RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142
Showing posts with label peribadi. Show all posts
Showing posts with label peribadi. Show all posts

Tuesday, 12 May 2015

BIODATA NIK RAIHAN


BIODATA

IDENTITI:
Nama Penuh : NIK RAIHAN BIN NIK ABD RAHMAN
Jantina : LELAKI
Tempat & tarikh lahir : 1953
Alamat : LOT 1553, TAMAN NORISWATI, JALAN RAJA PEREMPUAN ZAINAB II, PANJI, 16100 KOTA BHARU, KELANTAN DARUL NAIM.

Blog: raihanpahiminr.blogspot.com
Agama : ISLAM
Status perkawinan : BERKAHWIN
Bilangan anak : 7 ORANG ( 4 LELAKI, 3 PEREMPUAN)
Tinggi badan : 175 CM
Berat badan : 105 Kg.
Warna kulit : SAWO MATANG
Kewarganegaraan : WARGANEGARA MALAYSIA


KELUARGA
Nama Ayah : HJ NIK ABD RAHMAN BIN NIK SOH
Nama Ibu : HJH MERIAH BT HJ HUSSAIN

PENDIDIKAN
Nama sekolah :       UNIVERSITI SAINS MALAYSIA:
-        Master of science (Project Management) -1992
-        Bsc, Hon.(HBP) – 1980
-        Sijil Pengurusan Awam (1983) – INTAN.

INSTITUTE PENDIDIKAN KOTA BAHRU
STP – 1975

                              CALON PERSENDIRIAN
                                   SPM - 1973

TENGKU MAHMOOD SECONDARY SCHOOL (BESUT)
-        LCE – 1969
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG BULUH, SETIU, TERENGGANU
-        SIJIL DARJAH 6 – 1960.


PENGALAMAN KERJA
Pengalaman kerja terakhir :
1.    BLOGGER / WRITER – RAIHAM PAHIMI RESOURCES  (2014 – sekarang)
2.    GENERAL MANAGER – PORTOKBALI MALAYSIA  SDN BHD ( 2012-1014)
3.    PROJECT MANAGEMENT CONSULTANT – AIN AQUACULTURE SDN BHD. ( 2010 -2012)
4.    SENIOR MANAGER (HUMAN RESOURCES (2005-2008)) – AIR KELANTAN SDN BHD ( 2000 – 2008)
5.    GENERAL AFFAIRS CONSULTANT – KELANTAN WATER (M) SDN BHD. (1997 – 2000)
6.    PENYELARAS PROJEK KANAN, INSTITUT TADBIR AWAM (WILAYAH TIMUR) KEMAMAN TERENGGANU – (1989 -1990)
7.    PEGAWAI TADBIR NEGERI KELANTAN (1980 – 1997)



KEMAHIRAN:
Komputer, Pengurusan Awam, Pentabiran Kerajaan Tempatan, Fasilitator, Pengurusan Kualiti (Panel Hakim QCC, KIK, Kelantan dan Terengganu lebih 18 tahun). Kerja Berpasukan, Kepimpinan, Pengurusan Pojek, Project Finance, Pemikiran Kreatif dan Inovatif.

PERSONALITI:
Jujur, sabar, inovatif dan kreatif ( Islam sebagai asas pedoman hidup)


SUMBANGAN KEPADA ORGANISASI:

KERAJAAN NEGERI:
Kertas Kerja :        1.  Kerja 5 hari Seminggu.
                              2.  Pusat Pelancungan Pantai Sri Tujuh Tumpat
                              3.  Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubur.
                              4.  Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang
                              5.  Draf Enekmen Hudud Kelantan.


                             
PENERBITAN:

Buku :         

1. BERCINTA SAMPAI SYURGA – Penerbit : PTS Publishing House Sdn Bhd.
          ( Jan -2015; ulang cetak Mei -2015)
2. LOVE TO PARADISE - FeedARead.com.(UK) - 2016.
3. TO HER WITH LOVE - Kindle : Amazon.com - 2016 


Friday, 1 May 2015

KENAPA SAYA MEMELUK ISLAM

Yusuf Estes- Pendakwah Kristian Amerika Memeluk Islam

SHEIKH YUSUF ESTES.


