RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Wednesday 19 December 2018

BUKU SERVIVALC .K.D : BAB 17: SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MATI


BAB 17:  SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MATI

Semenjak peristiwa seorang pesakit yang sedang menjalani rawatan dialisis tiba-tiba koma dan terus meninggal dunia, isteri kelihatan kurang ceria dan selalu termenung. Berkebetulan pesakit berkenaan berada disebelahan isteri yang juga mendapat rawatan.
“ Kenapa ayang Nampak sedih ni ?” aku cuba mencungkil isi hati isteri.
“ Bukan apa ayang takutlah, terjadi seperti pak cik semalam tu” isteri membalas.
“ Dalam tempoh setahun dah tiga pesakit mati mengejut”. Kelihatan air jernih mengalir di kelopak mata isteri.
“ Sayang, apa nak ditakutkan, kan semua orang akan mati ?” daku cuba yakinkan  isteri.
“ Ingat tak dulu, Cikgu Ani jiran kita yang sakit kancer payu dara, bertahun sakit tapi yang mati dulu suami dia yang sihat “ aku cuba yakinkan isteri.
“ Di akhbar pun setiap hari ada berita kematian di sana sini, mati kerana  kemalangan, mereka tu semua sihatkan !”
Bila aku memberi beberapa  contoh , kelihatan isteri mula dapat menerima hakikat bahawa kematian itu adalah sunatullah, yang pasti berlaku kepada setiap orang.
Apabila sampai waktunya, kita akan pergi ke alam abadi menemui Allah. Cara kematian dan bila itu menjadi rahsia Allah. Sakit dan tua bukan syarat untuk mati, ada meninggal dunia tanpa sebarang sakit, umurnya habis ketika tidur, ada meninggal secara mengejut kerana kemalangan dan pelbagai cara lagi.
Allah berfirman  yang bermaksud :
“Tiap tiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan”. (QS Ali Imran : 185).
Kematian boleh datang bila-bila masa bila sampai masanya. Oleh itu kita hendaklah sentiasa bersedia dengan amalan taqwa dan taat segala perintah Allah jika inginkan kematian dalam keadaan yang diredhai-Nya.
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud :
“Apabila telah tiba waktunya yang ditentukan bagi mereka, tidaklah mereka dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak pula mendahulukannya”. (QS An Nahl : 61).
Oleh itu kita yang masih hidup perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi kematian. Rasulullah s.a.w. mengingatkan agar umatnya hendaklah sentiasa mempersiapkan diri untuk kematian  sebgaiama hadis yang bermaksud:
Abdullah ibn Umar r.a. berkata, “Aku menemui Nabi saw bersama sembilan orang sahabat. Salah seorang sahabat dari Anshar bertanya, “Siapakah orang yang paling bijak dan paling mulia, wahai Rasulullah? Beliau menjawab, “Yang paling banyak mengingat kematian dan paling kuat dalam mempersiapkan diri menghadapinya. Merekalah orang yang paling bijak.” (HR Ibnu Majah)
Dalam satu hadis lain Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Perbanyak mengingat si Pemusnah Kenikmatan,”
Adalah kalimah yang pendek namun padat. Kalimah ini memadukan antara peringatan dan nasihat. Sebab orang yang benar-benar mengingati kematian akan serta merta kehilangan rasa nikmat yang sedang dirasakannya.
Dia juga kehilangan hasrat untuk merasakan lagi dimasa depan. Dia juga akan timbul perasaan sudah cukup dengan apa yang ada dan tidak lagi berhajat untuk mengejar hasratnya yang di idamkan sebelum ini.
Rasulullah s.a.w.  mengingatkan agar menghiasi hidup dengan ketakwaan saat kematian akan menjemputnya,
“Jagalah lima perkara sebelum datangnya lima. Masa mudamu sebelum datang masa tuamu, sihatmu sebelum datang sakitmu, kayamu sebelum datang kefakiranmu, waktu lapangmu sebelum datang sibukmu, dan hidupmu sebelum datang kematianmu “(HR Ahmad & Tirmidzi)
