RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Saturday 16 March 2019

Buku : SURVIVAL PESAKIT GINJAL C.K.D.



SURVIVAL PESAKIT GINJAL C.K.D.

 
 
Pengalaman penulis menjaga isteri mengidap penyakit ginjal kronik CKD. Huraian tentang bagaimana penyakit CKD boleh berlaku. Bagaimana memilih rawatan yang sesuai. gaya hidup dan tabiat pemakanan yang merosakkan ginjal.Mengurus masa semasa menjalani rawatan dialisis. Rawatan alternatif secara Islam untuk rawat penyakit, mengelakkan stres peakit. Peranan Keluarga dan Masyarakat untuk membantu pesakit terus hidup ceria dan aktiff.


ISBN: 9781788767521
Type: Paperback
Pages: 224
Published: 7 March 2019  

Boleh didapati di feedaread.com

Thursday 14 March 2019

Buku : SURVIVAL PESAKIT GINJAL CKD - Bab 19: Tip bagi Menjalani Kehidupan Pesakit Ginjal Kronik CKD





BAB 19

TIP BAGI MENJALANI KEHIDUPAN
PESAKIT GINJAL KRONIK.

Apabila seseorang itu telah dihidapi  penyakit ginjal kronik ianya akan menjalani kehidupan harian yang berbeza daripada kehidupan insan normal. Diantara runtin yang perlu dipatuhi adalah menetapkan masa khusus untuk menjalani dialisis yang perlu dipatuhi tiga kali seminggu dan masa yang diperlukan adalah empat jam bagi setiap sesi.

Pada peringkat awal menjalani kehidupan sebagai pesakit ginjal kronik (CKD) banyak perkara yang perlu dilalui dengan berhati-hati secara berperingkat untuk membolehkan gaya hidup baru ini dapat dilalui dengan tenang dan boleh diserpakan dalam kehidupan. In sya Allah akhirnya akan mampu menjadikanya sebagai rutin harian.

Isteriku yang pernah mengalami strok lebih 15 tahun  pun masih troma apabila doktor memberitahu yang dia perlu menjalani rawatan dialisis.
Pada hari pertama isteri pulang dari hospital kelihatan wajahnya syugul dan mendiamkan diri  di dalam bilik.

Kekadang lingan air mata mengalir dipipinya kerana terlampau sedih. Sudah jatuh ditimpa tanggan.  Risau tetantang kehidupan masa depan yang tidak menentu.

Saya sebagai suami juga kekadang terfikir bagimana kami suami isteri dapat mengatasi masalah ini dengan baik.  Semoga kehidupan kami sekeluarga dapat diteruskan seperti biasa.

Sebagai seorang suami saya membuat keputusan untuk terus besabar dan menimbal ilmu dari perlbagai aspek untuk membolehkan kesenambungan kehidupan dengan kedaan yang penuh cabaran dan dugaan itu.

Salah satu kaedah yang saya gunakan ialah  menerima dugaan kesakitan isteri itu adalah kerana Allah mahu terus menguji lagi. Bukankan Allah berfiman bahawa “ setiap hambaNya akan diuji untuk tingkaktkan darjat dan keimanan mereka”.

Ujian strok 18 tahun lalu itu dapat kami lalui dengan seadanya hingga ke hari ini.

Alhamdulillah dengan izin Allah teknik motivasi diri yang sentiasa “positif:’ dengan ujian Allah. Memboehkan kami menghadapai suana kehidupan baru dengan isteri sebagai pesakit C.K.D. telah dapat menyesuaikan diri denggan rutin kehidupan baru.

Kini telah mengjakau masa hampir  dua tahun isteri telah dapat menenrima hakikat bahawa  sakit ginjal kronik (CKD) adalah proses yang ditakdirkan oleh Allah kepada hamba-Nya untuk menilai keimanan, ketaqwaan dan kesabaran.

Perlu dingat di dalam Al Quran Allah telah berfirman  yang bermaksud:

"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun" Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk." (QS. Al-Baqarah: 155-157.

Berikut ialah  TIP- TIP  bagi membantu pesakit menikmati kehidupan dengan lebih sempruna.

1.  Bermunajat kehadrat Allah, membuat audit diri, menyesali dan bertaubat diatas kelalaian yang pernah dilakukan sebelum ini. Melakukan solat taubat untuk memohon keampunan kepad-Nya terhadapat kesalahan dosa yang lalu.

Membuat satu akujanji baru kepada Allah s.w.t. yang diri kita akan berubah untuk menjadi insan yang bertaqwa dan mendahului segala amalan ibadat yang wajib untuk disempurnakan dalam kehidupan seharian. Cuba sedaya upaya untuk meninggalkan segala perbuatan dosa dan maksiat.

Sentiasa menggunakan masa terluang untuk membaca dan menmahami isi kandugan al Quran. Seterusnya cuba untuk menjadikan ajaran al Quran itu amalan kehidupan harian. Azam sebegini berserta tindakan telah dapat memberi ketenangan jiwa. Bila situasi ini berlaku segala ujian dan dugaan dapat dihadapi dengan tenang dan kerelaan.

