RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Tuesday, 5 May 2015

Raliti kehidupan cinta diuji Allah

 SEMUA KETETUAN ALLAH ADA HIKMAHNYA


Setiap manusia lelaki dan wanita diciptakan oleh Allah sememangnya memerlukan pasangan yang saling lengkap dan melengkapi di antara satu sama lain sepertimana Allah menciptakan Siti Hawa untuk menjadi teman dan pasangan kepada  Nabi  Adam a.s.

Hampir kesemua lelaki, mempunyai idaman untuk menjadikan dirinya sebagai orang yang dikagumi. Bukan saja untuk memiliki perawakan menarik tetapi juga  mempunyai satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada semua – disayangi oleh isteri, dihormati dan mentor kepada anak-anak, disanjungi oleh keluarga dan masyarakat serta sekali gus  mahu berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat untuk mendapat keredaan Allah. Kalaulah lelaki sebegini dimiliki oleh seorang teruna, pasti ramai  wanita yang memujanya. Oleh itu semua lelaki perlu berusaha untuk menjadi lelaki yang sempurna dan cuba memenuhi apa yang diinginkan  oleh wanita. Jika anda  mengidam untuk mendapat pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang sesempurna mungkin. Matlamat untuk membina sebuah keluarga yang dilimpahi kebahagiaan  dan keberkatan  bukanlah menjadi satu impian yang tidak mampu dicapai sekiranya kita  semua  mempunyai iltizam yang tinggi untuk mencapainya. Sebagaimana kata pepatah Melayu “ Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”.

Saya pernah terbaca catatan tip bagaimana hendak menjadi “suami mithali “ yang menjadi impian oleh semua kaum hawa atau isteri. Setelah di halusi intipati tip-tip yang digariskan itu  ianya satu realiti dalam kehidupan saya sendiri yang telah diuji oleh Allah setelah isteri yang disayangi dan sebagai pembantu utama dalam melayari bahtera rumah tangga kami telah ditadirkan mengalami pendarahan dalam otak pada 2 Mac tahun 2001.Beliau terpaska dibedah untuk menyelamatkan nyawanya.  Kesan  pembedahan kepala (AVM) isteri yang cantik jelita dan amat disayangi oleh ku telah mendapat kecacatan kekal sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU).  Sebelah tubuh bahagian kanan telah lumpuh.  Semenjak detik itu bermulalah episod sedih dan muram dalam keluarga kami.

Mungkinkah ini adalah satu musibah Allah terhadap saya  sebagai balasan terhadap dosa-dosa yang penah saya lakukan sebeum ini atau satu ujian Allah untuk melihat bagaimana hambanya yang kerdil ini dapat mengatasinya dan berusaha untuk terus melayari bahtera walaupun dengan seribu kepayahan dan kesusahan.

Alhamdulillah hidayah Allah telah memberi kekuatan kepada  hamba yang kerdil ini bertukus lemus mendayung bahtera keluraga bagi mencapai hala tuju yang diredaiNya walaupun ianya terpaksa akur dengan serba kekurangan kerana isteri yang menjadi pembantu utama sebelum ini telah ditarik nikmat kesihatan olehNya, Bermula dari tarikh pembedahan sehinggalah kehari ini isteri tercinta telah menjadi seorang insan Orang Kurang Upaya (OKU) yang perlu kepada bantuan hampir hampir 100 peratus untuk mengurus kehidupan sehariannya kerana sebelah tubuh bahagian kanan (tangan dan kaki) tidak dapat berfungsi (lumpuh).

Alhamdulillah  saya amat bersyukur kerana Allah telah memberi ketabahan untuk saya hadapainya semua ini. Pejam celik-pejam celik kini telah melewati masa lebih 14 tahun.  Jika dicongak dengan tempoh perkahwinan kami  selama 34 tahun, secara realitinya hampir separuh masa perkahwinan kami telah dilalui dengan penderitaan kesakitan isteri. Sugguhpun begitu Alhamdulillah saya selaku suami dan ketua keluarga masih dapat mencapai kebahagian dalam berumah tangga semenjak hari pertama diijab Kabul sehiggalah ke hari ini. Alhamdullilah kami telah dikurnkakan dengan 7 orang cahaya mata, 4 lelaki dan 3 perempuan. dan kini telah juga dikurniakan 6 orang cucu.

Semenjak daripada tarikh keramat berkenaan  saya terpaksa  melalui liku-liku hidup yang penuh dengan dugaan dan cabaran, kerana isteri yang sebelum ini menjadi “Pengurus Besar” di rumahku tidak lagi dapat bekerja, malah ianya perlu kepada orang lain untuk mengurus keperluan sehariannya seperti , mandi manda, makan minum, buang air besar dan kecil, ditolak dengan kerusi sorong, dan juga untuk menyempurnakan wudud serta memakai telukung untuk solat.

Pernah saya cubah mendapatkan pembantu rumah warga Indonesia melaui Agen Pekerjaan bagi membantu kerja-kerja rumah dan menjaga isteri yang sakit. Keseluruhan kos untuk tujuan itu dihabiskan hampir RM 4,000.00, Pada bulan pertama saya berasa amat lega kerana kerja-kerja rumah sudah ada pembantu yang boleh diharapkan. Tetapi bila masuk bulan kedua dan ketiga mula ada unsur-unsur yang tidak menyenangkan, Bila pulang kerumah isteri mula termenung dan berlinang air mata, bila saya tanyakan kenapa, dengan esakan tangisan dia mengatakan sakit kepala dan sakit hati kerana pembatu rumah  tidak lagi cerdas dalam menjalankan kerja-kerja rumah. Situasi sebegini membuatkan saya terpaksa mengambil tindakan darstik untuk memberhentikan pembantu rumah Indonesia bagi mengelakkan keadaan sakit isteri semakin serius, kerana saya telah diberi pesanan oleh doktor supaya menjaga hati dan emosi isteri jangan sampai ianya rungsing dan terkejut, kerana jika berlaku secara berterusan kerungsingan akan menyebabkan berlaku pendarahan dalam otak kali kedua, jika ini berlaku secara kerap akan membolehkan isteri saya kembali koma dan paling serius boleh membawa maut. Untuk itu saya dengan penuh tekad membuat keputusan memberhentikan pembantu rumah, dan betekad untuk melakukan sendiri semua-kerja kerja rumah bagi memberi ransangan minda isteri supaya sentiasa gembira dan ceria mudah-mudahan isteri dapat kembali sembuh dan anak-anak masih dapat melihat dan bermanja dengan ibunya.

