ialah para umara' (pemimpin) dan ahli feqh(ulama') " riwayat Ibnu Abdil Bar dan Abu Naim.

Langkah untuk mengatasi dan berhadapan dengan pemimpin zalim bukan dengan cara mengikut hawa nafsu yang disaluti sifat mazmumah (Benci dan Dendam), juga bukan dengan cara menentang dan berusaha menjatuhkannya , tetapi dengan cara apa yang telah ditunjukkan dan diberi panduan oleh Allah dalam hadis Qudsi:

"Aku adalah Allah yang tiada lagi tuhan selainKu . Aku adalah pemilik segala-galanya dan Raja bagi segala raja. Sesungguhnya hati segala raja dan pemimpin adalah dalam tangan(kekuasaan) Ku. Sesungguhnya apabila segala rakyat taat kepada Aku, maka ketika itu, Aku akan merubahkan hati segala raja dan pemimpin negara menjadi lemah lembut dan mencurah kasih sayang kepada mereka. Tetapi apabila hati rakyat mula berpaling daripada Aku (tidak taat dan derhaka)., maka Aku akan merubahkan hati segala raja dan pemimpin negara menjadi kejam dan zalim terhadap mereka. Mereka ditimpa siksaan yang amat berat. Oleh itu., janganlah (rakyat) cuba untuk menentang raja-raja dan para pemimpin mereka. Sebaliknya , apabila mereka melihat raja dan pemimpin mereka zalim , maka hendaklah mereka perbanyakkan berzikir dan mengingati Aku dan terus menerus mentaati perintah Aku. Maka (ketika itu) urusan menangani sikap raja dan pemimpin mereka adalah di tangan Aku   " - Riwayat At Tabrani dan Abu Darda'.


KESIMPULAN:

1. Langkah untuk mengatasi dan berhadapan dengan pemimpin zalim bukan dengan cara mengikut hawa nafsu yang disaluti oleh sifat mazmumah (benci dan dendam)
2. Bukan dengan cara menentang dan berusaha menjatuhkan pemimpin  secara keganasan, sebaliknya hendakalah dilakukan dengan cara yang dibenarkan oleh undang-undang.
3. Rakyat hendaklah kembali taat dan mematuhu perintah Allah dalam semua hal kehidupan supaya mendapat keredaan Allah di dunia dan akhirat.
4. Allah akan beri pertolongan dan dihantar pemimpin yang adil menggantikan pemimpin yang zalim itu jika kita semua sentia mentaati perintah Allah. Sebaliknya jika rakayat memberi sokongan kepada memimpin yang zalim dan korup maka tunggulah kebinasaan dan azab yang akan dikenakan oleh Allah dengan penderitaan yang amat dahsyat.

Wallahu’alam.


Sumber: my homesoil

BOLEHKAH PEMIMPIN ISLAM DI PERANGI ?

Hukum Memerangi Pemerintah Muslim

Di masa akhir-akhir ini terdengar berita di sana-sini ada tindakan untuk menjatuhkan pemipin ngera tertentu kerana ramai dikalangan pemimpin pembakang dan rakyat tidak menuyukai tindakan pemimpin itu yang dianggap menindas rakyat miskin dan banyak berlaku penyalah gunaan kuasa dan penyelewingan wang Negara. Dalam mencari jawapan adakah tindakan ini di bolehkan oleh islam. Semasa saya mencari jawabna ini saya terbaca satu artikel di internet tulisan Dr MAZA yang ditulisnya pada 25 Jun 2010,
Dibawah ini saya perturunkan tulisan beliau.

Soalan: Dr Asri, sekarang ini heboh isu keganasan. Persoalan saya, apakah hukumnya dalam Islam jika ada pihak yang membantah kerajaan orang islam yang zalim secara kekerasan. Apakah ini termasuk dalam jihad yang diperintahkan agama atau tidak. Tidakkah menentang kerajaan itu diharamkan oleh Islam?
 Imran, Kuala Terengganu.

