RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142
Showing posts with label kesihatan.. makanan tradisi.. Show all posts
Showing posts with label kesihatan.. makanan tradisi.. Show all posts

Monday, 17 August 2015

DURIAN BELANDA UNTUK MENGUBATI KANSER

Durian Belanda( Graviola)  


Teh  Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo.

Tapi kenapa kita tidak tahu? Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, serta boleh menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup. Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i)                 Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii)                Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

iii)               Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv)               Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik. Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika.

Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ?

Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan! Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini.

Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masa lah berkaitan hati dan rematik.

Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan.

Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan ! Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa? Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan. Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaut keuntungan besar.

Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka. Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman 
ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

 Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan.

Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan. The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza. Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

 Sebuah kajian di Purdue Univ ersity pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu. Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute.


Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.




Kandugan nutrisi buah durian belanda adalah seperti di bawah:


Soursop, raw
Nutritional value per 100 g (3.5 oz)
Energy276 kJ (66 kcal)
16.84 g
Sugars13.54 g
Dietary fiber3.3 g
0.3 g
1 g
Vitamins
Thiamine (B1)
(6%)
0.07 mg
Riboflavin (B2)
(4%)
0.05 mg
Niacin (B3)
(6%)
0.9 mg
(5%)
0.253 mg
Vitamin B6
(5%)
0.059 mg
Folate (B9)
(4%)
14 μg
Choline
(2%)
7.6 mg
Vitamin C
(25%)
20.6 mg
Trace minerals
Calcium
(1%)
14 mg
Iron
(5%)
0.6 mg
Magnesium
(6%)
21 mg
Phosphorus
(4%)
27 mg
Potassium
(6%)
278 mg
Sodium
(1%)
14 mg
Zinc
(1%)
0.1 mg

Percentages are roughly approximated usingUS recommendations for adults.
Source: USDA Nutrient Data

Sunday, 26 July 2015

Manfaat Buah Durian dan kandungan pemakanan


Duran adalah sejenis buah yang disukai ramai oleh kebanyakan penduduk di Asia. Manfaat buah durian sebenarnya masih tidak ramai orang yang mengetahuinya. Buah durian memang dikenal dengan aromanya yang cukup menyengat dan tidak semua orang menyukainya. Padahal, buah berbau tajam ini merupakan buah asli Nusantara dan meskipun baunya cukup menyengat, banyak pula orang yang  ketagihan kerana rasanya yang begitu khas.

Rasa buah ini memang khas dan sangat menggiurkan lidah bagi penggemaranya, tapi sebenarnya adakah manfaat buah durian ini? kerana buah durian ini, cukup ditakutkan untuk dimakan, terutama  lagi bagi pesakit  darah tinggi.

Kandungan nutrisi  Buah Durian:

Raja buah atau The King of Fruit ini, memiliki kandungan nutrisi yang cukup lengkap. diantaranya seperti :

karbohidrat
protei
lemak tak jenuh
vitamin B,C
magnesium
fosfor
kalium
thiamin
polyfenhol
omega 3 dan 6
antioksidan

1. Kalori dan Lemak

Buah durian mengandung sekitar 357 kalori, yang terdapat di dalam 1 mangkuk porsi buahnya. Buah durian juga mengandungi lemak namun dalam jumlah yang sedikit lemak , iaitu sekitar 13 gram bagi setiap untuk 33% dari kalori.  jika memakan buah durian jangan berlebihan.

2. Karbohidrat

Terdapat sekitar 130 gram karbohidrat di dalam satu  mangkuk  durian, dan ini mencukupi sekitar setengah jumlah kalori yang disarankan sehari. Semasa makan durian, perlu hati-hati untuk merancang jumlah mahu dimakan, dengan mengawal jumlah kandungan karbohidrat. Terlalu banyak mengambil  makanan berkarbohidrat, dapat meningkatkan risiko penambahan berat badan. Sertakan juga dalam menu makan sekitar 25-38 gram serat untuk membantu mencegah sembelit, diare dan masalah perncernaan lainnya.