2. Perlu belajar untuk memperolehi ilmu sebanyak mungkin tentang penyakit ginjal kronik yang dialami. Maklumat ini boleh diperolehi daripada Hospital  atau Pusat Dialisis berkaitan. Perlu jaga mengarab daripada pengalaman pesakit ginjal kronik yang telah lama menghadapinya. Maklumat juga boleh diperolehi melalui carian di internet di laman sesawan yang berkaitan. Maklumat ini amat penting untuk pesakit memparaktikkan dalam kehidupan seharian. 

Ini juga amat dituntut dalam Islam yang mana umatnya dianjurkan  “ Tuntutlah ilmu sejak dibuaiyan hingga ke liang lahad”.

3. Perlu melakukan perubahan minda untuk menjadi lebih positif. Anggaplah CKD ini adalah satu dugaan dan cabaran yang ditentukan oleh-Nya.

Ianya adalah pertada bahawa Allah sayangkan kita, setiap penyakit itu adalah proses untuk menghapuskan dosa silam kita.  Yakinlah hidup mati itu adalah ketentuan Allah yang telah ditetapkan diluhmahfuz. 

Hidar diri berfikiran negatif. Kerana kehidupan bukanya akan berakhir degan penyakit CKD. Ramai pesakit CKD mampu hidup berpuluh tahun, sedangkan insan lain yang segar bugar mati lebih awal kerana kemalangan dan sebagainya.

In Sya Allah dengan penjagaan yang sistematik dan mematuhi segala nasihat doktor pesakit mempunyai peluang menjalani kehidupan  yang panjang. Kerana pernah direkodkan ada yang menjalani dialisis hidup selama 35 tahun. Ya Allah kurniakan hidayah mu kepada kami untuk terus positif dan sentiasa mentaati perintah-Mu.

4.  Sememangnya setiap penyakit perlu kepada ubat-ubatan untuk merawaatnya, ianya adalah ikhtir yang boleh dilakukan oleh pesakit. Perlu diingat yang menyembuhkan adalah Allah  semata-mata.

Ubat itu adalah sebagai sebab musebab membolehkan sesuatu penyakit itu sembuh. Bagi pesakit ginjal kronik selain melakukan dialisis. Ubat juga perlu diambil mengikut nasihat doktor.

Pematuhan kepada arahan doktor tentang pemakanan ubat-ubatan yang dibekalkan adalah amat perlu. Keperihatinan pesakit terhadap setiap jenis ubat yang dibekalkan, seperti nama ubat, jumalah dos dan peranan ubat untuk menyembuh penyakit dan sebagainya.

Bagi mengelakkan jadual pemakanan ubat tertinggal disebabkan terlupa, pesakit perlu menyediakan satu ‘buku diari ubat’. Berdisiplin dalam pemakanan ubat ini amat penting bagi memperolehi kesan yang maksimum . Natijahnya akan menghalang ginjal yang sakit menjadi lebih teruk.

5. Pesakit juga perlu perihatin terhadap keputusan  ujian darah yang dilakukan  secara berkaka itu. Status darah yang dilaporkan itu amat penting untuk memantau perkembangan ginjal pesakit.

Status darah yang diuji dapat memantau perkembangan status ginjal yang sakit sama ada dalam keadaan stabil atau semakin parah.

Dengan nasihat doktor yang merawat, pesakit dapat mengawal pemakanan bagi meningkatkan lagi status kesihatan dirinya. Amalan pemakanan yang bersesuai dengan status darah pesakit amat membantu pengawalan penyakit dari terus parah.

6. Pesakit perlu memantau perkembangan kesihatan sepanjang masa. Tindakan segera  perlu ambil dengan memaklumkan kepada doktor  supaya gejala tidak normal yang berlaku  ketas pesatik diambil tindakan  umtuk pembetulan.

Jangan malu untuk berbincang dengan doktor. Tanyalah  pebelagai soalan untuk pencerahan. Ketahuilah apa yang boleh anda lakukan bagi meningkatkan kesihatan diri.

7.  Pesakit perlu mengetahui simptom-simptom C.K.D. dari masa ke semasa. Jika berlaku simpton yang luar biasa perlu dilaporkan simptom-simptom tersebut kepada doktor anda.

Sesetengah masalah, seperti kelesuan, boleh dirawat supaya anda berasa lebih sihat.

Perlu diingat bahawa tindak balas ubat adalah berbeaza dari seorang pesakit dengan pesakit yang lain.

8. Bekerjasamalah dengan doktor bagi menentukan garis panduan yang terbaik untuk diet mesra-ginjal. Patuhilah ia sebaik mungkin dan lihat cara diet anda mempengaruhi nilai-nilai ujian makmal status kesihatan anda.

Jika amalan diet  memperlihatkan nilai ujian makmal yang baik maka teruskan diet berkenaan. Sebaliknya jika lapuran makal negetif, segera dapatkan nasihat doktor bagi memillih diet baru yang lebih serasi dan efektif.