 Jawapan DR MAZA:

 Saudara, banyak isu keganasan yang cuba dikaitkan dengan umat Islam atau tokoh-tokoh Islam adalah mainan jahat pihak-pihak tertentu. Mereka ini samada mempunyai agenda politik tertentu, ataupun berkerja bagi pihak musuh umat Islam bagi mencemarkan imej Islam. Sebahagian pihak menggunakan isu ini untuk tujuan politik seperti menghapuskan gerakan Islam yang dilihat mengancam kedudukan politik mereka. Namun begitu, tidak dinafikan kemungkinan ada sesetengah kelompok yang telah salah tindakan dalam hal ini sehingga mencetuskan keganasan. Berhubung dengan pendekatan keras terhadap pemerintah yang zalim dan menyeleweng, maka ini fahami perkara berikut;

1. Perkara asas dalam hal ini boleh difahami daripada ingatan Nabi s.a.w.:
“Akan dilantik para pemimpin yang kamu setujui (kebaikan sebahagian perbuatan mereka) dan kamu akan membantah (kejahatan sebahagian perbuatan mereka). Sesiapa yang membenci (perbuatan munkar) maka dia terlepas (dari dosa), sesiapa yang membantah maka dia selamat (dari dosa), namun (yang berdosa) sesiapa yang redha dan menuruti (perbuatan munkar)”. Sahabah bertanya: “Tidakkah boleh kami perangi mereka?” Jawab baginda: “Tidak! selagi mana mereka bersolat”(Riwayat Muslim).

2. Daripada hadis di atas dapat kita fahami bahawa bertegas dalam membenci dan membantah kemungkaran dan kezaliman pemerintah itu adalah tuntutan agama. Namun, Nabi s.a.w tidak membenarkan rakyat memerangi pemerintah muslim dengan senjata selagi mereka itu bersolat. Solat menjadi petunjuk bahawa pemerintah tersebut masih berpegang dengan ajaran Islam dalam kehidupan. Keluar memerangi pemerintah dengan senjata hanya akan menimbulkan kerosakan yang lebih besar.

3. Juga, perhitungan tindakan dalam Islam adalah di sudut kadar manfaat dan mudarat. Menumpaskan pemerintah zalim dengan senjata biasanya mengundang mudarat yang jauh lebih bahaya dibandingkan manfaat yang hendak dicapai. Sebab itu al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) menyebut:

“kata ulama: alasan seseorang pemerintah tidak dipecat, atau pengharaman memeranginya kerana menyebab fitnah, penumpahan darah dan kerosakan yang nyata” (al-Nawawi, Syarah Sahih Muslim 12/40)

4. Juga, kebencian atau bantahan terhadap kemungkaran pemerintah tidak membolehkan rakyat menderhakai mereka dalam perkara yang baik atau makruf. Ini seperti yang ditegaskan oleh hadis. Sabda Nabi:

“Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang kamu cintai mereka dan mereka mencintai kamu, kamu mendoakan mereka, mereka mendoakan kamu. Pemimpin yang jahat ialah pemimpin yang kamu benci mereka, mereka juga membenci kamu dan kamu melaknat mereka, mereka juga melaknati kamu”. Baginda ditanya: “Tidak bolehkah kami perangi mereka dengan pedang?” Jawab baginda: “Tidak, selagi mana mereka mendirikan solat. Ingatlah, sesiapa yang seseorang penguasa berkuasa ke atasnya, lalu dia dapati penguasa itu melakukan maksiat kepada Allah, maka hendaklah dia membenci maksiat tersebut namun jangan dia mencabut tangan dari ketaatan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

5. Ini kerana setiap pemerintah mungkin akan ada kesilapan atau dosa yang dilakukan. Jika setiap kali pemerintah bersalah atau melakukan dosa diperangi dengan senjata, maka hancurlah keamanan masyarakat dan negara. Maka justeru itu, kita menentang kemungkaran pemerintah, tetapi tidak akan memeranginya dengan senjata.

6. Ini kerana antara tujuan berpolitik dalam Islam adalah menegakkan keadilan, keamanan dan hak rakyat. Peperangan saudara dalam negara hanya akan menghancurkan perkara-perkara tersebut.

7. Arahan pemerintah yang zalim atau mungkar dalam perkara-perkara kebaikan tetap wajib ditaati. Kata al-Khattabi (meninggal 388H):
“Sesungguhnya jihad itu wajib sekalipun bersama dengan pemerintah yang zalim, sepertimana ia wajib bersama pemerintah yang adil. Kezaliman mereka tidak menggugurkan kewajipan mentaati mereka dalam persoalan jihad. Demikian juga dalam perkara kebaikan yang lain yang menyamainya” (al-Khattabi, Ma‘alim al-Sunan, 2/ 357.)