Datipada ayat-ayat Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. jelaslah bahawa mengingatkan kematian itu adalah satu tidakan yang bijak bagi setiap insan yang hidup di dunia ini. Kerana dengan menginatkan kematian kita akan dapat mengawal nafsu untuk melakukan perkara-perka yang menyeronokkan tetapi ianya bercanggah dengan ajaran Islam.
Oleh itu bila kita sentiasa mengigati kematian akan merancang kehidup kita untuk mentaati segala perintah Allah sebagai persiapan menghadapi kematian yang sudah pasti akan datang Cuma masanya sahaja yang tidak dapat diramalkan.
Bagi pesakit ginjal kronik mereka lebih beruntung kerana dengan ketibaan kesakitan yang  dirasai itu, dapat memberi keinsafan kepada dirinya bahawa tempoh  hayat mereka tidaklah lama sepertimana mereka yang sihat. Apatalah lagi kesinambungaan kehidupan mereka perlu dibantu oleh alat dialisis sepanjang hayatnya.
Namun sebagai pesakit ginjal kronik mereka tidak boleh berputus asa kerana Allah telah menetapkan bahawa kematian itu akan tiba bila sampai masanya yang tidak boleh diingkari untuk lambat atau percepat walau sesaat pun.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah:
"Secerdik-cerdik manusia ialah orang yang paling banyak mengingati mati dan paling bersungguh-sungguh bersiap sedia. Mereka ialah orang yang benar-benar cerdik, mereka pergi (ke alam baqa) dengan membawa kemuliaan dan kemuliaan akhirat."
Kemuliaan semasa hayat bukan sahaja hubungan kita dengan Tuhan, tetapi juga hubungan sesama insan. Sentiasa berkasih sayang dan menghargai antara satu sama lain terutama kepada orang yang banyak berjasa kepada kita, orang yang rapat dan penting dalam hidup kita.
Sentiasa bermurah hati memberi senyuman, mengucapkan sayang, berterima kasih, menghargai. Jauhi sikap berdendam, berdengki, berprasangka buruk dan berperasaan negatif supaya orang sekeliling berasakan ketika kita ada menguntungkan, ketiadaan kita satu kehilangan dan disebut-sebut kebaikan kita.
Didalam al Quran banyak ayat yang menghuraikan tentang kematian:
“Semua manusia pasti akan mengalami detik-detik sakaratul maut. Orang kaya, orang miskin, penguasa dan semua manusia di dunia ini. Mereka semua akan mengalami kematian. Setiap manusia telah ditetapkan ajalnya. Apabila ajal itu datang kepada manusia, tidaklah dapat ditunda atau dimajukan sedetikpun “(QS Al-A’raf [7]34)
Setiap orang akan mengalami kematian” (QS Ali Imran [3]185)
Semua yang ada di muka bumi ini pasti binasa. Hanya Tuhanmu yang kekal. Tuhan yang Mahamulia lagi dimuliakan.” (QS Ar-Rahman[55]2—27)
Sesungguhnya engkau pasti mati dan sesungguhnya mereka pasti akan mati pula” (QS Az-Zumar 30)
“Tiap-tiap sesuatu pasti binasa, kecuali Allah. Bagi-Nya-lah segala penentuan, dan hanya kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.” (QS Qashahs 88)
Hikmah Mengingati Mati
Seseorang mukmin itu sepatutnya sentiasa mengingati mati pada setiap hari, ini kerana mengikut Ibn Kathir dalam kitabnya al-bidayah wa an-Nihayah mengatakan bahwa malaikat maut akan menjengok setiap manusia itu sebanyak 5 kali sehari iaitu setiap kali selepas sembahyang fardhu. Oleh kerana rahmat Allah s.w.t maka manusia tidak mampu untuk melihat malaikat maut itu, ini adalah merupakan satu ujian kepada manusia sejauh manakah mereka meyakini dan beriman kepada malaikat. Mengingati kematian ada banyak faedahnya kepada manusia. Antaranya ialah:                                                                                 .

