RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142
Showing posts with label kesihatan..motivasi. Show all posts
Showing posts with label kesihatan..motivasi. Show all posts

Thursday, 21 May 2015

TANGGUNG JAWAB SUAMI MENGIKUT ISLAM

Tanggungjawab Suami

Islam telah meletakkan landasan yang jelas terhadap sesebuah ikatan perkahwinan,iaitu pembinaannya mestilah di atas asas agama,bukannya nafsu semata-mata.Oleh itu,rumahtangga yang harmoni dan bahagia akan terbentuk melalui rasa tanggungjawab masing-masing dengan sempurna,kerana perkahwinan yang diikat melalui akad perkahwinan bertujuan membentuk peribadi dan mengajak pasangan tersebut supaya berkongsi pendapat,masa,cara hidup untuk sama-sama menunaikan tanggungjawab masing-masing kearah keluarga yang bahagia mengikut gasipanduan yang ditetapkan oleh Allah atau Islam.

Keluarga yang baik dan harmoni akan dapat melahirkan masyarakat yang baik juga,melalui proses pembentukan peribadi dan jiwa anak-anak,yang mana semua itu bermula daripada sebuah keluarga.Masyarakat dan negara tidak akan maju dan tidak sempurna jika ahli keluarga yang mendiami sesebuah negara itu pincang.

 Justeru itulah,rumahtangga yang aman dan harmoni dapat dicapai melalui kerjasama dan tanggungjawab yang baik sesama mereka,seperti berkasih sayang,sabar,tolak ansur dan wujudnya persefahaman.Untuk mempastikan kerukunan sesebuah rumahtangga dan keluarga,Islam menggariskan peraturan tertentu yang merupakan tanggungjawab suami dan isteri,iaitu:

Tanggungjawab Suami
Suami adalah ketua keluarga.Antara tanggungjawab suami terhadap isteri dan keluarganya,ialah:
  1. Wajib memberikan nafkah kepada isterinya selagi ia memberi kesetiaan dan ketaatan.
  2. Membayar mas kahwin kepada isterinya.
  3. Suami mestilah sentiasa melayan isteri dengan penuh layanan mesra dan kasih sayang.
Sebagaimana sabda baginda yang bermaksud:
“Berwasiatlah kamu supaya berlaku baik terhadap isteri-isteri.Sesungguhnya kamu mengambil mereka dengan amanah Allah SWT dan kamu menghalalkan persetubuhan dengan mereka dengan kalimah Allah SWT”-(riwayat At-Tirmidzi)
Sabda Nabi yang lain:
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang baik budi pekertinya dan lemah lembut terhadap isterinya”-(riwayat Abu Daud)
Dalam keadaan lain,Al-Quran juga sentiasa menyarankan suami supaya berbuat baik dengan isteri mereka.Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
“…dan bergaullah kamu dengan mereka(isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.Kemudian jika kamu(merasa)benci kepada mereka(disebabkan tingkahlakunya,janganlah kamu terburu-buru menceraikannya);kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu,sedang Allah SWT hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak(untuk kamu)-(Surah An-Nisa’ 4:19)
Sebagaiman hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib yang bermaksud:
“Rasulullah SAW bersabda:Lelaki yang paling baik ialah yang amat baik terhadap isterinya,dan aku adalah yang paling baik terhadap isteriku.Tidak ada seseorang yang memuliakan wanita,kecuali dia seorang yang mulia.Tidak ada yang menghina wanita,kecuali oarang yang rendah pekertinya”-(riwayat Abu Daud)

 4. Suami mestilah memberi bimbingan dan tunjukajar yang baik terhadap isteri mereka dengan didikan agama dan pengajaran yang baik dan bukan menyeksa mereka. 
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman!Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya:manusia dan batu (berhala)….-(Surah At-Tahrim 66:6)

5.   Memberi layanan yang baik,samada dari segi tingkah laku,perbuatan,tutur kata dan contoh teladan yang baik.

6.   Memenuhi nafkah zahir dan keperluan asasi,seperti pendidikan,pakaian,tempat tinggal dan makanan mengikut kadar kemampuan suami.
   Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya,maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah SWT kepadanya (sekadar yang mampu) ;Allah SWT tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya.(Orang-orang yang dalamkesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah SWT akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.- (Surah AT-Thalak 65:7)

7.   Memenuhi keperluan nafkah batin
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu,dan janganlah kamu hampiri mereka  (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabil mereka telah suci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan Allah kepadakamu. Sesungguhnya Allah SWT mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan diri”- (Surah Al-Baqarah 2:222)

8.   Menjaga dan memberi perlindungan daripada sebarang ancaman dan bahaya.

9.   Berlaku adil terhadap semua isteri jika mereka mempunyai lebih dari seorang isteri.

Suami mestilah menunaikan tanggungjawabnya dengan memberi nafkah kepada isterinya bergantung kepada keadaan dan keperluannya.Oleh itu Islam tidak menentukan kadartertentu dan tidak ada penentuan yang khusus,ia bergantung kepada pendapatan sert keadaan taraf hidup,kemampuan suami serta menilai keadaan keperluan.

Biarpun nafkah adalah tanggungjawab suami,namun dalam sebuah rumahtangga yang sederhana dan suami yang berpendapatan kecil,tidak menjadi kesalahan untuk isteri bekerja dan membantu suaminya demi memantapkan kehidupan rumahtangga mereka.Selain itu juga,Islam menegah isteri menuntut nafkah serta keperluan yang tidak termampu oleh suaminya.

Seterusnya untuk menjamin keutuhan dan keluarga yang bahagia,masing-masing mestilah merelakan dan sanggup menerima hakikat keadaan rumahtangga masing-masing,terutamanya bagi suami yang tidak mempunyai pendapatan yang lebih atau tidak mampu berusaha lebih dan disebabkan taraf hidup yang tinggi,contohnya di kota dan hidup di bandar.Walaubagaimanapun,suami mestilah berusaha dan mencari rezeki yang halal dengan bersungguh-sungguh dan menunaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga.

Renungkanlah para suami semua, adakah kita telah melaksanakan amanah dan tanggung jawab kita sebagai suami mengikut ketetapan yang digariskan oleh Allah. Atau adakah kita hanya jadi suami lebih kepada kepetingan nafsu seks dan keperluan material dunia sahaja. Muhasabahlah diri kita, masa masih ada sebelum terlambat, jika didapati setakat ini sebagai suami kita  masih belum laksanakan tanggung jawab yang ditetapkan oleh Islam, maka cepat-cepatlah bertaubat dan mengambil tidakan positif untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada dan menjadi suami yang akan mendapat keredaan Allah di dunia dan juga di akhirat.


Wallahu’alam.

Monday, 11 May 2015

KELEBIHAN BULAN SYAABAN

KLEBIHAN-BULAN-SYAABAN1
Syaaban membawa maksud berpecah-pecah. Ada yang berpendapat, ini kerana pada ketika ituK bangsa Quraisy terpaksa berpecah-pecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari air di padang pasir. Ada pula yang berpendapat ia membawa maksud pemisah kerana Syaaban adalah pemisah antara bulan Rejab dan Ramadhan.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Rasulullah s.a.w menjawab, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Bulan Syaaban dianggap merupakan bulan yang baik untuk kita meminta keampunan daripada Allah, serta memperbaiki diri dari segala macam cela. Dan bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
“Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”
Nisfu Syaaban

Di dalam bulan Syaaban juga terdapat satu malam yang penuh rahmat, iaitu Malam Nisfu Syaaban. Pada malam ke-15 bulan Syaaban ini, doa menjadi sangat mustajab.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hari raya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”

Umat Islam disarankan untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yaasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib.

