RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Wednesday 19 December 2018

BUKU : SURVIVAL CKD : BAB 18. PEMINDAHAN GINJAL RAWATAN TERBAIK BAGI PESAKIT C.K.D.



BAB  18. PEMINDAHAN GINJAL RAWATAN TERBAIK BAGI PESAKIT C.K.D.

Dah menjadi rutin harian setiap pagi penulis dan isteri akan berehat diatas sofa depan TV untuk  mendengan slot Selamat Pagi Malaysia di TV1.
Pada pagi itu SPM ada membincangkan berkenaan Penyakit CKD yang menjadi hos seorang Doktor Pakar wanita.
“ Di Malaysia terdapat lebih  kurang 40,000 orang pesakit Buah Pinggang Kronik yang perlu menjalani rawatan dialisis. Setiap tahun terdapat 7,000 pesakit baru yang memerlukan rawatan dialisis”.
“ Pemindahan ginjal  adalah keadah rawatan yang terbaik, tetapi kebanyakan pesakit CKD memilih untuk merawat melalui dialisis”. Ujar doktor
“ Penderma ginjal dapat hidup aktif seperti biasa dengan satu buah pinggang sahaja”
Setelah mendengar kenyataan doktor di Slot SPM TV1 penulis membuat carian di google dan menjumpai satu  artikel yang pernah disiarkan di Utusan One Line.
Dibawah ini  disiarkan artikel yang ditulis  oleh Intan Suhana Che Omar pernah disiarkan  pada 20 Jun 2018 untuk tatapan kita bersama :
Kegagalan fungsi ginjal atau buah pinggang bukan sesuatu yang baharu dalam kalangan rakyat di negara ini.
Bahkan, statistik mencatatkan bilangan pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang meningkat dengan lebih daripada 7,500 pesakit direkodkan setiap tahun.
Namun, kajian menunjukkan 99 peratus pesakit kegagalan buah pinggang cenderung untuk melakukan rawatan haemodialisis yang secara tidak langsung telah mengurangkan kualiti hidup mereka.
Hal ini demikian kerana, rawatan haemodialisis memerlukan komitmen yang tinggi apabila pesakit perlu berulang-alik ke pusat rawatan dengan purata tiga kali seminggu yang memakan masa selama tiga hingga lima jam bagi satu sesi rawatan.
Menurut Pakar Nefrologi (Ginjal) Pusat Pakar Perubatan Universiti Teknologi Mara (PPUiTM), Dr. Muhammad Iqbal Abdul Hafidz, selain haemodialisis, terdapat kaedah perubatan yang lebih ampuh untuk dijalani oleh pesakit untuk merawat penyakit buah pinggang.
Rawatan tersebut adalah pembedahan pemindahan buah pinggang atau transplan yang merupakan proses menggantikan buah pinggang yang rosak kepada yang baharu.
Namun, kadar pemindahan buah pinggang di negara ini menunjukkan penurunan iaitu dari 64 pembedahan yang dijalankan pada tahun 2015 merosot kepada hanya 27 pemindahan pada tahun 2016.
Penurunan tersebut berlaku kerana pesakit menganggap rawatan yang terbaik untuk memulihkan buah pinggang adalah dengan melakukan rawatan haemodialisis yang lebih mudah dan murah berbanding melakukan pembedahan transplan.
Walau bagaimanapun, katanya, pesakit kegagalan buah pinggang yang menjalani pembedahan menggantikan ginjal atau transplan akan mempunyai kualiti hidup yang lebih baik berbanding pesakit yang menjalani rawatan dialisis dalam jangka masa panjang.
“ Ini kerana pembedahan atau transplan ini perlu dijalankan sekali sahaja untuk menggantikan buah pinggang pesakit dengan yang baharu berbanding rawatan dialisis yang perlu dijalani pesakit secara berterusan.
“Dari segi kos juga menunjukkan rawatan pemindahan buah pinggang lebih berbaloi kerana perlu dibayar sekali sahaja iaitu kira-kira RM50,000 (harga rawatan di PPUiTM), tetapi bagi rawatan dialisis memerlukan belanja kira-kira RM200 bagi satu sesi tidak termasuk ubat-ubatan ,” ujarnya ketika ditemui di pejabatnya di PPUiTM, Sungai Buloh, Selangor baru-baru ini.