* Dengan mengingati kematian membuatkan kita akan rajin beramal di dunia ini kerana kita yakin bahawa segala amalan kebaikan kita akan memberi faedah kepada diri kita setelah kita mati nanti.  Pahala amal ibadat itu merupakan tiket untuk memasuki syurga.                                                                                                                                                     

* Dengan mengingati kematian hati kita akan menjadi lembut dan akan menerima segala perintah Allah s.w.t dengan penuh keredhan dan keikhlasan. Kerana kehidupan selepas kematian yang kekal abadi, adalah tempat menerima balasan terhadap perbuatan kita di dunia ini.  Hanya mereka yang beriman dan bertaqwa yang sentiasa mematuhi perintah     Allah akan dapat memasuki syurga.                                                          .


* Dengan mengingati kematian kita akan meninggalkan segala maksiat yang ditegah oleh Allah s.w.t.  kerana kita yakin segala maksiat yang dilakukan di dunia ini akan mendapat pembalasan dari Allah s.w.t di akhirat nanti.   Dosa maksiat itu adalah tiket untuk ke neraka yang api sentiasa membakar dengan azabnya.                                                            ;                                                                                         

* Dengan mengingati kematian juga akan memyebabkan kita akan segera bertaubat dari segala kesalahan yang telah kita lakukan . Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah dan di manakah nyawa kita akan dicabut oleh malaikat maut.  Kerana Allah telah janjikan kepada hambaNya, walau sebanyak mana dosa yang dilakukan seumpama buih air ditengah lautan pun akan diampunkan oleh Allah sekiranya manusia bertaubat nasuha. Allah Maha Penganpun.                                                                                   .                                                                         

* Dengan mengingati kematian juga menyebabkan kita akan rajin dan bersungguh-sungguh di dalam menjalankan tugas hariannya . Ini kerana kita yakin bahawa setiap pekerjaan yang baik dan halal adalah merupakan ibadah dan akan mendapat pahala.  Sebaliknya jika kita tidak menyempurnakan tugas dengan sebaiknya, bermakna kita telah mencuri masa majikan, menipu dan tidak amanah dengan tanggung jawab  yang akan mengakibatkan upah yang diperolehi itu tidak halal dan tidak berkat. Pendapatan yang tidak berkat akan memporak perandakan keluarga, masyarakat dan negara.                                                    

* Dengan mengingati kematian juga membuatkan kita akan merasa cukup dan berpuas hati dengan harta atau rezeki yang halal sambil berusaha lebih untuk mendapat yang lebih baik lagi tapi bukan dengan cara yang haram seperti apa yang berlaku pada hari ini seperti riba, rasuah, mencuri , merompak, menipu dan berbagai-bagai lagi.                                                                                                          