Bacaan pertama diniatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya.

Bacaan kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya.\

Kemudian bacaan ketiga pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya.

Namun jangan lupa agar kita membaca dengan penuh tenang dan tidak terkejar-kejar.
Pada malam Nisfu Syaaban, telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya:

“Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.” (Al-Hadis)
Puasa Sunat di bulan Syaaban

Pada bulan ini, digalakkan bagi kita untuk memperbanyak Puasa Sunat. Rasulullah s.a.w sendiri lebih gemar berpuasa sunat pada bulan Syaaban.
Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:

“Sesiapa yang berpuasa 3 hari pada permulaan Syaaban, 3 hari pertengahannya dan 3 hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.”

Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:

“Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban” (Al-Hadis)

1 hari berpuasa di bulan Syaaban akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga, dan diberi pahala seperti pahala nabi Ayub dan Nabi Daud.
Sesiapa yang berpuasa sebulan pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya Sakaratulmaut, dilepaskan kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan diwajibkan syurga baginya.

Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis di dalam Syaaban, dimasukkannya dalam syurga. (Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah)
Doa, Zikir & Selawat ke atas Rasulullah s.a.w

Bulan ini juga kita digalakkan untuk membanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah s.a.w.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah swt akan mengampuni segala dosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)

Bertaubat
Sangat digalakkan untuk mempernyak bertaubat pada bulan ini. Ini bagi memperbaiki diri dari segala cela, agar bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita.

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

“Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.”

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani) (Al-Hadis)

Oleh itu, diharapkan agar kita dapat bersama-sama memperbanyakkan amalan yang baik ini di bulan Syaaban. Banyak fadhilat dan kelebihan yang dijanjikan oleh Allah kepada kita,

Wallahu’alam.

Sumber : cahaya purnama

Wednesday, 29 April 2015

MAMPUKAH SUAMI SETIA JIKA ISTERI SAKIT BERPANJANGAN ( Sakit lumpuh) ?



Bismillah hirRahman nir Rahim.

Assalamualaikum Warahmatullah Hirwabarokuh dan Salam Sejahtera,

Para sahabat yang di hormati sekalian.

Saya ingin berkongsi bersama anda sekelian tentang perasaan saya semasa isteri mulai mengalami lumpuh setelah beliau dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan AVM pada 1 Mac 2001. Selepas pembedahan itu beliau telah di tahan untuk rawatan pemulihan di wad hospital selama 29 hari.

Pada hari pertama beliau di bawa pulang ke rumah setelah di discharge dari wad hospital. Beliau sememangnya tidak boleh berjalan, perlu kepada pertolongan saya untuk bergerak. Suasana ingatan beliau juga amat berubah berbanding dengan sebelum di timpa kesakitan. Bila beliau sedar dari tidur ianya mengambil masa untuk membolehkan beliau membuka mata dan melilihat di sekelilingnya. Serta juga mengambil masa untuk boleh berkata-kata dan untuk mengenali orang yang berada di hadapannya.

Untuk itu saya terpaksa mengambil cuti selama sebulan untuk membolehkan saya menjaganya setiap waktu. Melihat keadaan isteri yang tidak sempurna itu sama ada dari segi pergerakan fizikal dan juga ingatan minda. Saya mula merasai bahawa kehidupan saya akan menempuh masa depan yang gelap dan penuh dengan cabaran dan penderitaan. Bagi menguatkan semangat saya pada setiap waktu solat akan berdoa ke hadrat Allah SWT moga di beri kekuatan minda dan kesihatan untuk menempuh satu era baru dalam keluarga kami.

Sememngnya pada hari pertama hingga bulan ke empat isteri berada di rumah, saya amat sibok sekali untuk melayani kerenah pesakit lupuh ini. Saya mula terasa tertekan dan fikiran agak celaru, mana tidak pada hampir setiap masa perlu berada di samping isteri dan melayani segala keperluanya, hinggakan saya sendiri tidak terurus seperti biasa- kurang tidur, stress dan makan tidak menentu. Fikiran bercelaru memikirkan bilakah isteri akan pulih dan dapat berdikari, juga memikirkan tentang anak bongsu perempuan yang pada masa itu berusia 4 tahun lebih. Bagaimanakah ianya akan membesar dengan ibunya yang cacat dan dapatkah dia mendapat kasih sayang ibu seperti abang dan kakaknya yang lain. Apakah akan berlaku kepada emosi anak yang masih mentah dan tidak mengerti apa-apa tentang dugaan kehidupan.

Setelah masuk bulan ke enam dan seterusnya, saya mula terasa bahawa suasan di rumah dengan keadaan isteri yang sakit lumpuh itu mula dapat dijadikan sebagai satu rutin kehidupan . Segala kesusahan,keperitan dan penderitaan yang kami sekeluarga tanggug itu telah dapat di terima sebagai sudah menjadi takdir kami sekeluarga yang Allah tetapkan. Bila saya meletakkan segala permasalahan yang dihadapi itu adalah pemberian oleh-Nya, maka jiwa saya dapat di tenteramkan dari perasaan bercelaru dan tidak menentu yang cuba di hasut oleh syaitan dan kuncu-kuncunya supaya saya merasa dukacita dan kecewa terhadapa Tuhan, dengan kata lain ia cuba menjadikan saya seorang yang sirik terhadap segala nikmat Allah yang tidak terhitungnya  banyak sekali. Alhamdulillah sedikit sebanyak ilmu agama yang di terapkan oleh ayah semenjak saya kecil lagi dapat melawan dan menjadi perisai segala perancangan jahat syaitan laknatullah itu.

Untuk itu saya terpaksa medekati diri saya dengan para alim ulama dan ilmuan Islam untuk mendapat nasihat mereka. Hasil dari nasihat mereka itulah saya dapat bertahan dan memperkasakan diri saya dengan sifat sabar dan menerima segala takdir Allah dengan  rela hati. Saya mengambil banyak masa pada setipa hari untuk membaca kitab suci Al-Quran dan memahami serta menghayati segala isi kandunganya. Ini adalah hasil daripada saya dapat nasihat dari beberapa orang tok guru dan ustaz.

Dalam saya mencari ketenangan melalui pembaca Al-Quran  dan menghayati maknanya setiap hari itu, Saya amat bersyukur ke hadarat Allah SWT yang telah memberi ketenangan kepada hamba yang kerdil ini untuk terus bersabar dalam menerima segala kesusahan dan kerumitan semasa menjaga isteri lumpuh. Juga saya bersyukur kerana Allah memberi hidayah sifat sabar kepada hamba-Nya ini, sehinggakan saya tidak kahwin satu lagi walaupun isteri sakit lumpuh. Berkat niat untuk berbakti kepada isteri yang di cintai itu, kini kami dapat meneruskan hidup dengan merasai nikmat cinta suci kami yang telah membahagiakan kami semenjak kahiwin di awal tahun lapan puluhan dahlulu dan berkekalan sehingga kini yang telah memakan masa hampit 35 tahun dan dalam tempoh itu isteri sakit lumpuh telah melewati masa hampir 15 tahun. Syukur Alhamdulillah.

