RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142
Showing posts with label health. Show all posts
Showing posts with label health. Show all posts

Tuesday, 18 August 2015

MENOPAUSE EFFECT

Menopause is the time in a woman's life when her period stops. It usually occurs naturally, most often after age 45. Menopause happens because the woman's ovaries stop producing the hormones estrogen and progesterone.

A woman has reached menopause when she has not had a period for one year. Changes and symptoms can start several years earlier. They include

  • A change in periods - shorter or longer, lighter or heavier, with more or less time in between
  • Hot flashes and/or night sweats
  • Trouble sleeping
  • Vaginal dryness
  • Mood swings
  • Trouble focusing
  • Less hair on head, more on face
Some symptoms require treatment. Talk to your doctor about how to best manage menopause. Make sure the doctor knows your medical history and your family medical history. This includes whether you are at risk for heart disease, osteoporosis, or breast cancer.

Wallahu’alam.


Source: Dept. of Health and Human Services Office on Women's Health

Thursday, 25 June 2015

KELEBIHAN MALAM AL QADAR


Bulan Ramadan adalah  penghulu kepada bulan-bulan lain di sepanjang tahun, penuh dengan keberkatan dan setiap amal ibadat akan di gandakan pahala. Ibadat sunat diberi pahala sama dengan ibadat wajib pada bulan-balan lain, manakala bagi ibadat wajib di beri pahala berganda. Pada bulan Ramadan terdapat satu malam yang istemewa iaitu Malam Al Qadar.

SEPULUH malam terakhir Ramadan dikatakan potensi besar berlaku Malam Al- Qadar,malam yang dilimpahi  keberkatan dan keistimewaan harus direbut oleh umat Islam yang berpuasa. Ini kerana di malam lailatulqadar  lebih baik daripada 1,000 bulan. Sepuluh  malam terakhir Ramadan juga harus diisi dengan beriktikaf di masjid dan  memperbanyakkan amalan termasuk membaca al-Quran dan menghidupkannya dengan  berbuat ibadat.

Rasulullah SAW sendiri memperbanyakkan  ibadah pada malam 10 yang terakhir melebihi daripada malam-malam sebelumnya. Aisyah ra berkata; “Rasulullah SAW apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan,  baginda menghidupkan malam (dengan ibadah), mengejutkan keluarganya (bangun  beribadah), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (tidak mencampuri)  isteri-isterinya”. (Riwayat Bukhari dan Muslim) Pada malam 10 terakhir ada satu malam  yang dinamakan lailatulqadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang   banyak). Pada malam ini diturunkan al- Quran sebagaimana firman Allah yang  maksudnya, “Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada lailatulqadar.”  (al-Qadr,1)

Ibn Abbas berkata, Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari al-Loh al-Mahfuz ke Bait al-E’zzah yang terletak di  langit dunia. Kemudian ia turunkan secara berperingkat kepada Rasulullah SAW,  selama 23 tahun. Lailatulqadar disifatkan lebih baik  berbanding 1,000 bulan. Firman Allah bermaksud, “lailatulqadar lebih baik  daripada 1,000 bulan”. (al-Qadr, 3) Pada malam ini juga disifatkan sebagai  malam yang penuh berkat. Firman Allah SWT dalam surah ad-Dukhan, ayat 4  bermaksud, “Sesungguhnya Kami turunkannya (al- Quran) pada malam yang  diberkati”. 

Pada malam itu juga turunnya Malaikat memenuhi bumi ini. Dan Malaikat turun bersama-sama turunnya berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam itu. Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia.  Firman Allah SWT yang maksudnya, “Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang  penuh hikmah”. (al-Dukhan, 4) Apa yang dimaksudkan melalui tafsir  ‘urusan yang penuh hikmah’ itu ialah pada malam berkenaan Allah menentukan umur,  rezeki dan ajal manusia.Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha  Penyayang juga mengampunkan hamba- Nya yang menghidupkan malam-malam berkenaan  dengan ibadah dan zikrullah (penghayatan terhadap kebesaran dan kekuasaan Allah)  penuh rasa keimanan dan pengharapan. Nabi SAW bersabda, bermaksud: “Carilah lailatulqadar pada malam 10 terakhir Ramadan”. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Rasulullah SAW bersabda lagi bermaksud: 
“Carilah lailatulqadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir”. (Riwayat Bukhari)
Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadis yang menceritakan mengenai lailatulqadar berselisih pada waktunya,ini menunjukkan bahawa malam berkenaan berpindah-pindah pada setiap tahun.