SHEIKH Yusuf Estes ialah seorang cendekiawan terkenal yang tidak pernah jemu mengembangkan syiar Islam ke seantero dunia serta mengedarkan bahan-bahan ceramah dalam pelbagai medium kepada umat manusia.
Ikuti autobiografi penghijrahan akidah beliau dari seorang pengkhutbah Kristian kepada pendakwah Muslim yang aktif dan disegani.
Saya dilahirkan dalam sebuah keluarga yang berpegang kuat kepada agama Kristian di Midwest, Amerika Syarikat. Hakikatnya, nenek moyang kami bukan sahaja membina gereja-gereja dan sekolah-sekolah sepanjang tanah ini tetapi keturunan kami juga merupakan orang yang paling awal datang ke situ.
Semasa di sekolah rendah, kami sekeluarga ditempatkan semula di Houston, Texas pada 1949. Kami selalu menghadiri gereja dan saya telah dibaptiskan pada usia 12 tahun di Pasadena, Texas.
Pada zaman remaja, saya teringin melawat ke gereja-gereja lain untuk mempelajari Baptist, Methodist, Episcopalian, Charismatic movement, Nazarene, Church of Christ, Church of God, Church of God ini Christ, Full Gospel, Agape, Chatolic, Presbyterian dan banyak lagi.
Namun, pengkajian saya tidak terhenti kepada agama Kristian. Agama Hindu, Yahudi, Buddha, Metaphysics dan kepercayaan tradisi orang Amerika turut saya selidiki. Sayangnya agama Islam tidak menjadi pilihan.
Bagaimanapun, saya tertarik dengan perbezaan jenis muzik terutamanya Gospel dan Klasikal. Memandangkan keluarga saya ramai yang kuat agamanya dan muzikal, ia secara tidak langsung menjadikan dua bidang ini sebagai pengajian permulaan. Semua ini membawa saya kepada jawatan Paderi Muzik di beberapa gereja di mana saya menjadi ahli gabungan selama lebih setahun. Saya mula mengajar keyboard pada 1960 dan sehingga 1963, saya berjaya memiliki studio sendiri di Laurel, Maryland yang diberi nama Estes Music Studios.
Sepanjang 30 tahun, saya dan bapa banyak bekerjasama mengendalikan pelbagai program hiburan. Kami juga membuka kedai piano dan organ di Texas, Oklahoma hingga ke Florida. Meskipun memperoleh kekayaan namun sukar temui ketenangan fikiran.
Persoalan seperti; “Mengapa kita diciptakan Tuhan?”, “Apakah yang Tuhan mahu kita lakukan?”, “Siapa Tuhan sebenarnya?” dan “Kenapa kita percaya dengan dosa sebenar?” sering menghantui diri. Namun semua persoalan ini dibidas keras malah menyuruh anda menerima tanpa mempersoalkannya atau itulah ‘misteri’ dan anda tidak perlu mempersoalkan hal itu.
Suatu hari tahun 1991, saya terkejut apabila diberitahu bahawa orang Islam mempercayai kitab Bible. Malah lebih memeranjatkan, mereka juga mempercayai bahawa Nabi Isa itu utusan Allah, Rasul, dilahirkan luar biasa tanpa berbapa, Nabi Isa akan kembali pada akhir zaman. Memang ia sesuatu yang sukar dipercayai, apatah lagi fikiran saya tentang Islam agak negatif.
Ayah saya sangat aktif menyokong kerja-kerja gereja, terutamanya dalam program sekolah sehingga beliau ditahbiskan (dipersucikan) pada 1970. Dia dan ibu tiri saya mengenali ramai mubaligh Kristian dan pendakwah sehingga pernah membantu pembinaan “Prayer Tower” di Tulsa, Oklahoma. Mereka berdua juga terlibat mengedarkan kaset-kaset ceramah di rumah-rumah orang tua, hospital dan rumah pesara.
Namun pada 1991, ayah mula berurusniaga dengan seorang lelaki dari Mesir dan menyuruh saya menemui lelaki beragama Islam itu. Pada awalnya saya agak keberatan apa lagi mengetahui bahawa mereka adalah pengganas, perampas, penculik dan pengebom. Bukan itu sahaja, mereka juga bukannya mempercayai Tuhan, yang mereka tahu hanya mencium tanah lima kali sehari dan menyembah kotak hitam di tengah padang pasir.
Tidak! saya tidak akan berjumpa dengannya. Berkali-kali juga ayah mendesak dengan mengatakan dia seorang yang baik. Kerana tidak tahan dengan permintaannya, akhirnya saya bersetuju dengan syarat; pada hari Ahad, selepas ke gereja, membawa kitab Bible, seutas salib dan memakai kep yang tertulis ‘Nabi Isa adalah Raja’. Isteri dan dua anak perempuan saya ikut serta dalam pertemuan itu.
Saya terkejut kerana saya menantikan seorang yang bertubuh sasa dengan jubah, serban, berjanggut paras dada dan bulu kening bercantum di dahi. Tetapi lelaki ini jauh berbeza, tiada janggut dan kepalanya hampir botak. Yang pasti, orangnya menyenangkan dan mesra. Semua ini jauh daripada sangkaan awal saya. Pun begitu, matlamat saya pada masa itu hanya satu iaitu, ‘menyelamatkannya’.
Ketuhanan
Saya banyak bertanyakan soalan kepadanya, terutamanya yang berkaitan dengan ketuhanan dan perihal nabi-nabi. Dia banyak mengiyakan. Kami semakin rancak berbual dan semenjak itu hubungan kami semakin rapat. Saya dapat rasakan yang dia seorang yang baik, pendiam dan sedikit pemalu. Banyak topik yang kami bualkan acap kali bertemu dan ada ketikanya saya cuba selitkan beberapa mesej tentang agama kami.
Pada suatu hari saya dapat tahu bahawa teman Islam saya, Mohamed terpaksa berpindah dan tinggal sementara waktu di masjid. Kami bersetuju menumpangkan Mohamed di rumah besar kami.
Pengenalan pendek dengan seorang lelaki yang mengakui paderi Kristian yang telah melakukan kerja-kerja mubaligh untuk gereja lebih 12 tahun di selatan dan tengah Amerika Syarikat dan Mexico serta di New York membawanya tinggal bersama kami dan Mohamed. Kami berbual tentang konsep kepercayaan dalam agama Islam.
Mengejutkan saya apabila diberitahu bahawa setiap paderi Katolik, mereka belajar agama Islam dan ada di antaranya yang memiliki doktor falsafah dalam subjek itu. Ini satu yang baru bagi saya.
Semenjak itu kami sentiasa berbincang tentang agama masing-masing. Kami pernah bertanyakan perubahan versi kitab masing-masing. Pernah sekali saya bertanyakan kepada Mohamed sejak 1,400 tahun sudah ada berapa versi al-Quran. Pendek jawapannya hanya ada satu iaitu al-Quran malah ia telah dihafal oleh jutaan manusia. Bagi saya ini sesuatu yang mustahil. Bagaimana kitab saya boleh berubah-ubah sedangkan al-Quran tetap terpelihara.
Pada suatu hari teman paderi saya bertanyakan Mohamed keinginannya untuk mengikutnya ke masjid untuk mengetahui keadaan di sana. Sekembalinya mereka, saya bertanya kepada paderi itu apa yang dilakukan oleh orang Islam? Dia memberitahu, tidak ada apa yang dilakukan hanya sembahyang dan pulang. Pelik, tidak ada ceramah ataupun nyanyian.
Beberapa hari kemudian, sekali lagi paderi itu mahu mengikut Mohamed ke masjid. Kali ini mereka pergi agak lama sehingga hari sudah gelap. Bila pulang saya dapati, Peter (paderi) sudah melakukan syahadah. Saya terkejut dan semalaman memikirkan hal itu, lalu menceritakan kepada isteri. Tambah mengejutkan, apabila isteri saya juga menyuarakan hasratnya untuk bergelar Muslim kerana mengakui kebenaran Islam.
Saya terus memanggil Mohamed dan kami berbincang sepanjang malam sehingga masuk waktu solat Subuh, Mohamad meminta izin untuk melaksanakan kewajipannya. Pada detik itu, saya menyedari erti kebenaran dan sudah tiba masanya untuk saya membuat pilihan yang bakal menyelamatkan saya sama ada di dunia mahupun akhirat.
Saya ke belakang rumah, ambil sekeping papan lapis dan di situlah saya sujud mengadap kiblat. Saya meminta, kepada-Nya petunjuk dan bimbingan. Selepas dari itu, saya benar-benar dapat merasakan perubahan di dalam diri. Saya terus naik ke atas dan mandi dengan harapan ia akan membersihkan dosa-dosa. Saya kini seorang yang baru dan berazam membina kehidupan atas dasar kebenaran.
Pukul 11 pagi hari itu, saya mengucap syahadah bersama dua saksi iaitu sebelum ini Father Peter Jacob dan Mohamed Abel Rehman. Kemudian diikuti isteri dan beberapa bulan selepas itu, bapa pula melafazkan syahadah. Anak-anak saya dipindahkan dari sekolah Kristian kepada sekolah Muslim. Sepuluh tahun kemudian mereka berjaya menghafal al-Quran. Akhir sekali, ibu tiri saya pula mengakui kebenaran Islam.”

