RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142
Showing posts with label bisnes. Show all posts
Showing posts with label bisnes. Show all posts

Friday, 1 May 2015

AMALAN YANG BOLEH MENGUNDANG REZEKI ?

Mengundang Rezeki Tak Terduga

Dalam menerokai kehidupan dunia, semua orang mempunyai idaman untuk jadi kara raya atau lebih tinggi lagi idamannya untuk jadi jutawan. Sejauh manakah cita-cita ini akan tercapai.
Hisbahlah diri kita berapa ribukan pendapatan bulanan yang kita perolehi, dan berapa banyak pula wang yang digunakan untuk memenuhi segala keperluan diri sendiri, keluarga tanggungan kita. Adalah ia mencukupi, dan kita masih mempunyai wang lebih untuk simpanan dan bersedekah?

Apakah Anda juga termasuk orang yang sudah boleh mentukan dengan tepat berapa pendapatan yang akan di perolehi setiap bulan. Jika jawabannya ya, bersykukarlah keranan anda telah berjaya berusahan untuk menstabilkan rezeki bulanan andan, tapi jaganlah terlampau yakin kerana jumlah pendapatan anda setiap bulan yang tetap itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa. Kadangkala tidak diduga pendapat kita di ambil oleh orang lain lebih banyak daripada apa yang boleh kita gunakan, contohnya, dengan tidak semena-semena pada hari anda pergi ke ATM untuk mengeluarkan wang dari akaun bank, anda telah di ragut oleh peragut menybabkan wang dalam dompet anda habil hilang. Nah itulah di katakan tidak rezeki kita, tetapi rezeki orang lain walaupun ianya datang melalui kita. 

Oleh itu dalam kehidupan realiti di dunia ini, rezeki itu telah ditetapkan oleh Allah mengikut ketentuan-Nya. Dan kita hanya berusaha dan yang memberikan berapa jumalahnya setiap bulan adalah Allah.

Selain rezeki yang sudah kita pastikan setiap bulan, , saya yakin Anda pun berharap ada rezeki yang datang dari arah yang tidak diduga-duga. Apakah itu boleh terjadi? Jawabnya, boleh, IsnyaAllah.
Bagaimana caranya? Sebelum saya memberitahu bagaimana caranya, Anda harus yakin dulu bahwa janji Allah itu pasti. Dia tak pernah ingkar janji. Apa-apa yang sudah dijanjikan oleh-Nya melalui Kitab Suci  Al-Quran dan rasul-Nya Nabi Muhammad SAW  itu benar.. Termasuk juga  janji Allah dalam urusan rezeki, juga benar.

Bagaimana untuk menjadikan kenyataan terhadap janji Allah berhubung pemberian rezeki kepada hambanya tanpa di duga-duga dari arah yang tidak di sangka-sangka ?

Pertama:

Anda hendaklah sentiasa BERTAQWA. Anda harus bertakwa kepada Allah. Janji-Nya di dalam Al Qur’an surat At-Thalaaq: 2-3: “…Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada diduga-duga…”
Hendaklah anda sentiasa tunduk kepada-Nya, iaitu sentiasa mematuhi segala suruhan-Nya. Bukan hanya mematuhi suruhanya semasa mengadakan ibadat solat, tetapi hendakalah sentiasa mematuhinya di mana sahaja kita berada. Kerana Allah itu sentiasa mengawasi perbuat kita.

Bahawa Dia ada bukan hanya di tempat ibadah. Dia ada bukan hanya saat pernikahan dan kematian. Dia ada bukan hanya saat kita berdoa. Dia ada di setiap waktu, tempat dan keadaan. Dia juga melihat, mendengar dan mengetahui apapun yang kita lakukan, sama ada secara tersembunyai atau terang. Dia selalu bersama kita, itulah inti taqwa.

Kedua:

Bertaubatlah. Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, Rasulullah bersabda,
“…Barangsiapa memperbanyak mohon keampunan (bertaubat) maka Allah akan membebaskannya dari kedukaan, memberinya jalan keluar bagi kesempitannya, dan memberinya rezeki dari arah yang tidak diduga-duganya.”

