Jodoh
Ketentuan Allah
Saban hari sebagai manusia kita akan terfikir, siapakah yang
bakal ditentukan oleh Allah SWT untuk menjadi permaisuri hidup kita. Siapakah
bakal suami atau bakal isteri yang akan berkongsi hidup bersama selamanya.
Walaupun kita tidak mengetahui siapakah insan istimewa tersebut, namun manusia
yang lemah seperti kita tetap mempunyai ciri-ciri idaman untuk bakal pasangan
kita bukan?
Terkadang Allah tentukan seseorang yang begitu hampir dengan
kita sebagai jodoh, dan terkadang mungkin jauh dari pandangan mata kita. Ada
juga yang bercinta, mungkin bertunang bahkan mungkin sampai berkahwin namun
andai itu belum jodoh yang diberikan Allah sudah pasti akan ada ujian dan
cabaran.
Mungkin andai tiada jodoh di waktu percintaan, tidak begitu
menyakitnya berbanding cinta yang terputus di apabila telah sampai bertunang
dan lebih-lebih lagi apabila sudah ke alam perkahwinan. Mungkin pada nilaian mata
manusia itu adalah keputusan yang tidak munasabah dan tidak memikirkan hati
orang lain. Sememangnya manusia perlu berusaha untuk membina kebahagiaan yang
telah dibina atas dasar kasih sayang. Tetapi apa yang lebih penting kebahagian
diri perlu diutamakan.
Dan Allah SWT menjadikan ini semua sebagai asbab untuk kita
dipertemukan dengan jodoh kita. Sesuatu yang perlu difikirkan. Istilah ‘tiada
jodoh’ jika kita sama-sama teliti sebenarnya terkandung dua 3 perkara penting
yang perlu difahami:
1. Hikmah pengajaran
Kerana manusia tidak sepanjang masa melakukan keputusan dengan
tepat dan betul. Maka kesilapan yang dilakukan sudah pasti akan menunjukkan
hikmah terhadap apa yang telah dilakukan agar dapat menjadi panduan pada masa
yang lain.
2. Asbab bertemu jodoh
Perpisahan dalam perhubungan berkemungkinan Allah akan
menggantikan dengan insan yang lebih baik, walaupun pasangan yang sudah bersama
kita, dapat kita rasakan adalah yang terbaik. Namun perpisahan juga mampu
menjadi asbab untuk bertemu insan yang lebih baik dalam mencinta diri anda.
3. Takdir
Inilah yang menjadi kenyataan penting yang perlu dihadapi dengan
hati yang lapang. Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan yang perlu
diterima. Mungkin anda pernah bercinta bagai nak rak, bertunang dan kemudian
berkahwin untuk satu tempoh tertentu namun andai takdir Allah untuk berlaku
perpisahan untuk pertemuan yang seterusnya maka hanya hati yang perlu menerima
dengan redha.
Walhu’alam.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.