KOMENTAR:
Berdasarkan cerita di atas saya membuat kesimpulan bahawa tanggapan orang yang belum memeluk Islam terhadap agama Islam adalah berdasarkan persepsi yang mereka lihat pada zahirnya terhadap perilaku orang-orang Islam sahaja. Tanggapan mereka adalah Islam itu:
1.      Orang Islam ganas dan bersikap kasar dan tidak bertimbang rasa.
2.      Islam adalah budaya kehidupan penganutnya jika di Arab ( Berjubah, berserban, berjanggut, sifat bengis dan kasar) di Malaysia ( Baju Melayu, ekstrim (suka berdemostrasi) malas, tak tepat waktu (waktu Melayu) suka bergaya, rasuah dan lain-lain  sifat negetif).
Kenapa persepsi sebegini berlaku ?, saya  berpendapat kerana orang Isalam itu sendiri tidak memperlihatkan sifat yang terpuji yang di ajar oleh Islam seprti, berpakaian kemas, bersopan santum, behemah bila berbicara, menjaga kebersihan, berfikiran terbuka, suka membantu dan pelbagai sifat-siafat terbaik yang lain.
Dari cerita ini, kita  boleh ambil iktibar bahawa jika kita sebagai seorang Islam sentiasa  mengamalkan sifat-sifat terpuji sebagai seorang muslim yang di ajar oleh Nabi Muhammada SAW , sudah tentu persepsi orang yang belum memluk Islam akan berubah dan mereka akan tertarik dengan Islam.
Cirita di atas memperlihatkan bahawa apabila  orang yang belum Islam megetahui kebenaran Islam seperti yang dicatat dalam Al-Quran, mereka akan tertarik dan mendapat hidayah Allah untuk memeluk Islam. Terbukti keluarga Yusuf Estes akhirnya memeluk Islam walaupun mereka merupakan pengasas ugama Kristian dil Texsas USA. Ini semua semua berlaku setelah mereka berjumpa dengan orang Islam yang  bersikap benar-benar Islamik seperti yang di anjurkan oleh Islam.
                                                                                      