3. Protein

Satu mangkuk durian mengundang protein sebanyak  3,6 gram atau mencukupi keperluan harian protein sekitar 6,4 persen menjadi 7,8 persen. Pada sebuah studi yang diterbitkan dalam edisi Mei 2010 dari “American Journal of Gastroenterology” menunjukkan bahwa protein dari daging dan ikan dapat menyebabkan peningkatan risiko sindrom iritasi usus besar, sehingga mendapatkan protein dari buah-buahan, sayuran dan sumber-sumber lain mungkin akan lebih baik untuk menekan resiko ini.

4. Vitamin dan Mineral

Setiap 1 mangkuk durian mengandung 80 persen vitamin C yang diperlukan oleh tubuh dalam satu hari. Vitamin C juga berfungsi dalam pembentukan kolagen pada kulit dan meningkatkan sistem imun tubuh. Selain itu, durian juga mencukupi asupan vitamin B-6 yang diperlukan dalam tubuh setiap hari.

5. Zat besi dan tembaga

Tembaga dan zat besi diperlukan dalam pembentukan sel-sel darah merah yang sehat. Durian juga mengandung mangan yang membantu dengan tulang dan kesihatan kulit. Tidak hanya itu, sekitar 25 persen dari asupan riboflavin dan tembaga yang direkomendasikan, ada di dalam 1 porsi buah durian.

6. Kalium

Durian memiliki banyak kandungan kalium yang sangat membantu untuk kesihatan.Kalium adalah elektrolit penting yang membantu mengontrol tekanan darah yang juga banyak terdapat pada manfaat pisang. Zat ini berfungsi untuk menjaga kadar natrium dan membantu mengatur detak jantung.

7. TrIptopan

Triptopan dikenal sebagai obat tidur alami yang salah satunya didapat buah durian. Triptopan bekerja dengan mengatur metabolisme menjadi berbagai neurotransmitter, dan dapat membantu dalam induksi tidur, bahkan menjadi pengobatan untuk epilepsi.

8. Tiamin

Jika tubuh memerlukan lebih banyak tiamin, buah durian boleh menjadi sumber tiami  semulajadi seperti yang juga ada pada manfaat kacang hijau. Buah durian mengandung sekitar 30% tiamin dari keperluan harian yang disyorkan. Zat tiamin inilah yang berfungsi menjaga metabolisme karbohidrat dalam tubuh, untuk berubah menjadi tenaga membantu dalam hal-hal seperti otot dan kesihatan saraf.

9. Folat

Zat asid folat  banyak didapatit pada buah durian, satu biji  buah durian berisi setidaknya 20% keperluan harian kandungan ini. Asid folat dapat membantu tubuh mencegah penyakit jantung, perkembangan janin, bahkan membantu fungsi otak berjalan dengan baik.

Asid folat ini juga banyak terdapat pada kurma, apricot dan keladi.
Kandungan pada manfaat durian tersebut telah banyak dilakukan kajian, diantaranya adalah sebagai :

manfaat-durian1 –  Zat phytonutrient pada buah durian disebutkan dalam penyekidikan Ohio State University memiliki kemampuan mematikan zat penyebab gejala kanser, gejala penyakit kecing manis dan menurunkan resiko gejala penyakit jantung. Vitamin C pada buah durian, merupakan kadar tertinggi yang dimilikinya dari buah lain. Sektar 200 mg/100 grm buah.

2- Penelitian lain dari Department of Pharmacology & Toxicology, School of Medicine, State University of New York di Buffalojuga menunjukkan pada durian terkandung zat phytosterol yang berguna memperbaiki reaksi sel tumor pada tubuh dan mencegah pertumbuhan timbulnya kanser.

3- Dalam usaha untuk mengembangkan jenis durian yang sesuai untuk ramai orang, para penyelidik dari Thailand membuat inovasi  buah durian dengan bau yang lebih menyenangkan pada tahun 2007. Namun perkembangannya di tentang  oleh para  pecinta durian, di mana durian bernilai lebih tinggi yang memiliki aroma paling menyengat.

Pemakanan Durian Yang Baik


Pada sebiji durian banyak sekali manfaat yang boleh kita peroehi. Namun pemakanan durian hendaklah disesuaikan, jangan sampai berlebihan. Cukup mengmbil durian 100-200 grm dalam sekali makan untuk tetap menjaga keseimbangan nutrisi dalam tubuh.




