Perahan jus limau kasturi (Citrus
Microcarpa) memang diakui mampu menambahkan keenakan rasa sesetengah minuman
dan masakan. Namun keistimewaannya tak terhenti setakat tu aje. Sebenarnya
banyak lagi khasiat limau kasturi yang mungkin belum anda ketahui.
Ini kerana bukan hanya jusnya, malah
kulit limau kasturi ni pun boleh anda gunakan untuk mengurangkan sesetengah
penyakit seperti lelah, sakit tekak dan juga pening kepala.
Tak lupa gak, ia dikatakan dapat mengatasi masalah badan berbau.
Bagi memudahkan anda, saya akan senarai
khasiat limau kasturi ni satu persatu mengikut kegunaan beserta dengan caranya
sekali ya. :)
1. Mengurangkan Lelah
- Ambil sesudu madu. Kalau boleh
madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.
- Minumlah campuran madu dan jus
limau kasturi tadi.
Anda boleh meminumnya pada bila-bila
masa walaupun ketika tak mengalami lelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara
ini seminggu sekali.
2. Melegakan Pening Kepala
- Ambil sebiji limau kasturi dan
potong sedikit di bahagian atasnya.
- Kemudian, picit kulit limau
kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke
arah hidung semasa ia terpancut.
Sebagai tambahan, anda juga boleh
memakan kulitnya secara mentah. :)
3. Mengatasi Masalah Badan Berbau
- Amalkan selalu memakan kulit limau
kasturi secara mentah.
4. Menyembuhkan Sakit Tekak
Biasanya ia digunakan bagi
menyembuhkan sakit tekak akibat lendir dan kahak.
- Bagi orang dewasa, anda campurkan
jus limau kasturi dengan sedikit lada hitam.
- Kacau campuran tu hingga rata dan
minum.
- Jika kanak-kanak pula, anda boleh
campurkan jus limau kasturi tu dengan sedikit madu lebah. Tujuan
menggantikan lada hitam dengan madu adalah untuk mengelakkan daripada
kanak-kanak tu mengalami kepanasan.
5. Menghilangkan Kesan Minyak pada
Pakaian
- Perahkan sebiji limau kasturi ke
dalam piring.
- Campurkan perahan limau kasturi
tadi dengan sedikit garam.
- Kemudian, gosokkan campuran di
atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.
- Lepas dah gosok, biarkannya selama
5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.
Akhir sekali, barulah anda basuh
pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.
Begitulah 5 fungsi limau kasturi
yang boleh anda manfaatkan dalam kehidupan seharian. Mudah-mudahan ia dapat
membantu anda menangani masalah yang dinyatakan di atas dengan berkesan. Sambil
tu dapat gak berjimat, kan?
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.