Pendapat ini bersesuaian dengan sabda Nabi s.a.w :
“Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintahkan dalam perkara maksiat maka tiada lagi dengar dan taat. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

8. Sekalipun kita dilarang memerang pemerintah dengan senjata, tetapi kita tetap disuruh untuk menasihati mereka dan mencegah kemunkaran mereka dengan perkataan atau perbuatan yang tidak menyebabkan pertumpahan darah seperti undi dalam pilihanraya. RasuluLah s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya Allah meredhai kamu tiga perkara, dan memurkai kamu tiga perkara. Dia meredhai kamu jika (pertama) kamu beribadah kepadaNya dan tidak menyekutukanNya sedikitpun, (kedua) kamu berpegang teguh dengan tali Allah kesemuanya. (ketiga) Kamu menasihati sesiapa yang Allah jadikan dia memerintah urusan kamu. Dia memurkai kamu banyak bercakap (yang tiada faedah), menghilangkan harta dan banyak bertanya (Riwayat Malik).

Juga sabda Nabi s.a.w:
“Sebaik-baik jihad ialah perkataan yang adil –dalam riwayat yang lain: yang benar- di sisi pemerintah yang zalim, atau ketua yang zalim”. (Riwayat al-Nasai, al-Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani).

9. Nabi s.a.w juga memberi amaran kepada sesiapa yang mengampu atau mengiyakan kezaliman pemerintah dengan sabda baginda:
“Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga). Riwayat Ahmad, al-Nasai, dan al-Tirmidhi. Hadith ini sahih seperti yang dinilai oleh al-Albani.

10. Pengkaji politik Islam tidak boleh terlalu literalist. Politik bukanlah ibadah khususiah seperti solat dan puasa yang tidak boleh diubah tambah. Politik soal pentadbiran dan kaedah untuk menegakkan keadilan dan keamanan dalam kehidupan rakyat berdasarkan prinsip-prinsip umum Islam. Kaedah membantah atau menukar pemerintahan berbeza-beza berdasarkan sistem yang dipakai. Para ulama dahulu mengharamkan menumbangkan sesuatu pemerintah atas alasan bimbangkan penumpahan darah.

Namun, dalam dunia hari ini sesebuah pemerintah mungkin boleh diubah atau ditukar, atau ditumbang tanpa memerlukan penumpahan darah seperti dalam sistem demokrasi pilihanraya. Maka dengan itu penyertaan parti-parti politik dalam demokrasi pilihanraya tidak boleh dianggap sebagai melanggar kaedah Islam atau sebagai keganasan kerana sistem tersebut tidak sepatutnya menumpahkan darah.

Saya amat bersetuju dengan pendapat Dr Maza, yang kita boleh mencegah kemungkaran atua kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin Islam jika kemungkaran itu dilakukan adalah bertentangan dengan syariat Ialam. Tetapi kita perlu mengambil tindakan yang bijaksana dan berkesan serta tidak akan menyebatkan kesusahan kepada orang awam. Tindakan membantahan segala kemungkaran atau kezaliman yang dilakukan itu perlulah melalui tindakan yang tidak akan mengakibatkan pertumpahan darah dan boleh memberi kesan yang negetif kepada Islam.


Wallahu’alam.

Sumber: Dr Maza

Sunday, 26 April 2015

TANGGUNG JAWAB PEMIMPIN

PEMIMPIN YANG MENIPU RAKYAT .....MASUK NERAKA ?

Di akhir zaman ini ramai orang yang menawarkan diri untuk jadi pemimpin. Mereka akan berjanji untuk memberi khidmat bakti yang terbaik kepada rakayat di kawasan yang dipimpin. Lebih lebih lagi apabila kedah memimilih pemimpin dilakukan secara pilihanraya.

Sesungguhnya bagi orang yang memupunyai kemitment yang tinggi terhadap perintah agama, dia akan merasa berat untuk menerima tawaran menjadi pemimpin.Kerana mereka tahu bahawa kempimpinan adalah satu amanah yang ditetapkan oleh Allah. Pemimpin adalah orang yang diberi tangggung jawab untuk memimpin semua rakayat dan mampastikan meraka mendapat menikmati kehidupan yang baik dari segi ekonomi dan juga ibadat kepada Allah. Jika fakator ini tidak dapat dicapai maka pemimpin akan dipersoalkan di akhirat kelak di hadapan Allah. Jika tidak disempurnakan dengan baik pemimpin itu akan dihukum dan di masukan ke dalam neraka. Sebaliknya jika dia seorang peimimpin yang baik ia akan diberi pahala berganda berbanding dengan orang biasa. Tempat mereka di dalan Syurga yang penuh dengan kenikmatan.