9. Senaman perlu dilakukan secara teratur. Berbincanglah dengan doktor tentang tahap senaman yang sesuai. Senaman yang dilakauan secara konsistan dan betul amat penting untuk membantu kestabilan tahap kesihatan.

Hindarilah sikap malas untuk melakukan senaman kerana ianya akan memberi kesan negetif kepada kesihatan diri.  Tanpa senaman untuk jangka panjang akan memberi mudarat yang lebih serius kepada penyakit ginjal anda.

10.  Pesakait CKD sememangnya menghadapi masalah kekangan masa dalam kehidupan harianya. Kesuntukan masa kerja seharian dan juga masa untuk menjalani dialisi pasti berlaku.

Sesi Dialisi 3 kali seminggu (empat jam bagi satu sesi) mengambil banyak masa untuk urusan perlu yang lain. Oleh itu kemahiran mengurus masa secara efiktif adalah penting.

Walaupun kadang kala  perlu mengambil cuti daripada bekerja bagi menyesuaikan diri dengan situasi baru. Sebolehnya  cubalah bekerja sepenuh masa atau jika terlalu rumit boleh bekerja separuh masa. Meneruskan bekerja ialah cara yang paling baik bagi kekal aktif dan sibuk.

Sebolehnya elak dari mengambil tindakan mohon berhenti bekerja. Jika tinggal dirumah tanpa bekerja berkemungkinan dalam jangka masapanjang  akan timbul kebosanan dan stres.

Situasi bosan dan stres berpanjang akan  menimbulkan situasi kemurungan . Ia akan merumitkan lagi proses rawatan sakit ginjal.

Kelebihan terus bekerja akan membuatkan anda sentiasa aktif  dan dapat terus berkomunikasi dengan rakan sekerja yang akan membantu keceriaan kehidupan anda.

11. Sentiasa mengawal tekanan darah adalah penting. Bberbincanglah dengan doktor untuk mendapat nasihat  bagi mencapai tekanan darah yang terbaik dan terus mengekalkannya.

Patuhilah secara berdisplin  dos ubatan yang  diberikan. Ini penting untuk  mempastikan penyakit ginjal dapat dikawal dari terus bertambah parah.  Sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat adalah tindakan terbaik untuk mempastikan kesihatan dalam keadan baik . Ia akan membantu pesakit untuk pastikan jangka hayat kehidupan anda lebih lama. Insya Allah.

12.  Sekiranya anda mengidap diabetis, kawalan gula darah boleh membantu melambatkan perkembangan penyakit ginjal. Sekiranya anda tidak pasti cara bagi meningkatkan kawalan gula darah anda, bertanyalah kepada doktor dan patuhilah segala nasihat doktor serta sentiasa mengawal nafsu makan makanan yang mani-manis.

Perlu di ingat bahawa makanan adalah punca segala penyakit.  Amalan pemakanan secara sihat dan seimbang adalah kaedah terbaik untuk mengawal segala penyakit. “Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati”.

13. Anda perlu peka dengan komplikasi yang mungkin berlaku dalam penyakit ginjal, termasuklah anemia, asidosis metabolik, penyakit tulang, penyakit kardiovaskular, bendalir yang berlebihan dan kalium serta fosforus yang tinggi.

Setiap satu daripada ini boleh dikesan dengan ujian yang betul – juga, banyak yang anda boleh lakukan bagi mengelak komplikasi sekiranya anda belajar perkara yang perlu anda perhatikan berkaitan kandungan darah yang diuji dari masa ke semasa.

14. Sekiranya penyakit ginjal anda telah parah, buatlah keputusan sama ada anda mahu dimasukkan ke dalam senarai menunggu pemindahan, atau berbincang dengan keluarga supaya  transplan ginjal oleh penderma hidup (keluarga) dapat dilakukan.

Dapatkan maklumat tepat tentang kebaikan dan kelebihan transplan ginjal kepada pedakit dan penderma. Sebenarnya manusia boleh hidup normal dengan sebiji buah pinggang jika mengamal pemakanan  sihat dan  melakukan riadah secara teratur dan betul.

15 . Sekiranya anda menjalani dialisis, lakukan semua rawatan yang diarahkan oleh doktor. Beri kerjasama sepenuhnya kepada pasukan penjagaan anda untuk pastikan anda sentiasa berasa sihat.

Pantau KTV dan URR (nisbah pengurangan urea) anda, yang merupakan ukuran  sama ada darah anda dibersihkan dengan secukupnya, serta nilai-nilai makmal lain dari semasa ke semasa, ketahuilah apa yang perlu lakukan bagi meningkatkan keputusan ujian darah anda sekiranya ia tidak memuaskan.

16. Sekiranya anda menjalani pemindahan, makanlah semua ubat-ubatan anda menurut jadual. Perhatikan jika terdapat tanda-tanda jangkitan, penolakan atau penyakit lain.