Wallahu'alam

Friday, 15 May 2015

KHASIAT DUAN SIREH

Khasiat Daun  Sireh




Sunday, 06 June 2010 09:17




Dalam kehidupan masyarakat Melayu sejak zaman datuk nenek kita lagai Sireh digunakan secara berluasa dalam perlbagai perkara kehidupan harian mereka.Jika diteliti secara lebih pratikal Daun Sireh mempunyai banyak khasiat dan juga memainkan peranan utama dalam upcara Adat Istiadat Melayu di zaman dahulu dan hingga kini. Sungguhpun begitu di zaman kecaggihan kemajuan internet yang berada di hujung jari, dimana sahaja setiap masa, telah menjadikan penggunaannya  dalam kehidupan masyarakt Melayau dan juga kaun lain di Malaysia khasnya dan di nusantara amnya telah semakin pupus.

Sirih atau nama saintifiknya Piper betle sering digunakan dalam perubatan traditional Melayu. Biasanya, Sirih digemari sebagai kudapan di kalangan orang-orang tua. Daun sirih dimakan bersama-sama gambir dan kapur sebagai makanan harian pada waktu lapang. Kadang-kala ia dijadikan hidangan kepada tetamu.Walaupun begitu, dewasa ini bilangan penggemar sirih semakin berkurangan.
Sirih mempunyai nama yang berbeza-beza, antaranya sirih carang, camai, kerekap, serasa, cabe, kengyek atau kerak. Kebiasaannya, pokok sirih ditanam di kampung-kampung. Namun begitu terdapat juga pokok sirih yang tumbuh meliar di kawasan semak-samun. Daun sirih berwarna hijau gelap dan bersaiz kira-kira 15 cm panjang dan 10 cm lebar. Ia juga boleh didapati dengan mudah di pasar, terutamanya di kawasan pedalaman.

Dalam rawatan tradisional, sirih dimakan bersama gambir untuk mengatasi cirit-birit. Daun sirih juga berkesan untuk meredakan sakit gigi. Malah ia juga berkesan untuk melegakan demam panas. Alahan terhadap udara panas atau makanan-makanan tertentu boleh menyebabkan seluruh badan terasa gatal dan miang serta ditumbuhi bintil-bintil merah dikenali sebagai gelegata. Penyakit ini boleh diatasi dengan menggunakan daun sirih yang dilayur diatas api kemudian disapu pada kulit ketika daun masih panas.   Daun sirih juga boleh menghilangkan masalah gatal-gatal di bahagian kemaluan, dimana air rebusannya digunakan untuk mencuci di bahagian sulit yang gatal. Daun sirih juga boleh dimakan bersama-sama gambir untuk mengubati penyakit cirit-birit. Bagi mengubati pendarahan pada hidung , daun sirih digulung dan disumbat ke dalam lubang hidung untuk menghentikan pengaliran darah dari dalam hidung.

Selain itu, Sirih digunakan oleh orang Melayu sebagai pengeras, iaitu sebagai syarat yang diberikan kepada bomoh apabila bomoh itu mengubati seseorang pesakit. Ia juga dijadikan hantaran dalam istiadat perkahwinan orang Melayu. Sirih juga digunakan dalam upacara menjampi seseorang dalam proses mengubati pesakit.


