RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Sunday 16 September 2018

BUKU - SURVIVAL PESAKIT GINJAL KRONIK - CKD : BAB2 TANDA AWAL PENYAKIT GINJAL


BAB 2 :   TANDA AWAL PENYAKIT GINJAL

Isteri yang mengalami lumpuh hampir 17 tahun kelhatan semakit lemah di kebelakangan ini. Dia sering memberitahu daku badanya tersa letih dan tidak bermaya.

“Abang, kenapa ayang selalu letih ni”. Tanya isteri kepada ku pada suatu petang.
“ Biasalah tu, bila kita semakin berumur tenaga mula berkurangan, lagipun ayang sakit dah lama, banyak berhat lah”. Daku cuba memberi keyakinan kepada isteri.

Semasa daku  menghatar isteri melakukan ‘medical checkup’. Doktor telah memberitahu kepada kami.

“ Mak cik, ginjal telah mengalami kerosakan, banyak protein dalam air kencing.  Mak cik perlu jalanai rawatan dialisis”.

Kami agak terkejut dengan kenyataan doktor itu. tetapi apa boleh buat kerana sudah ditakdirkan isteri menjadi pesakit ginjal kronik disampin kesakitan leumpuh yang dialami semenjak lebih sedekat lalu.

Kami berdua perlu redah dengan ujian Allah ini. Apa boleh buat telah ditakdirkan, sudah jatuh di tempa tangga.

Teringat daku kepada satu artikel tentang kesihat ginjal yang pernah daku baca sebelum ini.  Dimaklumkan bahawa setiap anggota badan atau organ dalam badan kita telah diciptakan oleh Allah dengan fungsinya yang tertentu bagi membolehkan kita hidup dalam keadaan sihat.  Jika salah satu organ dalan badan kita sakit, sudah pasti tuan punya badan akan sakit dan aktiviti seharian akan terganggu.

Salah satu organ yang amat penting bagi kesitahan tubuh badan ialah buah pinggang. Ianya berfungsi untuk menapis darah yang dipamkan oleh jantung untuk diagihkan ke seluruh badan.  Jika bauah pinggang sakit akan mengakibatkan  kehidupan seseorang akan terganggu kerana tidak dapat melakukan aktiviti dengan cerdas kerana salah satu kesan pesakit buah pinggang ialah cepat letih dan tidak bermaya.

Punca utama penyakit buah pinggang ialah dari pemakanan dan gaya hidup seseorang itu sendiri. Mengamalkan pemakanan yang kurang sihat kerana terlampau mengikut selera dan nasfu makan  serta tidak melakukan aktiviti riadah secara konsisten adalah diantara fakator utama penyakit buah pingggang terjadi.

Allah  berfirman dalam surat Al Baqarah  ayat 172 yang bermaksud:
 Hai orang-orang yang beriman makanlah di antara rezeki yang baik-baik.” 

Nabi Muhammad s.a.w. telah besabda  yang bermaksud :
Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami). 

Rasulullah SAW hanya makan ketika lapar dan Baginda berhenti sebelum perut berasa kenyang.
Makan secara berpatutan dengan kepeluan tubuh badan kita. Dimana amalan Rasulullah s.a.w. dengan membahagikan perut untuk tiga bahagian ; 1/3 ruang untuk makanan 1/3 ruang lagi untuk udara dan 1/3 ruang lagi untuk air. Mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak sekaligus adalah amalan yang buruk kerana ia membebankan organ dan sistem pencernaan sehingga menjadi lemah dan tidak mampu mencerna dengan baik.Makanan yang tidak hadam dengan sempurna akan memberi mudarat kepada kesihatan tubuh badan.

Dengan kata lain, punca penyakit yang dihadapi oleh seseorang adalah dari makanan yang dimakan setiap hari. Sebagai contoh jika kesukaan kita memakan makanan yang masin-masin akan memberi kesan kepada penyakit darah tingggi, begitu juga bagi mereka yang suka makan makanan manis akan mendapat penyakit kencing manis. Mereka yang suka minum minuman bergas (soda) akan mudah mendapat penyakit buah pingang. Mengikut kajian perubatan penyakit darah tinggi dan penyakit kencing manis adalah diantara faktor utama yang akan merosakkan buah pinggang.