Jika di teliti di dalam Al-Quran terdapat ayat-ayat yang Allah terangkan bagaimana kelebihan orang-orang yang bersabar apabila menerima ujian Allah.

Ayat- ayat al-Quran kepada manusia yang di uji –( al-Fatihah dan al-Baqarah)

surah al-Fatihah ayat 5:
"hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan"

surah al-Baqarah ayat 45:

"dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. dan (solat) sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang kusyuk"

surah al-Baqarah ayat 112:
"tidak! barangsiapa menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah dan dia berbuat baik, dia mendapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati"

surah al-Baqarah ayat 143:

"....dan Allah tidak akan menyia-yiakan imanmu. sungguh, Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang kepada manusia".

surah al-Baqarah ayat 152-153:

"maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku.
wahai orang-orang yang beriman! mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. sungguh, Allah berserta orang-orang yang sabar".

surah al-Baqarah ayat 155-157:
'dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar,
(iaitu) orang yang apabila di timpa musibah, mereka berkata 'inna lillahi wa'inna ilaihi rajiuun (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali).
mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk".

surah al-Baqarah ayat 186:

"dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permintaan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. hendaklah mereka memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran".

surah al-Baqarah ayat 195:
" dan infakkanlah (hartamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu jatuhkan (diri sendiri) ke dalam kebinasaan dengan tangan sendiri, dan berbuat baiklah. sungguh, Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik".

surah al-Baqarah ayat 197:

"....segala yang baik yang kamu kerjakan, Allah mengetahuinya. bawalah bekal, kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa. dan bertaqwalah kepada-Ku wahai orang-orang yang mempunyai akal sihat!".

surah al-Baqarah ayat 200-202:
"....maka di antara manusia ada yang berdoa, 'ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia,' dan di akhirat dia tidak memperoleh bahagian apapun.
dan di antara mereka ada yang berdoa 'ya Tuhan kami, berikan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan lindungilah kami dari azab neraka.' 
mereka itulah yang memperoleh bahagian dari apa yang telah mereka kerjakan dan Allah Maha Cepat perhitungan-Nya".

surah al-Baqarah ayat 207-209:
"dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya karena mencari keredhaan Allah, dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya.
hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. 
tetapi jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah, bahwasanya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana".

surah al-Baqarah ayat 212:
"kehidupan dunia di jadikan terasa indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka menghina orang-orang yang beriman. padahal orang-orang yang bertaqwa itu berada di atas mereka pada hari kiamat. dan Allah memberi rezeki kepada orang yang Dia kehendaki tanpa perhitungan".

surah al-Baqarah ayat 214:

ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) seperti (yang di alami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. mereka di timpa kemelaratan, penderitaan dan di goncang (dengan pelbagai ujian) sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, 'bilakah datang pertolongan Allah?' ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat".

surah al-Baqarah ayat 216:

"....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".

surah al-Baqarah ayat 233:
".....seseorang tidak di bebani lebih dari kesanggupannya..."

surah al-Baqarah ayat 245:
"siapakah yang memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan". 

surah al-Baqarah ayat 286:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebaikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdo’a): "ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir".

Berasarkan maksud ayat-ayat di atas, ianya merupakan faktor motivasi kepada saya untuk menerima segala kesusahan dan keperitan hidup akibat isteri mengalmi lumpuh yang kini telah menghampiri 15 tahun. Dengan meletakkan segala ujian All\ah itu akan diberi ganjaran pahala di akhriat yang kekala abadi kelak, maka kita tidak akan berasa berputus asa malah ini nya memberi semeangat kapada kita untuk terus memberi bakti untuk membantu isteri yang sakit pada saban masa kerana  ganjaran pahala yang dijanjikan Allah amat besar dan tidak semua orang yang mendapat ujian seumpama ini.

Saya juga bersyukur di atas hidayah-Nya yang telah memberi ilham kepada saya untuk membukukan segala pengalaman jerit getir dalam menjaga isteri lumpuh selama lebih 15 tahun. Buku berkenaan yang diterbitkan oleh PTS publiahing House dengan jodol "BERCINTA SAMPAI SYURGA" telah habis di jual dalam tempoh 2 bulan . Kini telah di ulang cetak untuk kali kedua. 

Buku ini juga telah dijadikan rujukan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dalam melaksanakan dasar "Keluragga Mawassah
Ar Rahmah" yang telah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri.




Wallahu’ alam.    

Saturday, 25 April 2015

PENJAGAAN PESAKIT LUMPUH : Perlu Ikhas, sabar dan redha dengan ketentuan Allah. Perlu kepada motivasi kendiri dan kreatif


Tips-tips yang diterangkan dalam blog ini adalah berdasarkan nasihat doktor dan juga pengalaman saya menjaga isteri yang telah lumpuh sebelah tubuh (kanan) sejak 15 tahun lalu. Isteri lumpuh akibat daripada pembedahan kepala pada tahun 2001 setelah ianya koma selepas berlaku pendarahan dalam saraf otak (AVM).

Tip-tip yang saya nyatakan ini adalah satu keadah bagaimana waris terdekat yang menjaga pesakit supaya dapat membantu pesakit untuk sembuh kembali (dengan izin Allah).
Memandangkan penyakit lumpuh berlaku dengan pantas, (serta mereta - tidak ada tanda-tanda awal). Bila terjadi semua keluarga terdekat menjadi panik, Kadangkala pada peringkat awal pesakit di serang, kita akan membawa pesakit ke hospital untuk mendapat rawatan kecemasan, Setelah berada beberapa hari (kebiasaannya melebihi dua minggu) di wad hospital dan keadaan pesakit agak stabil, pihak hospital akan meminta keluarga membawa pulang pesakit untuk berehat di rumah dan mendapat rawatan susulan seperti menjalani fisioterapi di Klinik dan juga mendapat rawatan ulangan di hospital dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Berdasarkan pengalaman saya menjaga isteri yang lumpuh. Pada hari mula dia discaj dari wad hospital dan dibawa pulang ke rumah tindakan-tindakan berikut telah saya lakukan:
Tip 1: WARIS TERDEKAT BERSEDIA DENGAN PERUBAHAN  PARADIGMA MINDA,
Waris terdekat mestilah membuat persediaan untuk membuat perubahan minda kerana bermula pada hari pesakit di bawa pulang, kita akan menjadi orang utama yang akan menjaga secara rapi pesakit stroke yang memerlukan pertolongan orang lain dalam serba serbi kehidupan seharian mereka.
Minda kita mestilah dibuat satu perubahan tanggapan bahwa (suami/ isteri) yang menjadi salah satu orang yang penting dalam keluarga telah tidak dapat membantu kita lagi. Bermakna bermula pada hari itu kita terpaksa melakukan semua kerja-kerja yang berkaitan rumah tangga  secara bersendirian. (lebih-lebih lagi jika anak-anak masih kecil).

