Kelebihan Ramadan
- Daripada Anas (r.a), Katanya:
Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia
sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan
bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya
Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya
pada bulan ini.
- Kelebihan bulan Ramadan dan
keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga
mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang
yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah
dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar,
tasbih dan berzikir sepenuhnya.
- Berkata Saidina Ali, Nabi
(s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah
olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :
(Segala kepujian bagi Allah yang telah
menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau
pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi
sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya:
Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka,
atau dibacakan :
(Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan
keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan
engkau Allah.)
- Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa
syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana
masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di
bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga.
Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang
teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka
berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu
syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak
meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya?
jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah
malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu
syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad
(s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat
Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam
lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman
Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta
ampun? Akan Aku ampunkan!
- Pada malam Lailatul Qadar
menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu
turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera
hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya
tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah
dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib
). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang
yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan
Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan
berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa
orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat
kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat
Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya
Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah
padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat
orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak,
orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan
orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
- Apabila pada malam akhir
Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri
didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke
bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua
mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad
keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi
raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan
dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang,
firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang
mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami,
sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai
malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan
Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu
kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu
kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari
ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan
kepadamu! (Al-Hadith).
- Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi
kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat
dahulu sebelumnya :
- a) Bau mulut orang berpuasa
lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
- b) Segala perbelanjaan dan
derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
- c) Diampunkan dosa-dosa mereka
pada malam Lailatul Qadar.
- d) Amalan yang dilakukan pada
bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa
maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya,
makan minumnnya kerana Aku.
- e) Dan mereka dikurniakan
nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan
di akhirat.(Al-Hadith)
- Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan
yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70
kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat
kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan
rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang
siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan
hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup
memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah
memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji
kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan
Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada
dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti
pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
- Puasa menurut segala yang
disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan
bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
- Barang siapa hadir ke dalam
majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun,
dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam
bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang
berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri
yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar
Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang
menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan
siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah
dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan
diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
- Orang yang sembahyang bulan
Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan
dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa
dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga
tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
- Pada hari Qiamat, Allah
memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada
kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan
berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman
syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam
makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan
Ramadan. (A-Hadith)
- Orang mukmin yang tidur dalam
bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut
Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat
kepada kamu.)
- - Apabila dia berdiri
maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya
hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)
- - Apabila memakai pakaian ,
berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
- - Apabila memakai kasut,
berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul
Mustaqim!)
- - Apabila memegang timba
berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)
- - Apabila mengambil air
sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada
segala dosa dan kesalahan!)
- - Apabila berdiri sembahyang ,
berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan
luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)
- Serta menilik Allah kepadanya
, maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
- Malaikat yang banyak muka
bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka
melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu
berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah
mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad!
(Al-Hadith)
- Keredaan Allah (bagi orang
yang taat)
- Keampuan Allah (bagi orang
yang maksiat)
- Jaminan Allah (bagi orang yang
taat)
- Kejinakan Allah (bagi orang
yang tawakkal)
- Anugerah Allah (bagi orang
yang benar).
- Ramadan, Ramada, ertinya :
membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan
beribadat bulan Ramadan.
- Ramadan ertinya bulan
mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang
mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana
ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah
Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada
bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali
ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul
Qadar.
- "Bahawa di dalam syurga
terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat
dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya
Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik
percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang
sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang
manusia banyak tidur." (Al Hadith)
- "Semulia mulia sedeqah
ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
- "Puasa itu perisai dan
sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api."
(Al Hadith)
- "Siapa memberi makan (
berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala
orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)
- Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada
daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia
dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah
(berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang
diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir
Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap
tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada
permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka
permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari
( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang
menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)
- Sabda Nabi (s.a.w) :
Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya
menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada
Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang
yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
- Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa
pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam
Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya
tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga
daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah
yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan
segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap
tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa
emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi
hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
- Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan
hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti
kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
- Barangsiapa mengerjakan ibadat
pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di
ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
- Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur
orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih,
doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya
dilipatgandakan . (Al Hadith)
- Apabila berakhir bulan Ramadan,
menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang
digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya,
bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali
diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar,
suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang
salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka
menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada
tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
- Apabila berakhirlah malam bulan
Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala
malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi
umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya
Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w),
Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan
digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah
musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)
- Malam Lailatul Qadar adalah
malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat
dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk
mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui
oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha
mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam
Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di
pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan
orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar
itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan
rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan
Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.
- Malam Aidilfitri, malam raya,
disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir
"AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang
banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang
menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya
dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala
hati. (Al-Hadith).
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.