RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Saturday, 28 March 2015

BUKU : BERCINTA SAMPAI SYURGA-Kini di pasaran (edisi pertama sold out)

#Buku dan Penulisan : "BERCINTA SAMPAI SYURGA":

 

Assalamualaikum..dan Salam Sejahtera.................
Sekarang buku tentang kisah benar kehidupan penulis. Kisah berkisar tentang dugaan Allah semasa remaja, gigih berusaha untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke Menara Gading, Setelah berkerjaya dan berkahwin diduga pula dengan sakit lutut kanan, Selepas 20 tahun kemudian isteri pula lumpuh sebelah tubuh dan beliau menjaga isterinya sehingga ke hari ini hampir 15 tahun. Di samping itu juga beliau menjaga keuda-dua ibu dan ibu mertua yang telah berumur lebih 80 dan 90 tahun. Buku telah diterbitkan oleh PTS Publishing House SB. Mula berada di pasaran mulai 16 Jan 2015. Cetakan pertama telah habis terjual dalam tempuh 2 bulan dan pada masa ini sedang dalam proses untuk cetakan kedua yang dijangkakan  dapat berada di pasaran pada; bulan April ini.
Maklum balas dari para pembaca setakat ini amat membangakan diantaranya ialah:
1. Buku ini banyak memberi kefahaman dan pendedahan tentang kehidupan,Memberi kefahaman tentang agaman dan penghayatan dalam kehidupan.
2. Buku ini mempunyai gaya bahasa yang santai dan tulisan yang menarik memberi minat untuk membaca bab seterusnya sesudah selesai baca bab pertama. Syabas.
3. Buku ini patut di baca oleh remaja yang belum kahwin , pasangan yang baru kahwin juga bagi pasangan yang ingin memupuk kembali cinta mereka yang muali pudar dan hambar.
4. Buku disarankan untuk dibeli dan di baca oleh setiap keluarga. sebuah bagi setiap rumah.

SINOPSIS

"Tuhan menurunkan ujian bagi menjadikan cinta saya kepada isteri mendekati sempurna."
Pengarang menulis sendiri pengalaman beliau menjaga isteri yang lumpuh selama 15 tahun, di samping menjaga ibu dan ibu mertua yang berumur lebih 80 tahun. Pada masa yang sama, pengarang bekerja dan menjaga keperluan harian anak-anak seramai tujuh orang. 
Beliau juga berkongsi tip-tip menjaga pesakit lumpuh.


Sebarang hebahan berkaitan buku akan dikemaskini melalui blog ini. Sinopsis buku pertama penulis.



" CINTA SAMPAI SYURGA............" InsyaAllah.


Pada tarikh 21 ogos 1980, merupakan tarikh keramat bagi kami yang dalam alam percintaan. Kerana pada tarikh inilah kami telah diijabkabulkan secara sah. Maka berakhirlah alam pertungan kami yang menjangkau satu tahun lamanya. Selepas majlis akad nikah yang dilansungkan secara sederhana  sahaja. Disusuli pula dengan Majlis  Perkahwinan di rumah pengantin perempuan pada 26 Ogos 1980. Di hari inilah kami telah diletakkan atas pelamin sebagai Raja Sehari untuk diumumkan kepada sanak saudara dan juga para dif-dif jemputan di sebelah keluarga perempuan dan lelaki'

Diikuti pada tarikh 1 September 1980, saya telah melapur diri sebagai Pegawai Tadbir Negeri. Saya telah di ‘ posting’ ke Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan, menyandang jawatan Penolong Setiausaha Kerajaan (Perumahan). Bermula pada tarikh tersebut hidup kami berdua  penuh dengan cinta dan kasih sayang yang amat membahagiakan. Setelah hampir setahun perkahwinan kami, Allah telah kurniakan seorang bayi puteri sebagai penyeri dan pengikat tali kasih sayang kami. Tarikh yang bertuah itu jatuh pada 9 June 1981. Diringkaskan cerita, pada tahun berikutnya di kurniakan seorang bayi  putera pada 13 Oktober 1982. Setelah dikurniakan dua orang cahaya mata  puteri dan putera dalam tempoh dua tahun lebih, kebahagiaan rumah tangga kami begitu terselah sekali. Saya sebagai ketua keluarga, Alhamdulillah dapat mengendalikan rumah tangga kami dengan sebaiknya.