Demikianlah hakikatnya, hidup di dunia ini amat singkat, selepas mati kita akan hidup di alam kubur dan hidup yang kekal adalah di akhirat.
Kematian suatu yang menakutkan bagi orang yang lalai perintah-Nya. Saat akan mati, kita berhadapan dengan sakratulmaut. Susah atau senang sakratulmaut bergantung kepada amalan kita. Oleh itu, bagi menghilangkan rasa takut kepada kematian hendaklah kita mempertingkatkan amalan ibadat dan menghubungkan silaturahim sesama manusia.
Manusia ini pelbagai sikapnya, seperti kata pepatah Melayu, "Rambut sama hitam, hati masing-masing berlainan."
Sikap manusa terhadap kehidupan ini adalah pelbagai, ia dapat diringkiaskan kepada tujuh jenis.
Pertama: Ialah manusia kehaiwanan, iaitu kehidupan manusia pada tahap akhlak paling rendah. Hidup untuk makan dan memuaskan hawa nafsu tanpan mengira dosa – pahala.
Kedua: Manusia yang hidup dalam kesedaran ikut-ikutan. Manusia tidak ada pendirian, suka mengikut arus kehidupan atau mengikut apa yang orang ramai suka buat.
Ketiga: Manusia yang menyedari dirinya seorang yang berbeza, unik dan terlalu berprinsip.
Keempat: Manusia tidak tahu tujuan hidup, tidak ada keyakinan diri, malas mencuba dan cepat berputus asa.
Kelima: Manusia yang hidup dengan disiplin sangat kuat, terlalu dominan dan teratur.
Keenam: Manusia yang percaya disiplin memberi pengalaman hidup iaitu yang bercita-cita ingin berubah memperbaiki diri.
Ketujuh: Manusia yang mengawal diri dan kehidupan dari dalam ke luar. Manusia makrifatullah, iaitu Allah SWT adalah segala-gala dalam hidup
Kepelbagaian sikap itu meletakkan manusia pada tahap yang berbeza kedudukan serta hasil kehidupan semasa di dunia atau akhirat. Manusia makrifatullah mengutamakan mencari makna dan tujuan akhirat lebih daripada keduniaan.
Sesiapa yang tidak memberatkan akhirat hidupnya akan sukar di sana nanti. Hal ini pernah diperkatakan oleh Umar Abdul Aziz kepada Anbasah, "Seringlah mengingati mati, sebab jika hidupmu mudah, ia akan membuatnya sukar. Dan jika hidupmu sukar ia akan membuatnya mudah."
Biarlah kita penat di dunia, memanfaatkan waktu untuk memperbanyak amal soleh, seperti sabda Nabi s.a.w:
"Ambil kesempatan lima sebelum lima, iaitu sihatmu sebelum sakitmu, waktu lapangmu sebelum sibukmu, kayamu sebelum fakirmu, mudamu sebelum tuamu dan hidupmu sebelum matimu."
Jika hidup kita berpandukan syariat Allah, dan sentiasa medahulukan hak Allah, segala urusan kita di dunia akan dijaga oleh Allah. Dengan kata lain Allah sentiasa mempermudahkan urusan kita dan melindungi kita dari kesusahan dan kebatilan.
Itulah yang dikatakan oleh  Nabi s.a.w.  bahawa insan yang sentiasa mengingati mati adalah insan yang bijak.
Oleh itu sebagai pesakit ginjal kronik  yang Allah telah dicabut sebahagian daripada  kenikmatan hidup manusia normal.  Kerana kerosakan ginjal yang memaksa pesakit bergantung hidup kepada mesin dialisis, ia  adalah satu peringatan  yang  amat berguna kepada pesakit untuk memperbanyakkan ibadat kepada Allah kerana saat kematian itu boleh datang pada bila-bila masa sahaja.
Bagaimanakan kita boleh mengingati kematian ?
Untuk mengingati kematian dalam kehidupan, kita hendaklah sentiasa menginsafi diri atau bermuhasabah diri. Lihat dalam diri kita apakah ada banyak sifat yang boleh  menjurus kepada perbuatan mungkar atau maksiat. Jika ini didapati lebih banyak , maka kita perlulah memperbaiki diri untuk mendampingi Allah dan mengigati kematian yang tidak pasti waktunya itu.
Dinatara cara yang boleh memberi keinsafan untuk kita mengigati mati adalah melalui beberapa tindakan seperti berikut:

1. Memberisihkan hatinya dari semua kesibukan duniawi
Tidak terlalu bahagia dengan kemewahan dunia atau dengan sesuatu yang didapatkannya, serta jangan terlalu bersedih dengan problematika dunia yang dihadapi atau musibah yang menimpanya, bersikap wajar saja. Seperti dalam firman Allah,
“Kami beritahukan semua ini agar kalian tidak berputus asa karena gagal meraih sesuatu atau berbangga diri karena berhasil medapatkan apa yang Allah berikan kepada kalian.= (QS Al-Hadid[57]23)

2.Membiasakan dirinya untuk menziarahi jenazah, menziarahi kubur untuk mendapatkan nasihat dan mengingat kematian. Membiasakan dirinya untuk melihat mayat ketika dikubur dalam liang kuburnya. Kerana itu akan memberikan kesan mendalam bagi orang yang mempunyai hati. Terbayang dibenak
Rasulullah saw bersabda, “Dahulu aku melarangmu untuk menziarahi kubur. Namun sekarang, ziarahilah kubur karena hal tersebut dapt melembutkan hati, meneteskan air mata, dan mengingatkan kepada akhirat (HR Bukhari & Muslim)

3. Merenungi orang yang sudah meninggal dunia dan mereka meninggalkan harta warisan yang banyak. Namun, harta yang diwariskannya ini tidak bermanfaat baginya seteleh kematianya kecuali harta yang disedekahkan untuk kebajikan dan fisabillillah.