Sabda Rasullah saw:

قَوْله صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( مَا مِنْ عَبْد يَسْتَرْعِيه اللَّه رَعِيَّة يَمُوت يَوْم يَمُوت وَهُوَ غَاشّ لِرَعِيَّتِهِ إِلَّا حَرَّمَ اللَّه عَلَيْهِ الْجَنَّة ) ‏
Hadis Ma'qil bin Yasar r.a: 
Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang ditaklifkan oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, nescaya Allah mengharamkan ke atasnya(pemimpin) syurga. 
PEMIMPIN YANG MENIPU RAKYAT !!
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (menyokong) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).
JANGAN SOKONG PEMIMPIN YANG BOHONG DAN ZALIM
عَنْ حُذَيْفَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّهَا سَتَكُونُ أُمَرَاءُ يَكْذِبُونَ وَيَظْلِمُونَ فَمَنْ صَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَلَيْسَ مِنَّا وَلَسْتُ مِنْهُمْ وَلَا يَرِدُ عَلَيَّ الْحَوْضَ وَمَنْ لَمْ يُصَدِّقْهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَلَمْ يُعِنْهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَهُوَ مِنِّي وَأَنَا مِنْهُ وَسَيَرِدُ عَلَيَّ الْحَوْضَ. قال شيخنا الشيخ شعيب الأرناؤوط : إسناده صحيح على شرط الشيخين .
Daripada Huzaifah daripada Nabi SAW, Baginda bersabda : "Bahawasanya akan wujud (akan datang) para pemerintah yang berbohong dan berlaku zalim. Barangsiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan membantu atas kezaliman mereka, maka (mereka) bukan daripada (golongan) kami dan aku bukan daripada (golongan) mereka, dan dia tidak akan menemuiku di haudh (telaga kauthar di akhirat kelak). (Sebaliknya) sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak membantu atas kezaliman mereka, maka dia daripada (golongan) ku dan aku daripada (golongan) nya dan dia akan bertemuku di haudh". (Riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya. Kata guru kami, Syeikh Syu'aib al-Arna'uth, sanad hadith ini sahih berdasarkan syarat al-Bukhari dan Muslim)
1520 حَدِيثُ أَبِي مُوسَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُمْلِي لِلظَّالِمِ فَإِذَا أَخَذَهُ لَمْ يُفْلِتْهُ ثُمَّ قَرَأَ ( وَكَذَلِكَ أَخْذُ رَبِّكَ إِذَا أَخَذَ الْقُرَى وَهِيَ ظَالِمَةٌ إِنَّ أَخْذَهُ أَلِيمٌ شَدِيدٌ ) *
1520 Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Agung akan memanjangkan usia atau waktu bagi orang-orang yang zalim. Walaupun begitu Allah tetap menyiksanya, maka Dia (Allah) tidak akan melepaskannya. Kemudian beliau membaca firman Allah: ( وَكَذَلِكَ أَخْذُ رَبِّكَ إِذَا أَخَذَ الْقُرَى وَهِىَ ظَالِمَةٌ إِنَّ أَخْذَهُ أَلِيمٌ شَدِيدٌ ) Yang bermaksud: Dan begitulah azab Tuhanmu apabila Dia mengazabkan penduduk negeri-negeri yang berbuat zalim. Sesungguhnya azabNya itu adalah sangat pedih lagi keras *

Oleh itu wahai rakan semuslim marilah kita mehisbah diri adakah kita tergolong orang yang dipilih sebagai pemimpin tetapi telah menyalah gunakan kuasa yang menyebabkan rakayat tersika kerana peraturan yang kita tetapkan itu memberi beban kepada mereka
Begitu juga anda sebagai pemilih yang akan memilih pemimpin, berhati hatilah jangan memimilih pemimpin yang bersekongko dengan mereka yang zalim. Gunakkanlah akal dan ilmu yang Allah beri kepada kita untuk memimilih pemimpin yang beriman dan bertaqwa yang akan memandu kita kearah kejayaan di dunia dan juga dapat meraih keredaan Allah di akhiarat kelak.


Wallahu’alam.