Penggunaan dau sirih dalam perubatan tradisional memang banyak, dan ianya telah terbukti dapat merawat pelbgai penyakit diantaranya ;
1.Segarkan badan
Semasa dalam pantang, ambil beberapa helai daun sirih dan daun pandan kemudian rebus bersama sedikit halba, bunga cengkih dan garam. Mandi dengan menggunakan air rebusan setiap pagi sehingga ke hari ke-40 selepas bersalin.
2.Naikkan seri wajah
Bersihkan beberapa ranting daun inai kemudian rebus dengan menggunakan api sederhana sehingga mendidih. Biarkan sejuk dan minum airnya segelas pada waktu pagi dan segelas pada waktu malam. Amalkan dua atau tiga hari seminggu.
3.Kecutkan rahim
Ambil segenggam daun pegaga dan rebus bersama akarnya. Masukkan bersama pucuk pokok sepagi berdiri. Minum air rebusan tadi selama tiga hari berturut-turut setiap pagi.
4.Rawatan dalaman
Tumbuk kunyit hidup dan daun inai hingga lumat. Kemudian, perah dan ambil patinya lalu diminum pada waktu pagi. Lakukan selama tiga hari seminggu sepanjang waktu berpantang. Hasilnya, luka anda akan cepat sembuh dan wajah akan lebih berseri.
5.Tambah susu badan
Ada setengah wanita yang baharu melahirkan anak menghadapi masalah kurang susu badan. Bagi mengatasi masalah ini, ambil daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus. Makanlah bersama nasi panas dan amalkan selalu.
6.Sembuhkan luka bersalin
Luka akibat bersalin sama ada bersalin secara normal ataupun pembedahan boleh disembuhkan segera dengan makan ikan haruan yang dibakar ataupun dibuat sup. Selain itu amalkan makan hempedu ikan haruan setiap hari bersama satu sudu besar madu lebah asli.
Senarai di atas adalah penggunaan daun sirih dalam perubatan tradisional, kini kajian juga telah dilakukan untuk menggunakan sirih dalam penjagaan keisihatan melalui keadah perrubatan moden dan klinikal. Terutamanya dalam penggunaan daun sirih untuk rawatan kecatikan dan penjagaan kesihatan badan.
Penemuan bioteks dalam penggunan daun sirih ini akan dapat menjadikan sirih sebagai satu tanaman yang boleh di komersilkan. Jika ini dilakukan seara serious akan membolehkan para petani di desan menjadikanya sebagai salah satu pendapatan samapingan, lagipun ianya mudah di tanam diperkarangan rumah kita.

Wallahu’alam.


Sumber: Peladang 

Monday, 11 May 2015

KELEBIHAN BULAN SYAABAN

KLEBIHAN-BULAN-SYAABAN1
Syaaban membawa maksud berpecah-pecah. Ada yang berpendapat, ini kerana pada ketika ituK bangsa Quraisy terpaksa berpecah-pecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari air di padang pasir. Ada pula yang berpendapat ia membawa maksud pemisah kerana Syaaban adalah pemisah antara bulan Rejab dan Ramadhan.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Rasulullah s.a.w menjawab, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Bulan Syaaban dianggap merupakan bulan yang baik untuk kita meminta keampunan daripada Allah, serta memperbaiki diri dari segala macam cela. Dan bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
“Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”
Nisfu Syaaban

Di dalam bulan Syaaban juga terdapat satu malam yang penuh rahmat, iaitu Malam Nisfu Syaaban. Pada malam ke-15 bulan Syaaban ini, doa menjadi sangat mustajab.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hari raya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”

Umat Islam disarankan untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yaasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib.

Bacaan pertama diniatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya.

Bacaan kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya.\

Kemudian bacaan ketiga pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya.

Namun jangan lupa agar kita membaca dengan penuh tenang dan tidak terkejar-kejar.
Pada malam Nisfu Syaaban, telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya:

“Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.” (Al-Hadis)
Puasa Sunat di bulan Syaaban

Pada bulan ini, digalakkan bagi kita untuk memperbanyak Puasa Sunat. Rasulullah s.a.w sendiri lebih gemar berpuasa sunat pada bulan Syaaban.
Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:

“Sesiapa yang berpuasa 3 hari pada permulaan Syaaban, 3 hari pertengahannya dan 3 hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.”

Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:

“Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban” (Al-Hadis)

1 hari berpuasa di bulan Syaaban akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga, dan diberi pahala seperti pahala nabi Ayub dan Nabi Daud.
Sesiapa yang berpuasa sebulan pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya Sakaratulmaut, dilepaskan kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan diwajibkan syurga baginya.

Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis di dalam Syaaban, dimasukkannya dalam syurga. (Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah)
Doa, Zikir & Selawat ke atas Rasulullah s.a.w

Bulan ini juga kita digalakkan untuk membanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah s.a.w.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah swt akan mengampuni segala dosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)

Bertaubat
Sangat digalakkan untuk mempernyak bertaubat pada bulan ini. Ini bagi memperbaiki diri dari segala cela, agar bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita.