Selain itu, beliau yang juga Pensyarah Fakulti Perubatan UiTM menjelaskan, golongan yang paling tinggi menghidap penyakit buah pinggang adalah mereka yang berumur antara 40 hingga 60 tahun iaitu golongan optimum yang masih bekerja.
Oleh itu, tegasnya, selain kualiti hidup, produktiviti dan prestasi kerja pesakit juga akan terganggu sekiranya mereka membuat keputusan untuk menjalani rawatan haemodialisis untuk kelangsungan hidup.
Katanya, komitmen terhadap rawatan dialisis yang perlu dilakukan dengan kerap akan membuatkan pesakit menjadi semakin tidak bermaya selain kulit akan kelihatan lebih gelap selepas menjalani rawatan.
“Proses rawatan haemodialisis agak membebankan kerana pesakit terpaksa berulang alik ke pusat haemodialisis.
“Jika pesakit melakukan transplan, dia hanya perlu makan ubat antipenolakan buah pinggang baharu sahaja dan boleh meneruskan kehidupan normal seperti orang lain,” jelasnya.
Justeru, beliau berkata, kesedaran orang ramai mengenai kepentingan melakukan pembedahan pemindahan buah pinggang terutama bagi pesakit yang muda sangat perlu untuk meningkatkan kualiti hidup mereka.
Pesakit harus membuka mata dan melihat pelbagai sudut untuk mencari alternatif terbaik untuk merawat penyakit selain bergantung terhadap satu kaedah sahaja iaitu dialisis.
Tiada risiko jika menderma buah pinggang
Dalam pada itu, Dr. Muhammad Iqbal berkata, satu kempen kesedaran perlu diadakan untuk memberitahu kepada umum mengenai kepentingan pesakit buah pinggang menjalani pembedahan pemindahan ginjal.
Hal ini kerana katanya, ada beberapa kekangan dan halangan yang menyebabkan pemindahan ginjal tidak dapat diperkasa di negara ini.
Antaranya ialah pemahaman orang ramai mengenai risiko sekiranya ingin menjadi penderma buah pinggang.
Katanya, ramai yang prejudis kerana beranggapan pemindahan buah pinggang akan memberikan kemudaratan kepada penderma.
“Sebenarnya tidak, tiada risiko jika sesiapa saja ingin menjadi perderma kerana manusia boleh hidup dengan satu buah pinggang, tetapi harus mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat.
“Dengan amalan gaya hidup sihat, penderma boleh menjalani kehidupan macam biasa dan boleh kekal aktif juga,” jelasnya.
Selain itu, katanya, pemindahan buah pinggang boleh dilakukan dengan dua cara iaitu pemindahan antara penderma yang masih hidup dengan penerima atau penderma yang telah meninggal dunia dan mendaftar sebagai penderma organ sebelumnya.
Menurut beliau, terdapat situasi keluarga penderma organ yang telah meninggal dunia tidak membenarkan proses itu dijalankan bagi menghormati jenazah. Hal ini telah menyebabkan buah pinggang itu tidak dapat diberikan kepada pesakit yang memerlukan, sekali gus menyebabkan bekalan ginjal menjadi semakin terhad.
“Pendermaan organ dari segi hukum diharuskan dalam masyarakat Islam dan ada fatwa mengesahkan hal itu, tetapi masyarakat masih lagi tidak memahami dan kurang pengetahuan mengenai perkara ini.
“Oleh itu, hanya 1.3 peratus daripada seluruh rakyat Malaysia yang berikrar untuk menjadi penderma organ,” ujarnya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/sains/pemindahan-ginjal-rawatan-terbaik-1.693108#ixzz5ZjdpUo18                
© Utusan Melayu (M) Bhd .