Sumber “ ustaz  Yusof Embong(uye)

HUBUNGAN MENANTU DAN MERTUA MENGIKUT PRINSIP ISLAM

PRINSIP ISLAM - HUBUNGAN MENANTU DAN MERTUA


Lelaki bertangungjawab sepenuhnya terhadap isteri yang dikahwininya. Ini kerana lelaki tersebut telah ‘mengambil’ anak perempuan tersebut daripada ibu bapanya. Bermakna, perempuan tersebut telah menjadi ‘hak mutlak’ si suami. Justeru, menjadi tanggungjawab suami sepenuhnya untuk menyempurnakan segala keperluan isterinya zahir dan batin.

Tanggungjawab suami tidak terhenti setakat isterinya, malahan terhadap kepada kedua ibu bapa kepada isteri atau mentua. Suami (menantu) tidak boleh membiarkan ibu bapa mentua setelah anaknya telah diambil. Sikap tidak bertanggungjawab atau lepas tangan seolah-olah kita melakukan perkara yang sama terhadap ibu bapa sendiri.

Pendek kata, kedudukan ibu bapa sendiri dan mentua adalah sama tidak kira sama ada mentuanya beragama Islam atau tidak. Sama seperti tanggungjawab anak yang telah memeluk Islam terhadap ibu bapanya yang belum memeluk Islam.

Seperti mana Islam menetapkan bahawa setiap anak yang memeluk agama Islam wajib menghormati ibu bapanya yang tidak memeluk Islam. Begitulah juga apabila anaknya ini telah berkahwin. 

Hubungan dan penghormatan tetap sama, kecuali jika dipaksa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Dalam Islam tanggungjawab menantu terhadap ibubapanya sendiri dan ibubapa mentuanya adalah sama.

Hubungan Istimewa Menantu dan Mentua
Hubungan istimewa menantu dan mertua adalah sama seperti hubungan istimewa ibu bapa sendiri yakni tidak batal wuduk bila bersentuhan dan tidak boleh dikahwini. Ini bermakna, martabat mentua adalah sama seperti ibu bapa.\

Tanggungjawab Menantu Lelaki dan Perempuan Mengikut Keutamaan 

Menantu Lelaki 
- Allah Subhannahu Wata'ala
- Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasalam
- Ibu/Ibu Mertua
- Bapa/Bapa Mertua
- Isteri
- Anak-anak
- Lain-lain

Menantu Perempuan
- Allah Subhannahu Wata'ala
- Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasalam
- Suami
- Anak-anak
- Ibu/Ibu mertua
- Bapa/bapa mertua
- Lain-lain

Ibu bapa mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati ibu bapa kita sendiri. Kalau mereka kecil hati, sama seperti kita menyinggung perasaan ibu bapa sendiri. Jika kita sayang anaknya, kenapa kita tidak sayang orang yang melahirkannya juga? ada ramai menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya sehingga mengabaikan anak menantunya. Perbuatan sebegini sudah pasti bercanggah dengan tuntutan agama Islam. 

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.

Peristiwa Nabi Ibrahim dan anak menantunya perlu dijadikan teladan. Nabi Ibrahim pergi menziarahi menantunya ketika puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah. Isteri Nabi Ismail belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim. Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya. 

Nabi Ibrahim: Siapakah kamu?
Menantu: Aku isteri Ismail.
Nabi Ibrahim: Di manakah suamimu, Ismail?
Menantu: Dia pergi berburu.
Nabi Ibrahim: Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?
Menantu: Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak pernah senang dan lapang.
Nabi Ibrahim: Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya. Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya menceraikan isterinya).
Menantu: Ya, baiklah.

Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.

Nabi Ismail: Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?
Isteri: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail: Apa jawapanmu?
Isteri: Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang.
Nabi Ismail: Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri: Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail: Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah. Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.

Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar. Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.

Nabi Ibrahim: Di mana suamimu?

Menantu: Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.

Nabi Ibrahim: Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan?
Menantu: Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera, tiada apa yang kurang.
Nabi Ibrahim: Baguslah kalau begitu.

Menantu: Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan sedikit makanan.
Nabi Ibrahim: Apa pula yang ingin kamu hidangkan?

Menantu: Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.
Nabi Ibrahim: (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa ini, Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah berkat doa Nabi Ibrahim).

Nabi Ibrahim: Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampaikan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).
Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang mencarinya.

