Hak dan
Kewajiban Suami-Isteri dalam system perkahwinan Islam:
Allah mencipta
manusia secara berpasangan (lelaki dan perempuan) adalah selaras dengan firman
Allah yang bermaksud bahawa setiap makhluk ciptaanNya di alam ini adalah secara
berpasangan. Mereka saling perlu memerlukan diantara satu sama lain untuk
membolehkan kehidupan dalam keadaan normal.
Oleh itu telah
menjadi fitrah manusia untuk hidup bersama pasangannya. Allah yang Maha
Mengetahui dan Maha Pemurah telah menetapkan syariat bagi membolehkan hubungan
suami isteri secara sah dan juga menetapkan peraturan bagaimana tanggung
jawab masing-masing sebagai suami
isteri.
Kewajiban Isteri yang Sekaligus Menjadi Hak Suami
Selain memiliki hak yang harus dipenuhi oleh suami, seorang isteri juga memiliki kewajiban untuk memenuhi apa yang menjadi hak suami. Hak suami atas isterinya sangatlah besar. Nabi shallallahu alaihi wa sallam menggambarkan bahwa seandainya suami memiliki luka / kudis, kemudian isteri menjilati luka tersebut, maka itu belumlah cukup untuk menunaikan hak suami [2]. Kerana itu, hendaklah para isteri bersungguh-sungguh dalam menaati suaminya. Sebab ketaatan itu dapat menghantarkannya ke syurga.
Beberapa hak suami yang wajib dipenuhi oleh isteri antaara lain seperti berikut.
1. Mendengar dan menaati semua perkara yang diperintahkan oleh suami selagi ia tidak bertentangan dengan syariat.
Namun, hendaklah isteri berhati-hati jangan sampai berlebihan dalam menaati suami, jika arahan itu adalah perkara maksiat. Kerana, jika dituruti maka isteri juga ikut berdosa. Contohnya, menuruti suami untuk mencabut rambut di wajah (alis, bulu mata atau bulu halus lainnya) dalam rangka mempercantik diri. Kerana, Nabi shallallahu alaihi wa sallam melaknat wanita yang mencabut dan minta dicabut rambut di wajahnya. [3]
Jangan juga menaati suami jika diminta untuk melepas jilbab saat keluar rumah dan berjabat tangan dengan bukanmahram. Sebagian suami melakukan ini untuk berbangga-bangga mempertontonkan kecantikan isteri di depan khalayak. Wal'iyadzu billah. Isteri juga tidak boleh menaati suami jika diminta berhubungan intim padahal ia dalam keadaan haidh. Semua itu adalah perkara yang diharamkan oleh syariat.
2. Menjaga kehormatan dan kemuliaan suami, serta memperhatikan harta, anak dan rumahnya.
فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ
"Maka wanita yang sholihah, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka)." [QS An-Nisa: 34]
وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ بَعْلِهَا وَوَلَدِهِ، وَهِيَ مَسْئُولَةٌ عَنْهُمْ
"Isteri adalah pemimpin yang bertanggung jawab atas rumah dan anak-anak. Ia akan dimintai pertanggungjawaban terhadap hal tersebut." [4]
3. Berhias dan mempercantik diri di depan suaminya. Senantiasa menampilkan wajah senyum, ceria dan tidak bermuka masam. Jangan menampakkan sesuatu yang akan dibenci oleh suami.
خَيْرُ النِّسَاءِ تَسُرُّكَ إِذَا أَبْصَرْتَ، وَتُعْطِيكَ إِذَا أَمَرْتَ، وَتَحْفَظُ غَيْبَتَكَ فِي نَفْسِهَا وَمَالِكَ
"Sebaik-baik wanita adalah yang menyenangkanmu saat dipandang, menaatimu jika diperintah, serta menjaga dirinya dan hartamu saat kamu tidak ada." [5]
Sekali lagi perlu diingat, berhias bagi mempercantik diri untuk suaminya, dan bukan untuk orang lain. Sebaliknya sekrang ini ramai wanita yang berhias secantiknya semasa ingin keluar dari rumah, sebaliknya semasa berada di rumah dan di depan suami perhiasan diri tidak dititikberatkan oleh kebanyakan isteri. Hal ini sebagaimana yang dikatakan oleh sebagian orang:
قرد في البيت و غزال في الشارع فاتق الله يا أمة الله في نفسك و زوجك, فإنه أحق الناس بزيينتك و تجملك, وإياك وإبداء الزينة لمن لا يجوز له رؤيته, فإن هذا من السفور المحرم
"Mereka laksana kera saat di rumah, namun menjadi kijang saat di jalanan. Bertakwalah kepada Allah wahai hamba Allah dalam hal yang berkaitan dengan dirimu dan suami. Suami adalah yang paling berhak terhadap perhiasan dan kecantikanmu. Janganlah engkau menampakkan perhiasan kepada siapa yang tidak diperbolehkan untuk melihatnya, kerana itu termasuk mebukar aurat yang diharamkan." [6]
