RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Thursday 28 March 2019

BAB 19 TIP BAGI MENJALANI KEHIDUPAN PESAKIT GINJAL KRONIK.

\

BAB 19

TIP BAGI MENJALANI KEHIDUPAN
PESAKIT GINJAL KRONIK.

Apabila seseorang itu telah dihidapi  penyakit ginjal kronik ianya akan menjalani kehidupan harian yang berbeza daripada kehidupan insan normal. Diantara runtin yang perlu dipatuhi adalah menetapkan masa khusus untuk menjalani dialisis yang perlu dipatuhi tiga kali seminggu dan masa yang diperlukan adalah empat jam bagi setiap sesi.

Pada peringkat awal menjalani kehidupan sebagai pesakit ginjal kronik (CKD) banyak perkara yang perlu dilalui dengan berhati-hati secara berperingkat untuk membolehkan gaya hidup baru ini dapat dilalui dengan tenang dan boleh diserpakan dalam kehidupan. In sya Allah akhirnya akan mampu menjadikanya sebagai rutin harian.

Isteriku yang pernah mengalami strok lebih 15 tahun  pun masih troma apabila doktor memberitahu yang dia perlu menjalani rawatan dialisis.
Pada hari pertama isteri pulang dari hospital kelihatan wajahnya syugul dan mendiamkan diri  di dalam bilik.

Kekadang lingan air mata mengalir dipipinya kerana terlampau sedih. Sudah jatuh ditimpa tanggan.  Risau tetantang kehidupan masa depan yang tidak menentu.

Saya sebagai suami juga kekadang terfikir bagimana kami suami isteri dapat mengatasi masalah ini dengan baik.  Semoga kehidupan kami sekeluarga dapat diteruskan seperti biasa.

Sebagai seorang suami saya membuat keputusan untuk terus besabar dan menimbal ilmu dari perlbagai aspek untuk membolehkan kesenambungan kehidupan dengan kedaan yang penuh cabaran dan dugaan itu.

Salah satu kaedah yang saya gunakan ialah  menerima dugaan kesakitan isteri itu adalah kerana Allah mahu terus menguji lagi. Bukankan Allah berfiman bahawa “ setiap hambaNya akan diuji untuk tingkaktkan darjat dan keimanan mereka”.

Ujian strok 18 tahun lalu itu dapat kami lalui dengan seadanya hingga ke hari ini.

Alhamdulillah dengan izin Allah teknik motivasi diri yang sentiasa “positif:’ dengan ujian Allah. Memboehkan kami menghadapai suana kehidupan baru dengan isteri sebagai pesakit C.K.D. telah dapat menyesuaikan diri denggan rutin kehidupan baru.

Kini telah mengjakau masa hampir  dua tahun isteri telah dapat menenrima hakikat bahawa  sakit ginjal kronik (CKD) adalah proses yang ditakdirkan oleh Allah kepada hamba-Nya untuk menilai keimanan, ketaqwaan dan kesabaran.

Perlu dingat di dalam Al Quran Allah telah berfirman  yang bermaksud:

"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun" Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk." (QS. Al-Baqarah: 155-157.

Berikut ialah  TIP- TIP  bagi membantu pesakit menikmati kehidupan dengan lebih sempruna.

1.  Bermunajat kehadrat Allah, membuat audit diri, menyesali dan bertaubat diatas kelalaian yang pernah dilakukan sebelum ini. Melakukan solat taubat untuk memohon keampunan kepad-Nya terhadapat kesalahan dosa yang lalu.

Membuat satu akujanji baru kepada Allah s.w.t. yang diri kita akan berubah untuk menjadi insan yang bertaqwa dan mendahului segala amalan ibadat yang wajib untuk disempurnakan dalam kehidupan seharian. Cuba sedaya upaya untuk meninggalkan segala perbuatan dosa dan maksiat.

Sentiasa menggunakan masa terluang untuk membaca dan menmahami isi kandugan al Quran. Seterusnya cuba untuk menjadikan ajaran al Quran itu amalan kehidupan harian. Azam sebegini berserta tindakan telah dapat memberi ketenangan jiwa. Bila situasi ini berlaku segala ujian dan dugaan dapat dihadapi dengan tenang dan kerelaan.

2. Perlu belajar untuk memperolehi ilmu sebanyak mungkin tentang penyakit ginjal kronik yang dialami. Maklumat ini boleh diperolehi daripada Hospital  atau Pusat Dialisis berkaitan. Perlu jaga mengarab daripada pengalaman pesakit ginjal kronik yang telah lama menghadapinya. Maklumat juga boleh diperolehi melalui carian di internet di laman sesawan yang berkaitan. Maklumat ini amat penting untuk pesakit memparaktikkan dalam kehidupan seharian. 

Ini juga amat dituntut dalam Islam yang mana umatnya dianjurkan  “ Tuntutlah ilmu sejak dibuaiyan hingga ke liang lahad”.

3. Perlu melakukan perubahan minda untuk menjadi lebih positif. Anggaplah CKD ini adalah satu dugaan dan cabaran yang ditentukan oleh-Nya.

Ianya adalah pertada bahawa Allah sayangkan kita, setiap penyakit itu adalah proses untuk menghapuskan dosa silam kita.  Yakinlah hidup mati itu adalah ketentuan Allah yang telah ditetapkan diluhmahfuz. 

Hidar diri berfikiran negatif. Kerana kehidupan bukanya akan berakhir degan penyakit CKD. Ramai pesakit CKD mampu hidup berpuluh tahun, sedangkan insan lain yang segar bugar mati lebih awal kerana kemalangan dan sebagainya.

In Sya Allah dengan penjagaan yang sistematik dan mematuhi segala nasihat doktor pesakit mempunyai peluang menjalani kehidupan  yang panjang. Kerana pernah direkodkan ada yang menjalani dialisis hidup selama 35 tahun. Ya Allah kurniakan hidayah mu kepada kami untuk terus positif dan sentiasa mentaati perintah-Mu.

4.  Sememangnya setiap penyakit perlu kepada ubat-ubatan untuk merawaatnya, ianya adalah ikhtir yang boleh dilakukan oleh pesakit. Perlu diingat yang menyembuhkan adalah Allah  semata-mata.

Ubat itu adalah sebagai sebab musebab membolehkan sesuatu penyakit itu sembuh. Bagi pesakit ginjal kronik selain melakukan dialisis. Ubat juga perlu diambil mengikut nasihat doktor.

Pematuhan kepada arahan doktor tentang pemakanan ubat-ubatan yang dibekalkan adalah amat perlu. Keperihatinan pesakit terhadap setiap jenis ubat yang dibekalkan, seperti nama ubat, jumalah dos dan peranan ubat untuk menyembuh penyakit dan sebagainya.

Bagi mengelakkan jadual pemakanan ubat tertinggal disebabkan terlupa, pesakit perlu menyediakan satu ‘buku diari ubat’. Berdisiplin dalam pemakanan ubat ini amat penting bagi memperolehi kesan yang maksimum . Natijahnya akan menghalang ginjal yang sakit menjadi lebih teruk.

5. Pesakit juga perlu perihatin terhadap keputusan  ujian darah yang dilakukan  secara berkaka itu. Status darah yang dilaporkan itu amat penting untuk memantau perkembangan ginjal pesakit.

Status darah yang diuji dapat memantau perkembangan status ginjal yang sakit sama ada dalam keadaan stabil atau semakin parah.

Dengan nasihat doktor yang merawat, pesakit dapat mengawal pemakanan bagi meningkatkan lagi status kesihatan dirinya. Amalan pemakanan yang bersesuai dengan status darah pesakit amat membantu pengawalan penyakit dari terus parah.