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

“Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.”

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani) (Al-Hadis)

Oleh itu, diharapkan agar kita dapat bersama-sama memperbanyakkan amalan yang baik ini di bulan Syaaban. Banyak fadhilat dan kelebihan yang dijanjikan oleh Allah kepada kita,

Wallahu’alam.

Sumber : cahaya purnama

Tuesday, 21 April 2015

KENAPA HUBUNGAN SEKS SEMASA HAID DILARANG

HIKMAH DISEBALIK LARANGAN HUBUNGN SEKS KETIKA HAID
Kesan Buruk Melakukan Seks Ketika Wanita Datang Haid

Pengharaman Seks Semasa Haid
Islam mengharamkan melakukan hubungan seks antara suami dan isteri ketika waktu haid. Hukum ini telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala didalam firman Nya yang bermaksud:

“Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu adalah kotoran dan mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah 2:222)
Didalam Hadis Nabi Muhammad s.a.w banyak memperkatakan hal ini, diantaranya sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sesiapa yang menyetubuhi wanita yang sedang haid ataupun menyetubuhi wanita di saluran duburnya ataupun mendatangi tukang tenung nasib dan mempercayainya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Muhammad.” (Riwayat Ahmad dan Tarmuzi) 
Imam Al Ghazali merumuskan hukum ini di dalam Ihya Ulumuddin dengan berkata,

“Janganlah suami menyetubuhi isteri yang sedang haid dan juga jangan sesudah haid sebelum si isteri menyempurnakan mandi wajib terlebih dahulu, kerana yang demikian itu diharamkan dengan dalil Al-Quran.“

Kajian Mengenai Bahaya Seks Ketika Haid

Melakukan hubungan seks ketika haid mempunyai banyak risiko, menurut kajian yang dijalankan oleh Dr. Diana Antoniskis (MD)dari Kumpulan Penyelidikan dan Pendidikan (The Research And Education Group) yang beribu pejabat di Oregon, dalam artikel yang bertajuk Women With HIV Infection, risiko jangkitan kuman HIV meningkat di kalangan wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid ataupun dengan lelaki yang tidak berkhatan.


Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control And Prevention) di Amerika, pada Perhimpunan kesebelas Pertubuhan Antarabangsa Berhubung Penyakit-Penyakit Jangkitan Seksual di New Orleans yang diadakan pada 27 hingga 30 Ogos pada tahun 1995 melaporkan,menjauhi hubungan seks ketika haid ataupun ketika mengalami pendarahan di bahagian farajadalah penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti kuman HIV bagi lelaki dan wanita.


Laporan itu juga menjelaskan, wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haidmeningkatkan risiko dijangkiti AIDS sebanyak enam kali ganda. Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi


Kesihatan Wanita di Chester Springs menunjukkan, wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa.


Kebiasaannya kes-kes seperti ini akhirnya terpaksa menjalani pembedahan berisiko tinggi untuk membuang rahim atau hysterectomy dan ovari atau ovariectomy. Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of Psychosomatic Obstetrics and Gynaecology pada tahun 1996. Bagi golongan wanita, tiub fallopian dan ovari mereka boleh diserang kuman bakteria sehingga menyebabkan keputihan, sakit dan demam yang kuat.


Risiko untuk menghidap penyakit ini adalah tinggi di kalangan mereka yang melakukan hubungan seks ketika haid. Hal ini disebabkan, kebiasaannya tiub fallopian dan ovaridilindungi daripada serangan bakteria oleh bahan asid yang terdapat di kawasan faraj atau vagina.


Ketika wanita itu didalam keadaan haid, kawasan faraj menjadi alkali justeru memudahkan kuman untuk membiak dan mendatangkan penyakit terutamanya apabila berlaku persetubuhan pada waktu itu.


Oleh yang demikian, hukum pengharaman persetubuhan ketika haid oleh agama Islam adalah amat baik kerana ia mendatangkan banyak manfaat dari sudut kesihatan. Walaubagaimanapun Islam tidak melarang diantara suami isteri bergurau senda dan bergaul mesra semasa haid, asalkan perbuatan itu tidak membawa kepada persetubuhan.


