Solat adalah tiang agama, ianya mesti dilakukan selagi kita kewajipan sebagai hamba Allah yang diciptakan untuk mengabdikan diri kepada-Nya.
Jika kita sakit Islam memberi kelonggaran mengerjakan sembahayan setakat mana kemampuan kita, umpamanya jika sakit teruk kita hanya berbaring, maka kita boleh mengerjakan solat secara berbaring.. caranya sebgaimana gambar yang dilampirkan bersama ini.
Janganlah kita ambil mudah dengan memberi alasan bahawa kita sakit solat boleh di tinggalkan begitu sahaja. dengan alasan kita dalam kesusahan. walahal kita dibenarkan mengerjakan solat secara berbaring. oleh itu perlulah kita tingkatkan ilmu angama dari masa ke semasa.
Jika kita mengetahui caranya kita tidak akan tinggalkan solat pada setiap masa. dan masa kita sakit ini adalah masa yang paling sesuai untuk muhasabah diri dan meminta keampunan dengan Allah terhadap dosa-doasa kita di masa lampau. Ingalah bahawa doa orang yang sakit dianrata doa yang mudah di makbulkan Allah.
Wallahualam.
Sebuah blog tentang kehidupan, inspirasi dan pengalaman. Menjurus keredaan Allah swt. (Experience of living, inspiration,to get pleasant of Allah )
Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts
Saturday, 1 August 2015
Tuesday, 28 July 2015
TIPS BAGAIMANA ISTERI PERLU MELAYAN SUAMI
Cara-cara Melayan Suami
Malamat perkahwinan adalah untuk hidup bahagia bersama pasangan dan membina sebuah
keluraga yang harmoni sehigga ke akhir hayat. Isteri yang bijak akan menganggap
kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya
isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang
dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang
sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian.Hilanglah
matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga.
Isteri yang cemerlang akan sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan terbaik
untuk suaminya setiap masa. Sungguhpun begitu isteri perlu kepada ilmu dan
kemahiran bagaimana untuk melayan suami dengan cara yang terbaik dan akan
membuahkan hasil kebahagian rumah tangga dan mengeratkan hubungan cinta suami
isteri.
Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.
1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya
dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya. Sikap sebegini sebagai tanda
hormat kepada suami yang merupakan ketua keluarga dan pemimpin dalam rumah
tangga.
2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan
suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri
akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki
meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda
sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami
kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah
suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita
tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku
seorang lelaki. Ingatlah bahawa isteri yang taat kepada suami akan memasuki
syurga dan sebaliknya bagi isteri yang engkar tempatnya di dalam neraka .
3. Bila kuku, misai dan janggut suami panjang hendaklah
segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah
hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Tindakan ini akan
menyebabkan suami terasa yang dirinya dicknakan oleh isteri dan mahu dirinya
sentiasa kelihatn segak dan anggun.
4. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya.
Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk.
Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai
keanak-anakan. Buat analisa setiap teguran suami itu, adakah kerana kebodohan
isteri menyebabkan suami menjadi marah. Jika itulah keadaannya isteri mesti
bersedia memohon maaf dan tidak mengulangi lagi kesalahan yang sama di masa
hadapan.
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat
bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya
supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan
isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah
tidak taat padanya. Bila suami
merasakan isterinya tidak patuhi perintahnya akan lahir perasaan benci
dan memucak kepada perasaan untuk mencari pengganti lain yang boleh melayaninya
dengan lebih baik.
6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut
selera isteri. Tindakan ini memperlihatkan bahawa isteri begitu perihatian
kepada keperluan dan kesukaan suaminya. Ini menimbulkan kasih sayang yang amat
tingggi oleh suami kepada isterinya kerana dia merasakan dirinya begitu
dihargai oleh isteri yang disayanginya.
7. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket
baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu
sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan
tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.
8. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya
hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian
itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan
tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua
suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus
isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak,
dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya
suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih.
Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika
suami kita meredhainya.
10. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika
suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan
berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan
isterinya.Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan
salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
11. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak
kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu.
Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin
wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah
menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak
dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu
tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya
tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.
12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan
sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah
minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam
termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih
ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga
dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi
zat di samping tidak terjamin
kebersihannya.
Kesimpulannya isteri hendaklah sentiasa menghormati dan
memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan
bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat.
Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah
berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai
oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak,
peribadi dan ibadahnya. Isteri yang solehah adalah isteri yang dapat mematuhi
segala perintah suami selagi ianya tidak bertentangan dengan syariat. Isteri
yang dapat memenuhi keperluan zahir dan batin suami. Jika semua ini dapat
disempurnakan oleh isteri, sudah pasti suami akan menyayanginya dan hubuang
kasih sayang akan kekal selamalamnya. Insyaallah.
Wallahu'alam.
Wednesday, 13 May 2015
RUMAH TANGGA YANG IDEAL
Rumah
Tangga yang Ideal
Menurut ajaran Islam, rumah tangga yang ideal adalah rumah
tangga yang diliputi sakinah (ketenteraman jiwa), mawaddah (rasa cinta), dan
rohmah (kasih sayang). Allah Ta’ala berfirman:
Dan di antara tanda-tanda
(kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu
sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia
menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu
benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Alloh) bagi kaum yang berpikir. (QS.
ar-Rum [30]: 21)
Dalam rumah tangga yang Islami, seorang suami atau isteri harus
saling memahami kekurangan dan kelebihannya, harus tahu pula hak dan kewajiban,
memahami tugas dan fungsinya masing-masing, melaksanakan tugasnya itu dengan
penuh tanggung jawab, ikhlas, serta mengharapkan ganjaran dan redha dari Allah
Ta’ala.
Sehingga, upaya untuk mewujudkan pernikahan dan rumah tangga
yang mendapat keredaan Allah dapat menjadi kenyataan. Akan tetapi, oleh kerana
keadaan manusia yang tidak boleh lepas dari kelemahan dan kekurangan, sementara
ujian dan cobaan selalu mengiringi kehidupan manusia, maka tidak kurang juga pasangan yang mulanya hidup tenang, tenteram,
dan bahagia mendadak dilanda kemelut perselisihan dan pergolakan.
Apabila terjadi perselisihan dalam rumah tangga, maka harus ada
usaha untuk ishlah (mendamaikan). Yang harus dilakukan pertama kali oleh suami
dan isteri adalah lebih dahulu saling mahasabah diri, menyadari kesalahan
masing-masing, dan saling memaafkan, serta memohon kepada Allah agar disatukan
hati, dimudahkan urusan dalam ketaatan kepada-Nya, dan diberikan kedamaian
dalam rumah tangga mereka. Jika cara tersebut gagal, maka harus ada pendamai
dari pihak keluarga suami maupun isteri untuk mendamaikan antara keduanya.
Mudah-mudahan Allah memberikan taufiq kepada pasangan suami isteri tersebut.
Apabila sudah diusahakan untuk berdamai sebagaimana yang
disebutkan dalam al-Qur’an surat an-Nisa’ ayat 34–35, tetapi masih juga gagal,
maka Islam memberikan jalan terakhir, yaitu “perceraian”.
Syaikh Musthofa al-Adawi berkata: “Apabila masalah antara suami
isteri semakin panas, hendaklah keduanya saling memperbaiki urusan keduanya,
berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk, dan meredam perselisihan
antara keduanya, serta mengunci rapat-rapat setiap pintu perselisihan dan
jangan menceritakannya kepada orang lain.
Apabila suami marah sementara isteri ikut emosi, hendaklah
keduanya berlindung kepada Allah, berwudhu, dan solat dua roka’at. Apabila
keduanya sedang berdiri, hendaklah duduk; apabila keduanya sedang duduk,
hendaklah berbaring, atau hendaklah salah seorang dari keduanya mencium,
merangkul, dan menyatakan alasan kepada yang lainnya. Apabila salah seorang
berbuat salah, hendaklah yang lainnya segera memaafkannya karena mengharapkan wajah
Allah semata.”
Di tempat lain beliau berkata: “Sedangkan berdamai adalah lebih
baik, sebagaimana yang difirmankan oleh Allah Ta’ala. Berdamai lebih baik bagi
keduanya daripada berpisah dan bercerai. Berdamai lebih baik bagi anak daripada
mereka terlantar (tidak terurus). Berdamai lebih baik daripada bercerai.
Perceraian adalah rayuan iblis dan termasuk perbuatan Harut dan Marut.
Alloh berfirman:
Alloh berfirman:
Maka mereka mempelajari dari
keduanya (Harut dan Marut) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami)
dengan isterinya. Dan mereka tidak dapat mencelakakan seseorang dengan sihirnya
kecuali dengan izin Alloh. (QS. al-Baqoroh [2]: 102)
Di dalam Shohih Muslim dari sahabat Jabir bin Abdulloh, ia
berkata: Rosulullah bersabda:
“Sesungguhnya iblis meletakkan singgasananya di atas lautan.
Kemudian ia mengirimkan bala tentaranya. Tentara yang paling dekat kedudukannya
dengan iblis adalah yang menimbulkan fitnah paling besar kepada manusia.
