RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142
Showing posts with label CINTA.. Show all posts
Showing posts with label CINTA.. Show all posts

Saturday, 16 May 2015

JODOH KETENTUAN ALLAH

Jodoh Ketentuan Allah

Saban hari sebagai manusia kita akan terfikir, siapakah yang bakal ditentukan oleh Allah SWT untuk menjadi permaisuri hidup kita. Siapakah bakal suami atau bakal isteri yang akan berkongsi hidup bersama selamanya. Walaupun kita tidak mengetahui siapakah insan istimewa tersebut, namun manusia yang lemah seperti kita tetap mempunyai ciri-ciri idaman untuk bakal pasangan kita bukan?
Terkadang Allah tentukan seseorang yang begitu hampir dengan kita sebagai jodoh, dan terkadang mungkin jauh dari pandangan mata kita. Ada juga yang bercinta, mungkin bertunang bahkan mungkin sampai berkahwin namun andai itu belum jodoh yang diberikan Allah sudah pasti akan ada ujian dan cabaran.

Mungkin andai tiada jodoh di waktu percintaan, tidak begitu menyakitnya berbanding cinta yang terputus di apabila telah sampai bertunang dan lebih-lebih lagi apabila sudah ke alam perkahwinan. Mungkin pada nilaian mata manusia itu adalah keputusan yang tidak munasabah dan tidak memikirkan hati orang lain. Sememangnya manusia perlu berusaha untuk membina kebahagiaan yang telah dibina atas dasar kasih sayang. Tetapi apa yang lebih penting kebahagian diri perlu diutamakan.

Dan Allah SWT menjadikan ini semua sebagai asbab untuk kita dipertemukan dengan jodoh kita. Sesuatu yang perlu difikirkan. Istilah ‘tiada jodoh’ jika kita sama-sama teliti sebenarnya terkandung dua 3 perkara penting yang perlu difahami:

1. Hikmah pengajaran
Kerana manusia tidak sepanjang masa melakukan keputusan dengan tepat dan betul. Maka kesilapan yang dilakukan sudah pasti akan menunjukkan hikmah terhadap apa yang telah dilakukan agar dapat menjadi panduan pada masa yang lain.

2. Asbab bertemu jodoh
Perpisahan dalam perhubungan berkemungkinan Allah akan menggantikan dengan insan yang lebih baik, walaupun pasangan yang sudah bersama kita, dapat kita rasakan adalah yang terbaik. Namun perpisahan juga mampu menjadi asbab untuk bertemu insan yang lebih baik dalam mencinta diri anda.

3. Takdir
Inilah yang menjadi kenyataan penting yang perlu dihadapi dengan hati yang lapang. Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan yang perlu diterima. Mungkin anda pernah bercinta bagai nak rak, bertunang dan kemudian berkahwin untuk satu tempoh tertentu namun andai takdir Allah untuk berlaku perpisahan untuk pertemuan yang seterusnya maka hanya hati yang perlu menerima dengan redha.

Walhu’alam.

Tuesday, 5 May 2015

YAKINKAH ANDA YANG PASANGAN IKHLAS BERCINTA ?

Tanda pasangan ikhlas bercinta:

Suatu hari anda ditanya oleh pasangan, “Awak sayang saya ?” Hati si dia memang unik dan sulit dimengerti. Takkanlah saya tak sayang awak, anak-anak yang tujuh orang tu tak boleh jadi bukti ke? Sebenarnya apa yang anda telah capai bersama pasangan sekarang ini masih jauh dari matlamat perkahwinan. Jangan berpuas hati dulu dengan kebahagiaan kini, bahkan anda mesti sentiasa berwaspada, boleh jadi anda berdua kurang ikhlas mencinta.

Keikhlasan boleh luntur sedikit demi sedikit kerana sikap negatif masing-masing. Hari-hari dalam perkahwinan bagaikan melihat jatuhnya ‘snow ball’ yang mengutip satu-satu insiden buruk yang dilakukan kedua-dua pasangan. Bola salji itu semakin hari semakin besar dan akhirnya menghancurkan segala yang dibina. Tiada lagi keikhlasan mencintai satu sama lain, masing-masing telah berputus asa dan membiarkan sikap-sikap buruk pasangan menghantui diri.

Akibat hilang keikhlasan, hidup jadi tak berkat. Kasih sayang semakin luntur, hati anda menjerit: Suamiku tak sayang lagi atau isteriku tak cinta lagi. Pelik tapi benar, ada isteri yang menyuruh suami mencari yang baru semata-mata kerana malas melayan kerenah suami. Ada pula suami yang bosan hidup bersama lantas memisahkan diri dari keluarga, menyibukkan diri dengan kerjaya, tak mahu terlibat dengan urusan isteri dan anak yang selalu menyusahkan kononnya. Perkahwinan itu memang masih wujud tapi tidak bahagia, hilang kemanisannya, menanti pecah dan terbelah.