6. Pesakit perlu memantau perkembangan kesihatan sepanjang masa. Tindakan segera  perlu ambil dengan memaklumkan kepada doktor  supaya gejala tidak normal yang berlaku  ketas pesatik diambil tindakan  umtuk pembetulan.

Jangan malu untuk berbincang dengan doktor. Tanyalah  pebelagai soalan untuk pencerahan. Ketahuilah apa yang boleh anda lakukan bagi meningkatkan kesihatan diri.

7.  Pesakit perlu mengetahui simptom-simptom C.K.D. dari masa ke semasa. Jika berlaku simpton yang luar biasa perlu dilaporkan simptom-simptom tersebut kepada doktor anda.

Sesetengah masalah, seperti kelesuan, boleh dirawat supaya anda berasa lebih sihat.

Perlu diingat bahawa tindak balas ubat adalah berbeaza dari seorang pesakit dengan pesakit yang lain.

8. Bekerjasamalah dengan doktor bagi menentukan garis panduan yang terbaik untuk diet mesra-ginjal. Patuhilah ia sebaik mungkin dan lihat cara diet anda mempengaruhi nilai-nilai ujian makmal status kesihatan anda.

Jika amalan diet  memperlihatkan nilai ujian makmal yang baik maka teruskan diet berkenaan. Sebaliknya jika lapuran makal negetif, segera dapatkan nasihat doktor bagi memillih diet baru yang lebih serasi dan efektif.

9. Senaman perlu dilakukan secara teratur. Berbincanglah dengan doktor tentang tahap senaman yang sesuai. Senaman yang dilakauan secara konsistan dan betul amat penting untuk membantu kestabilan tahap kesihatan.

Hindarilah sikap malas untuk melakukan senaman kerana ianya akan memberi kesan negetif kepada kesihatan diri.  Tanpa senaman untuk jangka panjang akan memberi mudarat yang lebih serius kepada penyakit ginjal anda.

10.  Pesakait CKD sememangnya menghadapi masalah kekangan masa dalam kehidupan harianya. Kesuntukan masa kerja seharian dan juga masa untuk menjalani dialisi pasti berlaku.

Sesi Dialisi 3 kali seminggu (empat jam bagi satu sesi) mengambil banyak masa untuk urusan perlu yang lain. Oleh itu kemahiran mengurus masa secara efiktif adalah penting.

Walaupun kadang kala  perlu mengambil cuti daripada bekerja bagi menyesuaikan diri dengan situasi baru. Sebolehnya  cubalah bekerja sepenuh masa atau jika terlalu rumit boleh bekerja separuh masa. Meneruskan bekerja ialah cara yang paling baik bagi kekal aktif dan sibuk.

Sebolehnya elak dari mengambil tindakan mohon berhenti bekerja. Jika tinggal dirumah tanpa bekerja berkemungkinan dalam jangka masapanjang  akan timbul kebosanan dan stres.

Situasi bosan dan stres berpanjang akan  menimbulkan situasi kemurungan . Ia akan merumitkan lagi proses rawatan sakit ginjal.

Kelebihan terus bekerja akan membuatkan anda sentiasa aktif  dan dapat terus berkomunikasi dengan rakan sekerja yang akan membantu keceriaan kehidupan anda.

11. Sentiasa mengawal tekanan darah adalah penting. Bberbincanglah dengan doktor untuk mendapat nasihat  bagi mencapai tekanan darah yang terbaik dan terus mengekalkannya.

Patuhilah secara berdisplin  dos ubatan yang  diberikan. Ini penting untuk  mempastikan penyakit ginjal dapat dikawal dari terus bertambah parah.  Sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat adalah tindakan terbaik untuk mempastikan kesihatan dalam keadan baik . Ia akan membantu pesakit untuk pastikan jangka hayat kehidupan anda lebih lama. Insya Allah.

12.  Sekiranya anda mengidap diabetis, kawalan gula darah boleh membantu melambatkan perkembangan penyakit ginjal. Sekiranya anda tidak pasti cara bagi meningkatkan kawalan gula darah anda, bertanyalah kepada doktor dan patuhilah segala nasihat doktor serta sentiasa mengawal nafsu makan makanan yang mani-manis.

Perlu di ingat bahawa makanan adalah punca segala penyakit.  Amalan pemakanan secara sihat dan seimbang adalah kaedah terbaik untuk mengawal segala penyakit. “Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati”.

13. Anda perlu peka dengan komplikasi yang mungkin berlaku dalam penyakit ginjal, termasuklah anemia, asidosis metabolik, penyakit tulang, penyakit kardiovaskular, bendalir yang berlebihan dan kalium serta fosforus yang tinggi.

Setiap satu daripada ini boleh dikesan dengan ujian yang betul – juga, banyak yang anda boleh lakukan bagi mengelak komplikasi sekiranya anda belajar perkara yang perlu anda perhatikan berkaitan kandungan darah yang diuji dari masa ke semasa.

14. Sekiranya penyakit ginjal anda telah parah, buatlah keputusan sama ada anda mahu dimasukkan ke dalam senarai menunggu pemindahan, atau berbincang dengan keluarga supaya  transplan ginjal oleh penderma hidup (keluarga) dapat dilakukan.

Dapatkan maklumat tepat tentang kebaikan dan kelebihan transplan ginjal kepada pedakit dan penderma. Sebenarnya manusia boleh hidup normal dengan sebiji buah pinggang jika mengamal pemakanan  sihat dan  melakukan riadah secara teratur dan betul.

15 . Sekiranya anda menjalani dialisis, lakukan semua rawatan yang diarahkan oleh doktor. Beri kerjasama sepenuhnya kepada pasukan penjagaan anda untuk pastikan anda sentiasa berasa sihat.

Pantau KTV dan URR (nisbah pengurangan urea) anda, yang merupakan ukuran  sama ada darah anda dibersihkan dengan secukupnya, serta nilai-nilai makmal lain dari semasa ke semasa, ketahuilah apa yang perlu lakukan bagi meningkatkan keputusan ujian darah anda sekiranya ia tidak memuaskan.

16. Sekiranya anda menjalani pemindahan, makanlah semua ubat-ubatan anda menurut jadual. Perhatikan jika terdapat tanda-tanda jangkitan, penolakan atau penyakit lain.

17. Tumpukan perhatian kepada emosi anda. Beersabarlah dalam menerima ujian kesakitan yang ditakdirkan oleh Allah ini. Beri masa untuk  menyesuaikan diri  dengan siuasi kehidupan baru dan taanam keyakinan diri yang anda boleh mengawal keadaan semula.
Mungkin anda berdepan dengan perasaan yang tidak pasti tentang masa hadapan atau dengan perubahan dalam gaya hidup dan hubungan anda. Memang perkara lazim bagi anda melalui satu tempoh perasaan yang tidak menentu.

18. Mintalah bantuan apabila anda memerlukannya. Berbincanglah dengan keluarga dan rakan-rakan anda, dengan pesakit ginjal lain, dengan penasihat agama atau dengan pasukan penjagaan kesihatan anda.

19. Hargailah kehidupan anda; lakukan perkara yang paling bermakna kepada anda dan paling membahagiakan anda. Yakinlah bahawa kematian tidak akan berlaku sebelum tiba masanya. Befikiran positif dan tanam keyakinan dalam diri yang kehidupan masa hadapan anda adalah sama seperti insan yang lain.

20. Tingkatkan amal ibadat anda semoga anda mendapat hidayah Allah untuk menghadapi kesikatan ginjal dengan tenang dan penuh kesabaran. Dimasa lapang perbanyakkanlah zikir dan bertasbih  semuga anda sentiasa mendapat perhatian Allah. Cubalah untuk memperbanyakkan  amalan ibadat sunat  terutama solat sunat di waktu malam.

