RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Wednesday 18 April 2018

BUKU FIKRAH MURABBI : BAB 25 : TOK GURU GLAKKAN RAKYAT MEMBINA MASJID



 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhL2vDUN_JBbOM83Cs3VFarg8_CU-lW7dYkwrDE2zcP-4uhWuDMMF8qAgdP4h3IyWoFdppw_vmTDVYUtMdKJy9bvyQH6tzvBmwbWWIVenQkh2xHnmKeJbuE2603jBTHm8bzcjfCeKRlkrU/s1600/Cover-Proof%25281%2529.jpg


BAB 25 :   TOK GURU MENGGALAKAN RAKYAT MEMBINA
                  MASJID .

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud :
"Hanya orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari Kiamat sahajalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah." (At-Taubah : 18)
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya :       
"Barangsiapa demi keredhaan Allah, membangunkan sebuah masjid, walaupun seluas sarang burung merpati, nescaya Allah akan membina untuknya istana di syurga." (HR : Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)     
Tok Guru seorang pemimpin yang bertaraf ulamak dan begitu faham dengan janji Allah tentang kelebihan membina masjid telah membuat satu polisi bahawa “ Kerajaan tidak akan membina masjid di Kelantan, kerajaan akan hanya membantu pembinaan masjid yang diinisiatifkan oleh rakyat”.
Pada peringkat awal dasar ini diperkenalkan banyak pendapat yang negatif telah dilemparkan kepada Tok Guru.
“ Mana kerajaan Kelantan mampu membina masjid kerana duit tak ada”.
“ Tok Guru hanya bercakap tentang Membangun Bersama Islam, tetapi beliau tidak menggalakkan Kerajaan Negeri Kelantan membina masjid, rakyat pula yang disuruh bina masjid, macam mana ni ?”
Sungguhpun begitu Tok Guru Nik Abdul Aziz tidak mempedulikan apa jua pandangan negetif yang diberikan kepadanya. Tok Guru sebagai ‘arkitek ummah’ tidak mengindahkan kritikan terhadap dasar yang diperkenalkannya itu, kerana bagi Tok Guru tindakan untuk memberi kesedaran kepada rakyat Kelantan bahawa pembinaan masjid sepatutnya dilakukan oleh rakyat, kerajaan hanya membantu sahaja. Kerana manafaat yang diperolehi oleh rakyat apabila membina sendiri masjid melalui ‘wang sumbangan’ akan memberi peluang kepada   memperolehi ‘pahala’ yang telah dijanjikan Allah di akhirat kelak.
“ Ambo tak mahu Kerajaan membina masjid keranan nak beri peluang kepada semua rakyat Kelantan berinfak dengan membina masjid, kerana Allah telah janjikan setiap sen yang dibelanjakan untuk pembinaan Rumah Allah di dunia ini,  jika dilakukan dengan ikhlas untuk beribadat kepada-Nya akan di bina sebuah mahliga di syurga, jadi tidak cerdiklah ambo sebagai pemimpin jika tidak memberi ruang kepada rakayat mendapat ganjaran pahala ini. Sebab tulah ambo tak bagi keutamaan Kerajaan Negeri Kelantan membina masjid” jelas Tok Guru didalam satu majlis.
Saya (penulis) juga pernah terlibat dengan pembinaan sebuah masjid di Mukim Panji Kota Bharu, Kelantan. Masjid yang dibina menalan belanja lebih kurang RM 4 juta. Untuk fasa Pertama AJK masjid telah mengumpul dana lebih RM2 juta. Kerjaan Negeri Kelantan telah memberi bantuan kewangan hanya lebih kurang RM100 ribu sahaja.
Alhamdulilaah dengan kesungguhan semua anak mukim di Panji, masjid telah dapat disiapkan. Yang lebih menarik dalam permerhatian saya, kegiatan mengimarahkan masjid dikalangan anak mukin telah bertambah baik. Pada setiap kali solat bilangan mereka yang hadir berjemaan telah bertambah dari masa ke semasa.
Pada akhir tahun 2016 pembinaan fasa kedua Masjid Mukim Panji telah hampir siap sepenuhnya, Cuma yang tinggal ialah membina menara sahaja yang telah mencapai 90% siap.
Apa yang amat membanggakan ialah sikap anak mukim yang telah menderma dengan jumlah yang lebih berlipat ganda berbanding semasa menggunakan masjid bagunan lama dahulu.