4. Tetap tinggal dan tidak keluar dari rumah kecuali dengan izin suami, meskipun ia untuk ke masjid.
وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ
"dan hendaklah kamu tetap di rumahmu.." [QS Al-Ahzab: 33]
5. Tidak membenarkan orang lain masuk ke rumah suami kecuali dengan izin suami.
Hal ini sering berlaku walaupun untuk sesama wanita dan kaum kerabat. Kerana, boleh jadi suami tidak menyukai dengan orang yang kita membawa masuk ke rumah.
فَأَمَّا حَقُّكُمْ عَلَى نِسَائِكُمْ فَلَا يُوطِئْنَ فُرُشَكُمْ مَنْ تَكْرَهُونَ، وَلَا يَأْذَنَّ فِي بُيُوتِكُمْ لِمَنْ تَكْرَهُونَ
"Di antara hakmu atas isterimu adalah agar tidak ada orang yang kamu benci yang menjejakkan kakinya di rumahmu, dan tidak mengizinkan orang yang kamu benci ada di rumahmu." [7]
6. Menjaga harta suaminya, tidak membelanjakan harta tersebut kecuali atas izin suami.

Wang yang diberikan
oleh suami pada setiap bulan untuk belanja mengurus rumah tangga hendaklah
digunakan sebaiknya bagi keperluan perbelanjaan keluarga. Ia titak boleh
digunakan sesuka hati untuk membeli pelbagai barangan yang diinginkan oleh
isteri tanpa terlebih dahulu mendapat izin suami. Kecuali wang yang diberikan
khusus oleh suami untuk perbelanjaan peribadi isteri.
7. Tidak berpuasa sunat ketika suami berada di rumah, kecuali jika diizinkan.
لاَ يَحِلُّ لِلْمَرْأَةِ أَنْ تَصُومَ وَزَوْجُهَا شَاهِدٌ إِلَّا بِإِذْنِهِ
"Tidak halal bagi seorang isteri untuk berpuasa (sunat) sedangkan suaminya ada di rumah, kecuali jika suami mengizinkan." [8]
8. Tidak menyebut-nyebut di depan suami mengenai perblnjaan yang berasal dari harta pribadi si isteri.
Menyebut-nyebut pemberian dapat menghapus pahala. Terlebih lagi, itu akan menyinggung perasaan suami.
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُمْ بِالْمَنِّ وَالْأَذَى
"Hai orang-orang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima).." [QS Al-Baqarah: 264]
9. Ridha terhadap pemberian suami yang sedikit, qanaah dengan yang ada, serta tidak membebani suami dengan nafkah yang tidak sanggup ia pikul.
لِيُنْفِقْ ذُو سَعَةٍ مِنْ سَعَتِهِ وَمَنْ قُدِرَ عَلَيْهِ رِزْقُهُ فَلْيُنْفِقْ مِمَّا آتَاهُ اللَّهُ لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا مَا آتَاهَا سَيَجْعَلُ اللَّهُ بَعْدَ عُسْرٍ يُسْرًا
"Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan (sekedar) apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan." [QS Ath-Thalaq: 7]
10. Mendidik anak-anaknya dengan baik dan sabar
Janganlah isteri memarahi anak-anak di depan suami, jangan mendoakan anak-anak dengan keburukan, dan jangan pula mencela mereka. Kerana, hal tersebut dapat mengganggu perasaan suami dan menambah masalah bagi suami.
لَا تُؤْذِي امْرَأَةٌ زَوْجَهَا فِي الدُّنْيَا، إِلَّا قَالَتْ زَوْجَتُهُ مِنَ الحُورِ العِينِ: لَا تُؤْذِيهِ، قَاتَلَكِ اللَّهُ، فَإِنَّمَا هُوَ عِنْدَكَ دَخِيلٌ يُوشِكُ أَنْ يُفَارِقَكِ إِلَيْنَا
"Tidaklah seorang isteri mengganggu suaminya di dunia melainkan isterinya dari kalangan bidadari akan berkata: Jangan ganggu dia, Allah akan memerangimu, sesungguhnya ia hanyalah titipan sementara di sisimu, dan akan segera berpisah kemudian kembali kepada kami." [9]
11. Bermuamalah dengan baik kepada kedua orang tua dan kerabat suami.
Hal ini juga termasuk bentuk berbuat baik kepada suami. Seorang isteri tidak dianggap telah berbuat baik kepada suaminya selama ia tidak meakukan bermuamalah dengan baik kepada orang tua dan kerabat suami. Muamalah yang buruk kepada mertua dapat menyakiti hati suami.