Derma organ adalah kemuncak sedekah  ayat al Imran ayat – 92’
Kamu tak sampai kemuncak apabila kamu derma apa yang kamu cintai (saying)

Ustaz Abdullah Bukhari abdul Rahim. 43 tahun  telah dikesan hidap sakit buah pinggang (2001) ndialisi air 4 kali sehari selam
Dialisis selama hampir 8 tahun.
Selepas transplan buah pinggang kesebsihatan bertambah baik dan boleh hidup aktif seperti sebelum sakit.
Nasihat supaya jika ada penderma lakukanlah transplan buah pinggang kerana adalah rawatan yang paling berkesan untuk kembali sihat dan aktif.

Bagi pederma organ, berilah derma organ  anda kepada mereka yang sakit lebih-lebih lagi ada pertalian kekeluargaan, kerana derma organ adalah kemuncah kepada sedekah dalam kehidupan manusia yang akan mendapat ganjaran pahala  yang dijanjikan Allah.

Ddibawah ini catatan luahan perasaan Ustaz Abdullah Bukhari abdul Rahim.
                           
SUNNAH CEPATKAN URUS JENAZAH ATAU AMBIL ORGANNYA DAHULU?

“Mengikut Sunnah Rasulullah SAW, apabila seseorang meninggal dunia, jenazahnya perlu segera diuruskan. Jika pengikrar derma organ meninggal dunia, proses pengambilan organ pasti akan melambatkan proses pengkebumian. Lalu bagaimana dengan perlaksanaan sunnah nabi yang terbantut itu?”                                                                                                .

Soalan tersebut berasal daripada sebuah hadith:                                                                        .

Ertinya: “ Segerakan pengurusan (pengkebumian) jenazah. Jika ia jenazah yang baik, maka elok kamu percepatkan untuknya (sampai ke kubur serta mendapat ni’mat barzakh). Kalau ia bukan jenazah yang baik, maka ia adalah satu keburukan yang sepatutnya kamu (segera) lepaskan daripada leher kamu” (Sahih al-Bukhari dan Muslim).                                                   .

Segar lagi dalam ingatan, sebelum mengimami solat jenazah ibu saya pada pagi Isnin 17 April 2017, saya bacakan hadith di atas kepada hadirin. Saya tegaskan “SELESAI SAHAJA SOLAT JENAZAH KAMI AKAN TERUS BAWA JENAZAH KE KUBUR TANPA MEMBACA DOA SELEPAS SOLAT KERANA DOA DALAM SOLAT JENAZAH SUDAH CUKUP.” Mengulangi doa kepada si mati selepas solat akan melambatkan perlaksanaan Sunnah nabi ke atas si mati.

Ketika bertembung “dua situasi kritikal” antara mengabaikan sunnah nabi dengan melambatkan proses pengkebumian dan pengambilan organ untuk membantu para pesakit yang menunggu, Islam memilih yang kurang mudarat antara 2 mudarat. Banyak contoh yang boleh dilihat daripada al-Quran, antaranya:

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Ertinya: Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu makan bangkai, darah, daging babi dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah. Maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka dia tidak berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani  )al-Nahl  16:115).

Bangkai, darah, daging babi pada asalnya haram dan wajib dijauhi, tapi bagi seseorang yang terdesak bakal hilang nyawa kerana kelaparan, dibenarkan menyentuh yang haram “dalam batasan sempit” demi menjaga nyawa. Dalam situasi itu, makanan yang haram adalah mudarat kecil berbanding hilang nyawa yang boleh disifatkan sebagai mudarat besar.

Oleh itu, saya berpendapat situasi yang sama terpakai dalam kekangan sakit kronik dan derma organ.
Tambahan pula kelewatan pengurusan jenazah berlaku disebabkan kepentingan merawat serta menjaga nyawa para pesakit kronik yang lain.
Bayangkan! Ketika jasad penderma yang mulia dikuburkan, organnya yang sihat mampu menyelamatkan ramai pesakit seperti pesakit jantung, buang pinggang dan sebagainya. Melaksanakan hasrat penderma organ turut disarankan Islam. Kematian mereka menjadi kehidupan kepada insan lain.

Percayalah! Derma organ adalah anugerah kehidupan! Hanya pesakit yang pernah merana sakit menghargai perkara ini. Tanpa organ baharu, pesakit kronik akan menjalani hidup yang sukar.