Jika pada malam hari anda rasa sukar untuk lelapkan mata. Dirikan solat tahajud dan solat taubat. Mohon kepada Allah supaya diberi kesembuhan atau  dapat menstabilkan penyakit yang dihadapi  semoga anda dapat memperbanyakkan lagi amal ibadat untuk-Nya.
Banyakkan berselawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad s.a.w. semoga diakhirat kelak anda akan memperolehi syafaatnya untuk kesyurga.

Tip-tip yang dinyatakan di atas adalah pengesyuran yang telah dicadangkan oleh pakar perubatan penyakit C.K.D. Ianya telah terbukti berjaya dalam menghadapi kehidupan sebagai pesakit ginjla kronik – C.K.D. yang dialami oleh penulis dan isterinya.

Yakinlah bahawa ketentuan Allah memberi penyakit ginjal kronik adalah satu proses untuk meningkatkan darjat seseorang dan juga menghapsukan dosa mereka di masa lampau.

Penyakit kronik yang dihadapi perlu disyukuri kerana Allah telah janjikan ganjaran pahala yang besar bagi sesiapa yang diuji dengan kesakitan dan dia dapat hadapi dengan penuh kesabaran dan keinsafan.
Redha dengan ketentuan Allah.

 Nota: Buku boleh didapati di feedaread.com

BAB 18 PENDERMAAN ORGAN Sedutan Buku : SURVIVAL PESAKIT GINAL CKD

BAB 18

PENDERMAAN ORGAN
                            
Sedang daku berita di ruang keluarga di rumah, tetiba terbaca satu laporan berit diakhbar berhubung dengan kes kemalangan jalanraya di Malaysia yang dikatakan Purata 20 orang maut setiap hari daripada 7,152 kes kemalangan maut dicatatkan sepanjang tahun 2017 mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Roslan Eusoff.

Beliau berkata daripada jumlah purata itu, 12 orang merupakan penunggang atau pembonceng motosikal.

"Ini menunjukkan penunggang dan pembonceng motosikal menyumbang kadar kematian terbesar di atas jalan raya tahun lepas dengan mencatatkan jumlah keseluruhan sebanyak 4,485 orang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Keselamatan Jalan Raya Bersama Petron Malaysia peringkat negeri, hari ini.

Turut hadir Ketua Jabatan Keselamatan, Sekuriti, Kesihatan dan Alam Sekitar Petron Malaysia Refining and Marketing Berhad Lokman Hani.

Mengulas lanjut, Roslan berkata berdasarkan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), sebanyak 82 peratus kemalangan maut itu berlaku disebabkan faktor kecuaian pengguna jalan raya itu sendiri.

Sehubungan itu, beliau meminta pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal agar sentiasa mengamalkan pemanduan berhemah dan berdisiplin termasuk mematuhi had laju ditetapkan.  Bernama.

Terbayang difikiran ku jika mereka ini menjadi “Penderma Organ” bukankah ramai pesakit kronik yang sedang menuggu organ  untuk menjalani transplan.

Teringat kepada pesakit Ginjal Koronik (CKD)  yang sedang menunggu derma organ ginjal untuk menggantikan ginjal mereka yang rosak seramai _________________. Jika masyarakt kita faham tentang keperluan menjadi ahli ‘Derma Organ’ maka mereka yang mati kemalangan jalaran raya itu dapat menyelamatkan ramai pesakt yang sedang menunggu organ baru bagi mengubati organ mereka yang telah rosak.

Tetapi kebanyakan rakyat Malaysia memandang dingin terhadap Kempen Derma Organ yang telah dijanlankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kebanyakan dari kalangan orang Islam, sebagai contoh mereka masih ragu-ragu untuk mendrma organ mereka kerana terlampau terikat dengan kefahaman agama dan adat resam kepercayaan orang  Melayu.

Sebahagian besar masyarakt Melayu masih berpendapat bahawa bila seseorang Islam yang meninggal dunia,  jenazah  perlu di uruskan  segera,  jadi jikak mereka menjadi ahli Derma Organ, proses untuk mengambil organ untuk disimpan di ‘Bank Organ’ akan mengambil masa dan ini akan memberi kesan  buruk  kepada mayat si mati.

Sepatutnya disegerkan pengkebumian mayat seperti yang diajar oleh agama Islam.

Bagi penulis yang telah menja isteri yang lumpuh dan  juga mengidap sakit ginjal kronik selama setahu lebih. Mendapati pesakit ginjal Kronik perlu menjalani transplan organ bagi membolehkan mereka terus hidup seperti insan lain yang sihat.

Kehidupa sebagai pesakit yang memerulu jalani rawatan dialisis ini adalah amat menyulitkan sama   ada kepada pesakit dan juga kepada keluarga mereka yang terpaksa menghabiskan banyak masa setiap minggun untuk bersama pesakit di Pusat Dialisis.

Atas kesedaran  ini,  timbul satu semangat kepada diri saya dan isteri untuk memberi kesedaran kepada masyarakat umum bahawa  perlu memberi sokongan kepada Kempen Derma Organ yang dijalankan oleh  Kerajaan.

Kerana derma organ ini adalah salah satu  perbuatan yang  amat mulia demi memberi pertolongan kepada  orang lain yang memerlukan. Setabkanelah isteri mengalami sendiri kerosakan   organ ginjal yang menyebabkan ianya  tidak dapat berfungsi lagi untuk membersih segala kotoran  dalam badan sebagaimana  lazim,  menyebabkan isteri perlu kepada menjalani  rawatan dialisi sebagai talaian hayat untuk meneruskan kehidupan.

Kos yang terpaksa ditanggung hampir RM 4K sebulan adalah satu jumlah yang agak bersar. Ini  bermakna setiap tahun kos rawatan dialisis sahaja mencecah RM48K. Jika diizinkan Allah umur isteri mencapai 70 tahun, bermakna jumlah kos yang perlu ditanggung adalah sebanyak 48,000 X 10 = RM 480K. Ini kos bagi seorang pesakit, jika dikira dengan jumlah pesakit yang dianggarkan 5,000 orang setahun. Bermakna negara akan menanggung kos rawatan dialisis sebanyak RM240 juta setahun. Satu jumlah yang besar yang boleh digunakan   untuk membangunkan ekonomi negara. Jika diambil kira keperlauan organ untuk penyakit lain lagi seperti kanser paru-paru, penyakit hati, penyakit jantung  dan sebagainya entah berapa billion terpaksa dibelanjakan setiap tahun.

Untuk itu marilah kita meneliti apakah yang dimaksudkan dengan Derma Organ yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihantan Malaysia.

Derma Organ :
Pendermaan Organ merupakan satu amalan yang mulia. Ia bukanlah suatu yang baru di Malaysia kerana ia adalah satu kaedah rawatan yang telah diterima ramai di Negara kita. Bilangan pesakit yang memerlukan pemindahan organ semakin meningkat dari tahun ke tahun, namun bilangan pengikrar yang ingin menderma setelah kematian masih rendah. Sejak tahun 1999 kad Pengikrar Penderma Organ telah dilancarkan sebagai kad indikasi pendaftaran seseorang itu sebagai pengikrar penderma organ. Sehingga kini dianggarkan lebih 126 000 bilangan pendaftar pengikrar telah direkodkan di Pusat Sumber Transplan Nasional. Bilangan tersebut amat rendah untuk bilangan penduduk Negara yang dianggarkan seramai 27 juta orang. Sehubungan itu, Pusat Sumber Transplan Nasional diwujudkan bukan sahaja untuk menambah bilangan pengikrar penderma organ, malah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat, selain memberikan maklumat dan tentang kepentingan pendermaan organ.