Seorang dari mereka datang dan berkata: ‘Aku telah lakukan ini dan itu.’ Iblis
menjawab: ‘Engkau belum melakukan apa-apa.’” Nabi melanjutkan: “Lalu datanglah
seorang dari mereka dan berkata: ‘Tidaklah aku meninggalkannya sehingga aku
berhasil memisahkan ia (suami) dan istrinya.’” Beliau melanjutkan: “Lalu iblis
mendekatkan kedudukannya. Iblis berkata: ‘Sebaik-baik pekerjaan adalah yang
telah engkau lakukan.’” ( HR. Muslim [no.2813 (67) )
Ini menunjukkan bahwa perceraian adalah perbuatan yang
dicintai syaitan.
Apabila dikhawatirkan terjadinya perpecahan antara suami istri,
hendaklah hakim atau pemimpin mengirim dua orang juru damai. Satu dari pihak
suami dan satu lagi dari pihak isteri untuk mengadakan perdamaian antara
keduanya. Apabila keduanya damai, maka Alhamdulillah. Namun apabila
permasalahan terus berlanjut antara keduanya kepada jalan yang telah digariskan
dan keduanya tidak mampu menegakkan batasan-batasan Allah (syari’at dan
hukum-hukum-Nya) di antara keduanya. Yaitu isteri tidak lagi mampu menunaikan
hak suami yang disyari’atkan dan suami tidak mampu menunaikan hak isterinya,
serta batas-batas Alloh menjadi terabaikan di antara keduanya dan keduanya
tidak mampu menegakkan ketaatan kepada Allah, maka ketika itu urusannya seperti
yang Allah firmankan:
Dan jika keduanya bercerai, maka Allah akan memberi kecukupan
kepada masing-masing dari karunia-Nya. Dan Allah Mahaluas (karunia-Nya) lagi
Mahabijaksana. (QS. an-Nisa’ [4]: 130) .
Allah Ta’ala berfirman:
Laki-laki (suami) itu pelindung bagi perempuan (istri), karena Allah
telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain
(perempuan), dan karena mereka telah memberikan nafkah dan hartanya. Maka
perempuan-perempuan yang sholih adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan
menjaga diri ketika (suaminya)tidak ada, karena Alloh telah menjaga (mereka).
Perempuan-perempuan yang kamu khawatirkan akan nusyuz (3) ,
hendaklah kamu beri nasihat kepada mereka, tinggalkanlah mereka di tempat tidur
(pisah ranjang), dan (kalau perlu) pukullah mereka. Tetapi jika mereka
menaatimu maka janganlah kamu mencari-cari alasan untuk menyusahkannya.
Sungguh, Allah Mahatinggi lagi Mahabesar. Dan jika kamu khawatir terjadi
persengketaan antara keduanya maka kirimlah seorang juru damai dari keluarga
laki-laki dan seorang juru damai dari keluarga perempuan. Jika keduanya (juru
damai itu) bermaksud mengadakan perbaikan, niscaya Allah memberi taufiq kepada
suami isteri itu. Sungguh, Allah Maha Mengetahui lagi Mahateliti. (QS. an-Nisa’
[4]: 34–35)
Pada hakikatnya, perceraian dibolehkan menurut syari’at Islam,
dan ini merupakan hak suami. Hukum talak (cerai) dalam syari’at Islam adalah
dibolehkan.
Adapun hadis yang mengatakan bahwa “perkara halal yang dibenci
oleh Allah adalah talak (cerai)” yaitu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud
(no. 2178), Ibnu Majah (no. 2018), dan al-Hakim (2/196) adalah hadis lemah.
Hadis ini dilemahkan oleh Ibnu Abi Hatim dalam al-‘Ilal, dilemahkan pula oleh
Syaikh al-Albani dalam Irwa ul Gholil (no. 2040).
Meskipun talak (cerai) dibolehkan dalam ajaran Islam, tetapi
seorang suami tidak boleh terlalu memudahkan masalah ini. Ketika seorang suami
akan menjatuhkan talak, ia harus berpikir tentang maslahat (kebaikan) dan
mafsadat (kerusakan) yang mungkin timbul akibat perceraian agar jangan sampai
membawa kepada penyesalan yang panjang. Ia harus berpikir tentang dirinya, isterinya,
dan anak-anaknya, serta tanggung jawabnya di hadapan Allah pada hari kiamat.
Kemudian bagi isteri, bagaimanapun kemarahannya kepada suami,
hendaklah ia tetap sabar dan janganlah sekali-kali ia menuntut cerai kepada
suaminya. Terkadang ada isteri meminta cerai disebabkan masalah kecil atau kerana
suaminya menikah lagi (berpoligami) atau menyuruh suaminya menceraikan madunya.
Hal ini tidak dibenarkan dalam agama Islam. Jika si isteri masih
terus menuntut cerai, maka haram atasnya bau surga, berdasarkan sabda Nabi :
أَيُّمَا امْرَأَةٍ سَأَلَتْ زَوْجَهَا الطَّلَاقَ مِنْ غَيْرِ مَا بَأْسٍ فَحَرَامٌ عَلَيْهَا رَائِحَةُ الْجَنَّةِ.
أَيُّمَا امْرَأَةٍ سَأَلَتْ زَوْجَهَا الطَّلَاقَ مِنْ غَيْرِ مَا بَأْسٍ فَحَرَامٌ عَلَيْهَا رَائِحَةُ الْجَنَّةِ.
“Siapa saja wanita yang menuntut cerai kepada suaminya tanpa ada
alasan yang benar, maka haram atasnya bau surga.”
Abu Huroiroh berkata:
نَهَى رَسُوْلِ اللهِ n: … وَلَا تَسْأَلُ الْمَرْأَةُ طَلَاقَ أُخْتِهَا لِتَكْفَأَ مَا فِيْ إِنَائِهَا ….
نَهَى رَسُوْلِ اللهِ n: … وَلَا تَسْأَلُ الْمَرْأَةُ طَلَاقَ أُخْتِهَا لِتَكْفَأَ مَا فِيْ إِنَائِهَا ….
“Rosulullah melarang: ‘… dan janganlah seorang isetri meminta
(suaminya) untuk menceraikan saudari (madu)nya agar memperoleh nafkahnya.’” .
Dalam agama Islam dibolehkan poligami (menikahi lebih dari satu
isteri) dan ini sama sekali bukan untuk menyakiti wanita atau berbuat zalim
kepada wanita, melainkan disyari’atkan untuk mengangkat derajat wanita dan
menghormati mereka. Sebab poligami telah disyari’atkan oleh Alloh Yang
Mahaadil, Mahabijaksana, Maha Pengasih, dan Maha Penyayang kepada
hamba-hamba-Nya.
Setiap keluarga selalu mengharapkan lahirnya rumah tangga yang
bahagia, diliputi sakinah, mawaddah, dan rohmah. Oleh karena itu, setiap suami
dan isteri wajib menunaikan hak dan kewajibannya sesuai dengan syari’at Islam
dan bergaul dengan cara yang baik.
Kesimpulannya, wanita tidak boleh meminta cerai dari suaminya
tanpa alasan syar’i. Kepada suami isteri, hendaklah selalu melaksanakan
kewajiban yang Allah amanahkan kepadanya, menjauhi apa-apa yang dilarang, dan