TIP 2: PASTIKAN PESAKIT DI BERI MAKAN UBAT MENGIKUT JADUAL.
Kita perlu mempastika pesakit diberi makan ubat mengikut jadual yang ditetapkan oleh doktor. Untuk mempastikan keperluan ubat oleh pesakit dapat disempurnakan. Perlu disediakan sebuah diari khas, bag mencatat masa ubat di beri kepada pesakit. Cara ini dapat mengelakkan berlakunya terlupa memberi ubat kepada pesakit. Jika tidak di catat dalam diari berkemungkinan terlupa memberi ubat berlaku dan ianya boleh menyebabkan pesakit berrisiko akan diserang sekali lagi oleh stroke. Risiko serangan stroke keli kedua akan menyebabkan proses untuk rawatan akan lebih rumit dan pesakit akan menjadi lebih parah.

TIP 3 : PERLU MENABAH ILMU TENTANG PERUBAHAN SIFAT PERIBADI PESAKIT .
Kita yang akan menjaga pesakit mestilah membuat pembacaan tentang beberapa perubahan sikap peribadi yang akan berlaku kepada pesakit strok.
a. Perlu Menjaga Emosi: 
Perubah sifat peribadi pesakit ialah ia mudah menjadi sensitif, dan cepat merajuk. Keadaan ini berlaku kerana sebelum di serang sakit stroke, segala kerja ia boleh lakukan sendiri, dan dia akan melakukannya mengikut kebiasan diri sendiri. Bila ia sakit menyebakan dia sudah tidak dapat lakukan sendiri, Oleh itu bila pesakit memerlukan sesuatu perkara perlu mendapat pertolongan orang lain. Jika permintaannya lambat di tunaikan oleh penjaga, dia akan mudah sensitif, sama ada marah-marah, berleter atau menangis, Oleh itu kita yang menjaga pesakit perlu bersikap proaktif, dengan mepastikan semua perkara yang dikehendaki oleh pesakit dilaksanakan secepat mungkin.
.
Salah satu perkara yang amat penting ialah menjaga EMOSI DAN PERASAAN PESAKIT.
b. Pesakit perlu menjalani fisioterapi/ urutan tradisional.
Rawatan secara fisioterapi adalah salah satu cara rawatan yang disyorkan oleh doktor untuk memulihkan pesakit stroke. Beberapa bentuk exercise  akan diberi kepada pesakit oleh ahli fisoterapi. Latihan untuk mengerakkan anggota badan melalui fisioterapi ini akan membolihkan segala urat saraf pesakit yang lemah dikembalikan fungsinya seperti asal. Fisioteripi ini mengambil masa yang agak lama ( biasanya mengambil masa 3-4 bulan  atau lebih lama lagi).
Selain rawatan fesioterapi, rawatan urut tradisional juga amat penting, Pengalaman saya merawat isteri didapati urut tradisional dapat memulihkan lebih cepat untuk recover berbanding dengan fisioterapi, Walaubagaimana pun perlu berhati-hati melilih tukang urut yang betul betul mahir .


TIP 4: . BANTU PESAKIT UNTUK MENDIRIKAN SOLAT DAN BELIKAN BUKU-BUKU 

AGAMA:
Penjaga utama perlu membantu pesakit untuk mengerjakan solat tanpa tinggal 5 waktu sehari semalam. Untuk memudahakan pesakit masa yang sesuai perlu di atur untuk membolehkan satu kali air wudud boleh digunakan untuk dua kali solat, umpamanya – waktu solah zohor di akhir waktu dan waktu solat asar di awal waktu, maghrib di akhir waktu dan isyak di awal waktu. Solat subuh boleh di awal atau di akhir waktu, mengikut kemampuan pesakit untuk bangun pagi.

Buku-buku agama juga perlu di beri kepada pesakit stroke dari masa ke semasa. Kerana pesakit mempunyai banyak masa terluang, dengn memperbanyak membaca buku-buku agama, ia akan memberi kefahaman agama kepada pembacanya. Jika budaya suka membaca ini di masukkan dalam minda pesakit, ianya akan memberi perubahan minda kepada pesakit terutamanya untuk menyakinkan bahawa sakit kronik yang diberi Allah kepada seseorang adalah salah satu cara Allah untuk menghapuskan dosa-dosa kita yang lampau. Jika kita sabar dan redha menerimanya, kita akan mendapat ganjaran pahala yang amat banyak di akhirat kelak dan disediakan syurga yang penuh dengan kenikmatan.

TIP 5 : ATUR JADUAL BAGI MEMBOLEHKAN PESAKIT BERIADAH, BERSOSIAL DAN MEMBELI-BELAH.

Kita juga perlu mengatur jadual supaya pesakit dapat beriadah (bersiar-siar dengan kereta tolak), pergi ke tempat peranginan, dan tempat membeli belah. Jika diadakan jadual sebegini akan membolehkan pesakit menikmati situasi beriadah, berkelah dan membeli belah bersama-sama keluarga lain, ia akan memberi perangsan minda pesakit bahawa dia juga dapat menjalankan pelbagai aktiviti seperti orang sihat juga. Kaedah ini saya dapati amat memberi kesan kepada pemulihan minda pesakit untuk memberi azam baru bahawa dia juga boleh hidup seperti orang lain yang sihat, Bila minda telah dapat dipulihkan persepsi tentang kehidupan ianya akan membantu dengan lebih cepat untuk memulihkan sakit strok.
Aktiviti bersosial ini juga dapat mengurangkan stress pesakit ( kerana orang yang lumpuh akan terasa stress apabila dia hanya duduk di atas katil hapir 24 jam). Pengurusan stress ini penting untuk mengelakkan pesakit dihidapi oleh penyakit kemurungan.

TIP 6: KELUARGA TERDEKAT PERLU DIBERI PENERANGAN DAN KEFAHAMAN TENTANG PESAKIT STROK.
Semua keluarga terdekat pesakit perlu di beri penerangan dan kefahaman tentang pesakit strok. Di maklumkan bahawa pesakit strok akan berubah sifatnya berbanding dengan masa sebelum kena serangan stroke. Bila semua keluarga faham tentang pantang larang menjaga  pasakit stroke. Ia akan membantu pesakit daripada tekanan perasaan (stress). Pesakit yang dilayan dengan sempurna oleh ahli keluarga akan memberi harapan kepada pesakit yang ianya boleh disembuhkan, bila pesakit mempunyai minda yang positif, ia akan dapat membantu untuk cepat sembuh dan hidup dalam keadaan ceria.
Sebaliknya sekiranya majoriti keluarga terdekat mengambil sikap tidak cakna terhaap pesakit, membantu sambil lewa, selalu marah-marah kerana pesakit dikatakan membawa sial dan menyusahkan keluarga,ini menyebakan pesakit menjadi stress dan boleh menyebabkan stroke kali ke dua  akan datang menyerang. Biasanya bila serangan kali kedua ianya lebih parah dan berkmungkinan  boleh membawa maut.

TIP 7: PEMAKANAN PESAKIT LEBIHKAN KEPADA JENIS VEGETERIAN, CUBA KURANGKAN MAKAN DAGING MERAH ( KAMBING/BIRI-BIRI/LEMBU).
Doktor menasihatkan supaya pesakit diberi makan dengan jenis sayur-sayuran dan daging puteh. Cuba kurangkan makanan daripada daging merah. Perbanyakkan makan ikan sebagai sumber protin. Pemakanan vegetarian dapat mengurangkan kandungan kolestrol dalam darah yang boleh mengakibatkan sakit stroke. Sayur juga dapat mengawal tekanan darah tinggi.Semasa peringkat awal di serang stroke pesakit perlu diberi makanan yang lembut dan mudah hadam seperti nasi bubur, sayur air dan sebagainya.