Berapa kali Anda mohon keampunan  dari Allah dalam satu hari? Nabi Muhammad SAW, orang yang paling dicintai-Nya dan yang telah di jamin syurga,  paling sedikit 70 kali mohon keampunan dalam satu hari. Apakah kita lebih baik atau lebih suci dibandingkan dengan Nabi? Tentu tidak, maka sungguh sangat wajar bila kita mohon keampunan  jauh lebih banyak dibandingkan Nabi.

Tingkatkanlah takwa Anda, bersegera dan sering-seringlah memohon ampun kepada Allah SWT, maka rezeki tak terduga akan segera menghampiri Anda. Janji-Nya tak pernah meleset. Janji-Nya 100 peratus pasti. Anda tidak percaya? Kalau Anda tidak percaya, maka wajar hidup Anda masih sentiasa susah dan sangat jarang mendapat rezeki halal dari arah yang tak terduga.

Seamat mencuba dan semoga berjaya:


Wallahu'alam.


Tuesday, 14 April 2015

Sentiasa menjadi penawar hati kepada isteri.

KELUARGA BAHAGIA (Cinta Sampai Ke Syurga): SENTIASA MENJADI PENAWAR HATI KEPADA ISTERI


Daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah S.A.W bersabda : "Orang mukmin yang paling sempurna imannya dalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kamu adalah yang paling baik tingkah lakunya terhadap isterinya."
(HR Tarmidzi, Abu Daud, (Hassan Shahih)

Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

Antara ciri ciri suami menjadi penawar hati isteri :

§  Sentiasa bersikap manis setiap kali bersama isteri. Mulai pertemuan dengan salam kerana salam itu memberi berkat kepada dirimu dan semua ahli rumah.

§  Perlihatkan wajah yang berseri setiap kali bertemu kerana wajah yang berseri mendatangkan kebahagiaan dang menghilangkan buruk sangka.

§  Tutur kata yang baik. Ketika bercakap dengan isteri gunakan perkataan yang baik dan menarik.

§  Memanggil isteri dengan nama kesukaannya.

§  Memanggil dengan manja.

§  Menteteramkan fikiran dan bergurau senda. Islam membenarkan bergurau senda untuk mewujudkan dan mengukuhkan ikatan sayang suami isteri.

§  Jangan menjadi suami yang terlalu garang dengan isteri dan keluarga

§  Suami haruslah mendoakan isterinya.

§  Suami sangat digalakkan membawa isteri bersama ketika bermusafir kerana banyak kebaikannya.

§  Sentiasa mesra walaupun di meja makan.


Amalan mengambil berat tetang keperluan dan kemahun isteri adalah salah satu punca kebahagian rumah tangga kami, saya memang sentiasa perihatin terhadap emosi isteri bagi mempastikan isteri sentiasa mempunyai perasaan ceria dan gembira berada disamping diri sebagai suami yang bertanggung jawab.  Bagi saya isteri adalah salah satu insan yang amat penting kerana ianya merupkan “Queen” yang akan melahirkan zuriat kami yang akan menjadi hamba Allah dan mukmin dan mukminah yang bersama-sama membantu perjuangan Islam yang dibawa oleh junjungan Rasullah SAW. Semoga kami sekeluarga di beri hidayah oleh Allah untuk memasuki syurgaNya di akhirat kelak. InsyaAllah.

Keperihatian terhadap emosi isteri amat perlu dijaga dengan sebaik-baiknya, lebih-lebih lagi semasa isteri sedang hamil.  Pada awal perkahwinan kami pernah berlaku situasi dimana isteri yang  sedang mengandung anak sulung (tahun 1981) Atas kehendak isteri yang mengidam ingin makan buah salak, saya terpaksa mengambil cuti untuk ke Gua Musang, Kelantan, semata-mata ingin mencari buah salak yang diidamkan itu. Pada masa itu sistem perhubungan jalanraya tidak begitu baik dari Kota Bharu ke Gua Musang. Perjalanan mengambil masa hampir satu hari dan juga terpaksa menaiki keretapi dari Kuala Krai ke Gua Musang setelah berkereta selama lebih satu jam dari Kota Bharu ke Kuala Krai.