selalu berdo’a kepada Allah agar dikaruniai pasangan dan keturunan yang sholih
dan sholihah.
Wallhu’alam.
Sumber : Ustaz Abdul Ahmar
Wednesday, 6 May 2015
SERONOKNYA BERUMUAHTANGGA
KEMANISAN BERUMAHTANGGA
Setiap pasangan yang
berkahwin, pasti inginkan kemanisan yang berpanjangan dalam rumahtangga yang
dibinanya. Persefahaman dan sikap toleransi antara suami isteri amat penting
dalam memastikan kerukunan di dalam sesebuah rumahtangga.
Pelbagai masalah akan timbul baik dari segi kewangan, cara kehidupan, dan sebagainya.
Tetapi setiap pasangan haruslah bersikap terbuka dan menerima segala perubahan dengan positif.
Bagi mengekalkan kemanisan tersebut, anda boleh cuba mengamalkan sepuluh tips berikut:
1. Ciuman - Mulakan setiap hari baru anda dengan ciuman. Ciuman merupakan hadiah yang paling berharga untuk dihadiahkan kepada pasangan anda. Dengan ciuman anda akan rasa dihargai oleh pasangan anda.Cuiman juga akan mengeratkan hubungan suami isteri dan mereka akan menikmati keitiman saban masa.
2. Cincin perkahwinan - Pakailah cincin perkahwinan anda setiap masa. Anda akan berasa dekat dengan pasangan anda setiap kali melihat cincin tersebut. Cincin perkahwinan merupakan tanda yang andan telah berkahwin dan mempunyai suami, ia akan mengurangkan minat lelaki untuk menganggu anda kerena telah bersuami.
3. Makan malam atau bercuti- Rancangkan makan malam atau bercuti ke tempat-tempat menarik bersama pasangan anda, sekurang-kurangnya sebulan sekali, bagi merapatkan lagi hubungan anda suami isteri.
4. Perubahan - Setiap mereka yang mendirikan rumahtangga pasti akan mengalami perubahan dari segi fizikal dan mental. Ini kerana mereka akan terikat dengan ibubapa, isteri, anak-anak, masalah kewangan, kerja dan sebagainya. Oleh itu anda perlu menerima dengan positif perubahan tersebut.
5. Adab - Dalam menjaga keharmonian berumahtangga, anda harus beradab (menghormati) pasangan anda. Adab itu perlulah dijaga, supaya tidak menyakiti hati pasangan anda.
6. Lemah-lembut dan berbudi bahasa - Bagi kaum isteri, berlemah-lembutlah dalam perbuatan dan berbudi bahasalah dalam percakapan. Suara dan kata-kata yang lembut akan membuatkan suami anda rasa disayangi.
7. Hadiah - Berikan hadiah kepada pasangan anda sewaktu hari-hari pentingnya, seperti hari lahirnya, valentine, hari ulangtahun perkahwinan dan sebagainya. Apabila anda menghadiahkan sesuatu pada hari bermakna pasangan anda, mereka akan merasakan anda sentiasa mengingati hari tersebut.
8. Senyum - Kata orang senyum itu sedekah, jadi tidak ada salahnya jika anda tersenyum pada pasangan anda setiap hari, bagi menyatakan rasa kasih dan sayang anda kepadanya.
9. Sentuhan - Sentuhan boleh menyatakan perasaan anda kepada pasangan anda. Jika anda tidak dapat meluahkan perasaan sayang anda dengan perkataan, luahkan dengan sentuhan. Pasti pasangan anda akan memahaminya.
10. Impian - Setiap orang ada impiannya, begitu juga bagi mereka yang telah berumahtangga, pasti ada impian yang masih belum tertunai. Ceritakan impian anda kepada pasangan anda, supaya dia dapat membantu anda dalam mencapai impian tersebut.Anda pasti ingin dihargai dan menghargai. Selamat mencuba tips-tips ini, semoga anda akan beroleh kemanisan yang berpanjangan dalam rumahtangga anda. Selamat mencuba!!
Wallahu’alam.
Sumber: Rahsiakeluargabahagia
Friday, 1 May 2015
AMALAN YANG BOLEH MENGUNDANG REZEKI ?
Mengundang Rezeki Tak Terduga
Dalam menerokai kehidupan dunia, semua orang mempunyai idaman untuk jadi kara raya atau lebih tinggi lagi idamannya untuk jadi jutawan. Sejauh manakah cita-cita ini akan tercapai.
Hisbahlah diri kita berapa ribukan pendapatan bulanan yang kita perolehi, dan berapa banyak pula wang yang digunakan untuk memenuhi segala keperluan diri sendiri, keluarga tanggungan kita. Adalah ia mencukupi, dan kita masih mempunyai wang lebih untuk simpanan dan bersedekah?
Apakah Anda juga termasuk orang yang sudah boleh mentukan dengan tepat berapa pendapatan yang akan di perolehi setiap bulan. Jika jawabannya ya, bersykukarlah keranan anda telah berjaya berusahan untuk menstabilkan rezeki bulanan andan, tapi jaganlah terlampau yakin kerana jumlah pendapatan anda setiap bulan yang tetap itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa. Kadangkala tidak diduga pendapat kita di ambil oleh orang lain lebih banyak daripada apa yang boleh kita gunakan, contohnya, dengan tidak semena-semena pada hari anda pergi ke ATM untuk mengeluarkan wang dari akaun bank, anda telah di ragut oleh peragut menybabkan wang dalam dompet anda habil hilang. Nah itulah di katakan tidak rezeki kita, tetapi rezeki orang lain walaupun ianya datang melalui kita.
Oleh itu dalam kehidupan realiti di dunia ini, rezeki itu telah ditetapkan oleh Allah mengikut ketentuan-Nya. Dan kita hanya berusaha dan yang memberikan berapa jumalahnya setiap bulan adalah Allah.
Selain rezeki yang sudah kita pastikan setiap bulan, , saya yakin Anda pun berharap ada rezeki yang datang dari arah yang tidak diduga-duga. Apakah itu boleh terjadi? Jawabnya, boleh, IsnyaAllah.
Bagaimana caranya? Sebelum saya memberitahu bagaimana caranya, Anda harus yakin dulu bahwa janji Allah itu pasti. Dia tak pernah ingkar janji. Apa-apa yang sudah dijanjikan oleh-Nya melalui Kitab Suci Al-Quran dan rasul-Nya Nabi Muhammad SAW itu benar.. Termasuk juga janji Allah dalam urusan rezeki, juga benar.
Bagaimana untuk menjadikan kenyataan terhadap janji Allah berhubung pemberian rezeki kepada hambanya tanpa di duga-duga dari arah yang tidak di sangka-sangka ?