17. Tumpukan perhatian kepada emosi anda. Beersabarlah dalam menerima ujian kesakitan yang ditakdirkan oleh Allah ini. Beri masa untuk  menyesuaikan diri  dengan siuasi kehidupan baru dan taanam keyakinan diri yang anda boleh mengawal keadaan semula.
Mungkin anda berdepan dengan perasaan yang tidak pasti tentang masa hadapan atau dengan perubahan dalam gaya hidup dan hubungan anda. Memang perkara lazim bagi anda melalui satu tempoh perasaan yang tidak menentu.

18. Mintalah bantuan apabila anda memerlukannya. Berbincanglah dengan keluarga dan rakan-rakan anda, dengan pesakit ginjal lain, dengan penasihat agama atau dengan pasukan penjagaan kesihatan anda.

19. Hargailah kehidupan anda; lakukan perkara yang paling bermakna kepada anda dan paling membahagiakan anda. Yakinlah bahawa kematian tidak akan berlaku sebelum tiba masanya. Befikiran positif dan tanam keyakinan dalam diri yang kehidupan masa hadapan anda adalah sama seperti insan yang lain.

20. Tingkatkan amal ibadat anda semoga anda mendapat hidayah Allah untuk menghadapi kesikatan ginjal dengan tenang dan penuh kesabaran. Dimasa lapang perbanyakkanlah zikir dan bertasbih  semuga anda sentiasa mendapat perhatian Allah. Cubalah untuk memperbanyakkan  amalan ibadat sunat  terutama solat sunat di waktu malam.

Jika pada malam hari anda rasa sukar untuk lelapkan mata. Dirikan solat tahajud dan solat taubat. Mohon kepada Allah supaya diberi kesembuhan atau  dapat menstabilkan penyakit yang dihadapi  semoga anda dapat memperbanyakkan lagi amal ibadat untuk-Nya.
Banyakkan berselawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad s.a.w. semoga diakhirat kelak anda akan memperolehi syafaatnya untuk kesyurga.

Tip-tip yang dinyatakan di atas adalah pengesyuran yang telah dicadangkan oleh pakar perubatan penyakit C.K.D. Ianya telah terbukti berjaya dalam menghadapi kehidupan sebagai pesakit ginjla kronik – C.K.D. yang dialami oleh penulis dan isterinya.

Yakinlah bahawa ketentuan Allah memberi penyakit ginjal kronik adalah satu proses untuk meningkatkan darjat seseorang dan juga menghapsukan dosa mereka di masa lampau.

Penyakit kronik yang dihadapi perlu disyukuri kerana Allah telah janjikan ganjaran pahala yang besar bagi sesiapa yang diuji dengan kesakitan dan dia dapat hadapi dengan penuh kesabaran dan keinsafan. Redha dengan ketentuan Allah.




Nota : Buku boleh didapati di feedaread.com

Buku : SURVIVAL PESAKIT GINJAL CKD - BAB 13 : Pengurusan Masa Untuk Rawatan Dialisis






BAB 13

PENGURUSAN MASA UNTUK
RAWATAN DIALISIS

“Masa itu emas” . Pepatah Melayu yang diilhamkan oleh nenek moyang kita dahulu untuk mengigatkan betapa pentingnya mengurus dan menggunakan masa dengan baik. Kerana sedetik masa berlaku adalah mustahil untuk digarab kembali. Walahal emas yang berharga mahal sekalipun boleh diperolehi jika kita mempunyai wang yang banyak. 

Ada juga yang mengatakan masa ini lebih berharga daripada emas. Logiknya, emas yang hilang mungkin boleh dicari dan diganti semula akan tetapi, bagaimana pula dengan masa? Sedetik yang berlalu belum tentu boleh diganti dan dicari semula. Ini membuktikan bahawa masa itu terlalu berharga untuk dibuang dan dibazirkan begitu sahaja.

As-Syahid Hassan Al-Banna pula jelas mengaitkan masa dengan kehidupan, “Masa adalah sebuah kehidupan. Dan kehidupan itu adalah masa yang dia habiskan bermula pada saat kelahiran sehingga ke saat kematiannya”.

Manusia ini seringkali terleka dengan masa lapang dan mudah saja lalai dengan kehidupan fana.

Kadangkala sudah bertekad dan berazam untuk menggunakan masa dengan baik, namun akhirnya kecundang jua, jalan pembaziran yang menjadi pilihan untuk dilalui.

Begitulah hakikat makhluk yang diciptakan oleh Allah s.w.t di muka bumi ini yang majoritinya lemah dalam mengurus masa.

Sesungguhnya, Allah s.w.t telah berjanji dengan masa sebagaimana ayat Quran yang bermaksud:

Demi masa. Sungguh manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.” ( Surah al-‘Asr, ayat 1 hingga 3)

Allah s.w.t telah memperingatkan kita akan kepentingan masa melalui kalamnya iaitu kitab al-Quran.