Definisi Pendermaan Organ/ Tisu:
Pendermaan organ/ tisu ialah proses mendermakan sebahagian organ atau tisu daripada tubuh badan kita untuk tujuan pemindahan atau transplantasi kepada orang lain yang memerlukan kerana kegagalan atau kerosakan organ atau tisu tersebut. Selepas transplantasi (pemindahan) organ, seseorang itu dapat meneruskan kehidupan dan hidup dengan kualiti yang lebih baik.

Organ & tisu yang boleh didermakan di Malaysia

Organ:
           Jantung
           Paru-Paru
           Hati, dan
           Buah Pinggang

Tisu:
           Injap Jantung
           Mata (kornea)
           Tulang, dan
           Kulit   

Jenis Penderma

Penderma Hidup
Penderma hidup hanya boleh mendermakan satu buah pinggang atau sebahagian hati, dan sum-sum tulang sahaja. Pendermaan semasa hidup terbahagi kepada 2 jenis iaitu:

           Pendermaan ada pertalian saudara (Living Related)
           Pendermaan tiada talian saudara (non-living Related)

Pendermaan semasa hidup mempunyai pelbagai risiko walaupun risikonya rendah. Pendermaan ini terhad kepada mereka yang mempunyai pertalian darah atau mereka yang mempunyai hubungan emosi seperti suami isteri sahaja. Ini untuk mengelakkan kegiatan jual beli organ berlaku. Penderma hidup hanya boleh mendermakan satu buah pinggang dan, atau sebahagian hati sahaja.

Penderma Kadaverik
Penderma Kadeverik adalah penderma yang telah meninggal dunia. Pendermaan ini amat digalakkan dan diutamakan di Negara kita. Ianya tidak memberikan risiko kepada penderma. Penderma kadaverik juga terbahagi 2 jenis:

           Kematian Otak Hanya penderma yang kemaian otak boleh mendermakan organ dan tisu seperti Jantung, Paru-Paru, Hati dan Buah Pinggang (Ginjal), Mata (Kornea), Tulang dan Kulit. Hanya penderma yang kematian otak boleh mendermakan organ dan tisu seperti Jantung, Paru-Paru, Hati dan Buah Pinggang (Ginjal), Mata (Kornea), Tulang dan Kulit. Penderma yang mati otak adalah penderma yang disahkan meninggal dunia di hospital. Mati otak ialah satu keadaan apabila tiada pengedaran darah dan oksigen ke otak yang menyebabkan keseluruhan otak yang mengawal aktiviti penghidupan seperti pernafasan dan dengupan jantung tidak berfungsi. Ini boleh terjadi akibat kecederaan otak yang menyebabkan bengkak ataupun pendarahan dalam kepala yang teruk, pendarahan spontan akibat pecah urat saluran darah yang tidak normal atau tekanan darah yang tinggi, strok yang teruk, barah otak dan sebagainya. Untuk pendermaan organ, seseorang yang kematian otak tidak akan mempunyai tindakbalas dan tidak bernafas. Dengan bantuan mesin (ventilator) jantung akan berfungsi seketika. Namun organ-organ lain akan mengalami kerosakan dan akhirnya degupan jantung akan berhenti dengan sendiri walaupun dengan sokongan mesin. Pengesahan kematian akan dilakukan oleh dua orang doktor pakar yang bertauliah melalui dua ujian yang berasingan. Doktor-doktor tersebut tiada kaitan dengan tugasan pengambilan atau transplantasi organ. Ujian pengesahan yang dijalankan adalah mengikut protokol yang diterima pakai di merata dunia. Setelah disahkan mati otak, sijil pengesahan akan dikeluarkan dan mesin bantuan pernafasan akan diberhentikan. Sekiranya untuk pendermaan organ, mesin akan diberhentikan di dewan bedah sebelum organ diperolehi. Jika bukan untuk pendermaan organ mesin akan diberhentikan di Unit Rawatan Rapi.

           Kematian Jantung Berhenti Berdegup
Kematian ini adalah kematian normal dimana seseorang itu disahkan mati kerana jantung terhenti berdegup.

           Penderma yang meninggal dunia secara jantung terhenti boleh mendermakan tisu sahaja seperti Mata (kornea), Tulang, Kulit dan Injap Jantung.

Mereka yang meninggal di hospital boleh mendermakan semua jenis tisu. Bagi mereka yang meninggal di rumah hanya boleh mendermakan mata (kornea). Pihak keluarga perlu menghubungi hospital kerajaan terdekat bagi tujuan perolehan tisu tersebut di rumah.

Pengambilan & Transplantasi organ dan tisu

Definisi Transplantasi
Transplantasi bermaksud pemindahan atau penggantian organ atau tisu yang masih berfungsi dari seseorang kepada seseorang yang kegagalan fungsi organ atau tisu. Agar beliau dapat meneruskan kehidupan. Ianya merupakan satu kaedah rawatan yang terbukti paling baik dan berkesan untuk menyelamatkan nyawa bagi pesakit yang mengalami kegagalan organ di peringkat akhir. Setelah pengesahan kematian oleh pihak hospital, keluarga akan diberi peluang untuk memikirkan tentang pendermaan organ. Pada masa yang sama, ujian saringan darah akan dilakukan untuk memastikan organ-organ dan tisu-tisu bebas daripada penyakit berjangkit dan masih berfungsi untuk tujuan transplantasi. Pembedahan pengambilan organ dan tisu penderma akan dijalankan setelah seseorang mendapat kebenaran bertulis daripada waris.Hanya organ yang boleh diguna pakai akan diambil. Proses pembedahan pengambilan atau perolehan organ boleh mengambil masa dari 2 hingga 8 jam bergantung kepada bilangan organ dan tisu yang diperolehi. Ianya dijalankan didewan bedah dalam keadaan suci hama . Pembedahan dilakukan dengan penuh prihatin dan hormat untuk mengelakkan sebarang kecacatan pada jenazah.

1.         Transplantasi Organ
Pemindahan atau penggantian organ dilakukan dengan segera selepas pembedahan pengambilan organ dijalankan. Organ yang diperolehi melalui penderma mati otak perlu dilakukan segera untuk memastikan organ tersebut masih berfungsi baik dan tidak terjejas. Oleh yang demikian, penderma (mati otak) akan diberi sokongan mesin (bantuan hayat) sehingga ke dewan bedah dimana ianya akan diberhentikan sebelum organ diperolehi. Selepas pengambilan, tempoh transplan adalah seperti berikut: Jantung: 4 hingga 6 Jam Paru-Paru: 4 hingga 6 jam Hati: 8 hingga 12 Jam Buah Pinggang : 24 jam

2.         Transplantasi Tisu
Sebagaimana pentingnya pemindahan organ, pemindahan tisu juga dapat menjadikan kualiti hidup pesakit yang memerlukan ke tahap yang lebih baik. Tisu yang dimaksudkan adalah mata, kulit, tulang dan injap jantung.

Rawatan dari tisu yang didermakan

Mata (kornea)
Tisu ini digunakan untuk menggantikan seseorang yang mengalami kerosakan kornea sepenuhnya. Setelah transplantasi kornea, pesakit boleh kembali melihat. Kornea hanya boleh disimpan sehingga 2 minggu.

Injap Jantung
Transplantasi injap jantung dapat menggantikan injap jantung pesakit yang mengalami kerosakan atau kecacatan. Ia boleh disimpan sehingga 10 tahun.

Tulang
Pendermaan tulang adalah untuk membantu pesakit kes kanser tulang iaitu dengan menggantikan bahagian tulang yang mengalami kanser. Ia juga digunakan untuk menggantikan tulang yang cedera atau bermasalah. Selain itu, tulang juga digunakan dalam rawatan pergigian. Tulang disimpan di bank tulang dari 5 – 7 tahun.

Kulit
Kulit digunakan untuk menpercepatkan proses penyembuhan terutama pada pesakit yang terlibat dalam kes kebakaran. Kulit boleh disimpan dari 2 – 5 tahun.