Pertama:
Anda hendaklah sentiasa BERTAQWA. Anda harus bertakwa kepada Allah. Janji-Nya di dalam Al Qur’an surat At-Thalaaq: 2-3: “…Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada diduga-duga…”
Hendaklah anda sentiasa tunduk kepada-Nya, iaitu sentiasa mematuhi segala suruhan-Nya. Bukan hanya mematuhi suruhanya semasa mengadakan ibadat solat, tetapi hendakalah sentiasa mematuhinya di mana sahaja kita berada. Kerana Allah itu sentiasa mengawasi perbuat kita.
Bahawa Dia ada bukan hanya di tempat ibadah. Dia ada bukan hanya saat pernikahan dan kematian. Dia ada bukan hanya saat kita berdoa. Dia ada di setiap waktu, tempat dan keadaan. Dia juga melihat, mendengar dan mengetahui apapun yang kita lakukan, sama ada secara tersembunyai atau terang. Dia selalu bersama kita, itulah inti taqwa.
Kedua:
Bertaubatlah. Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, Rasulullah bersabda,
“…Barangsiapa memperbanyak mohon keampunan (bertaubat) maka Allah akan membebaskannya dari kedukaan, memberinya jalan keluar bagi kesempitannya, dan memberinya rezeki dari arah yang tidak diduga-duganya.”
Berapa kali Anda mohon keampunan dari Allah dalam satu hari? Nabi Muhammad SAW, orang yang paling dicintai-Nya dan yang telah di jamin syurga, paling sedikit 70 kali mohon keampunan dalam satu hari. Apakah kita lebih baik atau lebih suci dibandingkan dengan Nabi? Tentu tidak, maka sungguh sangat wajar bila kita mohon keampunan jauh lebih banyak dibandingkan Nabi.
Tingkatkanlah takwa Anda, bersegera dan sering-seringlah memohon ampun kepada Allah SWT, maka rezeki tak terduga akan segera menghampiri Anda. Janji-Nya tak pernah meleset. Janji-Nya 100 peratus pasti. Anda tidak percaya? Kalau Anda tidak percaya, maka wajar hidup Anda masih sentiasa susah dan sangat jarang mendapat rezeki halal dari arah yang tak terduga.
Seamat mencuba dan semoga berjaya:
Wallahu'alam.
Tuesday, 28 April 2015
Hadis dan ayat Al Quran tentang Perkahwinan
01. Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan
tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu,
ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada
Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala
tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan.
Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".
02. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".
03. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."
04. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, Sejahat-jahat jamuan ialah jamuan walimah (perkahwinan) yang mengundang orang-orang kaya dan meninggalkan orang-orang yang fakir. (riwayat Bukhari & Muslim)
05. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya.
06. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Beritahulah kepada orang ramai akan nikah ini dengan pukulan gendang dan rebana". (riwayat Ibnu Majjah)
07. Diharamkan atas kamu mengahwini ibu-ibu kamu, anak-anak perempuan kamu, saudara-saudara perempuan kamu, saudara-saudara perempuan bapa kamu, saudara-saudara perempuan ibu kamu, anak-anak perempuan dari saudara-saudara lelaki kamu, anak-anak perempuan dari saudara-saudara perempuan kamu. (An-Nissa: 23)
08. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Hak suami atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap suaminya), bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya, hendaklah taat pada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya." (riwayat Al-Tabrani)
09. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga." (riwayat Abu Hurairah)
10. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh, dan yang dilakukan dengan gurauan (main-main) akan menjadi sungguh-sungguh iaitu nikah, talak dan rujuk.
11. "Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja." (An-Nisa: 3)
12. "Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)
13. "Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula." (An Nur: 26)
14. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, " Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti." (riwayat Abu Asakir).
15. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada disampingmu, barangsiapa tidak memerintahkan agar isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka ia telah berkianat kepada Allah dan Rasul-Nya.
16. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya apa yang dilakukan oleh Rasullulah SAW dalam rumahtangganya? Jawab Aisyah: Nabi SAW biasa membantu kepentingan keluarganya. Menyapu rumah, menjahit baju yang koyak, memperbaiki sepatu dan memerah susu kambing. Bila tiba waktu solat tiba baru baginda berhenti, kemudian menunaikan solat."
17. Terdapat beberapa cara untuk menggauli isteri secara baik antaranya tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya di hadapan masyarakat umum. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda, "Seburuk-buruk manusia disisi Allah pada hari Kiamat adalah seorang lelaki yang menceritakan hubungan dengan isterinya dan isteri yang berhubungan dengan suaminya lalu menyebarluaskan rahsia mereka."
18. "Isteri-istei kamu adalah seperi kebun tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah kebun tempat kamu bercucuk tanam itu bagaimana sahaja yang kamu kehendaki." (Al Baqarah: 223)
19. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.
20. "Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu, hanya kepada -Ku-lah tempat kembalimu (Luqman:14)
21. "Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)