Menurut Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya oleh Masruq bin Ajdak,


“Apakah yang boleh dilakukan oleh suami semasa isterinya sedang dalam keadaan haid?” 


Lalu Aisyah menjawab,

“Apa-apa sahaja kecuali bersetubuh.” (Hadith Sahih Bukhari)

Wallahu’alam….

Monday, 13 April 2015

MEMAHAMI PSIKOLOGI PESAKIT KRONIK

MEMAHAMI PSIKOLOGI PESAKIT KRONIK

Pengenalan
Apa itu Penyakit Terminal? Apa yang dimaksudkan penyakit terminal ini?
Penyakit terminal ialah penyakit yang tidak dapat disembuhkan dan tidak ada ubatnya,  manakala kematian tidak dapat dihindari dalam waktu yang bervariasi mengikut potensi pesakit..  (Stuard & Sundeen, 1995).
Penyakit terminal dianggap sebagai pesakit yang tiada harapan untuk pulih dan menanti kematian yang bakal berlaku bila-bila waktu.
Contoh penyakit terminal adalah termasuk AIDS dan penyakit kanser.
Kriteria Penyakit Terminal
  • Penyakit tidak dapat disembuhkan
  • Kearah kepada kematian
  • Diagnosa perubatan adalah jelas
  • Tidak ada ubat untuk menyembuhkan
  • Prognosis yang negatif
  • Bersifat progresif
Pesakit terminal ini akan mengalami 2 bentuk kehilangan:
  1. Kehilangan yang nyata (actual loss) iaitu kehilangan orang atau objek yang tidak lagi dirasakan, dilihat, diraba. Contohnya kehilangan anggota tubuh, peranan, hubungan.
  2. Kehilangan yang dirasakan (Perceived loss) adalah kehilangan yang sifatnya adalah kedukaan. Contohnya:. kehilangan harga diri, percaya diri.
Contoh Kehilangan
  • Kehilangan objek
  • Kehilangan lingkungan yang dikenal
  • Kehilangan sesuatu atau seseorang yang sangat penting dan bererti
  • Kehilangan suatu aspek diri
  • Kehilangan hidup/ Arah tuju
Jadual 1 : Nilai-nilai Kehidupan dalam Hospice & Palliative Eco System
Memahami Perubahan Yang Kerap Berlaku
  1. Berduka (grieving) - merupakan reaksi emosional terhadap kehilangan. Berduka wujud dalam berbagai cara yang unik berdasarkan pengalaman peribadi, perbezaan budaya, dan keyakinan spiritual yang dianutinya.
  2. Berkabung (Mourning) - adalah tempoh masa penerimaan terhadap kehilangan dan berduka serta sering dipengaruhi oleh kebudayaan atau kebiasaan
Memahami Perubahan Pesakit
Menurut Lindermann dalam kajiannya telah menyatakan perasaan berduka bukan sahaja melibatkan emosi , tetapi juga akan melibatkan fizikal, kognitif, tingkah laku dan juga emosi seseorang pesakit
Perubahan Sensasi Fizikal
  • Perut memulas/Hollowness in the stomach
  • Ketegangan di dada/Tightness in the chest
  • Ketegangan di leher/Tightness in the throat
  • Sensitif kepada kebisingan/Oversensitivity to noise
  • Rasa terasing/A sense of depersonalization
  • Kesukaran bernafas/Breathlessness, feeling short of breath
  • Sakit otot /Weakness in the muscles
  • Kurang tenaga/ lack of energy
  • Kekeringan mulut/ Dry Mouth
Perubahan Kognitif
  • Perasaan Tidak Percaya/disbelief
  • Keliru/Confusion
  • Penuhi masa dengan aktiviti/ Preoccupation
  • Wujud Perasaan kesedaran/ Sense of Presence
  • Halusinasi/Halucinations
Perubahan Tingkah laku
  • Gangguan Tidur/Sleep disturbance
  • Gangguan selera makan/Appetite  Disturbance
  • Tingkah laku Negatif/Absentminded Behaviour
  • Mengasingkan Diri/Social Withdrawal
  • Mimpikan kematian
  • Menangis/ Crying
Reaksi Berduka
Pesakit Terminal akan mengalami tahap respon berduka. Menurut Kubler – Ross, Peringkat berduka :