Oleh itu, setiap muslim tidak sepatutnya melepaskan peluang daripada memanfaatkan malam 10 terakhir Ramadan dan  menghidupkannya dengan ibadah dan doa. Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah ra bertanya kepada Rasulullah SAW, 

“Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada lailatulqadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab, katakanlah ‘Allahuma inni affu’un karim tuhibbul afuwa  fa’fuanni’” Satu lagi amalan yang sangat dituntut dilakukan oleh umat Islam pada 10 malam terakhir Ramadan ialah dengan iktikaf di  masjid. Fadilat beriktikaf pada bulan Ramadan lebih banyak berbanding hari yang  biasa. Maksud iktikaf di sini ialah mendampingi masjid untuk mentaati Allah SWT. Rasulullah SAW tidak pernah sekalipun meninggalkan iktikaf pada 10 malam terakhir Ramadan sehinggalah baginda wafat.  Isteri-isteri baginda turut beriktikaf bersama- samanya ketika baginda hidup dan meneruskan selepas baginda wafat.

Syarat beritikaf adalah seperti berikut:
  • Syarat sah iktikaf ialah Islam, berakal, tidak berjunub dan bersih daripada haid dan nifas bagi perempuan. Iktikaf hendaklah dilakukan di masjid
  • Waktu bermula iktikaf: Seseorang yang ingin beriktikaf hendaklah masuk ke dalam masjid sebelum terbenam matahari ke-20  Ramadan. 
  • Waktu berakhir iktikaf:Berakhirnya iktikaf ialah selepas terbenamnya  matahari pada hari terakhir Ramadan.
Perkara sunat yang dilakukan ketika beriktikaf ialah memperbanyakkan ibadat sunat seperti solat, membaca al-Quran, tasbih, tahmid, takbir, istighfar, salawat dan doa. Begitu juga menghadiri  majlis ilmu, mengulangkaji kitab hadis, tafsir, sirah nabi dan sebagainya.

Perkara yang harus dilakukan ialah keluar daripada masjid kerana sesuatu hajat dan darurat seperti untuk mengucapkan selamat tinggal kepada saudara mara, menziarahi kematian atau orang sakit.Begitu juga hukumnya harus dan digalakkan jika mandi, memotong rambut,kuku, memakai pakaian yang bersih dan wangi-wangian.

Mendirikan solat fardu secara berjemaah di masjid memang digalakkan. Seseorang yang bersolat jemaah di rumahnya tidak sama berbanding berjemaah di masjid.Keutamaan jemaah di masjid ini sangat diberi perhatian oleh Rasulullah SAW. Pada zaman Rasulullah SAW, semua sahabat menunaikan solat fardu secara berjemaah di masjid. 

Pernah juga suatu ketika Rasulullah SAW sangat marah kepada mereka yang tidak mahu datang solat berjemaah dan baginda bersabda, bermaksud: “Kalaulah boleh, aku akan menyuruh semua kanak-kanak  mengumpulkan kayu api agar aku boleh keluarmencari dan membakar rumah-rumah yang penghuninya bersolat di rumah mereka tanpa sebab yang dibenarkan.”

Setelah kita mengetahui kelebihan dan fadilat malam Al Qadar, marilah kita bersama-sama mengambil kesempatan untuk melakukan amal ibadat yang lebih pada bulan Ramadan. Berlumba-lumba untuk mencari malam Al – Qadar semoga dapat memperolehi kelebihannya dan mendapat keredaan Allah. Marilah kita tinggalkan sikap yang rugi yang mana di akhir bulan Ramadan lebih menenumpukan kepada aktiviti untuk persiapan menyambut Syawal. Cukuplah dengan samabutan dengan cara sederhana, kerana ibadat di bulan Ramadan tidak sama dengan bulan-bulan lain dan kita juga tidak begitu yakin adakah boleh bertemu dengan bulan Ramadan tahun akan datang.