Sumber : Perkahwinan Anda
Monday, 27 April 2015
BAGAIMANA MENGUBAH SIKAP ANDA
Bagaimana Memperbaiki Sikap anda ?
Sikap anda melambangkan segala-galanya. Ia menunjukkan bagaimana anda melihat perkara-perkara di sekeliling anda, bagaimana anda menghadapi sesuatu situasi, dan bagaimana anda berfikir mengenai hidup ini. Perbezaan antara sikap yang positif dan negatif boleh dianggapkan sebagai perbezaan antara kehidupan yang positif dan yang negatif.
Panduan berikut adalah ringkas dan sangat efektif. Amalkannya hari ini dan lihatlah perbezaannya serta merta.
1. Bangun Awal!
Bangun awal sebelum waktu solat subuh, bersegera ke masjid untuk solat subuh brjemaah. Selepas selesai solat subuh berjalan-jalan pada waktu pagi adalah cara yang sangat baik untuk memulakan hari anda. Lima belas atau dua puluh minit sudah cukup untuk menikmati udara pagi yang segar.Ini akan memberi aura yang positif dan besemangat untuk mulakan aktiviti harian anda.

2. Esok Adalah Hari Baru
Apabila perjalanan hidup anda menjadi sukar, ingatlah bahawa masa yang berlalu membawa bersama kesedihan anda. Mungkin agak sukar untuk anda bayangkan bahawa keadaan akan menjadi lebih baik, tetapi yakinlah. Letakkan niat untuk menjadi lebih baik esok hari berbanding hari ini. Inilah sikap yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Sentiasa memburu kejayaan untuk mendapat yang terbaik dan keredaan-Nya.