TIP 8: MENGADAKAN PEMERIKSAAN DARAH SEKURANG-KURANGNYA SETAHUN DUA KALI.
Pemeriksaan darah secara berkala ini perlu dilakukan untuk mengetahui dengan lebih terperinci kandungan darah, jenis darah, dan penyakit-penyakit yang potensi akan kita alamai berdasarkan struktur darah, jenis darah dan juga keadaan gula dalam darah.

TIP 9 : TUNJUKKAN KEMESRAAN DAN CINTA ANDA MASIH TETAP SAMA:

Pesakit stroke akan beranggapan pasangannya telah mula berubah kasih sayang terhadapnya, dia mempunyai kekurangan fizikal dirinya menyebabkan suaminya akan mencari wanita lain untuk mendapat belaian kasih sayang daripada wanita lain yang sempurna. Perkara ini menjadi lumrah bagi pesakit stroke berfikiran yang suaminya akan di ambil oleh wanita lain. situasa sebegini menyebabkan dia akan menyediri keseorangan. 



TIP 10 :  RANCANG PERCUTIAN  - BERBULAN MADU

Merancang percutian ala berbulan madu sekurang-kurangnya sekali setahun adalah satu tindakan yang dapat mempertingkatkan suasana cinta dan kasih sayang suami isteri. Bagi isteri yang mengalami stroke, bila suami membawa bercuti akan menimbulkan perasan dia masih dihargai oleh suami. Ini akan membawa 'flash back' semasa berbulan madu selepas kahwin dahulu. Pengalaman yang menyeronokan ini akan menjadi pemangkin kepada proses pemulihan minda pesakit stroke.



TIP: 11 - BILIK AIR PERLU DIUBAHSUAI

Bagi menjaga keselamatan pesakit stroke, peralatan di bilik air perlu diubah suai untuk memudahkan penggunaan oleh pesakit stroke. Lantai bilik air perlu dipasang mate getah bagi mempastikan lantai bilik air sentiasa selamat daripada tumpahan air sabun atau air shower jel. Kerana bagi orang yang stroke jika ada sedikit sahaja bahagian lantai yang licin akibat daripada terkena  air sabun atau shower jel ianya boleh menyebabkan pesakit tergelincir dan terjatuh (kerana pesakit stroke susah untuk mengimbangi tubuh bila tergelincir, menyebabkan  ianya mudah terjatuh). Sekiranya pesakit stroke terjatuh ianya boleh menyebabkan pelbagai kecederaan yang mungkin serius seperti berlaku slip dish kepada tulang belakang yang membolehkan akibat kepada lumpuh daripada paras pinggang ke hujung kaki. Jika situasi sebegini beirlaku akan mengakibatkan pesakit stroke bertambah terok dan
boleh diserang oleh strok kali kedua. Kebiasaan kejadian stroke kali ke dua akan memberi kesan sampingan yang lebih besar lagi.

TIP:12 - PENGURUSAN STRESS

Samada si suami atau si isteri yang terpaksa menjaga pasangan mereka yang kena stroke , dia perlu menjalani kursus Pengurusan Stress. Ini adalah penting kerana bebanan tanggung jawab yang bertambah boleh mengakibatkan kita mengalami stress. Stres yang berpanjangan jika tidak diurus dengan betul boleh mengakibatkan kita diserang oleh pelbagai penyakit seperti darah tinggi, kemurungan dan sebagainya,

Bedasarkan kepada pelbagai masalah yang muncul dalam kamus kehidupan seharian, maka kita perlulah mempunyai kekuatan fizikal dan minda untuk menguru stress. diantara perkara-perkara yang perlu diberi tumpuan ialah:

1. Menerima hakikat bahawa kesusahan dan penderitaan yang di tanggung oleh pasangan kita dan jug bebanan tanggung jawab yang akah kita tanggung adalah ujian dan cubaah daripada Allah untuk kita. Allah memilih kita menerima ujianNya adalah kerana Allah Mahg Mengetahui yang kita mampu enaggunganya. Kita juga perlu tanam perasaan banga dalam minda kita kerana telah dipilih oleh Allah untuk menerima ujianNya. Jika kita berjaya menghadapinya  akan diberikan ganjaran yang besar di akhirat kelak. Kesusahan hari ini adalah ganjaran untuk menduduki syurga Allah di akhirat kelak

2. Yakinlah bahawa kesusahan yang di hadapi pada hari ini, kita dijanjikan dengan syurga Allah yang penuh dengan kenikmatan. Dengan itu kita akan menganggapkan, setiap kesusahan itu akan dikiuti degan kejayaan akhirnya. Oleh itu kita perlu bersabar dalam menghadapi apa jua cabaran.

3. Segala masalah yang akan diselesaikan hendaklah didasarkan kepada kemampuan kita untuk atasinya. Jika kita tidak mampu selesai sendirian boleh mendapat bantan daripada orang lain. Pertolongan boleh diperolehi daripada keluraga terdekat, kawan karib atau daripada badan-badan tertentu.

Pengalaman penulis dalam mengatasi stress ialah dengan membaca Al-Quran setiap hari, disamping itu kita juga perlu memahami dan menghayati isi kandungan ayat-ayat yang dibaca, seboleh-bolehnya cuba kita amalkan segala ajaran yang diterangakan di dalam Al Quran dalam kehidupan kita, mudah-mudahan kita akan mendapat panduan dalam mendapat keberkatan kehidupan di dunia dan juga mencapai kejayaan di akhirat. Juga kita perlu perbanyakkan solat hajat dan berdoa kepada Allah jika mengalami sebarang kebuntuan dalam menyelesaikan sesuatu masalah. InsyaAllah akan ada jalan penyelesainya.

TIP 13: MEMBANTU PESAKIT BERFIKIRAN  POSITIF UNTUK SEMBUH.

Pengidap stroke yang mempunyai pemikiran positif bahawa kesembuhan boleh dicapai dengan izin Allah dan ianya juga berusaha gigih untuk memulihkan keadaan jasmani yang lumpuh. Apabila pesakiat mempunyai fikiran positir untuk sembuh, ianya akan memberi semagat kepada pesakit untuk melakukan pergerakan fizikal seperti menjalani exercise, berupaya melakukan kerja yang biasa dilakukan olehnya sebelum di serang oleh stroke. Bila situasi sebegini wujud dalam nalusi pesakit , iakan brsemangat untuk melakukan aktiviti yang akan menguatkan otot y.ang lemah secara istiqomah, apabila melulihan berlaku secara sedikit-demi sedikit ianya akan diteruskan lagi sehingga pemulihan anggata yang diserang stroke semakin baik fungsinya.. InsyaAllah dengan set minda yang mengatakan setiap penyakit boleh disembuhkan oleh Allah. Membuatkan dirinya tidak berputus asas dan akan menjadi insan yang gigih menempuh ujian Allah. Jika situasi ini dapat dibina dalam diri pesakit stroke, membuatkannya bertambah bersemangat untuk melakukan aktiviti-ativiti yang boleh membantu kecepaatan proses penyembuhan sakitnya.



Tip 14: Tingkatkan Kemahiran Mengurus Masa.