12. Tidak menolak permintaan suami untuk berhubungan intim, apabila suami memintanya.
إِذَا الرَّجُلُ دَعَا زَوْجَتَهُ لِحَاجَتِهِ فَلْتَأْتِهِ، وَإِنْ كَانَتْ عَلَى التَّنُّورِ
"Jika suami mengajak isteri untuk memenuhi hajatnya maka datangilah meskipun isteri dalam keadaan sedang memasak." [10]
13. Menjaga rahsia suami dan rahsia rumah tangganya.
Isteri tidak boleh menyebarkan rahsia rumah tangganya kepada sesiapapun. Di antara rahasia terpenting yang kaum wanita mengambil mudah dalam menyebarkannya adalah rahasia hubungan kelamin atau ranjang. Para isteri hendaknya mampu menahan lidahnya dari kebiasaan "mencelupar". Jika ada masalah, sebaiknya diselesaikan di rumah, tanpa perlu diketahui oleh orang lain.
14. Bersemangat dalam menunaikan semua hak suami dan menjaga kehidupan rumah tangga bersama suami.
Seorang isteri jangan meminta cerai tanpa sebab. Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:
أَيُّمَا امْرَأَةٍ سَأَلَتْ زَوْجَهَا طَلَاقًا مِنْ غَيْرِ بَأْسٍ فَحَرَامٌ عَلَيْهَا رَائِحَةُ الجَنَّةِ
"Para isteri yang meminta cerai kepada suaminya tanpa sebab yang jelas, maka diharamkan baginya bau surga." [11]
Kecuali jika suaminya seorang yang tidak bertanggung jawab
seperti tidak memberi nafkah batin dan zahir secara mencukupi kepada isterinya.
Itupun perlu dibawa berbincang dengan suami dengan cara baik dan berterus
terang, setelah beberapa berbincangan telah dilakukan tetapi suami masih tidak
membuat perubahan untuk memperbetulkan kesilapannya. Barulah ianya boleh
diminta nasihat daripada keluaraga mertua ( ibu atau bapa mertua). Jika usaha
ini juga tiada penyelesaian, maka isteri dibolehkan isteri mendapat nasihat
dari Khadi.
Hal-hal di ataslah yang menjadi hak seorang suami atas isterinya. Wajib bagi isteri untuk bersungguh-sungguh dalam menunaikan hak-hak tersebut. Hendaklah para isteri juga bisa memaklumi jika suami memiliki keterbatasan kemampuan dalam memenuhi hak isteri. Dengan inilah maka kasih sayang dan dan kehidupan rumah tangga akan berkekalan, dan akan meberikan kepada suasana perhubungan social dalam masyarakat.

Isteri juga hendaklah mempunyai kemahairan dalam hal
berkiatan memberi didikan kepada putera dan puteri mereka. Oleh itu ilmu
mengurus rumah tangga perlu dipelajari semasa wanita itu remaja dan berhasrat
untuk berumah tangga, Kerana ilmu ini amat penting bagi mencapai matlamat semua
wanita yang ingin berkahwin untuk mendapat suami yang ideal dan rumah tangga
yang bahagia heingga ke akhir hayat,
Wallahu a'lam.
Rujukan/ notakaki:
- Dr. Abdul-Azhim Badawi. 1421H/2001M. Al-Wajiz fi Fiqh as-Sunnah wal-Kitab al-Aziz. Mesir: Dar Ibn Rajab. (referensi utama, disadur dari sini)
- HR Ahmad No. 12614
- HR Al-Bukhari No. 4886, Muslim No. 2125
- HR Al-Bukhari No. 2554, Muslim No. 1829
- HR Ath-Thabrani No. 386
- Dikutip oleh Dr. Abdul-Azhim Badawi, hlm. 307
- HR At-Tirmidzi No. 1163
- HR Al-Bukhari No. 5195, Muslim No. 1026
- HR At-Tirmidzi No. 1174
- HR At-Tirmidzi No. 1160
- HR At-Tirmidzi No. 1187, Abu Dawud No. 2226, Ibnu Majah No. 2055
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.