Sungguhpun begitu, “Ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujang di tengah hari”. Ini semua telah ditakdirkan Allah untuk  kami, pada tahun 1984 saya telah mengalami sakit lutut kanan yang serius, ianya merupakan sakit lama yang pernah menimpa saya pada tahun 1960an dahulu,  menyerang kembali. Menyebabkan saya dimasukkan ke wad hospital untuk rawatan lebih 1 bulan, Bermula tarikh inilah rumah tangga kami mengalami saat getir di mana isteri terpaksa menjaga saya yang sakit dan tidak dapat berjalan. Kaki disimen dengan Plaster of Paris (POP). Isteri terpaksa berkerja keras menjaga saya seperti membersih air kecil dan air besar, memandikan  dan juga menyediakan makanan dan ubat untuk saya. Setelah satu bulan lebih di hospital, saya telah dibenarkan pulang dan di beri cuti rehat selama satu bulan. Namun kaki saya masih di simen ‘POP’ secara berterusan selama setahun, bagi membolehkan sendi lutut yang rosak dapat disembuhkan dan saya boleh berjalan kembali. Dalam tempoh enam bulan saya diberi cuti sakit oleh doktor dan berehat. di rumah isteri saya yang melakukan semua kerja rumah untuk kami sekeluarga. 

Semasa saya ditimpa musibah kesakitan ini, saya dapati isteri  memang seorang yang baik dan jujur kepada suami. Dia  menjaga saya dengan sepenuh hati tampa sebarang rungutan dan keluh kesah. Bersyukur kepada Allah yang memberikan saya jodoh dengan seorang wanita yang jujur dan baik hati. Setelah melewati masa lapan bulan, balutan simen lutut saya dibuka dan saya dah mula boleh berjalan tetapi perlu di bantu dengan tongkat. Kesan daripada prsidur rawatan lutut saya itu, kaki kanan saya tidak dapat dibengkok sepenuhnya, ia  hanya  boleh digerakkan lebih kurang 25% sahaja, menyebabkan saya terpaksa berjalan seperti orang memakai kaki palsu. 

Semenjak saat ini, saya mula dilihat sebgai seorang yang cacat anggota, apabila solat, semasa duduk antara dua sujud dan tashud awal dan akhir kaki kanan terpaksa di bawa ke hadapan secar belunjur. Ini semua saya terpaksa menerimanya sebagai satu takdir Allah, mungkin untuk menguji keimanan dan ketaqwaan saya kepadaNYA. Walaupun kaki kanan saya mengalami kecacatan kesan daripada rawatan sakit lutut, Namun saya dapat meneruskan kehidupan kami sekeluarga seperit juga orang lain, kami dapat menikamati kebahagian suami isteri  dan saya dapat terus berbakti kepada negera melalui kerjaya saya sebgai Pegawai Tadbir Negeri. Alhamdulillah beberapa peracngan projeka pembangunan yang saya kemukakan telah dilaksanakan oleh Pihak Kerajaan Negeri.

Sehinggalah pada tahun 2001, keluarg akami sekali lagi diuji olehNya. Bermula dengan deik-detik cemas yang menimpa isteri pada 2 Mac 2001. Apabila selesai solat maghrib isteri memberitahu ianya mengalami sekit kepala yang amat sangat. Saya terus membawa isteri ke klinik untuk berjumpa doktor. Mengikut ujian doktor keadaan tekanan darah isteri adalah normal. Doktor memberi ubat suntikan  dan juga ubat untuk dimakan bagi meredakan kesakitan. Malam itu kesakitan isteri terkawal. Pada tengahari keesokanya, isteri memaklumkan kaki dan tangan disebelah kanan terasa macam kebas dan agak lemah untuk berjalan. Setelah hampir magrib isteri saya muntah-muntah dan sekali lagi saya membawa isteri berjumpa doktor di klinik yang sama. Doktor memeriksa tekanan darah dan didapati keadaan masih normal, tetapi oleh kerana isteri saya mengalami muntah-muntah doktor memberi surat untuk mendapat rawatan lanjut di hospital yang jaraknya lebih kurang 4 km dengan rumah kami.