Oleh itu setiap pasangan mesti meneliti hati masing-masing, adakah masih wujud keikhlasan dalam mencintai? Berikut tanda-tanda ikhlas dalam perkahwinan.

1. Cinta dan benci kerana Allah SWT

Keikhlasan mesti dijaga, disemai dalam hati dan jangan dibiarkan mati. Suami dan isteri yang ikhlas berusaha mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah. Mereka mengambil berat tentang ‘konsep kahwin untuk ibadah’. Misalnya ketika melayan kerenah suami bukan kerana anda sayangkannya atau takut dia mencari yang lain, tetapi dengan niat kerana mahukan keredaan Allah. 

Suami yang memberi nafkah pun beriktikad bahawa Allah yang mewajbkannya memberi hak isteri, apabila dia menyimpan apa yang menjadi hak isteri maka dia telah berkhianat kepada Allah SWT. 

Dosa dan pahala hendaknya menjadi wali percintaan sepanjang masa. Mereka takut mengkhianati pasangan kerana takut kepada Allah SWT. Mereka saling menghormati dan menjaga hati kerana Allah, oleh sebab itu Allah menyatukan hati keduanya.

Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

“Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi nescaya kamu tidak dapat menyatukan hati mereka. Akan tetapi Allah telah menyatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al-Anfal ayat: 63)

2. Susah atau senang, cinta tak berubah.
Susah atau senang, sihat atau sakit, derita atau bahagia dijalani bersama dengan reda. Kadang-kadang apa yang kita anggap suatu keberuntungan boleh jadi membawa musibah begitu juga sesuatu yang pada pandangan mata kasar adalah musibah namun ia membawa nikmat pada akhirnya. Semasa susah, suami dan isteri berganding bahu menggalas cabaran untuk berjaya. Apabila sudah berjaya, masing-masing berubah sikap. Suami mula mencari cawangan baru, isteri pula mengada-ngada dengan perangai OKB (orang kaya baru).

Kalau diuji dengan kemiskinan mereka bersabar tetapi jika diuji dengan kekayaan jarang yang mampu bersabar. Ramai yang luntur iman jika hidup senang dan kembali ingat Tuhan apabila hidup susah. Al-Quran telah merakamkan seksaan bagi kaum yang bermaksiat ketika hidup dipenuhi kesenangan. 

“Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan serta merta. Maka ketika itu mereka terdiam berputus asa.” (Surah Al-An’am ayat: 44)

Susah atau senang hati mereka tidak pernah berubah, membajai cinta dengan iman dan takwa kepada Allah SWT.

3. Berdua atau sendiri, tetap setia.
Pernahkah anda melihat seorang suami yang dihadapan isteri nampak alim, berbudi bahasa lagi bersopan. Tetapi apabila dia bersendirian barulah nampak belangnya, buas nafsunya bak buaya darat. Isteri pun apa bezanya, jika bersama suami suka memuji tetapi di belakang suami selalu mengeji, mengaibkan perangai suami dalam majlis gossip sana-sini. 

Namun, bagi pasangan yang ikhlas tiada sifat munafik dalam diri mereka. Jika bersama semaraklah cinta, sendirian pun menggebu-gebu rindu di jiwa. Semakin lama terpisah semakin membeku kejujuran dalam hati mereka. Jujur dan setia kepada pasangan hanya dapat dibuktikan oleh orang yang merasai kehadiran Allah SWT. Dimana saja dia berada sesungguhnya Allah Maha Melihat, malaikat mencatat dan kitab sentiasa mengira hitungan pahala dan dosa. 

Berdua atau sendiri tidak selamat tanpa hati yang merasai pengawasan Allah. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, baik lelaki mahu pun perempuan yang mereka lakukan di atasnya. Bumi mengatakan: Dia telah berbuat begini dan begitu pada hari ini dan hari itu. Inilah yang diberitakan bumi.” (Hadis riwayat Imam Al-Tirmizi)

Semua di sekeliling kita menjadi saksi apa yang dikata oleh lisan, dirasa oleh hati, difikir oleh akal dan dihembus-hembuskan oleh hawa nafsu

 Pengalaman Realiti Khidupan:
Saya sememengnya bersetuju dengan pendapat yang di utarakan oleh YBhg Dr. Juanda. Apa yang diamalkan dalam kehidupan kami suami isteri adalah didasarkan kepada ketaatan perintah Perintah Allah. Melakukan sesuatu untuk mendapat keredaan Allah dan menghindarkan diri dari melakukan sesuatu kemungkaran kerana takut kepada Allah. 