Pada masa-masa tertentu, saya kadang kala terpaksa memujuk isteri yang merajuk dek kerana saya tersalah cakap dengan nada yang agak kasar dan suara agak nyaring bagi mengatauiuikan sesuatu isu. Mengikut amalan yang biasa dilakukan oleh saya apabila isteri menangis dan merajuk setelah berlaku perselisihan faham, saya akan memeluk erat isteri untuk satu ketika (beberapa minit) sambil melafazkan perkataan “abang minta maaf sayang” berkali-kali denga nada suara yang manja, sehinggalah isterinya berhenti menangis, dan diikuti dengan  ‘body languange’ (Bahasa badan) yang memberi isyarat saya telah memafkan suaminya. Kebiasanya isteri akan memeluk erat kepada si suami dan seterusnya disertakan dengan ciuman manja.  Adengan sebegini biasanya berlaku di atas katil, kerana telah menjadi amalan isterinya bila ia marah, ia akan menyediri di dalam bilik dan tidur berselimut di atas katil.

Pada masa-masa tertentu, ada juga dimana kes berselisih faham diantara kami agak memuncak, saya akan mengambil masa yang agak lama untuk menstabilkan kembali emosi isteri. Pernah pada satu ketika situasi peluk-memeluk untuk mengawal emosi isterinnya mengambil masa lebih setengah jam, kadang kala kami tertidur dalam suasana agak emosinal. Bila keadaan reda dan dalam kawalan, saya akan meluahkan semula perasan rasa bersalah saya kepada  isteri, dan isteri akan memberi isyarat yang dia telah memberi kemaafan. 

Amalan mengambil berat terhadap emosi dan perasaan isteri ini merupakan “ kunci emas” sebagai strategi suami untuk mengekalkan keutuhan kasih sayang dan kebahagian rumah tangga kami. Dalam hal ini suami perlu mempunyai ilmu untuk memikat emosi isteri, dan juga perlu ada sifat sabar yang tinggi,  sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,  jika mahu membentuk wanita hendaklah berhikmah dan dengan cara lemah lembut, kerana wanita sebagai tulang rusuk yang bengkok, jika diperbetul dengan kuat atau keras ianya akan patah.

Jika kita mahu menjadi suami yang benar-benar bertanggung jawab, kita sebagai suami perlulah menjaga hati  isteri, kerana emosi isteri jika tidak di jaga ia akan memberi kesan kepada pendidikan, pembelajaran dan pembesaran anak-anak kita. Ibu yang emosi tidak stabil jika disebabkan oleh sikap suami yang panas barang, suka marah-marah tanpa usul periksa, boleh memberi kesan kepada kasih sayang isteri kepada anak-anak kita. Ibu yang terganggu eosi akan melepaskan geram marahnya kepada anak-anak. Jika perbuatan sebegini berterusan ia akan menggangu pertumbuhan fizikal dan mental anak-anak.

Pengajaran dan iktibar:

1.       Suami perlu mempunyai ilmu dan kepakaran dalam mengendalikan krisis rumah tangga.

2.       Si sumai perlu berperanan sebagai  penggerak utama untuk meredakan krisis dalam rumah tangga, kerana telah menjadi lumrah semulajadi, wanita mudah tersinggung dan merajuk, jadi suami sebagai peneraju dalam keluraga perlu pandai mengendalikan emosi si isteri yang sedang bergelora denga kemarahan.

3.       Jika si suami pandai mengambil hati isteri, dan mudah untuk meminta maaf kepada isterinya atas apa kesilapan atau keterlanjuran marah, akan mudah melembutkan hati isterinya kerana sememang wanita mudah memberi kemaafan bila dipujuk rayu oleh lelaki, terutamanyan suami mereka.

4.       Bila si suami mempunyai kemahiran dalam menangani suasana kemurangan atau isteri beremosi, akan memberi natijah yang amat positif sekali, dimana perhubungan kasih sayang dalam keluarga akan dapat dipupuk sepanjang masa, jika berlaku perselisihan faham cepat-cepat di harmonikan semula oleh suami dan isteri. Situasi ini akan memberi kesan jangkan panjang kepada emosi isteri yang merupakan ibu kepada anak-anak mereka berdua, Mengikut kajian para pengkaji sosliologi kehidupan manusia, si ibu yang sentiasa hidup dengan penuh kebahagian dan kasih sayang akan medidik anak-anak mereka secara lebih sempurna dan boleh memberi kesan postif kepada persekitaran pedidikan dan pembersaan anak-anak mereka. Kebiasaannya anak-anak yang membesar dalam persekitaran sebegini akan lebih berkeyakinan diri dalam menempuh kehidupan mereka. Mereka akan menjadi insan yang berjaya dalam karier mereka. Insya Allah.



Friday, 3 April 2015

RAHSIA BANGSA CINA BERJAYA DALAM BISNES

KENAPA ORANG CINA BERJAYA DALAM BISNES
Bismillahhirohmannirohim..

Hari ini merupakan hari yang paling gembira dalam kehidupan saya setelah bersara daripada kerja. Syukur Alhamdulillah. Tentu anda semua bertanya kenapa ?

Jawabannya ialah pada hari ini 20 Januari 2015. Saya telah dapat membaca buku hasil tulisan sulung saya bertajuk “ Bercinta Sampai Syurga”. Yang di terbitkan oleh PTS PUBLISHING HOUSE.

Dalam pada saya tercari-cari artikel untuk di muatkan ke dalam bolg saya. Terbaca satu catatan berkaitan dengan “KENAPA ORANG CINA BERJAYA DALAM BISNES.

Bila saya teliti banyak perkara yang boleh kita ambil iktibar dari orang cina dalam mana mereka mengurus perniagaan mereka.

Berniaga bukan satu kerjaya kerana terpaksa, ia memerlukan satu komitmen yang cukup besar dan minat yang mendalam.  Hanya mereka yang mempunyai daya usaha berlipat kali ganda sahaja yang akan melepasi halangan dan cabaran sehingga tersenarai dalam "ranking" usahawan berjaya. Sebagai seorang usahawan juga saya begitu tertarik dan teruja membaca catatan setebal 150 muka surat oleh seorang pengarang Cina Muslim yang menerbitkan buku bertajuk "Rahsia Bisnes Orang Cina".  Catatan yang padat dengan tip-tip perniagaan orang cina ini banyak membantu saya untuk berfikir semula dan bertanya "adakah ciri-ciri itu tiada di dalam jatidiri orang-orang melayu khususnya.  Buku karangan Ann Wan Seng ini mencatatkan:-

1. Sejarah Bisnes Orang Cina
  • Sejarah yang dilalui oleh orang cina penuh dengan seribu liku, ini menjadikan mereka kuat.  Mereka tahu apabila mereka berada di bumi asing mereka harus berkerja keras untuk hidup dan tidak ada sesiapa pun yang dapat membantu mereka.  Sebab itu kebanyakan pendatang berjaya di dalam perniagaan.  Orang-orang Indonesia dari keturunan jawa berjaya dengan sektor pembinaan, dari kaum Aceh dengan peruncitan, Bangldesh juga sekarang sudah banyak membuat empayar perniagaan mereka.
  • Orang-orang cina dahulu duduk di bandar-bandar perlombongan, melayu kampung-kampung dan India estate.  Sebab itu kaum Cina terpaksa berniaga disebabkan mereka tiada sumber lain untuk dilakukan di dalam komuniti mereka.
  • Perniagaan orang cina tidak banyak formaliti dan karenah birokrasi.  Mereka menjadikan urusan busines mereka semudah mungkin.
  • Peniaga orang cina tidak statik dan mereka sentiasa berpandangan jauh sebab itu perniagaan orang cina ada pembaharuan setiap masa.  
2. Dunia Bisnes Orang Cina
  • Jika ingin lebih berjaya, kita mesti lebih kuat dan rajin dari orang lain.
  • Persepsi orang cina kepada perniagaan adalah psitif.  Dunia niaga adalah dunia yang menjanjikan kesenangan dan kemewahan
3. Falsafah Bisnes Orang Cina
  • Ajaran confucianisma telah diberi nafas baru dan ditafsirkan semula agar dapat memberi pencetus  kepada orang cina supaya melibatkan diri dalam bidang perniagaan.
  • Busines boleh dijadikan hobi dan bukan sebagai mengisi masa lapang.  Banyak orang gagal sebab bersikap hangat-hangat taik ayam dan sekadar suka mengikut orang.
  • keuntungan yang diperolehi sebaik-baiknya tidak dibelanjakan.  Ia perlu digunakan bagi menambahkan pusingan modal dan ini tidak berlaku pada setengah-setengah orang.   
4. Konsep Bisnes Orang Cina
  • Konsep busines orang cina lebih kepada prinsip simbiosis dengan setiap peniaga saling lengkap melengkapi
  • Konsep meniaga orang cina suka berkongsi, tidak tamak dan mereka akan "makan sama-sama"
  • Orang cina tak suka berniaga bermusim macam hanya berniaga bila musim perayaan sahaja.  Ini hanya kan membantutkan usaha mereka berterusan dengan kecairan modal yang berkurangan.
  • Orang cina pantang mengeluh di depan pelanggan jika menghadapi tekanan.  Mereka sentiasa menunjukkan yang mereka bagus bagi mengwujudkan keyakinan.
  • Peniaga cina tahu bahawa tawar menawar itu akan mengurangkan keuntungan namun bagi mereka kepuasan pelanggan itu lebih diutamakan.
5. Prinsip Bisnes Orang Cina
  • Orang cina boleh berniaga di mana-mana sahaja termasuk kampung melayu tetapi orang melayau belum tentu boleh berniaga di kampung cina
  • Orang cina sungguh agresif dan tahan lasak
  • Orang cina tidak akan melepaskan peluang dan berani mengambil risiko
  • Orang cina tidak suka berserah pada nasib dan suka melawan/menerima cabaran 
6. Budaya Bisnes Orang Cina
  • Orang cina sanggup berkerja tanpa mengira waktu (tidak berkira tentang waktu)
  • Orang cina melakukan sesuatu bersungguh-sungguh dan bukan hangat-hangat taik ayam.
  • Orang cina kata kegagalan pertama memberi semangat, kegagalan ke 2 dijadikan pengajaran dan kegagalan seterusnya menguji kecekalan dan ketabahan
  • Orang cina akan menentukan matalamat sebelum melakukan sesuatu (jangka panjang)
  • Budaya orang cina lebih menekankan "siapa cepat dia dapat"   
7. Sistem Bisnes Orang Cina
  • Orang cina berpandangan biar sikit dan lambat asal selamat
  • Orang cina tidak suka memberi tekanan kepada pelanggan dan membiarkan pelanggan membuat pilihan
  • Orang cina percaya jika ada pelanggan baru pasti diberi potongan 
8.  Seni Bisnes Orang Cina
  • Orang cina percaya dunia perniagaan penuh dengan sepak terajang dan mereka sudah bersedia dgn seni "lingfu" untuk menangkisnya
  • Seni perniagaan sungguh halus, org cina percaya teori sahaja tidak cukup. Pengalaman akan mematangkan mereka
  • Seni perniagaan cina berasaskan menang-menang
  • Orang cina menggangap setiap pelanggan adalah sahabat atau saudara, perlu dilayan dengan baik  
9. Amalan Bisnes Orang Cina
  • Tanpa rugi tidak akan datang untung
  • Orang cina suka mengambil ahli keluarga sendiri bagi mengekalkan kepercayaan dan latihan
  • Orang cina memang akan menjaga pekerjanya yang baik
  • Orang cina akan merasa rndah diri dan hina jika makan gaji sebab bagi mereka makan gaji tidak menjadikan mereka kaya
  • Orang cina tidak boros dan bersikap menyimpan untuk mengembangkan perniagaan    
10. Etika Bisnes Orang Cina
  • Kerugian masa singkat adalah laluan keuntungan jangka masa panjang
  • Orang cina mempunyai etika kod yang melarang taktik kotor
  • Masyarakat cina tidak suka menganggu perniagaan orang lain, memburukkan perniagaan orang lain.  persaingan dibenarkan mengikut etika persaingan yang sebenar
  • Tawar menawar digalakan agar hubungan antara pelanggan dan peniaga menjadi baik.  
11. Rahsia Bisnes Orang Cina
  • Bagi orang cina walaupun kasih sayang tidak boleh dibeli dgn wang ringgit namun kekayaan akan dapat memberikan kebahagiaan dan meningkatkan sosio ekonomi dalam masyarakat
  • Kemisikinan, perasaan kurang selamat, masalah survival di tempat orang menjadikan orang cina sentiasa berkerja keras
  • Dalam sistem sosial orang cina, anak lelaki mesti menjadi kebanggaan keluarga dengan menjalankan perniagaan bagi meningkatkan martabat keluarga  
12. Petua Bisnes Orang Cina
  •  Petua untuk berjaya dalam perniagaan ialah menjadi perniaga yang boleh dipercayai, mudah berurusan dan tidak cerewet
  • Pelanggan sentiasa dijaga
  • Peniaga cina tidak takut untuk mengeluarkan perbelanjaan demi memikat hati pelanggan
13. Kejayaan Bisnes Orang Cina
  • Orang cin apercaya "kesabaran itu amat pahit tapi mengeluarkan buah yang amat manis sekali'
  • Orang cina tekun, walaupun jatuh tersungkur namun dia tetap akan bangun.
  • Orang cina tak kejar glamor, walaupun kerja itu dipandang hina namun jika ia memberi pulangan yang baik, dia akan melakukannnya 
14. Bakat Bisnes Orang Cina
  • Pepatah orang cina "Ibarat di mana ada air di situ ada orang cina" - bermaksudorang cina boleh hidup di mana-mana.
  •  Orang cina yang kerja makan gaji kurang dihormati danmereka yang berkerja tinggi akan disanjung oleh masyarakat org cina.
  • Orang cina boleh hidup di negara yang masih mundur sekali pun seperti Kenya dan Papua New Guinea 
15. Kemahiran Bisnes Orang Cina
  • Pepatah org cina "Emas yang tersembunyi hanya dapata dikeluarkan jika seseorang berusaha mencari dan menggalinya"
  • Orang cina tak suka memberi alasan.  Mereka berusaha menghapuskan sebarang alasan dan menjauhkan pelanggan yang menyusahkan mereka  
16. Psikologi Bisnes Orang Cina
  • Orang cina sesekali ia melangkah, langkah itu akan diteruskan.  Tidak ad ruang hendak berundur ke belakang
  • Orang cina percaya nasib buruk boleh diubah.  Sial dan malang boleh dibuang dan digantikan dengan nasib baik.  Sebab itu orang cina rajin membuang sial. 
17. Pemikiran Bisnes Orang Cina
  • Bagi orang cina masalah hanya batu loncatan dan bukan batu penghalang untuk berjaya
  • Orang cina menganggap untuk berniaga tidak mesti cerdik dan mempunyai otak yang geliga tapi KEBERANIAN bagi menghadapi segala cabaran
  • Pemikiran yang dinamik penting kerana ia dapat melihat satu pandangan yang jauh dan bukan setakat dunia persekitannya sahaja
  • Orang cina cepat dapat menyesuaikan diri dengan iklam perubahan persekitaran dan mood dalam pasaran  
18. Adat Bisnes Orang Cina
  • Semangkin banyak angpau yang diberikan, semangkin banyak keuntungan yang akan masuk
  •  Orang cina akan membayar hutang 3 hari sebelum perayaan
  • Orang cina tidak akan menyambut hari perayaan di pejabat atau premis perniagaan.  Mesti dirumah bersama keluarga.
  • Pembukaan perniagaan biasanya disertai dengan membakar mercun bagi menghalau niat jahat dan unsur-unsurnasib tak baik.
  • Orang cina tidak akan mengatakan sesuatu yang tidak baik ketika memulakan sesuatu perniagaan
19. Pantang Larang Bisnes Orang Cina
  • Tarian cina dipercayai membawa tuah dan rezeki dan upacara itu harus dilakukan pada waktu tengah hari atau petang dan tidak pada waktu malam.
  •  Orang cina digalakkan mebuat majlis ketika ingin memulakan perniagaan dan memberi hadiah bagi mereka yang memulakan perniagaan adalah satu kebiasaan.  hadiah berupa jam, gunting  dan benda-benda yang tajam kerana dipercayai membawa sial.  Sebab itu orang cina suka memberi replika emas dewa rezeki dan panjang umur, replika wang emas, buah labu, patung kura-kura dan katak.  Ia akan membawa "ong" kepada peniaga.
  • Ketika majlis pembukaan perniagaan diadakan, ia tidak boleh bertembung dengan majlis kematian.  Ia akan memberi alamat yang tidak baik.
  • Sebab itu dikedai orang cina terdapat cermin besar, dipercayai ia boleh menghalau roh jahat  
20. Lokasi Bisnes Orang Cina
  • Peribahasa "Bagi mendapatkan ikan yang besar, kita perlu menyediakan umpan yang bermutu dan alat pancing yang baik"
  • Premis perlu mudah dikunjungi, dihubungi dan dicari
  • Cina percaya dengan Feng Shui, aliran air dan angin yang baik pasti akan menbawa keseimbangan antara unsur "Yin" dan "Yang".
  • Warna memainkan peranan dalam perniagaan orang-orang cina.  Orang cina suka mengenakan warna terang dalam premis perniagaan mereka agar mudah dilihat oleh orang lain. 
21. Strategi Bisnes Orang Cina
  • Orang cina sentiasa mengatur strategi dari masa kesemasa dan sering menukar strategi jika strategi yang dilakukan tidak mendatangkan hasil
  • Orang yang mempunyai strategi kebiasaannya mempunyai jiwa yang besar dan tidak takut menghadapi risiko  
22. Jaringan Bisnes Orang Cina
  • Orang cina memerlukan jaringan yang kuat antara mereka bagi menyokong asas perniagaan
  • Jaringan yang kuat ke atas asas peruncitan orang cina amat sukar digugat kerana kemantapannya
  • Orang cina jarang mempunyai sikap untuk menjatuhkan orang lain malah sentiasa bantu membantu dan mengambil barangan dari dari rakan-rakan niaga yang lain jika barangan yang diminta oleh pelanggan tidak ada atau kehabisan stok 
  • Dua bentuk jaringan orang cina.  Satu, melalui pembentukan persatuan.  Ke dua jaring yang sudah wujud turun temurun. 
23. Berniaga Cara Orang Cina
  •  Letakkan di mana sahaja orang cina, pasti mereka boleh mencari ruang dan peluang
  • Belajar teori dahulu baru amal tidak menjadikan seseorang itu berjaya dalam perniagaan.  Org cina sentiasa menentang arus dan mencuba.
24. Sikap Bisnes Orang Cina
  • Masyarakat lain makan untuk hidup tetapi orang lain hidup untuk makan 
25. Motivasi Bisnes Orang Cina
  • Tidaka ada benda lain yang boleh memotivasikan orang cina melainkan menjadi bos kepada diri sendiri.
26. Politik Bisnes Orang Cina
  • Jika hendak mencari rakan kongsi, biarlah orang yang boleh dipercayai.  Kawan rapat belum pasti akan setia dan tidak mengkhianati rakan
27. Orientasi Bisnes Orang Cina
  • Perjalanan seribu batu bermula dari langkah pertama
28. Matalamat Bisnes Orang Cina
  • Semangkin banyak derma dan sumbangan semangkin banyak keuntungan yang akan masuk di dalam kantung
29. Wawasan Bisnes Orang Cina.
  • Kesusahan, kepayahan, keperitan tidak pernah melemahkan peniaga yang berwawasan
30. Warisan Bisnes Orang Cina
  • Orang cina pandai berniaga bukan kerana mereka lahir sebagai orang cina.
31. Tokoh Bisnes Orang Cina
  • Belian hanya akan berharga selepas ia digilap dan dibentuk daripada keadaan yang asal
32. Tip Bisness Orang Cina
  • Orang yang berniaga tidak boleh cerewet dan kalau boleh permudahkan segala urusan

Setelah saya menliti tip-tip yang dicatatkan itu ternyata ianya satu amalan yang dilakukan oleh kaya cina dalam perniagaan. Pada masa tahun 80an dahulu kami sama-sama bekerja makan gaji. Dia sebagai Pengurus Besar di sebuah Syarikat Kuari dan saya sebagai Pegawai Tadbir di pejabat Kerajaan. Selepas 30 tahun kemudian kawan cina itu telah berjaya menjadi tuake Pemborong Barang Runcit dengan pendapat juataan ringgit setahun.

Saya kini hanya sebagai seorang pesara kerjaan yang jumlah pendapat tak seberapa dan perlu lakukan aktiviti lain untuk menampung perbelanjaan harian keluarga.

Sedangkan kita semua tahu hadis Nabi menyebut “ 9 daripada 10 rezeki adalah dalam perniagaan”. Tetapi majoriti kita orang Islam pandai baca dan berpidato, tetapi tidak tahu nak berusaha dalam bisnes sehingga berjaya. Majoriti kita bila bisnes selalu gagal dan bankrupt. ?         Diamana silapnya.???


Wallahu'alam.