Bermula pada tarkih itulah saya melakukan sendiri kerja-kerja rumah seperti memasak, membersih pakaian dan lain-lain kerja  berkaitan, di samping menjaga keperluan isterinya seperti, mandi, makan minum, mengambil wudud dan memakai telekung untuk solat. Mujurlah saya telah ada sedikit pengalaman berhubung kerja-kerja rumah kerna semasa bujang dahulu saya pernah membantu ibu dan kakak untuk melakukan kerja-kerja rumah, bagi mengisi masa lapang saya yang pada ketika itu duduk dirumah sahaja kerana sakit lutut, dan diberi cuti sakit oleh pihak sekolah selepas saya tamat Sijil Rendah Pelajaran (LCE) pada tahun 1969.

Kini tempuh masa telah menjangkau hampir 15 tahun dan saya dapat lakukanya sebagai satu rutin kehidupan seharian. Kesyukuran yang tidak ada nilainya saya panjangkan kepada Allah Yang Maha Pengasih dan Penyang, kerana memberi kekuatan minda, fizikal kepada hambanya yang kerdil ini untuk melakukan segala kerja-kerja rumah dan juga kerja di pejabat untuk menanpung kewangan dapat disempurnakan seadanya. Yang lebih penting Allah memberi ketenanagan dan kegembiraan di kalbu saya dalam menghadapi kehidupan yang penuh mencabar ini. Dengan izinNya segala kerja-kerja berkenaan dapat saya lakukan dengan mudah tanpa rasa penat dan jemu. Alhamdulillah.

Sebagai tanda kesyukuran kepada Allah  atas hidayahNya yang memberi, kekuatan, ketabahan dan kecekalan kepada hambaNya yang begitu kerdil ini dalam menghadapi cabaran dan dugaanNya. Bila dikenang kembali tempoh masa yang agak lama, terdetik di hati kecil ini untuk membukukan rutin kehidupan yang saya lalui  itu untuk menjaga isteri yang lumpuh dalam tempoh hampir 15 tahun dan berterusan sehingga ke hari ini. Semoga catitan yang dibukukan ini dapat dijadikan bahan bacaan kepada bakal suami atau suami yang baru menjalani rumah tanagga, setidak-tidaknya dapat memberi sedikit info untuk di jadikan teladan dan sempadan. Bagi saya keizinan Allah yang memberi ilham kepada saya untuk menulis buku inil adalah satu sumbangan yang tak seberapa sebagai tanda kesekuran di atas rahmatNya yang memberi kebahagian kepada keluarga kami yang saya diamanahkan sebagai penerajunya.

Catatan ini mungkin dapat didijadikan sebagai satu pedoman awal atau diambil teladan   oleh  para suami atau isteri yang pasangannya baru mengalami kecacatan kekal, kerana di saat-saat awal dugaan sebegini adalah yang paling getir, jika kita tidak sabar dan cekal hati berkemungkinan rumah tangga yang dibina akan runtuh dan kecundang di pertengah jalan ( Saya juga pernah dihantui perasaan untuk berkahwin satu lagi di peringkat awal dahulu). Kemungkinan ini saya utarakan kerana mengikut catatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalan tempoh sepuluh tahun (2003 – 2013) Jumlah pasangan Islam yang bercerai di Malaysia purata lebih 20 ribu setahun, bilangan ini sentiasa meningkat setiap tahun dimana pada tahu 2013 jumlahnya mencecah 28 ribu lebih. Kajian JAKIM juga mendapati mereka yang bercerai ini adalah dari kalangan pasangan yang berkahwin kurang 6 tahun. Faktor ini juga merupakan satu dorongan yang kuat untuk saya berkongsi bersama pengalaman jerit-gentir yang dilalui oleh saya untuk mengurus isteri OKU sehingga dapat bertahan ke hari ini. Malah saya amat bersyukur kerana saya dianugarahkan olehNya ketabahan dan kecekalan hati, serta yang lebih penting kini telah lahir satu perasaan ehsan dan belas kasihan yang amat sangat untuk membantu isteri dan dua orang ibu yang tua dengan penuh bersemangat, malah Allah telah kurniakan satu perasaan beruntung pula dengan apa yang diduga olehNya ini, sebagai salah satu peluang untuk saaya berbakti bagi mendapat pahala akhirat  di penghujung usia ini. Yang lebih terharu saya dikurniakan kesihatan yang lebih baik  berbanding sebelum kedua-dua ibu tinggal bersama keluraga kami.

Pernah beberapa rakan akrab memberitahu kepada saya, jika situasi sebegini dialami olehnya, dia tidak yakin dapat bertahan untuk tempoh yang begitu lama, katanya sudah lama dia akan kahwin seorang lagi untuk mengurus keperluan harian hidupnya. Malah mereka pernah memberitahu bahawa apa yang saya alami ini bukannya musibah tetapi adalah satu anugerah Allah kepada saya, Seandaiannya telahan mereka itu betul, saya amat bersyukur kerana Allah telah memilih saya sebagai hamba yang untuk di uji. Saya juga memohon kehadaratNya supaya sentiasa memperbetulkan niat hati saya yang kerdil ini untuk menyikirkan sebarang perasaan bangga atau riak terhadap apa yang dicatit dalam buku kecil ini. Ya Allah ampunkanlan hamba Mu yang begitu kerdil ini. Amin Ya Rabbil Alamin.

Mungkin ujian kedua ini Allah berikan kepada saya sekali lagi kerana ujian pertama ke atas saya pada tahun 60an dahulu, dengan izinNya saya dapat lalui sehinggalah saya berada pada situasi sebagai seorang pesara pegawai perkhidmatan awam, yang telahpun mencapai umur 61 tahun 7 bulan . Kadangkala bila saya merung nasib hidup saya semenjak kecil sehingga lah menjadi warga emas yang di beri gelaran Tokayah oleh cucu, saban masa saya di uji. Pada masa saya dalam ketegori belia telah dihidapi penyakit sendi lutut. Walaupun ayah saya yang saya panggil WAN telah berikhtiar untuk mengubatinya sama ada di klinik swasta, hospital dan melalui perubatan tradisional, penyakit tidak juga sembuh. Malah penyakit telah sampai ke kemuncaknnya pada tahun 1969, lutut yang bengkat itu telah mengeluarkan air kekuningan yang amat hanyir sekali baunya. Saya redha dengan apa yang di alami dan meneruskan persekolahan untuk peperiksaan LCE pada bulan Oktober 1996 . Saya menjalani peperiksaan di hospital kerana perlu di rawat di dalam wad. Alhamdulillah keputusan peperiksaan LCE, saya berjaya memperolehi kelulusan pangkat A. Mulai tarikh itulah saya terpaksa menjalani kehidupan sebagai seorang pumuda yang sakit lutut dan berjalan dengan menggunakan tongkat. Saya diberi cuti sakit oleh pihak sekolah, tetapi sakit tidak juga sembuh, dengan demikian saya keseorangan terkandas dalam pelajaran berbanding dengan rakan sekelas yang lain. Pada tahun 1972 mereka semua telah melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam sebagai pesiapan ke Menara Gading. Sedangkan saya terkapai-kapai di rumah dengan melihat sijil LCE yang  tidak mampu untuk mendapat pekerjaan bagi diri ini yang sedang sakit.

Kadang kala saya menangis keseorangan dalam menghisab masa depan saya yang tidak menentu. Untuk mempastikan saya boleh berdikari dimasa depan apabila kedua ibu bapa sudah tiada nanti, saya mengambil keputusan untuk belajar membaiki radio dan talevision dan harapan akan menjadi makanik Radio /TV, namum begitu saya tidak dapat teruskan pembelajaran kerana kaki sentiasa sakit. Sehinggalah pada tahun 1972  saya telah membuat keputusan untuk mengambil peperiksaan SPM secara calon persendirian. Dipendekkan cerita, Alhamdulillah dengan izinNya saya berjaya memperolehi pangkat dua SPM. Dan pada tahun 1975  berjaya mendapat  4 prinsipal STP dan melanjutkan pelajaran ke USM pada tahun 1975 dan memperolehi ijazah Sarjana Muda Sains pada tahun 1980 diikuti dengan memperolehi ijazah Saraja Sains (Pengursan Projek) pada tahun 1992. Pernah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajran ke ijazah Doktor Falsafah pada tahun 2001. Tepati terpaksa minta menarik diri kerana kesuntukan masa untuk menjaga isteri yang sakit.

Memandangkan liku-liku kehidupan insan yang kerdil ini penuh dengan cabaran semenjak dari remaja, belia, dewasa dan bekerja diliputi dengan kisah-kisah duka dan mencabar, saya begitu insaf bahawa Allah sentiasa menguji saya namun begitu Allah Yang Maha Mengetahui bahawa ujian yang diberikan itu adalah bersesuaian dengan kebolehan dan kemampuan  saya untuk mengahadapi ujian tersebut. Saya tetap memanjatkan kesyukuran kepada Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui kerana dengan menganugrahkan kesabaran dan ketahanan minda saya dalam menghadapi cabaran hidup semejak remaja,dewasa dan dipenghujug senja usia sentiasa diuji dengan kesakitan dan penderitaan dalam menjalani kehidupan, namu ianya satu anugerah yang tidak ternilai kerana kekasiktan dan kesusuhan yang sering dilalui sepanjang jalan penghidupan saya ini telah memberi kesan yang mendalam terhdap sikap dan tingkah laku saya setiap masa, dengan kesukaran untuk mengatasi segala kesusahan dan kesakitan yang boleh dikatakan saban masa saya hadapinya membuatkan saya sentiasa mendekati Allah, kerana setiap masa saya memohon doa kepadanya untuk memberi taufik dan hidayah supaya segala kesusahan,kesakitan dan kesegsaraan yang dilalui itu dapat dihadapi dengan jayanya. Situasi kehidupan sebegini membuatkan saya tidak terpesong jauh dari pedoman hidup yang telah digariskan oleh Islam. Alhamdullilah.
                                                                                                       

Setelah selesai solat isyak, saya detemani oleh anak lelaki kedua  menghantar isteri ke Hospital . Kami sampai di Jabatan Kecemasan lebih kurang jam 9.45 malam. Setelah membuat pendaftaran dan menunggu lebih kurang hampir 2 jam lebih kerana pada masa itu ada kes kemalangan serius, barulah doktor memanggil isteri saya masuk ke bilik  pemeriksaan. Saya mengiringi isteri ke bilik pemeriksaan, doktor telah menjalani pemeriksaan rapi dan menasihatkan supaya isteri di masukkan ke wad untuk menjalani pemeriksaan lanjut oleh doktor pakar bagi menentukan apakah punca penyakit. Isteri dimasukkan ke wad lebih kurang jam 1 pagi. Setelah selesai urusan kemasukan isteri ke wad. Saya memaklumkan kepada isteri yang saya terpaksa balik kerumah untuk berehat dan anak lelaki kedua kami yang akan menjaga mamanya di hospital.

Keesokan harinya saya seperti biasa bangun awal sebelum waktu subuh, untuk membuat persiapan bagi mengerjakan solat subuh. Tiba-tiba deringan telefon berbunyi dan saya terus mengangkat gangang telefon dan kedengaran suara anak lelaki dalam keadaan cemas “ Dady kena datang segera ke hospital , mama tak sedar diri dekat subuh tadi” saya menjawab sepontan “ ok abang, tunggu mama dulu, dady nak solat subuh dahulu, dady akan kesana selepas solat subuh”. Berkebetulan azan subuh mula bergumandang, setelah selesai bercakapt dengan anak lelaki, saya terus menunaikan solat subuh, dan setelah selesai  bergegas ke hospital.

Sesampai di hospital saya dapati anak lelaki keseoranggan di wad,  menunggu di sisi katil mamanya. Saya dimaklumkan oleh anak bahawa mamanya telah di bawa ke bahagian X ray untuk menjalani X ray di kepala dan juga menjalankan angiogram. Lebih kurang pukul 7 pagi isteri telah selesai menjalani prosidur pemeriksaan dan dia  masih dalam keadaan koma. Isteri telah dipindah dari wad biasa ke wad Unit Rawatan Rapi. Setelah filem x ray  dan juga laporan anjiogram diperolehi, doktor memaklumkan kepada saya bahawa isteri saya mengalami minor stroke, dan kini terdapat darah dalam otaknya yang menyebabkan ianya koma dan perlu kepada bantuan alat pernafasan bagi oksigen disalur secukupnya. Juga dimaklumkan bahawa isteri saya memerlukan pembedahan segera sebelum darah yang berada dalam otaknya turun gengalir hingga ke bahagian telinga. Jika ini berlaku berkemungkinan isteri saya tidak dapat di selamatkan lagi. Juga dimaklumkan pembedahan tidak dapat dijalankan serta-merta kerana pakar neurosurgeon tidak ada, beliau pergi ke luar Negara untuk memgikuti seminar perubatan. Kita hanya berdoa semoga dengan rawatan yang diberi pada masa itu dapat menstabilkan keadaan. Juga diberitahu bahawa saya boleh memaklumkan kepada semua keluarga terdekat untuk datang melawat isteri di hospital kerana pada perkiraan doktor dia sudah kritikal, mungkin sudah hampir tiba masa isteri saya  akan pergi selama-lamanya dalam masa terdekat.

Bila mendengar makluman doktor yang merawat isteri saya, keadaan saya menjadi serba salah, saya bawa berbincag dengan bapa saya. Sekiranya isteri meninggal dunia dimanakah jenazahnya akan dikebumikan nanti. Bapa pada masa itu menasihatkan saya supaya bertenang dan banyak bersabar, serta perbanyakkan solat hajat dan minta pertolongan Allah semoga  isteri dapat diselamatkan . Selepas solat zohor saya solat hajat memohon kepada Allah semoga diberi jalan penyelesaian bagi menyelamatkan isteri yang sedang tenat.

Dengan tidak disangka-sangka saya dimaklumkan oleh kakak, bahawa ada tetamu VIP akan datang melawat isteri saya pada jam lebih kurang 2 petang. Bila  tetamu VIP datang  dia meminta kerjasama doktor untuk memberi ratawan terbaik kepada isteri saya, seterusnya tetamu VIP berkenaan telah menelefon kakaknya seorang VVIP, dan dimaklumkan kakaknya akan melawat pada jam 3 petang. 

Tepat jam 3 petang VVIP diiringi oleh beberapa orang Besar Negeri telah datang melawat isteri di wad, semasa lawatan itu beliau telah mengarahkan doktor menghantar isteri saya ke Hospital Swasta, di Kuala  Lumpur untuk membuat pembedahan segera. Susulan itu saya diminta oleh pihak pengurusan hospital supaya membeli  sebanyak 14 tempat duduk bagi membolehkan isteri saya di hantar ke Kuala Lumput dengan perebangan MAS pada flight malam nanti. 

Saya bersama rakan sekerja (seorang Mejor Bersara Tentera Udara D Raja Malaysia) pergi ke Air Port.  Setiba di sana saya dimaklumkan bahawa tiket telah dijual sepenuhnya. Tidak ada lagi tiket yang tidak terjual untuk tempuh 2 hari berikutnya. Saya terduduk dan sebak bila mendengarnya, penuh dengan perasaan kecewa dan hanya berdoa kepada Allah supaya diberi jalan untuk menyelesaikan masalah yang begitu rumit itu. Dalam masa memandu kereta bersama rakan ke hospital, kawan saya memberi cadangan dia akan cuba menelefon TUDM di Sugai Besi untuk mendapat Penerbangan Ehsan TUDM.  Bila kami telefon kepada TUDM kami dimaklumkan bahawa ADC kepada VVIP telah membuat permohonan supaya TUDM membuat penerebangan Ehsan untuk menghatar seorang pesakit dari kota Bharu ke kuala Lumpur. Bila mendengar berita yang mengembirakan itu, saya begitu bersyukur kehadrat Allah yang telah memberi jalan bagi saya mengatasi masalah yang begitu meruncing dan buntu serta dengan suasana kesuntukan masa yang diperlukan.
Pihak TUDM meminta saya bersiap sedia pada jam 7.30 malam untuk berlepas ke KL. Untuk itu juga pihak hospital meninta supaya saya membeli tiket kapal terbang untuk pulang dari KL ke Kota Bharu kepada dua orang kakitangan hospital ( 1 doktor dan 1 Jururawat). Saya telah membeli tiket sebagaimana diperlukan. Pada jam 8.50 malam saya, isteri, doktor dan jururawat pengiring telah menaiki Ambulan untuk ke Lapangan Terbang  untuk menaiki kapal terbang tentera yang sedang menunggu di sana.

Lebih kurang jam 9.25 malam pesawat CN235  TUDM telah berlepas ke Kuala Lumpur, semasa dalam perjalan lebih kurang 30 minit di udara, doktor memeriksa keadaan isteri saya yang koma dan dibantu dengan system pernafasan secara manual yang dipam oleh Jururawat  dengan menggunakan tangan untuk menolong pernafasan isteri saya. Saya yang duduk disebelah isteri memerhati gelagak merka berdua. Tiba-tiab laptop yang digunakan oleh doktor kehabisan bateri menyebabkan doktor tidak dapat mengawal tekanan darah, pernafasan dan denyutan nadi kerana paparan monitor  kumputer telah padam. Doktor mula kelihatan gelisah dan cemas, saya yang duduk di sebelah katil isteri tidak dapat berbuat apa-apa, hanya mulut sahaja tidak putus-putus membaca ayat-ayat suci Al Quran dan berdoa. Apabila doktor  cuba memeriksa nadi isteri di pergelangan tangan tatapi doktor tidak dapat mengesannya. Doktor mula mengeleng-geleng kepalanya di perhatikan oleh jururawat degan hampa, tampa apa–apa ucapan. Saya mula gelisah dan terfikir diminda  bahawa isteri akan meninggalakan saya dan anak-anak buat selama-lamanya. Air mata mengalir membasahi pipi tanpa di sedari. Apa yang mampu saya lakukan  ketika itu hanyalah berdoa  kepada Allah dan membaca beberapa ayat  Al Quran yang saya hafal iaitu ayat qursi dan ayat seribu dinnar. 

Dalam tempuh beberapa saat saya dalam keadaan cemasi, tiba-tiba dikejutkan oleh suara doktor “ Alhamdulillah” sambil mengangkat tangannya dengan isyarat OK, dan kelihatan wajahnya mula tenang dan kembali ceria  diikuti dengan senyuman tanda kesyukuran oleh jururawat pengiring.  Pada jam 10.30 malam kami dimaklumkan oleh Sarjan Udara TUDM  penerbangan kami akan sampai di Lapangan Terbang Subang sekejap lagi. 

Setiba di lapangan Terbang   subabg, kelihatani ambulan telah menanti untuk membawa kami ke Hospital Swasta di Kuala Lumpur. Perjalanan dari lapangan terbang ke hospital Kuala Lumpur mengambil masa hampir 1 jam. Semasa dalam perjalanan ke hospital,  kenderaan kami terpaksa berjalan perlahan akibat jalam penuh sesak dengan kenderaan. Saya hanya mampu berdoa kepada Allah semoga perjalanan kami di permudahkan dan isteri tercinta  dapat diselamatkan.
Ketika tiba di hospital, doktor pakar neuroseurgeon telah menunggu dan sebaik sahaja tiba isteri saya di masukkan ke wad, doktor terus membuat pemeriksaan rapi. Kemudian doktor yang  dikenali sebagai Dato’ Dr Arumugam (neurosurgeon) telah memberitahu saya bahawa keadaan isteri adalah stabil. Beliau pada masa itu sedang menjalani pembedahan yang di jangka siap pada jam 2 pagi. Doktor memberitahu, jika saya bersetuju pembedahan kepala isteri saya akan di lakukan esok pagi jam 8 pagi. Saya lantas bersetuju dengan saranan doktor memandangkan isteri dalam keadaan stabil. Doktor juga memberitahu kepada saya bahawa kesan selepas pembedahan isteri saya mungkin mengalami lupuh di sebelah kanan yang melibatkan kaki dan tangan. Dan selajutnya  doktor memberitahu berkemungkinan juga isteri saya tidak dapat bercakap kerana lidahnya akan  menjadi pendek dan kaku’. 

Seterusnya saya diminta membayar deposit sebanyak RM5,000.00. Terperanjat juga saya dibuatnya apabia mendengar sejumlah itu perlu di bayar deposit, terfikir juga di hati kecil saya jika orang biasa yang tidak berkemampuan bagaimana hendak mendapat rawatan semasa kecemasan sebegitu. Nasib baik saya mempunyai kad kredit. Deposit dijelaskan melalui kad kredit.

seterusnya saya mula membuat perhitungan bahawa jika isteri tidak dibedah, peluang beliau untuk hidup adalah tipis. Dia terpaksa bergantung  kepada mesin pernafasan. Jadi saya telah tekad supaya isteri di bedah untuk membuang darah di dalam otaknya. Saya menjangka jika di buat pembedahan kita ada peluang 50 % samaada hidup atau mati. Jadi saya membuat kiraan akal seorangan bahawa perlu di buat pembedan kerana 50 % peluang hidup itu jika dicampur peluang untuk terus hidup 50% selepas pembedahan, bermakna kita mempunyai peluang berikhtiar 50% + 25 – 30% peluang untuk Berjaya melalui pembedahan. Setelah mengambil perkiraan kemungkinaan risiko pembedahan dan peluang untuk sembuh selepas pembedahan adalah lebih baik, jika kita mengambil kuputusan tanpa apa-apa tindakan hanya berserah kepada takdir Allah sahaja. Setelah mengambil kira beberapa kemungkinan saya berjumpa doktor dan memaklumkan bahawa saya bersetuju untuk menandatangani surat kebenaran membuat pembedahan. Semasa menyerah borang tersebut saya memberitahu kepada doktor “ I gave mandate to you to do anything just to save her life, I will pray to The God”. Selepas perbincangan dengan doktor saya terus membuat panggilan telefon kepada beberpa orang kenalan, seperti SS Dato’ Mufti, SS Dato’ Timbalan mufti, SS Dato’ Khadi Besar dan beberapa orange ustaz lagi memaklumkan situasi isteri saya yang koma dan akan di bedah keesokan harinya dan mohon mereka supaya adakan solat hajat minta selamat dan di permudahkan segala urusan pebedahan.

Setelah semuanya selesai saya pulang ke rumah kakak di Semenyeh pada malam itu. Sesampai di Semenyeh, jam telah menunjukkan hampir pukul 4 pagi. Pada malam itu saya tidak dapat tidur dengan lena, fikiran teringat akan isteri yang masih koma, dan cuba bayangkan apa akan terjadi kepada kami sekeluarga sekiranya isteri tercinta tidak dapat diselamatkan. Benak fikir cuba berkhayal apa akan jadi  kepada tujuh orang anak saya yang masih membesar di alam persekolahan, perlu kepada kasih sayang seorang ibu dan juga penjagaan rapi dari ibu, lebih-lebih lagi dikenangkan bagaimana masa depan anak bongsu yang baru berusia empat tahun. Apakah ianya dapat membesar seperti anak-anak lain sekiranya ibunya telah pergi buat selama-lamanya, dan apa akan jadi sekiranya saya juga memerlukan tempat mencurah kasih sayang dan penjagaan keperluan kehidupa seharian, bagi menggantikan isteri yang tiada, mungkin terpaksa kawin lain, dan apa akan jadi kepada struktur keluarga kami sebelum  ini yang membahagiakan. Bagi memenuhi masa terluang sebelum jam lapan pagi keesokannya, untuk menenti isteri di buat pembedahan, saya bersama bapa saudara dan sepupu mengerjakan solat hajat bagi memohon pertlongan Allah supaya segala urusan bagi menyelamat isteri tercinta dapat berjalan dengan sempurna dan segala-galanya selamat.

Keesokan harinya hampir jam 7.50 pagi saya dan keluarga telah berada di hospital menanti di wad pembedahan. Tepat jam 8.00 pagi jururawat dan pembantunya membawa isteri ke bilik pembedahan. Saya dengan penuh debaran menunggu di luar bilik pembedahan. Pembedahan dijangka mengambil masa diantara 3 hingga 4 jam.  Semasa menunggu selesai pembedahan, saya hanya mempu berdoa dan membaca ayat-ayat suci Al Quran, mohon kepada Allah semoga pembedahan Berjaya. Pada jam 11.50 pagi  isteri dibawa keluar dari bilik pembedahan dan dibawa masuk ke wad ICU. Doktor yang bertugas memakumkan bahawa isteri saya akan sedar kembali dalam tempuh 3 hingga 4 jam lagi, saya dibenarkan berada di ruang legar bilik ICU dan hanya mampu melihat melalui tingkap cermin sahaja.  Setelah beberapa jam selepas pembedahan isteri saya belum lagi sedar tetapi semua sistem tubuhnya adalah normal dan terkawal. Pada jam 3.00 petang saya di benar masuk oleh jururawat bertugas untuk duduk di sisi katil dimana isteri di beri rawatan.

Setelah berada di sisi isteri labih kurang 30 minit saya dapati isteri mula dapat mengerak-gerakan tangannya walaupun mata masih tertutup. Pada jam 4.15 petang isteri mula dapat membuka kelopak matanya tatapi masih kelihatan lemah diantara sedar dan tidak sedar. Saya dengan tabah hati menunggu perkembangan isteri di sisi katilnya sambil membaca ayat kursi dan ayat seribu dinnar. Pada jam lebih kurang 4.25 petang isteri saya membuka mata dan mengelurakan perkataan “lapar”. Alhandulillah saya bersyukur kepada Allah yang telah memberi kesembuhan kepada isteri saya, betapa tidak gembiranya seorang suami yang diberitahui oleh doktor bahawa isterinya mungkin tidak dapat bercakap selepas pembedahan. Namum kuasa Allah Maha Besar, dan dia mengatasi kuasa semua makhluk lain di dunia ini. Manusia hanya merancang dan Allah yang menentukan. Perkembangan positif ini saya maklum kepada jururawat yang ditugaskan untuk menjaga isteri saya. Jururawat memberitahu saya adakah air jampi yang ingin diberi kepada isteri saya , dia akan membantunya. Terkedu hati ini mendengarnya kerana dia seorang berbangsa India, tetapi mempunyai hati yang suci cuba membantu pesakit dan keluarganya dengan pelbagai ikhtiar selain memberi rawatan melalui remedi perubatan moden. Lantas saya memberi kepada jururawat air zam-zam yang telah dibaca surah Yasin yang saya bawa sebelum ini. 

Seterusnya di hari hari berikutnya isteri telah dapat memperlihat pemulihan yang cepat dan saya tidak pernah leka menjaganya saban masa, kecuali pada satu atau dua jam sehari akan pulang ke ruamah anak saudara yang tidak jauh dari hospital untuk mandi manda dan tukar pakaian. Rutin ini berterusan sehingga ke hari 29. Isteri telah dibenarkan pulang untuk mendapat rawatan lanjut di hospital, Kota Bharu. 

Semasa saya menjaga isteri di hospital saya telah didatangi oleh seorang doktor dan juga pegawai pengurusan hospital, semasa berbual-bual dengan saya doktor berkenaan berkata, sebenarnya isteri awak bernasib baik, kerana saraf otak yang di bedah untuk membuang darah yang mengalir adalah di kawasan yang bersangkutan dengan” memory” jika silap prosidur pembedahan ia akan membuatkan isteri awak hilang ingatan. Bila doktor berkata demikian saya flash back kata-kata doktor pakar bahawa berkemungkinan isteri saya tidak dapat bercakap. Betapa bersyukurnya saya kepadaNya yang telah menyelamatkan isteri saya dan masih memberi hidayah bagi membolehkan isteri berkata-kata seperti biasa. Satu perkara lagi doktor berkenaan memaklumkan bahawa cepatnya pemulihan isteri awak dari kesakitan yang di alami adalah banyak di bantu oleh sikap awak sebagai suami sentiasa berada di sampingnya dan memberi semangat kepadanya untuk cepat sembuh. Secara berjenakan doktor mengatakan bahawa saya adalah “suami mithali” yang begitu setia menjaga isteri sehingga isteri  cepat  sembuh. “bukan senang nak cari suami yang setia macam awak ni”.kata doktor kepada saya, saya hanya membalas senyuman sahaja terhadap pujian itu, kerana semua itu adalah anugerah Allah.

Semasa saya bersiap siap untuk membawa pulang isteri ke Kota Bharu. Saya diberi tahu oleh pihak pengurusan hospital bahawa jumlah kos bagi rawatan isteri saya adalah sebanyak RM25,000.00 lebih. Namun begitu pihak Majikan saya telah memberi surat jaminan untuk membayar semua kos yang terlibat melalui skim takaful Syarikat. Jika melebihi jumlah yang dibenarkan, bakinya saya terpaksa tanggung sendiri.

Pada hari ke 29 isteri telah dibenarkan keluar wad di Hospatal Swasta Kuala Lumur, dan diminta meneruskan rawatan lanjut di hospital di Kota Bharu. Untuk membawa pulang isteri saya telah membeli tiket kapal terbang MAS dari Lapangan Terbang Subang ke Kota Bharu. Semasa membawa naik isteri ke kapal terbang isteri perlu di gendung kerana masih tidak boleh berjalan.

Daripada detik-detik cemas yang saya lalui bersam isteri tersayang, suasana rumah tangga kami yang sebelum ini penuh dengan cinta dan kasih sayang, telah mula muram kerana isteri yang sakit perlu kepada orang lain  membantunya bagi membolehkkan ianya mendapat keperluan seharian. Bermula pada tarikh tersebut saya mula berfikir bagaimana saya hendak menjaga isteri yang sakit serta memerlukan penjagaan sepanjang masa, dan juga mengurus rumah tangga bagi membesar anak-anak yang kesemuanya masih menutut. Pelbagai fikiran bercelaru dalam minda saya ketika itu dan hanya berserah kepada Allah supaya segala urusan saya dan keluarga di permudahkan. . Amin………………..


Disebalik dugaan ada hikmah.

Kami bersyukur kehadrat Allah Subahanawtala, kerana dengan limpah rahmat dan hdayahNya, kami suami isteri sehingga ke saat ini (Ikatan rumah tangga hampir 35 tahun) masih dapat menyemarak cinta kami dengan penuh kebahagiaan. Namun begitu kami  juga di uji olehNya dengan insiden yang agak ganjil dan menakutkan.

Insiden ini pada mulanya telah menimpa saya pada tahun 1990. Setelah kembali bertugas di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri apabila tempoh kontrak 2 tahun dipinjamkan ke Pejabat Institute Tadbir Awam (INTAN) wilayah Timur. Saya telah diugaskan sebagai Penolong Pengarah (Pentadbiran dan Kewangan) di Jabatan Perhutanan Negeri. Jawatan ini adalah jawatan baru yang diwujudkan. Pada tarikh melapur diri saya hanya datang ke pejabat baru untuk melapur diri sahaja. Keesokan hari terpaksa pulang ke Kuala Lumpur, untuk meneruskan Kursus Pesediaan bagi Mengikuti Ijazah Lanjutan yang masih berbaki satu bulan lagi. Sebulan kemudian saya datang untuk bertugas di Jabatan berkenaan. Semasa saya ke pejabat Pengarah, dimaklumkann bahawa bilik untuk saya belum lagi ada dan beliau mengarah beberapa kakitanagan utuk membersih bilik untuk saya. Keesokan harinya saya datang ke pejabat seperti biasa dan cuba meneliti “SENARAI TUGAS” bagi mendapat gambaran lebih terperinci dan merancang apa tindakan yang perlu di ambil bagi menyempurnakan tugas saya.

Setelah beberapa hari bertugas dan telah mengenali di antara semua kakitangan di pejabat. dalam pada saya sedang bebincang dengan Pembantu Tadbir Rendah. Dia beberapa kali memaklumkan kepada saya bahawa di pejabat ini ada gangguan makhlus halus, terutama di waktu petang dan malam hari, pernah staf berjumpa dengan orang yang tiada kepala, terdengar suara wanita minta tolong dan menangis. Pada masa itu saya maklumkan kepada kakitangan berkenaan bahawa saya tidak takut sangat kepada hantu, kerana saya yakin hantu hanya dapat menakutkan manusia sahaja tapi tidak dapat mematikan manusia, Yang Maha Berkuasa ialah Allah. Kita sebagai orang Islam tidak perlu tunduk dengan hasutsan syaitan dan iblis atau hantu. Jika diganggu kita bacalah beberapa ayat Al- Quran atau melaungkan azam, nescaya dia akan lari dengan izin Allah.

Setelah berkerja di pejabat baru itu masuk hari ke 25, berkebetulan pada malam itu kita umat Islam mengadakan solat sunat tarawikh. Seperti biasa selepas berbuka puasa saya ke masjid untuk solat Isyak dan solat sunat tarawikh. Semasa saya mengerjakan solat sunah sebelum solat Isyak maghrib saya terasa macam hendak demam dan badan rasa panas sedikit. Setelah muazim ikamah, solat Isyak dimulakan oleh imam, saya mengikuti bersama untuk solat isyak berjumaah. Setelah masuk raakaat kedua, semasa sedangan mengituti imam membaca surah, tiba-tiba yang berasa mahu buang anging kentut, walaubagaimanpun tidak ada bunyi dan bau kentut. Saya timbul perasaan was-was dengan tiba-tiba tumit saya terasa macam ada  cucukan paku, beberapa saat kemudian di dada saya di bahagian jantung terasa sakit dan denyutan jantung semaking kuat, mata mula berpinar seperti orang pening dan difikiran timbul perasaan saya akan mati, mugkin tak sempat untuk sempurnakan solat, badan mula berpeluh, dengan kuat semangat saya meneruskan solat isyak berjemaah dan berkata dalam hati biarlah saya mati dalam solat jika sudah sampai masanya.

Setelah selesai solat saya berdoa ringkas terus turun masjid dan pulang ke rumah, sesampai di rumah perasaan berdebar masih ada tapi agak berkurangan sedikit, lantas memanggil isteri saya untuk ke hospital bagi mendapat pemeriksaan doktor, dalam fikiran mungkin saya tersilat makan atau minum semasa berbuka puasa petang tadi. Sesampai di hospital HA membuat ujian  tekanan darah dan ujian gula dalam darah. Keputusan ujian mendapati semua dalam keadaan normal. Setelah doktor membuat pemerisaan saya diberitahu keadaan fizikal tubuh adalah normal, apa yang terjadi mungkin badan letih dan ada banyak tekanan kerja di pejabat. Saya dibernarkan pulang dan diberi ubat. Setelah makan ubat saya terus tidor. Pada malam berkenaan saya tidakk tunaikan solat terawikh. Pada keesokan pagi isteri mengejutkan saya untuk bersahur, saya bangun makan sahur dan setelah azan subuh dilaungkan oleh muazim, saya solat subuh, selepas takbir ratuihram dan membaca doa iftitah sedikit demi sedikit perasaasn takut datang semula, dada mula begedebar dan denyuntan jantug semaking kecang, saya mula berikir aka akan mati seperti semasa solat isyak sebelum ini. Walaubagaimanpun saya meneruskan solat sehingga selesai.

Pada pagi hari berikutnya saya menelefon ayah yang tinggal di Pasir Puteh dia terus daatang ke rumah saya, setibanya di rumah saya ayah telah membuat air tawar dengan membaca ayat-ayat Al Quraan dan di suruh saya minum. Setelah minum air jampi ayah suasana perasaan takut dan gedebar mula berkurangan. Ayah lantas memberitahu saya , “Han ni terkena buatan orang”. Saya hanya menganggukkan kepada sahaja.terfikir sejenak, siapalah yang membuat kerja-kerja semacam ini, kerana di pejabat tuaga kita adalah membantu untuk memudahkan kerja-kerja pengurusan pejabat, bukanya untuk mencari kesalah kakitangan lain.

Semenjak daripada peristiwa itu, setiap kali masuk waktu sebahayang timbul perasaan takut di dalam minda saya. Ketakutan semakin kuat pada waktu asar dan maghrib. Walaubagaimana pun saya cuba melawan ketakutan itu dengan membaca beberapa ayat-ayat Quran yang dipanggi sebagai ayat siffa’. Semenjak kejadia pertama itu, dikuti pula beberapa kejadian saya diganggu oleh perasan takut dan tidak yakin untuk hidup pada setiap kali melakukan solat fardu. Walaubagaimana pun saya tetap bertekad melawan perasaan tersebut demi menunaikan tanggung jawab sebagai hamba Allah. Seeperkara lagi apabila saya dimaklumkan ada orang yang saya kenal telah meninggal menyebabkan saya jadi terkejut dan datang perasaan dalam minda bahawa saya juga akan mati, fikiran jadi gelisah dan perasaan takut datang menggangu dan badan saya jadi berpeluh dan mengem\entar. Bila keadaan saya semakin serius, bekebutlan ada seorang kenalan yang bertugas sebagai Pengarah Hospital Kuala Krai Dr Maryiam Abraham. Saya cuba mendapat nasihannya. Dia menasihati saya supaya pergi berjumpa paikistrik.

Beberapa hari selepas itu, saya jumpa Doktor Paikistrik, Hospital Kota Bharu. Beliau mendignosis saya melalui perbualan dan menyakan beberapa soalan. Rumusan dari pada pertemuan itu beliau mengatakan saya stress dan terlampau komitment dengan kerja. Belaiu telah memberi ubat untuk mengawal emosi saya dari tekanan dan murung. Penyakit yang saya alami ini diistilahkan sebagai “exeinty dan panic attack”. Saya beri ubat zanex – alprazolam 0.5 mg sebiji sehari. Bila saya makan ubat ini ia dapat mengawal perasaan cemas dan takut yang saya alamai setiap kali mengerjakan solat dan juga apabila terkjut medengar berita orang mati. Sugguhpun begitu ubat itu hanya dapat memberi ketenangan untuk sementara sahaja.

Bagi mengati penyakit yang agak mesteri itu, ayah saya membawa saya berjumpa beberapa orang ustaz yang mengamalkan perubatan Islam. Setelah diberi air yang dijampi dengan ayat-ayat Al Quran saya dinasihatkan supaya memgamalakan membaca beberap ayat-ayat shifa’ sebagai pendinding untuk menghalang daripada di ganggui oleh makhluk halus. Kebanyakan ustaz atau bomoh yang merawat saya mengatakan saya telah terkena santau atau ilmu sihir yang dibuat oleh orang-orang tertentu yang rasa cembur dengan kejayaan dan kebahagian hidup kami sekluarga. Dalam tanggapan ini saya tidak  begitu yakin sangat kerana bagi saya jika kita percara kepada telahan sebegitu kerana mengikut pandangan beberapa orang ustaz yang pernah saya mendengan ceramah mereka mengatakan jika percaya kepada pendapat atau ramalan ianya boleh menyebabkan boleh merosak akidah kita. Apa yang lebih ditakuti oleh saya jika ini berlaku menyebabakan kita di akhirat kelak tidak akan dapat masyuk syurga Allah. Allah mengatakan bahawa dosa syirik adalah tempatnya di dalam nereka jahanam.

Satu pengajran yang boleh saya ambil dari penyakit misteri yang saya alami ini, apabila saya mendekati kepada Allah dengan mempastikan solat 5 waktu di buat diawal waktu, di lakukan secara berjemaah di masjid dan juga menjadikan kerja rutin membaca ayat-ayat suci Al Quran pada setiap hari, penyakit ganjil dan perasaan cemas dan takaut itu telah secara beransur-ansur dapat dikurangkan. Setelah rutin sebegini yang lakukan lebih 10 tahun, penyakit gangguan itu telah dapat saya kurangkan secra mininima mungkin pada setiap hari. Kini boleh dikatakan penyakit itu telah tiada dan saya juga merasakan satu kebaikan pula kerana daripada amalan membaca Al Quran secara rutin itu membolehkan saya mengafal beberapa surah penting seperti surah Al Mulk; surah Jin; Surah Al Rahman; Srah Yasin.

Satu lagi pengajaran yang saya perlohi disepanjang rawatan mengubati sakit ganjil itu, terdap juga seorang yang bergelar ustaz, dan dia boleh di katakana tersohor kerana sering ke udara di bebrapa buah stesyen televisyen.  Semasa saya pergi ke pusat rawatannya saya dapati dia mebuat rawatan secara berkempulan ( satu rawatan pesakit di minta duduk di atas sejadah dan berlunjur ke arah kiblat diminta membaca selawat ke atas nabi di sepanjang masa dia menjalankan rawatan. Setelai selesai rawatan pesakit di kehendaki mendaftar kepada pembantunya didalam sebuah buku, dan iberi beberapa ubatan serti air jampi, buku doa-doa , CD untuk merawat penyakit sihir, dan pelekat ayart Al Quran yang dikatakan dapat menghalang makhuluk halus dari memasuki rumah pesakit. Apa yang menjadi kemuskilan saya caj yang dikenakan itu agak mahal, contoh : untuk pedaftaran - RM85.CD- RM25, Buku doa- RM15; pelekat ayar Al Quraan, RM25..dan beberapa ubatan lain sperti, madu syifa’; keselurahan caj yang dikenakan antara RM150 hingga RM200 seorang. Jika satu sesi di merawat untuk 15 orang, jumlah caj dikenakan lebih kurang RM2,250. Saya difahamkan pada satu hari dia dapat merewat 300 orang; jummlah caj yang dikenakan berjumlah RM45,000.. Pusat berkenaan mengadakan jadula rawatan 3 kali seminggu bermakan caj yang dipunggut adalah beerjumlah RM135,000. Dan sebulan caj berjumlah RM540,000. Jika satistik ini betul bermakana purata rawatan itu dapat memperolehi pendapatan yang lumayan daripada kesakitan dan kesusahan yang di alami oleh pesakit.

Satu insiden yang saya alami semas  saya mendapat rawatan di pusat berkeaan semasa mendaftar untuk tentutan caj bayaran terdapat seorang makcik yang tidak mampu nak bayar kerana membawa duit hanya RM50 sahaja. Katanya kebiasaan rawatan secara Islam tidak diletakkan harga dan di beri kebebasan untuk memberi sumbangan. Bila diberitahu jumlah caj pendaftaran RM85.00 dan caj-caj lain seperti minyak yang dijampi dan doa, air tawar dan beberapa alatan lagi berjumlah RM150.00. Kelihatan raut wajahnya yang muram dan terkejut dan menampakkan penuh kekesalan, Pembatu Pusat Rawatan berkenaan dengan pantas memberitahu “ yang bakinya makacik boleh bayar pada masa untuk rawatan susulan”. Subahanallah inikah satu situasi yang memperlihatkan kebenaran ayat Al Quran yang mana Allah memberi ingatakan kepada orang orang beriman supaya janganlah menggunakan ayat-ayat Allah untuk mendapat kepetingan duniawi.


wallahu alam ,.

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.