Jika sebegini prinsip suami isteri dalam melayari bahtera rumah tangga dan mengotakan segala cinta yang dilafaz dan dijanjikan semasa mula di ijabkabulkan dahulu, sudah pasti akan berkekalan, kerana masing-masing akan menjaga diri untuk sentiasa mentaati perentah Allah. Bila ini terjadi cinta suami isteri akan tetapi setia dan jitu sepanjang masa tanpa kira suasah dan senang. 

Saya dan isteri sendiri telah alami perkara ini, kerana pada awal perkahwinan kami saya yang sakit lutut, isteri yang sentiasa membantu dan menjaga saya. Setelah lebih 20 tahun kahwin isteri pula yang sakit (lumpuh sebela tubuh) saya dapat menerimanya kerana ia di anggap adalah ketentuan Allah. Sehingga kini saya menjaga isteri sakit hampir 15 tahun. ( membantu isteri dalam serba serbi kehidupan seharian) tetapi semarak cinta kami tetap kekal dan bahagia sepanjang masa. Malah kami rasakan sebagai pasangan yang baru kahwin, sentiasa mesra dan penuh dengan kasih sayang.

Keslimpulan dari isu-isu yang dikemukan oleh Dr. mempunyai kebenaran jika cinta suami isteri didasarkan kepada iman dan taqwa. Bila ada perasaan takut dan taat kepada perintah Allah, masing-masing suami dan isteri akan pastikan mereka sentiasa menjaga diri masing-masing dari terlibat daripada perbuatan yang di murkai Allah.

Sunday, 26 April 2015

TANDA PASANGAN IKHLAS BERCINTA:

Wallahu'alam

Sumber : Dr Juanda Jaya ( Mufti Perlis )

Friday, 24 April 2015

SIFAT-SIFAT TERPUJI LELAKI YANG DIIDAMKAN KEBANYAKAN WANITA

SIFAT-SIFAT LELAKI YANG DIIDAMKAN WANITA

Kebanyakan wanita sememangnya ingin memiliki seorang lelaki yang bersifat mulia dan mendapat keredaan Allah untuk menjadi pasangan hidup berumah tangga.

Lelaki yang soleh, adalah lelaki yang terbaik di dalam dunia. Kerana dia merupakan lelaki yang mendapat keredaan Allah. Kerana sifat dirinya yang sentiasa mentaati printah Allah dalam menjalani kehidupan seharian dan juga tidak mengabaikan tanggung jawah sebagai khalifah Allaj diunia untuk merebut segala peluang kehidupah dunia degan berpandukan kepada neraca yang ditetapkan oleh syariat Allah.

Lelaki soleh walaupun dia hanyalah hamba Abdi yang tarafnya amat  rendah di mata manusia, tetapi dia  adalah yang tertinggi di sisi Allah SWT. Hakikatnya, kita sebenarnya mempunyai pilihan. Sama ada hendak menjatuhkan diri ke dalam kehinaan, atau memilih untuk memuliakan diri. 

Oleh itu,  jika anda memilih untuk menjadi lelaki yang soleh, ada beberapa tugas yang perlu anda lakukan. 

Tugas itu adalah :

1. MENCARI NAFKAH
Tugas mencari nafkah diberatkan kepada kaum lelaki kerana kelebihan dalam penciptaannya yang berupa kekuatan fizikal dan akal fikirannya. Oleh itu lelaki mampu untuk bekerja keras untuk mencari nafkah, memberi perlindungan dan pertahanan maruah kehidupannya terutama kepada keluarga, agama dan bangsa.

Inilah sebabnya lelaki diangkat menjadi pemimpin pelindung bagi kaum wanita. Oleh itu, seorang lelaki muslim, lelaki dan suami yang soleh, tidak akan melalaikan tugas ini. Dia wajib bekerja mengikut kemampuannya. Dalam melaksanakan tugas ini, dia haruslah membetulkan niatnya iaitu ikhlas untuk mencari keredhaan Allah swt.

Dia tidak akan merasa MALU untuk melakukannya sebaliknya gembira dan berbangga terhadap pekerjaannya lebih lebih lagi perkara yang halal. Lelaki soleh tidak akan lupa untuk mengingati hari akhirat tetapi menjadikannya sebagai tujuan yang utama. 

Dia bekerja didunia untuk mencari keuntungan di akhirat, bukannya mengejar keduniaan semata-mata dengan mengabaikan tanggung jawabnya untuk mendapat keredaan Allah di akhirat nanti.  Dengan cara mengimbangi usaha untuk dunia dan akhirat, usahanya akan sentiasa berhasil dan berjaya didunia dan akhirat.