Melalui ayat di atas, kita ketahui manusia akan terus berada dalam kerugian kecuali bagi orang mukmin yang sedar akan kepentingan masa, lalu menggunakan masa tersebut untuk melakukan kebajikan dan kebaikan serta memberi peringatan untuk manfaat diri sendiri dan masyarakat sekeliling secara umumnya.

Namun berapa ramaikah yang mengambil pengajaran daripada ayat di atas?

Terlalu ramai yang tersungkur di pentas arena dunia fana apabila dikaitkan dengan pengurusan masa.

Mereka lebih rela menghabiskan masa yang terluang dengan perkara yang membawa kepada keseronokkan, yang dapat menghiburkan hati mereka, tanpa sedikit pun memikirkan tentang kematian yang saban hari mendekati mereka!

Punca Pembaziran Masa.
Ada manusia yang mampu menguruskan masa dengan baik sehinggakan setiap detik masa yang ada diinfakkan untuk melakukan kebaikan dan memperoleh redha daripada Allah s.w.t.

Ada juga manusia yang tidak tahu menghargai masa dan selalu menghabiskan masa untuk perkara yang menggembirakan hati mereka.
Ada manusia juga yang mampu menggunakan masa dengan baik pada mulanya, tetapi tidak kekal lama, akhirnya kembali meneruskan tabiat yang lama. Persoalannya, mengapakah perkara ini seringkali terjadi?

 “Iman itu kadang naik kadang turun, maka perbaharuilah iman kalian dengan la ilaha illallah.” (HR Ibn Hibban)

Inilah antara sebab mengapa manusia seringkali culas dengan pengurusan masa.

Imannya kadangkala turun dan naik. Tidak tetap. Perkara inilah yang perlu kita akui sebagai insan yang lemah di hadapan-Nya.

Perlu diingatkan juga, walaupun iman ini sentiasa naik dan turun, namun kita punyai pilihan sama ada untuk meningkatkannya atau mengurangkannya.

Oleh sebab itulah di dalam hadis ini, kita disarankan agar sentiasa memperbaharui iman kita.

Apabila iman sudah tetap di hati, maka pengurusan mengenai masa bukanlah masalah terbesar yang perlu dihadapi.

Kedua, manusia ini mempunyai hati yang mudah berbolak-balik. Mungkin di siang hari, kita senang untuk melakukan kebaikkan, tetapi tiba di malam hari, kita berubah dan lebih tega untuk melakukan maksiat.

Begitulah manusia yang mempunyai hati tidak tetap dan seringkali berubah. Allah s.w.t telah berfirman:

“Dan Kami bolak-balikkan hati mereka dan penglihatan mereka.” (Surah Al-Anam, ayat 110)

Semakin tetap hati kita, semakin sukar untuk kita jatuh dan tergelincir ke kancah maksiat. Namun, bukan mudah untuk tetapkan hati.

Nabi Muhammad s.a.w  selalu mengamalkan doa, “Wahai Rabb yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku pada agamaMu.”

Jika Nabi yang tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan, seringkali meminta agar ditetapkan hati, apatah lagi kita yang tidak pernah gagal untuk melakukan dosa, sudahkan doa ini dilazimi di bibir kita?

“(Iblis) menjawab, “kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalan-Mu yang lurus, kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan, dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakkan mereka bersyukur.” (Surah Al-A’raf, ayat 16 dan 17)

Janji syaitan terhadap Allah s.w.t sebelum golongan ini keluar dari syurga dan ditempatkan pula di neraka jahanam.

Syaitan telah berjanji akan terus menyesatkan cucu cicit Adam a.s. sehingga hari kiamat tiba.

Hanya manusia yang benar-benar ikhlas sahaja dan tidak lalai akan terselamat dari godaan dan tipu daya syaitan.

Bagaimana Mengatasi Masalah Masa ?
Terlewat melaksanakan sesuatu tindakan adalah lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa. Malah situasi akan menjadi lebih parah lai sekiranya tiada apa-apa tindakan yang diambil untuk mengatasi masalah tersebut.

Orang yang benar-benar mengenali masa dengan baik akan berpotensi menggunakan masa sebaiknya tanpa membazirkannya ke jalan yang sia-sia.

Setiap Manusia Dikurniakan 24 Jam Dalam Sehari.
Hanya yang betul-betul mengenali masa dengan baik akan merasakan waktu yang diberikan cukup bermakna untuk melakukan kebaikkan dan kebajikan, selebihnya akan merintih dan seringkali mengeluh kerana kesempitan waktu.

Sabda Rasulullah s.a.w, “Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila sesorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun.” (HR : Abu Daud)

Nabi Muhammad s.a.w menekankan supaya apabila kita ingin melakukan sesuatu, maka hendaklah dia melakukan dengan bersungguh-sungguh dan tidak bertangguh masa.

Dalam konteks penggunaan masa, kita hendaklah bersungguh-sungguh melakukan sesuatu pekerjaan agar masa yang digunakan dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Biarlah pekerjaan itu sedikit, tetapi pastikan jangan meleret!
Lakukan dengan bersungguh-sungguh dan elakkan bertangguh agar masa yang selebihnya dapat digunakan untuk perkara lain yang sama taraf kepentingannya.