Saya masih ingat dalam satu mesyuarat AJK masjid pada satu ketika dahulu saya telah mencadangkan punggutan derma secara membawa kain “kandi” dihadapan para jemaah sebaik sahaja solat jumaat selesai.
“Tuan Pengerusi saya mencadangkan supaya kita membuat kutipan derma untuk tabung pembinaan masjid dengan cara pemunggut derma yang kita lantik berjalan di hadapan ahli Jemaah sebaik sahaja selesai solat jumaat” saya mengemukakan cadangan dalam satu mesyuarat AJK Masjid..
“ Saya tidak besetuju cara ini, kerana jika dikutip secara berjalan dengan membawa ‘kandi’ depan para Jemaah pun berapa ringgit akan bertambah berbanding dengan pungutan derma pada hari jumaat sekarang ( semasa bangunanan lama) kita hanya berjaya dapat lebih kurang RM500.00 hingg RM600.00 sahaj seminggu. Cara yang akan dicadangkan inipun jika bertambah meningkat kepada RM800 lebih sahaja seminggu. Berbinding dengan kos yang di anggarkan pembinaan untuk sebuah masjid baru dalam lingkungan RM4 juta. Sampai bila kita dapat jumalah itu”. Seorang AJK memberi cadangan balas.
Setelah dipersetujui oleh mesyaurat AJK Masjid, perlaksanaan cara kutipan derma yang dicadangkan itu telah memberi impak yang agak menakjubkan. Pada bulan pertama ianya dilaksanakan jumlah derma yang diperolehi telah meningkat agak tinggi melebih RM1,000.00 seminggu. Setelah siap fasa pertama pembinaan masjid, kutipan mingguna pada hari jumaat telah meningkat kepada RM2,000.00 lebih seminggu.  Setelah pembinaan fasa kedua disiapkan kutipan minggun telah miningkat kepada RM3,500.00 higga RM4,500.00 lebih seminggu.
Kini pada tahun 2017 anak mukim di Masjid Panji telah dapat menunaikan solat berjemaah dengan lebih sempurna kerana banguna masjid yang baru dengan tempat solat yang dapat menampung Jemaah hampir 1 ribu orang pada satu-satu masa serta dilengkapi dengan pendingin udara. Bilangan Jemaah yang hadir solat berjemaah juga telah bertambah ramai. Begitu juga dengan program kuliah agama yang dianjurkan pada malam-malam tertentu telah memperlihatkan peningkatan kehadiran.
Berdasarkan kepada pengalaman yang dialami ini kita dapat melihat betapa jauhnya pemikiran seorang murrabbi seperti Tok Guru telah memperkenalkan dasar yang pada sekali imbas memperlihatkan ketidak perihatinan kerajaan Negeri Kelantan dalam ‘syiar Islam’ tetapi Tok Guru sebenarnya ingin mewjudkan peluang kepada semua rakyat untuk melaksanakan satu perniagaan dengan Allah memlalui sedekah atau infak dalam membina masjid. Dengan adanya dasar ‘Kerajaan Negeri Negeri Tidak Memberi Penumpuan Untuk Membina Masjid’  peluang bagi setiap rakyat tidak kira orang kaya atau miskin dibuka seluas-luasnya di setiap mukim di seluruh Negeri Kelantan untuk mendapat saham pahala dalam pembinaan masjid ini. Allah tidak melihat jumlah banyak mana wang yang didermakan untuk membina ‘rumah Allah’ itu, tetapi nilai bagi Allah yang akan menentukan ganjaran pahala di akhirat nanti ialah sejauh mana keiklasan seseorang hambanya yang menderma. Jika si miskin yang menderma hanya RM10 sahaja tetapi itulah jumlah yang paling banyak yang termampu olehnya kerana kedaifan dan kefakiran ianya lebih besar ganjaran pahala di sisi Allah berbanding dengan derma yang di beri oleh orang kaya yang mempunyai harta puluhan juta. Derma sebanyak RM1 juta yang diberi dengan niat ingin mendapat sanjungan manusia dan populeriti, niali bagi Allah amat sedikit malah mungkin tidak mendapat ganjaran pahala langsung kerana ianya riak dan menunjuk-numjuk. Aauzubillah himinzalik.
Kerana Tok Guru sememangnya mengetahui sekiranya Kerjaan Negeri membina masjid untuk mendapat keuntungan politik ( sokongan rakyat dalam pilihanraya) ianya adalah satu tindakan yang sia-sia yang dimurkai Allah.