Setelah selesai solat isyak, saya detemani oleh anak lelaki kedua  menghantar isteri ke hospital . Kami sampai di Jabatan Kecemasan lebih kurang jam 9.45 malam. Setelah membuat pendaftaran dan menunggu lebih kurang hampir 2 jam lebih, barulah doktor memanggil isteri saya masuk ke bilik  pemeriksaan. Saya mengiringi isteri ke bilik pemeriksaan, doktor telah menjalani pemeriksaan rapi dan menasihatkan supaya isteri di masukkan ke wad untuk menjalani pemeriksaan lanjut oleh doktor pakar bagi menentukan apakah punca penyakit. Isteri dimasukkan ke wad lebih kurang jam 1 pagi. Setelah dimasukan ke wad, saya memaklumkan kepada isteri kerana terpaksa balik ke rumah untuk berehat dan anak lelaki kedua kami yang akan menjaga mamanya di hospital.

Keesokan harinya saya seperti biasa bangun awal sebelum waktu subuh, untuk membuat persiapan bagi menggerjakan solat subuh. Tiba-tiba deringan telefon berbunyi dan saya terus mengangkat gangang telefon dan kedengaran suara anak lelaki dalam keadaan cemas “ Dady kena datang segera ke hospital , mama tak sedar diri dekat subuh tadi” saya menjawab sepontan “ ok abang, tunggu mama dulu, dady nak solat subuh dahulu, dady akan ke sana selepas solat subuh”. Berkebetulan azan subuh mula bergumandang, setelah selesai bercakap dengan anak lelaki, saya terus menunaikan solat subuh, dan setelah selesai  bergegas ke hospital.

Sesampai di hospital saya dapati anak lelaki keseoranggan di wad,  menunggu disisi katil mamanya. Saya dimaklum oleh anak bahawa isteri di bawa ke bahagian X ray untuk menjalani X ray di kepala dan juga menjalankan angiogram. Lebih kurang pukul 7 pagi isteri telah selesai menjalani prosidur pemeriksaan dan dia  masih dalam keadaan koma,isteri telah dipindah dari wad biasa ke wad Unit Rawatan Rapi. Setelah filem x ray  dan juga laporan anjiogram diperolehi, doktor memaklumkan kepada saya bahawa isteri saya mengalami minor stroke, dan kini terdapat darah dalam otaknya yang menyebabkan ianya koma dan perlu kepada bantuan alat pernafasan bagi oksigen disalur secukupnya. Juga dimaklumkan bahawa isteri saya memerlukan pembedahan segera sebelum darah yang berada dalam otaknya turun gengalir hingga ke bahagian telinga. Jika ini berlaku berkemungkinan isteri saya tidak dapat di selamatkan lagi. Juga dimaklumkan pembedahan tidak dapat dijalankan serta-merta kerana pakar neurosurgeon tidak ada, beliau pergi ke luar Negara untuk memgikuti seminar perubatan. Kita hanya berdoa semoga dengan rawatan yang diberi pada masa itu dapat menstabilkan keadaan. Juga diberitahu bahawa saya boleh memaklumkan kepada semua keluarga terdekat untuk datang melawat isteri di hospital kerana pada perkiraan doktor dia sudah sampai masa dan meungkin akan pergi selama-lamanya dalam masa terdekat.

Bila mendengar makluman doktor yang merawat isteri saya, keadaan saya menjadi serba salah, saya bawa berbincag dengan bapa saya tentang keadaan isteri yang kritikal. Bapa pada masa itu menasihatkan saya supaya bertenang dan banyak bersabar, serta perbanyakkan solat hajat dan berdoa minta pertolongan Allah supaya diselamatkan isteri. Selepas solat zohor  saya  lakukan solat hajat memohon kepada Allah semoga isteri dapat diselamatkan.