Tawan Masa!
Ramai manusia yang celik akan kepentingan masa tetapi buta atau jahil akan cara menggunakannya.

Jadi, perkara ini akan merugikan diri kita sendiri. Belajarlah cara menawan masa dan janganlah biarkan diri kita ditawan pula oleh masa!

Dua nikmat yang ramai manusia tertipu, iaitu nikmat sihat dan masa lapang.” ( HR:Bukhari)

Antara kita dengan masa, siapakah lebih licik ? Tanya diri kita sendiri, moga beroleh petunjuk Ilahi.

Masa bagi Pesakt CKD.
Setelah setahun lebih isteri penulis menjadi pesakit CKD, sememangnya mengurus masa adalah satu faktor yang amat penting dalam kehidupan seharian.

Masa bagi pesakit CKD dan penjaga atau keluargnya menjadi amat ternilai, kerana setiap minggun pesakit CKD adalah terikat dengan jadual rawatan dialisis.

Kebiasaan bagi setiap minggu ada tiga kali rawatan dialisi yang memakan masa selama 4 jam bagi setiap sesi rawatan.

Hari rawatan pula diagihkan secara selang sehari untuk tidak kali seminggu. Jika dimulai pada hari Sabtu, hari berikutnya ialah Isnin dan Rabu. Manakala jika Hari pertama pada hari Ahad, hari beriktunya pada hari Selasa dan Khamis.

Hari-hari rawatan ini perlu dipatuhi sepenuhnya bagi membolehkan rawatan dialisis dilakukan dengan sempurna dalam tempoh yang ditetapkan. Jika pada setiap hari rawatan berlaku kekurangan masa dalam 5  minit  sahaja, bila  dalam  tempoh jangka  masa lama ianya  secara komulatif akan memberi kesan yang besar kepada pesakit.

Masa rawatan dialisis tidak  mencukupi sebagaimana  yang diagnosis oleh doktor, boleh menyebabkan berlaku sisa kumbahan dalam darah, untuk jangka masa panjang akan memberi kesan kepada buah pinggang dan juga masalah kesihatan pesakit,

Masa Berkualiti, Kehidupan Berkualiti.
Pesakit CKD perlu mempunyai kemahiran untuk mengurus masa yang tehad itu untuk menjadikan masa yang berkualiti. Keboleh upayaan mengurus masa dengan sempurna dan ‘smart’ akan memberi peningkatan kualiti kesihatan dan kehidupan seseorang.

Jika pesakit CKD atau keluarga terdekat yang menjaganya tidak mahir dalam mengurus masa, maka perlulah mereka menimba ilmu bagaimana untuk mengurus masa dengan berkesan. Inilah yang dikatakan ‘belajar semenjak di buaian hingga ke liang lahad’.

Kenapa pentingnya mengurus masa dengan cekap?. 
Kita semua sedia maklum bahawa pesakit CKD adalan insan yang diberi tempoh kehidupan oleh Allah melalui ‘talian hayat’  mesin dialisis. Dengan kata lain kehidupan  mereka memerlukan bantuan mesin dialisis sepanjang hayat. Kecuali  mereka membuat  rawatan melalui “Pemindahan Ginjal”.

Pemindahan Ginjal ini akan memakan kos yang tinggi disamping peluang untuk mendapatkan ginjal ganti itu amat tipis sekali. Oleh itu majoriti pesakit perlu kepada rawatan dialisis.

Oleh itu pengurusan masa pesakit CKD ini adalah satu aspek penting dalam kehidupan  pesakit jika mereka hendak memperolehi kehidupan yang  berkualiti dalam tempoh jangka hayat yang agak terhad itu.

Manusai hanya mempu berusaha, tetapi ketetapan Allah tidak boleh diubah lagi. Yang hidup pasti akan mati. Sungguhpun begitu kita diberi akal untuk mengurus masa kehidupan supaya dapat digunakan dengan sebaiknya untuk mendapat keredaan Allah di dunia dan juga di akhirat yang kekal abdail.

Oleh itu Islam mengajar umatnya supaya sentiasa berdoa “ Di dunia hasanah, dan di akhiarat hasanah”.

Untuk memperolehi ‘Masa berkualiti’ pesakit CKD perlu membuat perancang secara tepat berhubung dengan perkara berikut:
# Apakah yang penting dalam kehidupan saya.
# Apakah yang akan saya lakukan dalam kehidupan ini.
# Apakah yang akan membuatkan saya gembira dan memberi kepuasan.

Setelah digariskan matlamat kehidupan dan tujuan yang akan dicapai, maka perlu dibuat program mengurus masa mengikut keutamaan, setelah itu perlu dibuat perancangan secara lebih terperinci terhadap aktiviti memenuhi masa yang amat terhad itu bagi seminggu dan setiap hari bagi mencapai matlamat kehidupan yang ditetapkan itu.