Nabi Ismail: Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?
Isteri: Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya sepertimu.
Nabi Ismail: Apa katanya?
Isteri: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail: Apa jawapanmu?
Isteri: Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.
Nabi Ismail: Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri: Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail: Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan.
Isteri: Alhamdulillah, syukur.

Pengajaran daripada kisah ini adalah mentua mempunyai hak untuk memberikan pandangan terhadap menantunya. Menantu sepatutnya memberikan contoh yang terbaik kepada mentua demi menjaga keharmonian rumahtangga. Suami akan lebih mengasihi isterinya, jika isterinya menyayangi ibu bapa suaminya.

Dalam usaha memenuhi tuntutan tersebut, ada beberapa perkara berikut untuk diteliti dan dilakukan oleh menantu terhadap mentua sebagai tanda penghormatan dan membalas budi mereka.

1. mentaati mentua pada segala yang diperintahnya kepada anak, kecuali perkara maksiat
2. berbicara kepada keduanya dengan adab dan lemah lembut
3. memberikan bantuan kewangan (bulanan) sebagai tanda mengambil berat
4. bangun menghormati keduanya apabila mereka datang
5. mencium tangan kedua dan memeluknya, setiap pagi dan petang dan pada setiap upacara
6. memelihara nama, kehormatan, serta harta benda mereka
7. memuliakan mereka, dan memberikan mereka yang diminta
8. bermesyuarat dengan mereka dalam urusan berkaitan
9. memperbanyakkan doa dan permohonan ampun bagi mereka
10. cuba membuat sesuatu untuk menggembirakan mereka tanpa perlu diingatkan atau ditunjukkan kepada si anak
11. tidak mengangkat suara di hadapan mereka
12. tidak cuba memotong percakapan mereka ketika mereka sedang mengatakan sesuatu
13. sentiasa meminta izin mereka jika mahu keluar rumah
14. tidak memeranjatkan mereka, ketika sedang tidur
15. tidak melebihkan isteri dan anak dari kedua mereka
16. tidak mencela mereka, jika mereka melakukan sesuatu yang tidak memuaskan
17. tidak ketawa dalam majlis mereka, jika tidak ada sebab yang menarik untuk ketawa
18. tidak memanjangkan tangan kepada makanan, sebelum mereka terlebih dahulu memulakannya
19. tidak tidur atau baring, padahal mereka masih lagi duduk kecuali jika mereka telah mengizinkan
20. tidak melunjurkan kaki di hadapan mereka
21. tidak masuk dahulu sebelum mereka atau berjalan di hadapan mereka
22. menyahut panggilan mereka serta merta, apabila mereka memanggil
23. memuliakan teman-teman mereka di waktu hayat mereka dan sesudah mereka meninggal
24. tidak berkawan dengan seorang yang tidak mematuhi kedua ibubapanya
25. memberi dan bertukar tukar hadiah ketika hari lahir mereka
26. membawa dan menemani mereka ke masjid jika diperlukan
27. mendoakan keduanya, khususnya sesudah meninggal, sebab adalah sangat berguna kepada mereka

Islam meletakkan martabat yang tinggi terhadap ibu/ibu mertua dan bapa/bapa mertua. Justeru, tanggungjawab ini tidak boleh diabaikan oleh menantu lelaki terutamanya. Mengabaikan salah seorang daripada mertua seolah-olah mengabaikan ibu bapa sendiri. Kesejahteraan rumahtangga amat bergantung kepada sejauh mana tanggungjawab menantu terhadap ibu bapa mertua. Jika tanggungjawab ini diabaikan sudah tentu si isteri akan menjadi kurang selesa disebabkan oleh ibu bapanya sendiri diabaikan oleh suaminya.

wallahualam.

Friday, 24 April 2015

TIPS UNTUK MENGUASAI POLITIK PEJABAT

Politik Pejabat – satu perkataan yang lumrah bagi sesetengah pekerja. Ianya satu perkara yang biasa terjadi di tempat kerja. Dalam kata yang lebih mudah, Politik pejabat adalah perbezaan dikalangan kumpulan tertentu di tempat kerja dengan percubahan mempengaruhi pekerja untuk memberi sokongan kepada mereka dalam memperjuangakan sesuatu isu. Ianya melibatkan komunikasi dan perhubungan dikalangan manusia. Masing- masing cuba mempengaruhi dan mendapat sokongan dikalangan staf bagi menegakkan idelogi dan kepentingan kumpulan masing-masing.

