PEMIMPIN YANG MENIPU RAKYAT
.....MASUK NERAKA ?
Di akhir zaman ini ramai orang yang
menawarkan diri untuk jadi pemimpin. Mereka akan berjanji untuk memberi khidmat
bakti yang terbaik kepada rakayat di kawasan yang dipimpin. Lebih lebih lagi
apabila kedah memimilih pemimpin dilakukan secara pilihanraya.
Sesungguhnya bagi orang yang memupunyai
kemitment yang tinggi terhadap perintah agama, dia akan merasa berat untuk
menerima tawaran menjadi pemimpin.Kerana mereka tahu bahawa kempimpinan adalah
satu amanah yang ditetapkan oleh Allah. Pemimpin adalah orang yang diberi
tangggung jawab untuk memimpin semua rakayat dan mampastikan meraka mendapat
menikmati kehidupan yang baik dari segi ekonomi dan juga ibadat kepada Allah.
Jika fakator ini tidak dapat dicapai maka pemimpin akan dipersoalkan di akhirat
kelak di hadapan Allah. Jika tidak disempurnakan dengan baik pemimpin itu akan
dihukum dan di masukan ke dalam neraka. Sebaliknya jika dia seorang peimimpin
yang baik ia akan diberi pahala berganda berbanding dengan orang biasa. Tempat
mereka di dalan Syurga yang penuh dengan kenikmatan.
Sabda Rasullah saw:
قَوْله صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ : ( مَا مِنْ عَبْد يَسْتَرْعِيه اللَّه رَعِيَّة يَمُوت يَوْم يَمُوت
وَهُوَ غَاشّ لِرَعِيَّتِهِ إِلَّا حَرَّمَ اللَّه عَلَيْهِ الْجَنَّة )
Hadis Ma'qil
bin Yasar r.a:
Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang ditaklifkan oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, nescaya Allah mengharamkan ke atasnya(pemimpin) syurga.
Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang ditaklifkan oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, nescaya Allah mengharamkan ke atasnya(pemimpin) syurga.
PEMIMPIN YANG MENIPU RAKYAT !!
Ka’ab bin Ujrah r.a.
berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti,
setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka
barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (menyokong) tindakan
mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku
daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di
syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).
JANGAN SOKONG
PEMIMPIN YANG BOHONG DAN ZALIM
عَنْ حُذَيْفَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّهَا سَتَكُونُ أُمَرَاءُ يَكْذِبُونَ وَيَظْلِمُونَ
فَمَنْ صَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَلَيْسَ مِنَّا
وَلَسْتُ مِنْهُمْ وَلَا يَرِدُ عَلَيَّ الْحَوْضَ وَمَنْ لَمْ يُصَدِّقْهُمْ
بِكَذِبِهِمْ وَلَمْ يُعِنْهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَهُوَ مِنِّي وَأَنَا مِنْهُ
وَسَيَرِدُ عَلَيَّ الْحَوْضَ. قال شيخنا الشيخ شعيب الأرناؤوط : إسناده صحيح على
شرط الشيخين .
Daripada
Huzaifah daripada Nabi SAW, Baginda bersabda : "Bahawasanya akan wujud (akan datang) para pemerintah yang berbohong dan
berlaku zalim. Barangsiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan membantu
atas kezaliman mereka, maka (mereka) bukan daripada (golongan) kami dan aku
bukan daripada (golongan) mereka, dan dia tidak akan menemuiku di haudh (telaga
kauthar di akhirat kelak). (Sebaliknya) sesiapa yang tidak membenarkan
pembohongan mereka dan tidak membantu atas kezaliman mereka, maka dia daripada
(golongan) ku dan aku daripada (golongan) nya dan dia akan bertemuku di haudh".
(Riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya. Kata guru kami, Syeikh Syu'aib
al-Arna'uth, sanad hadith ini sahih berdasarkan syarat al-Bukhari dan Muslim)
1520 حَدِيثُ أَبِي مُوسَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُمْلِي
لِلظَّالِمِ فَإِذَا أَخَذَهُ لَمْ يُفْلِتْهُ ثُمَّ قَرَأَ ( وَكَذَلِكَ أَخْذُ
رَبِّكَ إِذَا أَخَذَ الْقُرَى وَهِيَ ظَالِمَةٌ إِنَّ أَخْذَهُ أَلِيمٌ شَدِيدٌ )
*
1520 Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a katanya: Rasulullah
s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Agung akan
memanjangkan usia atau waktu bagi orang-orang yang zalim. Walaupun begitu Allah
tetap menyiksanya, maka Dia (Allah) tidak akan melepaskannya. Kemudian beliau
membaca firman Allah: ( وَكَذَلِكَ أَخْذُ رَبِّكَ إِذَا أَخَذَ
الْقُرَى وَهِىَ ظَالِمَةٌ إِنَّ أَخْذَهُ أَلِيمٌ شَدِيدٌ ) Yang bermaksud: Dan begitulah azab Tuhanmu apabila Dia
mengazabkan penduduk negeri-negeri yang berbuat zalim. Sesungguhnya azabNya itu
adalah sangat pedih lagi keras *
Oleh
itu wahai rakan semuslim marilah kita mehisbah diri adakah kita tergolong orang
yang dipilih sebagai pemimpin tetapi telah menyalah gunakan kuasa yang
menyebabkan rakayat tersika kerana peraturan yang kita tetapkan itu memberi
beban kepada mereka
Begitu
juga anda sebagai pemilih yang akan memilih pemimpin, berhati hatilah jangan
memimilih pemimpin yang bersekongko dengan mereka yang zalim. Gunakkanlah akal
dan ilmu yang Allah beri kepada kita untuk memimilih pemimpin yang beriman dan
bertaqwa yang akan memandu kita kearah kejayaan di dunia dan juga dapat meraih
keredaan Allah di akhiarat kelak.
Wallahu’alam.
Sumber “ ustaz Yusof Embong(uye)
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.