Gunakan Masa Rawatan Dialisis Sebaiknya.
Pengalaman setahun lebih menemani isteri menjalankan rawatan dialisis memberi banyak pengajaran kepada isteri dan saya.

Jadual rawatan dialisis 3 kali seminggu dengan jarak selang sehari, dengan masa dialisis adalah 4 jam, jika dikira masa persiapan dan perjalanan ke Pusat Rawatan Dialisis, keseluruhan masa setiap sesi rawatan ialah 5 jam kurang lebih.

Bagi yang baru menjalani rawatan dialisis, masa  5 jam itu adalah agak lama, jika tidak dirancang secara teliti, masa akan pergi begitu sahaja. Kerana  masa akan banyak terbuang dengan  aktiviti yang kurang  berfaedah seperti, menonton TV, borak-borak kosong, terlena atau berkhayal tanpa hala tujuan.

Pemerhatian penulis  kebanyakan pesakit CKD hanya duduk sambil menonton TV, kadang kala tertidur kerana agak lama menunggu masa 4 jam untuk  selesai rawatan dialisis.

Sepanjang tempuh setahun lebih, telah berlaku 3 orang pesakit yang sedang menjalani rawatan dialisis, dengan tiba-tiba tidak sedarkan diri, dan berakhir dengan kematian.

Pernah pesakit yang dirawat bersebelahan dengan isteri, yang pada masa ia datang ke Pusat Rawatan Dialisis, ia kelihatan sihat malah mampu memandu sendiri kereta.

Setelah menjalani rawatan hampir 3 jam setengah, tiba-tiba pesakit tidak sedarkan diri, Jururawat dan pembatu jururawat bertungkus lumus membantu untuk pesakit sedar kembali. Tetapi semuanya gagal. Tak sampai satu jam pesakit mengalami koma, dan dia terus pergi baut selama-lamanya. Belum sempat ambulan sampai untuk dibawa ke hospital berdekatan yang jaraknya hanya 5 km.

Peristiwa yang berlaku kepada 3 orang pesakit CKD boleh dikatakan hampir sama senarionya. Ini belaku dalam tempoh enam bulan.

Berdasarkan peristiwa kematian mengejut yang kami saksikan sendiri itu,  dapatlah dirumuskan bahawa pesakit CKD yang menjalani rawatan dialisis berkemungkinan akan berlaku keadaan diluar jangka, yang boleh menyebabkan berlaku komplikasi dan membawa maut.

Orang Yang Cerdik Adalah Orang Yang Banyak Mengingati Mati
Pengalaman melihat sendiri bagaimana pesakit CKD yang sedang menjalani rawatan dialisis boleh mati dengan tiba-tiba.

Isteri pernah memberitahu saya. “ Abang, sayang rasa hidup ini dah tak lama”.

“Eh, kenapa cakap macam tu”

“ Petang tadi, Pak Cik yang duduk sebelah meninggal, mudah je, masa dia datang napak sihat je, tetiba pengsan dan terus meninggal”

“ Mungkin ini juga boleh terja pada sayang” isteri cuba luahkan perasaannya,

  Ah, usah merepeklah, hidup mati tu adalah ketentuan Allah, jika belum tiba masanya kita takkan mati, orang yang sihat pun bila dah sampai ajal boleh mati bila-bila masa”

“Yang penting kita kena bersedia untuk menemui ajal kita, oleh itu perlu sentiasa bersedia dengan amal ibadat setiap masa”. Saya cuba metenteramkan isteri.

“Sebab itulah abang sentiasa ingatkan sayang supaya tak rugikan masa semasa dialisis”

“ Sambil dok cuci 4 jam itu, lebih baik berzikir dan membaca al Quran”

“ Itulah amalan para alim ulamak, mereka sentisa bersedia untuk menghadapi mati” Isteri memandang wajah dengan penuh pengertian.

Bila membincangkan hal kematian dengan isteri pada satu hari dahulu.
Saya teringat satu ceramah yang disampaikan oleh ustaz di masjid pada satu masa dahulu.

Ustaz mengulas tetang ayat 89 surah As Syuara yang bermaksud :

 “ Pada hari itu (hari kita pergi mengadap Allah) tidak berguna lagi harta dan anak kecuali mereka yang pergi membawa hati yang selamat.”

Jelas ustaz lagi “Kerana itu orang yang sedar dan rasa dia akan mati bukan saja membersihkan amalan lahir tetapi hati pun dijaga betul. Supaya kekotoran sifat mazmumah diganti oleh mahmudah.

Selagi hati masih kotor dan selagi dosa-dosa lahir masih dibuat, selama itu kita tidak rasa tenang dan bahagia. Sebab takut dan rasa tidak selamat dari hukuman Allah di alam barzakh dan di akhirat.

Tapi kalau ada orang yang masih rasa tidak apa dan rasa seronok dengan maksiat lahir mahu pun batin, orang itu sebenarnya tidak sedar yang dia akan mati. Orang begini adalah orang yang bodoh.” Ujar ustaz dengan penuh bersemangat.