Tindakan 1 : BERHATI-HATI TERHADAP PILIHAN ANDA
Menjadi lumrah tindak balas pekerja di tempat kerja sama ada berjuang (melawan) atau menjadi pengikut (flight).  Ianya adalah tindakbalas yang normal bagi pekerja yang perlu untuk terus hidup dalam suasana perubalahan. Jika dilihat kepada masa pra sejarah dahulu dimana semua insan adalah pemburu dan pemungut. Sesungguhnya, Pejabat di zaman morden kini tak ubah seperti sebuah hutan yang perlu untuk penghuninya bermatian untuk terus hidup. Tetapi ianya lebih kepada bagaimana tindakan seseorang untuk menguasai politik pejabat. Perlu kepada perjuangn yang hebat untuk mencapai sesuatu matlamat. Oleh itu berhati-hati dalam sebarang tindakan supaya ianya tidak menjadi penghalang dalam mencapai cita-cita anda. Anda perlu memilih kaedah terbaik untuk membolehkan anda terus meningkat naik dalam kerjaya anda.

TINDAKAN 2 – MENGETAHUI APA YANG ANDA INGIN CAPAI
Apabila berlaku konfik, sudah pasti akan wujud keadaan berpuak-puak dikalangan pekerja. Anda perlu bijak memilih puak mana yang terbaik demi sevival kerjaya anda. Sebaiknya anda perlu mengambil tindakan yang membolehkan organisasi terus berjaya dan dapat memberi kebaikan kepada semua.  Jika bisnes syarikat tidak dapat diteruskan dan mengalami kerugian, akhirnya semua pekerj akan mendapat kesannya dan berada dalam kesusuhan. Oleh itu anda perlu bijak mengambil tindakan mengatasi segala halangan yang boleh mudaratkan oragnisasi atau syarikat dan perlu memihak kepada mereka yang berjuang untuk meningkatkan prestasi oraganisasi. Hindarkan diri anda dari terlibat dengan puak yang membawa isu-isu remeh dan negatif.

TINDAKAN 3 – MEMBERI TUMPUAN KEPADA KUMPULAN YANG DIBAWAH PENGARUH ANDA
Jika berlaku isu-isu tertentu yang membangkitkan ketidak puasan atau kemarahan di kelangan pekerja terhadaap polisi atau sesuatu peraturan yang ditetapkan oleh organisasi. Meneliti segala rungutan adalah menjadi kewajiban dan perkara biasa bagi pengurusan atasan. Jika bantahan itu tidak dapat dikawal, jangan mengambil mudah dan membiarkan ianya berlarutan sehinggakan ianya akan menjadikan satu isu yang boleh mengugat keharmonian dalam organisasi.

Anda janganlah mengambil sikap tak peduli dengan keputusan pihak pengurusan atasan yang tidak dapat diterima oleh para pekerja dan memberi alasan anda telah menjadi mangsa keadaan. Jika ini berlaku akan menyebabkan hubungan diantara pekerja semakin meruncing dan boleh memberi kesan kepada produktivit organisasi. Sebaliknya anda perlu berusaha untuk mententeramkan keadaan perhubungan diantara pekerja dengan majikan.

Segala halangan dan permasalahan di persekitaran tempat kerja adalah satu cabaran yang perlu ditangani oleh pengurusan pertengahan dan perlu mempunyai sikap positif untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik dan memberi natijah situasi menang-menang.

TINDAKAN 4 – JANGAN BERTINDAK MEMIHAK KEPADA MANA-MANA PIHAK YANG BERTELAGAH
Kelazimannya suasana politik pejabat yang sedang memuncak, anda akan tersepit di antara dua kuasa yang sedang bertelagah. Ia akan menjadi serba salah kepada anda yang tersepit di antara dua kuasa yang mempunyai pengaruh masing-masing dan sedang berusaha untuk menguasai di antara satu sama lain.

Situasai sebegini, anda perlu fokus kepada Objektif dan matlamat yang di tetapkan oleh jabatan atau organisasi. Tumpuan kepada tindakan harian sebagaimana di tetapkan oleh skop kerja anda bagi mencapai perlaksanaan projek jabatan.  