Semasa saya kembali ke wad, dengan tidak disangka-sangka saya dimaklumkan bahawa ada tetamu VIP akan datang melawat isteri saya, pada jam lebih kurang 2 petang, tetamu VIP datang hampir tepat pada masa ditetapkan, sesampainya di wad, dia meminta kerjasama doktor untuk memberi ratawan terbaik kepada isteri saya, seterusnya tetamu VIP berkenaan telah menelefon kakaknya seorang VVIP, dan memaklumkan kepada tentang keadaan isteri yang kritikal.  Kakanya akan melawat pada jam 3 petang. Tepat jam 3 petang VVIP diiringi oleh beberapa orang pembesar negeri telah datang melawat isteri di wad, semasa lawatan itu beliau telah mengarahkan doktor menghantar isteri saya ke Hospital Swasta di Kuala  Lumpur untuk membuat pembedahan segera. Susulan itu saya diminta oleh pihak pengurusan hospital supaya membeli  sebanyak 14 tempat duduk bagi membolehkan isteri saya di hantar ke Kuala Lumput dengan perebangan MAS pada flight malam nanti.

Saya bersama rakan sekerja (seorang mejor bersara Tentera Udara D Raja Malaysia) pergi ke Air Port Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa. Setiba di sana saya dimaklumkan bahawa tiket telah dijual sepenuhnya. Tidak ada lagi tiket yang belum dijual untuk tempuh 2 hari berikutnya. Saya terduduk dan sebak bila mendengarnya, penuh dengan perasaan kecewa dan hanya berdoa kepada Allah supaya diberi jalan untuk menyelesaikan masalah yang begitu rumit itu. Dalam masa memandu kereta bersama rakan ke hospital, rakan saya memberitahu dia akan cuba menelefon TUDM di Sugai Besi untuk mendapat Penerbangan Ehsan TUDM untuk membawa pesakit ke Kuala Lumpur. Bila kami telefon kepada TUDM kami dimaklumkan bahawa ADC kepada VVIP telah membuat permohonan supaya TUDM membuat penerebangan Ehsan untuk menghatar seorang pesakit dari  Kota Bharu ke kuala Lumpur. Bila mendengar berita yang mengembirakan itu, saya bersyukur kehadrat Allah yang telah memberi jalan bagi saya mengatasi masalah yang begitu meruncing dan buntu, serta dengan suasana kesuntukan masa yang diperlukan. Pihak TUDM meminta saya bersiap sedia pada jam 7.30 malam untuk berlepas ke KL. Untuk itu juga pihak hospital meninta supaya saya membeli tiket kapal terbang untuk pulang dari KL ke Kota Bharu kepada dua orang kakitangan hospital yang akan mengiringi isteri  ( 1 doktor dan 1 jururawat). Saya telah membeli tiket sebagaimana diperlukan. Pada jam 8.50 malam saya, isteri, doktor dan jururawat pengiring telah menaiki Ambulan untuk ke Lapangan Terbang  untuk menaiki kapal terbang tentera yang sedang menunggu di sana.

Lebih kurang jam 9.25 malam pesawat CN235  TUDM telah berlepas ke Kuala Lumpur, semasa dalam perjalan lebih kurang 30 minit di udara, doktor memeriksa keadaan isteri saya yang koma dan dibantu dengan system pernafasan secara manual yang dipam oleh Jururawat  dengan menggunakan tangan untuk menolong pernafasan isteri saya. Tiba-tiab laptop yang digunakan oleh doktor kehabisan bateri menyebabkan doktor tidak dapat mengawal tekanan darah, pernafasan dan denyutan nadi kerana paparan monitor telah padam. Doktor mula kelihatan gelabah dan cemas, saya yang duduk di sebelah  isteri tidak dapat berbuat apa-apa, hanya mulut sahaja tidak putus-putus membaca ayat-ayat suci Al Quran dan berdoa. Apabila doktor  cuba memeriksa nadi isteri di pergelangan tangan tatapi doktor tidak dapat mengesannya. Doktor mula mengeleng-geleng kepalanya di perhatikan oleh jururawat degan hampa, tampa apa–apa ucapan. Saya mula gelisah dan terfikir diminda  bahawa isteri akan meninggalakan saya dan anak-anak buat selama-lamanya. Air mata mengalir membasahi pipi tanpa di sedari. Apa yang mampu saya lakukan  ketika itu hanyalah berdoa  kepada Allah dan membaca beberapa ayat  Al Quran yang saya hafal iaitu ayat qursi dan ayat seribu dinar.

