RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Saturday, 28 March 2015

ISTERI YANG TERBAIK

" BERCINTA SAMPAI SYURGA :


# Bersyukur Allah jodohkan dengan isteri yang terbaik.

SEMENJAK mula kahwin dahulu (21 Ogos 1980) saya memang amat besyukur kerana diketemukan jodoh dengan seorang wanita yang cantik ( cantik pada pandangan dan penilaian saya, kerana lain orang lain tastenya) bagi saya isteri yang dimiliki adalah seorang gadis yang menjadi idaman saya, Isteri yang saya miliki sekarang ini adalah gadis yang saya telah jatuh hati  pada tahun 1974 lagi, pada masa itu saya tinggal di rumah kakak, manakala isteri saya tinggal di kuaters tempat bapanya bekerja, jarak diantara rumah  kami berdua lebih kurang 0.5 km.

Setiap pagi semasa saya menuggu bas di perhentian bas, sering terserempak dengan isteri saya, kami cuma saling pandang memandang sahaja, dan sekali sekala senyum diantra satu sama lain, kami tidak pernah betegur sapa....situasi sebegini hampir dua tahun lamanya - saya di tingkatan 6 Rendah dan 6 Atas. (1974-1975) isteri di tingkatan 4 dan 5.

Perkenalan yang membawa sejarah kami berdua adalah pada tahun 1976 - pada suatu malam saya bersama adik ipar kakak, terserempak dengan isteri di satu Persembahan Pentas di sekolah yang berhampiran dengan tempat kami tinggal. Saya pada masa itu sedang menuntut di Universiti di tahun ketiga, manakala isteri telah bekerja (selepas tamat SPM). Pertumuan yang tak dirancang itu telah mula  memutik perasaan cinta kami berdua. Selepas peristiwa itu kami beberapa kali berjumpa (semasa waktu rehat makan tengah hari ) saya pada masa itu sedang mejalani latihan praktikum, berkebetulan temapatnya berhampiran dengan temapat kerja gadis idaman saya..

Setelah beberapa hari perkenalan, semasa kami minum di sebuah restoran, Saya telah menyatakan kepada gadis idaman saya bahawa dia akan dijadikan "Special girlfriend". Dia terkejut dan memperlihatkan tanda besetuju....dalam hati kecil saya amat bersyukur kerana gadis yang  saya minati telah dapat saya pikat hatinnya... mungkinkah ini yang dikatakan jodoh yang telah ditentukan Allah... wallahualam.

Lanjutan dari peristiwa itu, kami telah bersetuju untuk bertunang.. Semasa Majlis pertunangan saya sedang belajar di U, semuanya di atur oleh keluarga saya, setelah bertunang hampir satu tahun, dan saya pada masa itu telah pun berada pada tahun akhir pengajian Sarjana Muda di Universiti. Perkahwinan kami dilangsungkan pada 21 Ogos 1980, iaitu setelah saya tamat pengajian di U.

Setelah kami kahwin saya sememangnya melahirkan tanda kesyukuran kepada Allah kerana diketemukan jodoh dengan seorang gadis pilihan saya, dia adalah wanita yang paling cantik pada pandangan saya (selepas ibu saya yang tercantik).Manakan tidak mirip wajahnya adalah seiras dengan seorang pelakon yang agak popular pada masa itu "Rubiah Suparman". ( ini adalah pandangan saya, mungkin lain orang mempunyai taste yang berbeza).

Apabila saya meletakkan isteri adalah wanita yang paling baik telah ditentukan oleh Allah untuk saya,  Setiap kali kami bergaduh atau berselisih faham, saya akan melihat betapa banyak sifat-sifat yang baik dan terpuji yang ada pada isteri, dan sifat yang buruk atau negetif adalah sedikit. Sikap sebegini yang saya sering semat di hati membuatkan saya akan menahan sabar dan marah, untuk itu saya akan cari jalan untuk berdamai dengan isteri, (biasanya selisih faham ini mengambil masa berapa jam sahaja). kerana saya akan mengalah dan memujuk isteri untuk metenteram suasana.

Setelah isteri jatuh sakit pada 2 Mac 2001 ( slepas 20 tahun perkahwinan kami) dan isteri telah lumpuh sebelah tubuh (kanan) dan telah diberi sijil  OKU oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat,  perasaan saya terhadap isteri masih tidak berubah, malah saya simpan perasaan simpati diatas pengorbanannya selama ini kerana dapat melahirkan zuriat saya seramai 7 orang ( 4 lelaki dan 3 perempuan). Besyukur yang tidak terhingga kepada Allah yang telah memberi hidayah kepada saya untuk terus jujur dalam mengharuni kehidupan berkeluarga bersama isteri tercinta. kini masa telah berlalu dimana jangka masa saya menjaga isteri yang sakit lumpuh telah menghampiri 15 tahun.Namum cinta setia kami berdua tetap utuh dan jitu.. Alhamdulillah.

Jika kita bersyukur dengan nikamat Allah, nescaya Allah akan memberi ketenangan dan kesabaran kepada kita didalam menghadapi segala dugaan dalam melayari bahtera kehidupan di dunia yang serba fana ini


Wallahu 'alam.

Untuk dapatkan cerita yang lebih terperinci bacalah buku : BERCINTA SAMPAI SYURGA -PTS PUBLISHING HOUSE.

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.