Elakkan diri anda memihak kepada mana-mana kumpulan, kerana jika kita terlibat ianya akan melibatkan diri anda secara langsung dalam kancah politik pejabat. Ini akan memberi kesan kepada potensi kerjaya anda di masa hadapan. Kebiasaannya jika kita memihak kepada satu puak ada pihak lain akan menjadi musuh anda di pejabat. Situasi ini boleh menganggu kelicinan anda dalam menjalankan tanggung jawab yang di amanahkan.

Dengan tidak memihak kepada mana-mana kumpulan anda akan mendapat respect dari pengikut kedua-dua kumpulan yang sedang bertelagah. Apabila sampai saat kemeluk politik pejabat telah dapat di selesaikan oleh Lembaga Pengarah Organisasi. Anda yang tidak memihak akan mendapat perhatian untuk menjadi penggerak utama dalam membaik pulih perhubungan di kalangan kakitangan jabatan. Ini merupakan satu kredit yang amat baik bagi anda dan penumpuan untuk memajukan pencapaian objektif oraganisasi.

TINDAKAN 5 – JANGAN MELIBATKAN KONFLIK PERIBADI.
Semasa ketegangaan telagah politik pejabat, akan melibatkan anda akan merasai tersinggung dengan orang-orang tertentu.Jika ini situasinya anda perlu mengelakkan kemarahan anda itu mejadi perbalahan peribadi, cukuplah dengan perselisihan pendapat setakat perkara yang berkiatan dengan tugas dan tanggung jawab sahaja. Kerana apabila anda melibatkan perbalahan secara peribadi akan memberi kesan perhubungan dan network anda di dalam oraganisasi.

Kerugian akan dialami kepada anda, apabila krisis telah selesai mungkin perbalahan secara peribadi yang berlaku akan memberi kesan kepada reputasi anda dan juga peluang kenaikan pangkat kerjaya anda. Mungkin anda akan dilabelkan sebagai seorang yang sukar bekerjasama dengan orang lain.

TINDAKAN 6 – PERLU BERTINDAK MEMAHAMI SEBELUM ANDA DIMINTA UNTUK FAHAMI
Semasa suasana kemuncak politik pejabat, sudah pasti ada pihak-pihak bertelagah akan mempengaruhi anda untuk memberi simpati kepada kumpulan mereka dan seterusnya menyokong perjuangan mereka. Untuk situasi sebegini anda perlu bertindak memahami semasak-masaknya isu yang menjadi berlakunya pertelagahan di pejabat. Setelah anda memahami secara medalam tentang isu yang di telagahkan itu, anda perlu menggunakan kemahiran dan kebijaksanaan anda untuk membuat resolusi sendiri dan berpihak kepada isu yang mempunyai kiatan dengan pencapaian objektif oranganisasi.

Satu masa nanti pihak pengurusan atasan akan melihat  keperibadian anda yang rasional dan sentiasa memihak kepada perkara yang dapat memberi kebaikan kepada organisasi, anda akan menjadi telekan mereka dan bila ada keperluan kepada mengisi kekosongan jawatan utama di dalam organisasi mungkin anda akan menjadi pilihan utama kerana intergriti dan kebijaksanaan anda dalam menghadapi krisis untuk memperkasakan kedudukan oragansasi.

TINDAKAN 7 – FIKIRKAN SITUASI MENANG- MENANG.
Suasana politik pejabat yang berlaku adalah kerana puak-puak bertelagah mempunyai kepentingan peribadi. Konflik memuncak apabila setiap puak cuba mendapat pengaruh untuk menangani staf bagi menyokong kumpulan mereka.

Tindakan bijak yang boleh dilakukan oleh anda ialah sentiasa memikirkan tentang situasi menang. Dengan kata lain anda perlu melihat secara rasional tentang sesuatu isu yang di perjuangkan oleh kumpulan bertelagah, ambil kelebihan kebaikan yang di bangkikan dan ketepikan segala kelemahan mansing-masing. Situasi ini membolehkan anda menjadi pengantara untuk  mendamaikan mereka yang bertelagah. Tindakan bijak sebegini akan memberi reputasi yang amat baik kepada anda. Dalam situasi tertentu mungkin anda di lihat oleh pengurusan atasan sebagai individu yang berintegriti dan berkemahiran untuk menyelesaikan krisis demi kepentingan oraganisasi.

Berfikiran untuk menang-menang yang di amalkan adalah tindakan yang bijak bagi mereka yang menpunyai visi untuk meningkatkan kerjaya di masa hadapan.


Wallahu'alam