Wallahu’alam.

Sunday, 31 May 2015

MAKE YOUR OWN ALKALINE WATER AT HOME

How To Make Your Own Alkaline Water at Home

What’s in your water?
When you think about your personal health and nutrition goals, what food or nutrients do you usually consider to be most important? Consider this: Our brains are made up of about 70% water, our bodies about 80%, surely water should be considered one of the most important things we put into our body on a daily basis. Each morning when you rise, you are already 2 cups dehydrated.

To enhance your daily protocol whatever it may be now, you can do one simple thing that will give you more energy, help you focus, and reduce cravings. Can you guess what that one thing is going to be? Upon waking, drink at least 2 cups of filtered alkaline water. We wake up about 2 cups dehydrated, so starting your day off with coffee or some other form of diuretic can lead to further dehydration throughout your day. Start with water first, then move on to something else if you wish.

Your Tap water is generally a mixture of chlorine, anti-biotics, hormones and other metals that will go straight into your system.

Impure water can cause a weakened immune system and an array of other illnesses that occur when the immune system is vulnerable. You’re also in danger should anything contaminate the public water sources. I’m sure from time to time you’ve heard or read about the acid/alkaline balance that’s so crucial to staying healthy. When our bodies are too acidic, we experience low energy, fatigue, digestive issues, weight gain and other side effects that are completely avoidable just by drinking pure water and eating fresh organic vegetables with a healthy acid/alkaline balance.

Use an alkaline water filtration system whenever possible. Alkaline filtration systems can be costly, ranging from 1-3k, however you are able to find personal alkaline wands at your local health food store for around $30. Ideally, fresh spring water is the absolute best water for you to drink. Find a Spring is a website that was created for the sole purpose of helping you find the closest springs near your area.

Alkaline water recipe:
  • 1 pitcher (64 ounces) of clean filtered water
  • 1 organic lemon, washed, cut into eighths
  • 1 tsp Himalayan pinksSalt

Directions: Fill pitcher, add in Lemon wedges (do not squeeze!). Then add 1 tsp. Himalayan Pink Salt, cover, and let sit overnight (8-12 hrs.) at room temperature.


If you don’t have a filter, you become one. – David Wolfe

wallahu'alam.

Friday, 15 May 2015

KHASIAT DUAN SIREH

Khasiat Daun  Sireh




Sunday, 06 June 2010 09:17




Dalam kehidupan masyarakat Melayu sejak zaman datuk nenek kita lagai Sireh digunakan secara berluasa dalam perlbagai perkara kehidupan harian mereka.Jika diteliti secara lebih pratikal Daun Sireh mempunyai banyak khasiat dan juga memainkan peranan utama dalam upcara Adat Istiadat Melayu di zaman dahulu dan hingga kini. Sungguhpun begitu di zaman kecaggihan kemajuan internet yang berada di hujung jari, dimana sahaja setiap masa, telah menjadikan penggunaannya  dalam kehidupan masyarakt Melayau dan juga kaun lain di Malaysia khasnya dan di nusantara amnya telah semakin pupus.

Sirih atau nama saintifiknya Piper betle sering digunakan dalam perubatan traditional Melayu. Biasanya, Sirih digemari sebagai kudapan di kalangan orang-orang tua. Daun sirih dimakan bersama-sama gambir dan kapur sebagai makanan harian pada waktu lapang. Kadang-kala ia dijadikan hidangan kepada tetamu.Walaupun begitu, dewasa ini bilangan penggemar sirih semakin berkurangan.
Sirih mempunyai nama yang berbeza-beza, antaranya sirih carang, camai, kerekap, serasa, cabe, kengyek atau kerak. Kebiasaannya, pokok sirih ditanam di kampung-kampung. Namun begitu terdapat juga pokok sirih yang tumbuh meliar di kawasan semak-samun. Daun sirih berwarna hijau gelap dan bersaiz kira-kira 15 cm panjang dan 10 cm lebar. Ia juga boleh didapati dengan mudah di pasar, terutamanya di kawasan pedalaman.