Oleh itu kita selaku umat Islam mulai sekarang perlulah membaut perubaha minda (mind set) dengan mengamalkan sepenuhna ajar Islam dalam kehidupan dan pergaulan kita seharian, terutamanya dengan mereka yang belum memluk Isalam. Kita juga perlu  bersikap terbuka dalam berbincang tentang agama masing-masing . semoga dengan cara ini mereka yang belum Islam akan terrtarik kepada Islam dan lebih  ramai dapat diselamatkan daripada tertipu dengan ugama yang dicipta oleh manusia yang telah dicatat dalam Al-Quran. Semoga usaha kita semua dapat menyelamatkan mereka darik terus sesat dan tertipu dengan ketua agama meraka yang memberi gambaran salah tentan kebenaran agama Islam yang diwahukan oleh Allah melalui Kekasih Agung Nabi Muhammad SAW.
Ya Allah berilah petunjuk dan hidayah kepada kami untuk membolehkan kami semua kembali kepada ajaran islam yang Syumul semoga memperolah kebaikan di dunia dan juga kesejahteraan di akhirat. Amin .


Wallahu’alam.


Sumbar:

UTUSAN MALAYSIA 13 09 07
Susunan: ZUARIDA MOHYIN

Tuesday, 21 April 2015

MEMAHAMI KELEMAHAN LELAKI

Mengenal Kelemahan Lelaki -Oleh Dr.HM.Tuah

 
Tidak sedikit lelaki yang rebah di persada wanita. Lelaki sekuat Julius Ceaser boleh lemah apabila berdepan dengan Cleopatra. Mark Anthony, ketua tentera yang menggantikan Julius Ceaser juga jatuh ke tangan Cleoparta. Ramai sungguh pemimpin agung dunia kalah oleh pujuk rayu wanita. 