  1. Penafian/denial,
  2. Marah/anger,
  3. Tawar menawar/bargaining,
  4. Depresi/depression
  5. Penerimaan/acceptance
Jadual 2 : Graf Emotional Responses semasa Seorang Individu Berduka
  1.                                                            
  1. Penolakan
    • Penolakan ialah reaksi pertama apabila menerima berita keadaan pesakit
    • Perubahan Kognitif  adalah seperti tidak percaya, mengerti, atau tidak menerima kenyataan.
    • Manakala perubahan fizikal adalah  letih, lemah, pucat, mual, menangis, gangguan pernafasan dan gelisah.
    • Tempoh masa berlangsung beberapa minit hingga beberapa tahun
    • Contoh - "saya rasa ok, saya tak ada masalah."; "Tidak,perkara ini tidak akan berlaku dalam diri saya!,"
  1. Marah
    • Pesakit terminal akan mengalami kemarahan.
    • Kemarahan ini timbul dan diprojeksi kepada orang lain atau dirinya sendiri.
    • Perubahan fizikal adalah pesakit ini akan bersifat agresif, bicara kasar, menyerang orang lain dan menolak pengubatan.
    • Tingkahlaku pesakit juga akan berubah, pesakit ini juga selalu marah dan  menuduh doktor atau jururawat tidak kompeten dan profesional dalam pekerjaannya.
    • Pesakit akan rasa muka merah, denyut nadi cepat, rasa gelisah, susah tidur dan tangan mengigil
    • Contoh - "Kenapa saya? Ini adalah tidak adil !"; "mengapa perkara ini boleh berlaku kat saya!"; "Salah siapa tu?"
  1. Tawar-Menawar
    • Merupakan proses penundaan kesedaran atas kenyataan terjadinya kehilangan.
    • Ia berupaya melakukan tawar – menawar dengan memohon belas kasihan dari Pencipta.
    • Contoh- " bagilah saya hidup lama sikit untuk lihat abang saya besar."; "saya akan lakukan apa sahaja asalkan saya dapat hiup lama sikit ."; "saya akan bagi simpanan saya jika..."
  1. Kemurungan
    • Pesakit ini menunjukan sikap mengasingkan diri
    • Pesakit kadang-kala bersikap menurut, tidak ingin bicara, tidak dapat membuat keputusan dan rasa dirinya tidak berharga.
    • Pesakit ini mempunyai keinginan bunuh diri.
    • Gejala fizikal adalah hilang selera makan, rasa susah tidur, rasa letih dan libido turun
    • Contoh- "saya tak rasa sedih pun, kenapa nak ganggu saya lagi ni?"; "saya akan mati tak lama lagi……apa guna saya …..?"; "saya sangat rindu dia, kenapa perlu saya hidup lagi?"
  1. Penerimaan
    • Fikiran mengenai perkara yang hilang akan mulai berkurang atau hilang beralih ke perkara baru.
    • Ahli keluarga dapat menerima kenyataan kehilangan dan mulai memandang ke depan.
    • Apabila mencapai tahap persekitaran positif ini, pesakit akan menerima dengan perasaan positif dan mengatasi perasaan kehilangan atau negatif.
    • Contoh- "saya akan baik."; "saya mampu atasinya dan akan ubah"; "saya tidak dapat berjuang,tapi baik saya bersedia je!"
Persediaan Mental Penjaga
Menjaga orang sakit adalah tidak mudah. Penjaga (caregiver) harus mempunyai persediaan yang mencukupi dari aspek emosi, mental dan fizikal. Jesteru itu, penjaga harus membina dan meningkatkan hubungan saling percaya dengan cara :
  • Mendengar pesakit berbicara
  • Memberi dorongan agar  pesakit bersedia untuk meluahkan perasaannya.
  • Menjawab pertanyaan pesakit secara langsung
  • Menunjukkan sikap menerima dan empati          
  • Memberi sokongan  terhadap respons kehilangan pesakit.
  • Meningkatkan rasa kebersamaan antara anggota keluarga.