“ Kata Rasulullah s.a.w., orang yang paling cerdik ialah orang yang banyak ingat mati . Maknanya orang yang paling bodoh ialah yang langsung tidak fikir tentang mati”.

“ Lebih kurang macam kambing yang walaupun nampak pisau di tangan tuannya, sedang dihala ke lehemya, bakal mengambil nyawanya, tapi dia masih ketawa dan manis muka”.

“ Bodoh betullah dia.Tetapi tidak apalah, sebab dia kambing. Kambing tidak akan disoal oleh mungkar nakir. Tidak akan dihisab di Padang Mahsyar.” Ujar ustaz sambil matanya memandang ke arah jemaah.

“ Apa hal dengan manusia yang macam kambing? Ataukah mereka rasa lepas mati kita tidak hidup lagi? Itu satu perkiraan yang tidak wajar”..

“ Sebab kehidupan di dunia perlu diadili.”

“ Kerana itu Allah akan bangkitkan sekali lagi untuk satu pengadilan dan kira bicara yang mutlak. Agar hidup benar-benar bermakna pada semua orang.”
Wajah para Jemaah kelihatan syugul mungkin masing-maisng cuba hisbah diri, adakah telah  bersedia untuk mati.

Bila mengenangkan isi kuliah yang disampaikan oleh ustaz itu. Terlintas di minda penulis  bahawa pesakit CKD perlulah menerima hakikat bahawa, ketibaan mati boleh berlaku bila-bila masa.

Adalah wajar bagi mereka untuk melakukan setiap amalan disepanjang menjalani rawatan dialisis sebagai persiapan menhadapi kematian.

Kerana telah dijanjikan oleh Allah bahawa amal soleh, sedekah jariah dan anak yang soleh sahaja yang mampu memberi  pertolongan bagi meringankan azab di alam barzah nanti.

Masya-Allah! Cuba kita rasakan benar-benar yang kita boleh jadi mati seminit lagi.

Aduh! Akan jadilah sepertimana orang yang dihukum gantung, Hukuman telah ditetapkan besok pagi.

Nescaya ia tidak berani lagi hendak buat maksiat kecil atau besar. Bukan saja maksiat, bahkan perkara harus pun sudah tidak berselera.

Di hidangkan  ayam  panggang dan lauk pauk yang sedap sekali  pun  tidak ada makna.

Isteri muda yang cantik molek pun dibawa, kita tidak ada mood lagi.
Yang ia fikir ialah dosa-dosa yang bertimbun. Tentu akan kejar  ke sana dan ke sini, cari orang yang ia pernah buat dosa, untuk minta maaf.

Panggil siapa sempat untuk wasiat agar bayar hutang, wakafkan harta benda, keluarkan duit di bank. Sambil itu menangis dengan Allah minta ampun terhadap dosa-dosa. Minta  di tangguh kematian kalau boleh, agar beri masa untuk buat segala-gala amal soleh. Hati tidak terfikir benda  lain lagi melainkan Allah, Allah, Allah.

Itulah faedahnya ingat mati. Kita akan takut dengan dosa, bahkan amal yang sia-sia pun tidak terbuat lagi.

Ingat mati benar-benar dapat mengawal kita untuk minta ampun dengan Allah dan dengan manusia. Tidak terfikir lagi hendak derhaka pada Allah dan hendak bersengketa dan sakit hati dengan kawan-kawan.

Di samping itu ingat mati akan tambah kekuatan untuk membangunkan amal kebaikan dan berkorban serta berjuang menegakkan agama Allah.

Kita tidak fikir panjang lagi untuk korban segala-galanya di jalan Allah. Tidak letih lagi berjuang untuk menegakkan hukum Allah.

Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. bahawa orang cerdik ialah orang yang banyak ingat mati.

Yang mana, hasil ingat akan mati, akan tercetuslah segala kebaikan dan  terhapuslah sikap jahat kita.

Kesimpulannya, pesakit  CKD merupakan insan yang terpilih kerana mereka diduga dengan penyakit yang boleh  dianggap sebagai ingatan Allah kepada hamba-Nya. Kerana kematian boleh berlaku bila-bila masa.

Kehidupan  mereka perlu kepada talian hayat mesin dialisis. Mereka mempunyai masa yang terhad dan perlu kepada keinsafan untuk bertaubat terhadap dosa-dosa silam, dan meneruskan kehidupan dengan persiapan untuk meningkatkan amal ibadat dan sedekah jariah moga dapat membantu mereka di alam barzah nanti.

Mereka ini sebenarnya lebih baik daripada orang yang sihat, tetapi bila tiba  ajal berada dalam keadaan leka dan penuh maksiat. Berakhir kehidupan dengan tidak bersedia dan membawa pelbagai dosa yang tidak sempat meminta keampunan Allah adalah satu kerugian bagi setiap manusia yang hidup didunia ini. Kerana Allah telah janjikan dengan azab neraka  Jahanam bagi mereka yang lalai  dan engkar terhadap perintah Allah.



 Nota: Buku boleh diperolehi di feedaread.com