Dalam rawatan tradisional, sirih dimakan bersama gambir untuk mengatasi cirit-birit. Daun sirih juga berkesan untuk meredakan sakit gigi. Malah ia juga berkesan untuk melegakan demam panas. Alahan terhadap udara panas atau makanan-makanan tertentu boleh menyebabkan seluruh badan terasa gatal dan miang serta ditumbuhi bintil-bintil merah dikenali sebagai gelegata. Penyakit ini boleh diatasi dengan menggunakan daun sirih yang dilayur diatas api kemudian disapu pada kulit ketika daun masih panas.   Daun sirih juga boleh menghilangkan masalah gatal-gatal di bahagian kemaluan, dimana air rebusannya digunakan untuk mencuci di bahagian sulit yang gatal. Daun sirih juga boleh dimakan bersama-sama gambir untuk mengubati penyakit cirit-birit. Bagi mengubati pendarahan pada hidung , daun sirih digulung dan disumbat ke dalam lubang hidung untuk menghentikan pengaliran darah dari dalam hidung.

Selain itu, Sirih digunakan oleh orang Melayu sebagai pengeras, iaitu sebagai syarat yang diberikan kepada bomoh apabila bomoh itu mengubati seseorang pesakit. Ia juga dijadikan hantaran dalam istiadat perkahwinan orang Melayu. Sirih juga digunakan dalam upacara menjampi seseorang dalam proses mengubati pesakit.


Penggunaan dau sirih dalam perubatan tradisional memang banyak, dan ianya telah terbukti dapat merawat pelbgai penyakit diantaranya ;
1.Segarkan badan
Semasa dalam pantang, ambil beberapa helai daun sirih dan daun pandan kemudian rebus bersama sedikit halba, bunga cengkih dan garam. Mandi dengan menggunakan air rebusan setiap pagi sehingga ke hari ke-40 selepas bersalin.
2.Naikkan seri wajah
Bersihkan beberapa ranting daun inai kemudian rebus dengan menggunakan api sederhana sehingga mendidih. Biarkan sejuk dan minum airnya segelas pada waktu pagi dan segelas pada waktu malam. Amalkan dua atau tiga hari seminggu.
3.Kecutkan rahim
Ambil segenggam daun pegaga dan rebus bersama akarnya. Masukkan bersama pucuk pokok sepagi berdiri. Minum air rebusan tadi selama tiga hari berturut-turut setiap pagi.
4.Rawatan dalaman
Tumbuk kunyit hidup dan daun inai hingga lumat. Kemudian, perah dan ambil patinya lalu diminum pada waktu pagi. Lakukan selama tiga hari seminggu sepanjang waktu berpantang. Hasilnya, luka anda akan cepat sembuh dan wajah akan lebih berseri.
5.Tambah susu badan
Ada setengah wanita yang baharu melahirkan anak menghadapi masalah kurang susu badan. Bagi mengatasi masalah ini, ambil daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus. Makanlah bersama nasi panas dan amalkan selalu.
6.Sembuhkan luka bersalin
Luka akibat bersalin sama ada bersalin secara normal ataupun pembedahan boleh disembuhkan segera dengan makan ikan haruan yang dibakar ataupun dibuat sup. Selain itu amalkan makan hempedu ikan haruan setiap hari bersama satu sudu besar madu lebah asli.
Senarai di atas adalah penggunaan daun sirih dalam perubatan tradisional, kini kajian juga telah dilakukan untuk menggunakan sirih dalam penjagaan keisihatan melalui keadah perrubatan moden dan klinikal. Terutamanya dalam penggunaan daun sirih untuk rawatan kecatikan dan penjagaan kesihatan badan.
Penemuan bioteks dalam penggunan daun sirih ini akan dapat menjadikan sirih sebagai satu tanaman yang boleh di komersilkan. Jika ini dilakukan seara serious akan membolehkan para petani di desan menjadikanya sebagai salah satu pendapatan samapingan, lagipun ianya mudah di tanam diperkarangan rumah kita.