Kadar daya hidup penerima organ selepas transplantasi

Transplantasi Hati 1 tahun : 80 – 85% 5 tahun : 70 – 75% Transplantasi Jantung 1 tahun – 83% 5 tahun – 63% Kembali bekerja – 83% ,/ Transplantasi Buah Pinggang 1 tahun : 85 – 90% 5 tahun : >75% 10 tahun : 60% Penerima boleh kembali bekerja, bersukan, berumah tangga dan mempunyai anak.

Akta tisu manusia 1974
Akta yang membenarkan pengunaan bahagian tubuh anggota orang yang telah mati untuk tujuan perubatan, penyelidikan perubatan dan pendidikan. Perundingan dan kebenaran dari keluarga waris diperlukan sebelum ianya dilakukan.

Pandangan agama
Secara umumnya semua Agama mengiktiraf pendermaan organ sebagai amalan yang mulia. Tiada agama yang menghalang penganutnya untuk melakukan kebaikan. Agama Islam melalui Majlis Fatwa Kebangsaan telah meletakkan Hukum Harus pada urusan pendermaan dan pemindahan organ pada bulan Jun 1970. Ianya diharuskan dengan syarat tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit dan bukan untuk perniagaan (tiada unsur jual beli). Kaedah rawatan transplantasi juga DIHARUSKAN sekiranya ia tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penerima organ atau penderma organ (sekiranya penderma masih hidup). Islam juga mensyaratkan pendermaan organ dilakukan secara ikhlas dengan niat untuk membantu orang lain semata-mata kerana Allah s.w.t.

Pengecualian bayaran bil hospital:
Selaras dengan seksyen 16(13) Perintah Fi (Perubatan) 1982, Ketua Setiausaha Perbendaharaan telah bersetuju untuk memberikan pengecualian bayaran bil hospital bagi penderma organ di hospital kerajaan dari tarikh kemasukan hospital. Arahan ini berkuatkuasa pada 29 Disember 2003, seperti mana surat Kementerian Kewangan KK/BP(S)09/692/79 Jld.3.s.k.4/2003(4) Bagi pendermaan organ dan tisu di hospital swasta pula, segala pembiayaan bil hospital dari mula pesakit itu dimasukkan sehingga disahkan meninggal dunia adalah tanggungjawab keluarga atau waris itu sendiri.

Siapa yang layak menjadi penderma?
Sesiapa pun boleh mendaftar menjadi pengikrar penderma organ dan tisu kecuali mereka yang menghidap penyakit berjangkit seperti HIV AIDS, Hepatitis B dan C, Siflis. Untuk mereka yang berumur kurang dari 18 tahun, kebenaran bertulis dari ibubapa adalah diperlukan. Semua pengikrar penderma organ dinasihatkan agar memberitahu ahli keluarga tentang hasrat mereka untuk mendermakan organ selepas mereka meninggal dunia. Ini akan memudahkan keluarga untuk memberikan kebenaran untuk pengambilan organ dan tisu selepas kematian mereka.

Bagaimana untuk menjadi pengikrar penderma organ?
Mereka yang berhasrat untuk mendermakan organ selepas kematian boleh mengisi borang pendaftaran pengikar penderma organ yang boleh didapati di semua Hospital Kerajaan, Jabatan Kesihatan Daerah-Daerah, Pusat-Pusat Kesihatan Daerah, Pusat Sumber Transplan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Pusat Sumber Transplan Hospital Pulau Pinang, Pusat Sumber Transplan Hospital Sultanah Aminah, Johor, atau memuat turun borang di laman web Pusat Sumber Transplan Nasional.

Pusat sumber transplan nasional
Jabatan yang dibentuk khas oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah sokongan dan kerjasama Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menyebarkan maklumat yang betul dan mempertingkatkan kesedaran masyarakat Malaysia tentang pendermaan organ dan transplantasi. Objektif utama penubuhannya adalah untuk mendapatkan lebih ramai pengikrar pendermaan organ untuk pendermaan kadaverik (selepas kematian) dan berperanan sebagai pusat pendaftaran pengikrar penderma organ dan tisu serta menyimpan pengkalan data tentang bakal penderma-penderma ini. Pusat ini berkerjasama dengan organisasi bukan kerajaan, badan-badan agama, persatuan-persatuan pelajar, badan korporat dan agensi kerajaan serta pihak media didalam menyebarkan maklumat tentang pendermaan organ dan program transplantasi melalui ceramah, kaunter bergerak, kempen, forum, temubual dan sebagainya. Maklumat lanjut tentang pendermaan organ boleh melayari laman web Pusat Sumber Transplan Nasional di www.dermaorgan.gov.my atau menghubungi talian bebas tol 1-800-88-9080 atau email ke ntrc@moh.gov.my.

Jika   ditelai fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan bahawa derma organ ini adalah satu perbuatan yang diharuskan, terutama jika pederma itu ada punyai tali persaudaraan dengan pesakit kronik.

Dibwah ini dibentangkan pandangan Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan dengan Hukuk Derma Organ.

Pandangan Mufti Wilayah Persektuan KL dari segi hukum dan Pandangan Islam berhubung dengan Derma Organ atau Tisu.

Mukadimah
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para Sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Alhamdulillah, kita baru selesai menyambut kedatangan Idil Fitri 1436 Hijrah. Semoga Allah menerima ibadat yang telah kita lakukan dengan bersungguh pada Ramadhan yang lalu, semata-mata mengharapkan natijah taqwa untuk kita perolehinya.

Baru-baru ini saya telah dikunjungi oleh wakil Kementerian Kesihatan untuk membicarakan isu pendermaan organ. Isu ini begitu serius.

Sehingga 31 Januari 2015, jumlah rakyat Malaysia yang sedang menunggu untuk mendapatkan organ adalah 19,353 orang dan kebanyakannya adalah pesakit buah pinggang iaitu seramai 19,329 orang dan angka ini dijangka semakin meningkatakibat komplikasi penyakit kencing manis dan darah tinggi yang tidak terkawal.

Manakala, bilangan pesakit yang mengalami kegagalan organ yang lain yang sedang menunggu organ adalah 6 orang pesakit jantung, 7 orang pesakit paru-paru, 2 orang pesakit jantung dan paru-paru dan 9 orang pesakit hati termasuklah 4 darinya pesakit hati kanak-kanak.

Pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang dapat menyambung kehidupan dengan adanya rawatan secara dialisis namun bagi pesakit kegagalan organ yang lain, sekiranya tiada organ, mereka tidak mempunyai harapan untuk terus hidup. Walaupun begitu, rawatan secara transplantasi buah pinggang terbukti lebih berkesan dalam jangka masa panjang dari dialisis dari segi kos dan kualiti hidup.

Namun begitu, bilangan pengikrar penderma organ baru meningkat setiap tahun. Pada tahun 2006, hanya terdapat seramai 10,081 pengikrar baru yang mendaftar pada tahun tersebut. Jumlah ini telah meningkat iaitu seramai 20,377 pada tahun 2010, 31,055 pada tahun 2011 dan 37,093 pada tahun 2014. Setakat 31 Januari 2015, jumlah rakyat Malaysia yang telah berikrar untuk menderma organ selepas kematian adalah 289,303orang mewakili hanya 0.9% dari jumlah keseluruhan rakyat Malaysia. Pecahan mengikut kaum adalah: Cina 47.6%, India 23.9%, Melayu 24.6% dan 3.9% bagi lain-lain kaum.

Justeru, Bayan Linnas pada kali ini akan membincangkan secara khusus berkenaan dengan pendermaan organ dan hal berkaitan dengannya. Semoga ia memberi manfaat kepada kita semua. Amin.

Definisi Pendermaan dan Pemindahan Organ
Sebelum dilebarkan lagi perbincangan ini, saya ingin mengemukakan beberapa definisi perkataan yang berkaitan dengan tajuk bab ini.

