RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Saturday, 28 March 2015

MEMULIAKAN SEMUA PEREMPUAN BUKAN SEKADAR MEMULIAKAN ISTERI



Tip 30 : Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya.

Tip yang menghendaki lelaki memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya, merupakan satu tip yang mudah disebut tetapi agak sukar untuk dilaksanakan atau dipratikkan sebagai satu amalan dalam kehidupan. Telah menjadi tabiat semulajadi manusia mempunyai taste atau citarasanya sendiri. Bak kata pepatah “ Lain orang lain ragamnya” “lain padang lain belalang”  “ manusia boleh tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain”.

Bagi mereka yang egonya tinggi pada kebiasaanya akan memandang orang lain adalah rendah berbanding dengan dirinya sendiri. Apatah lagi jika ianya seorang lelaki sudah tentu akan mempuyai padangan yang rendah terhadap perempuan, lebih lagi jika perempuan itu tidak diminati dari segi rupa paras atau keturunan.Ajaran Islam meletakkan samada lelaki atau perempuan adalah sama di sisi Allah, yang menjadi kayu pengukur bagi Islam ialah iman dan taqwa. Orang-orang yang beriman dan tinggi ketaqwaan terhadap Allah adalah yang dimuliakan oleh Allah.

Bagi saya, prinsip hidup menetapkan semua wanita tanpa mengira keturunan, pangkat dan pendidikan, adalah sama kedudukannya. Saya berprinsip  wanita perlu diberi penghormatan yang tinggi kerana wanita merupakan ibu kita, jika tidak  kerana pengorbanan wanita untuk mengandung selama lebih sembilan bulan bagi membesarkan kita dalalm janinnya, sudah pasti kita semua kaum lelaki tidak akan dapat merasai kehidupan di dunia ini.

Pengorbanan yang lebih besar lagi dimainkan oleh wanita sebagai ibu adalah memberi tumpuan sepenuh masa untuk membesarkan kita daripada bayi sehingga kita dewasa dan dapat berdikari. Betapa susah payah ibu menjaga anak kecil  yang pada masa itu adalah sangat lemah dan perlu mendapat perhatian dan belaian ibunya sepanjang masa. Saya dapat merasai perkara ini kerana semasa anak kami dalam usia 40 hari, urusan memandi bayi dilakukan oleh saya sendiri. isteri saya akan mengurusnya  selepas habis pantang 40 hari.

Jika kita memberi penghormatan kepada isteri sebagai mewakili wanita, akan menjadi ikutan kepada anak-anak kita. Bila mereka besar dan berumah tangga kelak mereka juga akan memberi penghormatan kepada wanita, sama ada isteri, ibu dan keluarga wanita. Bila ibu mereka telah tua dia akan mengambil inisiatif untuk menjaga ibunya, perkara ini amat dituntut oleh Islam. Malah Islam memberi penghormatan kepada anak-anak yang sanggup menjaga ibu mereka yang telah tua dengan memberi ganjaran pahala yang amat besar di akhirat kelak iaitu ganjaran syurga yang penuh dengan kenikmatan.

Di mana Islam meletakkan taraf yang begitu tinggi kepada wanita yang bergelar ibu dengan memberi pahala kepada anak yang melihat wajah ibunya dengan penuh kasih sayang. Status ini adalah bersamaan dengan melihat kaabah, Al-Quran. " Syurga di bawah telapak kaki ibu".
Malahan  saya anggap semua pembantu rumah yang pernah bertugas di rumah kami dilayan sebagai keluarga. Mereka akan makan semua makanan yang dimakan oleh keluarga kami. Tidak pernah kami rasakan bahawa pembantu rumah  adalah pekerja yang mesti disuruh melakukan kerja-kerja rumah dari pagi sehingga ke malam. Waktu rehat yang amat sedikit sahaja di beri atas alasan mereka telah dibayar gaji untuk menjalankan kerja. Bagi saya kita perlu memberi penghormatan kepada sesiapa sahaja sebagai insan ciptaan Allah di dunia ini. Mereka juga mempunyi kelebihan  dan kelemahan tersendiri. Saya memegangnya berpegang  kepada perinsip jika kita hendak mendapat penghormatan dari orang lain maka kita juga mestilah tahu menghormati orang lain. 

Apabila suami mempunyai persepsi bahawa kaum wanita adalah insan yang perlu diberi penghormatan di atas jasa dan pengorbanan yang diberikan sebagai seorang ibu, maka perbuatan yang tidak berperi kemanusiaan seperti pederaan fizikal dan penderaan sex terhadap wanita tidak akan berlaku dalam masyarakat kita. Senario terkini dalam masyarakat kita, terdapat beberapa kes yang  wanita telah jadi alat oleh kaum leaki untuk mendapat pulangan wang yang lumayan, wanita dipaksa menjadi hamba sex, di jadikan model untuk lariskan jualan sesuatu produk. Unsur negetif ini perlu di bendng olih semua pihak daripada merebak dan menjadi lebih parah.  Kita sebagai umat Islam mesti ingat pesanan Allah jika kita berlaku zalim kepada sesuatu kaum, tunggulah masanya Allah akan turunkan bencana dan azab terhadap perbuatan zalim itu. Mungkin peristiwa Sunami yang berlaku bebrapa tahun lalu adalah ketentuan Allah bagi mengigati manusia yang menlanggar perintahNya.

Tindakan memperalatkan wanita dalam dunia akhir zaman ini adalah bertentangan dengan apa yang di ajar oleh Islam. Wanita dalam Islam adalah insan yang perlu di beri penghormatan yang tinggi berbanding lelaki. Pernah Rasulallah di tanya " siapahkah yang perlu di hormat." jawab baginda "Ibu mu".ditanya lagi, " Siapakah yang perlu di hormati" jawab baginda, "ibu mu" ditanya lagi " Siapakah yang perlut di hormati, baginda menjawab, "ibu mu" lalu terus di tanya kali keempat  "siapakah yang perlu di hormati, bangida menjawab. "bapa mu", daripada riwayat hadis ini membuktikan bahawa Islam amat menyanjungi kaum wanita atau ibu.

Hidayah Allah yang dikruniakan kepada saya membolehkan saya pada masa ini mengurus serorang isteri yang lumpuh (sebelah tubuh) selama 14 tahun lebih dan juga menjaga ibu kandung berumur 82 tahun serta ibu mertua berumur 90 tahun. Alhamdulillah.. dapat disempurnakan tanggung jawab ini seadannya. Mereka semua adalah perempuan yang perlu dihormati. Keupayaan saya melakukan semua ini mungkin juga berkat doa kedua-dua ibu dan ibu mertua.

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.