Penjaga pesakit stroke juga perlu meninkatkan kemahiran mengurus masa. Ini adalah penting kerana apabila kita menjaga pesakit stroke masa kita adalah sibuk untuk tempuh masa 24 jam. Jika tidak diuruskan dengan baik berkemungkinan akan berlaku kesuntukan masa untuk menyelesaikan segala keperlua rutin bagi pesakit stroke setiap hari. Jika tidak dibuat keutamaan tugas mengikut susunan Yang Amat Penting, Yang Penting dan Yang biasa  serta kurang penting. Bila dibuat susunan tindaka
n mengikut susunan kepetingan maka kita dapat selesaikan semua keperluan dalam tempoh 24 jam.

Kepetingan Pengurusan Masa:
supaya …

•masa dapat digunakan untuk aktiviti yang berfaedah
•aktiviti dapat dilakukan secara cekap dan berkesan (dapat mengelakkan pembaziran masa)
•dapat mencapai keseimbangan dalam penggunaannya
•masa dapat dibahagi secara seimbang antara aktiviti-aktiviti pengeluaran (masa bekerja), aktiviti rekreasi (masa lapang), dan masa berehat.

TIPS 15 : WUJUDKAN SIFAT SABAR DALAM DIRI:

Penjaga pesakit hendaklah mewujudkan sifat sabar dalam dirinya untuk membolehkan menghadapi segala ujian dan kesusahan dalam menjaga pesakit stroke. Sifat ini penting kerana kebiasaanya pesakit stroke akan mengambil masa yang lama dan kadar pemulihan pesakit adalah perlahan. Sifat sabar juga perlu untuk memboleh penjaga mengadapi kerenah pesakit stroke yang begitu tinggi setiap. jiwa pesakit yang sensitif dan mudah tersentuh, cepat merajuk, sifat sukar berleter pesakit juga adalah satu tekanan kepada penjaga. Oleh itu perlu memunai sifat sabar yang tinggi dalam jiwa penjaga..

TIPS 16: MEMPUNYAI SIFAT RAJIN

Penjaga pesakit lumpuh hendaklah melatih dirinya untuk menjadi insan yang rajin dalam serba serbi dalam melaksanakan tugas seharian. Sifat ini penting bagi membolehkan ianya melakukan aktivit membantu isteri yang sakit  dan juga mengurus rumah tangga, di samping keluar rumah untuk mencari tezeki bagi nafkah keluarga. Dengan menanam sikap rajin makan ianya dapat melakukan kerja bermula pada awal pagi ( sebelum subuh ) hinggalah ke lewat malam.


Kesimpulan: 

Tip-tip ini adalah semata-mata sebagai panduan sahaja, Keberkesanannya adalah bergantung kepada individu itu sendiri bagaimana dia dapat menadaptasi segala situasi pesakit stroke yang di rawatinya. Jika penjaga dapat mempengaruhi emosi pesakit supaya menampilkan sikap positif dalam mengharungi dugaan Allah dengan kesakitan dan kesusahan yang dilalui itu merupakan rahmat Allah yang sedang melakukan proses untuk melunaskan dosa-dosa silam pesakit, proses untuk meningkatkan darjat pesakit dan penjaganya, jika dapat ditepuhi dengan penuh reda dan kesabaran.  Bila pesakit dan penjaganya dapat menerima segala dugaan ini dengan penuh ketaqwaan, InsyaAllah ianya dapat dilalui tanpa sebarang kerumitan dan keluh kesah walaupun memakan masa belasan tahun atau puluhan tahun lamanya. Insya Allah.

Jika anda mempunyai persoalan untuk mendapat penjelasan sila email kepada saya di alamat berikut:
nikraihanrahman@gmail.com. Insya Allah saya akan cubu beri jawapan berdasarkan pengalaman yang telah tempuhi hampir 15 tahun.


Nota: Tip-tip lebih terperinci boleh didapati didalam buku "Becinta Sampai Syurga ) PTS  Publication & Distribution Sdn Bhd  : buku boleh di dapati di semua Kedai Buku .





Kuasa Penyembuh dalam Al-Qur'an: Antara Sains dan Keyakinan.


Ada  ramai pesakit yang sembuh setiap hari kerana membaca al-Qur'an. Kita tidak dapat menolaknya, kerana kesembuhan itu benar-benar terjadi. Ini juga terjadi pada diri saya saat membaca ayat-ayat tertentu untuk penyakit terkena ganguan iblis, dan penyakit tersebut pun sembuh!

Setelah melakukan kajian , maka salah satu hasil terpenting dari kjian yang dijalankan selama beberapa tahun ini adalah: Dalam setiap ayat al-Qur'an Allah meletakkan daya penyembuh untuk penyakit tertentu apabila ayat-ayat ini dibaca dengan bilangan (pengulangan) tertentu.

Pada dasarnya, ketika kita mengamati alam di sekitar kita, maka kita menyadari bahwa setiap jisim atom itu bergetar dalam frekuensi tertentu, apakah atom itu adalah sebahagian dari besi, air, sel, atau apapun. Ini adalah fakta ilmiah.

Struktur dasar alam semesta ini adalah atom, dan struktur dasar tubuh kita adalah sel. Setiap sel terjadi dari jutaan atom, dan setiap atom terbentuk dari nukleus positif dan elektron negatif yang mengelilinginya. Kerana pergerakan ini, medan elektromagnetik dihasilkan, sama seperti medan-medan yang dihasilkan oleh suatu mesin.

Atom merupakan struktur dasar pada alam semesta dan juga pada tubuh kita. Ia bergetar secara konstan, dan itu berarti setiap benda itu bergetar dengan sistem yang seksama. Sel-sel juga bergetar dengan sistem yang seksama, dan setiap getaran di sekitar kita mempengaruhi sel-sel kita. Rahasia yang membuat otak ini berpikir adalah sebuah program semulaji di dalam sel-sel otak kita.  

Program ini berada di setiap sel yang melakukan pekerjaannya secara seksama. Penyimpangan terkecil pada pekerjaannya dapat mengakibatkan ketidak-seimbangan dan kekacauan pada sebagian organ tubuh. Terapi terbaik terhadap ketidak-seimbangan ini adalah merestorasi keseimbangan kepada tubuh. Para ilmuwan menemukan bahwa sel-sel tubuh itu terpengaruh oleh bermacam-macam gelombang seperti gelombang sinar, gelombang radio, gelombang suara, dan lain-lain. Tetapi, suara apa ? 

Masing-masing sel di tubuh kita bergetar dengan sistem yang seksama, dan perubahan sekecil apapun pada getaran itu akan mengakibatkan sakit pada sebagian organ tubuh. Itulah kenapa sel-sel yang rusak itu harus digetarkan untuk mengembalikan keseimbangan padanya. Kita tahu bahwa suara itu terbentuk dari gelombang atau getaran yang bergerak di udara dengan kecepatan 340 m/saat. Setiap suara memiliki frekuensi sendiri, dan manusia bisa mendengar suara dengan frekuensi antara 20/saat hingga 20.000/saat.  

Gelombang-gelombang tersebut tersebar di udara lalu didengar oleh telinga, lalu ia berubah menjadi gelombang elektrik, dan bergerak melalui syaraf suara menuju acoustic bark di dalam otak. Sel-sel tersebut menyesuaikan diri dengan gelombang, lalu signal tersebut bergerak ke beberapa bahagian otak, khususnya bahagian hadapan. Semua organ itu bekerja secara bersama sesuai seirama dengan signal-signal tersebut, dan meterjemahkannya ke dalam bahasa yang difahami manusia. Lalu, otak menganalisa signal-signal itu dan memberikan arahan  kepada berbagai organ tubuh untuk menyesuaikan dengan signal-signal tersebut.