Pandangan ini saya asaskan pada pengalaman sendiri yang sakit sejak tahun 2001-2008. Pada tahun 2008-2010 saya menjalani rawatan cuci darah.
Pada tahun 2010 ibu saudara saya mendermakan buah pinggangnya kepada saya.
Dengan anugerah buah pinggang tersebut, saya tidak lagi toleh belakang memacu gerakan dakwah dalam hidup saya dan mengumpulkan sebanyak mungkin saham akhirat.
Yang manisnya, semua gerakan dakwah saya itu turut disertai dan dikongsi pahalanya oleh “sebahagian daripada” organ penderma saya. 

( Abdullah Bukhari @ 14 November 2018



Setalah mendapat beberapa maklumat tentang kejayaan transplan ginjal sabagai salah satu keadah rawatan penyakit ginjal kronik. Kami sekeluarga telah berbincang untuk membolehkan isteri menjalan transplan ginjal.
Pada malam 14 Disember 2018, Anak  kedua kami, Nik Mohd Rashdan telah datang berkunjung ke rumah.,
“ Abang Idan,  dady bercadang untuk membuat transplan bagi mengubati ginjal mama”. Saya mulakan perbincangan kami.
“ Jika abang setuju boleh derma satu buah pinggang kepada mama”
“ Abang setuju” spontan dia memberi respon.
“ Bila nak lakukan pemindahan itu” Abang Idan ingin kepastian.
“ Nanti dady berbincang dengan Dorkot Pakar HUSM dulu”
Bila mendengar respon pos,itif daripada Abang Idan, terasa hati daku begitu teruja sekali dengan sikap anak lelaki kami yang berumur 36 tahun itu.
Membuktikan yang dia amat sayang kepada ibunya yang telah mengalami sakit ginjal sejak setahun yang lalu.
Kemungkinan dia begitu faham  tentang dady dan mamanya yang setiap minggu terpaksa ulang alik ke Pusat dialisis tiga kali seminggu. Berada lebih 4 jam di Pusat Dialais adalah satu detik yang begitu membosankan.
Tapi apakan daya demi kesenambungan hidup isteri yang tercinta, yang telah bagitu banyak berkorban untuk melahirkan dan membesarkan 7 orang zuriat kami disepanjang tempoh perkahwinan kami yang menjangkaui masa hampir 40 tahun.
Bersyukur kehadrat Allah s.w.t. yang telah membuka jalan untuk membolehkan kami mengubati sakit CKD isteri yang memerlukan rawatan dialisi yang begitu mengengkang masa  kehidupan seharian kami sekeluarga.
Alhamdulillah hasrat mengadakan tranplan ini akan berjalan dengan sempurna dan membolehkan isteri menjalani kehidupan seperti baiasa. Lebih-lebih di penghujung kitaran kehidupan di dunia ini, kerana mencapai  umur 6o tahun adalah satu anugrah Allah untuk membolehkan isteri meningkatkan  amal ibadat sebagai persiapan meghadapi kematian yang akan tiba bila sampai masanya.
Isteri yang telah mengalami strok hampir 20 tahun dan dengan penuh kesabaran dia menjalani kehidupan sebagai OKU merupakan satu ujian dari-Nya. Ketabahan isteri hidupan dengan serba kekurang sebagai insan OKU dan dia saban masa bila selesai solat fardu lima waktu sentiasa berdoa kepada penciptanya Tuhan Yang Maha Esa.
Saya sebagai seorang suami terpaksa memikul tanggung jawab yang telah diperstujui semenjak perkahwinan bersama isteri hampir 40 tahun lalu, terpaksa melatih diri supaya sentasa sabar untuk mengurus isteri OKU itu. Alhamdulillah bersyukur kepada Mu Ya Rab, yang telah memberi sifat sabar dan cekal hati melalui segala dugaan ini.
Semoga hasrat kami untuk melakukan transplan ginjal ini akan menjadi kenyataan dan segalanya berjalan lancer seperti di rancang. In Sya Allah.



No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.