Sekuat-kuat lelaki boleh ditipu oleh sebodoh-bodoh wanita. Begitulah nisbah hebat dan kuatnya kuasa wanita dalam menundukkan lelaki. Sekuat mana pun lelaki selalunya kalah oleh kata-kata lembut sang wanita. Seorang lelaki boleh menangis apabila ditinggalkan oleh seorang wanita, padahal dia terkenal perkasa. Di medan pertempuran dia boleh membunuh begitu ramai musuh, tetapi berhadapan dengan wanita, hatinya boleh tunduk dan bahasa yang digunakan turut lunak.

Demikianlah hebatnya wanita. Anda amat berkuasa dan amat perkasa.

Tolonglah gunakan kekuasaan dan kehebatan anda itu untuk membantu membangunkan lelaki. Jangan gunakan kekuasaan anda itu untuk menjatuhkan lelaki. Lelaki pasti kalah oleh pujuk rayu, apatah lagi tatkala nafsunya sedang bergejolak, atau rasa kecintaannya sedang memuncak, dia memang sanggup lakukan apa sahaja untuk membuktikannya.

Kejayaan seseorang lelaki biasanya dikaitkan dengan seseorang wanita di sisinya; mungkin isteri, mungkin ibu, mungkin anak, mungkin kakak, mungkin makcik. Kemusnahan seseorang lelaki juga biasa dikaitkan dengan seorang wanita, mungkin pada kedudukan-kedudukan yang serupa.

Jika anda cantik dan pandai memujuk rayu, gunakanlah kecantikan anda dan kelebihan yang dianugerahkan ALLAH itu untuk membantu memperkasakan lelaki. Lelaki memang sudah sedia kalanya perkasa, tetapi dia boleh menghalakan keperkasaannya itu untuk membina sejarah keagungannya dengan sokongan anda. Sebaliknya dia juga boleh mencipta sejarah kedunguannya dengan peranan yang anda mainkan.

Lelaki dikurniakan lebih akal tetapi kekurangan nafsu. Dia hanya ada satu nafsu dan sembilan akal, tetapi nafsu yang satu itu selalu gagal dipelihara. Maka itu lelaki lebih mudah liar berbanding wanita. Wanita pula, dek terlalu banyak nafsu dia boleh memecah-mecahkan atau mencabang-cabangkannya kepada pelbagai hal. Dia boleh bernafsu terhadap barang-barang kemas, baju cantik, perabot, kereta, rumah dan berbagai-bagai lagi. Jadi, untuk setiap cabang darjahnya sudah tidak setinggi lelaki. Dia mungkin bernafsu kepada semua benda tetapi dia tidak mudah musnah oleh semua benda.

Nafsu lelaki biasanya lebih tertumpu pada keghairahannya terhadap wanita. Sebab itu kita akan lihat lelaki biasanya tidak kisah dengan berapa helai pakaian yang dimilikinya, tidak begitu kisah dengan hiasan rumahnya, sebab nafsunya ke arah itu tiada. Tetapi sebut syahwat, lelaki akan terus terangsang sebab yang satu itu memang sentiasa arahnya ke sana. Tiada cabang-cabang, tiada pecahan-pecahan.

Maka itulah lelaki walau sekuat mana apabila digoda wanita cantik biasanya runtuh. Kadang-kadang wanita yang menggodanya bukanlah cantik sangat, tetapi nafsunya selalu terpesona oleh kata-kata yang lunak, suara yang sedap didengar, kenyitan mata yang bercahaya dan bermacam-macam lagi. Nafsunya tidak dapat membezakan antara syahwat yang betul dengan syahwat yang tidak betul, lantaran dia hanya mempunyai satu nafsu.

Lelaki tua boleh naik ghairah hanya melihat seorang kanak-kanak. Kadang-kadang dek terlalu ghairah dia gagal membezakan antara haiwan dengan manusia. Pernah terjadi lelaki mengembiri haiwan. Banyak sungguh onar yang boleh dilakukan oleh para lelaki. Ternyata mereka selalunya gagal memberi penalaan yang betul terhadap nafsu mereka walaupun hanya satu.

