ketikaSemasaDi zaman internet yang serba canggih, dunia tanpa sempadan
mutakhir ini menyebabkan anak-anak muda terdedah dengan pelbagai maklumat ada
yang positif dan ada yang negetif.
Positifnya anak muda didedahkan dengan pelbagai teknologi computer dan alatan
telefon pintar ipad yang dapat memudahkan perhubungan antara manusia dan juga
menyebarkan pelbagai maklumat di seluruh pelusuk dunia. Nam jika anak muda
tidak pandai menggunakannya, alatan canggih ini boleh merosakkan masa depan
mereka, umpamanya belia dan beliawanis yang usia baru setahun jagung telah
didehakan dengan vedio lucah dan porno. Ini mendorong mereka untuk mecuba
perlakuan seks yang di tontonya melalui internet, dan akhirnya terjebak dengan
perbuatan hubungan seks bebas di kalangan anak muda. Ini menyebabkan berlakunya
kelahiran anak luar nikah dan akhirnya berlaku pembuangan bayi dan juga
pembunuhan bayi yang tidak berdosa.
Sesetengah pendapat memberi cadangan supaya anak-anak muda
yang ketagih seks ini perlu di
percepatkan perkahwinan mereka atau di istilahkan sebagai ‘Kahwin Muda”.
‘Kahwin muda‘, adalah
satu topik yang sudah menjadi
kebiasaan kepada mana-mana si teruna dan
dara. Dahulunya keadah ini adalah perkara biasa kepada datuk atau nenek kita.
Tapi zaman mutakhir ini ianya kurang mendapat sambutan berikutan teruna dan
dari lebih memberi tumpuan kepada pelajaran samsadi di kolej atau universiti.
Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh niat murni anda?
Jika dipertimbangkan hal ini, kahwin awal
pada usia muda memang banyak manfaat dan kebaikannya :
1. Tuntutan agama
Agama Islam menyarankan kita untuk menyegerakan perkahwinan
seandainya sudah cukup syarat-syarat zahir dan batinnya. Berkahwin juga
termasuk amalan sunnah kerana boleh meningkatkan bilangan umat Islam di atas
muka bumi. Paling penting, saham akhirat kita juga akan terjamin apabila ada
anak soleh yang mendoakan untuk kita apabila di alam kubur nanti. Jika agama
menggalakkan, mengapa kita harus melengah-lengahkannya?
KELEBIHAN NIKAH
saat akad nikah~dapat PAHALA!
suami peluk isteri~dapat PAHALA!
cium isteri~dapat PAHALA!
renung isteri~dapat PAHALA!
suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri~PAHALA!
suami bernafsu tengok isteri~PAHALA!
suami pegang isteri ~PAHALA!
suami marah isteri(untuk menegur)~PAHALA!
suami imamkan isteri~BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa
dua PAHALA!
suami ajar isteri fardhu ain~PAHALA!
suami setubuh isteri~PAHALA!
main kenyit2 mata dengan isteri~PAHALA!
Allhhurabbi..SERONOKNYA.
2. Mengelak daripada
perbuatan zina
Hati manusia mana yang boleh tahan dengan godaan duniawi di
zaman sekarang? Iman kita bukanlah setebal mana mahu memikul gelora nafsu yang
melonjak-lonjak seawal usia 18 tahun lagi. Jika harapkan ideologi kolot di mana
seseorang itu hanya boleh berkahwin setelah mempunyai perkerjaan, sebuah kereta
dan rumah, sudah pasti usia sudah mencapai 29 tahun lebih. Bayangkan derita
menahan nafsu yang perlu ditanggung
selama 10 tahun sebelum sampai waktu itu? Anak muda sekarang: SMS dan
bergayut tak henti, berpegangan tangan, menonton wayang midnight, bukankah itu boleh membangkitkan nafsu dan
membawa kepada zina? Penyelesaiannya
ialah menyegerakan akad nikah agar tidak terus terlanjur. Ia bukan
sahaja dapat mengelak hubungan seks luar nikah, malah kes kahwin lari dan
pembuangan bayi juga boleh diatasi.
3. Menjadi lebih bertanggungjawab
Jika selama ini hanya ada seorang ibu bapa, kini sudah
menjadi anak kepada dua ibu dan dua bapa. Jika selama ini bekerja atau belajar
sambil lewa, sekarang lebih bermotivasi dan dedikasi demi menyara keluarga
tercinta. Tanggung jawab yang bertambah dan perlu kepada komitmen yang tinggi
bagi mencapai matlamat kebahagian keluarga. Lebih bertanggung jawab si suami
apabila telah dikurniakan cahaya mata, pengikat kasih sayang suami isteri.
4. Menimbulkan ketenangan jiwa
Jiba bertanya kepada mereka yang sudah beristeri/ bersuami,
mereka pasti menyatakan betapa asyik dan seronoknya alam perkahwinan.
Ketenenangan yang dirasa sukar difahami dan diterjemah dalam kata -kata. Ya,
memang ada ketikanya pening kepala memikirkan tentang kerenah pasangan,
assignment, ansuran kereta, sewa rumah; tetapi semua ini diubati dengan seorang
peneman yang sedia menjadi bahu tempat bersandar, dan menjadi rakan di kala
suka dan duka. Kehadiran seorang cahaya mata yang comel akan menyerikan lagi
mahligai yang dibina. Yang lebih penting jika suami isteri sentiasa taat kepada
perintah Allah dan bersyukur di atas nikmat-nikamat Allah, sudah pasti rezeki
akan di kurniakan oleh-Nya tanpat di sangka-sankgka dan di duga.