Wallahu’alam.


Sumber: Peladang 

Sunday, 26 April 2015

MEMAHAMI PSIKOLOGI PESAKIT KRONIK

Memahami Psikologi Pesakit Terminal

Pengenalan
Apa itu Penyakit Terminal? Apa yang dimaksudkan penyakit terminal ini?
Penyakit terminal ialah penyakit yang tidak dapat disembuhkan dan tidak ada ubatnya,  manakala kematian tidak dapat dihindari dalam waktu yang bervariasi mengikut potensi pesakit..  (Stuard & Sundeen, 1995).
Penyakit terminal dianggap sebagai pesakit yang tiada harapan untuk pulih dan menanti kematian yang bakal berlaku bila-bila waktu.
Contoh penyakit terminal adalah termasuk AIDS dan penyakit kanser.
Kriteria Penyakit Terminal
  • Penyakit tidak dapat disembuhkan
  • Kearah kepada kematian
  • Diagnosa perubatan adalah jelas
  • Tidak ada ubat untuk menyembuhkan
  • Prognosis yang negatif
  • Bersifat progresif
Pesakit terminal ini akan mengalami 2 bentuk kehilangan:
  1. Kehilangan yang nyata (actual loss) iaitu kehilangan orang atau objek yang tidak lagi dirasakan, dilihat, diraba. Contohnya kehilangan anggota tubuh, peranan, hubungan.
  2. Kehilangan yang dirasakan (Perceived loss) adalah kehilangan yang sifatnya adalah kedukaan. Contohnya:. kehilangan harga diri, percaya diri.
Contoh Kehilangan
  • Kehilangan objek
  • Kehilangan lingkungan yang dikenal
  • Kehilangan sesuatu atau seseorang yang sangat penting dan bererti
  • Kehilangan suatu aspek diri
  • Kehilangan hidup/ Arah tuju
Jadual 1 : Nilai-nilai Kehidupan dalam Hospice & Palliative Eco System
Memahami Perubahan Yang Kerap Berlaku
  1. Berduka (grieving) - merupakan reaksi emosional terhadap kehilangan. Berduka wujud dalam berbagai cara yang unik berdasarkan pengalaman peribadi, perbezaan budaya, dan keyakinan spiritual yang dianutinya.
  2. Berkabung (Mourning) - adalah tempoh masa penerimaan terhadap kehilangan dan berduka serta sering dipengaruhi oleh kebudayaan atau kebiasaan
Memahami Perubahan Pesakit
Menurut Lindermann dalam kajiannya telah menyatakan perasaan berduka bukan sahaja melibatkan emosi , tetapi juga akan melibatkan fizikal, kognitif, tingkah laku dan juga emosi seseorang pesakit
Perubahan Sensasi Fizikal
  • Perut memulas/Hollowness in the stomach
  • Ketegangan di dada/Tightness in the chest
  • Ketegangan di leher/Tightness in the throat
  • Sensitif kepada kebisingan/Oversensitivity to noise
  • Rasa terasing/A sense of depersonalization
  • Kesukaran bernafas/Breathlessness, feeling short of breath
  • Sakit otot /Weakness in the muscles
  • Kurang tenaga/ lack of energy
  • Kekeringan mulut/ Dry Mouth
Perubahan Kognitif
  • Perasaan Tidak Percaya/disbelief
  • Keliru/Confusion
  • Penuhi masa dengan aktiviti/ Preoccupation
  • Wujud Perasaan kesedaran/ Sense of Presence
  • Halusinasi/Halucinations
Perubahan Tingkah laku
  • Gangguan Tidur/Sleep disturbance
  • Gangguan selera makan/Appetite  Disturbance
  • Tingkah laku Negatif/Absentminded Behaviour
  • Mengasingkan Diri/Social Withdrawal
  • Mimpikan kematian
  • Menangis/ Crying
Reaksi Berduka
Pesakit Terminal akan mengalami tahap respon berduka. Menurut Kubler – Ross, Peringkat berduka :
  1. Penafian/denial,
  2. Marah/anger,
  3. Tawar menawar/bargaining,
  4. Depresi/depression
  5. Penerimaan/acceptance
Jadual 2 : Graf Emotional Responses semasa Seorang Individu Berduka