Tok Guru begitu faham dengan ayat Al Quran yang bermaksud :
“Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemadharatan (pada orang-orang Mukmin), untuk kekafiran dan memecah belah antara orang-orang Mukmin serta menunggu kedatangan orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah,”kami tidak menghendaki selain kebaikan.”Dan Allah menjadi saksi bahwa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya)” .[at-Taubah/9:107]

Sebagai pemimpin Tok Guru tidak mahu diperosal oleh Allah di akhirat nanti kerana membiarkan polisi kerajaan Membina Masjid untuk mendapat sokongan rakyat dan juga menunjukkan bahawa kerajaan bertanggung jawab untuk tegakkan Islam .
Bagi Tok Guru dia amat takut jika perbelanjaan puluhan juta ringgit oleh Kerajaan itu tidak diterima oleh Allah kerana wang digunakan untuk mendapat keredaan manusia di dunia ini. Lebih-lebih lagi Kerajaan Negeri Kelantan mengalami Belanjawan deficit setiap tahun. Oleh itu dana kerajaan yang terhad itu perlu digunakan sebaik mungkin dan mana-mana projek yang boleh digunakan sumber lain, Tok Guru akan pastikan projek berkenaan tidak diberi peruntukan dari dana Kerajaan Negeri.
Dalam kes pembiayaan untuk pembinaan masjid ini Islam sememangnya menggalakkan umatnya membina masjid dengan pemberian harta mereka masing-masing mengikut kemampuan seseorang kerana mereka akan diberi ganjaran yang amat besar di akhirat nanti sebagai balasan jihad mereka dengan mederma secara ikhlas untuk membina ‘rumah Allah’ di muka bumi ini.
Firman Allah S.W.T bermaksud:
Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?”(as-Shaff: 10-11)
Di antara bentuk perniagaan dengan Allah ialah seperti membaca al-Quran, mendirikan solat dan menafkahkan harta yang dikurniakan Allah kepada manusia secara terang atau  sembunyi. Inilah perniagaan yang tidak akan rugi selama-lamanya. Firman Allah:
“ Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi.”(Fatir: 29).
Oleh itu Tok Guru telah mengambil langkah bijak dengan mengarahkan supaya wang kerajaan tidak diberi keutamaan untuk pembinaan masjid bagi membolehkan rakyat mempunyai kemudahan untuk berderma atau berniaga dengan Allah melalui permberia derma kepada projek membina masjid bagi mendapat ganjaran pahala yang tiada nilainya di akhirat kelak.
Satu lagi perkonsian pengalaman saya  berkaitan dengan pembinaan masjid di Mukim  Panji Kota Bharu ialah pembinaan masjid yang diusahakan oleh AJK Masjid dengan kerjasama semua Jemaah di kharian ini. Mendorong kepada cara pembinaan menggunakan keadah ‘upah kerja’ diberi kepada kontrakor dan bahan-bahan binaan dibeli oleh AJK Masjid. Kaedah ini digunapakai adalah untuk memprolehi kos pembinaan yang paling optimum.
Di fasa pertama pembinaan bagunan baru dengaan keluasan 5,000 kaki persegi. Tender yang dibuka untuk ‘upah kerja’ terdapat dua tawaran. Satu tawaran dengan kadar RM24.00 sekaki persegi dan tawaran kedua dengan kadar RM14.00 sekaki persegi. AJK telah membuat tawaran kepada  tawaran yang termurah RM14.00 sekaki persegi dan juga mengambil kira kemampuan kontraktor berkenaan berdasarkan rekod kerjanya dengan agensi kerjaan serta kontraktor yang dipilih juga merupakan salah satu kontraktor telah terpilih sebagai “Kontraktor Berwibawa”.
