RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Friday, 15 May 2015

KHASIAT DUAN SIREH

Khasiat Daun  Sireh




Sunday, 06 June 2010 09:17




Dalam kehidupan masyarakat Melayu sejak zaman datuk nenek kita lagai Sireh digunakan secara berluasa dalam perlbagai perkara kehidupan harian mereka.Jika diteliti secara lebih pratikal Daun Sireh mempunyai banyak khasiat dan juga memainkan peranan utama dalam upcara Adat Istiadat Melayu di zaman dahulu dan hingga kini. Sungguhpun begitu di zaman kecaggihan kemajuan internet yang berada di hujung jari, dimana sahaja setiap masa, telah menjadikan penggunaannya  dalam kehidupan masyarakt Melayau dan juga kaun lain di Malaysia khasnya dan di nusantara amnya telah semakin pupus.

Sirih atau nama saintifiknya Piper betle sering digunakan dalam perubatan traditional Melayu. Biasanya, Sirih digemari sebagai kudapan di kalangan orang-orang tua. Daun sirih dimakan bersama-sama gambir dan kapur sebagai makanan harian pada waktu lapang. Kadang-kala ia dijadikan hidangan kepada tetamu.Walaupun begitu, dewasa ini bilangan penggemar sirih semakin berkurangan.
Sirih mempunyai nama yang berbeza-beza, antaranya sirih carang, camai, kerekap, serasa, cabe, kengyek atau kerak. Kebiasaannya, pokok sirih ditanam di kampung-kampung. Namun begitu terdapat juga pokok sirih yang tumbuh meliar di kawasan semak-samun. Daun sirih berwarna hijau gelap dan bersaiz kira-kira 15 cm panjang dan 10 cm lebar. Ia juga boleh didapati dengan mudah di pasar, terutamanya di kawasan pedalaman.

Dalam rawatan tradisional, sirih dimakan bersama gambir untuk mengatasi cirit-birit. Daun sirih juga berkesan untuk meredakan sakit gigi. Malah ia juga berkesan untuk melegakan demam panas. Alahan terhadap udara panas atau makanan-makanan tertentu boleh menyebabkan seluruh badan terasa gatal dan miang serta ditumbuhi bintil-bintil merah dikenali sebagai gelegata. Penyakit ini boleh diatasi dengan menggunakan daun sirih yang dilayur diatas api kemudian disapu pada kulit ketika daun masih panas.   Daun sirih juga boleh menghilangkan masalah gatal-gatal di bahagian kemaluan, dimana air rebusannya digunakan untuk mencuci di bahagian sulit yang gatal. Daun sirih juga boleh dimakan bersama-sama gambir untuk mengubati penyakit cirit-birit. Bagi mengubati pendarahan pada hidung , daun sirih digulung dan disumbat ke dalam lubang hidung untuk menghentikan pengaliran darah dari dalam hidung.

Selain itu, Sirih digunakan oleh orang Melayu sebagai pengeras, iaitu sebagai syarat yang diberikan kepada bomoh apabila bomoh itu mengubati seseorang pesakit. Ia juga dijadikan hantaran dalam istiadat perkahwinan orang Melayu. Sirih juga digunakan dalam upacara menjampi seseorang dalam proses mengubati pesakit.


Penggunaan dau sirih dalam perubatan tradisional memang banyak, dan ianya telah terbukti dapat merawat pelbgai penyakit diantaranya ;
1.Segarkan badan
Semasa dalam pantang, ambil beberapa helai daun sirih dan daun pandan kemudian rebus bersama sedikit halba, bunga cengkih dan garam. Mandi dengan menggunakan air rebusan setiap pagi sehingga ke hari ke-40 selepas bersalin.
2.Naikkan seri wajah
Bersihkan beberapa ranting daun inai kemudian rebus dengan menggunakan api sederhana sehingga mendidih. Biarkan sejuk dan minum airnya segelas pada waktu pagi dan segelas pada waktu malam. Amalkan dua atau tiga hari seminggu.
3.Kecutkan rahim
Ambil segenggam daun pegaga dan rebus bersama akarnya. Masukkan bersama pucuk pokok sepagi berdiri. Minum air rebusan tadi selama tiga hari berturut-turut setiap pagi.
4.Rawatan dalaman
Tumbuk kunyit hidup dan daun inai hingga lumat. Kemudian, perah dan ambil patinya lalu diminum pada waktu pagi. Lakukan selama tiga hari seminggu sepanjang waktu berpantang. Hasilnya, luka anda akan cepat sembuh dan wajah akan lebih berseri.
5.Tambah susu badan
Ada setengah wanita yang baharu melahirkan anak menghadapi masalah kurang susu badan. Bagi mengatasi masalah ini, ambil daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus. Makanlah bersama nasi panas dan amalkan selalu.
6.Sembuhkan luka bersalin
Luka akibat bersalin sama ada bersalin secara normal ataupun pembedahan boleh disembuhkan segera dengan makan ikan haruan yang dibakar ataupun dibuat sup. Selain itu amalkan makan hempedu ikan haruan setiap hari bersama satu sudu besar madu lebah asli.
Senarai di atas adalah penggunaan daun sirih dalam perubatan tradisional, kini kajian juga telah dilakukan untuk menggunakan sirih dalam penjagaan keisihatan melalui keadah perrubatan moden dan klinikal. Terutamanya dalam penggunaan daun sirih untuk rawatan kecatikan dan penjagaan kesihatan badan.
Penemuan bioteks dalam penggunan daun sirih ini akan dapat menjadikan sirih sebagai satu tanaman yang boleh di komersilkan. Jika ini dilakukan seara serious akan membolehkan para petani di desan menjadikanya sebagai salah satu pendapatan samapingan, lagipun ianya mudah di tanam diperkarangan rumah kita.

Wallahu’alam.


Sumber: Peladang 

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.