Dalam tempuh beberapa saat saya dalam keadaan cemas itu, tiba-tiba dikejutkan oleh suara doktor “ Alhamdulillah” sambil mengangkat tangannya dengan isyarat OK, dan kelihatan wajahnya mula tenang dan kembali ceria,  diikuti dengan senyuman tanda kesyukuran oleh jururawat pengiring.  Pada jam 10.40 malam kami dimaklumkan oleh Sarjan Udara TUDM  penerbangan kami telah sampai di Lapangan Terbang Subang.    

Di sana telah menanti sebuah ambulan untuk membawa kami ke Hospital Swasta di Ampang. Perjalanan dari lapangan terbang ke hospital mengambil masa hampir 1 jam. Semasa dalam perjalanan ke hospital,  kenderaan kami terpaksa berjalan perlahan akibat jalam penuh sesak dengan kenderaan. Saya hanya mampu berdoa kepada Allah semoga perjalanan kami di permudahkan dan isteri tercinta  dapat diselamatkan.

Ketika tiba di hospital, doktor pakar neuroseurgeon telah menunggu, isteri saya di masukkan ke wad, doktor terus membuat pemeriksaani. Kemudian doktor yang  dikenali sebagai Dato’ Dr Arumugam (neurosurgeon) telah memberitahu saya bahawa keadaan isteri adalah stabil. Beliu pada masa itu sedang menjalani pembedahan yang di jangka siap pada jam 2 pagi. Beliau memberi tahu jika saya bersetuju pembedahan kepala isteri saya akan di lakukan esok pagi jam 8 pagi. Saya lantas bersetuju dengan saranan doktor memandangkan isteri dalam keadaan stabil. Doktor juga memberi tahu kepada saya bahawa kesan selepas pembedahan isteri saya mungkin mengalami lupuh di sebelah kanan yang melibatkan kaki dan tangan. Dan selajutnya  doktor memberi tahu berkemungkinan juga isteri saya tidak dapat bercakap kerana lidahnya akan  menjadi pendek dan kaku’.

Semasa menyelesaikan dokumen pendaftaran kemasukan ke wad, saya diminta membayar deposit sebanyak RM5,000.00. Terperanjat juga saya dibuatnya apabila mendengar sejumlah itu perlu di bayar segera, nasib baik saya memepunyai kad kredit dapat digunakan untuk menjelaskan deposit seperti diminta, terfikir juga di hati kecil saya jika orang biasa yang tidak berkemampuan bagaimana hendak mendapat rawatan semasa kecemasan sebegitu.

Seterusnya saya mula membuat perhitungan bahawa jika isteri tidak dibedah, peluang beliau untuk hidup adalah tipis. Dia terpaksa bergantung  kepada mesin pernafasan. Jadi saya telah tekad supaya isteri di bedah untuk membuang darah di dalam otaknya. Saya menjangka jika di buat pembedahan kita ada peluang 50 % samada hidup atau mati. Jadi saya membuat kiraan akal seorangan bahawa perlu di buat pembedahan kerana 50 % peluang hidup itu jika dicampur peluang untuk terus hidup 50% selepas pembedahan, bermakna kita mempunyai peluang berikhtiar 50% + 25 – 30% peluang untuk Berjaya melalui pembedahan. Setelah mengambil perkiraan kemungkinaan risiko pembedahan dan peluang untuk sembuh selepas pembedahan adalah lebih baik, jika kita mengambil kuputusan tanpa apa-apa tindakan hanya berserah kepada takdir Allah sahaja. 

Setelah mengambil kira beberapa kemungkinan saya berjumpa doktor dan memaklumkan bahawa saya bersetuju untuk menandatangani surat kebenaran membuat pembedahan. Semasa menyerah borang tersebut saya memberitahu kepada doktor “ I gave mandate to you to do anything just to save her life, I will pray to The God”. Selepas perbincangan dengan doktor saya terus membuat panggilan telefon kepada beberpa orang kenalan  seperti SS Dato’ Mufti, SS Dato’ Timbalan mufti, SS Dato’ Khadi Besar dan bebrapa orange ustaz lagi bagi memaklumkan situasi isteri saya yang koma dan akan di bedah keesokan harinya saya mohon mereka supaya mereka adakan solat hajat minta selamat dan di permudahkan segala urusan pembedahan.

Setelah semuanya selesai saya pulang ke rumah kakak di Semenyeh pada malam itu. Sesampai di Semenyeh, jam telah menunjukkan pukul 4 pagi. Pada malam itu saya tidak dapat tidur dengan lena, fikiran teringat akan isteri yang masih koma, dan cuba bayangkan apa akan terjadi kepada kami sekeluarga sekiranya isteri tercinta tidak dapat diselamatkan. Benak fikir cuba berkhayal apa akan jadi  kepada tujuh orang anak saya yang sedang membesar di alam persekolahan, yang amat memerlukan kepada kasih sayang seorang ibu dan juga penjagaan rapi dari ibu, lebih-lebih lagi bila dikenangkan bagaimana masa depan anak bongsu yang baru berusia empat tahun. Apakah ianya dapat membesar seperti anak-anak lain sekiranya ibunya telah pergi buat selama-lamanya, dan apa akan jadi sekiranya saya juga memerlukan tempat mencurah kasih sayang dan penjagaan keperluan kehidupan seharian, bagi menggantikan isteri yang tiada, mungkin terpaksa kawin lain, dan apa akan jadi kepada struktur keluarga kami sebelum  ini yang membahagiakan.

Bagi memenuhi masa terluang sebelum jam lapan pagi keesokannya, untuk menanti isteri di buat pembedahan, saya bersama bapa saudara dan sepupu mengerjakan solat hajat, memohon pertlongan Allah supaya segala urusan bagi menyelamat isteri tercinta dapat berjalan dengan sempurna dan selamat.

Keesokan harinya hampir jam 7.50 pagi saya dan keluarga telah berada di hospital menanti di wad pembedahan. Tepat jam 8.00 pagi jururawat dan pembantunya membawa isteri ke bilik pembedahan. Saya dengan penuh debaran menunggu di luar bilik pembedahan. Pembedahan dijangka mengambil masa diantara 3 hingga 4 jam.  Semasa menunggu selesai pembedahan, saya hanya mempu berdoa dan membaca ayat-ayat suci Al Quran, mohon kepada Allah semoga pembedahan berjaya. Pada jam 11.50 pagi  isteri dibawa keluar dari bilik pembedahan dan dibawa masuk ke wad ICU. Doktor yang bertugas memakumkan bahawa isteri saya akan sedar kembali dalam tempuh 3 hingga 4 jam lagi, saya dibenarkan berada di ruang legar bilik ICU dan hanya mampu melihat melalui tingkap cermin sahaja.  Setelah beberapa jam selepas pembedahan isteri saya belum lagi sedar tetapi semua sistem tubuhnya adalah normal dan terkawal. Pada jam 3.00 petang saya di benar masuk oleh jururawat bertugas untuk duduk di sisi katil dimana isteri di beri rawatan.

Setelah berada di sisi isteri labih kurang 30 minit saya dapati isteri mula dapat mengerak-gerakan tangannya walaupun mata masih tertutup. Pada jam 4.15 petang isteri mula dapat membuka kelopak matanya tatapi masih kelihatan lemah diantara sedar dan tidak sedar. Saya dengan tabah hati menunggu perkembangan isteri di sisi katilnya sambil membaca ayat kursi dan ayat seribu dinar. Pada jam lebih kurang 4.25 petang isteri saya membuka mata dan mengeluarkan perkataan “lapar”. Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah yang telah memberi kesembuhan kepada isteri saya, betapa tidak gembiranya seorang suami yang diberitahui oleh doktor bahawa isterinya mungkin tidak dapat bercakap selepas pembedahan. Namum kuasa Allah Maha Besar, dan dia mengatasi kuasa semua makhluk lain di dunia ini. Manusia hanya merancang dan Allah yang menentukan. Perkembangan positif ini saya maklum kepada jururawat yang ditugaskan untuk menjaga isteri saya. Jururawat memberitahu saya adakah air jampi yang ingin diberi kepada isteri saya, dia akan membantunya. Terkedu hati ini mendengarnya kerana dia seorang berbangsa India, tetapi mempunyai hati yang suci cuba membantu pesakit dan keluarganya dengan pelbagai ikhtiar selain memberi rawatan melalui remedi perubatan moden. Lantas saya memberi kepada jururawat air zam-zam yang telah dibaca surah Yasin yang saya bawa sebelum ini.