Kebanyakan pesakit Buah Pinggang Kronik (CKD) tidak menyedari yang dirinya mempunyai penyakit CKD kerana tiada tanda-tanda awal. Ia biasanya mengambil masa yang lama untuk penyakit Buah Pinggang (CKD)  untuk berlaku Kegagalan Buah Pinggang. 

Satu-satunya cara untuk mengetahui kita mengalami masalah Buah Pinggang adalah  melalui  pemeriksaan kesihatan. Ujian untuk Menentukan Penyakit Buah Pinggang boleh dilakukan dengan dua cara berikut:

 Ujian air kencing dipanggil Albumin to Creatinine Ratio (ACR) untuk melihat berapa banyak albumin (sejenis protein) di dalam air kencing. Protein dalam air kencing adalah salah satu daripada tanda-tanda awal kerosakan  Buah Pinggan. Apabila terdapat terlalu banyak protein dalam air kencing, ini menunjukkan bahawa penapis Buah Pinggang telah rosak dan tidak dapat berfungsi sepenuhnya menyebabkan terjadi protein bocor yang dilepaskan melalui air kencing.

 • Ujian darah untuk menganggarkan Glomerular Filtration Rate (GFR). Kadar penapisan glomerular adalah ukuran fungsi ginjal dan dilakukan melalui ujian darah. Darah akan diuji untuk bahan buangan yang dikenali kreatinin. Kreatinin adalah sisa (daripada metabolisme otot) yang dikeluarkan oleh Buah Pinggang. Tahap kreatinin digunakan untuk mengira kadar penapisan glomerular (GFR). 

Penyakit buah pinggang tidak akan sembuh sepenuhnya. Ia boleh menjadi lebih teruk dari masa ke masa dan boleh membawa kepada kegagalan buah pinggang dan akhirnya membawa maut. Apabila organ-organ ini gagal, satu-satunya pilihan adalah dialisis atau pemindahan buah pinggang. Penyakit ini  jika dikedan lebih awal ianya boleh dirawat. Lebih cepat kita tahu tahap kesihatan buah pinggang kita, maka lebih cepat kita boleh mengambil langkah-langkah untuk menjaga buah pinggang supaya sihat lebih lama. 

Terdapat sekurang-kurangnya 10 simpton yang anda mungkin mempunyai penyakit buah pinggang (Gingal).
 
Cuba periksa tanda-tanda seperti di bawah. Mungkin tanpa sedar kita juga mempunyai simptom-simptom penyakit Buah Pinggang.

·         Perhatikan samaada terdapat perubahan dalam pembuangan air kencing. Perhatikan samaada pembuangan air kencing anda adalah kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda. Jika anda mengalami kencing terlalu kerap atau terdapat darah di dalam air kencing terutamanya pada waktu malam, dan lama kelamaan air kencing semakin berkurang, boleh jadi anda mempunyai masalah pada buah pinggang. Perhatikan jika terdapat buih pada air kencing yang ditadah. Adanya buih-buih pada air kencing menunjukkan terdapat kehadiran protein dalam air kencing. Protein ini tidak dapat ditapis jika buah pinggang kita rosak.

Jika  anda mengalami bengkak pada mana-mana bahagian anggota tubuh badan seperti kaki atau tangan, ini juga berkemungkinan ginjal anda tidak berfugsi dengan baik,  Ginjal yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan melalui saluran kecing.  Sekiranya berlaku pembengkakan pada anggota badan, berkemungkinan besar ginjal anda tidak dapat berfungsi dengan baik dimana air kenciig tidak dilepaskan dengan sempurna akan mengakibhatkan berlaku penakungan air kencing dalam badan dan boleh menyebabkan kaki, buku lali serta mata menjadi bengkak

·         Jika anda mengalami rasa letih  yang berpanjangan,  keadaan ini berlaku berkemungkinan ginjal anda mengalami masalah. Kegagalan ginjal menyebabkan ianya  tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Apabila tubuh mengalami kekurangan sel darah merah, anda akan mengalami anemia yang akan menyebabkan tubuh anda  terasa letih yang berpanjangan.

·         Selera makan anda mulai berkurangan, anda tersa tiada nafsu untuk makan,  apabila anda  mengunyah makanan terasa seperti logam di dalam mulut atau tidak dapat menelan makanan seperti biasa? Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan ginjal. Berlaku perasaan tidak berselera untuk makan disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah kerana pembuangan secara normal tidak berlaku disebabkan kerosakan ginjal.