1.         Dalam Kamus Dewan Edisi ke-4 (hal. 342), derma adalah bantuan yang berupa wang kepada kumpulan dan lain-lain, iaitu pemberian yang ikhlas dan sedekah kepada orang miskin. Mendermakan ialah memberikan sesuatu dengan ikhlas. Manakala pendermaaan iaitu perihal perbuatan mendermakan. Sementara, penderma bermaksud orang yang menderma.

2.         Dalam Kamus Dewan Edisi ke-4 (hal. 1210), pemindahan ialah perbuatan memindahkan (mengalihkan).

3.         Dalam Kamus Dewan Edisi ke-4 (hal. 1103), organ adalah alat dalam tubuh (manusia, binatang, tumbuhan) yang mempunyai tugas yang penting. Dalam Mu’jam al-Wasit, organ ialah bahagian jasad manusia seperti tenaga, kaki dan juga telinga.

4.         World Health Organization mengistilahkan transplantasi atau transplan sebagai pemindahan sel, tisu atau organ manusia daripada penderma kepada penerima dengan tujuan mengembalikan fungsi-fungsi penting badan.

Secara mudahnya, transplan adalah proses memindahkan dan menggantikan organ atau tisu yang tidak berfungsi dengan organ atau tisu yang sihat dan masih berfungsi daripada orang lain.

Penyelidikan transplan di peringkat antarabangsa bermula sejak kurun ke-18. Ketika ini, ia merupakan rawatan perubatan rutin untuk kegagalan organ penting seperti jantung, paru-paru, hati dan buah pinggang.

Peningkatan pemahaman terhadap kumpulan darah dan kesepadanan tisu antara penderma dan penerima, penggunaan rawatan anti-penolakan serta teknik pembedahan dan penjagaan selepas pembedahan yang lebih baik, kesemuanya menyumbang kepada outcome lebih baik dan pengurangan risiko penolakan, di mana terdapat kemungkinan sistem pertahanan penerima menolak organ yang telah ditransplankan.

Perkembangan teknologi perubatan dan peningkatan kesedaran telah menyebabkan masyarakat tidak lagi menganggapnya sebagai taboo, dan semakin ramai berpeluang menjalani hidup yang lebih panjang.

Jenis Organ Yang Boleh Didermakan
Dengan perkembangan moden yang berlaku sekarang, organ-organ yang rosak daripada seseorang boleh digantikan dengan organ orang lain atau penderma. Pada umumnya organ-organ yang boleh didermakan adalah buah pinggang, jantung, hati (heper), paru-paru dan pankreas. Tisu-tisu yang boleh didermakan adalah mata, tulang, kulit dan injap jantung. Ini bermakna, seseorang penderma akan dapat mengubah kehidupan serta menyelamatkan beberapa orang pesakit.

Hukum Pemindahan Organ
Al-Syatibi dalam kitabnya al-Muwafaqat berkata: “Sesungguhnya kebaikan dan keburukan berbeza. Tidak dapat dikatakan bahawa padanya kebaikan sahaja, kerana kebaikan itu tetap ada bercampur dengan suruhan atau kerumitan, samada sedikit atau banyak.

Apa yang kita fahami adalah sesuatu itu mempunyai kebaikan atau keburukan. Penentunya adalah bergantung kepada apa yang terlebih padanya. Jika yang melebihi adalah jenis kebaikan, maka keadaan biasa menghukumkan sebagai kebaikan. Tetapi jika keburukan yang lebih berat, maka mengikut keadaan, ia adalah keburukan. Oleh itu, hendaklah melihat yang mana lebih berat daripada dua keadaan itu.

Jika jenis kebaikan lebih berat, maka perkara itu adalah diambil dan jika jenis keburukan yang lebih berat, maka haruslah ditinggalkan.”

Dalam isu ini, terdapat dua pandangan:

Pertama: Diharuskan
Pendapat yang mengharuskan adalah berpandukan kaedah ini:

Ulama telah mengeluarkan fatwa bahawa pemindahan organ manusia yang sudah mati kepada yang hidup yang memerlukannya adalah diharuskan dengan empat syarat:

           Hendaklah orang yang diambil sebahagian anggotanya telah mengizinkannya sebelum matinya dan dia adalah seorang yang berakal waras, sudah baligh dan tidak ada paksaan atau telah diizinkan oleh walinya sebelum kematiannya.

           Hendaklah terbukti dan meyakinkan bahawa pemindahan itu akan berhasil pada umumnya.

           Hendaklah dipastikan bahawa pemindahan itu semata-mata untuk berubat dan bukan untuk maksud dan tujuan lain.

           Tidak ada unsur kontrak jual beli dalam pemindahan organ tersebut.
Antara badan berautoriti dan pakar ilmuan perseorangan yang telah mengeluarkan fatwa tentang pemindahan organ adaah:

           Majma’ al-Fiqh al-Islami yang berada di bawah naungan Ri’ayah Rabitah ‘Alam al-Islami, Makkah al-Mukarramah menyatakan bahawa keputusan yang telah dicapai oleh Majma’ Fiqh ini dalam persidangannya yang ke-8, iaitu dari 28 Rabiul Akhir 1405H hingga 7 Jamadil Awal 1405H adalah seperti berikut:

1.         Mengambil organ daripada badan manusia yang hidup dan meletakkannya ke badan manusia lain yang sangat berhajat kepadanya demi menyelamatkan nyawa atau untuk membolehkan mana-mana organnya berfungsi semula adalah satu perbuatan yang harus dan tidak berlawanan dengan suruhan menghormati manusia. Sebaliknya, ia adalah sebagai suatu bantu an yang sangat besar dan kebaikan bagi yang menerimanya. Amalan ini diakui oleh syarak dan terpuji khususnya jika ia memenuhi empat syarat:

           Hendaklah persetujuan memberi itu atas kerelaannya dan bukan dengan paksaan.

           Hendaklah pemindahan organ itu merupakan usaha yang terakhir serta dalam keadaan darurat bagi mengubati pesakit.

           Hendaklah dipastikan bahawa operasi mengambil organ dan memindahkannya kepada pesakit itu pada umumnya Berjaya menghasilkan faedah yang diharapkan.

           Janganlah orang yang diambil organnya itu menempuh bahaya yang akan mengganggu keadaan hidupnya yang biasa. Ini adalah kerana kaedah syarak menegaskan bahawa bahaya itu tidak boleh dihapuskan dengan melakukan sesuatu yang mendatangkan bahaya lain yang sama berat dengannya.

      2. Dibolehkan dari segi syarak dalam beberapa keadaan seperti berikut:

           Mengambil organ daripada orang yang telah mati demi menyelamatkan manusia lain yang sangat memerlukannya, dengan syarat hendaklah orang yang diambil daripadanya itu adalah seorang mukallaf dan telah mengizinkannya semasa hidup.

           Mengambil oragan daripada binatang yang halal dimakan dan telah disembelih atau selain daripada itu, dalam keadaan darurat untuk digantikan bagi manusia yang memerlukannya.

           Mengambil sebahagian daripada badan manusia untuk menampalkan atau dipindahkan ke bahagian lain daripada badannya sendiri mengikut keadaan yang diperlukan.

           Memasukkan sesuatu benda ke dalam badan manusia sebagai cara berubat daripada penyakit contohnya, besi ke tulang atau bateri ke bahagian jantung dan seumpamanya. Majma’ al-Fiqh al-Islami berpendapat bahawa kesemua hokum di atas mengikut syarat-syarat yang disebutkan tadi adalah harus.