3. Kawal
Satu-satunya orang yang boleh memberi anda sikap yang baik ialah anda sendiri. Apa yang lebih menarik lagi ialah, ia boleh berlaku bila-bila sahaja yang anda mahu. Anda boleh bangun esok hari dengan azam dan semangat yang baru. Mengapa? Ini kerana sikap anda adalah di bawah kawalan anda sendiri. Anda tidak perlu minta izin dari sesiapa untuk mengubahnya.

4. Rakan-rakan
Anda mungkin cuba untuk bersikap positif, tetapi rakan-rakan dan teman sekerja anda pula mempunyai sikap negatif, lantas menyebabkan anda mula hilang keyakinan. Orang di sekeliling anda boleh mempengaruhi sikap anda. Jarang kita lihat seorang yang berfikiran positif berada di dalam kumpulan orang yang bersikap negatif. Sikap negatif boleh berjangkit, oleh itu pastikan anda jauhi situasi yang negatif. Pilihlah rakan yang bersikap positif dan mempunyai keimanan dan ketaqwaan yang tinggi.

5. Pemakanan yang sihat
Anda mungkin telah mendengar perkara ini beribu-ribu kali, tetapi dengarlah sekali lagi. Pemakanan yang betul adalah penting untuk mengekalkan tenaga, kepekaan dan sikap yang positif. Tanpa sumber tenaga yang mencukupi, badan anda tidak boleh berfungsi dengan sempurna. Jika anda berasa letih atau bersikap negatif, tanya diri anda, “Sudahkah saya makan hari ini?”