Setelah kontrokor menyiapkan kerja-kerjanya beliau hanya membuat tuntutan terhadap upah kerja pembinaan tak sampai 30% dari jumah kos yang telah di pesetujui. Selebihnya diberitahu kepada AJK Masjid bahawa dia telah memberi derma kepada Masjid. Apa yang ingin ketengahkan disini ialah kesan ‘ spil over’ dasar yang telah diilhamkan oleh Tok Guru telah memberi ruang kepada banyak pihak untuk menderma ke jalan Allah. Jadi pandangan setengah pihak yang mengatakan dasar yang diperkenalkan oleh Tok Guru supaya Kerajaan Negeri Kelantan Tidak Memberi Keutamaan untuk Membina Masjid satu dasar yang tidak selari dengan kehendak Islam adalah satu pandangan yang amat meleset. Walahal Tok Guru yang mengeluarkan sesuatu idea untuk dijadikan dasar dalam memerintah negeri Kelantan yang dia sebagai Menteri Besar adalah dibuat setelah bermunajat dengan oleh pada malam hari (solat tahajjud). Cetusan idea Tok Guru adalah dengan mendapat pertolongan Allah bukannya satu tindakan beliau bersendirian.
Yang lebih mengembirakan lagi kontraktor yang mewakafkan sejumlah wang kos pembinaan kepada masjid Mukim Panji semasa pembinaan fasa pertama dahulu, saya telah diberitahu bahawa beliau telah berjaya memperolehi tendar membina sebuah sekolah yang ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan dengan jumlah kos hampir RM8 juta. Disini membuktikan bahawa derma ikhlas yang diberi untuk mendapat keredaan Allah telah diberi ganjara di dunia lagi dengan jumlah berlipat kali ganda. Bayangkan jumlah ganjaran pahala yang akan diperolehi di  akhirat kelak tentu lebih besar lagi ? Subhanallah.
Kesimpulannya Tok Guru memperkenalkan dasar ini telah dapat memberi peluang kepada rakyat di semua peringkat untuk mengambil peluang “berniaga dengan Allah” kerana derma ikhlas yang diberi untuk membina masjid akan memperolehi ganjara pahala yang berlipat kali ganda di akhirat nanti. Allah telah janjikan sebuah mahligai di syurga bagi sesiapa berinfak untuk membina rumah Allah (masjid) di dunia ini.
Disini memperlihatkan bahawa seorang ulamak yang menjadi pemimpin di sesebuah negeri akan membawa rakyat yang dipimpinnya bukan sahaja memperolehi kebaikan di dunia tetapi ianya juga akan mempastikan semua rakyat yang dipimpin mendapat keredaan dan kebahagian kurniaan Allah di akhirat yang kekal abadi. Tok Guru sebagai ‘arkitek ummah’ mempunyai visi yang lebih jauh berbanding dengan pemimpin lain di Malaysia. Kerana kelebihan ‘pahala’ yang akan dikurniakan Allah di akhiarat nanti adalah lebih penting daripada mendapat pujian dan sokongan manusia di dunia. Terbukti Tok Guru sebagai pemimpin yang mampu mebawa pengikutnya memperolehi kebaik di dunia dan juga kebaikan diakhirat.

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.