·         Adakah anda berasa sejuk sepanjang masa? Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.

·   Sekiranya anda mengalami loya dan muntah-muntah?  ini juga  berlaku mungkin disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah. Setelah ginjal tidak lagi berfungsi membuang sisa-sisa toksik secara normal.

·         Adakah anda merasa sukar untuk bernafas? Ini juga adalah tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru berlebihan. Ia menyebabkan berlaku lebihan air dalam paru-paru yang akan menyukarkan aliran udara dalam paru-paru yang menyebabkan pernafasan anda tersangkut-sangkut atau lelah.

·         Sekiranya anda mengalami ruam dan kegatalan pada badan. Ianya berkemungkinan  Kegagalan ginjal untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda boleh menyebabkan terjadi kegatalan yang teruk pada anggota badan. Ia akan menggangu kehidupan normal anda.

·         Adakah anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah pinggang anda? Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Boleh jadi terdapat ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang apabila buah pinggang telah rosak.

·         Sekiranya anda kerap berasa pening kepala? Ini mungkin disebabkan oleh anemia yang berlaku telah mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak. Yang memberi kesan kepada tersa sakit kepala yang amat sangat daripada biasa.

Kebanyakan  pesakit pada peringkat awal mendapati berlaku simpton-simpton yang dinyatakan di atas tidak mengambil kisah sangat, kerana ianya sering dikaitkan dengan sakit biasa yang sering terjadi dalam kehidupan. Sebagai contoh, berlaku gatal pada tubuh badan boleh dikaitkan dengan alahan makanan atau terkena seranggan seprti ulat bulu dan sebagainya. 

Bila tersa sakit kepada dikatakan kerana tidak cukup tidur atau tersalah makan yang menyebabkan berlaku tekanan darah yang menjurus terasa sakit kepala. Atau dianggap sakit akibat migrin.

Sekiranya anda mengalami kebanyakan daripada simptom yang dihuraikan di atas, dan ianya kerap berlaku, segeralah berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan bagi  mempastikan buah pinggang anda masih sihat atau telah mengalami sakit buah pinggang.

“Abang, bilal tarikh ayang kena buat fistula ?” kedenganran suara isteri dari dalam bilik, adaku tersentak dari imajinasi ku.
“ Doktor cakap sebulan lagi” respon ku kepada isteri.
“ Sakit tak “
“ Tak sakit, Cuma satu pembedahan kecil di legan”.
“ lama  tak masa pembedahan”.
“ Doktor cakap tak samapai satu jam”. Daku cuba yakinkan isteri.
“Takut lah”
“ Apa nak ditakutkan, berpuluh ribu pesakit yang menjalani prosidur ini”.
“ Berbanding dengan ayang bedah kepada dulu lebih tiga jam”.
“ Semuanya selamat pun”. 

Isteri kelihatan tenang apabila daku memberi hujjah ini, mungkin dia mula yakin bahawa prosidur pembedahan untuk fistula adala satu prosidur yang biasa untuk membolehkan peasakit ginjal mejalani rawatan dialisis bagi membolehkan mereka hidup seperti insan lain.

Tanda-tanada awal penyakit ginjal sememangnya telah dirasi oleh pesakit pada peringkat awal lagi. Cuma kebanyakan daripada kita baut tidak kisah jika berlaku sedikit perbuhan kepada anggota bandan, ini mungkin kerana ketidak pekaan kita kepada tanda-tanda awal yang telah di beri oleh Allah sebagai peringatan.

Kita lebih banyak membuat andaian bahawa simpton itu adalah perkara biasa dan jika sakitpun ianya boleh sembuh dalam beberapa hari sahaja.

Ketidak pekaan terhadap simpton sakit ginjal juga berlaku disebabkan oleh kebanyakan  masayarakat jahil tentang simpton-simpton sakit ginjal. Oleh itu mereka tidak dapat mengambil tindakan awal dalam usaha merawat sebelum ianya lebih parah. 

Badan Sukarela Pesakti Ginjal perlu memberi pendidikan kepada masayarakat awam supaya maklumat tentang  simpton penyakit ginjal ini di perwawakan dengan lebih meluas. Cara ini adalah satu kaedah yang dapat membantu masyarakat untuk lebih perihatin tentang penyakit ginjal yang merbahaya ini.



Nota: Buku ini boleh dibeli di feedAread.com


No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.