Suara terdiri dari getaran-getaran mekanik yang sampai ke telinga lalu ke sel-sel otak yang menyesuaikan dengan getaran-getaran tersebut, dan mengubah getarannya sendiri. Sebab itulah kenapa suara itu dianggap sebagai kuasa ubat yang efektif, bergantung pada sifat suara itu dan frekuensinya. Kita menemukan kuasa penyembuh di dalam al-Qur'an kerana ia merupakan Kitab Allah. Dia yang mencipta manusia dan segala makhluk-Nya.

Dari sinilah muncul terapi suara: Suara adalah getaran, dan sel-sel tubuh itu selalu bergetar, lalu suara mempengaruhi sel-sel tersebut. Inilah yang ditemui para penyelidik akhir-akhir ini. Di akhir abad 21 di Washington University, para saintis menemui bahawa kerja sel otak bukan hanya memindah maklumat. Masing-masing sel adalah komputer kecil yang bekerja untuk mengumpulkan maklumat, memprosesnya, dan memberikan perintah secara konstan. Ellen Covey, penyelidik dari Washington University, mengatakan, ‘Untuk pertama kalinya kita menyadari bahwa otak tidak bekerja sperti satu komputer besar, sebaliknya berisi beberapa banyak komputer yang bekerja secara kooperatif. Ada komputer kecil dalam setiap sel, dan komputer-komputer tersebut dapat dipengaruhi oleh getaran di sekitarnya, khususnya suara. 

Berbagai eksperimen menunjukkan bahwa di dalam tiap-tiap sel dalam otak terdapat komputer supermini di mana Allah menginstal program setepatnya yang mengatur sel dan mengawal kerjanya. Eksperimen juga menunjukkan bahwa suara dapat mempengaruhi sel.  
Jadi, dapat kita katakan bahwa sel-sel setiap organ tubuh itu bergetar dalam frekuensi tertentu, dan membentuk sistem yang kompleks dan koordinatif, yang dapat dipengaruhi oleh suara di sekitarnya. Penyakit yang menjangkiti suatu organ tubuh itu dapat mengakibatkan perubahan pada getaran sel-sel organ tersebut, dan pada kelanjutannya membuatnya menyimpang dari sistem tubuh secara umum. Itulah kenapa ketika tubuh dihadapkan pada suara tertentu, maka suara itu mempengaruhi getaran sistem tubuh, khususnya pada organ yang tidak normal. Organ ini akan bertindak balas dengan suara tertentu untuk mengembalikan sistem getarannya yang asal, atau dengan kata lain, mengembalikan status kesihatannya. Para saintis menemukan hasil-hasil tersebut di kebelakangan ini.

Kronologi Terapi Suara:
Alfred Tomatis, seorang doktor warganegara Prancis, membuat ujikaji  selama lima puluh tahun mengenai pacaindera manusia, dan ia membuat kesimpulan bahwa pancaindera pendengaran merupakan  yang paling penting! Ia menyatakan bahwa pendengaran mengawal seluruh tubuh, mengatur operasi-operasi vitalnya, keseimbangan, dan koordinasi gerakan-gerakannya. Ia juga menemui bahwa telinga mengkontrol sistem syaraf!

Sepanjang ujikajinya, ia menemui bahwa syaraf pendengaran dihubungkan dengan seluruh otot tubuh, dan ini adalah alasan mengapa keseimbangan dan fleksibiliti tubuh, serta pancaindera penglihatan itu dipengaruhi oleh suara. Telinga bahagian dalam dihubungkan dengan seluruh organ tubuh seperti jantung, paru-paru, hati, perut, dan usus. Hal ini menjelaskan mengapa frekuensi-frekuensi suara itu memengaruhi seluruh tubuh.

Pada tahun 1960, saintis Swiss yang bernama Hans Jenny menemukan bahawa suara dapat mempengaruhi berbagai Artikelal dan membentuk partikular-partikularnya, dan bahawa masing-masing sel tubuh itu memiliki suaranya sendiri dan dipengaruhi oleh suara, dan menyusun ulang Artikelal di dalamnya. Pada tahun 1974, penyelidik Fabien Maman dan Sternheimer mengumumkan penemuan yang mengejutkan itu.

Mereka menemukan bahwa setiap organ tubuh itu memiliki sistem getarannya sendiri, sesuai dengan hukum fisika. Beberapa tahun kemudian, Fabien dan Grimal serta penyelidik lain menyatkan bahawa suara dapat mempengaruhi sel-sel, khususnya sel kanser, dan bahwa suara-suara tertentu boleh memberi kesan yang lebih kuat. Keanjaiban yang ditemui oleh  dua penyelidik itu adalah bahawa suara yang boleh memberi kesan yang paling kuat pada sel-sel tubuh  adalah suara manusia itu sendiri! 

Suara bergerak dari telinga ke otak dan mempengaruhi sel-sel otak. Akhir-akhir ini para saintis menemukan bahawa suara memiliki daya penyembuh yang ajaib dan memberi kesan yang mengkagumkan terhadap sel-sel otak, dimana ia bekerja untuk mengembalikan keseimbangan ke seluruh tubuh! Bacaan al-Qur'an memiliki kesan luar biasa terhadap sel-sel dan dapat mengembalikan keseimbangan. Otak merupakan organ yang mengawal tubuh, dan darinya muncul arahan untuk relaksasi organ-organ tubuh, khususnya sistem kekebalan tubuh. 

Fabian, seorang penyelidik musisi, meletakkan sel-sel darah dari tubuh yang sehat dan menghadapkannya pada berbagai macam suara. Ia menemukan bahwa setiap not skala muzik dapat memengaruhi medan elektromagnetik sel. Ketika ia memotret sel ini dengan kamera Kirlian, ia menemukan bahwa bentuk dan nilai medan elektromagnetik sel itu berubah sesuai dengan frekuensi-frekuensi suara dan jenis suara orang yang membaca. Kemudian ia membuat ujikaji lain dengan meletakkan darah orang sakit, memonitornya dengan kamera Kirlian, dan meminta peskit untuk membuat berbagai macam suara. Ia menemukan, sesudah memproses gambar, bahwa not tertentu dapat mengakibatkan perubahan pada medan elektromagnetiknya dan menggetarkannya secara sebaiknya dengan merespon suara pemiliknya.

Akhirnya ia menyimpulkan bahwa ada not-not tertentu yang boleh memengaruhi sel-sel dan membuatnya lebih vital dan aktif, bahkan meregenerasinya. Ia menarik suatu hasil yang penting: suara manusia memiliki pengaruh yang kuat dan unik terhadap sel-sel tubuh; pengaruh ini tidak ditemukan pada instrumen lain.

Peneliti ini menyatakan, ‘Suara manusia memiliki nada spiritual khusus yang membuatnya menjadi sarana pengobatan yang paling kuat.' Fabien menemukan bahwa beberapa suara dapat menghancurkan sel-sel kanser, dan pada waktu yang sama dapat mengaktifkan sel-sel yang sehat. 