  • Menentukan tahap keberadaan pesakit
Mengenalpasti Keperluan Pesakit Terminal
Health workers dan juga penjaga/ibu bapa harus mengenalpasti keperluan emosi pesakit terminal dengan memahami
Tahap Penafian
  • Memberikan kesempatan pesakit terminal untuk mengungkapkan perasaan
  • Menunjukan sikap menerima dengan ikhlas dan mendorong pesakit untuk meluahkan perasaan.
  • Memberi jawapan yang jujur terhadap pertanyaan pesakit tentang penyakitnya.
Tahap Marah
  • Mengizinkan dan mendorong pesakit meluahkan perasaan marah secara verbal, tanpa melakukan provokasi terhadap kemarahan. Perlu mengikut batasan budaya dan agama.
  • Ahli keluarga harus dijelaskan bahawa kemarahan yang dilakukan sebenarnya tidak ditujukan kepada mereka
  • Ahli keluarga harus membiarkan pesakit menangis dan mendorong pesakit membincangkan kemarahannya.
  • Ahli keluarga harus membantu pesakit dengan
    • Mendengarkan luahan dengan penuh perhatian
    • Mendorong pesakit untuk membicarakan rasa takut atau rasa bersalahnya
    • Bila pesakit selalu mengungkapkan “kalau” atau “seandainya ….” beritahu pesakit bahawa health worker hanya dapat melakukan sesuatu yang nyata.
    • Bersama-sama dengan pesakit menceritakan mengenai penyebab rasa bersalah dan rasa takutnya.
Tahap Kemurungan
  • Membantu pesakit mengenalpasti rasa bersalah dan takut dengan mengamati perilaku pesakit dan bersama dengannya menyelami perasaannya
  • Membantu pesakit mengurangi rasa bersalah dengan mengelakkan sebarang tindakan mencederakan diri
    • Menghargai perasaan pesakit
    • Membantu pesakit menemukan fikiran yang positif dengan memberikan kenyataan yang baik
    • Membiarkan pesakit mengungkapkan perasaan dan bersama pesakit menyelami  fikiran negatif yang selalu timbul
Tahap Penerimaan
  • Membantu pesakit menerima kehilangan yang tidak tidak dapat dielakan :
    • Membantu keluarga mengunjungi pesakit secara teratur
    • Membantu keluarga dalam kerja-kerja berkabung.
    • Memberi informasi mengenai pesakit kepada ahli keluarga
Kumpulan Sokongan : NGOs
Berikut adalah kumpulan sokongan atau NGO yang terdapat di Malaysia dan juga luar negara:
Peringkat Malaysia
  1. Ministry of Health Malaysia (http://www.moh.gov.my/)
  2. National Cancer Society of Malaysia (NCSM) (http://www.cancer.org.my/index.php)
  3. Hospice Malaysia (www.hospismalaysia.org)
  4. Malaysian Oncological Society (http://www.malaysiaoncology.org/)
  5. Malaysian Medical Association (http://www.mma.org.my/)
  6. Breast Cancer Welfare Association, Malaysia (http://www.radiologymalaysia.org/breasthealth/bcwaindex.htm)
  7. College of Radiology, Academy of Medicine of Malaysia (http://www.radiologymalaysia.org/)
Peringkat Dunia
  1. World Health Organisation (WHO) (http://www.who.int/en/)
  2. International Association for Hospice & Palliative Care (IAHPC) (http://hospicecare.com/home/)
  3. Asia Pacific Hospice Palliative Care Network (APHN) (http://aphn.org/)
  4. Hospicenet (http://www.hospicenet.org/)
  5. Palliative Care Network (http://www.palliativecarenetwork.com/)
  6. National Hospice and Palliative Care Organization (NHPCO) (http://www.nhpco.org/)
  7. National Council for Palliative Care (NCPC) (http://www.ncpc.org.uk/)
  8. Singapore Hospice Council (http://www.singaporehospice.org.sg/)

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia.