INTIPATI KHUTBAH JUMAAT 2-10-2015
Ikhwan Muslimin,
Marilah kita sama-sam menyahut seruan taqwa, bertaqwa itu hanya bertaqwa hanya semata-mata
kepada Allah jua. Sebab itulah nilainya tersendiri dan ganjarannya tersendiri. Taqwa
adalah amat luas tetapi boleh sahaja disimpulkan sebagai apa-apa jua perbuatan,
perkataan dan niat yang baik yang disukai atau diredhai oleh Allah, maka itulah
dia taqwa. Sebaliknya apa-apa jua yang
dilarang atau dibenci oleh Allah, maka itulah namanya durhaka lawan
kepada taqwa.
Taqwa walau Cuma sekadar seteguk air yang disumbangkan,
harganya adalah tetap mahal disisi Allah. Menuru maksud sebuah riwayat hadis,
pada hari kiamat kelak, semua kita ini akan berdiri di Padang Mahsya, Allah
akan memanggil kita seorang demi seorang untuk menjalani hisaba atau
peperiksaan. Apabila didapati tidak terdapat kebajikan untuk memasukkan kita ke
dalam syurga, maka kita pun akan dibawa ke neraka.(minta dijauhkan).
Sedang dalam perjalanan ke neraka, kita tiba-tiba ternampak
seorang hamba yang soleh, yang mendapat nikmat dari sisi Allah. Dia pernah kita
kenali di dunia dahulu, maka kitapun menyapa dengan berkata “ Wahai pulan,
tidakah engkau mengenali saya ?’ kita terus berakata lagi “ adapun saya adalah
orang yang pernah memberi minum sedikit air ketika di atas dunia, maka mohon
tolong saya (tolong perakukan saya0 kepada Allah.
Lalu hamba yang soleh pun menajat kepada Allah dan berkata “
wahai tuhanku, sesungguhnya hamba mu itu telah memberi sedikit minuman air
ketia di atas dunia, maka mohon diizinkan aku supaya dapat menolongnya”.
Firman Allah yang bermaksud : “ Memang aku telah pun
pengizinkan mu untuk memberi pertolongan kepadanya”. Maka bolehlah dia dan
keran sedekahnya (berupa seteguk air
itu) dia dimasukkan ke syurga”.
Hanya seteguk air, saudara ! seseorang calun neraka tidak
jadi masuk neraka, sebaliknya dengan pertolongan orang yang pernah diberi minum
seteguk air ketika di atas dunia telah membolehkannya untuk masuk syurga dengan
izin Allah.
Oleh itu jangan anggap sedekah yang sedikit itu tidak
bermakna apa-apa. Walau seteguk air,
walau sebelah buah kurma, ia tetap bemakna dan bernilai disisi Allah , bahkan
ia juga mampu untuk menjadi penyelamat diakhirat dengan izin Allah.
Sehubungan itu marilah kita amalkan sedekah pada setiap
masa, dengan tulus ikhlas untuk membantu orang dalam kesusahan dan yang
memerlukan. Semoga dia akan dapat memberi manafaat kepada kita di akhirat
kelak.
Wallahu’alam.
Sumber:
Petikan khutbah Jumaat MAIK.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comments, I will reply soon.