RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Wednesday, 30 September 2015

Motivasi Kesihatan Holistik



Modul Lengkap Motivasi Kesihatan Holistik
Tajuk-tajuk perbincangan ialah:-

1. Kesihatan fizikal secara holistik
2. Kesihatan minda, ilmu dan emosi yang holistik
3. Pangkat dan harta yang sihat-cergas
4. Ibadah Holitik Dan Ibadah Yang Dinamik
5. Keseimbangan memenuhi tuntutan


Kata kunci Perbincangan

Selain dari ilmu, setiap perbuatan dan tindakan memerlukan skil dan kemahiran. Untuk memenuhi semua tuntutan di atas, maka perlu kepada skil ketika bersenam dan hidup aktif, skil menjaga perut, skil untuk mencerna minda, skil meningkatkan wang-harta, skil memantapkan emosi dan skil untuk khusyuk ketika beribadah.
Skil dan kemahiran itu pula ada sistem dan undang-undangnya termasuk yang harus, wajib malah skil yang terlarang. Formula dan kaedah pendekatan yang di ambil ialah :-

A. Empat asas utama :-

1. Asas kepada semua perbuatan ialah di lakukan secara 3 S -SENGAJA, SEDAR DAN SENTIASA ( istiqamah )
2. Keseimbangan Dalam Keseimbangan
3. Ibadah Dinamik Merubah Segalanya.
4. Piramid dalam piramid.



B. Makna Sihat-Cergas


Sihat badan, sekadar bebas dari penyakit akut atau kronik, sebaliknya belum tentu badannya cergas, iaitu cergas jantung, paru-paru, bentuk badan dan otot-sendi. Makna mudah cergas fizikal ialah bertenaga dan bebas dari berpenyakit.

Begitu juga orang yang solatnya sudah sihat, iaitu tidak sengaja meninggalkan solat tetapi tidak bermakna solatnya itu cergas, apabila tidak khusyuk atau solat sendirian atau solat di hujung waktu! Apakah solatnya itu bertenaga setelah bebas dari penyakit tidak solat.

Orang yang sudah menyihatkan bacaan Al Qur’annya dengan tajwid yang betul, tetapi tidak mencergaskannya dengan sentiasa membaca dan memahami apa yang dibaca!

Dan seterusnya ibadah lain yang kelihatannya sihat tetapi sebenarnya tidak cergas.

Begitu juga dengan minda yang sihat apabila sudah membaca bahan-bahan yang berfaedah, tetapi minda itu tidak cergas untuk melahirkan idea kreatif dan semakin cergas dengan pembacaannya lebih kerap dan meluas.

Kesimpulannya, jangan sempitkan pemahaman sihat-cergas sekadar hal kesihatan badan, tetapi juga melibatkan ibadah, cara fikir, akhlak, peniagaan, politik, sosial , kekeluargaan dan semua kehidupan.


A.Kesihatan Fizikal Secara Holistik
a. Penjagaan Fizikal

Kekal sihat dari usia seawal bayi
Perbezaan Kesihatan lelaki dan wanita
Maksud ’ Total Wellness’ dari sudut Islam
Badan Yang sihat, ibadah pun akan ’sihat’
Memantapkan fizikal adalah perkara pertama ditekankan dalam penbentukkan diri, mengapa?
Piramid Sihat-Cergas
Tingkap Johari Sihat-Cergas
Formula FREE, F-fokus, R- rest, E-eat, E- exercise
Beli ‘saham-saham utama’ untuk sakit
Senarai ’bursa saham utama’, tetapi untuk cepat mati
Bagaimana kecergasan di ukur?
Hukum WAJIB, SUNAT DAN HARAM ketika bersenam
Apabila jantung di dera!!
Motivasi untuk keluar dari kehidupan pasif
Rawatan stress melalui sihat-cergas
Salah faham terhadap gaya hidup aktif.
Konsep pemakanan holistik
Jaga perut akan menjaga minda, emosi, spiritual dan fizikal
Makanan sebagai terapi
Budaya makan untuk cepat mati
Kaedah pemakanan Rasulullah SAW
Pemakanan untuk badan dan kesan pada makanan spiritual
Kenali anatomi dan fisiologi badan secara holistik
Rehat secara adil dan menyeluruh
Sihat-cergas seksual