Antara dalil-dalil yang mengharuskan:

Maksudnya: Oleh sebab itu, kami tetapkan (suatu hukum) bagi Bani Israel, bahawa sesiapa yang membunuh seorang manusia, bukan kerana orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan kerana mebuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. Sesiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya. (Surah al-Maidah: 32)

Justeru, maka masuk padanya siapa yang menderma untuk saudaranya dengan anggotanya sendiri yang bertujuan untuk menyelamatkan saudaranya atau mengembalikan penglihatan yang sudah hilang daripadanya. Lihat Fatwa Lajnah Ifta’ Majlis Tertinggi Islam Algeria, bertarikh 6/3/1392H.

Antara dalil-dalil daripada al-Qawaid al-Fiqhiyyah ialah:
اَلضَّرَرُ يُزَالُ

Maksudnya: “Kemudaratan hendaklah dihilangkan.”
اَلضَّرُوْرَاتُ تُبِيْحُ الْمَحْظُوْرَاتِ

Maksudnya: “Semua darurat mengharuskan yang haram.”
إِذَا ضَاقَ الأَمْرُ اِتَّسَع

Maksudnya: “Apabila sesuatu perkara sempit hendaklah diperluaskan.”

Kaedah-kaedah ini diistinbatkan daripada nas-nas syarak yang menunjukkan keringanan (rukhsah) kepada yang mudarat untuk menghilangkan kemudaratannya sekalipun hal tersebut adalah haram.

Secara terperincinya, ia digambarkan seperti berikut:

Kaedah 1: Menunjukkan bahawa menghilangkan kemudaratan daripada yang diuji merupakan maksud daripada maqasid syariah

Kaedah 2: Menunjukkan bahawa yang terkena mudarat, diberi keringanan baginya untuk melakukan perkara yang ditegah oleh syarak bagi menghilangkannya.

Kaedah 3: Menunjukkan bahawa apabila seseorang telah sampai ke tahap kesulitan (masyaqqah) yang tidak mampu ditanggungnya lagi, maka perlulah diperluaskan atasnya pada hukum.

Kesemua kaedah ini menunjukkan bahawa orang yang sakit yang kehilangan sebahagian anggota termasuk dalam darurat masyaqqah dan mereka yang mungkin membawa kepada binasanya tubuh badan serta kematian. Justeru, pemindahan organ dibolehkan. 

Kedua: Tidak diharuskan
وَأَنفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ
Maksudnya: Belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan.
(Surah al-Baqarah: 195)

Allah SWT melarang kita mencampakkan diri ke lembah kebinasaan. Seseorang yang tabarru’ dengan sebahagian anggota jasadnya boleh membawa kepada kebinasaan dan ini bukanlah dituntut. Perkataan “tahlukah” dalam ayat ini merupakan lafaz umum yang mengandungi semua perkara yang membawa kea rah itu.

Justeru, memotong anggota diri sendiri menuju ke arah hilangnya manfaat dan membawa kebinasaan. Menyokong ayat ini dengan kaedah pengajaran diambil dengan umum lafaz bukan sebab yang khusus mengikut takrifan ulama usul. Lihat Naqlu wa Zira’ah al-A’dha’ al-Adamiah min Manzur Islami oleh Dr. al-Sukkari (hal.107).

Ummul Mukminin Aisyah RA katanya Rasulullah SAW bersabda:
وَكَسْرُ عَظمِ المَيِّتِ كَكَسْرِ عَظْمِ الْحَيِّ فِي الإِثْمِ
Maksudnya: “Memecahkan tulang si mati sama seperti memecahkan tulang orang hidup pada hukum berdosanya.”
Riwayat Ibn Majah (1/516)

Hadis ini menunjukkan bahawa orang yang hidup diharamkan memecah dan merosakkan tulangnya. Begitu juga memotong sebahagian anggotanya. Hal yang sama juga berlaku kepada si mati.

Antara dalil dan kaedah fiqah ialah:
اَلضَّرَرُ لاَ يُزَالُ بِالضَّرَرِ
Maksudnya: “Kemudaratan tidak dihilangkan dengan kemudaratan.”

اَلضَّرَرُ لاَ يُزَالُ بِمِثْلِهِ
Maksudnya: “Kemudaratan tidak dilhilangkan dengan seumpamanya.”
Dua kaedah di atas mengandungi tegahan daripada menghilangkan kemudaratan dengan seumpamanya. Inilah yang terjadi dalam isu pemindahan organ, yang mana kemudaratan daripada seseorang dihilangkan, tetapi akan berlaku kemudaratan kepada penderma organ. Lihat Syarah al-Qawaid al-Fiqhiyah oleh al-Zarqa’ (hal.141) dan Qawaid al-Fiqholeh al-Mujaddidi (hal. 88). Begitu juga Qadaya Fiqhiyah Muasirah oleh Syeikh Muhammad Burhanudin al-Sambuhli (hal. 61).

Mewasiatkan Sebahagian Badan Selepas Mati
Apabila harus seseorang Muslim menderma sebahagian daripada anggotanya untuk manfaat orang lain tanpa memudaratkannya, adakah harus dia berwasiat untuk menderma seumpama ini selepas matinya?

Apa yang jelas kepada saya, apabila seseorang diharuskan menderma anggota semasa hidupnya disampaing andaian perkara itu memudaratkan (walaupun andaian ini lemah), maka tidak ada halangan untuk dia berwasiat selepas mati kerana perkara itu seratus peratus untuk kebaikan orang lain tanpa mendatangkan sebarang mudarat terhadapnya.

Anggota-anggota manusia selepas mati akan berubah menjadi busuk dan hancur dimakan tanah. Seandainya dia berwasiat mendermakannya kepada orang lain yang masih hidup, itu adalah satu ibadah kepada Allah SWT. Dia diganjari pahala atas niat dan amalannya. Tidak ada satu pun dalil daripada syarak yang mengharamkannya. Asal segala sesuatu adalah harus kecuali apa-apa yang diharamkan oleh syarak dengan dalilnya yang sahih dan jelas.

Dalam masalah ini, tidak ada dalil yang mengharamkannya.
Sesungguhnya Umar RA telah berkata sahabat-sahabatnya dalam beberapa kes: “Sesuatu yang memberi manfaat kepada saudaramu tanpa memudaratkanmu, kenapa kamu menghalangnya?” Ungkapan seumpama  ini juga, boleh kita katakana kepada sesiapa yang menghalang seseorang daripada mewasiatkan anggotanya.

Kemungkinan ada orang akan berkata: Hukum harus berwasiat itu bercanggah dengan kehormatan mayat itu sendiri yang sangat dijaga oleh syarak sebagaimana yang disebut dalam hadis bermaksud:

 “Mematahkan tulang orang yang sudah mati sama seperti mematahkan tulang orang yang masih hidup.”

Saya katakan: Mengambil sebahagian anggota orang yang telah mati tidak bercanggah dengan kehormatan mayat yang ditetapkan oleh syarak. Kehormatan tubuh badan tetap dijaga, tidak berlaku kekasaran terhadapnya. Pembedahan terhadap mayat samalah seperti pembedahan yang dijalankan terhadap orang yang masih hidup dengan penuh teliti dan harus tanpa mencemar kehormatan mayat itu sendiri. Sementara hadis di atas pula, hanya melarang daripada mematahkan tulang. Di sini tulang sedikitpun tidak disentuh.

Maksud sebenar yang dikehendaki oleh hadis ialah melarang daripada mengelar mayat, mencacatkannya atau mempermain-mainkannya sepertimana yang dilakukan oleh masyarakat Jahiliah dalam peperangan dan masih dilakukan sebahagian manusia kini. Inilah perkara yang dilarang oleh Islam.

Golongan yang tidak bersetuju dengan pendapat ini tidak mengatakan bahawa golongan Salaf tidak pernah melakukan perkara sedemikian, sedangkan mengikut mereka adalah kebaikan. Perkara ini adalah betul sekiranya mereka (golongan Salaf) berhajat kepadanya, mampu melakukannya tetapi mereka tidak melakukannya.