Sel kanser hancur hanya dengan frekuensi-frekuensi suara! Itulah mengapa bacaan al-Qur'an memiliki pengaruh yang besar terhadap kanser yang paling berbahaya dan penyakit yang sangat teruk. 

Tetapi, apakah pengaruh ini hanya terbatas pada sel-sel? Jelas bahwa suara dapat memengaruhi segala sesuatu di sekitar kita. Inilah yang dibuktikan Masaru Emoto, saintis Jepun, dalam ujikajinya terhadap air. Ia menemukan bahwa medan elektromagnetik pada molekul-molekul air itu sangat terpengaruh oleh suara, dan ada suara-suara tertentu yang memengaruhi molekul dan membuatnya lebih teratur.

Apabila kita mengingat bahwa 70% tubuh manusia itu adalah air, maka suara yang didengar manusia itu memengaruhi keteraturan molekul-molekul air pada sel-sel tubuh, dan juga mempengaruhi molekul-molekul itu bergetar, sehingga dapat mempengaruhi kesihatannya.

Para penyelidik lain mengesahkan bahwa suara manusia dapat mengubati banyak macam penyakit termasuk kanser. Para ahli terapis juga menyetujui bahawa ada suara-suara tertentu yang lebih efektif dan memiliki kekuatan penyembuh, khususnya dalam meningkatkan sistem kekebaan tubuh. 

Bentuk molekul air berubah ketika dihadapkan pada suara. Jadi, suara itu berpengaruh sangat besar terhadap air yang kita minum. Apabila Anda membacakan al-Qur'an pada air, maka karakteristiknya akan berubah dan air itu akan mentransfer efek-efek al-Qur'an itu kepada setiap sel dalam tubuh, sehingga mengakibatkannya sembuh. Dalam gambar kita melihat molekul air yang didinginkan. Medan elektromagnetik di sekitar molekul ini berubah secara kontinu disebabkan efek suara. 

Bagaimana al-Qur'an sebagai ubat?
Sekarang, mari kita jawab pertanyaan penting: apa yang terjadi pada sel-sel tubuh dan bagaimana suara itu bisa mengobati? Bagaimana suara ini berpengaruh pada sel-sel yang rosak dan mengembalikan keseimbangannya? Dengan kata lain, bagaimana mekanisme pengobatannya?

Para doktor selalu mencari jalan untuk menghancurkan beberapa virus. Apabila kita berbicara tentang mekanisme virus ini, apa yang membuatnya bergerak dan menemukan jalannya kepada sel? Siapa yang memberi virus itu informasi sehingga boleh menyerang sel dan berkembang biak di dalamnya? Apa yang menggerakkan sel-sel untuk menyerang virus agar menghancurkannya, sementara ia lemah terhadap virus lain.

Virus dan kuman juga bergetar dan sangat terpengaruh oleh vibrasi suara, khususnya suara bacaan al-Qur'an. Suara al-Qur'an dapat menghentikan mereka, dan pada waktu yang sama meningkatkan aktivitas sel-sel sehat dan membangkitkan program yang terkacaukan di dalamnya agar siap bertempur melawan virus dan kuman. 

Bacaan al-Qur'an itu terdiri dari sekumpulan frekuensi yang sampai ke telinga, lalu bergerak ke sel-sel otak, dan mempengaruhinya melalui medan elektronik, lalu frekuensi-frekuensi tersebut mengaktifkan sel-sel. Sel-sel akan merespon medan itu dan memodifikasi vibrasi-vibrasinya. Perubahan pada vibrasi inilah yang kita rasakan dan fahami sesudah mengalami dan mengulangi.

Ini merupakan sistem alamiah yang diberikan Allah pada sel-sel otak. Ini merupakan sistem keseimbangan yang natural. Inilah yang difirmankan Allah kepada kita di dalam al-Qur'an al-Karim, ‘Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.' (ar-Rum: 30)

Riil sel darah apabila dihadapkan pada suara sehingga medan elektromagnetik di sekitarnya berubah. Suara bacaan al-Qur'an membuat sel menjadi lebih kuat untuk melawan virus dan kerusakan akibat penyakit menular. 

Ayat-Ayat Ubat
Setiap ayat dalam al-Qur'an memiliki daya penyembuh untuk penyakit tertentu. Tetapi yang ditekankan Rasulullah SAW adalah beberapa surah dan ayat tertentu, seperti membaca al-Fatihah 7 kali, membaca ayat Kursi, dua ayat terakhir surat surat al-Baqarah, dan tiga surat terakhir al-Qur'an.
Anda juga boleh memilih ayat-ayat yang sesuai untuk mengobati penyakit Anda. Sebagai contoh, jika anda merasa gelisah, maka fokuskan pada bacaan surat asy-Syarh. Dan jika Anda sakit kepala, maka bacalah ayat: ‘alau sekiranya Kami menurunkan Al Qur'an ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.' (al-Hasyr: 21)

Nabi SAW membaca ta'awudz ratusan kali setiap hari. Beliau memohon kepada Allah untuk melindunginya dari pelbagai perkara buruk, termasuk penyakit. Kita juga sangat dianjurkan untuk membaca surat al-Falaq dan an-Nas setiap hari. Semoga Allah menjadikan al-Qur'an sebagai ubat bagi kita dari setiap penyakit, lahir dan batin.

Pengalaman Realiti Kehidupan:

Apabila saya membaca artikel tentang bagaimana ayat-ayat al Quraan dapat menjadi ubat penyembuh pelbagai penyakit saya akan ceritakan beberap peristiwa yang di alamai sendiri oleh keluarga kami.

1.       Nenek saya yang mampu hidup menjagkau umur 105 tahun, keadaan amalan kehidupannya dari muda sehingga berusia emas telah menjadikan membaca Al-Quran sebagai rutin kehidupannya. Nenek akan membaca pada sebelam awal pagi sebelum solat subuh, di ikuti bacaan selepas solat subuh hingga waktu duha. Kemudian di baca lagi sebelum masuk waktu zohor dan diteruskan bacaan selepas solat zohor hingga ke waktu solat asar dan selepas solat asar.

Kemunkinan kesan kepada kesihatan nenek saya ialah: 

a.      Seingatan saya sepanjang hayatnya di tidak pernah terkena sakit yang teruk, Cuma deman sekali sekala sahaja.

b.      Dia tidak dihidapi oleh penyakit darah tinggi, kecing manis ,gout dan jantung.

c.       Semasa nenek hendak meninggal pada usia 105 tahun berlaku secara tiba=tiba setelah dia selesai ambil wudhud untuk solat subuh, tubuhnya agak lemah, dan dia perlahan-perlahan sukar bernafas dan untuk beberap minit sahaja dia menunjukkan jarinya ke langit, dan selepas itu nyawanya telah di ambil oleh malikilmaut. Dia meniggal dalam keadaan yang begitu mudah sekali… Mungkin kah ini disebabkan ia mengamalkan membaca ayat-ayat Al-Quraan di sepanjang hiudupnya.

Oleh itu kita selaku insan yang telah diberi rahmat sebagai seorang yang beraga Islam, marilah membuat tranformasi diri dengan menjadikan sebagai satu budaya dalam kehidupan seharian kita dengan membaca ayat-ayat Quraan setiap hari dan masa. Eloklah kita membuat jadual dalam rutin seharian iatu membaca Al-Quraan itu 


Sumber:  eramuslim.com