b. Rawatan Penyakit Fizikal

1. Maksud merawat secara holistik. Luasnya ilmu Allah dalam perawatan penyakit
2. Rawatan moden ( allopathy), bukanlah segala-galanya
3. Memahami rawatan alternatif moden dan alternatif kuno
4. Rawatan secara gabungan ( interaktif) antara moden dan alternatif
5. Perlu berlapang dada antara doktor moden dan perawat perubatan alternatif.
6. Salah faham terhadap rawatan cara Islam.
7. Perawat penyakit ( doktor, tabib, dukun) yang berjiwa rabbani
8. Doktor yang holistik
9. Kenali doktor-doktor di zaman kegemilangan Islam dahulu
10. Kesungguhan mendapat rawatan dan tawakal

c. Maksud seimbang dalam seimbang memenuhi tuntutan kesihatan badan.

B. Kesihatan Emosi Dan Minda Secara Holistik


1. Maksud emosi dan akal yang holistik
2. Emosi terserlah sejak dalam kandungan lagi?
3. Emosi dan minda yang akan membentuk sikap positif
4. Rukun pertama ialah kefahaman iaitu memahami Islam secara syumul
5. Berfikir cara berbeza dan luar dari kebiasaan
6. Ilmu boleh merubah cara berfikir tetapi lebih sukar merubah sikap
7. Lebih sukar membentuk emosi ibubapa dari emosi anak-anak?
8. Mampukah tidak marah ketika merotan/menghukum anak-anak?
9. Tingkap Johari Ilmu dan pengalaman
10. Kehebatan berimaginasi
11. Maksud senaman imaginasi
12. Membaca ketika zaman pelajar sahaja?
13. Belajar dari sejarah dan belajar membuat perbandingan
14. Perubahan dan peningkatan secara tabie
15. Pakar Sains-Ekonomi yang juga pakar agama.
16. Jarang di temui pakar agama yang juga pakar bidang lain.
17. Siang hari bagaikan singa, ketika malam bagaikan tikus yang ketakutan
18. IESQ Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali
19. Back to the most basic
20. Otak yang belum di terokai
21. Otak rojak, rojak yang boleh diguna dan yang merosakkan.


b. Maksud seimbang dalam seimbang memenuhi tuntutan emosi dan minda



C. Ibadah Yang Holistik dan Dinamik

1. Maksud Ibadah Holistik
2. Maksud ibadah yang dinamik
3. Solat tonggak ibadah yang dinamik
4. BioMekanik Solat, kemahiran khusyuk melalui fitrah biologi
5. Maksud BioPerubatan ibadah
6. Solat , puasa dan zikir adalah satu kaedah terapi
7. Ahli sufi dan ahli zuhud yang ‘cintakan’ dunia!!!
8. Ibadah yang dinamik merubah seluruh kehidupan
9. Syarat untuk kerja harian di katagori sebagai ibadah.
10. Segalanya ada pada Rasulullah SAW
11. Dakwah yang dinamik dan daie yang rabbani
12. Merujuk Al Qur’an untuk kehidupan yang dinamik
13. Tidak Menerokai Permata Dari AlQur‘an
14. Ingat kematian, lebih cerdik?
15. Kejar dunia tidak kesampaian, sebaliknya kejar akhirat pasti dunia akan mengikut.

D. Pangkat Dan Harta Yang Sihat-cergas

Bukan tertipu dengan dunia tetapi tipu dunia untuk akhirat
Piramid kecintaan pada dunia
Piramid Harta dan pangkat
Berpangkat tetapi tidak berharta
Nak Jadi paku atau nak jadi tukul?
Tipu agama untuk dunia!
Zuhud Holistik
Berjaya dan kaya bila ibadahnya berjaya dan kaya?
Formula untuk hebat dunia mudah dan murah
Seerah orang kaya yang juga kaya spiritualnya

b. Seimbang dalam seimbang mencari dan mengguna nikmat dunia 


Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.