  1.                                                            
  1. Penolakan
    • Penolakan ialah reaksi pertama apabila menerima berita keadaan pesakit
    • Perubahan Kognitif  adalah seperti tidak percaya, mengerti, atau tidak menerima kenyataan.
    • Manakala perubahan fizikal adalah  letih, lemah, pucat, mual, menangis, gangguan pernafasan dan gelisah.
    • Tempoh masa berlangsung beberapa minit hingga beberapa tahun
    • Contoh - "saya rasa ok, saya tak ada masalah."; "Tidak,perkara ini tidak akan berlaku dalam diri saya!,"
  1. Marah
    • Pesakit terminal akan mengalami kemarahan.
    • Kemarahan ini timbul dan diprojeksi kepada orang lain atau dirinya sendiri.
    • Perubahan fizikal adalah pesakit ini akan bersifat agresif, bicara kasar, menyerang orang lain dan menolak pengubatan.
    • Tingkahlaku pesakit juga akan berubah, pesakit ini juga selalu marah dan  menuduh doktor atau jururawat tidak kompeten dan profesional dalam pekerjaannya.
    • Pesakit akan rasa muka merah, denyut nadi cepat, rasa gelisah, susah tidur dan tangan mengigil
    • Contoh - "Kenapa saya? Ini adalah tidak adil !"; "mengapa perkara ini boleh berlaku kat saya!"; "Salah siapa tu?"
  1. Tawar-Menawar
    • Merupakan proses penundaan kesedaran atas kenyataan terjadinya kehilangan.
    • Ia berupaya melakukan tawar – menawar dengan memohon belas kasihan dari Pencipta.
    • Contoh- " bagilah saya hidup lama sikit untuk lihat abang saya besar."; "saya akan lakukan apa sahaja asalkan saya dapat hiup lama sikit ."; "saya akan bagi simpanan saya jika..."
  1. Kemurungan
    • Pesakit ini menunjukan sikap mengasingkan diri
    • Pesakit kadang-kala bersikap menurut, tidak ingin bicara, tidak dapat membuat keputusan dan rasa dirinya tidak berharga.
    • Pesakit ini mempunyai keinginan bunuh diri.
    • Gejala fizikal adalah hilang selera makan, rasa susah tidur, rasa letih dan libido turun
    • Contoh- "saya tak rasa sedih pun, kenapa nak ganggu saya lagi ni?"; "saya akan mati tak lama lagi……apa guna saya …..?"; "saya sangat rindu dia, kenapa perlu saya hidup lagi?"
  1. Penerimaan
    • Fikiran mengenai perkara yang hilang akan mulai berkurang atau hilang beralih ke perkara baru.
    • Ahli keluarga dapat menerima kenyataan kehilangan dan mulai memandang ke depan.
    • Apabila mencapai tahap persekitaran positif ini, pesakit akan menerima dengan perasaan positif dan mengatasi perasaan kehilangan atau negatif.
    • Contoh- "saya akan baik."; "saya mampu atasinya dan akan ubah"; "saya tidak dapat berjuang,tapi baik saya bersedia je!"
Persediaan Mental Penjaga
Menjaga orang sakit adalah tidak mudah. Penjaga (caregiver) harus mempunyai persediaan yang mencukupi dari aspek emosi, mental dan fizikal. Jesteru itu, penjaga harus membina dan meningkatkan hubungan saling percaya dengan cara :
  • Mendengar pesakit berbicara
  • Memberi dorongan agar  pesakit bersedia untuk meluahkan perasaannya.
  • Menjawab pertanyaan pesakit secara langsung
  • Menunjukkan sikap menerima dan empati          
  • Memberi sokongan  terhadap respons kehilangan pesakit.
  • Meningkatkan rasa kebersamaan antara anggota keluarga.
  • Menentukan tahap keberadaan pesakit
Mengenalpasti Keperluan Pesakit Terminal