6. Tidur
Tidur yang cukup sama penting dengan pemakanan yang sihat. Ianya sangat jelas, tetapi masih ramai orang yang tidak cukup tidur pada waktu malam. Tanpa rehat yang cukup, badan dan minda menjadi letih, gusar dan tidak bermaya sepanjang hari. Kesan yang sama juga boleh berlaku jika anda terlebih tidur. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup setiap malam.

7. Hobi Sebagai Penyelamat
Adalah penting bagi anda mempunyai hobi atau aktiviti yang boleh anda lakukan apabila berhadapan dengan masalah atau hari yang panjang dan meletihkan. Bersukan, membaca, mengumpul barang-barang antik dan sebagainya adalah cara yang baik untuk lari daripada kesibukan dan untuk berseronok.

8. Layan Orang Lain Dengan Baik
Memang benar, anda dapat apa yang anda berikan. Apabila anda melayan orang lain dengan positif dan hormat, anda juga akan menerima layanan yang sama. Alihkan tumpuan dari diri sendiri kepada orang lain dan jadikan semangat memberi sebagai alasan anda memperbaiki pandangan anda terhadap dunia ini.

9. Gambaran Yang Lebih Besar
Apabila anda melihat dunia ini secara keseluruhannya, kesukaran dan halangan yang berlaku dalam hidup anda kelihatan tidak seburuk yang anda fikirkan. Anda mungkin merasakan hidup anda sukar, tetapi ada lagi orang lain yang mempunyai nasib lebih teruk dari anda. Anda harus bersyukur dengan apa yang ada.Ingatlah segala yang berlaku keada diri anda adalah ketentuan Allah yang Maha Mengetahu apa yang terbaik untuk anda. Reda dengan ketentuaNya dan berdoalah kepadaNya setiap masa.

10. Cuba Sesuatu Yang Baru
Jika anda merasa tertekan dan memerlukan jalan keluar, cubalah sesuatu yang baru. Cuba sukan yang baru, atau kenalpasti bakat yang terpendam dalam diri anda atau cuba hobi yang baru. Ini dapat menambah keseronokan dan keceriaan dalam hidup anda.

11. Bukti
Ada orang yang telah berjaya melakukan apa yang anda sedang cuba lakukan, dan kerana itulah anda harus bersikap positif terhadap masa depan anda. Tidak kira apa yang ingin anda capai, ada orang yang telah berjaya melakukannya. Ini bermakna anda juga boleh melakukannya. Kita semua manusia, dan kita semua mempunyai 24 jam sehari. Jika mereka boleh melakukannya, anda juga boleh.

12. Berhenti
Jika hari anda bermula dengan teruk, carilah jalan untuk mengubahnya. Akui bahawa anda tidak gembira dan atasilah masalah yang dihadapi. Permulaan yang buruk boleh bertukar menjadi penghujung yang menggembirakan.

13. Anda Memerlukan Hari Yang Buruk
Tidak mengapa jika anda mempunyai hari yang buruk. Ada orang yang tidak boleh menerima kenyataan ini. Mereka fikir satu hari yang buruk tidak boleh diterima, dan membuatkan situasi bertambah buruk. Setiap orang pasti akan menghadapi hari yang buruk. Apa yang penting ialah pastikan kita memperbaiki hari esok.

14. Tuliskan
Inginkan sikap positif? Terangkan sikap anda dalam bentuk tulisan. Rancangan anda akan menjadi lebih mudah untuk dicapai jika anda tahu apa yang anda mahu. Walau bagaimanapun, tidak cukup dengan hanya mengetahui bahawa anda mahukan sikap yang lebih baik. Tulis dengan terperinci, rancangkan kerja anda, dan jalankan rancangan anda.

15. Bantuan
Sokongan rakan-rakan dan keluarga adalah penting untuk anda terus berada di jalan yang betul. Beritahu rakan-rakan anda mengenai keinginan anda mempunyai sikap yang lebih baik dan minta mereka beritahu anda apabila anda mula bersikap negatif. Anda mungkin tidak mahu mengaku bahawa anda mempunyai sikap negatif, tetapi rakan-rakan anda pasti akan memberitahu anda.

16. Jadi Si Optimis
Menjadi seorang yang optimis dapat membantu anda melihat hidup anda dari sudut yang positif. Apabila seorang rakan datang mengadu tentang masalahnya, ingatkan diri anda bahawa anda sedang cuba memperbaiki sikap anda dan cubalah sedaya upaya untuk memberikan nasihat yang positif. Tidak perlu banyak, tetapi ia hendaklah mempunyai unsur-unsur positif.

Panduan di atas adalah keadah yang terbaik untuk mengubah sikap, sungguhpun begitu perlu di ingat jika tiada hidayah Allah seseorang itu tidak akan berubah, oleh itu mendekati diri kita kepada-Nya juga adalah penting dalam apa jua tindakan kita untuk berubah dalam semu hal.
Gunakan panduan di atas, dan anda akan dapati diri anda berubah menjadi seorang optimis sebenar. In sya Allah.
Wallahu'alam
Sumber : Jason Gracia
Subscribe to:
Posts (Atom)