Seterusnya di hari hari berikutnya isteri telah dapat memperlihat pemulihan yang cepat dan saya tidak pernah leka menjaganya saban masa, kecuali pada satu atau dua jam sehari akan pulang ke ruamah anak saudara yang tidak jauh dari hospital untuk mandi manda dan tukar pakaian. Rutin ini berterusan sehingga ke hari 29. Isteri telah dibenarkan pulang untuk mendapat rawatan lanjut di hospital  Kota Bharu.

Semasa saya menjaga isteri di hospital saya telah didatangi oleh seorang doktor dan juga pegawai pengurusan hospital, semasa berbual-bual, doktor berkenaan berkata, sebenarnya isteri awak bernasib baik, kerana saraf otak yang di bedah untuk membuang darah yang mengalir adalah di kawasan yang bersangkutan dengan” memory” jika silap prosidur pembedahan ia akan membuatkan isteri awak hilang ingatan. Bila doktor berkata demikian saya flash back kata-kata doktor pakar bahawa berkemungkinan isteri saya tidak dapat bercakap. Betapa bersyukurnya saya kepadaNya yang telah menyelamatkan isteri saya dan masih memberi hidayah bagi membolehkan isteri berkata-kata seperti biasa. Satu perkara lagi doktor berkenaan memaklumkan bahawa cepatnya pemulihan isteri awak dari kesakitan yang di alami adalah banyak di bantu oleh sikap awak sebagai suami sentiasa berada di sampingnya dan memberi semangat kepadanya untuk cepat sembuh.  Secara berjenakan doktor mengatakan bahawa awak  adalah “suami mithali” yang begitu setia menjaga isteri sehingga isteri  cepat  sembuh. “bukan senang nak cari suami yang setia macam awak ni”.kata doktor kepada saya, saya hanya membalas seyuman sahaja terhadap pujian itu, kerana semua itu adalah anugerah Allah.Saya tidak ada apa-apa.

Semasa saya bersiap siap untuk membawa pulang isteri ke Kota Bharu. Saya diberi tahu oleh pihak pengurusan hospital bahawa jumlah kos bagi rawatan isteri saya adalah sebanyak RM25,530.00. Namun begitu pihak Majikan saya telah memberi surat jaminan untuk membayar semua kos yang terlibat melalui skim takaful Syarikat. Jika melebihi jumlah yang dibenarkan, bakinya saya terpaksa tanggung sendiri.

Pada hari ke 29 isteri telah dibenarkan keluar wad di Hospatal Swasta Ampang, dan diminta meneruskan rawatan lanjut di Hospital di Kota Bharu. Untuk membawa pulang isteri saya telah membeli tiket kapal terbang MAS dari Lapangan Terbang Subang ke Kotah Bharu. Semasa membawa naik isteri ke kapal terbang isteri perlu di gendung kerana masih tidak boleh berjalan.

Daripada detik-detik cemas yang saya lalui bersama isteri tersayang, suasana rumah tangga kami yang sebelum ini penuh dengan cinta dan kasih sayang, telah mula muram kerana isteri yang sakit perlu kepada orang lain  membantunya bagi membolehkkan ianya mendapat keperluan seharian. Bermula pada tarikh tersebut saya mula berfikir bagaimana saya hendak menjaga isteri yang sakit serta memerlukan penjagaan sepanjang masa, dan juga mengurus rumah tangga bagi membesar anak-anak yang kesemuanya masih belajar. Pelbagai fikiran bercelaru dalam minda saya ketika itu dan hanya berserah kepada Allah supaya segala urusan saya dan keluarga di permudahkan. . Amin………………..