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Siapkah di antara kamu yang lebih suka kepada harta yang diwariskan daripada hartanya yang sudah di sedekahkan. Para sahabat berkata “Ya Rasulullah, tidak ada satupun dari kamu yang lebih cinta kecuali kepada harta sendiri.” Rasul berkata, “Sesungguhnya harta yang dimiliki memberikan manfaat adalah harta yang telah disedekahkan. Sedangkan harta warisan adalah harta yang ditinggalkannya

Beliau juga bersabda, “Jika manusia mati maka segala amalnya terputus kecuali tiga perkara yaitu shadaqah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak sholeh yang mendoakannya (HR Bukhari)

Dalam hadis yang lain, “Orang yang meninggal dunia diikuti oleh tiga perkara; sanak keluarganya, hartanya dan amalnya. Maka yang dua perkara kembali dan yang tersisa tinggal satu perkara. Sanak keluarga dan hartanya akan kembali dan yang tertinggal hanya amalnya (HR Muslim)

4. Untuk mempersiapkan kematian maka di mulai dengan melakukan sedekah jariyah dan mengamalkan ilmu yang diketahui.
Ibnu Jauzi memberi nasihat, “Hendaklah seseorang berusaha memiliki anak yang akan berzikir kepada Allah sepeninggalannya, sehingga pahalanya juga dapat ia rasakan. Atau hendaklah ia menulis kitab atau buku tentang ilmu. Sebab menulis ilmu ibarat anaknya yang akan tetap kekal. Dari kitab dan bukunya dibaca dan diamalkan orang lain. Inilah yang tak pernah mati. Hakikatnya penulisnya  telah meninggal dunia tetapi ilmu yang ditinggalkan maseh hidup hingga ke akhir zaman.

5. Mengingat dan mengimbas kembali  dan membayangkan teman-teman kita  yang sudah meninggal dunia. Dan bertanya kepada diri kita sendiri, bila  akan  masa kematian kita, dalam keadaan bagaimana kita dijemput mengadap Yang Maha Pencipta. Adakah kita telah bersedia dengan amalan untuk ke sana atau masih lalai dengan keseronokan dunia.

6. Di antara cara mengingat menulis serangkai ayat diatas kertas kemudian ditampalkan di tempat yang kita sering melaluinya dan akan melihatnya. Abu Ishaq saat meninggal di bawah bantalnya ada tulisan sehelai kertas yang berbunyi, “Seseorang membisikkan, “Perbaikilah amalmu, sungguh telah dekat ajalmu ”Anaknya berkata, bila ayahmya merasa malas beramal ia mengeluarkan kertas berkenaan  di bacanya berkali-kali sampai datang kembali semangatnya untuk beribadat,
Sesungguhnya mati itu pasti, insan yang mengingati mati dan bersedia untuk menemuinya dalah insan yang bijak. Lebih-lebih lagi pesakit ginjal kronik yang memerlukan kesinambungan kehidupan bergatung kepada mesing dialisis mestilah sentiasa meningkatkan amal ibadat sepanjang masa sebagai persiapan menghadapinya.
Walau bagaimanapun kita sebagai manusia yang beriman dan percaya kepada qada dan qadar Allah janganlah putus asa dalam menghadapai ujian kesakitan yang diberikan oleh Allah itu. Kuatkan semangat dan tekad bahawa kita juga boleh terus hidup seperti orang lain. Anggaplah kesakitan yang dihadapi itu tandanya Allah masih sayangkan kita, Ia memberi ujian untuk menghalang kita dari terus hidup dengan pelbagai kemungkaran dan maksiat.
Mereka yang sihat dan hidup dalam kemurkaan Allah sentiasa itu bukanya bererti Allah menyayangi mereka, tetapi ianya adalah satu ‘istidraj’ yang Allah amat murka kepada mereka dan sampai masanya akan diragut nyawanya oleh Malikatmaut dengan penuh keazaban dan akan dihumbangkan ke dalam nereka diakhirat kelak.
Ya Allah hindarkanlah kami dari kemurkaan Mu.

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.