Subhanallah.
5. Fikiran menjadi lebih matang
Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya
terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama
rakan, membaca komik atau ber-facebook,
dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang, Komitment
untuk mencari rezeki untuk keperluan keluarga merupakan kekangan untuk melepak
dan mensia-siakan masa bersama kawan-kawa yang berlum kahwin.
Segala suka duka dan cabaran yang di hadapi sebagai suami
isteri dalam melayari bahtera rumah tangga akan mempercepatkan lagi kematangan
dalam berfikir dan bertindak.
6. Dapat Membaiki diri
Ramai mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan
mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi
insan yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat
dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan
mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah sumai dan isteri dan
keluarga.
Bagi si lelaki selepas kahwin merupakan pendorong turning
point yang begitu berpengaruh sekali kerana lahirnya sifat suami sebagai ketua
keluarga yang perlu memberi nafkah. Ini akan mendorongnya bekerja lebih kuat
lagi setiap kali bilangan anak bertambah kerana komiten ekonomi yang bertambah.
7. Plan jangka panjang
Jika berkahwin muda,
kelazimannya akan memperolehi anak
pertama (sulung) pada usia yang muda, dan diikuti dengan anak kedua dan
seterusnya. Belum sampai umur wajib (60
tahun) anak-anak sudah besar dan tamat melanjutkan pelarajan serta mempunyai
kerjaya masing-masing. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi yang kukuh, dan
anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa tua
meraka dalam suasana yang selesa
dan mempunyai banyak masa untuk
beribadat sebagai bekal untuk akhirat yang kekal abadi.
Berbanding dengan mereka yang kahwin di usia yang agak tua,
sudah pasti pada masa usia lebih 50 an, anak-anak masih kecil dan perlu kepada
kerja kuat untuk mengurus persekolahan mereka. Ini menyebabkan kehidupan di
usia tua agakan tertekan dan menjadikannya sebuk dengan urusan dunia yang akan
menjejaskan masa untuk menambah ibadat
kepada Allah bagi bekal akhirat nanti.
8. Seks yang lebih
berkualiti
Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat
umur. Tahukah anda, menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan
adalah berkahwin lambat? Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika anda
berkahwin di usia lingkungan 35 tahun ke atas, anda mungkin dinasihatkan untuk
tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.
9. Rezeki bertambah
Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan
perkahwinan ialah kerana kekurangan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran
kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi
yang selalu bemain di minda. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan
hambanya melebihi apa yang mampu ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah
tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun
pada mulanya sedikit, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi
anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya. Sememangnya ini adalah realiti
kehidupan mereka yang berkahwin apabila bertambah bilangan anak, status ekonomi
akan meningkat dari masa ke semasa.
10. Jangan tunggu lama-lama
Pasti ada di kalangan anda yang sudah mempunyai kekasih, betul
tak? Jika benar anda menyayanginya dan ingin berkongsi hidup dengannya, mengapa
harus ditunggu lagi? Ingat, sekarang ini ramai lelaki hidung belang. Bila-bila
masa sahaja bunga anda boleh dirayu sang kumbang sial. Andai itu berlaku, gigit
jari sajalah dan menangung derita sepanjang zamah.
Jika anda sudah menemui si pengarang jantung hati yang
mencintai anda seadanya,
yang bersama anda di kala panas atau hujan,
yang sudi melengkapi kekurangan anda,
yang anda yakin untuk dibawa bertemu orang tua anda,
yang akan melahirkan zuriat anda
yang anda akan melangkah ke syurga bersamanya…
Apa ditunggu lagi?
Yang menjadi halangan kepada muda-mudi untuk kahwin pada
usia muda adalah sikap keluarga dan masyarakat. Kini belanja kahwin telah
menjadi satu trend untu bermegah dah menunjuk-nunjuk. mas kahwin yang
ditetapkan oleh Islam adalah berpadanan dan mengikut kemampu penganting lelaki.
Kini telah jauh tersasar dari matlamat sebenar dengan meletakkan hantaran
dengan harga yang mahal berpuluh ribu malah ada yang mencecah puluhan dan
ratusan ribu ringgit. bukakah ini membebankan menantu.
Kesusahan yang disebab kan adat budaya dan juga perasaan ego
nafsu keluarga menyebabkan anak muda yang ingin kahwin terpaksa membenamkan
hasratnya. Masa yang agak lama di ambil untuk mengumpul wang bagi perbelanjaan
kahwin menyebabkan muda mudi terus menjalin cinta mereka, bagi yang tidak dapat
mengawal nafsu sarakah, akan terjebat dengan perbuatan maksiat seperti
melakukan zina. hinggalah melahirkan anka luar nikah. Inilah realiti kehidupan di zaman sekarang.
Untuk mengatasi
situasi yang dimurkai Allah itu, wahai para ibu bapa marilah kita sama-sama
membuat perubahan dengan meletakkan hantaran perkahwinan dengan kadar yang
terampu oleh bakal menantunya,
Sumber : zoncinta.com
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.