Dengan izin Allah, saya berbekalkan sedikit kemahiran memasak yang dipelajari semasa remja dahulu di tahun 70an, saya mampun mengurus keperluan isteri yang lumpuh, menyediakan segala kerperluan asas isteri seharian, makan, minun, mandi-manda,persiapan untuk mengerjakan solat dan lain-lain keperluan peribadinya. Disamping itu saya juga menjaga ibua mertua  (90 tahun) yang tinggal bersama kami semenjak isteri jatuh sakit ( kerana ibu begitu rapat dengan isteri). Begitulah rutin seharian saya menjaga isteri yang sakit lumpuh yang kini telah melewati masa hampir 15 tahun. Perit getir yang dilalui dalam mengurus keperluan isteri seharian dan juga keperluan rumah tangga kami , telah mendewasa dan mematangkan saya tentang selok belok mengurus dan menjaga pesakit kronik. InsyAllah segala pengalaman yang diperolehi sepanjang tempuh 14 tahun lebih itu akan saya ceritakan dalam buku kecil ini untuk dibaca oleh masyarakat umum, sebagai satu rujukan atau iktibar dalam mengurus keluarga yang mengidap penyakit kronik secara berpanjangan.


"Kesimpulan dari cerita yang saya bentangkan di sini memperlihatkan Allah yang menetukan segala-galanya kepada hambaNya. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang untuk mendapat kejayaan di masa hadapan, tetapi Allah berkuasa mengubah segala perancangan kita dan mungkin hasilnya adalah jauh berbeza daripada apa yang kita harapan. Sungguhpun begitu ia ada hikmahNya, untuk menguji sejauhmana kita beriman dan bertaqwa kepada Allah. Setiap musibah yang ditimpa adakah kita mengadapNya untuk memohon restu supaya di selesaikan segala kesukaran dengan sebaik mungkin. Bagi mereka yang tinggi tingkat keimanan dan ketaqwaan akan merasa redha terhadap apa jua ketentuan Allah, kita sebagai manusia hanya berusaha dan berdoa sahaja. Allah telah janjikan bahawa setiap penyakit akan ada ubatnya dan setiap masalah akan ada jalan penyelesaiaannya".

Berdasarkan pengalaman yang telah saya lalui dalam menempuh hidup semasa remaja yang didugai dengan penyakit yang berpanjangan telah menghalang diri ini daripada menikmati kehidupan zaman remaja seperti insan lain, sungguhpun begitu dengan berbekalkan sedikit kecekalan semangat dan ketabahan hati semua dugaan zaman remaja dapat dilalui seadanya, dan terus dilalui dengan zaman berkeluarga dimulai dengan suasana kegembiraan untuk beberapa tahun  awalannya, dan diikuti dengan ujian kali kedua apabila kes akitan lama berulang dengan senrangan yang lebih serius, mengakibatkan dari seorang yang sempurna bertukar menjadi insan yang cacat anggota, dan diikuti dengan kegigihan usaha untuk memperbaiki staus kerjaya. Setelah mampu menikmati kedudukan kerjaya yang lekbih mantap di sektor swasta, dengan tidak disangka-sangka isteri tersayang pula ditimpa musibah dengan pembedahan kepala dan kesan dari prosidur pembedahan itu, kini isteri telah lumpuh sebelah tubuh (kanan - tangan dan kaki). Sekali lagi diuji dengan kesakitan isteri yang perlu kepada penjagaan dan pertolongan pada setiap masa. sungguhpun begitu diri ini amat bersyukur kerana diberi kekuatan oleh Allah swt untuk melalui semua kesusahan itu dengan seadanya dan dapat diuruskan semampu mungkin dan kini telah menjangaku hampir 15 tahun lamanya,

Bila diteliti dari pengalaman suka duka yang dilalui oleh kami suami isteri, satu pengajaran dapat di jadikan iktibar bahawa kebahagian rumah tangga dan hidup berkeluarga adalah faktor utama terletak kepada suami sebagai peneraju utama. Jika ianya mempunyai niat yang betul semasa mula mendirikan rumah tangga dan diikuti denggan tindakan yang penuh tanggung jawab untuk berperanan sebagai suami dan ketua keluarga, insayaAllah akan mendapat hidayah daripada Allah bagi membolehkanya melalui segala ujian dan rintangan dalam membina bahtera rumahtangga hingga mencapai segala cita-cita yang diidamkan untuk mencapai kebahagian cinta suami iseteri selama-lamanya hingga ke syurga.

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.