Banyak perkara yang kita lakukan sekarang, tidak dibuat oleh golongan Salaf kerana perkara tersebut tidak terdapat di zaman mereka. Fatwa sebenarnya berubah-ubah mengikut zaman, tempat dan persekitaran sebagaimana yang dijelaskan oleh ulama.

Perkara yang boleh diletakkan sebagai syarat di sini ialah jangan sekali-kali menderma jasad keseluruhannya, sebahagian besar daripadanya atau kurang daripada itu menafikan hukum yang telah ditentukan oleh syarak kepada mayat seperti wajib memandi, mengkafan dan menyembahyang serta mengebumikannya di perkuburan Islam.

Menderma adalah sebahagian daripada anggota badan, sedikit pun tidak menafikan semua hak dan hukum yang ditetapkan oleh syarak kepada mayat dengan yakin.

Menderma Daripada Sebahagian Anggota Si Mati
Apabila hukum menderma daripada sebahagian anggota dengan cara wasiat adalah harus, adakah harus juga bagi waris dan walinya untuk menderma sebahagian anggota si mati bagi pihaknya?

Mungkin ada orang mengatakan bahawa badan seseorang yang mati adalah milik tuan punya badan, bukannya milik wali dan warisnya.

Jika ia adalah milik wali dan warisnya, maka haruslah bagi mereka sama ada untuk melakukan apa-apa sahaja ataupun menderma sebahagian anggotanya. Tetapi keadaan tidak sedemikian. Perlu diingatkan di sini, bahawa seseorang yang telah meninggal, tidak lagi mempunyai kelayakan untuk memiliki sesuatu.

Sebagaimana harta miliknya berpindah kepada waris, maka begitu juga boleh kita katakana terhadap badannya bahawa wali dan waris mempunyai hak ke atas dirinya. Kemungkinan tegahan syarak daripada mematahkan tulang si mati atau mencabuli kehormatannya adalah untuk menjaga hak orang-orang yang masih hidup lebih daripada menjaga hak si mati itu sendiri. Sesungguhnya syarak telah memberikan hak qisas atau memberi maaf kepada para wali dalam masalah membunuh dengan sengaja.

Firman Allah SWT:
وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّـهُ إِلَّا بِالْحَقِّ ۗ وَمَن قُتِلَ مَظْلُومًا فَقَدْ جَعَلْنَا لِوَلِيِّهِ سُلْطَانًا فَلَا يُسْرِف فِّي الْقَتْلِ ۖ إِنَّهُ كَانَ مَنصُورًا

Maksudnya: Sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisnya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum syarak). (Surah al-Isra’: 33)

Mereka juga (para wali) mempunyai hak untuk memberikan kemaafan jika mereka mahu, atau mereka juga boleh melakukan perdamaian dengan menerima bayaran diat atau menerima bayaran yang lebih rendah atau lebih tinggi atau langsung memberi maaf secara menyeluruh atau sebahagian kerana Allah SWT tanpa apa-apa bayaran.

Firman Allah SWT:

فَمَنْ عُفِيَ لَهُ مِنْ أَخِيهِ شَيْءٌ فَاتِّبَاعٌ بِالْمَعْرُوفِ وَأَدَاءٌ إِلَيْهِ بِإِحْسَانٍ

Maksudnya: Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan daripada saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa). (Surah al-Baqarah: 178)

Daripada apa yang dijelaskan, tidak mustahil mereka mempunyai hak untuk melakukan sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain dan tidak mendatangkan mudarat kepada badan si mati. Bahkan mungkin si mati akan mendapat pahala disebabkan perkara tersebut sekadar manfaat yang diberikan kepada orang yang memerlukan pertolongan  seperti pesakit-pesakit dan orang-orang yang ditimpa musibah sekalipun si mati tidak berniat.

Sebagaimana dia juga diberikan pahala pada masa hidupnya di sebabkan tanamannya dimakan oleh manusia, burung dan binatang lainnya sekalipun tidak berniat, atau disebabkan dia ditimpa kesusahan, kepenatan, dukacita atau kesakitan sehingga duri yang menusuknya.

Sebagaimana si mati juga boleh mendapat manfaat dengan sebab doa anaknya secara khusus dan orang-orang Muslimin secara umum, atau dia juga boleh mendapat manfaat hasil daripada sedekah yang dilakukan oleh orang lain bagi pihaknya. Kami telah nyatakan sebelum ini bahawa bersedekah (menderma) dengan sebahagian anggota badan adalah lebih besar pahalanya daripada bersedekah dengan harta.

Oleh sebab itu, saya berpendapat bahawa tidak ada halangan bagi para waris untuk menderma sebahagian anggota si mati yang diperlukan oleh pesakit untuk tujuan rawatan, seperti menderma buah pinggang, jantung dan sebagainya dengan diniatkan pahalanya untuk si mati. Ia adalah sedekah yang berkekalan pahalanya selagi penerima anggota tersebut mendapat manfaat daripadanya. Para waris tidak boleh menderma anggota si mati jika dia berwasiat semasa hidupnya supaya tidak melakukan demikian kerana itunadalah haknya. Wasiat pada perkara yang bukan maksiat wajib dilaksanakan.

Setelah membincangkann beberapa isu berkaitan pendermaan organ dan permasalahannya, maka di sini penulis mengemukakan khulasah  atau kesimpulan dan cuba menekuni pendapat yang dikemukakan oleh Dr. Muhammad bin Muhammad al-Mukhtar al-Syanqiti melalui kitabnya, Ahkam al-Jarahah al-Tibbiyyah, antara lain menyebut:

           Memindahkan anggota dan organ manusia sama ada diambil daripada manusia atau haiwan kepada manusia. Jika daripada manusia, maka ia dalam dua keadaan sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia. Jika masih hidup, maka ia daripada dua bentuk, sama ada daripada dirinya sendiri, maka hukumnya adalah harus.

Adapun daripada orang lain, ketika itu terdapat dua pandangan:
o          Anggota yang tunggal yang membawa kepada matinya seseorang jika dipindahkan, maka hukumnya haram.

o          Anggota yang lain hukumnya jika sekiranya daripada orang Islam kepada orang Islam atau daripada orang Non-Muslim kepada orang Islam, hukumnya harus. Tetapi janganlah organ yang dipindahkan itu testis kerana ia akan melibatkan nasab keturunan.

           Jika memindahkan organ daripada haiwan, maka ia tidak terlepas daripada dua keadaan:

o          Ia adalah suci, maka hukumnya adalah harus.

o          Ia adalah najis, maka hukum pemindahan adalah haram, kecuali kerana darurat.

Kami mengesyorkan supaya dibuat garis panduan dengan lebih jelas mengenai hukum pendermaan organ mengikut syarat yang dikemukakan oleh Majma’ Fiqh al-Islami dan badan-badan fatwa yang berautoriti. Begitu juga dengan kemajuan perubatan masa kini, sewajarnya dikaji alternatif seperti penemuan jantung tiruan atau pengambilan daripada organ binatang jauh lebih baik daripada mengambil hak seseorang. Hal ini kerana keluar daripada khilaf adalah sunat dan digalakkan.

Marilah sama-sama kita menginsafi diri dengan pelbagai anugerah dan nikmat Ilahi yang tidak terhingga kepada kita. Antaranya nikmat anggota badan, kesihatan dan lain-lain. Mensyukuri nikmat dengan menghargainya dan berkorban kerana Allah s.w.t. untuk kemaslahatan umat sejagat. Semoga kita sentiasa mendapat mardhatillah dalam menjalani kehidupan sehari-hari. .

Nota : buku boleh dibeli di feedaread.com