Seperti kata ulama Salaf yang bermaksud;
Wahai anak Adam! Juallah duniamu dengan akhirat, maka engkau akan UNTUNG semuanya, tetapi jangan engkau jual akhirat dengan dunia, maka engkau akan RUGI semuanya.”
“Bagi orang orang yang telah mengerjakan kewajipan agamanya dengan baik, kemudian terasa penat dan letih pada malamnya, sehingga tidak dapat mengerjakan amalan-amalan sunnah, maka Allah dan Rasul-Nya memberikan jaminan dengan ampunan sepanjang malam yang dilaluinya dengan tidur yang nyenyak”.

Inilah antara ganjaran yang akan dikurniakan kepada lelaki soleh yang mencari nafkah dengan bersungguh-sungguh.

Terdapat dua cara orang berusaha mencari nafkah seperti yang dianjurkan oleh ISLAM.
Pertama: Hendaklah ia tidak melalaikan tugasnya terhadap Allah swt.dan janganlah ia meninggalkan nilai-nilai yang LUHUR.

Kedua : Hendaklah dilakukan dengan cara yang halal, bersih dan tidak membawa apa apa kemudaratan kepada orang lain dan tidak pula bertentangan dengan peraturan-peraturan umum.

Antara cara cara pencarian harta yang diharamkan oleh Islam ialah:
1. Riba
2. Penimbunan barang-barang yang menjadi hajat orang ramai
3. Perjudian dan perdagangan minuman keras
4. Berlaku penipuan dalam penimbangan dan penukaran barang
5. Mencuri
6. Memakan harta orang lain dengan cara yang bathil seperti yang diterangkan dalam surah An Nisa 4, ayat 29.

2. BERJIHAD FISABILILLAH
Jihad merupakan amal yang paling utama dan puncak ketinggian Islam. Tidak ada satu pun amalan soleh yang dapat menandingi Jihad. 

Orang soleh tidak sedikit pun merasa gentar dan takut apabila berjuang menegakkan agama Allah sebaliknya sentiasa tersenyum bangga menjadi seorang Pegawai Allah dengan gelaran paling indah iaitu MUJAHIDIN.

3. MELINDUNGI DAN MEMBELA KAUM YANG LEMAH DAN TERTINDAS
Sememangnya sejak akhir-akhir ini golongan kafir senantiasa mencari peluang untuk menindas dan menakluki negara-negara serta umat- umat Islam. 

Orang-orang yang soleh haruslah peka dan bersedia untuk bertindak balas supaya umat-umat Islam tidak akan ditindas dengan sewenang-wenangnya oleh golongan tersebut.

"Wahai lelaki soleh, tugas dan tanggungjawabmu bukanlah ringan, bayangkan langit dan gunung tidak mampu membawanya. Kamu sajalah yang akan tampil dan mampu menyelesaikan persoalan besar ini. Orang-orang yang lemah dan sedang tertindas sentiasa menanti kehadiranmu. Mereka berdoa agar kamu segera tiba untuk menjadi pembela dan penolong bagi mereka.”

Inilah laungan yang senantiasa terdengar daripada golongan golongan yang tertindas dan mengharapkan bantuan. 

Oleh itu lelaki yang soleh haruslah memainkan peranannya sebagai pembela agama sama ada secara langsung ataupun tidak langsung demi untuk mengekalkan kedaulatan agama Islam

4. MEMIMPIN DAN MENDIDIK ISTERI & KELUARGA
  • Mengajar dan membimbing dengan cara yang baik sehingga isteri-isteri yang tidak solehah menyedari akan kesilapannya dan menukar cara hidupnya menjadi isteri solehah.
  • Menangani isteri dengan bijaksana sehingga dia menyedari hakikat yang sebenarnya dan bersedia mengubahnya.
Demikianlah cara-cara yang telah digariskan oleh Islam terhadap suami sebagai ketua keluarga dalam sesebuah rumah tangga untuk membawa isteri dan anak-anaknya menjadi mukmin yang soleh dan solehah. 

Apabila menghadapi sebarang kesulitan, suami soleh tidak akan cepat melatah dan bertindak menurut nafsu dan perasaan semata-mata tanpa mengambil kira perasaan orang lain. Lelaki soleh akan bertindak dengan cara yang lebih efisien dan bijaksana dan sentiasa memohon petunjuk dari Allah SWT. Dengan ini kebahagiaan rumahtangga akan dapat dikekalkan. 

Berlaku baik terhadap isteri, suami yang soleh akan sentiasa menjaga kebajikan keluarganya terutama isterinya. Dia sentiasa menjaga hati dan perasaan pasangannya dan sentiasa menggembirakan isterinya. Mereka juga akan bertanggungjawab dalam menguruskan urusan rumahtangga, dan bekerjasama dengan isterinya.

Sabda Rasulullah SAW:

“Orang yang terbaik diantara kamu adalah orang yang terbaik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik diantara kamu terhadap isteriku.” ( HR Ibnu Majah )

Wallahu'alam