Oleh itu, wahai wanita, kasihanilah makhluk lelaki. Mereka itu lemah dalam perkasa. Usah digoda mereka, nanti dia terlupa anak isterinya di rumah, ibunya di kampung malah dirinya sendiri yang sudah bergelar lelaki tua.

Wallahu alam.

Saturday, 18 April 2015

Buku - Bercinta Sampai Suyurga

BERCINTA SAMPAI SYURGA ( LOVE TILL HAVEN)

Based on the author's experience nurture their love and care for his wife who was paralyzed for 15 years. Alhamdulillah wife now can be recovered almost 95%. dI give tips on caring for patients paralyzed by his experience and advice of a physician. Get this book in the market right now. 
If you have related that the problem paralyzed patient care and need the traditional sequence (female) author wants to help. please Emil.
 ·  

Bercinta Sampai Syurga



oleh Nik Raihan
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-411-432-9 
Tarikh Terbit: 14 Jan 2015
Jumlah Muka Surat : 368
Siri:
0
RM 23.00
Harga Sabah/Sarawak: RM 26.00
Tiada stok




"Tuhan menurunkan ujian bagi menjadikan cinta saya kepada isteri mendekati sempurna."
Pengarang menulis sendiri pengalaman beliau menjaga isteri yang lumpuh selama 15 tahun, di samping menjaga ibu dan ibu mertua yang berumur lebih 80 tahun. Pada masa yang sama, pengarang bekerja dan menjaga keperluan harian anak-anak seramai tujuh orang.
Beliau juga berkongsi tip-tip menjaga pesakit lumpuh.

·         Sinopsis
·         Isi Kandungan
·         Komen 0
·         Ulasan
Bab 1 Ku Sangka Panas Sampai ke Pteang
Bab 2 Niat Mahu Menjadi Suami Terbaik
Bab 3 Sentiasa Taat kepada Perintah Allah s.w.t.
Bab 4 Contohi Akhlak Nabi Muhammad s.a.w.
Bab 5 Dia adalah Isteri yang Terbaik
Bab 6 Ringan Tulang di Rumah
Bab 7 Sifat Positif dan Istimewa
Bab 8 Bermesra denga Isteri pada Setiap Hari
Bab 9 Pulang dengan Senyuman
Bab 10 Romantis dan Bergurau Senda dengan Isteri
Bab 11 Telefon dan SMS Pengubat Rindu
Bab 12 Bergurau Senda Tanda Bahagia
Bab 13 Makan Bersama Keluarga pada Setiap Hari
Bab 14 Mandi Berjemaah
Bab 15 Mesyuarat Keluarga
Bab 16 Jaga Penampilan Diri
Bab 17 Memberi Nasihat Secara Hikmah
Bab 18 Memberi Nafkah Mengikut Kemampuan dan Keperluan
Bab 19 Sentiasa Menjadi Penawar Hati kepada Isteri
Bab 20 Sentiasa Menyimpan Rahsia Rumah Tangga
Bab 21 Muliakan Keluarga Isteri seperti Keluarga Sendiri
Bab 22 Sifat Cemburu yang Positif
Bab 23 Jadilah Suami yang Pemaaf
Bab 24 Menegur Kesilapan Isteri dengan Berhikmah
Bab 25 Mendahulukan Keperluan Isteri
Bab 26 Menjaga Solat dan Ibadat Lain
Bab 27 Cintai Isteri Sepenuh Hati
Bab 28 Sentiasa Berubah Secara Positif
Bab 29 Prihatin Terhadap Keluarga
Bab 30 Pamer Kematangan yang Tinggi
Bab 31 Memuliakan Perempuan
Bab 32 Sabar adalah Segala-Galanya

Tuesday, 31 March 2015

SUAMI PERLU MEMPUNYAI KEMAHIRAN UNTUK MENJADI PENAWAR KEPADA ISTERI

SUAMI MITHALI : Sentiasa menjadi penawar hati kepada isteri

Tip 18  : Sentiasa menjadi penawar hati kepada isteri.

Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

Amalan mengambil berat tetang keperluan dan kemahun isteri adalah salah satu punca kebahagian rumah tangga kami, saya memang sentiasa perihatin terhadap emosi isteri bagi mempastikan isteri sentiasa mempunyai perasaan ceria dan gembira berada disamping diri sebagai suami yang bertanggung jawab.  Bagi saya isteri adalah salah satu insan yang amat penting kerana ianya merupkan “Queen” yang akan melahirkan zuriat kami yang akan menjadi hamba Allah dan mukmin dan mukminah yang bersama-sama membantu perjuangan Islam yang dibawa oleh junjungan Rasullah SAW. Semoga kami sekeluarga di beri hidayah oleh Allah untuk memasuki syurgaNya di akhirat kelak. InsyaAllah.

Keperihatian terhadap emosi isteri amat perlu dijaga dengan sebaik-baiknya, lebih-lebih lagi semasa isteri sedang hamil.  Pada awal perkahwinan kami pernah berlaku situasi dimana isteri yang  sedang mengandung anak sulung (tahun 1981) Atas kehendak isteri yang mengidam ingin makan buah salak, saya terpaksa mengambil cuti untuk ke Gua Musang, Kelantan, semata-mata ingin mencari buah salak yang diidamkan itu. Pada masa itu sistem perhubungan jalanraya tidak begitu baik dari Kota Bharu ke Gua Musang. Perjalanan mengambil masa hampir satu hari dan juga terpaksa menaiki keretapi dari Kuala Krai ke Gua Musang setelah berkereta selama lebih satu jam dari Kota Bharu ke Kuala Krai.

Pada masa-masa tertentu, saya kadang kala terpaksa memujuk isteri yang merajuk dek kerana saya tersalah cakap dengan nada yang agak kasar dan suara agak nyaring bagi mengantakan sesuatu isu. Mengikut amalan yang biasa dilakukan oleh saya apabila isteri menangis dan merajuk setelah berlaku perselisihan faham, saya akan memeluk erat isteri untuk satu ketika (beberapa minit) sambil melafazkan perkataan “abang minta maaf sayang” berkali-kali denga nada suara yang manja, sehinggalah isterinya berhenti menangis, dan diikuti dengan  ‘body languange’ (Bahasa badan) yang memberi isyarat saya telah memafkan suaminya. Kebiasanya isteri akan memeluk erat kepada si suami dan seterusnya disertakan dengan ciuman manja.  Adengan sebegini biasanya berlaku di atas katil, kerana telah menjadi amalan isterinya bila ia marah, ia akan menyediri di dalam bilik dan tidur berselimut di atas katil.

Pada masa-masa tertentu, ada juga dimana kes berselisih faham diantara kami agak memuncak, saya akan mengambil masa yang agak lama untuk menstabilkan kembali emosi isteri. Pernah pada satu ketika situasi peluk-memeluk untuk mengawal emosi isterinnya mengambil masa lebih setengah jam, kadang kala kami tertidur dalam suasana agak emosinal. Bila keadaan reda dan dalam kawalan, saya akan meluahkan semula perasan rasa bersalah saya kepada  isteri, dan isteri akan memberi isyarat yang dia telah memberi kemaafan. 

Amalan mengambil berat terhadap emosi dan perasaan isteri ini merupakan “ kunci emas” sebagai strategi suami untuk mengekalkan keutuhan kasih sayang dan kebahagian rumah tangga kami. Dalam hal ini suami perlu mempunyai ilmu untuk memikat emosi isteri, dan juga perlu ada sifat sabar yang tinggi,  sebagaimana sabda Rasulallah SAW yang bermaksud,  jika mahu membentuk wanita hendaklah berhikmah dan dengan cara lemah lembut, kerana wanita sebagai tulang rusuk yang bengkok, jika diperbetul dengan kuat atau keras ianya akan patah.

Jika kita mahu menjadi suami yang benar-benar bertanggung jawab, kita sebagai suami perlulah menjaga hati  isteri, kerana emosi isteri jika tidak di jaga ia akan memberi kesan kepada pendidikan, pembelajaran dan pembesaran anak-anak kita. Ibu yang emosi tidak stabil jika disebabkan oleh sikap suami yang panas barang, suka marah-marah tanpa usul periksa, boleh memberi kesan kepada kasih sayang isteri kepada anak-anak kita. Ibu yang terganggu eosi akan melepaskan geram marahnya kepada anak-anak. Jika perbuatan sebegini berterusan ia akan menggangu pertumbuhan fizikal dan mental anak-anak.

Wallahu'alam.