Health workers dan juga penjaga/ibu bapa harus mengenalpasti keperluan emosi pesakit terminal dengan memahami
Tahap Penafian
  • Memberikan kesempatan pesakit terminal untuk mengungkapkan perasaan
  • Menunjukan sikap menerima dengan ikhlas dan mendorong pesakit untuk meluahkan perasaan.
  • Memberi jawapan yang jujur terhadap pertanyaan pesakit tentang penyakitnya.
Tahap Marah
  • Mengizinkan dan mendorong pesakit meluahkan perasaan marah secara verbal, tanpa melakukan provokasi terhadap kemarahan. Perlu mengikut batasan budaya dan agama.
  • Ahli keluarga harus dijelaskan bahawa kemarahan yang dilakukan sebenarnya tidak ditujukan kepada mereka
  • Ahli keluarga harus membiarkan pesakit menangis dan mendorong pesakit membincangkan kemarahannya.
  • Ahli keluarga harus membantu pesakit dengan
    • Mendengarkan luahan dengan penuh perhatian
    • Mendorong pesakit untuk membicarakan rasa takut atau rasa bersalahnya
    • Bila pesakit selalu mengungkapkan “kalau” atau “seandainya ….” beritahu pesakit bahawa health worker hanya dapat melakukan sesuatu yang nyata.
    • Bersama-sama dengan pesakit menceritakan mengenai penyebab rasa bersalah dan rasa takutnya.
Tahap Kemurungan
  • Membantu pesakit mengenalpasti rasa bersalah dan takut dengan mengamati perilaku pesakit dan bersama dengannya menyelami perasaannya
  • Membantu pesakit mengurangi rasa bersalah dengan mengelakkan sebarang tindakan mencederakan diri
    • Menghargai perasaan pesakit
    • Membantu pesakit menemukan fikiran yang positif dengan memberikan kenyataan yang baik
    • Membiarkan pesakit mengungkapkan perasaan dan bersama pesakit menyelami  fikiran negatif yang selalu timbul
Tahap Penerimaan
  • Membantu pesakit menerima kehilangan yang tidak tidak dapat dielakan :
    • Membantu keluarga mengunjungi pesakit secara teratur
    • Membantu keluarga dalam kerja-kerja berkabung.
    • Memberi informasi mengenai pesakit kepada ahli keluarga
Kumpulan Sokongan : NGOs
Berikut adalah kumpulan sokongan atau NGO yang terdapat di Malaysia dan juga luar negara:
Peringkat Malaysia
  1. Ministry of Health Malaysia (http://www.moh.gov.my/)
  2. National Cancer Society of Malaysia (NCSM) (http://www.cancer.org.my/index.php)
  3. Hospice Malaysia (www.hospismalaysia.org)
  4. Malaysian Oncological Society (http://www.malaysiaoncology.org/)
  5. Malaysian Medical Association (http://www.mma.org.my/)
  6. Breast Cancer Welfare Association, Malaysia (http://www.radiologymalaysia.org/breasthealth/bcwaindex.htm)
  7. College of Radiology, Academy of Medicine of Malaysia (http://www.radiologymalaysia.org/)
Peringkat Dunia
  1. World Health Organisation (WHO) (http://www.who.int/en/)
  2. International Association for Hospice & Palliative Care (IAHPC) (http://hospicecare.com/home/)
  3. Asia Pacific Hospice Palliative Care Network (APHN) (http://aphn.org/)
  4. Hospicenet (http://www.hospicenet.org/)
  5. Palliative Care Network (http://www.palliativecarenetwork.com/)
  6. National Hospice and Palliative Care Organization (NHPCO) (http://www.nhpco.org/)
  7. National Council for Palliative Care (NCPC) (http://www.ncpc.org.uk/)
  8. Singapore Hospice Council (http://www.singaporehospice.org.sg/)

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia